Friday, March 14, 2014

Waris China mahu cakap dengan pemimpin negara

MH 370
Ahli keluarga penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 menangis ketika bercakap menerusi telefon bimbit di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. - Sumber Ihsan Reuters 
14 Mac 2014

BEIJING - CHINA . Beberapa anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari China telah memohon untuk bercakap secara terus dengan pemimpin Malaysia melalui telepersidang video.

Keutamaan mereka ialah, kedudukan pesawat MAS penerbangan MH370 dan kerja yang dijalankan Kerajaan Malaysia dalam usaha mencari pesawat yang membawa 239 penumpang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang hilang awal Sabtu lepas.
 
Mereka memohon pakar dalam bidang telekomunikasi dan radar serta pegawai atasan dari Jabatan Penerbangan, tentera dan tentera laut untuk bercakap secara langsung.
 
Selain meminta Duta Malaysia di China Datuk Iskandar Sarudin, untuk bertemu mereka di sini, anggota keluarga juga mahu pembayaran dibuat untuk perbelanjaan dan penginapan sejak insiden kehilangan pesawat berkenaan.
 
Sebelum ini, MAS berjanji untuk menanggung penginapan anggota keluarga di Beijing selama seminggu.

Jurucakap MAS Ignatius Ong Ming Choy berkata, syarikat penerbangan itu akan menanggung perbelanjaan bil telefon mereka sama ada di Beijing atau Kuala Lumpur.
 
Anggota keluarga berkenaan telah menolak tawaran Ong untuk menerbangkan kira-kira 20 hingga 30 anggota keluarga ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklumat terawal di sana, bersama-sama anggota keluarga terbabit yang tiba beberapa hari lalu.
 
Wakil dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia turut hadir pada taklimat bersama anggota keluarga hari ini.
 
Misi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai negara itu sedang berjalan bagi mencari pesawat MH370 yang hilang dengan tumpuan terbaharu di Lautan Hindi berikutan laporan kemungkinan pesawat berkenaan berubah haluan.  - Bernama

Russia pamer kekuatan tentera

Tindakan itu menyusuli latihan ribuan anggota pasukan payung terjun yang turut diadakan berhampiran sempadan negara jirannya itu. 
Pada masa sama kumpulan bersenjata Russia dilihat membuat rondaan di Crimea yang bakal mengadakan pungutan suara Ahad ini untuk menentukan sama ada wilayah itu akan menyertainya, 

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu.
Foto
KENDERAAN infantri ringan Russia melalui jalan di bandar Vesyolaya Lopan di barat negara itu, 20 kilometer dari sempadan Ukraine.

“Latihan dilakukan di wilayah Rostov, Belgorod dan Kursk.

“Tujuan utamanya adalah untuk memastikan semua unit beroperasi dengan baik. Ini termasuk bagi menghadapi peperangan di kawasan asing,” kata kenyataan itu. 

Menurutnya, latihan akan diteruskan sehingga akhir Mac, 

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan jumlah tentera terbabit, 

Namun, satu sumber berkata, ia membabitkan puluhan ribu tentera. 

Sementara itu, dalam latihan berasingan, 4,000 anggota pasukan payung terjun memulakan latihan di wilayah Rostov semalam yang dijangka diteruskan sehingga hari ini, mengikut laporan agensi berita ITAR-TASS. 

Televisyen kebangsaan Russia menyiarkan rakaman ratusan anggota payung terjun melakukan latihan di ruang udara negara itu. 

Timbalan Menteri Pertahanan Anatoly Antonov sebelum ini dilaporkan berkata, Moscow membenarkan permintaan Ukraine untuk sebuah pesawatnya meninjau kawasan sempadan kedua-dua negara berkenaan. 

Sementara itu, ahli parlimen Russia Leonid Slutsky mengesahkan kumpulan bersenjata di Crimea adalah anggota tentera Russia yang dihantar mengawal keadaan menjelang pungutan suara Ahad ini. 

“Mereka diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia menangani sebarang tentangan bersenjata dari Kiev,” katanya.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/14

Permohonan faraq ditolak, perkahwinan kedua Raisuddin Hamzah sah

RAISUDDIN (kiri) bersama Siti Fatimah dan Suberi selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor semalam.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menolak permohonan untuk membubarkan perkahwinan penyanyi tahun 80-an, Raisuddin Hamzah, 58, dan isteri keduanya, Siti Fatimah Suberi, 27, tujuh tahun lalu.
Permohonan memfaraqkan perkahwinan itu dilakukan oleh bapa mertua Raisuddin, Suberi Abdullah.
Hakim Syarie Salehan Yatim turut membuat pengesahan pernikahan pasangan itu di Songkhla, Thailand pada tahun 2007 lalu adalah sah dan mengikut syarak.
Keputusan itu dibuat Salehan selepas mendengar dan meneliti hujah peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif yang mewakili Raisuddin.
Bapa kepada penyanyi Siti Sarah itu dinikahkan dengan Siti Fatimah oleh Naib Kadi, Abdul Halim Latif Salleh di Kampung Bana, Ampoichana, Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007.
Berikutan pernikahan berwali hakim itu, Suberi, 54, memfailkan permohonan memfaraqkan perkahwinan tersebut mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.
Pasangan terbabit bagaimanapun memfailkan permohonan balas bagi mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah yang sama.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0314&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2vuPvRIYE 
Hakcipta terpelihara