Sunday, June 24, 2012

Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi

Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi:
Harakahdaily,24 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Pelakon yang popular dengan siri drama kepolisan Gerak Khas Abby Abadi melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pihak tertentu yang menghina penghijrahan beliau.

Abby melahirkan kekecewaan itu melalui twitter beliau hari ini terhadap pihak yang 'mengata' dirinya yang kini kerap tampil di pentas ceramah PAS.

"Kenapa bila saya ikut BN tak ada siapapun mengata saya, tapi bila saya berhijrah, PAS raikan saya, macam-macam cerita timbul.

"Sampai kata saya dapat 'hidayah sesat'? Apa tu?," katanya.

Sejak berhijrah dan tampil dengan imej bertudung, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka.

Kehadiran beliau dalam program talk show Malam Keinsafan Bersama Selebriti di Dataran Kerdau baru-baru ini turut menarik perhatian banyak apabila dengan nada berseloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.

Bagaimanapun, penghijrahannya dan sikapnya yang sering memenuhi undangan di majlis PAS tidak disenangi sesetengah pihak.

'via Blog this'

Gambar 2 MB PAS gunting rambut terhangat

Harakahdaily,24 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Gambar 2 Menteri Besar PAS menggunting rambut di kedai biasa yang dipaparkan bloghttp://addin77.blogspot.commerupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-25.


Di tangga kedua, ialah berita pengumuman perletakan jawatan Ketua Strategik PKR Rafizi Ramli sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Sambutan hangat ceramah Pakatan Rakyat di Johor oleh bloghttp://omakkau.blogspot.com/ pula menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat, ialah berita mengenai Selebriti terkenal Abby Abadi yang menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar..

Di tangga kelima pula ialah berita mengenai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat berjalan seorang diri dan berhenti membeli air di tepi jalan berhampiran Medan Ilmu sebaik sahaja selesai memberikan Kuliah Jumaatnya minggu lalu.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 17 Jun hingga 23 Jun, 2012.

Umno Pulau Pinang mahu khatib doa guling Pusat disiasat

BUKIT MERTAJAM - Umno Pulau Pinang mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp) menyiasat berhubung seorang khatib yang dikatakan mendoakan supaya Kerajaan Pusat digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Taman Guar Perahu dekat sini, Jumaat lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan khatib itu boleh memecahbelahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap menghasut.

Beliau berkata, tugas seorang khatib adalah menyampaikan nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama terutama di rumah suci ALLAH itu.

"Jika beliau (khatib) hendak berceramah politik, buatlah di luar... bukan dalam masjid.
"Perbuatannya jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi saya minta MAINPP siasat kerana inilah khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu.

"Mainpp perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik," katanya ketika ditemui pada Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini hari ini.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah media elektronik malam tadi, yang menyiarkan kekecewaan beberapa kariah masjid terhadap seorang khatib yang mendoakan 'kerajaan perlu digulingkan' dalam khutbah Jumaat di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Seorang kariah masjid berkenaan, Abu Bakar Mohktar dilaporkan berkata, beliau dan kariah lain terkejut mendengar doa oleh khatib jemputan itu dan apa yang dikesali, doa itu menggantikan doa untuk Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Musa berkata, pakatan pembangkang seharusnya tidak mengajar anak muda untuk mengadakan demonstrasi jalanan sebagai provokasi untuk menjatuhkan kerajaan.

"Demonstrasi bukanlah cara kita. Justeru, saya minta pakatan pembangkang, jika hendak bertanding... bertandinglah dengan cara yang bersih. Jika takut kalah, jangan bertanding," katanya. - Bernama

Tiga Perkara sebagai bayaran kepada Nikmat-NikmatNya yang Tidak Ternilai

PERSOALAN
Kita sering menyatakan Rasa Hormat, Rasa Kagum kita kepada yang menjadi sebab kepada Nikmat-Nikmat yang kita perolehi. 
Dan apakah yang Allah Swt pinta daripada Kita sebagai Pemilik dan Penguasa semua nikmat itu?
JAWAPANNYA 
Sesungguhnya Pemberi Nikmat yang Hakiki meminta kita Tiga Perkara sebagai bayaran kepada Nikmat-NikmatNya yang Tidak Ternilai itu iaitu Zikir, Syukur dan Fikir Yang merupakan Suatu DOA
Fikirkan...

PERINGATAN dan AMARAN Allah Dalam Al-Quran

PERINGATAN dan AMARAN Allah Dalam Al-Quran
Firman­ Allah Swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih".
~ Dari Surah Asy-Syuura Ayat 42 ~

Firman Allah Ta'ala lagi yang bermaksud:
"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu-bapamu dari surga"
~ Dari Surah Al-A'raf Ayat 27 ~

MAKSUD dan PENGERTIAN AYAT DIATAS
Apa juga perbuatan atau pekerjaan yang MELALAIKAN diri sendiri dan orang lain adalah dilarang untuk dikerjakan kerana perbuatan itu merosakkan aqidah dan ibadah.
TERKECUALI dalam profesion ini (muzik & nyanyian) yang cenderung mengajak umat kearah Islam dan yang memuji kebesaran Allah Swt dan tidak melalaikan amal ibadah.
 

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia

Maksud Firman Allah Swt Dalam Surah Asy-Syura Ayat 42:
"Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih"

jika manusia buat silap kita perbetulkan..

Mari kaji..

TERKINI: UMNO BN DALAM BAHAYA!




PAS For All
Pokok Pisang pun dah sokong PAS.......mai tengok nii!!
Kah Kah Kah!!
 

54 Tahun Merdeka, Bahasa Pun Salah!

54 Tahun Merdeka, Bahasa Pun Salah!

Jom tengok nii......hebat ke kita kalo Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu pun silap.....barangkali terlalu mengagungkan Bahasa Inggeris kot. Well, you know me!

Kasian, negerinya dikata maju namun.......sebutan ayat-ayat yang kurang elok. Nanti jatuh standard Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

UMNO, Perkasa, TIBAI.... apa komen dengan anda.....kahkahkah
 —

Belajar Secara Percuma Atau Secara Berhutang.......mana pilihan anda..??






Kelam kabut pemimpin-pemimpin BN apabila PR mencadangkan agar PTPTN dihapuskan. Sejak perkara ini dibangkitkan boleh dikatakan setiap hari akhbar-akhbar perdana serta blog-blog penyokong kerajaan termasuk yang picisan cuba menjustifikasikan bahawa cadangan PR itu adalah mustahil dilaksanakan.

