Friday, May 3, 2013

Umno Bg Ker... Tak Bagi Ker... Perantau Luar Rakyat Kelantan Tetap Balik Kg Untuk Mengundi PAS...

Umno Bg Ker... Tak Bagi Ker... Perantau Luar Rakyat Kelantan Tetap Balik Kg Untuk Mengundi PAS...

[ PRU13 - Inikalilah Ubah Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Fitnah TG Nik Aziz: Ibrahim Ali diberi tempoh 24 jam



KOTA BHARU: Pengerusi Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap calon Bebas di parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali (gambar) kerana mengeluar dakwaan fitnah terhadap Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, tempoh 24 jam yang diberi semalam bagi membolehkan Presiden Perkasa itu memohon maaf dan menarik balik fitnah sudah berakhir.

“Tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya sebagai pemegang amanah sahaja kepada tanah yang dimilik agensi berkenaan,” katanya.

Sebelum ini Ibrahim mendakwa Tuan Guru Nik Aziz dan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki 27 lot tanah di sekitar Kota Baru yang bernilai lebih RM10 juta.

[ PRU13 - Realisasikan PR Ke Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Bukti Anak Muda Tak Sabar- Sabar Nak Bawa PR Ke Putrajaya..

Bukti Anak Muda Tak Sabar- Sabar Nak Bawa PR Ke Putrajaya... Siap Possing Bersama Panji Perjuangan Di Hadapan Office Najib Lagi...

Take Note !!! : Menitis air mata najib tengok gambar ning...

Ps ; Kredit Kepada Pejuang Jihad Markaz PasFB N The Geng...

[ PRU13 - Jom Realisasikan PR Ke Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Apa Dah Jadi Dengan Umno Kelantan.. :)



Kredit ; Cybertrooper Pakatan Rakyat

[ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Pertama kalinya TV3 Suku Menyiarkan Fakta Yg Betul... Kikikikikiki



Take Note !!! : Pembangkang di Kelantan ialah Umno... Bukan PAS Tau...

[ PRU13 - Kekalkan Kelantan, Jom Ubah Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Anwar dedah Jabatan Perdana Menteri terlibat seludup 40,000 pengundi hantu



(Oleh Sidin Omar)

PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.

"Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.

"Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

"Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak)," kata Anwar.

Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.

Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.

"Jumlah kemasukan mereka pada nasa kritikal ini membimbangkan, sama ada memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional," kata Anwar.

Justeru, beliau menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa.

"Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan pengundi asing ini?" soal Anwar.

Beliau turut mempersoal sama ada Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA.

"Sebab kita ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab. Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan.

"Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi," kata Anwar.

[ PRU13 - Bersihkan Pengundi Hantu ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Ayah Saiful hadapi tekanan kuat dari Umno



Beberapa hari sebelum ini, ayah Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mat Lazim (gambar) telah menghubungi Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari Umno.

“Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin ‘penarikan balik’ pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini.

“Saya ingin merujuk di sini kepada laporan media oleh En Azlan Mat Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari,” ujar Johari dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media yang menyebut bahawa Azlan menarik balik mohon maaf yang dibuatnya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut mengumumkan dirinya keluar dari PKR dengan serta merta.

“Kami ingin menjelaskan di sini bahawa Encik Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat. Permohonannya untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat belum pun diluluskan.

“Saya juga ingin menjelaskan di sini, bahawa Azlan Mat Lazim yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya,” jelas Johari lagi.

Beliau menjelaskan, Azlan dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik.

Take Note !!! : perkembangan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihan raya, apatah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik Umno...

[ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

PR DAKWA ADA PERCUBAAN BUKA PETI UNDI AWAL MANJONG... [ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Apa Macammm... :) [ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

"INILAH BUKTI SAYA KE MASJIDIL HARAM"

Sexfool meroyan dan akhirnya dia menunjukkan passportnya.. Dia kata "INILAH BUKTI SAYA KE MASJIDIL HARAM"

Merujuk kepada gambar yang Sexfool keluarkan di twitternya, VISA dibuat pada 27 Januari 2012 dan tempoh sah VISA yang dipohon Sexfoll hanyalah 30hari. So bermakna tarikh luput VISA yang dipohon Sexfool adalah sepatutnya pada 27 Februari 2012. Isunya sekarang, ko kononnya berada di Mekah pada April 2012. Sebab tu kami nak bukti yang menunjukkan APRIL, bukan bulan OGOS dan DISEMBER.. Dah tak reti beza bulan ke?

Take Note !!! : Sexfool, kalau aku kata ko bodoh, bangang, bahalol, tolol dan yang sewaktu dengannya ko marah.. Celah mana bulan APRIL 2012? Aku tak nampak pun?!???....

[ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

KEMPEN HIDUPKAN LAMPU KENDERAAN SEPANJANG HARI BERMULA (SEKARANG HINGGA 5 MEI 2013)

KEMPEN HIDUPKAN LAMPU KENDERAAN SEPANJANG HARI BERMULA (SEKARANG HINGGA 5 MEI 2013) SEMPENA HARI MENGUNDI & SOLIDARITI BUAT PAKATAN RAKYAT TAWAN PUTRAJAYA PADA PRU13. (HEBAHKAN SEBANYAK MUNGKIN)...

Ini Sebagai Tanda Sokongan Dan SEMANGAT Kita Kepada Pakatan Rakyat Yang Akan "Tawan" Putrajaya pada 5 MEI 2013. Tak Kisahlah Anda Ke Mana-Mana Pun, Pasangkan Lampu Kereta & "Main Lampu Tinggi" Sekiranya Anda Terserempak Dengan Pengguna Lain Kerana Mereka "Geng" Kita & Sebagai Tanda Sokongan... Ini Kali Lah!!!

[ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] ... ALLAHU AKBAR !!!

undilah BN...banjir selamanya...



Gelombang MILo !

"Nah kawasan Kasigui (Penampang). Bila mo kasi selesai ni.. bila la gelombang biru.. ini masi gelombang coklat air lumpur." 

Via - Eddy John

"BN akan tumbang kali ini," kata Profesor Dr Mohamad Agus, Pensyarah Kanan Politik UKM

Pengetua sekolah ni ugut kakitangan dia..

Pengetua sekolah ni ugut kakitangan dia..
kalau mana2 kakitangan dia undi PR..
akan direport kat JPN..
untuk ditukarkan ke kawasan pendalaman...

jom tolong kawan KITA ni..
mari kita SEBARKAN aduan kawan kita kat FACEBOOK..
biar semua org tahu..
PENGETUA ni seorg PENCACAI!!
salah GUNA KUASA dia sebagai PENGETUA..

dia UGUT kawan kita..
kita "UGUT" dia balik..
mari kita PM dia ramai3..
kasi dia FAYMES..

*kalau kita x tolong sebarkan..
cikgu3 akan terus diperlakukan seperti ini
dan akan terus dinafikan HAK untuk memilih..
maka UMNO akan terus berkuasa dgn penipuan !!!

https://www.facebook.com/hjibrahim.omar

Tak Nak BN....#TumbangBN #No2BN
PRU 13 nanti ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP
 

Pakatan Rakyat tidak pernah mengajar penyokong mereka bersikap samseng dan merosakkan bendera ataupun bahan kempen pihak lawan.



Pakatan Rakyat tidak pernah mengajar penyokong mereka bersikap samseng dan merosakkan bendera ataupun bahan kempen pihak lawan.

Apa yang diajar adalah politik baru iaitu politik hujah. Malangnya pihak disebelah sana tidak memahami konsep demokrasi yang sebenar. Habis bahan kempen calon Pakatan Rakyat dirosakkan. Bendera diturunkan. Namun penyokong Pakatan Rakyat tetap bersabar.

Kita tolak politik samseng. Kita tolak politik lucah.

Undilah Pakatan Rakyat!!

Semoga kita dapat memahami kata2 Assyahid Tuan Guru Hassan Al Bana,,pnggasas pertubuhan ikhwanul muslim...



Semoga kita dapat memahami kata2 Assyahid Tuan Guru Hassan Al Bana,,pnggasas pertubuhan ikhwanul muslim...

Terbaik rakyat Johor!! Ceramah Pakatan Rakyat di Johor semalam.. Ini Kalilah!!



Terbaik rakyat Johor!!
Ceramah Pakatan Rakyat di Johor semalam..

Ini Kalilah!!

PAS FOR ALL

Islam adalah agama rahmatal lil 'alamin.. yaitu, Islam membawa kebaikan dan manfaat, buat semua manusia tanpa mengira kaum, warna kulit, tempat maupun perbezaan zaman.


# PAS FOR ALL

-nw-

photo : kredit to LIKE Isu Politik Semasa
 —

PKR dakwa PMO terlibat bawa pengundi dicurigai

# Pejabat Perdana Menteri sendiri terlibat dalam ops membawa masuk pengundi hantu...? Habislah BN.. semakin byk komplot jahat yg bakal terbongkar. dan semakin ramai rakyat akan nampak permainan kotor UMNO BN. Pastikan BN tumbang kali ini. INI KALILAA...!

-nw-

_______________________________________________


MalaysiaKini :

PKR dakwa PMO terlibat bawa pengundi dicurigai


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.
Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.

Anwar juga berkata parti tersebut memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan PMO dengan penerbangan sewa khas tersebut.
 —

Pelancong asing mula membanjiri KLIA menjelang PRU13?



Nah gambar terkini.. mereka cek in kat lorong L tingkat 5 KLIA sekarang ni cuma tunjukkan IC .. menurut kerani di sana.. ic mereka baru2 ..

