Tuesday, March 19, 2013

SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH KETUA MENTERI SERAWAK!!

Kali ini penerangan dalam bentuk video. Satu intipan dari Global Witnes melakukan siasatan dan terbukti Taib Mahmud adalah manusia kejam yang tak berhati perut dan malangnya BN yang kononnya wassatiah dan membela rakyat tidak mampu berbuat apa apa !!!




Berikut adalah LIST kekayaan Taib Mahmud    

SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH KETUA MENTERI SERAWAK!!

By King Jason Ori

1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.

4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd SCORE Wilson Baya Dandot.

6. 750 hektar … di Jalan, Miri.

7. 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan trbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd & Mesti Bersatu Sdn Bhd Taib Mahmud & Raziah Mahmud.

8. 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

9. 5,000 hektar … di Sungai Teru & Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

10. 1,100 hektar di Sungai Karap Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

11. 10,000 hektar di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.

12. 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

13. 4,000 hektar di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

14. 4,500 hektar di Sungai Tutoh Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.

15. 5,000 hektar di Sungai Karap & Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

16. 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

17. 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).

18. 2,600 hektar di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).

19. 10,000 hektar di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

20. 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).

21. 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.

22. 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).

23. 10,000 hektar di Sungai Takan & Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd Elia Geneid (anak saudara Taib).

24. 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd & Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) & Robert Geneid (ipar Taib).

25. 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

26. 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

27. 5,000 hektar di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

28. 13,000 hektar di Sungai Bawan Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud & Arip Mahmud.

29. 4,000 hektar di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.

30. 5,000 hektar di Kenyana Rajah Mutiara Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

31. 2,000 hektar di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

32. 2,050 hektar di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).

33. 5,000 hektar di Antara Batang, Oya & Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

34. 10,500 hektar di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd Taib Mahmud & Arip Mahmud.

35. 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd Ibrahim Mahmud(abang/ adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) & Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).

36. 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCD(pengerusinya ialah Taib Mahmud).

37. 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

38. 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

39. 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

40. 1,113 hektar di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).

41. 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).

42. 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa,Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) Hamid Sepawi (sepupu Taib).

43. 15,000 hektar di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd & Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) & Azerina Mohd Arip (ipar Taib).

44. 7,700 hektar di Paloh Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) & LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).

45. 9,000 hektar di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).

46. 5,000 hektar … di Sungai Selepong & Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kpd YB Norah binti Abdul Rahman yg juga sepupu Taib).

47. 70,000 hektar di Bijat Land District, Sri Aman –beberapa buah syarikat yg diuruskan olh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

48. 2,300 hektar di Sungai Klauh & Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).

49. 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

50. 900 hektar … di Melugu,Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.

51. 7,000 hektar di Simunjan Gedong Plantation Sdn Bhd –Naroden Majais (ahli politik BN).

52. 5,000 hektar di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

53. 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).

54. 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

55. 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) d Hasmi b Hasnan.

56. 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su’ut (bomoh Taib Mahmud).

57. 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong & Ensengai Road, Serian –diberikan kpd Usaha Jasamaju Sdn Bhd –pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) & Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun drpd Ta Ann Holdings & Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dgn Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yg merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.

58. 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).

59. 10,000 hektar di Sungai Bakong & Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).

60. 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) & Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).

61. 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan Kekayaan perbadi Taib ialah AS$ 15 Billion (RM 46 Billion) Harta keluarga AS$21 bilion (RM64 bilion)

tanda-tanda BN nak tumbang...

Sarawak ... skandal pengaliran wang paling banyak dan negara nombor 3 dalam dunia songlap wang...

Sarawak ... skandal pengaliran wang paling banyak dan negara nombor 3 dalam dunia songlap wang...

Baca lagi di sini : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/03/skandal-melampau-batas-taib-mahmud-di.html

Kuliyah Maghrib di Masjid Kg. Butut, Kuala Berang 19.3.13

Kenapa Taib Mahmud belalak mata buntang mcm ni?



ohhh dia dah tengok film pendek Global Witness yg kantoikan dia yer..

Apa respon dia? nak tahu.. cer klick dan tonton kat sini : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/03/taib-mahmud-respon-to-global-witness.html

Putrajaya 2013

Kenapa Taib Mahmud belalak mata buntang mcm ni?



ohhh dia dah tengok film pendek Global Witness yg kantoikan dia yer..

Apa respon dia? nak tahu.. cer klick dan tonton kat sini : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/03/taib-mahmud-respon-to-global-witness.html

Putrajaya 2013

Sejarah Kesultanan Sulu



KESULTANAN Sulu di timur laut Nusantara dipercayai telah wujud sejak penghujung abad ke-14.
Kemunculan Kesultanan Sulu boleh dikatakan hampir serentak dengan kemunculan Kesultanan Melaka, Kesultanan Brunei di Borneo dan Kesultanan Aceh di barat laut Nusantara.
Walaupun tidak ada tarikh tepat bila kesultanan ini ditubuhkan dan siapakah tokoh sebenar yang menubuhkan Kesultanan Sulu, namun kerajaan Sulu telahpun wujud sejak era empayar Hindu Majapahit lagi dan ia kemudian berkembang sebagai sebuah kerajaan yang kuat di bawah Kesultanan Islam Sulu setelah Islam tersebar di Nusantara.
Beberapa laporan menyebut, Kesultanan Islam Sulu ditubuhkan pada 1458 oleh seorang ulama dari Johor yang dikenali sebagai Abu Bakar yang tiba di Bwansa dekat Jolo.
Ketibaan Abu Bakar disambut baik oleh Rajah Baguinda Buansa dan Datu serta ketua-ketua di Jolo kerana Abu Bakar juga merupakan seorang yang berdarah raja.
Semasa berada di Sulu, Abu Bakar telah menyebarkan Islam di kalangan kaum Tausug dan menyatukan penduduk yang tinggal di pantai dan di bukit, yang sebelum itu berseteru.
Abu Bakar kemudian berkahwin dengan salah seorang puteri Rajah Baguinda, Paramisali.
Selepas Rajah Baguinda mangkat, Abu Bakar kemudian diangkat sebagai pemimpin Sulu dengan memakai gelaran Sharif ul-Hashim, dan menjadi Sultan Sulu pertama dengan menjadikan Sulu sebagai sebuah kerajaan Islam dan menggunakan hadis dan al-Quran sebagai undang-undang di bawah pemerintahannya.
Sejak itu, Kesultanan Sulu menjadi sebuah kerajaan Islam dan wilayah jajahannya meliputi Sulu, Borneo Utara termasuk Sabah, Palawan, Mindoro dan Basilan.
Kesemua Sultan Sulu dan Datu-datu di dalam wilayah Sulu selepas beliau kemudian mendakwa adalah waris atau keturunan kepada Abu Bakar.
Pemerintahan Abu Bakar bertahan selama 30 tahun dan selepas kemangkatannya, anaknya Kamal-ud-Din telah menggantikannya sebagai Sultan Sulu. Makam Abu Bakar masih lagi boleh dilawat di Gunung Tumatangis.
Ketokohan dan kehebatan Abu Bakar memimpin Kesultanan Sulu di bawah panji-panji Islam telah menukar bangsa Tausug sebagai pejuang Islam yang berani dan sanggup mati syahid bagi mempertahankan Islam dan bumi Sulu daripada penjajah ketika itu.
Oleh kerana itu, penjajah Sepanyol yang menjajah Filipina selama 333 tahun sejak kedatangan Ferdinand Magellan pada 16 Mac 1521 gagal menewaskan tentera Kerajaan Islam Kesultanan Sulu dalam peperangan yang berlarutan hampir tiga abad dan Sepanyol hanya berjaya menawan Sulu pada hujung tempoh penjajahannya dengan menandatangani perjanjian dengan Kesultanan Sulu pada 1885.
Perjanjian itulah buat pertama kalinya menyaksikan terhapusnya Kesultanan Sulu apabila Sultan Sulu ketika itu Sultan Jamalul Kiram II bertindak menyerahkan wilayah, kerajaan dan kedaulatannya kepada Sepanyol.
Malahan Jamalul Kiram II jugalah yang bertindak menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat di bawah Perjanjianm Carpenter pada 1915 menyerahkan wilayah, kedaulatan, dan kekuasaan Sulu kepada Amerika Syarikat.
Sejak itu, Kesultanan Sulu ibarat sebuah institusi beraja tanpa negara, kerajaan, kedaulatan dan kekuasaan.
Perjalanan sejarah Kesultanan Sulu sejak ditubuhkan sehinggalah kejatuhannya, penuh dengan warna-warni seperti mana kerajaan-kerajaan monarki yang lain di dunia, penuh dengan hasad dengki, pembunuhan dan perebutan kuasa.
Walaupun Kesultanan Sulu kini hanya tinggal sebagai sebuah institusi beraja, isu perebutan takhta ke atas institusi kesultanan itu masih berterusan antara waris-warisnya sampai sekarang.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130310/lk_03/Sejarah-Kesultanan-Sulu#ixzz2O3WPNCuF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dakwaan Rafizi sering kali disasarkan kepada saya, kata Shahrizat



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan pendiriannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dakwaan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli sentiasa disasarkan kepadanya.

