Showing posts with label William. Show all posts
Showing posts with label William. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

William dan Kate berbulan madu diLautan Hindi


LONDON: Pengantin baru, Putera William dan Kate Middleton dilaporkan meninggalkan Britain untuk berbulan madu selama dua minggu di lokasi rahsia di Lautan Hindi.
Menurut sumber, mereka akan menginap di sebuah villa eksklusif dengan kadar sewaan �4,000 (RM19,538) satu malam di pulau percutian tercantik di dunia.

Mereka dikatakan dibawa menggunakan helikopter ke pulau peranginan itu.

Jurucakap istana berkata, dia tidak dapat memberikan pengesahan mengenai destinasi bulan madu William dan Kate walaupun ada laporan mendakwa mereka menuju ke Seychelles.

Difahamkan, Kate sendiri hanya dimaklumkan mengenai destinasi percutian itu pada saat-saat akhir.

Apabila pulang nanti, pasangan itu akan berjauhan 10 minggu kerana William menjalani latihan mengendalikan helikopter di Pulau Falkland. - DM, mymetro

Friday, April 29, 2011

Tidak janji taat William


GAMBAR William dan Kate dalam atur cara majlis.
GAMBAR William dan Kate dalam atur cara majlis.

LONDON: Kate Middleton tidak berjanji akan mentaati Putera William dalam ikrar perkahwinannya hari ini, sebagai mengikut jejak langkah ibu William, Puteri Diana 30 tahun lalu.
Menurut atur cara majlis yang diedarkan semalam, bakal pengantin berusia 29 tahun itu yang menjalin hubungan cinta dengan William selama lapan tahun, sebaliknya akan berikrar untuk menyayangi, menghormati, mengambil berat dan menghargai bakal suaminya itu. Diana membuat ikrar serupa ketika berkahwin dengan pewaris takhta Britain, Putera Charles pada 1981, tidak seperti beberapa anggota diraja lain termasuk Ratu Elizabeth II. Diana dan Charles bercerai pada 1996 sebelum mati dalam dalam kemalangan kereta setahun selepas itu.

Atur cara yang edarkan semalam turut mengandungi mesej daripada pasangan itu yang berbunyi, “satu daripada hari paling bahagia dalam hidup kami”. Pasangan itu juga berkata, mereka benar-benar terharu dengan sokongan rakyat apabila lebih sejuta orang dijangka berbaris di sepanjang jalan di London untuk menyaksikan perkahwinan mereka.
   
  • FotoORANG RAMAI tidur di khemah di seberang jalan dari Westminster Abbey bagi mendapatkan posisi terbaik sebelum perkahwinan diraja berlangsung hari ini.
  • FotoPEMINAT pasangan diraja berkumpul sambil berbual di luar gereja Westminster Abbey, semalam.
“Kami berdua amat gembira anda semua dapat sama-sama meraikan detik yang diharap menjadi satu daripada hari paling bahagia dalam kehidupan kami,” bunyi mesej berkenaan.

“Kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan anda semua ketika pertunangan kami membuat kami sungguh terharu.

“Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dengan penuh keikhlasan atas kebaikan anda semua,” kata mereka Gambar hitam putih terbaru pasangan itu yang dirakam jurugambar Mario Testino turut dipamerkan dalam atur cara itu. - AFP

Monday, January 17, 2011

Guangxi dipilih sedia perkakas meja makan William, Kate





2011/01/17

PIRING porselin yang ditempah khas untuk perkahwinan William dan Kate.
PIRING porselin yang ditempah khas untuk perkahwinan William dan Kate.
BEILIU: Sebuah syarikat pengeluar tembikar China memenangi tempahan untuk membuat perkakas kelengkapan meja rasmi untuk digunakan dalam majlis perkahwinan diraja Putera William dan tunangnya, Kate Middleton. 

Guangxi Sanhuan Group di Beiliu, sebuah bandar di selatan Guangxi di China yang terkenal dengan buatan perkakasan seramik dan tembikar berkata mereka mendahului lebih 500 syarikat lain dalam bidaan untuk menghasilkan tembikar perkahwinan diraja, saingan sengit daripada pengeluar seluruh dunia.
Syarikat terbabit kini menghasilkan kira-kira 16,000 produk kelengkapan meja untuk digunakan pada majlis perkahwinan berkenaan.
Pegawai syarikat berkenaan berkata, produk itu terbahagi kepada lima kategori termasuk satu set pinggan makan, cawan kopi dan piring, kole peringatan dan pinggan cenderahati. 

Ia sama ada untuk digunakan pada majlis perkahwinan itu atau diberikan kepada tetamu majlis sebagai cenderahati. 

Reka bentuknya adalah sebuah gambar yang memaparkan Putera William dengan pakaian seragam dan Kate Middletton dalam bentuk hati dengan tertera perkataan ‘Wililiam dan Catherine’ di bawahnya. 

“Apabila kami diumum menang tempahan itu, ketua syarikat kami amat gembira dan teruja. 
“Mereka memberikan perhatian penuh terhadapnya. Proses pengeluaran keseluruhan termasuk persediaan terpaksa dibuat dalam jadual yang ketat. Kami juga menggunakan dapur salai paling maju di China untuk membuat produk ini,” kata Pengurus Pemasaran Guangxi Sanhuan Group, Gary Qui. – Reuters