Penuh dengan warga asing dan semua datang melancong waktu negara nak adakan PRU13?

Ingat SPR dan UMNO/BN..
Kamu tipu pilihanraya, kami bangkit humbangkan kamu..
Ini bukan AMARAN, Ini janji kami!!!
 —

umno penipu



Saya dah kasi senarai flight MAS yang membawa suspek pengundi sebentar tadi.. Ini maklumat mengenai AirAsia pula setelah email berjaya dipintas oleh crew cybertrooper Pakatan Rakyat.. Baca di link disediakan.

1) Part I : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/05/skandal-pengundi-hantu-air-aisa-perdana.html

2) Part II : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/05/skandal-pengundi-hantu-air-asia-perdana.html

Kantoi lagi! Patut la SPR terpaksa pakai dakwat x kekal! Ada sebab rupanya!




nota :
AWAS SPR DAN UMNO/BN!!

INI JANJI BERSIH

Jika berlaku penipuan
Maka janji bersih akan
Membuat 3 tuntutan

1 - tidak akan terima keputusan pru13
2 - menuntut spr di mansuh
3 - wujudkan SPR baru untuk menjalankan pru sekali lagi

INGAT, TIPU PILIHANRAYA, RAKYAT TURUN JALAN RAYA!!
 

Jadual yang dikemaskini penerbangan angkut suspek pendatang asing sebagai pengundi hantu. Penerbangan pergi dan balik yang disewa khas oleh Pejabat Perdana Menteri.

Jadual yang dikemaskini penerbangan angkut suspek pendatang asing sebagai pengundi hantu. Penerbangan pergi dan balik yang disewa khas oleh Pejabat Perdana Menteri.

THU02MAY13 ----------
MH8623 KUL/JHB 0615/0700LT
MH8624 JHB/KCH 0745/0910LT
MH8625 KCH/JHB 0955/1115LT
MH8626 JHB/BKI 1200/1420LT
MH8627 BKI/JHB 1505/1720LT
MH8628 JHB/BKI 1800/2020LT
MH8629 BKI/JHB 2100/2315LT
B738 ACFT N/STOP JHB WL OPT JHB/KCH CHTR STD JHB 0610LT/

FRI03MAY13 ---------

MH8630 JHB/KCH 0610/0735LT
MH8631 KCH/JHB 0815/0935LT
MH8624 JHB/KCH 1015/1140LT
MH8625 KCH/JHB 1220/1340LT
MH8626 JHB/BKI 1420/1640LT
MH8627 BKI/JHB 1720/1935LT
MH8632 JHB/KCH 2020/2145LT
MH8633 KCH/JHB 2225/2345LT
B738 ACFT N/STOP JHB WL OPT JHB/KCH CHTR STD JHB 0610LT/

04MAY13 ----------
MH8634 JHB/KCH 0610/0735LT
MH8635 KCH/JHB 0815/0935LT
MH8630 JHB/KCH 1015/1140LT
MH8631 KCH/JHB 1220/1340LT
MH8626 JHB/BKI 1420/1640LT
MH8627 BKI/JHB 1720/1935LT
MH8628 JHB/BKI 2020/2240LT
MH8637 BKI/KUL 2320/ND0145LT DD.

6MAY13 ----------

MH8636 KUL/KCH 0800/0945LT
MH8625 KCH/JHB 1025/1145LT
MH8626 JHB/BKI 1225//1445LT
MH8627 BKI/JHB 1530/1745LT
MH8628 JHB/BKI 1825/2045LT
MH8629 BKI/JHB 2125/2340LT
B738 ACFT N/STOP JHB WL OPT JHB/KCH CHTR STD JHB

TUE07MAY13 -----------

MH8624 JHB/KCH 0610/0735LT
MH8625 KCH/JHB 0815/0935LT
MH8630 JHB/KCH 1015/1140LT
MH8631 KCH/JHB 1220/1340LT
MH8626 JHB/BKI 1420/1640LT
MH8627 BKI/JHB 1720/1935LT
MH8632 JHB/KCH 2020/2145LT
MH8633 KCH/JHB 2225/2345LT
B738 ACFT N/STOP JHB WL OPT JHB/KCH CHTR STD JHB 0610LT/

WED08MAY13 ----------

MH8634 JHB/KCH 0610/0735LT
MH8635 KCH/JHB 0815/0935LT
MH8624 JHB/KCH 1015/1140LT
MH8625 KCH/JHB 1220/1340LT
MH8626 JHB/BKI 1420/1640LT
MH8627 BKI/JHB 1720/1935LT
MH8622 JHB/KUL 2020/2105LT II. UTILIZING B734 ACFT EX MH1335 TGG/KUL STA KUL 1700LT:-

WED08MAY13 ----------

/BKI 1745/2020LT
MH8627 BKI/JHB 2100/2315LT
MH8640 JHB/KUL 2355//ND0040LT

HIDOP UMNO/BN!! HIDOP MELAYU!!