Ketika disoal peguam Ranjit Singh, yang mewakili Mohd Rafizi, Ketua Wanita Umno itu beberapa kali tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa dakwaan Mohd Rafizi itu dibuat terhadap Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), suami dan keluarga beliau dan bukan terutama kepada beliau.
"Tidak, saya tidak bersetuju dengan cadangan peguam. Saya menegaskan bahawa sasarannya ialah saya," jawab Sharizat apabila Ranjit Singh mencadangkan bahawa kenyataan itu bukanlah disasarkan terutamanya kepada beliau.

Merujuk kepada satu daripada kenyataan Mohd Rafizi, Ranjit Singh berkata sebab anak guamnya mahu Shahrizat memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung isu NFCorp adalah berdasarkan kepada tanggungjawab beliau selaku menteri dan Ketua Wanita Umno.

Shahrizat dengan tegas berkata: "Saya akan memohon maaf jika saya ada buat salah. Tiada siapapun yang meminta presiden Parti Keadilan supaya memohon maaf kerana tindakan suaminya".

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes samannya terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Mohd Rafizi, yang difailkan pada 19 Januari tahun lalu berhubung dakwaan kenyataan fitnah yang dibuat oleh kedua-dua mereka terhadapnya berkaitan isu NFCorp.

Beliau menuntut RM100 juta dalam ganti rugi am, teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.
Beliau turut memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung sebarang perkara berkaitan NFCorp atau syarikat bersekutunya.

Disoal selanjutnya mengenai penawaran projek kepada NFCorp, Shahrizat berkata beliau tiada kena mengena dengan penawaran projek itu itu.

"Tiada siapapun yang berbincang dengan saya mengenainya, perkara ini juga tidak pernah dibawa kepada mesyuarat Kabinet, dan tiada kaitan dengan portfolio saya," katanya, dan menolak dakwaan bahawa beliau terlibat dalam penawaran projek itu.

Shahrizat juga berkata ekoran daripada kenyataan Mohd Rafizi, beliau memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat beliau berhubung perkara itu.

Menjawab soalan Ranjit, bekas menteri itu berkata beliau sedar tentang pembelian sebuah kereta Mercedes-Benz berharga lebih RM500,000 pada 9 Disember 2009, menggunakan dana NFCorp.

Beliau menjelaskan terdapat empat pengarah dan mereka membeli Mercedes-Benz itu sebagai kereta syarikat dan mereka membayar pendahuluan bagi sewa beli itu.

Kepada soalan lain, Shahrizat berkata beliau mengetahui tentang pembelian tiga unit kondominum di Singapura di bawah nama keluarganya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambung pada 10 dan 11 April. - BERNAMA
sumber

Kereta perisai berantai mula tiba



ANTARA kereta perisai berantai Adnan yang tiba di Felda Sahabat bagi membantu operasi memburu saki-baki pengganas Sulu dalam Ops Daulat di Lahad Datu, semalam.
LAHAD DATU 18 Mac - Sejumlah kereta perisai berantai Adnan mula tiba hari ini bagi memperkukuhkan lagi Ops Daulat untuk menghapuskan pengganas Sulu.
Kesemua aset itu yang dibawa menggunakan treler tiba pada pukul 4.20 petang di kawasan operasi dan ditempatkan di markas sementara tentera di Cenderawasih.
Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, kereta perisai itu yang dibawa dari Semenanjung penting untuk melaksanakan operasi khususnya di kawasan yang tidak dapat dimasuki kereta perisai beroda.
"Kita akan guna kereta perisai berantai ini dalam operasi seterusnya khususnya bagi mengesan saki-baki pengganas di Tanjung Batu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130319/dn_07/Kereta-perisai-berantai-mula-tiba#ixzz2Nycj9mmI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Malaysia jajah Sabah, Sarawak'



MANILA 18 Mac - Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak.
Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia.
"MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF.
"Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam.
Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah.
Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang.
Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996.
"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130319/dn_02/Malaysia-jajah-Sabah-Sarawak#ixzz2NxlgjVLB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Topi ayah ubat rindu

Kangar: Topi milik Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, seorang daripada 10 wira negara yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas di Sabah, masih kerap dipakai anak sulungnya, Noor Aqmar Amiruddin, 5, sebagai pengubat rindu.
Ibu kanak-kanak itu, Nor Aziah Noor, 28, berkata, Noor Aqmar gemar memakai topi arwah suaminya kerana ketika Allahyarham masih hidup, dia selalu memuji anaknya kelihatan kacak apabila memakai topi itu.
“Sebab itu dia suka pakai topi ayahnya. Dia kuat semangat dan sering pujuk bila saya menangis setiap kali teringatkan arwah, tapi pada masa sama dia juga sering mengigau dengan memanggil nama ayahnya, mungkin kerana terlalu rindu,” katanya.

Nor Aziah ditemui di rumahnya, di sini, semalam, ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron yang turut menyampaikan sumbangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Foto
NOOR Aqmar memakai topi arwah ayahnya, Zulkifli.

Menurutnya, selain Noor Aqmar, pasangan itu dikurniakan seorang lagi anak, Noor Muhammad Akhil yang berusia setahun.

15 kereta kebal tiba


Lahad Datu: Lebih 15 kereta kebal jenis Adnan tiba di Felda Sahabat yang mampu mengharungi kawasan berpaya, berbukit-bukau dan tanah lembut dalam usaha memburu saki-baki pengganas Sulu yang masih bersembunyi di sekitar Tanjung Batu.

Panglima 1 Divisyen Infantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Datuk Zaki Mokhtar berkata, kehadiran kenderaan perisai roda berantai itu mampu mempertingkatkan kekuatan pasukan keselamatan.


“Kenderaan ini membantu memperkukuh dan seterusnya mendominasi Op Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu.

“Kehadiran kenderaan perlu kerana fizikalnya yang mampu mengharungi sebarang bentuk muka bumi,” katanya pada sidang media di FELDA Sahabat 16, di sini, semalam.


Menurutnya, tahap keselamatan anggota keselamatan lebih terjamin dengan adanya kenderaan perisai ini ketika mengahadapi sebarang pertempuran dengan musuh.


Difahamkan jentera berkenaan dibawa menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan berlabuh di Pelabuhan Tawau, malam kelmarin.

‘Terus buru, tiada gencatan senjata’



Lahad Datu: Tiada gencatan senjata. Itu amaran dilaungkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menegaskan tiada gencatan senjata sebaliknya usaha terus dilakukan bagi memburu pengganas yang masih bersembunyi di ladang kelapa sawit sekitar Tanjung Batu.

“Jamalul Kiram III tidak pernah mengotakan janji, tetapi meminta gencatan senjata dan pasukan keselamatan tidak percaya kepadanya.


“Dia boleh kata apa saja, tetapi kita tak percaya dia. Kita akan melakukan serangan habis-habisan terhadap musuh,” katanya pada sidang media di FELDA Sahabat 16, di sini, semalam, yang dihadiri Panglima 1 Divisyen Infantri Datuk Mohd Zaki Mokhtar.


