Sunday, March 24, 2013

58 terbunuh di Afghanistan



KABUL 24 Mac - Sekurang-kurangnya 58 orang termasuk anggota kumpulan militan Taliban dan anggota tentera terbunuh dalam dua kejadian berasingan di Afghanistan, semalam.
Di daerah Wardooj di wilayah Badakhshan, sekurang-kurangnya 51 anggota Taliban terbunuh manakala 17 yang lain cedera ketika bertempur dengan pasukan tentera Afghanistan.
Pertempuran itu turut menyaksikan tiga anggota tentera maut, sembilan cedera dan 11 lagi diculik Taliban.
Bagaimanapun kesemua tentera yang diculik itu kemudiannya dibebaskan dengan syarat seorang anggota taliban yang ditahan kerajaan perlu dibebaskan.
Dalam perkembangan lain, empat kanak-kanak dari sebuah keluarga maut dalam satu letupan lombong arang batu di selatan wilayah Kandahar. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130324/lu_01/58-terbunuh-di-Afghanistan#ixzz2OSxEGTxx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tawanan 29 jam

Lahad Datu: “Sepanjang 29 jam ditawan, saya ketakutan dan hanya berdoa Allah selamatkan hidup saya serta seluruh keluarga.
“Mujur saya berjaya meloloskan diri daripada cengkaman Abgimuddin Kiram dan Haji Musa biarpun terpaksa berjalan kaki tujuh jam sebelum tiba di perkampungan Fajar Harapan,” kata Amir Dimah, 60, mangsa tawanan 29 jam pengganas diketuai Abgimuddin Kiram serta 130 pengikutnya, awal bulan ini.

Bercerita pengalaman apabila sebuah rumah kedai miliknya di Tanjung Batu, Felda Sahabat 19, di sini, diceroboh dan dijadikan kubu pengganas, Amir berkata, kejadian berlaku jam 6.30 pagi.


Katanya, dia yang ketika itu berada di luar rumah melihat Abgimuddin, Haji Musa dan pengikutnya mula memasuki kampung, menyebabkan dia berlari memasuki rumah.
Foto
AMIR menceritakan bagaimana dia ditawan selama 29 jam oleh Abgimuddin dan pengikutnya.

“Sejurus memasuki rumah, semua pengganas mengepung rumah kedai saya, menceroboh dan menjadikan ia kubu mereka selama dua hari,” katanya.

Markas samseng

Kuala Lumpur: Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa.
Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan.

Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.


Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.
Foto
PERKAMPUNGAN Simunul, Semporna, berlaku pertempuran sepasukan menyebabkan lima anggota polis maut.

Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar Filipina mini.

thats what buddhists do for muslims children in sri lanka & burma . what also muslims did for these children also ?? nothing .

thats what buddhists do for muslims children in sri lanka & burma .
what also muslims did for these children also ?? nothing .

We must pray for our Muslims brothers and sisters killed in Burma. We should also make dua for the one who survived. May Allah save Muslim Umah from the evil plans of non Muslims through out the world. May Allah grant us the mercy and bless us with freedom and leadership representing true image of Islam. Oh Allah save us from such disasters planned by non Muslims , they are all united against us. Grant us courage and strength to stand united and fight against them. Ameen , Ameen , Ameen ya rabul Alameen

"la hawla wala qowata ila billah"
roshdi

Polis: Panglima tentera ditahan sah Amir Bahar Kiram




24 Mac 2013
KHALID ABU BAKAR
KHALID ABU BAKAR
LAHAD DATU - Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.
"Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi.
Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini.
Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.
Mengenai statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma.     Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya.
Sementara itu, Zulkifeli berkata kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan.
Mengenai Operasi Daulat, beliau berkata operasi itu masih diteruskan.
"Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

Ulama pro rejim terbunuh di Syria



Masjid Eman
Sebahagian daripada Masjid Eman musnah dalam siri pengeboman berani mati, semalam.
DAMSYIK -  Ulama kanan pro-kerajaan Islam, Imam Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti antara 42  yang maut dalam serangan pengebom nekad di dalam Masjid Eman yang terletak di tengah-tengah ibu kota Syria awal pagi semalam.

Serangan dilakukan pada sebelah petang itu menyaksikan pengebom nekad meletupkan dirinya sendiri ketika Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti sedang mengadakan ceramah agama untuk pelajarnya.

Serangan di ibu negara semasa konflik Syria adalah biasa, namun serangan ke atas masjid itu amat mengejutkan kedua-dua pihak, kerajaan dan Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Stesen televisyen Al-Arabiya melaporkan, jumlah kecederaan dilaporkan meningkat kepada 84 mangsa.

Dipetik AFP, jurucakap FSA,  Loay Maqdad tampil memberi kenyataan bahawa FSA yang dikaitkan dalam siri serangan itu tidak mempunyai kaitan dan enggan bertanggungjawab.