Sesiapa yang masih kabur dengan makna "pengundi hantu", inilah dia antara yang dimaksudkan dengan pengundi hantu tersebut...

Bersedialah melihat negara kita dijajah oleh rakyat2 luar demi kelangsungan kuasa UMNO/BN yang anda pujai..

HIDOP UMNO/BN!! HIDOP MELAYU!!
 

PANAS - Khalid Ibrahim dihalang masuk Pelabuhan Miri, dipercayai arahan Taib Mahmud



SARAWAK 2 MEI: Kerajaan Sarawak sekali lagi menyalahguna kuasa apabila menghalang Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada memasuki Pelabuhan Miri sebaik tiba di lokasi tersebut pagi tadi.

Beliau ditahan ketika bersama rombongan calon KEADILAN Miri, Dr Micheal Teo yang mahu meninjau keberkesanan perkhidmatan terhadap rakyat di pelabuhan tersebut.


Bagaimanapun, ketika sampai di pintu utama pelabuhan, rombongan Khalid dihalang memasuki premis itu walaupun dijelaskan mereka hanya mahu ke kafe di dalam lokasi tersebut.

Jentera parti KEADILAN Parlimen Miri, Ahodee Kiong mengesahkan insiden itu ketika dihubungi.

“Masa kami semua sampai di pintu utama, lima ‘pengawal’ berseragam polis sudah bersedia untuk menghalang kami.

“Kami tanya pada polis mengapa tidak benarkan kami masuk. Mereka beri alasan kerana tidak buat temu janji terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas sekatan tersebut, Kiong menyifatkan kejadian yang memalukan itu sekaligus menunjukkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud begitu takut dengan kebangkitan Pakatan Rakyat.

“Ini semua kerja Taib Mahmud…Beliau sengaja beri arahan supaya halang kemasukan kami,” katanya.

Sebelum ini, pada Mac 2011, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa antara pemimpin Pakatan yang dihalang memasuki Sarawak. Pihak Imigresen yang menahan beliau hanya memberi alasan sekadar mengikut arahan dikeluarkan pejabat Ketua Menteri.


#TumbangBN #
PRU 13 nnt ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP ☒

A Y U H R A K Y A T M A L A Y S I A !!!

ANAK MUDA BANGKIT TOLAK UMNO-BN !!!

Bujur lalu melintang patah~
Tiada gencatan senjata. lawan tetap lawan !!!

BN..... Tumbanglaahhh...

Kuliah Subuh oleh YAB Tuan Guru

Kuliah Subuh oleh YAB Tuan Guru. Ikutinya secara langsung dihttp://www.kelantantv.my/

Bukan ragu, tetapi yakin! Warga Bangladesh d KLIA jam 2.20 pagi 3 Mei 2013.

Bukan ragu, tetapi yakin!
Warga Bangladesh d KLIA jam 2.20 pagi 3 Mei 2013.

Ya Allah... 
Selamat Kan Negara Ku Dari Pengkianat.
Hancurkan segara perancangan tangan-tangan jahat ini!
Kuburkan Umno/BN pada PRU13 nanti..

Amin..

Kami Mengharapkan PertolonganMu Ya Allah.... Di Atas Tipu Daya Mereka Untuk Menang Piliharaya Dalam Keadaan Begini.

Kami Mengharapkan PertolonganMu Ya Allah....
Di Atas Tipu Daya Mereka Untuk Menang Piliharaya Dalam Keadaan Begini.

pengundi hantu di Malaysia

Sumber dari Prof Mohammad Agus Yusoff : "Tiga hari lepas, Anwar mendakwa mempunyai bukti BN menyewa 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Malaysia Timur. Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

SPR menafikan wujudnya penerbangan sedemikian. MAS menyatakan semua penerbangan adalah “chartered commercial flights.” Pejabat PM menyatakan mereka tidak terlibat.

Hari ini pula, Setiausaha Agung BN DS Tengku Adnan mengakui wujudnya penerbangan sedemikian, tetapi untuk mengangkut pengundi berdaftar Malaysia yang penerbangannya dibiayai oleh "rakan-rakan BN."

Begitulah isu pengundi hantu di Malaysia yang tidak pernah selesai, walaupun sudah tiga kali perhimpunan BERSIH diadakan menuntut supaya hal ini diselesaikan. Mengapakah begitu payah untuk kita selesaikan masalah pengundi hantu ini? Wujud betulkah pengundi hantu di Malaysia ini?

Apapun isunya, 5 Mei kita semua mengundi. Mengundilah dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran untuk memilih kerajaan terbaik bagi memerintah negara kita lima tahun ke depan. Dua pilihan di tangan kita: Kekal atau Tukar?"


