Wednesday, June 30, 2010

Sensasi: Penampakan Hantu Bocah Di Museum Tsunami !

Sensasi: Penampakan Hantu Bocah Di Museum Tsunami !

SEDAKA SEJAHTERA: Dramatis Juhara Ayub, Pelakon Terkenal Kemalangan - Pejalan Kaki Maut

SEDAKA SEJAHTERA: Dramatis Juhara Ayub, Pelakon Terkenal Kemalangan - Pejalan Kaki Maut

Selatan Online - KATAK BAYAN BARU nak jadi hero hindi...

Selatan Online - KATAK BAYAN BARU nak jadi hero hindi...

SIASAH: Ulama muda nafi tidak dijemput

SIASAH: Ulama muda nafi tidak dijemput

SKUAD DUN BATU CAVES: Dua Adun PR ke SPRM Esok, SPRM Sekali Lagi Diperkuda

SKUAD DUN BATU CAVES: Dua Adun PR ke SPRM Esok, SPRM Sekali Lagi Diperkuda

Thinking of Life: Ciri kepimpinan terbaik ada pada Zaid

Thinking of Life: Ciri kepimpinan terbaik ada pada Zaid

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Adun Sri Muda, Batu Caves beri keterangan pada SPRM esok

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT: Adun Sri Muda, Batu Caves beri keterangan pada SPRM esok

Tranungkite Online v10 - Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam?

Tranungkite Online v10 - Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam?

Tukar Tiub: APA TERJADI DI PEJABAT SUARA KEADILAN

Tukar Tiub: APA TERJADI DI PEJABAT SUARA KEADILAN

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: GILA KUASA - AZMIN SANGGUP LEPASKAN ADUN BUKIT ANTARABANGSA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: GILA KUASA - AZMIN SANGGUP LEPASKAN ADUN BUKIT ANTARABANGSA

JAMBATAN - Che Det

JAMBATAN - Che Det

Pelakon Wanita Terkenal Kemalangan – Pejalan Kaki Maut � best1of4's blog

Pelakon Wanita Terkenal Kemalangan – Pejalan Kaki Maut � best1of4's blog: "Juhara Ayub"

Batu Gajah Mari: Macam ada agen asing dalam kabinet Najib

Batu Gajah Mari: Macam ada agen asing dalam kabinet Najib

Fakulti Siyasah Syar'iyah: Tukar Penasihat Undang-Undang, Kajian Selama Dua Tahun

Fakulti Siyasah Syar'iyah: Tukar Penasihat Undang-Undang, Kajian Selama Dua Tahun

Batu Gajah Mari: Macam ada agen asing dalam kabinet Najib

Batu Gajah Mari: Macam ada agen asing dalam kabinet Najib

Zaid: Pertemuan Dengan RPK Atas Prinsip Persahabatan at Anwar Ibrahim

Zaid: Pertemuan Dengan RPK Atas Prinsip Persahabatan at Anwar Ibrahim

angkasanuri.blogspot.com: TAKUT DITIMPA BALA, PERTEMUAN SPRM-BALA BATAL

angkasanuri.blogspot.com: TAKUT DITIMPA BALA, PERTEMUAN SPRM-BALA BATAL

Buku Kartun Malaysia Sudah Terkenal Di Dunia

Buku Kartun Malaysia Sudah Terkenal Di Dunia

(Gambar) Keluarga Kerabat Diraja Johor

(Gambar) Keluarga Kerabat Diraja Johor

Sultan Ibrahim Minta Ganti Tambak Johor !!

Sultan Ibrahim Minta Ganti Tambak Johor !!

Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di Malaysia

Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di Malaysia

(Kembara Mahkota Johor) Pelaku Seks Bebas Bonceng Sultan

(Kembara Mahkota Johor) Pelaku Seks Bebas Bonceng Sultan

Di Mana Kebenaran Felda Malaysia Bankrap?

Di Mana Kebenaran Felda Malaysia Bankrap?

12 setinggan dapat rumah baru


CHERAS- Sebanyak 12 keluarga setinggan yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Sungai Kerayong boleh menarik nafas lega apabila mendapat kunci rumah baru mereka iatu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Alam, Sungai Besi, semalam. 

Penyerahan kunci kediaman baru itu dibuat kurang 24 jam selepas semua rumah mereka hangus dalam kejadian kebakaran petang kelmarin. 