“Kami dalam tentera pembebasan tidak mengambil sebarang tanggungjawab untuk serangan ini. Kami tidak melakukan jenis pengeboman bunuh diri dan kami tidak sasarkan masjid,” katanya.

Pemerhati Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain berkata, adalah tidak jelas sama ada letupan disebabkan oleh bom kereta atau mortar.

Namun, kematian Sheikh Mohammad Said Ramadan al-Buti disifatkan satu tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad, di mana beliau sedang berusaha menamatkan ancaman pemberontak di negara itu.

Polis siasat ugutan bunuh bekas ahli PKR




24 Mac 2013
KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat laporan media berhubung ugutan bunuh yang diterima beberapa bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas mereka mendedahkan perilaku kepimpinan parti itu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan biarpun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada mangsa yang dikatakan menerima ugutan bunuh itu.

"Saya tidak dimaklumkan atau dengar apa-apa tentang kejadian itu daripada mana-mana pegawai saya berkaitan sebarang laporan polis yang dibuat oleh mereka," katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, media tempatan melaporkan seorang bekas pengasas PKR Ng Lum Yong menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki pada 2.45 pagi serta khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta beliau berhenti berceramah.

Ng turut menerima ugutan bunuh. - Bernama

2 buruh ditahan bersama 100 botol heroin, sindiket dadah lumpuh




24 Mac 2013
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar tahun ini di sekitar Kuala Terengganu dan Dungun.

Ia ekoran tertangkapnya dua buruh tempatan di Kampung Bukit Tunggal, di sini pada Rabu lalu dan merampas serbuk putih yang diisi di dalam 100 botol dipercayai dadah jenis heroin bernilai RM55,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu Supt Md Tahir Kasim berkata ketika serbuan dilakukan kira-kira 11.00 pagi itu, terdapat dua suspek di dalam kediaman berkenaan.

Katanya pihak polis terpaksa memecah pintu rumah berkenaan untuk membuat penahanan berikutan suspek enggan memberikan kerjasama dan berlaku pergelutan ketika tangkapan dilakukan.

"Menyedari kehadiran polis, kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun tindakan pantas pihak polis berjaya menahan kedua-dua suspek yang masing-masing berumur 24 dan 35 tahun itu daripada meloloskan diri.

"Hasil siasatan lanjut, pihak polis menemui 100 botol heroin yang diletakkan di dalam plastik di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya dadah seberat kira-kira 420 gram itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk edaran di dua daerah tersebut.

Md Tahir berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Kuala Terengganu ini dipercayai aktif menjalankan aktiviti pengedaran sejak tiga bulan yang lalu.

Malah dipercayai dua sahabat ini menjadikan kediaman suspek utama yang berusia 24 tahun untuk tujuan pengedaran dan sebagai tempat untuk transit dadah.

"Suspek utama ini mempuyai dua rekod jenayah berhubung kes dadah dan kini kami masih giat mengesan harta kedua-dua suspek ini untuk disita," katanya.

Kedua-dua suspek kini direman sehingga 27 Mac untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Pervez kembali ke Pakistan, Taliban beri amaran



 Pervez Musharraf
Pervez Musharraf
ISLAMABAD - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf hari ini kembali ke Pakistan selepas lebih empat tahun hidup dalam buangan kendiri di Dubai.

Semalam, Taliban memberi amaran akan membunuh bekas pemimpin tentera itu.

Pervez yang berusia 69 tahun berkata, beliau bersedia menanggung risiko untuk bertanding dalam pilihan raya pada 11 Mei ini sebagai menandakan peralihan pertama kuasa demokratik dalam sejarah negara bersenjata nuklear itu.

“Saya mungkin berhadapan dengan ancaman bunuh oleh Taliban buat kali keempat namun saya bersedia untuk menghadapi semua cabaran itu selepas,” katanya di Lapangan terbang Dubai.

Dipetik AFP, katanya, beliau mahu meletakkan Pakistan pada landasan kemakmuran dan bebas dari keganasan.

Setibanya di Karachi, berpuluh anggota keselamatan berkawal dan tidak membenarkan beliau untuk bertemu dengan ribuan penyokongnya.

Media tempatan melaporkan beliau melawat makam ayahnya yang juga presiden pertama Pakistan, Mohammad Ali Jinnah sebelum mengadakan perhimpunan awam pada minggu ini.

Bekas jeneral tentera itu merampas kuasa pada 1999 tanpa pertumpahan darah dan meletak jawatan pada 2008 apabila sekutunya hilang undi dan kerajaan baru diterajui oleh Presiden Asif Ali Zardari mengancam untuk memecatnya.

Beliau kemudiannya meninggalkan Pakistan setahun kemudian.

Pervez juga menghadapi tuduhan, gagal menjaga keselamatan terhadap bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto sebelum pembunuhannya pada 2007 dan mempunyai kaitan dengan kematian pemimpin pemisah Baluch, Akhbar Khan Bugti pada 2006.