Nampak benar yang kerajaan BN tidak mampu berfikir panjang atau berfikir di luar kotak. Tidak mungkin Dato’ Seri Anwar, seorang yang berpengalaman sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal dan membebankan rakyat.

PR sentiasa mendahulukan rakyat dan tidak akan sekali-kali membiarkan rakyat menderita sepertimana yang dilakukan BN hari ini. Kerana itulah, PR menjanjikan pendidikan percuma untuk semua peringkat jika PR memerintah.

Hari ini, walaupun mendapat pinjaman PTPTN, masih lagi ada pelajar yang bekerja secara separuh masa di hari minggu untuk menampung hidup mereka. Kita juga sering membaca pendedahan mengenai pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi yang membuat kerja-kerja haram termasuk menjadi GRO atau pelacur.

Kita faham bahawa tekanan pelajar hari ini bukan sahaja untuk lulus periksa, tetapi yang lebih sukar ialah tekanan arus kemodenan dunia di mana gajet atau barangan teknologi canggih adalah satu keperluan dan bukan lagi kemewahan. Kerana itu, ramai pelajar-pelajar universiti terpaksa mencari wang tambahan untuk memenuhi keperluan ini.

Jadinya.....mana pilihan anda......Belajar Secara Percuma Atau Secara Berhutang??

INILAH SEBAB NAJIB TAK BAGI GUNA DATARAN MERDEKA




Patutlah Najib tak bagi guna Dataran
depa ingat BERSIH nak gulingkan KERA-JAAN
Kahkahkah...

Depa tak tau ka apa itu BERSIH?
yang minta 8 tuntutan
untuk pilihanraya BERSIH
Kahkahkah....

Namun kata Najib - tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

Katanya lagi "Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di Gua Musang hari ini.

Yang pelik pulak PDRM rugi RM1.8 JUTA sebab BERSIH
Lucunyaaa......kahkahkah

Kalau nak melawak pun agak2lah bro.........apa komen pembaca semua!
 

Tazkirah Malam Jumaat: Orang Melayu yang Hina Islam

Tazkirah Malam Jumaat: Orang Melayu yang Hina Islam 



ORANG MELAYU UMNO TAUKEH JUDI, TAPI CAKAP ISLAM & MUSLIM

A) kepentingan dalam syarikat JUDI di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd: ...Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj. Jumlahmlah saham - 1,900,000

2. Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)

3. Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman. Jumlah saham - 1,666,666

4. Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib. Jumlah saham - 680,334

5. Dalam Genting Berhad Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar. Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)

6. Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin) Jumlah saham - 3,334,600

7. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

8. Dalam Sports Toto Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees) Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.

9. Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad). Jumlah saham - 292,336,584 Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.


Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

B) Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -

1. Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj. Jumlah saham - 1,900,000 Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D) Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman. Jumlah saham - 1,666,666 Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib. Jumlah saham - 680,334


2. Dalam Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar. Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad) Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin) Jumlah saham - 3,334,600 Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad. Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

3. Dalam Sports Toto

Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees) Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah


Nota: Mana nak berkat duit kalo sumbernya dari judi. Renung-renungkan dan selamat beramal!
 —

PEMINAT NO 1 TGNA



Jom tengok nii......tu dia duduk paling hadapan! Orang Tionghua bro.... Wow.....betapa cinta dan kasih depa nii akan nasihat dan ilmu.

Tetapi kalangan kita bersikap nagetif dan buruk sangka sedangkan....dalam kitab ihya ulumiddin, Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa abu darda berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Hendaklah kami menjadi orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. jangan kamu jadi golongan keempat .

UMNO, Perkasa, TIBAI.... apa komen dengan anda.....kahkahkah

RAKYAT MALAYSIA BERSATU MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA HALAU KEDUTAAN MYAMMAR DARI MALAYSIA

RAKYAT MALAYSIA BERSATU MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA HALAU KEDUTAAN MYAMMAR DARI MALAYSIA. MYAMMAR TELAH MELAYANI ORANG ISLAM DI NEGARA MEREKA MACAM SAMPAH. MEREKA BUNUH UMAT ISLAM ROHINGYA SETIAP HARI. KEJAM!
— with Asma Hanim.

ISU PANAS: Selepas NFC.

ISU PANAS: Selepas NFC..[Share] 

LKIM sekarang tidak menguruskan anak syarikatnya dengan betul sehingga menyebabkan kerugian 10 juta euro

Link: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Satulepas_satulekat/Article/index_html

Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bekaspengurus_pengarahnafitipubankAmerika/Article

Link: http://jiwokelate.wordpress.com/2007/04/15/rasuah-rasuah-rasuah-pm-arah-henti-berbalah-mana-satu-betul-pegawai-kerajaan-atau-pemimpin-politik/

Link: http://amkbatupahat.blogspot.com/2009/08/dato-adam-vs-datuk-annas.html

Link: http://blog.limkitsiang.com/2007/04/14/suspend-lkim-chairman-and-dg-until-probe-of-mutual-corruption-allegations/

Kemelut dalam LKIM pula tercetus apabila Adam Hamid mendedahkan tindakannya membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Februari lalu berhubung pemberian kontrak pembinaan Kompleks LKIM Kuala Kedah di Kampung Geluncur, Kedah, bernilai kira-kira RM55 juta yang didakwa meragukan dan tidak mengikut prosedur.

Sehari selepas itu, Annas Ketua Pengarah LKIM mendakwa Adam berniat jahat dan beliau mendedahkan mengenai penipuan yang didakwa dilakukan Majuikan Sdn Bhd (Majuikan) yang dipengerusikan Adam berhubung pinjaman luar pesisir berjumlah 10 juta Euro (RM46 juta).

Perdana Menteri menegaskan tindakan pihak terbabit kebelakangan ini boleh menyebabkan orang ramai hilang keyakinan terhadap kerajaan.

dia manjadi pengerusi Majuikan & LKIM pada waktu itu
Ditanya mengenai keperluan mewujudkan garis panduan bagi mengelak perkara seumpama itu berulang, Abdullah berkata, ia tidak perlu kerana semua pihak seharusnya tahu perbalahan di media tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.

Mengulas mengenai isu LKIM dan Majuikan, Abdullah berkata, beliau meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi maklumat terperinci berhubung perkara itu kepadanya dan kalau boleh rahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.
ni pasal TPM nye kait sikit je kena
kenapa mahkamah tidak mendakwa datuk adam..??
 

Hangpa tengok gambaq tu ada hangpa terpikiaq macam yang aku pikiaq?