Menurut Hamza, sehari sebelum dua anggota keselamatan terbunuh pada 1 Mac lalu, dia (Jamalul Kiram) mengeluarkan kenyataan kononnya mahu mengadakan gencatan senjata, namun memungkirinya.


“Sehari selepas Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, dua anggota keselamatan kita ditembak pengganas.


“Sekiranya mereka (pengganas) tidak meletakkan senjata dan menyerah diri, kita akan meneruskan operasi membersih dan menggeledah serta memburu mereka sehingga ke lubang cacing,” katanya.

Pemisah Thailand rancang serangan ganas



BANGKOK 18 Mac - Sebuah kumpulan pemisah yang tidak bersetuju dengan rundingan damai di Selatan Thailand dipercayai akan melancarkan serangan ganas secara terancang untuk menghalang pelan rundingan damai antara kumpulan pemisah dan kerajaan Thailand.
Satu sumber berkata, kumpulan yang dikenali sebagai 'Pejuang Fatoni' mengadakan pertemuan di lokasi rahsia di sempadan Thailand-Malaysia dan mengarahkan beratus-ratus pemberontak daripada sayap kumpulan tersebut, Permudo untuk melancarkan serangan.
Sumber tersebut berkata, Permudo dijangka mula melancarkan serangan pada hari ini ketika Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) bersiap sedia mengadakan rundingan damai dalam tempoh dua minggu.
Serangan terancang itu dipercayai sebagai mesej terdapat kumpulan pemisah yang tidak bersetuju rundingan damai diadakan antara BRN dan kerajaan.
Delegasi NSC dan BRN dijangka mengadakan pertemuan di Malaysia pada 28 Mac ini untuk memulakan proses rundingan damai, sebulan selepas kedua-dua pihak menandatangani persetujuan pada 28 Februari lalu.
Di Songkhla, tahap keselamatan dipertingkatkan di sepanjang jalan utama yang menghubungkan wilayah itu dengan tiga lain menjelang rundingan damai.
Kesemua kenderaan yang memasuki Songkhla menerusi laluan Jalan Na Thap-Chana akan diperiksa dengan teliti oleh polis pengawal sempadan.
Pusat pemeriksaan yang beroperasi selama 24 jam turut didirikan di Ban Tao-it di daerah Hat Yai.
Komander pasukan polis bertugas, Pol Sub Lt Wattana Thaptawee berkata, peningkatan tahap keselamatan tersebut bukan sekadar memantau sebarang aktiviti militan, tetapi juga menjejaki penyeludupan dadah, barangan pasaran gelap dan imigran.
Laluan berkenaan menjadi laluan utama penyeludup selepas sebuah pusat pemeriksaan didirikan di Lebuh Raya Asia di Ban Khuan Meed di daerah Chana yang sebelum ini menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130319/lu_06/Pemisah-Thailand-rancang-serangan-ganas#ixzz2NxkCb4Hl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Syria bom kawasan bersempadan dengan Lebanon



BEIRUT 19 Mac - Jet pejuang Syria buat pertama kali mengebom kawasan sempadan negara itu yang bersempadan dengan Lebanon semalam, tindakan yang menyasarkan kedudukan pemberontak negara itu yang berada di negara ini.
"Pesawat Syria mengebom kawasan sempadan antara Lebanon dan Syria namun saya masih belum boleh mengesahkan sama ada letupan itu berlaku di kawasan Syria ataupun Lebanon," jurucakap tentera tertinggi Lebanon yang tidak mahu dikenali.
Bagaimanapun seorang pegawai perkhidmatan keselamatan Lebanon mengesahkan jet pejuang itu melancarkan empat peluru berpandu ke atas kedudukan pemberontak Syria di sempadan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130319/lu_01/Syria-bom-kawasan-bersempadan-dengan-Lebanon#ixzz2NxjtZyCV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 terbunuh dalam letupan bom kereta di Somalia



MOGADISHU 19 Mac - Sekurang-kurangnya 10 terbunuh selepas seorang penyerang berani mati meletupkan bom kereta berhampiran istana presiden di ibu negara Somalia di sini semalam, serangan yang dipercayai menyasarkan pegawai kanan kerajaan.
Penyerang berani mati itu meletupkan bahan letupan itu semasa memandu di sebuah persiaran yang menghubungkan istana dan teater kebangsaan yang turut mengakibatkan sebuah bas mini terbakar.
"Penyerang bom berani mati itu menyasarkan kereta seorang pegawai kanan keselamatan kebangsaan yang melalui kawasan kejadian dengan kebanyakan mangsa yang terbunuh merupakan penumpang bas mini,’’ kata jurucakap polis, Abdiqadir Mohamud. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130319/lu_03/10-terbunuh-dalam-letupan-bom-kereta-di-Somalia#ixzz2NxjlskTk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tahanan mogok lapar Palestin dibebas



Ayman Sharawna (terbaring) mengangkat kedua-dua tangannya tanda bersyukur sebaik-baik tiba di Hospital al-Shifa di Gaza City, kelmarin. Pihak berkuasa Israel membebaskan Ayman dengan syarat beliau dibuang negeri dari Tebing Barat ke Genting Gaza selama 10 tahun. - AFP
GAZA CITY 18 Mac - Seorang tahanan Palestin di penjara Israel yang telah lama melancarkan mogok lapar, tiba di Genting Gaza lewat petang semalam selepas menerima tawaran pembebasan daripada Israel.
Ayman Sharawna menerima tawaran daripada pegawai Israel untuk dibebaskan, tetapi dengan syarat beliau akan dibuang negeri dari Tebing Barat ke Genting Gaza selama 10 tahun.
Ayman yang melintas sempadan di Erez disambut dengan ambulans Palestin yang membawanya ke hospital untuk diperiksa, menurut pegawai sempadan Palestin.
Ayman adalah seorang daripada empat tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar selama beberapa bulan bagi membantah keadaan di penjara Israel, insiden yang mencetuskan kebimbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU).
Sementara itu, Tribunal Russell bagi Palestin (RToP), yang menyelesaikan siasatan mereka selama empat tahun berhubung 'jenayah' Israel di wilayah Palestin, menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat kekejaman rejim Zionis itu.
Tribunal rakyat yang tidak mempunyai status undang-undang itu, yang berfungsi bagi meningkatkan kesedaran dunia kepada penjajahan Israel di Palestin bermesyuarat di Brussels, semalam dan menyatakan akan 'menyokong' semua inisiatif daripada masyarakat sivil dan pertubuhan antarabangsa yang mahu mengheret Israel ke ICC.
Sejak Palestin dianugerahkan status pemerhati di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November lalu, mereka kini boleh mengemukakan aduan terhadap Israel di ICC.
Tribunal itu turut menggesa ICC mengiktiraf bidang kuasa Palestin dan satu sesi luar biasa, Jawatankuasa Khas PBB menentang Aparteid yang ditubuhkan untuk Afrika Selatan, tetapi kini ditubuhkan untuk kes membabitkan Israel. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130319/lu_07/Tahanan-mogok-lapar-Palestin-dibebas#ixzz2Nxcr6ni4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyokong saja tak cukup, jadi ahli PAS - Haron Din



ARAU: Di sebalik keghairahan ramai orang yang berminat untuk menyertai PAS, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sendiri menunjukkan teladan yang baik apabila beliau sendiri memastikan kaum keluarganya juga mendaftar sebagai ahli PAS.

Dalam ucapan beliau pada satu majlis di Dun Guar Sanji kelmarin, beliau memberitahu turut mengadakan satu gerakan untuk memastikan seluruh ahli keluarganya mendaftar sebagai ahli PAS.

Katanya, beliau sendiri mempunyai keluarga yang besar yang terdiri daripada 10 beradik dan setiap ahli keluarganya seramai 256 orang yang telah cukup umur telah didaftarkan sebagai ahli PAS.