#TumbangBN #
PRU 13 nnt ☒ PAS ☒ PKR ☒ DAP ☒

Lapor kes dakwat kekal: Mejar ditukar serta merta



PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.

“Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, ” beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.

Harakahdaily.net

P/s: usah gentar, hari Ahad ini rakyat Malaysia akan mengajar Umno/BN siapa sebenarnya BOS di negara ini!!

Ini kalilah kita tumbangkan keangkuhan pemerintah zalim ini!

NABI TAK DIDIK UNTUK BERSUMPAH DIKAABAH.

Tajuk Berita - semua penjenayah dgn ini dibebaskan kerana mereka telah melakukan sumpah di depan Kaabah. Sekian harap maklum.

-nw-

___________________________________________

NABI TAK DIDIK UNTUK BERSUMPAH DIKABAH.

Dr Asri Zainal Abidin dalam kenyataan terkininya di twitter menyebut tidak pernah Nabi Muhammad s.a.w. mendidik umatnya untuk bersumpah di Kaabah jika berlaku sebarang masalah pertikaian sesuatu perkara.

Beliau ada menyebut "Kita sedia maklum terdapatnya hadith tentang keutamaan solat di Masjid al Haram serta kemustajaban berdoa di hadapan Kaabah. Tetapi Rasulullah tidak pernah mendidik umatnya untuk bersumpah di hadapan Kaabah kerana bimbing ianya menyamai perbuatan masyarakat arab jahiliyyah yang gemar bersumpah dan menilik nasib (dengan anak panah) di depan Kaabah…”

“Kenapakah perlu bersumpah di depan Kaabah? Adakah semata-mata untuk mempergunakan sentimen orang melayu Islam yang terlalu cepat ta’jub dengan kisah-kisah mistik Kaabah.

Tambah beliau lagi "Umpamanya kecenderungan beberapa majalah memaparkan kisah mistik di Kaabah seperti “Pendosa yang tidak dapat melihat Kaabah”.

Jika benarlah kisah-kisah seumpama itu, maka sudah tentulah Abu Jahal dan Abu Sufiyyan lah orang-orang pertama yang gagal melihat Kaabah disebabkan kekufuran dan kefasikan mereka…”

Kenyataan Dr MAZA ini ada kaitan dengan sumpah laknat kedua Saiful Bahri. Banyak blog mempertikaikan kesahihah video tersebut kerana ada beberapa percanggah misalnya kedudukan Saiful semasa melafaz sumpah berkenaan.

Biarlah Rakyat Menentukan Halatuju Negara Bukan Warga Asing!!

DEMOKRASI CARA UMNO - semua media dia punya...

Bas bas lebih dari 20 buah siap sedia berbaris menunggu pengundi kononnya dari KL..

Bas bas lebih dari 20 buah siap sedia berbaris menunggu pengundi kononnya dari KL.....buat PERTAMA KALI TERMINAL 1 MAS SIBUK DENGAN PENGUNDI!!!!.menurut salah seorang pemandu bas tersebut yang bercakap dalam loghat pelat bugis....pengundi tersebut akan dihantar ke seluruh pantai Timur Sabah....ini bukan main main ini betul betul....MARUAH SABAH!!!!!! SIAPA MAHATHIR!!!! TUKAR!!!!!! 

Isu Poligraf Menutup Malu Ku Nan kerana tidak turun Berdebat dengan Husam Musa Ku Nan semakin terdesak sekarang

Friday, 3 May 2013

 Isu Poligraf Menutup Malu Ku Nan kerana tidak turun Berdebat dengan Husam Musa Ku Nan semakin terdesak sekarang, pelawaan daripada Husam untuk menghadiri sesi bual bicara bersama rakyat, bagi membentangkan pelan kehadapan untuk Putrajaya dalam konteks PRU13. Wacana sihat ini yang dihadiri lebih 3000 orang di Presint 3 (Belakang Istana Kehakiman) juga di kendalikan oleh moderator jemputan , Dr. Maszlee Malek , Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa. Apabila menanti kehadiran Ku Nan yang tidak kunjung tiba, akhirnya program tersebut terus berlansung dengan lancarnya, Soalan-soalan yang agak Panas dilontarkan oleh moderator kepada Husam, namun ianya di jawab satu persatu dengan tenang dan cukup padat, tentang idea, dan juga pelan pelaksanaan yang meliputi kebajikan penduduk , penjawat awam, peniaga, guru, pembangunan dan semua aspek kebajikan. Tiada lansung menghentam atau mengkritik peribadi Ku Nan sepertimana yang UMNO/BNPutrajaya sedang lakukan sekarang yang lebih mengsasarkan fitnah dan mengaibkan Husam. Diskusi pada malam tersebut turut di meriahkan lagi dengan kehadiran seorang tokoh agama tanah air, iaitu Dr. Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA).