Menerusi laman web semalam, jurucakap Tehrik-i-Taliban berkata, pihaknya akan menghantar skuad mati untuk membunuh Pervez.

Salah seorang anggota skuad menggesa Pervez menyerah diri kepada kumpulan tersebut.

Kubur UMNO dah ready...

92 Years Old Women Accepted Islam In Belgium.Masha'Allah

Terkilan RM5 tidak laku



Terkilan RM5 tidak laku
Samsu Baharin menunjukkan wang kertas RM5 yang tidak laku (bawah) dibandingkan dengan wang asal.
JENGKA -  Seorang peneroka di Felda Jengka 12 terkilan apabila wang kertas RM5 yang dimilikinya tidak boleh digunakan dalam urusan jual beli.

Samsu Baharin Udin, 64, berkata, wang kertas itu diperolehnya beberapa hari lalu selepas mendapat baki duit ketika membeli barang di bandar.

“Sudah banyak kali saya mahu membuat pembayaran guna duit ini, namun mereka (peniaga) tidak mahu terima. Kata mereka, duit ini tidak laku.

“Duit ini tidak dicetak dengan sempurna. Gambar yang sepatutnya ada, tidak terdapat pada wang kertas ini. Malah nombor sirinya juga sudah pudar. Saya tidak tahu sama ada ia dicuci atau dicetak begitu. Tapi saya amat kecewa ia tidak dapat digunakan,” katanya.

Samsu Baharin berkata, meskipun hanya bernilai RM5, namun dia berpendapat hal itu wajar diketengahkan supaya pihak yang mengeluarkan wang tersebut lebih peka.

Dia juga tidak melihat wang kertas itu sebagai satu keunikan, namun jika ada pihak yang berminat, dia mungkin akan menyerahkannya,” katanya.

'Bagai mati hidup semula'



'Bagai mati hidup semula'
Aimi Nassyatul Husna ketika mendapatkan rawatan di hospital.
'Bagai mati hidup semula'
Kecederaan parah yang dialami Aimi Nassyatul Husna selepas dipanah petir.
'Bagai mati hidup semula'
Norlela menunjukkan kesan kecederaan di tengkuk anaknya.
'Bagai mati hidup semula'
Aimi Syafinaz (kanan) ditemani Norlela (kiri) menunjukkan cebisan kain tudung milik adiknya yang terbakar dalam insiden itu.
'Bagai mati hidup semula'
Norlela menunjukkan kesan kecederaan di kepala anaknya.
KEPALA BATAS - Selepas melihat keadaannya terlantar koma menerima rawatan akibat dipanah petir di tiga hospital berlainan, tiada siapa menyangka Aimi Nassyatul Husna Zulkeffli, 20, akan sembuh dan dapat meneruskan kehidupannya semula.

Malah bapanya, Zulkeffli Bakar, 53; ibu, Norlela Ahmad, 48, serta lima beradiknya yang lain tidak menaruh harapan besar sebaliknya hanya berserah dan sedia menerima hakikat bakal kehilangan seorang ahli keluarga mereka selepas insiden itu.

Namun kuasa ALLAH SWT tiada siapa dapat menyangka apabila dia kini beransur sembuh selepas dipanah petir dalam kejadian pertengahan Februari lalu.

“Ini bukan sahaja tanda kebesaran ALLAH tapi sebagai bukti keajaiban kekuasaan-Nya. Bagaikan mati hidup semula.

“Kondisi sama dialami saya seperti mangsa panahan petir lain tetapi bezanya saya diberikan kesempatan untuk hidup berbanding mereka,” katanya.

Aimi Nassyatul Husna yang mesra dipanggil Kak Cik ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Pak Elong di sini dilihat masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Dia dibenarkan keluar dari Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP) 15 Mac lalu selepas sebulan mendapat rawatan kerana terbakar di sebahagian besar badan selepas insiden itu.

Sebelum itu, dia menerima rawatan di Hospital Kepala Batas (HKB) dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Lebih mengujakan, dia sedar dari koma sama pada masa, hari serta tarikh kejadian dan hanya berbeza bulan membuatkan anak keempat dari enam beradik itu menganggap ini satu keajaiban buat dirinya.

Bagaimanapun dia tidak dapat menceritakan kejadian itu semula kerana gagal mengingatinya dan hanya memaklumkan yang dia terjatuh motosikal sebelum ‘tidur panjang’ selepas itu.

Kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang, 15 Februari lalu ketika Aimi Nassyatul Husna dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menghadiri satu temu duga kerja di sebuah kedai di Kepala Batas sebelumnya.

Ketika kejadian, dia menunggang motosikal berseorangan dan melalui jalan ban bertar kawasan sawah padi yang jarak lebih kurang 200 meter dari rumahnya.

Gadis periang itu ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dihantar mendapatkan rawatan ke HKB oleh keluarganya sebelum dirujuk ke HSJ dan HBPP kemudiannya.

