Showing posts with label tua. Show all posts
Showing posts with label tua. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Lelaki muda Singapura pilih wanita lebih tua

SINGAPURA: Semakin ramai lelaki mengahwini wanita yang lebih tua daripada mereka.

Tahun lalu, 17.2 peratus perkahwinan melibatkan pengantin perempuan lebih tua, iaitu meningkat daripada 15.5 peratus pada 2001, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik.
Ini bermakna terdapat 4,697 pengantin perempuan lebih tua daripada pasangannya tahun lalu, hampir 40 peratus lebih daripada 3,443 pada 2001.

Walaupun kebanyakan daripada wanita itu lebih setahun atau dua tua daripada pasangannnya, 1,016 wanita sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripada suami mereka, tahun lalu.

Wednesday, April 20, 2011

Lelaki paling tua di dunia sambut hari lahir ke-114





TOKYO: Lelaki paling tua di dunia semalam menyambut ulang tahunnya yang ke-114 sambil melahirkan harapan ingin hidup sehingga 120 tahun.
Bekas pekerja pos, Encik Jirouemon Kimura (gambar), yang menetap di Kyotango, di barat Jepun, berkata beliau 'sangat terharu' apabila mendapat tahu yang beliau kini adalah lelaki paling tua di dunia.Ini menyusuli kematian seorang bekas pekerja perkhidmatan kereta api di Amerika, yang berusia 114 tahun, pada 14 April.'Saya telah menerima berita itu dan ia satu penghormatan yang besar,' katanya.Menurut beliau, rahsianya panjang usia ialah dengan berhenti makan apabila perutnya sudah 80 peratus rasa kenyang.Encik Kimura menambah apabila beliau menyambut ulang tahunnya yang ke-113, harapannya ialah untuk hidup sehingga 120 tahun.Harapan itu kini 'masih belum berubah,' kata beliau.Para pegawai daerah yang melawat Encik Kimura menyifatkan lelaki itu masih waras.Beliau malah duduk tegak semasa menjawab pertanyaan mereka selama 50 minit.Encik Kimura mempunyai tujuh anak, 14 cucu, 25 cicit dan 11 oneng-oneng.Beliau telah bekerja di sebuah pejabat pos selama 40 tahun, kemudian bekerja di ladang sehingga usianya mencapai 90 tahun.Encik Kimura, kini menghabiskan sebahagian besar masanya di atas katil tetapi masih mampu berjalan dengan menggunakan tongkat.Lelaki kedua paling tua di dunia juga berasal dari Jepun iaitu Encik Tanekichi Onishi yang berusia 111 tahun.Ada lima wanita di dunia yang lebih tua daripada Encik Kimura, dua daripada mereka berasal dari Jepun. -- Reuters, AFP, cyberita

Monday, March 28, 2011

Lelaki 100 tahun kahwin kekasih berusia 93 tahun



FORREST LUNSWAY dan isterinya, Rose Pollard.


DANA POINT, California - Seorang lelaki berusia 100 tahun, Forrest Lunsway melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Rose Pollard berumur 93 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka mendirikan rumah tangga selepas berkenalan buat kali pertama pada 18 Disember 1983 dalam satu majlis tari-menari untuk warga emas.
Majlis perkahwinan itu diadakan pada sambulan ulang tahun kelahiran Forrest yang ke-100 di Pusat Komuniti Dana Point pada 19 Mac lalu di hadapan rakan-rakan dan anggota keluarga.
Paderi yang mengahwinkan mereka, Sam Lewis berkata, perkahwinan tersebut merupakan sesuatu yang mengagumkan orang ramai.
"Tema perkahwinan ini adalah kehidupan anda masih belum tamat selagi anda belum lagi meninggal dunia," katanya.
Sebelum berkenalan, kedua-dua mereka pernah berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Gabungan umur mereka, iaitu 193 tahun, telah menjadikan mereka pasangan tertua di dunia yang berkahwin selepas rekod 183 tahun yang dipegang pasangan Harry Carton dan Edna Holford dari Barnley, England.
Seorang jurucakap Guinness Book of World Records menyatakan pihaknya akan mengesahkan perkahwinan itu sebagai rekod dunia. - Agensi

Friday, December 31, 2010

Lelaki 94 tahun dapat anak pertama


 



HARYANA - Seorang petani di In:dia menyambut kelahiran anak pertamanya pada umur 94 tahun, menjadikannya bapa paling tua di dunia.

Ramjit Raghav yang berasal dari utara India menganggap kelahiran anak lelakinya, Karamjit sebagai hadiah daripada Tuhan.

Raghav dan isterinya yang berumur 40-an berharap mendapat seorang lagi cahaya mata, tahun depan.

"Rahsia saya untuk kekal muda dan sihat adalah mengambil setengah kilogram minyak sapi, setengah kilogram badam dan tiga liter susu setiap hari," menurut bekas peninju itu.