Pakar Kimia Dakwa Dakwat Kekal Tidak Perlu Digoncang, SPR Kantoi lagi ???

Friday, May 3,2013 


Selepas beberapa siri pendedahan pengundi awal yang membuktikan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam PRU kali ini mudah dipadamkan, SPR dalam satu kenyataannya mendakwa tatacara penggunaan dakwat itu tidak betul. Kononnya, dakwat itu perlu digoncang dalam tempoh tertentu sebelum boleh digunakan. Jika begitu mengapa petugas SPR tidak mengetahui hal itu?

Persoalan lain, adakah dakwat kekal yang digunakan oleh SPR ada dua jenis. Satu yang boleh dipadamkan, satu lagi yang tidak boleh dipadamkan dalam tempoh tertentu? Atau sememangnya dakwat kekal SPR memang mudah dipadamkan?

Namun, pendedahan pakar kimia di bawah ini dapat membidas alasan yang tidak masuk akal SPR:

[HD] Dakwat yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi 10 peratus, 14 peratus atau 18 peratus argentum nitrat AgNO3 (silver nitrate) yang larut. AgNO3 adalah hablur putih yang sangat larut dalam air, tanpa warna. Apabila terkena pada kulit manusia (misalnya), kita tidak akan sedar pada awalnya, tetapi apabila kering, tempat kena AgNO3 itu akan bertanda kehitaman. Hal ini kerana AgNO3 bertindakbalas dengan garam yang ada pada kulit membentuk AgCl yang tidak larut dan berwarna (juga denga cahaya ultraviolet). Warna kehitaman ini akan bertahan beberapa hari (bergantung kepada kandungan AgNO3 yg digunakan) dan akan hilang apabila sel-sel baru tumbuh (tisu kulit atau kuku) dan tisu lama (berwarna) hilang (gugur atau terhakis). Ia tak boleh di basuh dengan sabun, alkohol, nail polish remover atau bleach.

Lazimnya sedikit alkohol dicampurkan untuk mencepatkan pengeringan.

Apakah tujuan dakwat ini? Dakwat hanyalah unutk menandakan di mana-mana tempat yang telah ditandakan. Oleh sebab dakwat untuk pilihan raya sudah mengandungi AgNO3, maka AgNO3 (AgCl) itulah yang akan tinggal beberapa hari sehingga tisu baru tumbuh.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan carian google "election Ink".

Saya adalah bekas pensyarah (kini bersara) UKM dalam bidang Kimia (inorganic). Sebahagian penyelidikan saya adalah dlm bidang sebatian argentum (perak). Saya berpendapat tidak perlu gocang botol dakwat kerana ia bukan colloidal solution.

Abd. Hamid Othman
013-3376862

P/s: Khabarnya, sebanyak RM5 juta duit rakyat Malaysia digunakan untuk membeli dakwat ini. Mohon rakyat Malaysia berdoa agar sebarang perancangan jahat untuk memanipulasi keputusan PRU13 digagalkan dengan kuasa Yang Maha Esa!

credit : Wan Mansor Wan Salleh

Bangla dimana-mana

Apakah kesan Bantuan BR1M?



> Rakyat dapat duit one-off RM500-RM1200, mereka yang berpendapatan RM3000 ke bawah.
> Rakyat dapat berbelanja, beli barang atau bayar hutang dengan duit tersebut

Kesan kepada ekonomi, hutang negara bertambah dan harga barang akan meningkat disebabkan peningkatan permintaan dan spekulasi, pengurangan bban kos sara hidup akan mulai terasa kembali apabila duit telah habis dibelanjakan.


Apakah kesan Penurunan Harga Petrol?

> Semua lapisan masyarakat dapat jimat duit minyak sebanyak 21% sebulan (RM0.40/RM1.90 x 100%) tidak kira kepada golongan pertengahan, rakyat miskin
> Penggunaan kos bahanapi terhadap pengangkutan awam, pemborong kalangan perniaga
> Produktiviti bertambah kerana kos bahan api telah dijimatkan, contohnya salesmen yang kerja luar, sudah jimat duit minyak.

Kesan kepada ekonomi, semestinya beban hutang negara turut bertambah, produktiviti bertambah, syarikat boleh buat lebih banyak keuntungan, kos operasi pengangkutan awam dapat dijimatkan, kos operasi perniagaan juga dapat dikurangkan.

Adakah anda bersetuju dengan pendapat Mohd Najib bahawa BR1M lebih baik dari turun harga minyak? 

Mangsa keganasan penyokong BN Seberang Jaya dalam insiden yang berlaku semalam

Mangsa keganasan penyokong BN Seberang Jaya dalam insiden yang berlaku semalam.. Bernama langsung tak laporkan mengenai mereka yang cedera dibelasah ini, tapi apa yang dilapornya ialah kenderaan BN rosak...