Sementara itu, kakaknya, Aimi Syafinaz, 24, berkata, sejak kejadian itu, adiknya dikesan mengalami masalah saraf apabila gagal mengingati kejadian itu.

“Saya merupakan orang pertama sampai ke lokasi kejadian di jalan ban selepas mengetahui Kak Cik dipanah petir melalui makluman jiran sekampung. 

“Ketika kali pertama melihatnya, saya menangis kerana keadaannya terlalu teruk apabila sebahagian besar anggota badan sebelah kirinya terbakar,” katanya.

Menurutnya, dia juga yang mengutip pakaian dan tudung adiknya yang terbakar, mengutip beg sandangnya yang putus dan membawa pulang topi keledar yang rosak teruk akibat dipanah petir selepas kejadian itu.

“Walau dalam hati mengharapkan Kak Cik sedar namun melihat keadaannya yang cedera teruk termasuk mengalami putus sebahagian telinga kiri, pipinya berlubang dan luka lain di badannya, saya hanya berserah pada tuhan akan nasibnya.

“Namun kebesaran tuhan tiada siapa tahu kerana kini Kak Cik hampir sembuh dan dapat kembali hidup bersama kami,” katanya.

Ibunya, Norlela berkata, sebelum kejadian menimpa anaknya itu, dia berasa tidak sedap hati setiap kali hari hujan, guruh berdentum dan petir sabung menyabung kerana merasakan seorang ahli keluarganya akan menjadi mangsa panahan petir.

“Saya tidak memaklumkan kepada sesiapa kerana menganggap itu semua mainan perasaan semata-mata tetapi terkejut apabila akhirnya anak sendiri yang menjadi mangsa.

“Lebih sedih selepas melihat keadaannya yang terbakar teruk membuatkan saya mempercayai semua mangsa dipanah petir akan meninggal dunia menjadikan saya sedih sekali takut kehilangannya,” katanya.

Bagi Zulkeffli, dia bersyukur kerana pada hari kejadian, tiga mangsa panahan petir lain turut dibawa mendapat rawatan di HSJ tetapi kesemuanya meninggal dunia melainkan anaknya seorang yang terselamat.-SH

Kem pelarian terbakar, 42 terbunuh



Kem pelarian terbakar, 42 terbunuh
Kebakaran itu turut memusnahkan sekolah, klinik dan dua gudang simpanan makanan.
BANGKOK - Sekurang-kurangnya 42 terbunuh, kelmarin dalam kejadian kebakaran di Kem Mae Surin di utara Thailand.

Dipetik AFP, Gabenor Wilayah Mae Hong Son, Narumol Paravat berkata,  kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang gagal menyelamatkan diri kerana api merebak dengan cepat.

"Siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula dari bahagian dapur," kata Narumol.

Sementara itu, pegawai daerah melaporkan lebih 400 penempatan sementara yang diperbuat daripada buluh serta jerami turut musnah.

Susulan kebakaran itu, kerajaan Thailand berjanji akan mengadakan siasatan penuh untuk mengetahui punca sebenar kebakaran di kem yang dihuni kira-kira 3,700 pelarian tersebut.

Kem Mae Surin itu menempatkan sekurang-kurangnya 130,000 pelarian Myanmar yang memasuki Thailand secara tidak sah sejak ia dibina pada tahun 1980-an.

Komandan Pasukan Iblis


ALLAHUUUUUUU AKBAR!!!!

inilah akhir hidup dari salah satu Komandan Pasukan Assad di Daraa. Pasukan Brigade 38, kafir syi'ah..! Komandan Pasukan Iblis yang telah membantai PULUHAN RIBU KAUM MUSLIMIN di Suriah, Komandan Pasukan Iblis yang telah memperkosa RIBUAN MUSLIMAH..! yang telah membantai RIBUAN ANAK-ANAK KAUM MUSLIMIN di Suriah..!!

inilah akhir hidup sang komandan tentara thaghut !

Selamat menikmati Azab Kubur wahai komandan pasukan tentara iblis..!

ALLAHUUUUUUU AKBAR!!!!

BERITA YANG DBOIKOT OLEH TV3 SUKU DAN UTUSAN

BERITA YANG DBOIKOT OLEH TV3 SUKU DAN UTUSAN
111 terima geran tanah selepas menunggu 20 tahun

SELAYANG: Selepas menunggu lebih 20 tahun dan menerima janji demi janji akhirnya 111 penduduk asal Kampung Bendahara menerima geran tanah mereka semalam.

(Khalid menyampaikan geran tanah dengan diperhatikan Azmi, William Leong dan Amirudin)

Geran tanah itu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Dewan Sri Siantan, Selayang.

Sebahagian besar mereka sudah boleh dianggap sebagai warga emas selepas meneroka kampung itu berpuluh-puluh tahun lalu.