Hangpa tengok gambaq tu ada hangpa terpikiaq macam yang aku pikiaq?Yang Melayu Islam belah kiri tu boleh batalkan program Ustaz Azhar Idrus ganti dengan tarian tayang paha amoi Korea di PICC..Tapi yang Cina hat belah kanan tu pulak tadak halangan untuk dijalankan program Ustaz Azahr Idrus dibuat di Padang Kota Lama..Wehhh,hangpa kata Cina tu anti Islam kannnn?????????

Isunya sekarang ni mana bukti yang kata UMNO nak jaga Islam kalo benda simple camni pon payah nak buat???Rakyat nak tengok bukti bukannya nak dengaq sembang sampai berbuih mulut.

SELAMATKAN MASJID AL- AQSA DARI ANCAMAN ZIONIS..

SELAMATKAN MASJID AL- AQSA DARI ANCAMAN ZIONIS..

Agenda mereka menghapuskan Masjidil Aqsa !!!

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan golongan 'Bintang Enam' tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan mereka. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa mereka di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka mereka akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini mereka telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, 
Mathematics Zayed University Dubai

ustaz azhar idrus masuk astro oasis

hebat sungguh lebuh raya nihh...

woooww...
hebat sungguh lebuh raya nihh...
ini lah lebuh raya UMNO kat Sabah.....
ini yg kata nak jadi negara maju????....
pooodddaaahhhhhh laaa...

..CIA TELAH MERESAP DALAM UMNO..???...

..CIA TELAH MERESAP DALAM UMNO..???...
MELALUI SATELITE NYA APCO..
PATUT LA DAH TERJADI YG BUKAN2 DLN NEGARA KITA NI...
UNTUK MENUTUP KESLINGKUHAN MEREKA MAKA TUDUH LA DSAI TU AJEN ISRAEL...
BIJAK2...CELAKA SIAL SUNGGUH UMNO NIHHH...

Tentera British dan Yang Sewaktu dengannya tak GANAS......sebabtu kita bernaung denganya.Shit...


Tentera British dan Yang Sewaktu dengannya tak GANAS......sebabtu kita bernaung denganya.Shit...
 

Mengistiharkan harta aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat merek kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereke

Mengistiharkan harta aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat merek kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereke",kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang di petik dari Malaysiakini.

PISANG MENANGIS DISIMPANG BUKIT DAMAR

PISANG MENANGIS DISIMPANG BUKIT DAMAR

Jangan Lupa yang Longgokan Pisang yang Menjadi bahan Protes Oleh Generasi kedua Peneroka Felda Bukit Damar Lanchang.
Kebun Pisang Mereka di musnahkan Oleh PTG Temerloh dengan alasan Penerokaan Tanah Haram.
Generasi Kedua Felda akan terus bangkit dan mula meninggal dan menolak terhadap Parti" JUARA RAKYAT".
 

66 TAHUN RAKYAT MEMIKUL BIAWAK HIDUP HARAM JADAH

* UMNO HARAM JADAH MEMANG KAKI FITNAH

TIGA NILAI BURUK PAKATAN
------------------------

* JANJI TAK DITEPATI

* BUDI TIDAK DIHARGAI

* HUTANG TAK BERBAYAR

SATU NILAI BURUK UMNO HARAM JADAH

Kereta terbabas masuk longkang

Kereta terbabas masuk longkang
Keadaan kereta yang dipandu Norazian terbabas dan terbalik di Felda Sungai Koyan, kelmarin.
LIPIS, FELDA SUNGAI KOYAN - Seorang remaja nyaris maut apabila kereta yang dipandu terbalik selepas terhumban ke dalam longkang di Kilometer 1, Jalan Kuala Lipis- Sungai Koyan di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, remaja terbabit, Norazian Ahad, 19, hanya mengalami kecederaan ringan.

Norazian ketika ditemui berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari rumah di Padang Tengku untuk mengambil kakaknya di Felda Sungai Koyan.

Menurutnya, bagaimanapun hasrat itu tidak kesampaian apabila kereta jenis Honda yang dipandu terbabit kemalangan.

“Kereta saya hilang kawalan dan berpusing beberapa kali ketika melalui satu laluan berselekoh sebelum tersasar ke kiri jalan dan terhumban ke dalam longkang.

“Akibat kejadian, kereta saya terbalik dengan keempa-tempat tayar ke atas,” katanya ketika ditemui di lokasi
kejadian, kelmarin.

Norazian yang berjaya keluar dari kenderaannya yang terbalik bersyukur kerana terselamat namun dia mengakui masih trauma dengan kemalangan yang nyaris meragut nyawanya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan mengesahkan beliau menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.

Menurutnya, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh di laluan berkenaan menyebabkan kereta yang dipandu terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang.

“Pemandu dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memandu terutama di kawasan selekoh bagi mengelakkan kemalangan,” katanya.

Desak 3 diplomat diusir

Berita Harian Online | Desak 3 diplomat diusir:
Ong Keng Yong
Ong Keng Yong



Pegawai Singapura sertai BERSIH perlu disiasat: PBPM 

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengusir keluar tiga diplomat Singapura jika terbukti mereka terbabit dengan perhimpunan BERSIH 3.0, baru-baru ini.
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri, berkata mereka juga perlu meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat negara ini kerana membabitkan diri dalam urusan negara jiran.
“Tiga diplomat terbabit jelas tidak menghormati negara ini dan ia tidak wajar dilakukan oleh mereka kerana tindakan berkenaan boleh mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua negara, sekali gus menjejaskan hubungan dua hala yang sudah lama terjalin. 

“Singapura sepatutnya peka terhadap sensitiviti rakyat dan negara ini serta tidak sesekali campur tangan dalam urusan negara jiran. Apakah perasaan mereka (Singapura) jika negara ini juga melakukan perkara sama terhadap negara itu,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembabitan tiga diplomat Singapura sebagai pemantau pada perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu. 
Kelmarin, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra berhubung pembabitan tiga diplomat negara itu. 
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilaporkan berkata, beliau memanggil Ong ke pejabatnya untuk menyampaikan rasa tidak senang Kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomat berkenaan. 

Beliau berkata, kementerian sudah menerima laporan pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan pembabitan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan. 

Mengulas mengenai dakwaan Singapura bahawa pihaknya tidak melanggar Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961 dan Undang-Undang Negara berikutan pembabitan tiga diplomatnya dalam perhimpunan BERSIH, Shafie berkata, mereka sepatutnya mendapat kebenaran kerajaan negara ini jika mahu menyertai perhimpunan terbabit. 

