Showing posts with label siksa. Show all posts
Showing posts with label siksa. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Polis disaman kerana didakwa seksa lelaki



  Tiga tahun lalu, langsung tidak pernah terlintas di fikiran Prabakar Bala Krishna bahawa dia akan menderita kerana perkara-perkara yang dia sendiri tidak terfikir sanggup untuk melakukan

NONEApabila dia dicekup oleh polis pada malam 23 Dis, 2008 - bersama-sama dengan seorang lagi individu, Solomon Raj Chandran - beliau anggap bahawa ia hanya satu pemeriksaan anti-jenayah yang lazim dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk selesai.

Walau bagaimanapun, menurut Prabakar, apa yang dialaminya pada hari-hari selepas itu telah meninggalkan dia dengan trauma dan ketakutan sehingga hari ini.

Selepas lima hari dalam tahanan polis, Prabakar dan Solomon akhirnya dibebaskan dengan kecederaan yang parah - badan mereka melecur. Mereka mendakwa polis mencurah air panas ke atas mereka semasa soal siasat.

"Apabila mereka tangkap saya, mereka hanya beritahu saya bahawa saya disyaki sebagai seorang penjenayah. Saya ikut mereka kerana saya fikir mereka hanya mahu periksa air kencing saya," kata Prabakar yang bertutur dalam bahasa Tamil.

"Tetapi apabila kami sampai (balai polis) Brickfields, mereka mula pukul saya. Bila saya tanya mereka mengapa, mereka arahkan saya supaya senyap dan paksa saya akui pelbagai tuduhan jenayah yang saya enggan lakukan."

NONEPrabakar bersama Solomon berada di kompleks mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur hari ini, untuk bersama-sama memfailkan saman ke atas lapan anggota polis dan kerajaan berhubung dakwaan disiksa. Mereka diiringi peguam merea, N Surendran.

Selain melecur, mereka juga mendakwa polis telah berulang-kali membelasah mereka. Dalam kes Prabakar, dia mendakwa digantung dari kipas siling dengan seutas tali dan diugut akan dibunuh menggunakan tali berkenaan.

Prabakar mendakwa pada hari dia dibebaskan, pihak polis telah memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu sesiapapun tentang penyeksaan itu, lebih-lebih lagi kerana terdapat parut di perut dan badannya.

"... dan jika sesiapa yang bertanyakan mengenai kesan melecur itu, hanya beritahu bahawa saya tertumpah sup mee panas ke atas diri sendiri," kata pemandu lori berusia 30 tahun itu.

Prabakar berkata, dia dalam ketakutan sejak kejadian itu dan terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri. Katanya, doktor yang merawatnya telah mengesahkan dia mengalami trauma yang teruk.http://wargamarhaen.blogspot.com/

Wednesday, August 31, 2011

Kisah Tragis Pengasuh Anak Keluarga Ghadafi


Kaki dan tangannya diikat. Mulutnya diplaster. Lalu disiram dengan air mendidih.



Shwygar Mullah (CNN)

Shwygar Mullah masih merintih kesakitan ketika  menjalani perawatan di unit luka terbakar Rumah Sakit Tripoli, Libya, Selasa waktu setempat, 30 Ogos 2011. Pengasuh cucu pemimpin Libya Muammar Ghaddafi itu mengalami luka terbakar serius setelah disiram air mendidih oleh salah seorang  menantu Ghadafi.

Wanita berusia 30 tahun itu adalah pengasuh anak yang bekerja di rumah Hannibal, salah satu putera Ghaddafi. Ia tak boleh menghindar ketika  isteri Hannibal, Aline, menyiramnya dengan air mendidih sebab dianggap gagal menenangkan anak menangis.

Jurnalis CNN yang bertemu Mullah di bekas rumah mewah Hannibal. Mengenakan topi dan kain penutup wajah, Mullah perlahan memperlihatkan luka bakar yang mengerikan di wajah dan sekujur tubuhnya. Melepuh dan merah.

Wanita kerakyatan Ethiopia itu datang ke Libya tahun lalu. Mengasuh dua anak Hannibal, awalnya semua berjalan lancar. Namun, memasuki bulan keenam siksaan mulai dirasa. "Saya dibakar oleh Aline, dan hal sama terjadi lagi tiga bulan berikutnya dengan keadaan lebih serius," katanya.

Dengan nada lemah, Mullah mengatakan bahawa Aline kehilangan kesabaran ketika anaknya tak berhenti menangis. "Dia membawa saya ke kamar mandi, mengikat tangan saya di punggung, mengikat kaki saya, dan menutup mulut saya. Lalu, dia mulai menuangkan air mendidih di kepala saya," katanya.