"Saya buat satu gerakan supaya seluruh keluarga saya mendaftar sebagai ahli PAS. Keluarga saya besar, daripada 10 beradik dan seluruh anak, cucu, cicit dan menantu kami semuanya ada seramai 256 orang. Semuanya yang cukup umur dan bila kita semak semuanya adalah penyokokong PAS belaka.

"Mungkin sebelum ini kita terlepas pandang, ada yang belum menjadi ahli dan sekadar penyokong PAS sahaja. Setakat penyokong saja tak cukup, kena jadi ahli. Jadi semuanya 100 peratus sudah didaftarkan sebagai ahli PAS dan sudah diserahkan borangnya ke pejabat agung," jelasnya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17518-penyokong-saja-tak-cukup-jadi-ahli-pas--haron-din

Sampai hari ini.. apabila BUKTI pendatang asing di tunjukkan.. SPR enggan PADAM data enri pengundi berkenaan sebab..



Sampai hari ini.. apabila BUKTI pendatang asing di tunjukkan.. SPR enggan PADAM data enri pengundi berkenaan sebab..


Belanja makan minum free,kos2 pengankutan.. komisyen tekong.. komisyen awak2 dan lain2 semua dibayar oleh umno BN.

Mana mungkin SPR padam...

Jika mereka PADAM.. BN kalah.. pemimpin tak boleh lagi nak melanun.. merompak wang rakyat kemudian c4 ~~~ !!!

Putaq belit UMNO

Al Tantuya mati di bunuh polis upahan..

Al Tantuya mati di bunuh polis upahan..

Siapa yang upah? AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA... di larang siasat!

Kini P.I Bala juga pergi.. satu2nya saksi hidup yang boleh mendedahkan siapakah yang upah 2 polis bunuh Al Tantuya..

Terkini.. peguam DCNS Prancis pula mati kononnya bunuh diri?

Alahai.... makin lama makin rumit.. siapalah di belakang semua ini..
 

Kalau tak "putar dan belit" bukan Mahathir la namanya...

Kalau tak "putar dan belit" bukan Mahathir la namanya... 
... twisting his own statements !!

Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghapuskan penempatan perkampungan air di perairan Sabah sewaktu mengetuai pentadbiran sebagai perdana menteri kerana bimbang penduduk berkenaan akan memberontak.

Bagaimanapun keadaan senario semasa yang berbeza di Sabah pada masa ini mewajarkan perkampungan berkenaan dihapuskan, katanya.

"Kalau kita cuba pada masa itu mereka akan memberontak. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada orang luar juga. - http://bit.ly/WwXhhU

PRU13: PAS sedia tanding 76 kerusi parlimen



Tuan Guru Abdul Hadi bersama Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran.

KUALA TERENGGANU: PAS sedia bertanding lebih satu pertiga daripada 222 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sebagai parti teras orang Melayu Islam akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada pilihan raya kali ini.

Ini bermakna, kata beliau, PAS akan bertanding lebih dari satu pertiga jumlah kerusi yang diperuntukkan sebanyak 222 di seluruh negara.

“Kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222 kerusi dan dari jumlah itu, saya hendak beritahu insya Allah, PAS akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi Parlimen.


“Insya Allah, mungkin akan ada lagi jika rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Khas PRU13 di pekarangan Pasar Chabang Tiga, Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di sini malam tadi.

Hadir sama pada tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengarah MTD Bandar, Ahmad Shah Mohammad serta tetamu khas, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari.

KENALI ULAMAK KELANTAN



BIOGRAFI MUSYIDUR AM


Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

Lahir

Anak kedua dari perkahwinan Tok Guru Haji Nik Mat Alim (Tuan Guru Haji Nik Mat) dengan isteri pertama ini dilahirkan pada tahun 1931 dan diberi nama Nik Abdul Aziz. Anak kelahiran Kampung Pulau Melaka ini membesar dalam suasana keluarga dan rumahtangga yang sederhana dan mengecapi zaman kanak-kanak seperti kanak-kanak lain.

Angkatan sepermainannya mengakui bahawa beliau seorang yang lemah-lembut, mudah bertolak ansur dan begitu disayangi oleh rakan-rakannya.
Pendidikan Asas

Negeri Kelantan terkenal dengan keprihatinan warganegerinya yang mementingkan didikan Islam bagi setiap anak-anaknya. Hal ini agak ketara berbeza dengan warganegeri lain. Ini adalah disebabkan latarbelakang sejarahnya yang menyaksikan banyak tumbuh pusat-pusat pengajian pondok terutamanya. Sebagaimana anak-anak lain yang diberi didikan agama sejak awal oleh ibubapa masing-masing, maka Nik Abdul Aziz juga tidak terkecuali. Bahkan kedudukan beliau agak istimewa kerana pendidik awalnya ialah ayahnya sendiri yang sangat mengutamakan asuhan dan didikan agama bagi anak-anaknya.

Kediaman Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat
Jadual wajib setiap malam mereka adik beradik ialah mengaji Al-Quran. Dalam masa yang tidak lama, beliau didapati memiliki tahap kecerdasan yang tinggi dalam menangkap dan memahami setiap pelajaran. Hingga dapat menandingi teman-teman sepengajiannya bahkan dari kalangan yang lebih tua usianya. Kemudian diberi kepercayaan untuk mengantikan tempat ayahnya mengajar kanak-kanak lain membaca ayat-ayat lazim (Muqaddam).

Sekolah Rasmi

Pada umur enam tahun, beliau dihantar untuk berlajar di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat untuk mempelajari asas membaca dan menulis. Pulang dari sekolah, kanak-kanak ini tidak begitu terpaut hati untuk banyak bermain-main dengan rakan-rakannya. Sebaliknya beliau lebih gemar mengisi masa petangnya untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat sebarang kerjarumah yang ditugaskan oleh guru. Sesekali beliau turun ke tanah untuk bermain layang-layang dan gasing yang menjadi sebahagian hobi zaman kanak-kanaknya.

Di sekolah ini, beliau adalah pelajar pertama yang memakai seluar panjang kerana Tuan Guru Haji Nik Mat Alim sangat tidak suka melihat kanak-kanak lelaki berseluar pendek. Walau bagaimana pun, persekolahan di Sekolah Kebangsaan itu tidak lama kerana setelah beberapa bulan, beliau berhenti atas kesedaran ayahnya yang menyedari kecenderungan anaknya itu dalam pengajian Islam.

Mengaji di Pondok Tok Kenali

Lalu beliau dihantar menuntut ilmu di Kubang Kerian berguru pada Tok Kenali. Di pusat pengajian pondok ini, beliau menunjukkan minat yang begitu mendalam sehingga cepat menghafal beberapa kitab-kitab matan dan membaca kitab-kitab berbahasa Arab.

Menjelang usia remaja, Nik Abdul Aziz di hantar pula ke Besut, untuk belajar di Pondok Tuan Guru Haji Abbas. Di sini beliau sudah mula menguasai beberapa ilmu untuk amalan seharian. Bila sekali-sekala pulang ke kampungnya, beliau kadang-kadang mengantikan ayahnya menjadi iman dalam sembahyang dan mengajar Al-Quran.

Mula Menuntut Di Seberang Laut

Sekitar tahun 1952, beliau belayar ke India untuk menyambung pengajian di Universiti Deoband. Selama lima tahun di sana, beliau sempat berguru dengan seorang ulama hadith dan tarekat iaitu Maulana Husain Ahmad al-Madani.

Kemudian pada tahun 1957, beliau menyeberang sempadan masuk ke Pakistan belajar di Lahore melanjutkan pengajian dalam bidang Tafsir Al-Quran.

Belayar Lebih Jauh

Kecenderungan yang begitu mendalam dalam menuntut ilmu agama, telah membawa beliau belajar lebih jauh. Kali ini belayar lagi dan kemudian turun untuk menjejakkan kaki di bumi Mesir. Di Universiti Al-Azhar anak muda yang berusia sekitar 30 tahun ini mengambil jurusan Bahasa Arab lantaran minatnya yang begitu mendalam. Di sini beliau meningkatkan penguasaannya dalam ilmu-ilmu Bahasa Arab seperti balaghah, syair dan segala bentuk puisi Arab. Hingga akhirnya pemuda ini memperolehi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab.