Sebelum ini, pada setiap lima tahun sekali mereka akan dijanjikan geran tanah mereka oleh parti yang memerintah Selangor sebelum ini.

Namun janji tinggal janji dan tidak pernah ditepati. Selepas lima tahun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, janji ditepati dan mereka mendapat satu keping kertas yang amat bernilai itu.

Penduduk kampung ini bukan orang pertama mendapat geran tanah dari kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini penduduk Kampung Bukit Botak mendapat tanah dan rumah mereka.


(TERKEDU...Mungkin inilah yang dirasai warga emas ini ketika menerima ucapan tahniah dari Zaidi Talib, YDP PAS Selayang selepas menerima geran tanah miliknya)

Mereka mendapat semua itu selepas lebih 20 tahun penempatan baru mereka itu dijanjikan oleh kerajaan BN sebelum ini.

"Inilah sebenarnya bukti janji yang ditepati oleh Pakatan Rakyat," kata Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib yang turut serta di majlis itu.

Jelas kelihatan warga emas ini menitiskan air mata kegembiran selepas berpuluh tahun menunggu pengesahan ke atas tanah yang mereka duduki itu
 

Suasana Di Himpunan "ANAK MUDA KELATE BERMARUAH" Di Stadium Kota Bharu.

penyamun terhormat

penyamun terhormat
Semua orang nak kaya ? Itu realiti harapan rakyat yang hidup dalam zaman yang semakin mendesak.

Cuma... Kalau ada sesapa yang boleh bagi formula bagaimana Taib boleh kaya tu....
Tolong kongsi2kan info. Maklumlah kalau setakat gaji sebagai seorang YB atau pun KM.... tidak mungkin juga kekayaan Taib dan keluarganya boleh melimpahruah hingga ke luar negeri?

BUKAN SENANG NAK KAYA SEKAYA KEHIDUPAN TAIB ANAK BERANAK....

http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/09/61-senarai-kekayaan-taib-mahmud-di-dedah.html

Syaitan yang dikenali yang memusnahkan bendera, banner, logo PAS & PR di Pasir Gudang sudah dikenal pasti

Syaitan yang dikenali yang memusnahkan bendera, banner, logo PAS & PR di Pasir Gudang sudah dikenal pasti. Tolong forwardkan seramai mungkin supaya setiap orang dapat mengenali syaitan ini.

Kuliyah Maghrib UAI di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor 23.3.13

POKOK PUN MATI BILA DIPASANG DENGAN BENDERA BARISAN NASIONAL!!!!!!

Omakkau 

Omakkau menerima sekeping rakaman gambar dan diberitahu bahawa sebelum kedua-dua petugas PAS dan UMNO/BN memasang bendera diatas kedua pokok ini, kedua batang pokok ini daunnya masih hijau dan subur.

Beberapa hari setelah kedua buah parti, PAS dan BN memasangkan benderanya, pokok yang dipasang dengan bendera BN terus mati dan menjadi kering sedangkan pokok yang dipasang dengan bendera PAS masih subur dan daunnya segar menghijau.

Adakah pokok pun sudah tidak sanggup menerima kehadiran BN atau petanda UMNO/BN parti yang zalim sehinggakan pokok pun boleh mati dibuatnya?...Wallahuakhlam Bissawab.

2 warga Kanada dikenal pasti terbabit dalam serangan di In Amenas, Algeria



MONTREAL: Sekurang-kurangnya dua warga Kanada dikenal pasti antara anggota militan yang menyerang Kompleks Pemprosesan Petroleum dan Gas (OGPC) di In Amenas, Algeria, Januari lalu, kata polis persekutuan hari ini.

Pihak polis mengesahkan bahawa seorang daripadanya adalah antara pejuang Al-Qaeda yang mempunyai kaitan dalam serangan di kilang pemprosesan, timur Algeria itu.
“Polis Diraja Kanada juga mengesahkan suspek kedua dikenal pasti daripada mayat pengganas yang terbabit dalam tragedi itu,” kata jurucakap Greg Cox dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 38 tebusan termasuk 37 warga asing dan seorang warga tempatan terbunuh manakala 29 militan maut dalam insiden itu. - AFP

Sangkal tuduhan arah bunuh Jamalul Kiram

Sangkal tuduhan arah bunuh Jamalul Kiram
Anggota tentera membersihkan kawasan Kampung Tanjung Labian. Bagan Datoh: Kerajaan menyangkal tuduhan kononnya anggota komando Angkatan Tentera Malaysia diarah memasuki Filipina untuk membunuh Jamalul Kiram.

Justeru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram, berhenti daripada membuat tuduhan seperti itu kerana ia berniat jahat.
Tuduhan berniat jahat 

Kita tidak sejahat beliau untuk melakukan pembunuhan di negara orang” Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan

Katanya, ATM tidak sejahat kumpulan pengganas terbabit yang menceroboh negara jiran bagi membunuh rakyatnya.

