Showing posts with label uncle seekers. Show all posts
Showing posts with label uncle seekers. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

Uncle Seekers ditangkap kerana cuba bela Kamal Hisham- kata Pak Habib




Uncle Seekers "Berani Kerana Benar", Kata Bapa (Pak Habib)

KUALA LUMPUR: Syed Hussein Al-Attas aka Pak Habib yang juga ayah kepada pengkaji aktiviti paranomal, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berkata, beliau serta seluruh ahli keluarga menerima berita mengenai penahanan anaknya itu dengan begitu tenang.

Meskipun pihak polis sehingga kini mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan tidak sedikit pun merasa bimbang.

Malah penulis buku politik terkenal ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur yang sewajarnya.

"Apa yang saya boleh katakan lagi? Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi sebentar tadi memintanya mengulas mengenai isu terbabit.

Kelmarin, media melaporkan Uncle Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah sekaligus mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.

Menyifatkan anaknya sebagai seorang yang berani, pun begitu Pak Habib dan keluarga mengharapkan agar Uncle Seekers berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

"Bila dapat tahu berita itu, kami biasa saja. Tak panik. Macam nilah, ini satu permulaan bagi dia (Uncle Seeker), dia bukan manusia pertama yang ditahan dalam Malaysia ni.

"Kalau kami cakap banyak pun bukan boleh menyelesaikan masalah."

"Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah"

"Kami tak panik. Kita semua tahu dia bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak, bukan. Dia ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan dengan raja."

"Mana ada blog-blog lain yang berani lawan dengan raja. Kalau ada pun isu yang baru-baru ni timbul, dah diarahkan minta ampun. Jadi, kami tunggu sajalah. Tuhan lebih mengetahui" tambahnya lagi.

- mDhttp://shalehudin.blogspot.com/

Gosip sudah cukup untuk bertindak?


PETALING JAYA: “Agak pelik blogger Uncle Seekers ditahan polis hanya berdasarkan tulisannya yang bercorak gosip,” kata Badrul Hisham Shaharin @CheguBard dalam satu kenyataan media hari ini.

Blogger Uncle Seekers atau nama penuhnya Syed Abdullah Syed Husein bersama teman wanitanya ditahan polis dalam satu operasi berhampiran Tol Senawang pada waktu malam semalam.

Ketua Cabang PKR Rembau itu menyoal “kenapa tidak dipanggil sahaja beliau untuk menyerah diri di Balai Polis?”

Menurutnya, Uncle Seekers bersama teman wanitanya ditahan reman selama 10 hari.

Katanya, mungkin perintah tahanan reman 117 Kanun Acara Jenayah ada alasan digunakan ke atas beliau yang merupakan pemilik blog tersebut.

“Tetapi apa kena mengena teman wanitanya turut ditahan reman sehingga 10 hari juga,” soal beliau yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia.

Rahsia rasmi

Blogger Uncle Seekers bersama teman wanitanya ditahan polis dalam satu operasi berhampiran Tol Senawang.

Ujarnya, “kenyataan polis yang menyatakan kertas siasatan dibuka dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 juga menimbulkan tanda tanya.

“Apa rahsia rasmi yang didedah sehingga serius sangat? Adakah jumlah kenderaan individu tertentu atau gambar kereta atau gambar individu tertentu dengan kekasihnya tertakluk dalam rahsia rasmi kerajaan?,” tanya beliau.

Menurutnya, penahanan Uncle Seekers dipercayai ada kaitan dengan dakwaan beliau bahawa beberapa pegawai tinggi polis terlibat dengan salah laku atau kesalahan.

“Tetapi melaporkan kes kerabat Johor menyerang kerabat Negeri Sembilan sehingga melibatkan kes culik, mencedera dan gaduh gempar tempat awam terkandung dalam akta rahsia negara?,” soal CheguBard.

Beliau berkata, jika Uncle Seekers menghina raja dan terkandung dalam undang-undang ia merupakan kesalahan maka beliau wajar dihadapkan ke mahkamah dan mendapat perbicaraan sewajarnya.

“Kita berharap pasukan polis dan Peguam Negara juga boleh bertindak sebegini serius khususnya dalam menangani laporan-laporan yang melibatkan kepentingan rakyat terbanyak seperti rasuah dan kehilangan wang negara,” ujar beliau.

- FMT