Laporan mengenai apa yang Bernama tak laporkan sila baca disini..http://bit.ly/18eQ3D4

credit: Anak Sungai Derhaka

bukan warganegara tapi dapat IC biru...

Allah bila nak tunjuk. CASH! Celakalah orang yang terlibat menipu rakyat Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

''Dokumen ini ditemui di kaunter Hospital keningau..saya dan rakan yg menemui dan siasat sendiri dgn pemilik ic ni..mmg menyirap darah dgr begitu mudah dapat ic..lagi menyakitkan hati ic ini dikeluarkan pada bulan lps semasa Sabah diceroboh,kemudian saya sdh buat semakan dalam daftar pemilih dan nama beliau sdh berdaftar sbg pemilih tanpa melalui tempoh proses selama 3 bulan spt warganegara yg lain..'' Kelulusan ini akan berterusan... 

GT

Lagi bukti2 yang mencurigakan kami terima.

Anjingpun tak suka BN!

PRU13 pilihan raya 'paling lucah', kata Kadir



SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
3 Mei 2013
A Kadir Jasin
A Kadir Jasin ketika berucap di forum sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf , hari ini.
SHAH ALAM – Ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tinggal dua hari sahaja lagi, media arus perdana yang menjadi nadi kepada parti pemerintah dikritik tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin.

Bercakap di pentas forum sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Kadir berkata, dunia media pada hari ini seolah-olah dicemari oleh pemberitaan yang berbeza dalam pilihan raya lalu.

"Pada 2008, media arus perdana ini menghina, mencaci media baru.

"Blogger-blogger ini dahulunya dipanggil 'goblok' dan 'monkey'. Tetapi sekarang media arus perdana menggunakan alasan media baru ini untuk mengeluarkan benda-benda yang sebelum ini tidak dikeluarkan?," ujar beliau.

Kadir merupakan salah seorang penalis Public Forum In Conjunction With Press Freedom Day, "Safe To Speak : Securing Freedom Of Expression In All Media".

Forum yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini adalah anjuran Asian Institute for Development Communication, Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel) dan Sinar Harian.

Selain Kadir yang juga Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, panelis lain ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman.

Sekiranya menjadi calon PRU kali ini, Kadir yang juga bekas Ketua Pengarang NSTP berkata, beliau sendiri bimbang dengan suasana politik semasa dan peranan media yang mula menghidangkan berita-berita yang tidak sepatutnya kepada umum.

"Sekarang ini di mana-mana ada kamera. Payah. Saya tidak tahu berapa banyak video yang sudah dibuat mengenai saya. Belum keluar lagi.

"Tetapi kalau saya jadi calon pilihan raya, mesti keluar. Sebab itu, saya tak nak jadi calon pilihan raya seba takut banyak video saya keluar," sindir Kadir sinis.

Berdasarkan pengamatan yang membimbangkan beliau, Kadir berkata, PRU13 mencatatkan sejarah politik paling teruk di matanya.

"Kita sebenarnya terlalu bebas dan lucah pada hari ini. Pilihan raya ini adalah pilihan raya paling lucah dalam sejarah kita yang saya pernah lihat.

"Ini bukanlah lagi soal keselamatan bersuara mendapatkan hak kebebasan, untuk bercakap, berekspresi untuk semua media, untuk konteks Malaysia hari ini, saya ingin bertanya kerana saya merasa gusar, sejauh manakah lagi
kita hendak pergi untuk membusukkan dunia media pada hari ini?" ujarnya.

Kadir juga mengingatkan supaya pihak yang menjadi mangsa tidak menuding jari ke arah pihak lain pula.

"Sekarang ini kita bercakap tentang kebebasan untuk bersuara yang mana sebenarnya kita tak perlu minta.

"Anda hanya perlu layari Malaysiakini. Apa yang tidak ada dalam Malaysiakini?

"Kadang-kadang, kita sendiri suka buat video. Hari ini, kalau video anda keluar, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri," katanya lagi yang merujuk kepada minat orang ramai untuk mengambil klip video secara spontan di mana-mana sahaja.

Rumah penginapan Nasrudin dilempar darah



Rumah penginapan Nasrudin dilempar darah
Rumah penginapan Nasrudin dilempar darah
Bungkusan berdarah yang turut mengandungi nota ugutan dilempar ke rumah penginapan calon Pas Parlimen Temerloh yang juga Ketua Pemuda Pas Malaysia, Nasrudin Hassan, pagi semalam
TEMERLOH - Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) menggesa kawalan keselamatan calon Pakatan Rakyat (PR) yang bertanding pada PRU13 ini dipertingkatkan selepas rumah penginapan calon Pas Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan dilempar bungkusan berisi darah dan nota ugutan.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, DPPM kesal dengan kejadian itu yang berlaku di Taman Seri Semantan Temerloh, antara jam 3 hingga 7 pagi semalam.