“Tuduhan itu berniat jahat. Jamalul Kiram jangan khuatir kerana kita (tentera) tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat beliau untuk melakukan pembunuhan di negara orang,” katanya selepas merasmikan Dewan Hajah Tuminah Abdul Jalil di Kampung Sungai Nipah Darat di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan media Filipina, baru-baru ini, memetik kenyataan Jacel menuduh tentera Malaysia sudah berada di Manila untuk melakukan tindak balas terhadap Jamalul Kiram.

Zahid menasihatkan Jamalul Kiram jangan melakukan ‘psikologi terbalik’ untuk mendapat simpati penyokongnya dengan dakwaan komando Malaysia akan membunuhnya.
“Kalau ditakdirkan beliau dibunuh oleh orang lain, jangan menuduh ia dilakukan oleh komando dari negara ini kerana kita tidak akan masuk ke negara orang untuk membunuh,” katanya.

Beliau meminta Jamalul Kiram menyerah diri dan menasihatkan pengikutnya berundur dari Sabah dan mereka harus menerima hakikat dari segi sejarah dan undang-undang tidak mempunyai hak ke atas negeri itu.

Tiada hasrat bawa isu Sabah ke ICJ

Katanya, Malaysia juga tidak berhasrat untuk membawa isu Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Ia kerana Suruhanjaya Cobbold pada 1962 sudah melakukan pungutan suara di kalangan penduduk Sabah yang mahukan kemerdekaan dan membentuk Malaysia bersama Sarawak dan Tanah Melayu,” katanya.

Katanya, perkara itu disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1965.

Polis sahkan ketua pemerintah ditahan semalam Datu Amir Baha



LAHAD DATU: Pengganas yang ditahan semalam disahkan sebagai ketua pemerintah, Datu Amir Baha, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Anwar tak layak tadbir negara, kata Taib Mahmud



KUCHING: Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering kali membawa pihak luar untuk campur tangan dalam perjalanan politik negara jelas membuktikan beliau tidak layak mentadbir negara, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata apa yang dilakukan ketua pembangkang itu sudah melampau dan tidak menggambarkan ciri sebenar rakyat Malaysia yang cintakan negara.

"Rakyat dahulu berjuang untuk capai kemerdekaan kerana kita tidak mahu orang luar campur tangan dalam politik kita, tetapi malangnya ada pula pemimpin yang kononnya 'champion' di peringkat antarabangsa seolah mahu sejarah penjajahan berulang semula. Dia bawa orang luar dan pengaruhi mereka, kemudian mereka 'condemn' Malaysia bukan negara yang baik.

"Dia tidak layak tadbir negara (Malaysia), tindakan dia yang dilihat terlalu bergantung kepada nasihat orang luar, pentingkan penyokong-penyokong di luar negara, membawa NGO luar untuk campur tangan dalam politik negara, jelas tindakannya itu tidak baik untuk Malaysia dan Sarawak amnya," katanya ketika berucap merasmikan dewan serbaguna baharu Kampung Lintang, Petra Jaya berharga RM1 juta dekat sini hari ini.

Taib berkata rakyat yang cintakan negara tidak akan memburukkan negara sendiri, namun sebaliknya berlaku kepada pemimpin pembangkang itu.

"Kita tidak mahu dipengaruhi pihak luar lagi, kita tidak mahu terus bersama satu golongan yang bawa orang luar, dan cuba cetuskan kekecohan ala 'Arab Spring', itu semua kita tidak mahu. Kita mahu negeri maju, dan rakyat mahu kerajaan yang telah bawa banyak kemajuan," katanya.

Taib berkata politik diamalkan pembangkang dengan terus-menerus membawa orang luar, nyata berbeza daripada politik yang diamalkan Barisan Nasional (BN).

"Ini bukti perbezaan politik BN berbanding pembangkang, kita (BN) tidak burukkan negara sendiri, atau timbulkan isu seperti hutan di Sarawak sudah gondol sedangkan fakta tersebut tidak betul.

"Jika dibandingkan ketua pembangkang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula, saya lebih percaya Perdana Menteri akan bawa kemajuan kepada Malaysia kerana beliau telah mendapat didikan terbaik dalam soal membawa pembangunan kepada negara ini," katanya. - BERNAMA.

Shalehudin.

Lu pikirlah sendiri


as far as the eyes can see, this is not an uncommon sight once you are flying over Sarawak.


Samseng Umno cuba kepung bas Jelajah Merdeka Rakyat

8da91cd893de11e2b01422000aaa05b1_7Ruqayya Rahman
JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.
Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.
Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.
Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.
“Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.
Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.
Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor.
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48195

ABI-Asal Bukan ISMA



ISMA yg akan bertanding atas tiket BERJASA sudah membina bilik gerakan mereka di parlimen Subang.