Selain boleh mendiami rumah PPR itu pada bila-bila masa, setiap keluarga yang rata-rata kehilangan banyak harta benda dan tinggal sehelai sepinggang itu juga menerima RM5,200 sumbangan pelbagai pihak. 

Dalam perkembangan sama penduduk setinggan selebihnya dijangka akan dipindahkan sebelum hari raya Aidilfitri akan datang.

Kadar jenayah jalanan berkurangan 36.89% - Hishammuddin


30/06/2010 4:40pm

KUALA LUMPUR 30 Jun - Kadar jenayah jalanan berkurangan 36.89 peratus dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, jenayah keseluruhan juga didapati turun 13.9 peratus bagi tempoh antara Januari dan Mei tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun 2009.
Menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini Hishammuddin berkata, dalam usaha mengurangkan kadar jenayah pihak kementerian mengambil langkah melaksanakan penempatan semula 7,402 anggota polis yang dahulunya membuat tugas-tugas pentadbiran.
Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga menyerap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Angkatan Relawan Rakyat (RELA) bagi ditempatkan di kawasan-kawasan tinggi kadar jenayah.
Beliau berkata, bagi meningkatkan rasa hormat masyarakat terhadap perkhidmatan polis pula, kerajaan menetapkan bahawa lima peratus kadar jenayah keseluruhan dikurangkan bersama-sama pengurangan 20 peratus jenayah jalanan menjelang akhir tahun ini.
Katanya, untuk itu 496 kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di negeri Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang beserta 90 buah balai polis bergerak membabitkan 30 bas dan 60 van.
Menurut Hishammuddin, dua inisiatif juga diwujudkan iaitu pegawai atasan polis digalakkan meronda bersama-sama anggota bit dan patrol di bawah inisiatif ”High Profile Policing dan ”Stop and Talk” agar anggota bit dan patrol dapat berinteraksi dengan masyarakat.
Ketika menjawab soalan tambahan Abdul Manan, Hishammuddin berkata, KDN akan memaparkan indeks jenayah di dalam laman webnya setelah semua maklumat daripada peringkat daerah sehingga kementerian diselaraskan.
Menurut beliau, penyelarasan itu penting bagi menentukan ketepatan maklumat serta tiada perkara yang perlu dibimbangkan bagi dipamerkan untuk tatapan umum. - Bernama

Luna Maya nikah umur 14 tahun


Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba berita tentang Luna Maya telah bernikah ketika berusia 14 tahun menjadi antara berita hangat di Indonesia. 

Berita itu dibantah keras salah seorang rakan baik Luna dan Ariel, Boy Afrian Bondjol. 

“Isu itu sama sekali tidak benar dan tidak berasas, ia sama seperti cerita Ariel yang dikatakan mati kerana menelan pil belebihan padahal dia sihat walafiat di dalam penjara." katanya. 

Berita itu menjadi hangat setelah pihak polis juga menyoal perkara sama kepada Luna. 

Bagaimana pun Luna masih belum memberi sebaran komen tentang khbar angin yang bertiup itu. 

Sementara itu, Luna sempat melawat Ariel dipenjara dan dilihat memeluk erat Ariel bagi melepaskan rindu setelah Ariel menyerah diri kepada pihak polis. Luna juga dikatakan memberi kata-kata semangat pada Ariel dan menyampaikan kata cinta dan rindunya kepada vokalis Peterpan itu.



KDN terima jawapan bertulis Suara Keadilan




PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam telah mendapat penjelasan bertulis berhubung tiga surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada akhbar Suara Keadilan. 

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, penjelasan itu yang merupakan jawapan bagi ketiga-tiga surat tunjuk sebab berkenaan diterima melalui faksimili pada 4.57 petang semalam. 

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung penjelasan bertulis itu kerana perlu meneliti isi kandungan dokumen berkenaan terlebih dahulu. 

“Saya belum tengok lagi jawapan mereka, dan kementerian juga akan mengadakan mesyuarat selepas ini untuk menilai sama ada jawapan mereka boleh diterima pakai atau tidak,” katanya ketika diminta mengulas mengenai maklum balas kepada tiga surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN kepada Suara Keadilan pada Januari, Februari dan April tahun ini. 

KDN mengeluarkan surat tunjuk sebab pada Januari dan April ekoran kegagalan akhbar milik Parti Keadilan Rakyat itu memberi lapan salinan akhbar berkenaan bagi setiap keluaran. 