Setelahnya, Mullah dipaksa berdiri di luar rumah selama tiga hari. "Dia tidak akan membiarkan saya tidur, dan saya terus berdiri di luar yang dingin tanpa makanan. Dia juga mengancam akan melakukan hal serupa kepada staf jika membantu saya," ujarnya. "Saya dipaksa menonton anjing makan, sementara saya ditinggal kelaparan."

Keluar Ulat

Kengerian siksaan itu tampak di tubuhnya yang lemah dengan kulit hampir seluruhnya mengelupas. Di beberapa bahagian sudah kering, namun masih banyak yang masih basah.

Cairan bening pun tampak meleleh dari kulit kepalanya. Bahkan sempat ada ulat keluar dari kepalanya. Mungkin lukanya membusuk kerana setelah kejadian pertama ia dikurung tanpa pengubatan.

Mullah pertama kali tiba di rumah sakit sekitar bulan Jun . "Setelah tiga hari merawat Mullah, mereka (staf Hannibal) datang mengancam saya untuk menghentikan pengubatan atau saya akan mendapat masalah," kata direktur rumah sakit, Franka Ridha.

Namun, di tengah ancaman, sejumlah pengawal di kediaman Hannibal diam-diam membawa Mullah kembali ke rumah sakit untuk mendapat perawatan lanjutan.
• VIVAnewshttp://idahsalam.blogspot.com/

Wednesday, April 6, 2011

Peguam SPRM dakwa saksi berbohong diseksa secara mental


Peguam SPRM dakwa saksi berbohong diseksa secara mental


2011/04/06

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa anggota Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah, berbohong apabila beliau mendakwa diseksa secara mental dan psikologi oleh pegawai SPRM.

Isu itu timbul apabila Tan didakwa tidak memasukkan kenyataan itu dalam afidavit berhubung saman yang difailkan ke atas SPRM, Selangor pada 22 Julai 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Afidavit itu hanya mempersoalkan temu bual yang dibuat ke atas Tan dalam tempoh masa 17 jam yang melebihi waktu pejabat dan tidak memasukkan kenyataan Tan diseksa oleh pegawai SPRM, seolah-olah perkara itu tidak pernah berlaku," katanya pada prosiding Siasatan Kematian Teoh Beng Hock di sini.
Ketika disoal Muhammed Shafee mengapa afidavit itu tidak mengandungi tempoh temu bual yang melebihi waktu pejabat dan tidak dimasukkan isu mengenai beliau diseksa, Tan berkata: "Saya tidak mengetahui kandungan afidavit itu kerana segala urusan mengenai perkara itu disediakan oleh peguam Karpal Singh".

Tan yang ditahan dan disoal siasat SPRM pada hari sama dengan Teoh, berkata beliau telah membuat laporan polis pada 17 Julai 2009 dengan ditemani peguam N Surendran dan dalam laporan itu telah dinyatakan bahawa pegawai SPRM menyeksanya secara mental dan psikologi.

Tan yang sebelum ini pernah memberi keterangan di dalam inkues di Mahkamah Majistret, Shah Alam, berkata beliau berada di pejabat SPRM, Selangor pada 8.30 malam 15 Julai 2009 sehingga dibenarkan pulang pada 1.35 tengah hari 16 Julai 2009.

Dalam prosiding suruhanjaya itu semalam, Tan berkata beliau terpaksa berdiri selama empat jam mulai 10 malam 15 Julai 2009 sehingga 2 pagi keesokannya dan disoal dengan cara yang kasar.
Ketika disoal Muhammed Shafee mengapa beliau memfailkan saman terhadap SPRM, Tan berkata: "Seorang kakitangan dari pejabat peguam Karpal Singh telah menghubungi saya dan meminta untuk pergi ke pejabat mereka selepas ditemu bual oleh SPRM pada 15 dan 16 Julai 2009".

Tan juga menafikan beliau memfailkan saman itu adalah untuk memalukan atau menghancurkan SPRM, sebaliknya bagi mengelakkan perkara itu dari berlaku ke atas saksi lain.

Sementara itu, Tan yang juga ahli perniagaan memberitahu suruhanjaya itu bahawa Teoh mempunyai perwatakan peramah dan senang diajak berbincang.

Beliau yang mengenali Teoh, setiausaha politik kepada ahli EXCO Selangor, sejak 2006 menyifatkannya sebagai sukakan kanak-kanak dan tidak suka berbual mengenai orang lain dan pandai menyimpan rahsia.