Tahukah anda Parti Berjasa? Berjasa adalah punca utama PAS tumbang di Kelantan pada 1978. Mereka bertanding 3 penjuru dan ini memberi laluan mudah kepada Umno utk menang besar. 

Utk pengetahuan, PAS mentadbir Kelantan pada 1959 - 1978.

MARI KITA MEMBINA RUMAH DI SYURGA

Ramli Joned

Abu Ayyub al-Ansari r.a. berkata bahawa PADA MALAM ISRAK, Baginda Nabi S.A.W. berlalu melintasi NABI IBRAHIM A.S... Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Jibrail: "Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?"... Jibrail menjawab: "Ini Muhammad"...

Nabi Ibrahim lalu berkata: "WAHAI MUHAMMAD, PERINTAHKAN UMATMU UNTUK MEMPERBANYAK MENANAM POKOK DI SYURGA, SEBAB TANAHNYA SANGAT SUBUR dan kawasannya sangat luas".
Nabi S.A.W. bertanya: "Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?"...

Nabi Ibrahim menjawab: " Ucapkan kalimat `LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH"... (Maksudnya : Tiada daya upaya dan kekuatan [untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan sesuatu yang manfaat] selain Allah S.W.T.)... (HR Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban)...

SYURGA IALAH TEMPAT KEDIAMAN TERAKHIR untuk hamba-hamba Allah yang beriman dan berbakti... Hadith di atas mengisyaratkan, bahawa KITA SENDIRILAH YANG AKAN MEMBANGUNKAN TEMPAT KEDIAMAN TERSEBUT, lengkap dengan tanam-tanaman... SESIAPA YANG MENGINGINKAN RUMAH YANG MEGAH, DAN DENGAN TAMAN-TAMAN YANG INDAH DI SYURGA, DIA BOLEH MENEMPAHNYA DAN MEMBINANYA DARI SEKARANG (SEMASA DI DUNIA INI)...

HARGA YANG DIMINTA bukanlah wang ringgit ataupun emas permata, AKAN TETAPI AMAL SOLEH DAN ZIKIR yang kita lakukan... Amalan inilah yang akan menjadi bahan untuk pembinaan rumah-rumah di syurga.....

Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi: "Aku mendengar bahawa SYURGA DIBANGUNKAN DENGAN ZIKIR... Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja membangunkannya... Apabila mereka ditanyakan: "Mengapa kamu berhenti berkerja?". Mereka menjawab: "Kami sedang menunggu bahan-bahannya"....

PADA SAAT INI, SEMUA PARA PEKERJA BINAAN ITU SEDANG GIAT BEKERJA.... Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya..

Angka kematian keganasan di Myanmar meningkat 32 orang



24/03/2013 2:58am

MEIKTILA - Angka kematian akibat keganasan agama di sini, tengah Myanmar, meningkat kepada 32 orang semalam selepas pasukan penyelamat menemui beberapa lagi mayat di bawah timbunan abu rumah-rumah yang dibakar semasa kekacauan tercetus, kata seorang pegawai pemerintah.
“Bilangan mereka yang maut meningkat selepas pasukan keselamatan menemui 21 lagi mayat,” kata pegawai ber kenaan kepada agensi berita AFP.
Menurutnya, angka kematian itu dijangka terus me ningkat.
Setakat ini, hampir 9,000 orang hilang tempat tinggal selepas penduduk Islam dan penganut Buddha di sini bertempur pada Rabu lepas.
Pemerintah turut mengisytiharkan perintah darurat un tuk mengembalikan ketenteraman di bandar ini yang ter letak sekitar 130 kilometer ke utara ibu kota pentadbiran Myanmar, Naypyidaw. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz2OPYr1lzC 
Hakcipta terpelihara 

Lebanon tiada kerajaan selepas peletakan jawatan Perdana Menteri



24/03/2013 5:43am

BEIRUT - Lebanon tiada kerajaan semalam selepas peletakan jawatan secara mengejut oleh Perdana Menteri Najib Mikati berikutan pertelagahan politik dalaman yang didorong perang saudara di negara jirannya, Syria.
Mengetuai kerajaan Lebanon yang dipengaruhi kumpulan Hizbollah, beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Michel Sleiman kel marin.
Sleiman bagaimanapun meminta pemimpin berusia 57 tahun itu supaya terus mengetuai sebuah pentadbiran di negara tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm#ixzz2OPYdPJ5i 
Hakcipta terpelihara 

Punca mengapa perairan Sabah mudah di ceroboh rupa rupanya angkara Najib?



Pada posting gua yang lalu.. gua ada dedahkan punca kenapa peraran di Sabah mudah di ceroboh. rujuk [sini] dan ianya di SAHkan sendiri oleh mereka yang terlibat menjaga perairan negara sebelum Najib memberikan kerja menjaga perairan ini kepada kroni2nya.

Mari kita baca laporan bagaimana seekor Najib menguruskan negara kemudian berlaku bermacam macam masalah dan akhirnya nyawa rakyat dan ekonomi menjadi rosak dan terancam.