Surat tunjuk sebab Februari pula khusus meminta penjelasan berhubung tiga artikel yang disiarkan Suara Keadilan yang didapati mempunyai unsur fitnah terhadap UMNO dan Barisan Nasional. - Bernama

Hizbollah tolak dialog




BEIRUT - Pejuang Hizbollah tidak berminat mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) selagi Washington tidak mengubah polisi di Timur Tengah kerana AS ternyata lebih memihak kepada Israel yang menindas penduduk Palestin di Gaza. 

Timbalan ketua Hizbollah, Sheik Naim Kassem berkata demikian sebagai mengulas cadangan Ryan Crocker pada awal bulan ini supaya Washington memulakan rundingan bersama kumpulan pejuang itu. 

Crocker memberitahu Dewan Senat bahawa AS akan rugi sekiranya tidak bersedia untuk mengadakan rundingan dengan wakil Hizbollah, walaupun kerajaan AS menganggap kumpulan itu sebagai pertubuhan pengganas. 

Pentadbiran Presiden Barack Obama menolak cadangan Crocker kerana Hizbollah bukan sebahagian daripada pertubuhan politik rasmi di Lebanon. 

Hizbollah diasaskan pada 1982 apabila Israel menyerang Lebanon dan kumpulan pejuang itu bersikap anti-AS sejak awal penubuhan. 

Perang pada 2006 mengorbankan 1,200 pejuang Hizbollah dan 160 tentera Israel. 

Baru-baru ini, Israel menuduh Syria membekalkan peralatan perang kepada pejuang Hizbollah.

Dr Death' takut menghadapi mati


NEW YORK - Jack Kevorkian yang lebih dikenali sebagai Dr Death kerana membantu lebih 130 orang di Amerika Syarikat (AS) membunuh diri, mengakui bahawa dia sendiri takut untuk mati. 

Pengakuan itu dibuat oleh Kevorkian, 82, dalam dokumentari khas bertajuk Kevorkian mengenai penglibatannya dalam kes eutanasia serta pengalaman dipenjarakan dari 1999 hingga 2007 kerana membantu pesakit membunuh diri. 

Dokumentari khas sepanjang 90 minit itu turut memuatkan wawancara bersama ahli keluarga, rakan sekerja dan banduan yang pernah berkongsi lokap dengan Kevorkian. 

Filem dokumentari itu disiarkan di AS menerusi saluran HBO, kelmarin.

Jangan masuk campur



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta meminta pihak yang tiada kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran parti itu. 

Menurut Abdul Khalid, pertukaran pentadbiran PKR Selangor yang diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kelmarin adalah satu pembaharuan yang dilakukan bagi memantapkan lagi parti berkenaan. 

“Pihak terbabit tidak payah campur mengenai perkara ini. Fasal letak jawatan, terima jawatan tidak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat. 

“Ini satu reformasi untuk mengelakkan ‘konflik berkepentingan’ (conflict of interest) berlaku dalam parti mahupun Kerajaan Negeri. Satu jaga parti satu lagi jaga Kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, semalam. 

Beliau berkata, demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan oleh beberapa pihak yang meminta beliau berundur sebagai Menteri Besar selepas melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor. 

Desakan terbaru itu meletakkan suasana polit:ik di Selangor yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semakin bercelaru dan bakal memburukkan pentadbiran kerajaan negeri, biarpun baru dua tahun memerintah. 

Ramai dalam kalangan pemimpin PKR sendiri berpendapat sukar untuk Abdul Khalid menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik dipegang oleh Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. 

Terbaru, Timbalan Ketua PKR Bahagian Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar yang mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berkata, kebanyakan perwakilan bahagian sebenarnya tidak bersetuju dengan keputusan mengekalkan Abdul Khalid dalam jawatan tersebut.: 

Ini kerana, kata beliau, mereka bimbang Selangor akan semakin kucar-kacir apabila pendapat dalam pentadbiran dan politik negeri tidak seiring memandangkan jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Majlis Pimpinan negeri disandang oleh individu berbeza 

Mengulas mengenainya, Abdul Khalid berkata, ‘pembaharuan’ itu adalah salah satu cara untuk memantapkan PR serta PKR di negeri ini. 

“Yang termasuk dalam agenda PR dan PKR ialah memantapkan pertubuhan supaya kita dapat bawa pembaharuan dalam pentadbiran negara dan akhirnya menjadi contoh bagaimana negara Malaysia akan diuruskan dengan baik untuk masa depan,” katanya. 