Setelah itu Nik Abdul Aziz meneruskan pengajian dalam bidang Perundangan Islam (Syari'ah). Jurusan ini ternyata lebih mencabar. Beliau lebih banyak duduk bertekun membaca dan mutala'ah al-Umm (Imam as-Syafi'ie), Fath ul-Baari (Ibn Hajar al-Haitami), al-Iqna' dan beberapa kitab-kitab yang berjilid-jilid. Berkat ketekunan dan kesungguhan, beliau lulus dan mendapat Ijazah Sarjana Perundangan Islam di universiti tertua di dunia ini.

Belayar Pulang

Setelah lulus dalam jurusan Syari'ah, beliau bercita-cita pula untuk mendapatkan Diploma, tetapi hasrat itu terbantut apabila pulang dalam keadaan agak tergesa-gesa bersama Ustaz Yusof Bakar (bekas pensyarah Kolej Islam Kelang) pada awal 1962.

Hampir duabelas tahun di rantau orang, bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Berangkat ke luar negara ketika tanahair masih dalam jajahan British. Kini tanahair yang 'merdeka'nya masih kanak-kanak menyambutnya dalam suasana yang bagitu jauh berbeza. Sanak saudara yang menyambut tidak segera mengenalinya. Lebih-lebih lagi penampilannya yang jauh berbeza berbanding sewaktu berangkat sebelas tahun lalu. Anak muda berpakaian kemas dengan mengenakan talileher serta kasut yang berkilat itu akhirnya dicam orang apabila mereka terpandang kepada nama yang tertera pada beg yang dibawanya Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau mendapati negara ini sudah jauh berbeza terutama suasana di bandar. Tetapi apabila sampai di kampung halaman, keadaan yang agak mundur membuatnya berasa kekok buat beberapa ketika. Suasana Kampung Pulau Melaka jauh berbeza berbanding bandaraya Kaherah yang lebih moden.

Mula Bertugas

Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardhiyyah, Panchor merupakan institusi pendidikan terawal yang menerima khidmat bakti tokoh pendidik muda ini. Beliau turun awal pagi dari rumahnya di Kg Pulau Melaka menuju ke Panchor dengan berbasikal lumba (hadiah daripada Al-Marhum Tuan Haji Nik Abdullah bin Arsyad - lebih dikenali dengan panggilan Pak Nik Lah).Pada tahun ini juga (1962) Tuan Guru Haji Nik Mat Alim mengasaskan Sekolah Agama Darul Anwar di Kampung Pulau Melaka. Oleh kerana itu khidmat Haji Nik Abdul Aziz di Panchor tidak lama kerana berpindah mengajar di sekolah yang baru diasaskan oleh ayahnya itu. Selain menjadi tenaga pengajar di SADA, beliau juga diberi kepercayaan memegang jawatan Bendahari dalam organisasinya di samping ayahnya sendiri selaku Pengerusi.

Sekolah Menengah Darul Anwar Kg. Pulau Melaka berwajah baru hasil kegigihan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mengakhiri Zaman Bujang

Pada usia 31 tahun, beliau melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berusia 14 tahun pilihan kedua orang tuanya. Gadis itu ialah Tuan Sabariah bte Tuan Ishak yang dilahirkan pada tahun 1948, anak keempat dari enam adik beradik. Isterinya ini adalah anak jati Kampung Panchor, Kemumin.

Pendidikan Tuan Sabariah bte Tuan Ishak

Mendapat pendidikan secara rasmi di salah sebuah sekolah kendalian Majlis Agama Islam Kelantan. Apabila tamat darjah enam, beliau menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Na'im lil Banat (Sek. Menengah Perempuan Na'im). Walaupun beliau bercita-cita untuk menyambung ke peringkat yang lebih tinggi, namun hasratnya itu terpaksa dipendamkan apabila beliau dijodohkan oleh ayahnya dengan Haji Nik Abdul Aziz (yang ketika itu sedang mengajar di SMATM Panchor).

Sebagai Penyelia KEMAS

Wargatua dari rakyat negara ini ketika itu kebanyakannya terdiri dari kalangan mereka yang buta huruf. Kenyataan ini memberi kesan yang mendalam dalam diri Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada pendapatnya, tahap kesedaran berilmu dan beramal dengan baik dan betul adalah sukar untuk dicapai selagi masalah buta huruf ini tidak diatasi. Lalu beliau menerima tawaran untuk lantikan sebagai Penyelia bagi Kelas Dewasa (kini dikenali sebagai kelas KEMAS). Namun begitu, penglibatan beliau dalam KEMAS tidak lama kerana beberapa perkara yang menjadi syarat persetujuanya untuk menerima jawatan itu telah tergugat.

Iaitu beliau perlu diberikan kebebasan untuk menyampaikan haq tanpa sebarang sekatan atau penentangan sekalipun bakal menyentuh mana-mana pihak samada di pihak KEMAS atau sesiapa sahaja. Kedua iaitu prinsip beliau menyampaikan sesuatu pengajaran agama adalah secara jelas menepati kandungan al-Quran dan al-Hadith, ijma' dan qias sebagaimana yang dipelajarinya.

Pada bulan-bulan terawal, banyak kritikan dan tegurannya masih boleh diterima oleh lapisan pelajar termasuk pengelola kelas itu sendiri. Tetapi akhirnya kegiatannya menimbulkan suasana politis yang agak gawat dan kontroversi hingga beliau disekat dengan bermacam-macam halangan. Semuanya adalah kerana teguran dan kritikan itu telah tersentuh ke atas batang hidung pihak yang tidak senang dengan usahanya untuk menyuburkan semangat keIslaman di kalangan lapisan pelajar kelas dewasa itu. Akhirnya, dua tahun kemudian, Haji Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Bertugas di Maahad Muhammadi

Sebaik sahaja melepaskan jawatan di KEMAS, beliau langsung mendapat peluang mengajar di SMA Maahad Muhammadi Lil Banin (Lelaki) pada tahun 1964.

Sebagai Ahli Politik

Tiga tahun kemudian, apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen Kelantan Hilir (kini Pangkalan Chepa) berikutan kematian Tuan Haji Ahmad Abdullah (Haji Ahmad Perai), Haji Nik Abdul Aziz telah dicalonkan oleh PAS Kelantan untuk mempertahankan kerusi tersebut. Dengan izin Allah dan di atas ketokohan, kewibawaan yang jelas pada dirinya, PAS mengekalkan kerusi Parlimen tersebut.

Maka sejak itu kehidupan Haji Nik Abdul Aziz mula berubah. Tiba-tiba beliau menjadi begitu sibuk dengan tugas barunya sebagai Ahli Parlimen. Beliau sentiasa berulang alik dari rumahnya ke Kuala Lumpur. Tidak seperti wakil rakyat atau ahli parlimen lain yang lebih suka menetap di Kuala Lumpur, meninggalkan kawasan yang diwakili, meninggalkan rakyat yang telah mengundi mereka. Sebaliknya YB Haji Nik Abdul Aziz sanggup berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Beliau masih meneruskan kewajibannya mengajar di Masjid Pulau Melaka dengan penuh komitmen.

Beliau sering balik lewat malam kerana memenuhi jemputan untuk berceramah di merata pelusuk tanahair. Masa untuk bersama keluarga menjadi begitu singkat. Ketika itulah Datin Tuan Sabariah memainkan peranan yang lebih besar dalam mengurus rumahtangga dan mengasuh anak-anak.

YB Haji Nik Abdul Aziz tetap akan pulang ke rumah walau bagaimana sibuk sekalipun. Waktu yang begitu terbatas bersama keluarga digunakan dengan sebaik mungkin untuk melayani anak-anak dan menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit.

Pilihanraya Umum 1969

Masa berlalu begitu pantas. Seluruh negara disibukkan pula oleh suasana menghadapi pilihanraya umum. YB Haji Nik Abdul Aziz dicalonkan sekali lagi untuk mempertahankan kerusi parlimen Kelantan Hilir. Dalam satu peristiwa, YB Haji Nik Abdul Aziz pernah diserang dengan lontaran batu oleh kumpulan Pemuda Tahan Lasak UMNO sewaktu beliau pulang dari satu majlis ceramah di Pasir Putih. Undi besar yang diperolehi oleh beliau telah mengekalkan kerusi Kelantan Hilir di tangan PAS.