“Bagaimanapun, tiga diplomat Singapura itu tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini sebagai kakitangan kerajaan. Mereka tidak sepatutnya menggunakan apa juga alasan untuk turut serta pada perhimpunan ini. Mengapa mereka perlu hadir,” katanya. 

Berhubung laporan yang mendakwa bahawa beberapa belia dilatih di Singapura sebagai ejen mengundi dan pengiraan undi bagi pilihan raya umum akan datang di negara ini, beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia perlu bertindak segera untuk mengatasi masalah berkenaan.

Utusan sekali lagi bersalah fitnah Guan Eng

(Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena RM450,000)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng.

RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.

Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.

Anggota Parlimen Bagan itu menuntut gantirugi kerana tulisan itu seolah-olah mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan tidak boleh dipercayai.

Walaupun beliau telah membuat beberapa kali penjelasan mengenainya, akhbar Umno itu berterusan membuat dakwaan yang sama, dakwa Lim.

Akibat dari tulisan yang berterusan itu menyebabkan protes demi protes dianjurkan oleh Umno termasuk perhimpunan yang disertai 1,000 peserta di perkarangan bangunan Komtar selepas solat Jumaat pada 14 Mac tahun berkenaan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada Disember 2011 lalu juga memutuskan akhbar Umno itu bersalah apabila melaporkan berita bertajuk 'Kebiadapan Guan Eng'.

Mahkamah memutuskan laporan itu secara jahat memalukan Lim Guan Eng dan membuat dia dan DAP dilihat sebagai anti Melayu dan anti Islam.

Awas! Pangsapuri hantu di Kuala Langat

(Dr Yunus berucap dalam ceramahnya)

KUALA LANGAT: Mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), terdapat sebuah pangsapuri enam tingkat di daerah ini yang didiami sejumlah pengundi.

Tetapi, apabila diperiksa, bangunan tersebut hanya ada empat tingkat sahaja.

Terdapat juga rumah di sekitar daerah ini yang mempunyai sampai 30 pemilih dalam satu rumah, kata ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Ahmad Yunus, yang juga Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, mendedahkan bahawa pemantauan daftar pemilih juga mendapati terdapat pertumbuhan pengundi baru yang mendadak di daerah itu sebanyak 17,000 orang.

Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha membersihkan daftar pemilih khususnya di negeri Selangor melalui “Kempen SelangorKU Bersih”.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku ini.

Program tersebut adalah satu inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan.

Di kawasan DUN Sijangkang sahaja kata Dr Yunus, terdapat 8,000 pengundi baru, satu fenomena yang mencurigakan.

Pendedahan mengenai pengundi yang meragukan ini dibuat oleh Dr Yunus dan beberapa pemimpin Pas Selangor di ceramah “Awas Pengundi Hantu Di Rumah Anda” di Teluk Panglima Garang di sini semalam.

Turut serta di dalam ceramah tersebut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.

“Apa yang kita lihat daftar pengundi baru ini boleh dipertikaikan kerana siasatan dibuat kita dapati maklumatnya berbeza,” kata Dr Yunus.

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pernah mendedahkan bahawa terdapat 400,000 ribu pengundi baru di dalam daftar pemilih di Selangor yang mana status mereka mencurigakan.

Ini termasuk berpuluh-puluh pemilih yang didaftar di satu alamat, mereka yang di daftar sebagai pengundi di Selangor tetapi bermastautin di luar negeri dan pengundi pos yang dipindahkan ke dalam Selangor.

Pada 13 Jun beberapa kampung di Ampang membuat laporan polis dengan mendakwa, alamat rumah di kawasan mereka digunakan untuk mendaftar sampai 40 lebih pengundi.

Bagi mengenalpasti dan menjejaki pemilih yang meragukan di Selangor, Kerajaan Negeri telah melancarkan program “Selangorku Bersih”.

“Kita jalankan audit ini di setiap DUN bagi mengenal pasti pengundi yang sah di dalam senarai dikeluarkan.

“Kita ingin melihat hak mengundi ini hanya diberikan kepada mereka iaitu rakyat Selangor dan Malaysia untuk menentukan kerajaan dan bukannya orang luar,” Dr Yunus berkata di dalam ucapannya.

Budaya fitnah paling teruk di era Najib


Aslani M,23 Jun 2012

KETEREH: Biar pun Datuk Seri Najib Razak dianggap pewaris akhir kuasa Umno, namun budaya fitnah yang berlaku di bawah kepemimpinannya paling teruk dalam sejarah kemerdekaan negara.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali(gambar) berkata, berbanding perdana menteri sebelumnya termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad, budaya fitnah di era Najib paling ketara sekali.

“Budaya fitnah paling teruk berlaku sekarang berbanding di era perdana menteri sebelum ini,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu, Kedai Peringat malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa,  Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir,  Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dan pegawai penerangan PAS Kelantan, Abdul Hamid Derani.

Azmin berkata, beliau dan keluarga diserang dengan dakwaan fitnah selama dua bulan secara berterusan melalui media Umno.

Menurutnya, Utusan Malaysia dan TV3 mencerca isteri dan anaknya dengan begitu mengaibkan sekali apabila mengungkitkan isu lama kira-kira 14 tahun lalu.

“Sedangkan laporan DNA daripada pakar perubatan di Hospital Kuala Lumpur dan Singapura mengesahkan anak saya bersama isteri, Shamsidar.

“Anak saya ketika itu berusia tiga tahun dan sekarang sudah berumur 17 tahun. Tetapi pemimpin Umno tidak mohon maaf kepada saya dan keluarga sehingga sekarang.

“Ini secara jelas menggambarkan Umno tidak reti masalah dosa dan pahala sehingga isu seks serta moral menjadi mainan bagi mereka,” ujarnya.

Beliau yang juga anggota parlimen Gombak berkata, pemimpin Umno boleh melakukan apa sahaja sekarang selagi ada sisa-sisa kuasa, biar pun melemparkan tuduhan yang tidak berasas.

Bagaimanapun dalam masa yang sama kerisauan Umno nampak semakin jelas sekarang apabila Dr Mahathir membuat kenyataan supaya Pakatan Rakyat tidak memfitnahnya sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Azmin berkata, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersilih ganti menjadi mangsa fitnah secara rakus oleh pemimpin Umno  tanpa menghiraukan fakta dan kedudukan sebenar.

Sementara itu Husam mengesa kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar menguasai 20 akaun induk berjumlah RM3 bilion.

Katanya, sekiranya Suruhanjaya Diraja itu diwujudkan beliau akan menyerahkan bukti bertulis daripada tulisan tangan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad mengenai salah laku pemimpin Umno.