Katanya, beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor walaupun beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Cinta Mek Wook utuh



BESUT – Cinta dramatik seorang warga emas berusia 107 tahun, Wook Kundur terhadap suaminya, Mohd Nor Musa, 38, yang sentiasa membara dan tidak pernah padam sehingga melayakkan dirinya menerima anugerah Keluarga Contoh daripada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut. 

Malah, sepanjang Mohd Nor ditempatkan di pusat pemulihan itu sejak Disember tahun lalu, sudah lima kali warga emas itu datang menjenguk suaminya mengalahkan keluarga penghuni lain. 

“Sejak dia (suami) berada di sini menjalani rawatan, saya sentiasa mengingati dan merinduinya. Dulu, ketika berada di Puspen Sungai Besi, Selangor sebelum dipindah ke sini, saya tidak boleh kerap menjenguknya kerana jauh. 

“Demi cinta, saya sering ke sini bagi menghilangkan rindu selain memberi sokongan kepadanya supaya selepas keluar nanti dia tidak mengulangi lagi kesilapan lalu,” katanya. 

Wook berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Tautan Kasih dan Gaya Hidup Sihat sempena Hari Bapa Puspen Besut 2010 di Kampung Raja, kelmarin. 

Terdahulu, pada majlis sama, Wook menerima anugerah Keluarga Contoh yang disampaikan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Terengganu, Wan Addenan Wan Mohd Noor. 

Mohd Nor ditangkap Penguat Kuasa AADK Julai tahun lalu kerana didapati menagih dadah jenis heroin dan ditempatkan di Puspen Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut atas permintaan warga emas itu. 

Kisah perkahwinan Wook dengan lelaki yang usianya jauh lebih muda b sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai. 

Sementara itu, dalam pertemuan kira-kira 15 minit kelmarin, kerinduan Wook terhadap suaminya jelas terpancar berdasarkan aksinya bagaikan pasangan kekasih sedang bercinta yang sudah lama tidak bersua. 

Kedua-duanya saling tidak melepaskan tangan masing-masing selain bercakap penuh kasih sayang. 

“Setiap kali datang berjumpa dengannya, beginilah selalu. Sebagai isteri saya kena beri sepenuh kasih sayang kepada suami dan saya berdoa selepas keluar nanti, dia akan insaf dan kami dapat menjalani kehidupan rumah tangga seperti dulu,” katanya. 

Mohd Nor pula yang akan dibebaskan pada 15 Julai depan berazam untuk meninggalkan najis dadah dan merancang memasuki sekolah agama pondok bagi mendalami agama dan bertekad menjadi suami yang baik. 

“Saya juga amat merindui Wook. Dia seorang isteri yang hebat kerana sering membahagiakan saya, tetapi saya yang bersalah hingga menyusahkannya selama ini, namun dia tetap tabah menghadapi kerenah saya,” katanya. 

Wook juga telah membeli sebuah kereta terpakai lain bagi memudahkan dia berulang alik melawat Mohd Nor. 

Setiap kali melawat Mohd Nor, kereta itu akan dipandu anak saudaranya, Nordin Yaacob, 50, yang tinggal di Kampung Bharu, Bachok, Kelantan. 

Sekiranya Wook menghubungi Nordin untuk melawat suaminya, Nordin akan menjemput Wook di rumahnya di Kampung Bukit Tok Bat, Hulu Terengganu. 

“Saya baru beli kereta berharga kira-kira RM2,000 selepas kereta sebelum ini dijual Mohd Nor. Kalau selepas ini dia jual lagi kereta ini untuk beli dadah, saya minta selepas ini dia kena tahan lebih tiga tahun pula. 

“Saya sayangkan dia, tetapi kalau buat salah biarlah dipulihkan dan benar-benar insaf,” kata Wook yang tidak sabar menunggu kepulangan suami tersayang pada 15 Julai ini selepas menjalani rawatan pemulihan dadah selama setahun.

JPJ Kelantan lelong 35 kenderaan tidak dituntut


KOTA BAHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, hari ini, membuat lelongan terbuka ke atas 35 buah kenderaan yang tidak dituntut termasuk 22 buah motosikal, lapan buah kereta dan lima buah lori kepada pembeda dari seluruh negara.