Saudara Pengarang,

PERDANA Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu' berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.

Tuntutan kerajaan Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wujud begitu lama sebelum ini, tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu dengan begitu mudah.
Setelah sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum merdeka lagi.


Pada tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.

Pada hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri Malaysia' memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati Pucuk'.

Pada tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan Negara kepada APMM.

Dengan itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan tugas tidak lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun 2011. Tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada APMM.

Sebanyak 71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis Marin dan juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada APMM.


Dengan itu PDRM 'lumpuh anggota' dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk menjalankan tugas mengawal perairan dan persisiran negara.

APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.

Lebih kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.

Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan.

Sebuah syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.

Setiap kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiap kerja yang dibuat.

Pejabat pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan

Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.

Bot-bot APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara. Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.

Pada keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut. Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah tanpa sebarang rintangan.

Semasa Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada di laut kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka meninggalkan kawasan operasi.

Pada masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak kelihatan. Bot mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika ada menteri atau orang atasan hendak melawat kawasan itu.

Bot APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok tidak tahu di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh PM dan TPM.

Ketua Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat melaksanakan tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.

Alasan itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu diambil alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM 130 juta untuk pembaikan.

Sehubungan itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih dengan anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu melaksanakan tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti kemampuannya dan mempunyai sejarah pencapaian luar biasa selama ini walaupun hanya diberikan bot yang antik dan usang.

Salam Hormat,
WARGA PERSISIR PANTAI

25 terbunuh dalam serangan di timur Nigeria



24/03/2013 6:00am

KANO - Sejumlah 25 orang maut di timur Nigeria apabila sekumpulan penyerang meletupkan sebuah penjara, balai polis menggunakan bom, mesingan dan pelancar grenad, kata polis semalam.
“Kami mengesahkan 25 kematian dalam serangan kelmarin di bandar Ganye termasuk ketua warden penjara, seorang anggota polis dan ahli politik tempatan,” kata ketua polis negeri Adamawa, Mohammed Ibrahim.
Menurutnya, kumpulan bersenjata itu yang turut menyerang sebuah bar bertindak membebaskan sejumlah banduan dan melarikan wang dari bank tersebut.
Jelas Mohammed, tujuh orang ditembak mati di bar berhampiran bank tersebut manakala sebahagian lagi mang sa diserang di luar kediaman mereka dan di jalan-jalan raya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2OPXNKkTx 
Hakcipta terpelihara 

Ketua pengganas Sulu ditangkap



KERETA perisai berantai, Adnan meneruskan rondaan keselamatan berikutan dakwaan kehadiran beberapa orang pengganas Sulu di sekitar Kampung Kembara Sakti, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Gerakan pengganas Sulu kini lumpuh berikutan penangkapan ketua utama mereka berpangkat jeneral lima bintang di sebuah kawasan paya bakau Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini awal pagi semalam.
Suspek dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an dikatakan anak saudara kepada ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina.
Ketika serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, dia dan isteri, Gina Taves Kiram yang bersembunyi di satu kawasan paya cuba melarikan diri tetapi gagal. Difahamkan Amirbahar juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan turut menahan seorang penduduk tempatan dan isterinya yang menjadi tali barut yang berperanan menyediakan segala keperluan kepada pengganas berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2OP68TJiE 
Hakcipta terpelihara 

Kumpulan bersenjata serbu penjara




SEBUAH ambulans membawa mayat mangsa serangan sepasukan lelaki lengkap bersenjata di penjara Cebongan, Yogyakarta, Indonesia semalam.


YOGYAKARTA, Indonesia - Sekurang-kurangnya 17 orang lelaki bertopeng yang mahir menggunakan senjata menyerbu penjara Cebongan di sini pada awal pagi semalam dan membunuh empat orang tahanan yang dituduh membunuh seorang pegawai tentera.
Mereka dikatakan marah berikutan kematian seorang ahli unit tentera elit Indonesia, Kopassus di sebuah kafe, jelas ketua polis Brigedier Jeneral Sabar Rahardjo.
Penyerang turut mencederakan beberapa orang pengawal keselamatan dan memaksa mereka membuka bilik kurungan.
Empat orang tahanan itu kemudian ditarik keluar dan ditembak mati menggunakan senjata automatik. Pasukan itu juga memusnahkan kamera pengawasan sebelum melarikan diri.
"Mereka sangat profesional. Semuanya dilakukan dalam tempoh lima minit sahaja," kata Rahardjo.
Pasukan penyiasat polis dan tentera masih mengumpul bukti di tempat kejadian. Beberapa orang saksi turut disoal siasat.
"Sesiapa sahaja yang melakukan serangan ini akan ditangkap dan didakwa," kata Menteri Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Djoko Suyanto. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2OP5Irt9K 
Hakcipta terpelihara