“Tulisan tangan itu ada dalam simpanan saya dan beberapa hari  lepas saya telah serahkan kepada Anwar. Tulisan itu ada menyebut bekas perdana menteri membawa banyak duit ke luar negara,” ujarnya.

Beliau juga mencadangkan perjumpaan anak-anak perantau dengan pimpinan kerajaan negeri pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini diadakan di tapak pembinaan lebuh raya rakyat bagi membolehkan mereka melihat sendiri projek dilaksanakan.

KAJIAN RINGKAS : SEJARAH PAS DI JOHOR DAN PERKEMBANGANNYA MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE 13 | Khairul Faizi







Pendahuluan


Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Mutakhir ini, negeri perkembangan politik di negeri Johor telah menjadi bualan di kalangan para pemerhati politik sama ada yang daripada pihak pemerintah mahu pun kumpulan pembangkang. Kemampuan gabungan parti politik pembangkang memenangi satu kerusi Parlimen (Bakri) dan enam kerusi DUN (Sungai Abong, Maharani, Mengkibol, Skudai, Senai dan Bentayan) telah membuka mata banyak pihak terhadap status kekebalan UMNO/BN di Johor yang mitosnya disebut sebagai “Kubu Kuat Umno di dunia” semakin diragui. Lebih-lebih lagi, kemenangan PAS untuk menawan dua kerusi DUN iaitu di Dun Maharani dan Sungai Balang telah meletakkan satu harapan baru kepada perkembangan politik Johor yang sebelum ini tidak pernah yakin bahawa PAS akan dapat bertapak di Johor. Malah, kemenangan PAS di Dun Senggarang dilabelkan sebagai kemenangan ‘betina’ kerana calon PAS iaitu Dr Mohd Ramli bin Kari menang di atas faktor kesilapan teknikal BN.

PAS tampil dengan gagah dan berwibawa di pentas Dun Johor apabila YB Dr Mohamad bin Taslim dan YB Dr Sheikh Ibrahim bin Sheikh Salleh berjaya memainkan peranan mereka di dalam dewan persidangan serta disayangi oleh rakyat setempat kerana mereka benar-benar dapat menterjemahkan peranan sebenar sebagai seorang wakil kepada rakyat.

Justeru apabila PAS dan Pakatan Rakyat berkira-kira untuk menawan Nusa jaya di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang ini, pemimpin UMNO/BN di Johor menggelupur tidak tentu fasal dan membuat respon yang luar daripada kebiasaan. Jika dulu, pembangkang tidak berpeluang untuk hadir di bibir-bibir pemimpin BN walaupun kali ini berduyun-duyun pimpinan BN khususnya daripada Umno berlumba-lumba untuk memberikan pandangan dan kenyataan tentang masa depan PR di Johor yang sebahagian besar daripada mereka memperlekeh cita-cita dan harapan murni ini.

Sebagai contohnya, apabila YB Salahudin Ayub muncul di dalam media cetak dan internet dengan gambaran bakal dilantik sebagai Menteri Besar Johor maka ketidaktenteraman jiwa para pemimpin BN Johor jelas kelihatan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kekuatan PAS belum mampu menandingi BN dan meminta agar PAS jangan memasang angan-angan dan hanya bermimpi di siang hari untuk mengambil alih Kerajaan Negeri  Johor. Beliau masih yakin bahawa Johor adalah kubu kuat BN.

Walau apa pun yang diperkatakan tentang kemampuan PAS untuk tampil sebagai kerajaan menanti bersama PR ia akan ditentukan nanti oleh kuasa rakyat. Namun, perlu juga kita melihat dengan lebih mendalam sejauh mana kemampuan PAS untuk memenangi hati pengundi lebih-lebih lagi PAS telah pun mengisytiharkan bahawa PAS bersedia untuk menggantikan UMNO.

Perkembangan PAS di Johor

Perjalanan politik PAS di Johor bukanlah satu perjalanan pemusafiran yang mudah kerana ia telah dilalui dengan penuh ujian dan cabaran yang luar biasa. Membentuk satu kekuatan yang jitu telah mengambil masa yang lama dan jauh sehingga ia tersergam pada hari ini. Tidak ramai yang mengetahui dan mengambil tahu tentang perkembangan PAS di Johor jika ingin dibandingkan dengan perkembangan PAS di negeri lain kerana Johor terlalu kebal dengan pengaruh Umno di semua peringkat.

Penyertaan PAS di dalam politik Johor sebenarnya telah bermula awal iaitu tiga tahun selepas PAS ditubuhkan pada tahun 1951. Dalam satu laporan yang disiarkan oleh Utusan Melayu yang dikeluarkan pada 20 Mac 1954, PAS telah menubuhkan cawangannya yang pertama di Johor iaitu di Johor Bahru pada 19 Mac 1954 dan Haji Ariffin Alias dipilih menjadi Yang Dipertua, Sdr Othman Abdullah dilantik menjadi Setiausaha manakala Penyimpan Wang diamanahkan kepada Sdr Yusuf Abdul Rahim. Seramai lapan orang Ahli Jawatankuasa telah dilantik bagi menerajui PAS cawangan. Bermakna, PAS bukanlah parti baru di Johor, barangkali disebabkan kekuatan UMNO yang terlalu besar menyebabkan PAS di lihat sebagai parti ‘nyamuk’ yang tidak mungkin akan memberikan ancaman kepada UMNO. Keterbukaan media cetak pada ketika itu dengan memberikan laporan penubuhan PAS telah membawa kepada penyebaran berita yang baik kepada PAS apabila satu rombongan masyarakat Bugis dari Benut telah bertemu dengan pimpinan PAS Cawangan Johor Bahru dan pada 6 Mei 1954 cawangan kedua PAS Johor telah ditubuhkan di Benut. Haji Abdul Razak telah dipilih menjadi Yang Dipertua manakala Saudara Muhamad Tahir dilantik menjadi Setiausaha dan jawatan Bendahari dipegang oleh Haji Yusuf Abdul Rahim. Seramai enam orang Ahli Jawatankuasa cawangan turut terpilih.

Walaupun usia PAS cawangan Benut ini masih baru namun PAS Benut telah tampil dengan berani dan berjaya mengumpulkan ahli yang ramai sehingga dilaporkan keahlian PAS di Benut mencecah seramai 750 orang pada ketika itu. Di atas kesedaran untuk memartabatkan Islam di Johor, PAS Benut melalui mesyuarat Agong telah meluluskan usul untuk meminta PAS Pusat mengadakan pendidikan politik Islam kepada ahli-ahli di semua cawangan PAS dalam negara ini serta mendesak PAS Pusat agar menerbitkan majalah `Al-Islam’.