Beberapa hari kemudian tercetus peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. YB Haji Nik Abdul Aziz menyatakan;

Takdir Allah,.. Allah tidak mahu melihat PAS ini terus menerus hidup dalam keadaan budak atau keanak-anakan, maka Allah mendatangkan peristiwa 13 Mei yang melahirkan akta-akta sensitif, yang melarang manusia menyebut perkara-perkara seperti Melayu, China dan melarang manusia menyebut hal-hal yang bersangkutan dengan kerakyatan dan sebagainya.
Bermula dari situlah maka orang-orang PAS berusaha untuk mencurahkan kerja-kerja sebagai gerakan parti. PAS bukanlah menyebatkan satu teori, tetapi menjalankan dasar al-Quran dan al-Hadith yang merupakan dasar agama. Kita rasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan kegiatan agama, maka kita buat usrah, kita mula menterjemahkan buku-buku yang dikarang oleh pejuang-pejuang Islam seperti menterjemahkan buku Ma'alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) yang ditulis oleh Allahyarham Sayyid Qutb termasuk juga membawa masuk buku-buku karangan Bapak Nasir dari Indonesia yang menterjemahkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh persoalan jihad, politik dan sebagainya.

Maka lahirlah kuliah-kuliah Jumaat dan sessi ceramah untuk mengisi kekosongan waktu yang ada. Maka berkembanglah PAS yang bukan lagi dalam bentuk PAS budak-budak, tetapi PAS yang telah remaja....

petikan dari
Kemucut Dalam Perjuangan Islam
karangan
YB Haji Nik Abdul Aziz
Ekoran peristiwa inilah Menteri Besar Kelantan Dato' Mohd Asri yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan telah mengistiharkan percantuman kerajaan negeri dengan kerajaan pusat membentuk kerajaan campuran dengan PArti Perikatan atas dasar memelihara kepimpinan dan ketuanan Melayu di negara ini. Dan tindakan ini juga kemudiannya telah membawa kepada penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional pada 1974.

Prinsip Tetap Tidak Berubah

Tindakan PAS menyertai BN tidak bermakna dasar dan prinsip perjuangan telah dikesampingkan. YB Abu Bakar Hamzah (ahl parlimen PAS) semasa memberi jawaban bertulis dalam soaljawab di parlimen menegaskan:

"Samada kerajaan sedar atau tidak bahawa PAS satu parti politik yang menjadi anggota Barisan Nasional telah membuat dan mengeluarkan fatwa bahawa tindakan parti ini memasuki Barisan Nasional sesungguhnya ditegah atau haram. Perbuatan ini adalah haram dari segi syari'at Islam, tetapi PAS terpaksa memasukinya buat sementara waktu..."
Isu ini telah menjadi polemik yang hangat di kalangan ahli-ahli PAS. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memainkan peranan yang besar dalam mententeram dan memberi penerangan kepada ahli dan penyokong PAS khususnya di peringkat negeri Kelantan. Penjelasan beliau yang berdasarkan hujjah dan dalil al-Quran dan Hadith serta sirah perjuangan Rasulullah saw diterima dengan baik dan suasana kembali reda dan tenang sekurang-kurang untuk beberapa ketika.

Mageran

Namun suasana tenang tidak kekal lama. Kini timbul pula krisis kepimpinan yang terpaksa dihadapi dengan bijaksana oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Menteri Besar Kelantan Dato' Mohd Asri disifatkan oleh sebahagian ahli sebagai bertindak keterlaluan dalam menyeret PAS bergabung dalam BN. Sehingga membawa kepada tertubuhnya Berjasa oleh Dato Muhammad Nasir sebagai protes terhadap Dato Mohd Asri.

Suasana krisis ini dieksploitasi dan diambil kesempatan oleh pihak BN dengan sebaik mungkin. Untuk cubaan pertama mereka mengatur dan merancang satu usul undi tidak percaya sebagai memercikkan bunga api untuk perancangan seterusnya. Usul ini telah dibawa oleh Dato' Ishak Lotfi tetapi tidak terlaksana. Namun bunga api itu telah menyambar daun-daun dan ranting-ranting kering lain. Demonstrasi demi demonstrasi terancang berlaku satu demi satu.

Manakala di pihak Kuala Lumpur pula, mereka telah bersiap sedia untuk meluluskan Rang Undang-undang Kuasa-kuasa Dharurat (Kelantan) 1977 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Hussien Onn. Dan hari yang malang bagi rakyat Kelantan itu pun tiba bila rang undang-undang itu diluluskan dan perintah berkurung telah dikenakan ke atas negeri Kelantan dan kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Dato Muhammad Nasir itu pun kehilangan kuasa.

Bertenang

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menghadapi suasana yang gawat dan kritikal ini dengan tenang. Untuk seketika beliau mengambil sikap berkecuali. Tidak berpihak kepada blok Dato' Mohd Asri dan tidak juga di pihak Dato' Muhammad Nasir. Namun, beliau tetap menjalankan peranan sebagai ulama yang terus prihatin kepada anggota masyarakat. Bukan satu kerja mudah untuk mententeramkan anggoat masyarakat khususnya ahli-ahli PAS. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz pernah mensifatkan apa yang berlaku hanya umpama 'ribut dalam cawan' yang kocakannya lambat laun akan reda.

Sebenarnya, suasana ini telah menimbulkan kesedaran kepada ahli PAS bahawa PAS memerlukan satu anjakan paradigma baru yang mempunyai momentum lebih kuat untuk berdepan dengan gerakan kebatilan. Ahli-ahli PAS Kelantan menyedari bahawa mereka sebenarnya memerlukan seorang pewaris Nabi untuk memimpin mereka. Tidak ada tokoh lain yang dilihat berlayakan untuk memimpin mereka selain Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Lalu beliau pun dipilih sebagai Pesuruhjaya Negeri Kelantan.

Semenjak Kelantan terlepas dari tangan PAS secara 'paksaan' itu, diikuti pula kekalahan yang dialami (pilihanraya umum 1978) PAS hanya memenangi 2 kerusi parlimen. Kemudian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz selaku Pesuruhjaya mengatur gerakkerja untuk menghadapi pilihanraya peringkat DUN. Persaingan yang dihadapi lebih sengit kerana berdepan dengan BN dan Berjasa. Keputusannya muktamad, Kelantan terus terlepas kepada BN yang memenangi 23 kerusi DUN, manakala Berjasa 11 sedang PAS hanya mendapat 2 kerusi sahaja.

Ledakan Semangat Baru

PAS Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz membawa kepada satu ledakan yang samasekali berlainan berbanding kepimpinan zaman Dato' Mohd Asri. Tambahan pula gandingan tokoh veteran seperti Pak Nik Lah, tokoh ulama dari kalangan muka-muka baru seperti Ustaz Haji Yahya Othman, PAS Kelantan kini mengorak langkah dengan lebih teratur walaupun sebagai pembangkang yang hanya mempunyai dua suara di Dewan Undangan Negeri.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyusun barisan petugas dan pejuang tanpa memilih bulu. Apa yang penting pada pandangan beliau ialah kelayakan dan kredibiliti pada seseorang. Penyusunan ini telah memberi nafas baru kepada gerakkerja parti untuk mendekati rakyat. Walaupun pilihanraya baru saja berlalu, namun PAS Kelantan masih dalam suasana bekerja untuk menghadapi pilihanraya. Rumah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tetap sibuk menerima kunjungan setiap masa.