Ketika disoal seorang anggota suruhanjaya, Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom, sama ada Teoh seorang yang berani, Tan berkata: "Teoh seorang yang nampak lemah pada luaran, tetapi dalaman nampak kuat".

Tan juga berkata hubungan Teoh dengan majikannya Ean Yong Hian Wah amat rapat dan Teoh menghormati majikannya.

Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk TS Nathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh. - BERNAMA
Berita Harian Online | Peguam SPRM dakwa saksi berbohong diseksa secara mental

Friday, June 18, 2010

Kes Enjin Jet: Bapa Dakwa Anak Dipukul Seperti Lembu


Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.
“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.
Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.
Dia juga mendakwa Mejar Ismail memaksa Tharmendran memakai topi keledar, yang kemudiannya berulang-kali dipukul oleh pegawai berkenaan dengan kayu golf dan bat kriket.
Nagarajah berkata Mejar Ismail juga memberitahu anaknya bahawa semua nama mereka yang disiksanya termasuk Tharmendaran tertulis di topi keledar berkenaan.
Dia seterusnya mendakwa anaknya dibogelkan dan hanya berseluar dalam di sebuah bilik yang berhawa dingin dan tidak dibenarkan tidur kerana sering-kali disoal selepas tengah malam.
“Sepanjang masa berkenaan pangkalan TUDM di Sungai Besi, mereka memaksanya untuk mengaku yang dia mencuri dua enjin jet pejuang F5E berkenaan.
“Mejar Ismail juga mengugut untuk menembak anak saya dan (tertuduh bersama) Rajandran Prasad,” katanya dalam laporannya itu.
Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini dmasih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.
Nagarajah ditemani oleh empat peguam, termasuk N Surendran yang bertindak sebagi peguam utamanya.
Menurut Surendran, Tharmendran memberitahu mereka bahawa dia dipaksa untuk membuat pengakuan bersalah bukan sahaja terhadap tuduhan mencuri enjin jet tetapi juga senarai bahagian jet itu yang hilang.
"Hakikat bahawa dia diseksa untuk membuat pengakuan menunjukkan bahawa dia tidak bersalah,” kata Surendran.
Difahamkan Nagarajah diarahkan sekali lagi ke balai polis di Brickfields bagi memfailkan kenyataannya selang beberapa minit selepas dia membuat laporan.
Malaysiakini



KES ENJIN JET: TERTUDUH DISEKSA SUPAYA MENGAKU CURI ENJIN PESAWAT PEJUANG?

THURSDAY, JUNE 17, 2010


Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.

“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.

Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.

Dia juga mendakwa Mejar Ismail memaksa Tharmendran memakai topi keledar, yang kemudiannya berulang-kali dipukul oleh pegawai berkenaan dengan kayu golf dan bat kriket.

Nagarajah berkata Mejar Ismail juga 
memberitahu anaknya bahawa semua nama mereka yang disiksanya termasuk Tharmendaran tertulis di topi keledar berkenaan.

Dia seterusnya mendakwa anaknya dibogelkan dan hanya berseluar dalam di sebuah bilik yang berhawa dingin dan tidak dibenarkan tidur kerana sering-kali disoal selepas tengah malam.

“Sepanjang masa berkenaan pangkalan TUDM di Sungai Besi, mereka memaksanya untuk mengaku yang dia mencuri dua enjin jet pejuang F5E berkenaan.

“Mejar Ismail juga mengugut untuuk menembak anak saya dan (tertuduh bersama) Rajandran Prasad,” katanya dalam laporannya itu.

Tharmendran didakwa mencuri enjin berkenaan pada Disember 2007 dari pangkalan TUDM Subang dan kini dmasih ditahan kerana gagal membayar RM150,000 sebagai jaminan.

Nagarajah ditemani oleh empat peguam, termasuk N Surendran yang bertindak sebagi peguam utamanya.

Menurut Surendran, Tharmendran memberitahu mereka bahawa dia dipaksa untuk membuat pengakuan bersalah bukan sahaja terhadap tuduhan mencuri enjin jet tetapi juga senarai bahagian jet itu yang hilang.

"Hakikat bahawa dia diseksa untuk membuat pengakuan menunjukkan bahawa dia tidak bersalah,” kata Surendran.

Difahamkan Nagarajah diarahkan sekali lagi ke balai polis di Brickfields bagi memfailkan kenyataannya selang beberapa minit selepas dia membuat laporan.