Sebelum Pilihan raya Umum tahun 1959, pengaruh PAS semakin berkembang dengan penubuhan banyak cawangan di Pontian dan Batu Pahat. Pada 24 Mei 1959 cawangan PAS telah ditubuhkan di Sungai Tempayan, Pontian. Pada 3 Ogos 1959, cawangan PAS ditubuhkan di Pulai Sebatang dan pada 4 Ogos, cawangan Parit Karimon ditubuhkan. Pada penghujung bulan Julai 1959, sebuah cawangan PAS di Kampung Parit Jatuh, Batu Pahat diwujudkan. Dalam majlis penubuhannya, ketua penerangan PAS Johor ketika itu, Haji Muhamad Taib Haji Ahmad telah memaklumkan bahawa PAS Johor akan menubuhkan 10 cawangan lagi di seluruh negeri. Pada 14 Ogos 1959, sebanyak 15 cawangan PAS telah diwujudkan di Batu Pahat. Pertumbuhan PAS dengan pesat di kawasan Pontian dan Batu Pahat sememangnya dapat dilihat sehingga ke hari ini hasil daripada usaha gigih pejuang terdahulu. Usaha PAS untuk menubuhkan cawangan terus berkembangan di Muar, Segamat, Mersing, Ari Hitam dan Kluang. Pengaruh PAS di Kota Tinggi mula terserlah pada awal tahun 1964 atau lebih awal dari tahun tersebut, PAS turut meletakkan calonnya di kawasan Johor Lama. Daripada maklumat yang tersebut, bolehlah dibuat rumusan bahawa PAS mula berkembang dan bertapak di Johor secara keseluruhannya menjelang pertengahan tahun 1964.

Dalam suasana PAS Johor berkembang pesat, PAS Johor dikejutkan dengan tindakan dua pimpinan tertinggi mengisytiharkan diri keluar daripada PAS pada tahun 1969 iaitu  Pesuruhjaya PAS Negeri, Puan Khadijah Sidek dan bekas Pegawai Penerangan PAS Negeri, Kiai Saifullah bin Zamzam. Ia sedikit sebanyak mendatangkan kesan kepada ahli dan para penyokong kerana Khadijah Sidek adalah merupakan seorang yang gigih dan kuat bekerja. Khadijah yang berasal daripada Indonesia menyertai PAS pada tahun 1958 setelah dipecat dari UMNO pada tahun 1956. Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Dungun pada tahun 1959 dan  menjadikan wakil rakyat PAS yang pertama dari kalangan wanita. Dalam pilihan raya umum 1964, beliau bertanding di kawasan parlimen Johor Bahru menentang Tun Dr Ismail Datuk Abdul Rahman namun berjaya ditewaskan.

Tahun 1974, PAS telah bertindak menyertai komponen Barisan Nasional. Ada di kalangan ahli PAS di Johor mengambil memprotes penyertaan PAS ke dalam BN dengan mengisytiharkan diri sebagai calon bebas walaupun akhirnya tewas di tangan calon perikatan.

Peristiwa pahit, PAS ditendang daripada menjadi komponen Barisan Nasional telah memberikan banyak iktibar. Ini diikuti dengan kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya Mac 1978 apabila PAS gagal mengekalkan kuasanya di Kelantan, walaupun sudah menguasai Kelantan hampir 18 tahun lamanya. Tragedi yang menimpa PAS itu telah memberi kesan kepada perkembangan PAS di seluruh negara termasuk di Johor. Dalam pilihanraya ini, PAS hanya berjaya mempertahankan lima kerusi daripada 14 kerusi yang dimenangi sebelum ini dalam tahun 1974 di samping mempertahankan 9 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 50 kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya sebelumnya.

Bagi PAS Johor, kekalahan sudah menjadi asam garam dalam perjuangannya. Ia sudah menduga kekalahan teruk itu. Walaupun PAS sudah lama bertapak di Johor, namun selera pengundi masih belum membenarkan PAS bertapak di hati mereka. Sebaliknya hasil dari penyingkiran PAS itu, berbagai insiden politik berlaku secara negatif di Johor. Seramai 300 orang ahli PAS telah menyertai UMNO pada bulan Julai 1978 iaitu menjelang pilihanraya umum. Turut dilaporkan juga seramai 60 orang guru-guru agama yang simpati dengan PAS berpaling tadah menyertai UMNO.

Di Johor, bekas aktivis-aktivis ABIM telah berpeluang mengambil alih teraju pimpinan PAS Johor dalam tahun 1982 setelah berlakunya perubahan PAS kepada kepimpinan ulama’ seperti mana yang berlaku di peringkat nasional. Peralihan ini bukan dibuat secara revolusi tetapi sebaliknya melalui amalan biasa PAS iaitu dengan cara pemilihan. Haji Hasan Hussein telah dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS yang baru bagi menggantikan Haji Yusof Hakim yang sudah uzur. Beliau adalah salah seorang pengasas ABIM Johor. Di samping beliau beberapa orang aktivis ABIM turut dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri seperti Tuan Haji Ismail bin Ibrahim, Ustaz Omar bin Jani, .

PAS dipimpin oleh Ustaz Omar bin Jani, Dr Sanusi Daeng Mariok dan kini datuk Dr Haji Mahfodz bin Mohamed selaku Pesuruhjaya Negeri.

          Dr Sanusi Daeng Mariok dilantik sebagai Pesuruh Jaya PAS negeri Johor pada tahun 1996 setelah Ustaz Omar bin Jani telah meninggal dunia. Ketika itu, Dr Sanusi yang lebih mesra dipanggil Pak Daeng sedang menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen di Rantau Panjang.

Pak Daeng telah mengambil pelbagai pendekatan politik yang bersesuaian dengan lebih menekankan konsep menerang bukan menyerang lebih-lebih lagi apabila Almarhum datuk Fadhil Noor telah mengangkat kertas kerja Pak Daeng yang pada satu ketika dahulu ditolak oleh jawatankuasa PAS Pusat di atas konsep yang telah disebutkan tadi.