Penolong Pengarahnya, Mat Rashid Ismail berkata, lelongan itu diadakan di pejabat JPJ Panji di sini membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM38,550 yang dijual antara RM70 dan RM11,300 sebuah.

"Seramai 60 orang pembeda hadir pada lelongan itu yang merupakan kali kedua tahun ini diadakan selepas kali pertama memunggut hasil sebanyak RM89,870," katanya kepada pemberita selepas majlis lelongan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua kategori kenderaan dilelong iaitu kenderaan yang boleh daftar dan kategori kedua kenderaan tidak boleh didaftar termasuk kenderaan potong.

Beliau berkata, bagi kenderaan yang nilainya kurang RM1,000 dikenakan bayaran tunai manakala kenderaan yang bernilai lebih RM1,000 boleh dibayar pendahuluan sebanyak 10 peratus dan bayaran penuh dalam tempoh tujuh hari bekerja.

KAMI BANTAH!




SENAI - Pemuda UMNO Bahagian Tenggara mendesak kerajaan mempertahankan pembinaan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) seluas 500,000 hektar di tapak asalnya di sekitar Ladang Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) berhampiran Orchard Golf, Jalan Kulai-Kota Tinggi kerana penduduk di situ inginkan pembangunan setanding kawasan lain yang telah maju. 

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor merangkap Ketua Pemuda bahagian, Abd Halim Abd Jalil berkata, demonstrasi bantahan pembinaan kampus UiTM di kawasan baru itu dibuat bersebelahan Orchard Golf, Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini, semalam selepas ia diumumkan kerajaan untuk bertukar lokasi ke Seri Alam, Pasir Gudang yang mana upacara pecah tanah dijangka akan berlangsung pada 17 Julai. 

Menurutnya, penduduk khususnya golongan muda yang menantikan pembinaan kampus itu berasa amat kecewa dengan pengumuman itu dan mahu pembinaannya dikekalkan. 

“Kami mahu ia kekal di tapak asal kerana dengan adanya kampus itu, ia akan dapat membantu mengubah nasib penduduk di sini. 

“Peluang pekerjaan dan pembangunan positif akan berlaku dengan terlaksananya kampus itu,” katanya. 

Abd Halim berkata, memandangkan Bandar Tenggara tidak termasuk dalam Iskandar Malaysia, pembinaan kampus itu sangat diharapkan oleh masyarakat setempat dan UiTM sudah menyelesaikan bayaran premium pada tahun lalu. 

Sementara itu, Setiausaha Usahawan Pekebun Kecil Johor merangkap Ketua Biro Ekonomi Pemuda Bahagian Tenggara, Mohd Shafiee Salam berkata, penduduk mahu tahu apa rasionalnya kampus itu dibina di Seri Alam dan bukannya Bandar Tenggara. 

“Jika mereka ada sebab musabab yang boleh diterima sudah tentu kami akan sedia dengar. Jangan biarkan kami terus tertanya-tanya. 

“Pemerintahan atasan negara adalah orang yang layak beri penjelasan kepada penduduk sekitar. Kami pemuda peringkat bahagian sendiri tidak tahu apa sebabnya dan bagaimana nak terangkan kepada mereka,” katanya. 

Pemuda UMNO Bahagian Tenggara bercadang menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menzahirkan harapan orang muda kawasan itu. 

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata, pembinaan UiTM itu tidak boleh dibina di tapak asal kerana tidak mendapat kelulusan disebabkan kos yang tinggi. 

“Mereka kena faham... kos penyelenggaraan jika dibuat di tapak asal memerlukan perbelanjaan tinggi justeru kita terpaksa menukarnya ke tempat yang lebih bersesuaian dan wajar,” katanya.

1:40 belia belum daftar undi



PORT DICKSON – Masih terdapat belia berumur antara 21 hingga 39 tahun belum mendaftarkan diri sebagai pengundi berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dengan nisbah 1:40. 

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, nisbah 1:40 itu bukan sahaja di negeri ini, malah membabitkan seluruh negara. 

Menurutnya, keadaan itu amat merisaukan kerana seperti sudah menjadi satu trend dalam kalangan anak muda terutama belia Melayu yang tidak ambil kisah dan peduli untuk mendaftar diri sebagai pengundi berdaftar. 

“Justeru, Badan Perhubungan UMNO negeri mengambil perhatian serius mengenai masalah ini bagi meneliti bagaimana cara yang boleh diguna pakai untuk menggalakkan belia Melayu menjadi pengundi berdaftar dengan SPR,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sembilan, anjuran Biro Penerangan Badan Perhubungan UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO Negeri Sembilan, di sini, semalam. 

Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi; Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar. 

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, perkara itu perlu diteliti dengan lebih khusus supaya satu cara dapat diwujudkan bagi menggalakkan anak muda mendaftar. 

“Jika kita tidak mengatasi masalah ini dengan segera, akan wujud kekeliruan. 

“Walaupun nanti dalam peratusan kaum Melayu ramai tetapi dari segi peratusan pengundi berdaftar, jumlah peratus itu tidak ramai. Perkara ini yang perlu diteliti,” katanya. 

Sementara itu, Mohamad berkata, daripada 154,000 ahli UMNO, seramai 24,000 ahli UMNO tidak berdaftar telah dikenal pasti sehingga penghujung 2009. 

Bagaimanapun, menurutnya, kerja mengemas kini data pengundi akan dibersihkan secepat mungkin bagi menangani masalah pertindihan fakta yang berlaku. 

“Ini sebab dahulunya ahli mendaftar dengan menggunakan kad pengenalan lama,” katanya.

Nisbah 1:40 bermotif politik, perkauman




KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menyelar kajian biro keahlian dan daftar pemilih Pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu yang didakwa bermotifkan politik. 

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masalah ini dapat diatasi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan daftar pemilih secara automatik. 

Menurutnya, mekanisme ini tidak dilaksanakan kerana untuk menjaga kepentingan politik UMNO, Barisan Nasional (BN) kerana melihat kecenderungan pengundi muda menyokong PR. 

“Saya melihat ini lebih bersifat politik daripada kenyataan sebenar, SPR sewajarnya boleh mengatasi masalah ini dengan sistem daftar automatik. 

“Kalau ini dilaksanakan pasti selesai masalah, saya menyanggah kenyataan yang bersifat perkauman ini, kerana orang Melayu adalah teras pemerintahan, tidak perlu kita takut Melayu kehilangan kuasa,” katanya dalam satu sidang media di bangunan Parlimen, semalam. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, angka ini sebenarnya belum disahkan dan kenyataan itu hanya untuk menakutkan kaum saja. 

“Tetapi SPR lupa ini melambangkan kegagalan SPR itu sendiri dalam isu ini, amanah ini adalah untuk mereka supaya memastikan semua kaum mengundi,” katanya. 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mencabar SPR mengeluarkan angka sebenar berhubung nisbah pengundi di negara ini. 

Menurutnya, kenyataan Pemuda UMNO yang turut disokong SPR ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. 

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke pula menganggapnya satu kenyataan berbaur perkauman. 

“Ini adalah kenyataan palsu dan berbaur perkauman. Ia digunakan untuk menakutkan Melayu supaya merka percaya yang mereka akan kehilangan pegangan politik," katanya. 

Menurutnya, menurut SPR, kebanyakan pengundi baru adalah daripada Umno dan 70 peratus daripada mereka adalah bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera. 

"Jadi mustahil terdapat lebih ramai pengundi baru bukan Melayu," katanya.

Bayi atas tong sampah



SEREMBAN – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas tong sampah di sebuah sebuah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat, dekat sini, semalam. 

Bayi malang yang berpakaian lengkap itu ditemui pekerja syarikat pelupusan sisa, Southern Waste Managment (SWM) Maideen Machapu, 42, pada jam 4.20 petang. 

Beliau berkata, dia mendapati bayi lelaki yang cukup sifat terbaring atas tong sampah berkenaan dengan hanya beralaskan surat khabar tanpa ada sebarang nota atau objek lain. 

“Saya seperti mahu menangis melihat bayi yang memakai baju, seluar, sarung tangan dan kaki berkenaan menggigil teruk walaupun ketika itu masih belum hujan,” katanya. 

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Ng Ah Moy, 68, berkata, dia yang sedang berehat terkejut apabila terdengar teriakan seseorang dari luar rumahnya. 

“Sejurus ke:luar, saya dimaklumkan penemuan bayi berkenaan dan melihat jiran berdekatan sibuk mendukungnya sebelum sepasukan anggota polis tiba untuk melakukan pemeriksaan,” katanya. 

:Bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTSJ) untuk rawatan lanjut. 

:Penemuan bayi berkenaan turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Zainab Nasir yang melakukan lawatan di HTJS petang semalam, memaklumkan bayi itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.