Menurutnya, kejadian disedari beberapa pembantu Nasrudin yang berada di dalam rumah tersebut pada jam 7 pagi.

“Malah, petugas-petugas parti turut memaklumkan beberapa kain rentang dan billboard sekitar Temerloh telah disabotaj dan diconteng dengan kata-kata kesat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kami tidak menolak kemungkinan kejadian ini berlaku atas peningkatan sokongan dan penerimaan pengundi yang tinggi terhadap Ustaz Nasrudin di Temerloh, di samping laporan situasi gerak kerja jentera BN yang lemah atas faktor penolakan sesama sendiri terhadap calon mereka,” katanya.

Khairul Faizi berkata, DPPM menggesa seluruh petugas pilihan raya dan unit keselamatan meningkatkan keselamatan calon-calon, di samping mengelak sebarang cubaan jahat dan provokasi dalam tempoh kritikal ini.

Katanya, DPPM juga menggesa pihak polis meningkatkan kawalan dan pemantauan semasa tempoh berkempen serta pada hari pengundian, dengan jaminan keselamatan kepada semua pihak.

“DPPM yakin budaya politik kotor ini tidak akan diterima pengundi Temerloh dan ditolak seluruh anak muda Malaysia yang mahukan perubahan ke arah negara yang lebih baik,” katanya.

Dua penyokong parti diserang



KOH AH TIAM
KOH AH TIAM
KUALA TERENGGANU - Dua penyokong sebuah parti politik diserang sekumpulan penyokong parti lawan semasa sedang menaikkan bendera parti mereka dalam satu kejadian di tepi jalan di Kampung Pulau Serai, Dungun, Isnin lalu.

Jurucakap Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Polis Terengganu, Superintendan Koh Ah Tiam berkata, kejadian kira-kira jam 10 malam itu dipercayai kumpulan itu tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menaikkan bendera parti di kawasan berkenaan.

“Semasa kedua-dua mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan bendera, mereka telah didatangi sekumpulan lelaki iaitu kira-kira 10 orang, yang bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mangsa.

“Mangsa yang berusia 40-an itu mengalami kecederaan ringan dan lebam di seluruh bahagian badan dan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Dungun,” katanya, semalam.

Koh berkata, polis masih memburu kesemua suspek yang terlibat dipercayai sedang bersembunyi, namun pihak polis sudah berjaya mengesan identiti mereka.

Sementara itu, Koh berkata, polis Terengganu membuka 25 kertas siasatan terhadap kes-kes berkaitan dengan PRU13 yang dilaporkan di seluruh negeri bermula pada tarikh hari penamaan calon.

“Kesemua kes yang dibuka untuk disiasat adalah berkait dengan keganasan pihak penyokong parti serta mengadakan ceramah tanpa permit,” katanya.

Pada masa sama, Koh turut menasihatkan semua ahli politik agar lebih berhemah serta mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menjurus kepada pergaduhan dan provokasi sepanjang kempen pilihan raya ini.

“Kita juga ingin mengingatkan semua pihak agar tidak melibatkan kanak-kanak dalam kempen politik mereka untuk menjaga keselamatan mereka,” katanya.

FBI buru tiga suspek




3 Mei 2013
FBI buru tiga suspek
FBI melancarkan operasi memburu tiga lelaki ini bagi membantu siasatan.
WASHINGTON - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memburu tiga individu dipercayai terbabit dengan serangan di pos kawalan Amerika Syarikat (AS) yang mengorbankan empat warganegaranya termasuk seorang Duta AS ke Libya.

Jurucakap FBI memberitahu, operasi memburu tiga lelaki itu dilancarkan sejurus FBI mendedahkan foto mereka walaupun identiti masing-masing masih belum dikenal pasti.

"Ini adalah bukti pertama dikeluarkan sejak siasatan dijalankan lebih tujuh bulan lalu," katanya.

Pengumuman terhadap bukti membabitkan tujuh keping gambar itu diambil daripada rakaman video di lokasi kejadian dan FBI menegaskan, tiga lelaki berkenaan berkemungkinan mempunyai maklumat berhubung insiden itu.

"Sebahagian foto menunjukkan seorang atau lebih daripada dua lelaki sedang  tersebut membawa senjata," katanya dipetik CNN

Bagaimanapun, pegawai penguatkuasaan undang-undang AS berkata, mereka hanya akan disoal siasat bagi membantu siasatan.

Pada 11 September lalu, Duta AS ke Libya, Christopher Stevens bersama dua pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan seorang pegawai Jabatan Negeri terbunuh selepas terkena letupan bom yang disasarkan di bangunan diplomatik AS di Benghazi.