Dr Mahfodz mula memimpin PAS Johor pada tahun 2005 setelah Dr Sanusi mengambil keputusan untuk mengundurkan diri setelah memimpin Johor selama hampir 10 tahun. Sebelum dilantik menjadi Pesuruh jaya PAS Johor, Dr Mahfudz terlebih dahulu diberikan kepercayaan oleh Dr Sanusi sebagai Timbalan Pesuruh Jaya Negeri bermula tahun 2001 sehingga tahun 2005. Dr Mahfodz telah menjual rumahnya di Damansara dan membina sebuah Maahad Tahfiz di Kundang Ulu sebagai tanda keseriusannya untuk kembali ke Johor sebagai seorang Pesuruh Jaya.

          Catatan ringkas berkaitan dengan sejarah perkembangan PAS di Johor ini adalah sebagai maklumat asas kepada pembaca supaya dapat melihat betapa peritnya PAS untuk diperkembangkan di Johor.

Pencapaian PAS di dalam Pilihan raya

Cita-cita PAS untuk tampil buat pertama kalinya di dalam medan Pilihan Raya pada tahun 1955 tidak kesampaian disebabkan masalah kewangan kerana kos untuk menghadapi pilihan raya yang tinggi. Namun ia tidak merencatkan para pejuang PAS di Johor kerana mereka sedar bahawa Pilihan raya bukanlah matlamat utama PAS ditubuhkan. PAS terus melipatgandakan usaha dan gerakerja dengan menubuhkan lebih banyak lagi cawangan dan gerakerja.

Dengan usaha yang telah dilakukan maka PAS telah tampil buat pertama kalinya dalam Pilihan raya Umum Persekutuan 1959 dan PAS Johor telah meletakkan seramai tiga orang calonnya bertanding di peringkat parlimen Pontian Utara, Muar Selatan dan Segamat Utara. Seramai sembilan lagi calonnya diletakkan di peringkat Dewan Undangan Negeri Pontian Dalam, Benut, Rengit, Air Hitam, Tanjung Semberong, Parit Jawa, Parit Bakar, Serom dan Jorak. Dalam pilihanraya ini PAS bukan sahaja gagal mendapatkan sebarang kerusi di Johor malah undi yang diterima adalah pada paras yang sangat rendah. Pada keseluruhannya, undi yang diperoleh oleh PAS bagi tiga kawasan parlimen yang ditandingi ialah 4992 daripada jumlah keseluruhan iaitu 216 027 undi. Bagi sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi, PAS berjaya memungut undi sebanyak 5471 daripada undi ke seluruh yang berjumlah 214 496. inilah ukuran sokongan masyarakat terhadap PAS pada masa itu. Peratusan undi yang diterima oleh PAS begitu kecil sekali iaitu di peringkat  Parlimen sebanyak 2.3% manakala di peringkat DUN 2.6%.

Sebab itu saya nyatakan tadi kehadiran PAS tidak dilihat sebagai ancaman kerana rakyat Johor masih belum mampu menerima kehadiran PAS. Bagi rakyat Johor, Umno dan Perikatan adalah pilihan yang paling tepat dan sesuai dengan perkembangan politik di Johor. Namun, ia sedikit pun tidak merencatkan dan mencantas semangat gelora perjuangan-pejuang PAS yang terpencil bilangannya.

Cita-cita untuk menyerlah di dalam politik Johor diteruskan dalam Pilihanraya Umum Persekutuan 1964, PAS Johor telah mengemukakan dua orang calonnya bertanding di peringkat parlimen Pontian Utara dan Johor Timur. Manakala sebelas lagi calonnya bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri. Ketika itu PAS Johor dianggap sebagai parti nyamuk oleh komponen Perikatan. Saingan hebat perikatan di Johor pada masa itu ialah Barisan Sosialis. Dalam pilihanraya ini juga, parti-parti pembangkang Johor terpaksa bertanding sesama sendiri setelah hasrat untuk bergabung dalam satu pasukan gagal dilakukan.
Pilihan raya 1964 ini juga telah membuka era baru bagi PAS Johor. Ia telah bertanding di tujuh kawasan baru bagi peringkat Dewan Undangan Negeri dan mengosongkan enam kawasan yang pernah ditandingi dalam pilihanraya 1959. tujuh kawasan baru yang ditandingi oleh PAS ialah Endau, Gelang Patah, Mersing, Pelentong, Simpang Kiri dan Tampoi. Kawasan lama yang turut ditandingi ialah Air Hitam, Tanjung Semberong, Parit Jawa, Jorak dan Parit Bakar.

Dalam pilihanraya ini juga PAS Johor tidak meletakkan calon-calonnya bertanding di kawasan parlimen Muar Selatan dan Segamat Utara sebaliknya mencuba kawasan baru iaitu Johor Timur dan mengekalkan Pontian Utara yang pernah ditandingi dalam pilihanraya tahun 1959. PAS tidak bertanding di kawasan parlimen Muar Selatan walaupun pengaruh PAS kuat di sini dalam pilihanraya umum 1959. Di Muar Selatan PAS tidak hilang wang pertaruhan berbanding dengan kawasan Pontian Utara. Undi yang diperoleh oleh PAS kawasan Muar Selatan dalam pilihanraya 1959 ialah 2508 undi dan terselamat wang pertaruhan. Sebaliknya di Pontian Utara, PAS hilang wang pertaruhan dan mendapat jumlah undi yang kecil iaitu 1567 undi.

Keputusan pilihanraya umum 1964 menyaksikan satu lagi keputusan untuk penilaian PAS Johor. Secara keseluruhannya, PAS mendapat 7873 undi bagi sebelas kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi dan 7673 undi lagi bagi tiga kawasan parlimen.

Tahun 1983 PAS Johor meletakkan seramai sembilan orang calon di peringkat Dewan Undangan Negeri dan tiga orang di peringkat parlimen. Sokongan terhadap PAS telah meningkat sejak pilihanraya umum 1978 terutama di kawasan Batu Pahat, Segamat, Tenggaroh dan Simpang Renggam. Inilah perkembangan yang menguatkan lagi PAS Johor. Dengan jumlah undi yang berjaya diraih dalam pilihanraya itu ialah 18 234 undi untuk enam kawasan parlimen yang ditandingi manakala untuk 10 kawasan Dewan Undangan Negeri PAS berjaya meraih undi sebanyak 11 232 undi. Dalam pilihanraya umum 1978 PAS Johor telah mendapat undi sebanyak 25 915 bagi 23 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 32 512 undi bagi 12 kawasan parlimen yang ditandingi.

Walaupun jumlah calon-calon PAS bertanding merosot dalam Pilihanraya Umum 1982 berbanding pilihanraya umun 1978, namun kedua-dua pilihanraya telah menemukan kegagalan yang berulang. Peratusan undi yang diterima oleh PAS dalam pilihanraya umum 1982 tidak jauh berubah dengan peratus undi pilihanraya tahun 1978.