Siri pilihanraya berikutnya diharungi dengan menurut strategi yang lebih teratur hasil penyusunan semula tenaga-tenaga penggerak yang lebih berwibawa, lebih mantap dan lebih tahan lasak dengan gandingan tenaga veteran dan tenaga baru. Kalangan pengundi sentiasa diberi penerangan melalui pertemuan hati ke hati dan melalui rapat-rapat umum. Ternyata dengan penampilan kepimpinan baru ini telah dapat menarik kembali sokongan yang lebih bermakna. Kalau sebelum ini sokongan mereka tidak ada beza dengan sokongan yang diterima oleh pihak BN (Umno khususnya) yang kedua bentuk sokongan lebih berasaskan kebendaan.

Kini penyokong dan para simpatisan mulai memahami dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Gerakan penerangan dan ceramah memberikan kefahaman ini secara beransur-ansur. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz pernah mengatakan bahawa lambat-laun Kelantan akan kembali kepada PAS.

Suasana yang rancak ini tergugat untuk seketika apabila timbul sekali lagi krisis kepimpinan ekoran kenyataan YDP PAS Dato' Mohd Asri untuk membawa PAS kembali ke dalam BN. Protest yang lebih meluas kembali kedengaran. Bukan saja di Kelantan, bahkan di seluruh tanahair. Akhirnya beliau telah mengambil sikap untuk bertanggung-jawab di atas kenyataannya itu dengan membuat keputusan untuk meletak jawatan dan menarik diri dari PAS dan kemudiannya menubuhkan HAMIM.

Kegawatan ini sedikit sebanyak terkena juga tempiasnya kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Beliau dikatakan terlibat secara langsung mendesak dan memberi tekanan yang membawa kepada apa disifatkan sebagai pemecatan YDP PAS tersebut. Tetapi, segala tohmah dan tuduhan itu terjawab apabila Tuan Guru menulis Kemucut Dalam Perjuangan Islam. Kata beliau:

... bekas Dato' Yang Di Pertua telah meletak jawatan, bukan dipecat. Dalam surat perletakan jawatan ditulis secara sedar atau tidak bahawa ada satu pakanan jahat untuk menggulingkan beliau ..
Oleh itu maka dapat difahami bahawa Tuan Guru langsung tidak terlibat dalam konfrantasi PAS-Asri itu. Manakala dalam Muktamar ke 29 (Dewan Bahasa dan Pustaka) perwakilan termasuk Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz telah secara sebulat suara memilih Tuan Guru Haji Yusuf Rawa sebagai YDP yang baru.

Era Kepimpinan Ulama Bermula

Keadaan terus menjadi tenang dan program kuliah, ceramah, usrah dan sebagainya kembali menjadi rancak apabila PAS melangkah ke era baru. Satu suasana yang dirasakan cukup berbeza dari sebelumnya. Kerana orang ramai beranggapan bahawa PAS di zaman Dato Asri lebih mirip kepada gerakan kebangsaan.

Kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh PAS baik di Pulau Melaka sendiri, di Dewan Zulkifli atau di mana-mana terus mendapat sambutan. Tahun demi tahun kehadiran semakin ramai. Masjid Pulau Melaka mula dirasakan semakin sempit. Kuliah yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz pada setiap malam Khamis dan Jumaat di Masjid Pulau Melaka dan di Dewan Zulkifli menambat hati beratus-ratus pengunjung saban waktu. Bahkan terdapat 'penuntut' ilmu yang berulang tiap minggu dari Jertih ke Dewan Zulkifli setiap hari Jumaat.

Penyampaian yang jelas disertai dengan misalan yang tepat menjadikan kuliah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sangat diminati oleh sesiapa sahaja yang hadir. Sehinggakan jika mereka terlepas dari menghadiri kuliah tersebut, pasti mereka akan membeli pita rakaman kuliah yang telah mereka ketinggalan itu. Ketika inilah, di Kelantan bahkan di seluruh Malaysia, ahli-ahli PAS mulai mengikuti kuliah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan ceramah-ceramah lain-lain pemimpin (al-Fadhil; Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Haji Abdul Hadi Awang dan lain-lain) melalui pita-pita rakaman yang disebaredar ke seluruh negara. PAS kini bangkit dalam Era Kepimpinan Ulama.

PAS terus berkembang. Ketokohan dan penampilan Tuan Guru sebagai seorang ulama yang haraki telah menarik minat dan sokongan angkatan muda. Ditambah lagi dengan perlantikan al-Fadhil Tuan Guru Haji Fadzil Mohd Noor sebagai YDP baru menggantikan al-Fadhil Tuan Guru Haji Yusuf Rawa yang uzur, dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan YDP, manakala Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz pula selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menggantikan Tuan Haji Husin Rahimi (Ahli Parlimen Pasir Putih).
Kalah Kali Pertama

PAS kini membariskan kepimpinan ulama yang berwibawa. Semuanya kini berada di saf paling hadapan untuk memimpin gerakan Islam yang mulai menggoncangkan tiang-tiang seri BN. Dalam siri pilihanraya 1986, untuk pertama kalinya Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz telah diamanahkan untuk bertanding di dua kerusi. Dun Semut Api dan Parlimen Bachok. Allah swt adalah sebaik-baik Perancang. Tuan Guru kalah untuk pertama kalinya di peringkat Parlimen dan pencalonan sulong bagi kerusi Dun ini sebenarnya telah membuka laluan yang sangat gemilang untuk hari-hari esok.

Pada hari keputusan pengiraan undi, Tuan Guru menyifatkan kekalahannya di parlimen Bachok adalah satu rahmat dari Allah. Kalau sebelum ini beliau terpaksa memikul amanah parti di peringkat urusan parlimen, kini beliau mempunyai masa yang lebih luas untuk mengatur strategi bagi merampas kembali Kelantan dari BN. Dahulu beliau terpaksa menanggung keletihan kerana berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen dan sebagainya.

Kini Tuan Guru mempunyai lebih banyak masa di Kelantan. Mulai saat inilah Tuan Guru dapat lebih tekun mengajar, mensyarahkan beberapa buah kitab. Antaranya ialah al-'Ilmaniyyah (Sekularisme) karangan Dr. Yusuf Qardhawi, Mauizatul Mukminin (Bimbingan Mukmin) dan Fiqh Sirah RasuluLlah saw oleh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buty. Syarahan beliau bagi kitab-kitab ini telah memberi satu suntikan kefahaman yang cukup dirasai oleh segenap hadirin dan pembeli tetap kaset-kaset kuliah tersebut. Masyarakat menjadi bertambah jelas dan semakin memahami kekarutan fahaman sekular apabila mendengar penerangan al-'Ilmaniyyah dan mulai mengangan-angankan suasana
bahagia di zaman RasuluLlah saw apabila mendengar penerangan Fiqh Sirah tersebut.
Kuliah tersebut juga secara tidak langsung telah menjadi salah satu sumber pendapatan bagi segelintir individu. Sehingga ada syarikat di Kuala Lumpur telah menerbitkan siri-siri kuliah tersebut. Secara tidak langsung pita kaset yang beredar ke seluruh negara ini telah memainkan peranan media sebaran am radio walaupun sekadar 20 peratus. Namun kesannya cukup besar.

Membangun Bersama Islam

Krisis dalam UMNO telah meretakkan solidariti parti yang kununnya didakwa sebagai parti Islam terbesar di dunia. Kerusi Presiden telah tercabar. Tetapi Dato Sri Dr. Mahathir terselamat dari cubaan Tengku Razaleigh untuk menguasai kerusi keramat itu. Anak raja yang merasakan dirinya mempunyai pengikut yang ramai itu kemudiannya telah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 untuk meneruskan cabaran dari luar terhadap Presiden UMNO itu.

Jentera pilihanraya PAS Kelantan pimpinan Tuan Guru hanya berehat lebih kurang sebulan sahaja setelah selesai pilihanraya 1986. Jentera pilihanraya terus di gerakkan secara berterusan seolah-olah akan menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa sahaja. Setiap jentera di semua MTD menjalankan kerja-kerja mencula dengan agresif sehingga hampir 90 peratus nama yang ada dalam senarai pengundi telah dicula dalam masa beberapa tahun. Jentera muslimat yang turut melibatkan Datin Tuan Sabariah menjadi lebih mudah diurus lantaran mudahnya perhubungan antara Pesuruhjaya dengan wakil pihak muslimat iaitu isterinya sendiri. Segala masalah yang timbul dapat disalurkan dengan segera untuk tindakan pantas.

Bayangan kemenangan pula seolah-olah sudah terbayang apabila terbentuknya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang menggabungkan PAS, BERJASA, HAMIM dan S46. Menjelang beberapa minggu sebelum pembubaran parlimen dan dewan undangan negeri-negeri, APU yang dipimpin oleh PAS mengistiharkan manifesto Membangun Bersama Islam. Peristiharan awal ini memberikan kesan yang mendalam ke hati para pengundi dan petugas pilihanraya.

1990 Menyapu Bersih

Parlimen dan DUN dibubarkan. Rakyat Kelantan menderu-deru menuju ke setiap pusat pembuangan undi dengan satu tekad yang nekad iaitu : Kami mahu Membangun Bersama Islam. Bahkan ramai pengundi yang tidak pernah mengundi PAS dan tidak pernah bercadang untuk mengundi PAS dalam pilihanraya 1990 itu, tetapi Allah Yang Maha Kuasa, Dialah yang menguasai setiap hati-hati dan membolak-balikkannya menurut semahuNya. Tetapi apabila berdiri di sisi meja dan mencapai pen untuk memangkah, tidak ada yang terlintas di dalam hati melainkan PAS, APU. APU, PAS. Sehinggakan pengundi-pengundi dari kalangan orang asli di ceruk hutan turut 'terpangkah'kan bulan purnama. Dan ada juga petugas SPR dari kalangan guru-guru yang bertugas di kawasan pendalaman, mengatakan: Kami orang SPR, tapi kami sokong Tok Guru.

Menjelang selepas zohor , keputusan awal dari statistik pembuangan undi tiba ke markaz besar di Dewan Zulkifli Kota Bharu. Suasana di dewan mulai hangat walaupun semua kipas berputar ligat di atas kepala. Kehangatan suasana terus memuncak apabila laporan tidak rasmi dari setiap PACA mulai tiba dan dikumpulkan di Kota Bharu. Orang ramai mulai berbisik: Pas menang. Apu menang.

Menjelang malam, PACA menyampaikan laporan pra-muktamad. Semua calon PAS untuk kerusi parlimen dan dun PAS telah dimenangi. Keputusan yang disiar lewat radio dan tv menimbulkan suasana yang berbeza di tempat-tempat yang berbeza. Di pihak APU (PAS) kegembiraan jelas tergambar dari tuturkata dan riak wajah manusianya. Di pejabat Umno pula, kemurungan menyelubungi suasana. Setiap keputusan terkini menambahkan kegembiraan dan kemurungan.

Namun sesusuk tubuh di rumah kayu bercat hijau di Kg Pulau Melaka langsung tidak mempedulikan urusan manusia di luar. Beliau asyik dan hanyut dalam solat hajat memohon pertolongan Allah swt untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dalam dirinya terbit rasa takut. Khuatir. Setiap minit ketakutan dan kebimbangan itu semakin bertambah dan menjadi-jadi. Bukan takut kalah. Bukan khuatir akan kecundang lagi. Kerana kekalangan sudah menjadi mainan PAS sejak dulu lagi.

Tetapi yang sangat ditakuti dan dikhuatirkan oleh manusia yang seorang ini ialah godaan mata benda dunia dan gagal memikul amanah. Kerana kemenangan PAS itu sudah dijangkakan. Tetapi samasekali tidak ada seorang manusia pun di bumi ini yang menjangka Allah swt akan memberi kemenangan total kepada APU (PAS, Berjasa, Hamim dan S46).

Keputusan muktamad:

APU mendapat 12 kerusi parlimen, 39 kerusi dun.

BN mendapat 0 kerusi parlimen, 0 kerusi dun.

Semua orang terperanjat. Darah pendokong dan penyokong PAS di seluruh tanahair berderau. Pesuruhjaya PAS Kelantan tersungkur sujud penuh kesyukuran di lantai rumahnya. Presiden UMNO Dato Sri Dr. Mahathir Muhammad ikut terkejut besar. Kemudian beliau menyatakan:

.......... kekalahan UMNO Kelantan berpunca daripada sikap rakyatnya yang masih dalam perangkap "parochialism"nya sendiri. Sikap taksub kenegerian dan politik masih menebal....
apabila memberi komen kepada kejatuhan kerajaan BN di Kelantan ke tangan APU (PAS). Beliau melihat faktor kenegerian apabila mensifatkan kemenangan itu antaranya adalah disebabkan oleh gandingan Tengku Razaleigh dan lain-lain pemimpian PAS, Hamim dan Berjasa.


Rombongan Yang Gagal

Malam itu juga satu rombongan dari Dewan Zulkifli berangkat ke rumah Pesuruhjaya di Kg Pulau Melaka. Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz keluar dalam keadaan gementar yang jelas dalam pandangan mereka. Mereka memujuk Tuan Guru supaya bersetuju dengan keputusan parti untuk memilihnya sebagai Menteri Besar. Rombongan pertama ini gagal. Alasannya, beliau takut tidak dapat menjalankan tugas dan memikul amanah dengan baik.

Kemudian menyusul pula beberapa rombongan lain dari kalangan pimpinan PAS Kelantan.

Berusaha memujuk beliau untuk bersiap sedia mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar keesokan harinya. Rombongan ini juga gagal. Sehinggalah apabila keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat, bahawa Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz mesti mengangkat sumpah esok hari.

Ulama Pertama Sebagai Menteri Besar

Maka mahu tidak mahu terpaksalah dengan berat hati keputusan itu diterima. Sami'na wa atho'na. Lalu keesokan harinya berangkatlah rombongan kepimpinan PAS, Berjasa, Hamim dan S46 diketuai oleh Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim untuk majlis mengangkat sumpah sekaligus membentuk kerajaan APU di Kelantan. Untuk kali pertama dalam sejarah tanahair selepas merdeka, seorang ulama diamanahkan tugas berat untuk mentadbir sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia. Umat Islam melalui gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia menyampai ucapan tahniah tidak putus-putus.
 

KEKAL KELANTAN UBAH PUTRAJAYA..22HB DI TAPAK EXPO MACHANG

KEKAL KELANTAN UBAH PUTRAJAYA..22HB DI TAPAK EXPO MACHANG, GERAKAN MASSA KEKAL AKAN BERADA DI SANA INSYALLAH

Lahad Datu: Pengganas tinggal kurang 50 orang, boleh tumpas waktu terdekat




18 Mac 2013
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas.
"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya.
Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.
Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.
"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. - Bernama

Nizar sah tanding Changkat Jering



SAIFULLAH AHMAD & NURUL MAZWANA HAMDAN
19 Mac 2013
Mohammad Nizar Jamaluddin
Mohammad Nizar Jamaluddin
IPOH – Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akhirnya terjawab apabila Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi berkenaan.

Sumber dalam Pas memberitahu, pengumuman mengenainya akan dibuat Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain.

"Ya, perkara itu (Nizar tanding di Dun Changkat Jering) akan diumumkan  di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Markas Pas Ayer Kuning malam nanti (semalam)," kata sumber itu kepada Sinar Harian, semalam.

Polemik pencalonan Mohammad Nizar muncul sejak bulan Jun tahun lalu ia ditimbulkan beberapa laman blog tempatan  yang mencadangkan Adun Pasir Panjang itu bertanding di Dun Changkat Jering.

Pada Rabu lalu, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dengan beraninya mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon Pas di kawasan Dun itu dalam ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang.

Kemudiannya, Mohammad Nizar yang ditanya mengenai pengumuman itu menganggap ia sebagai tindakan nakal Pemuda Pas Perak.

Berdasarkan rekod, kerusi Dun Changkat Jering sehingga 2004 diwakili oleh Pas, bagaimanapun pada tahun 2008, Pas memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-12 dan menang menewaskan calon Umno.

Malangnya, pada 2009, penyandangnya, Kapten (B) Mohd Osman Jailu bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas dengan menyokong Barisan Nasional (BN) bersama-sama Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Datuk Hee Yit Foong.