Dalam pilihanraya 1982 peratus undi peringkat parlimen ialah 4.1% dan peringkat Dewan Undangan Negeri ialah 7.9% manakala dalam pilihanraya umum 1978 peratus undi peringkat parlimen ialah 4.1% dan peringkat Dewan Undangan Neger 2.3%.
Pada tahun 1986, sekali lagi pilihanraya umum diadakan. Pada kali ini PAS meletakkan 10 orang calon di peringkat Parlimen dan 20 orang lain di peringkat Dewan Undangan Negeri. Inilah pilihanraya pengukur bagi kumpulan pimpinan baru PAS Johor dalam Era Kepimpinan Ulama. Keputusan pilihanraya 1986 telah menunjukkan ciri baru sokongan pengundi kepada PAS. Ia berjaya memperoleh undi sebanyak 28 493 undi bagi 10 kawasan parlimen dan 47 184 undi untuk 20 kawasan Dewan Undangan Negeri. Walaupun tewas, tetapi jumlah undi yang diterima merupakan satu kemenangan yang besar bagi kumpulan pimpinan baru PAS Johor yang telah menguasai tampuk pimpinan parti kira-kira lima tahun.

Pilihanraya Umum Oktober 1990, telah menyaksikan suatu penyatuan di kalangan pembangkang apabila PAS bersama Semangat 46 berjaya bergerak di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) dan Semangat 46 bersama parti-parti lain berjaya membentuk Gagasan Rakyat. Inilah pertarungan paling sengit dihadapi oleh Barisan Nasional apabila pembangkang bersatu dalam pilihanraya. Dalam pilihanraya kali ini, PAS Johor telah meletakkan tiga orang calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Endau dalam parlimen Mersing, Rengit dalam parlimen Batu Pahat dan Benut dalam parlimen Sungai Benut.

Jumlah calon PAS pada kali ini agak kecil berbanding pilihanraya umum 1959, 1954, 1969, 1978,1982 dan 1986. ini adalah disebabkan persepakatan antara PAS dan Semangat 46 dalam Angkatan di mana kuota kerusi telah pun dipersetujui bersama mengikut kekuatan pengaruh sesebuah parti di sesuatu kawasan.

Ketiga-tiga calon yang terpilih ialah Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Dun Endau), Ungku Haji Mohd Noor Ungku Mahmood (Dun Rengit) dan Haji Ambok Masek Haji Abdul Latif (Dun Benut). Dalam pilihanraya ini, PAS berjaya meraih 33% undi di Endau, 29.8% undi di Rengit dan 32.7% undi di Benut. Dalam pilihanraya umum 1986, PAS telah meletakkan seramai 10 orang calonnya di peringkat parlimen dan 20 orang lagi di peringkat Dewan Undangan Negeri. Pilihanraya Umum 1990 juga telah mengulangi kekalahan PAS Johor.

Tahun 2004, PAS menyertai PRU dengan semangat untuk menang setelah arus reformasi telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS dan Barisan Alternatif. Namun, pakatan BA telah semakin mengecil apabila DAP telah mengisytiharkan bahawa mereka keluar daripada BA pada 21 September 2001 dan berlakunya pergabungan dua parti iaitu PKN dan PRM yang membentuk parti baru iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada bulan Ogos 2003.

PAS telah meletakkan calon di 36 Dun namun pencapaian PAS secara keseluruhannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 1999. PAS bertanding di 36 Dun dan menang satu kerusi iaitu kerusi Dun Senggarang di atas kesilapan BN meletakkan individu yang diamanahkan sebagai Penyokong adalah merupakan bukan pengundi di Senggarang. PAS telah memperoleh 98698 undi berbanding dengan jumlah undi 540572 keseluruhan di kesemua 36 Dun yang PAS telah meletakkan calon. Ia mewakili sebanyak 18.3% undi keseluruhannya.

Pilihan Raya Umum kali ke 12 yang diadakan pada tahun 2008 telah mendatangkan satu keputusan luar biasa kepada PAS di Johor setelah berjaya untuk tampil ke dalam medan pilihan raya dalam satu front iaitu Barisan Alternatif dan kerjasama tidak langsung dengan DAP untuk memastikan bahawa BN hanya akan bertembung secara satu lawan satu di setiap kerusi yang dipertandingkan.

PAS telah bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dun termasuklah kerusi Dun Tiram yang diwakili oleh calon Kelab Penyokong PAS yang bertanding di atas lambang PKR iaitu Cik Kumutha Raman.

Dalam PRU ke 13, PAS memperoleh kejayaan yang luar biasa apabila telah berjaya menang di kerusi N13 Sungai Abong dan N15 Maharani. Begitu juga dengan jumlah undian sebanyak 175 300 undi di peringkat berbanding dengan jumlah undi keseluruhan sebanyak 554158 undi dengan peratusan undi yang telah diperoleh PAS daripada 33 kerusi Dun yang ditandingi itu adalah sebanyak 31.63% menunjukkan pencapaian PAS semakin memberangsangkan.

PAS masa kini, semakin maju atau mundur?

Setelah membaca mengenai sejarah Pas dan penglibatannya di dalam medan politik, saya ingin mencatatkan pula kedudukan PAS di Johor ketika ini sama ada PAS semakin diterima rakyat atau pun sebaliknya. Ini berdasarkan kepada pemerhatian saya secara umum sebagai anak Johor yang terlibat secara langsung dalam medan politik di Johor.

Selepas kejutan besar berlaku dalam PRU ke 12 pada tahun 2008, PAS Johor terus mengorak langkah untuk menggempur persada politik Johor bersama rakan-rakan dalam PR yang lain dan tekad untuk menawan Nusajaya disepakati bersama. Langkah awal, PR Johor telah melancarkan TAWAN di Kluang pada tahun 2009 sebagai satu signal terhadap keseriusan tersebut.

Beberapa tindakan awal disusun oleh PAS Johor. Penubuhan Pusat Aduan Rakyat (PAR) di seluruh dijadikan arahan wajib khususnya Dun yang telah diwakili oleh PAS semasa PRU 12. Di antara yang terawal menubuhkan PAR adalah Dun Permas, Kempas, Mahkota dan Nusajaya. Peranan utama PAR adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat setempat sama ada masalah yang melibatkan isu rakyat ataupun isu yang melibatkan kepincangan kerajaan.

Begitu juga dengan peranan kedua-dua Adun PAS iaitu YB Dr Mohamad bin Taslim dan YB Dr Sheikh Ibrahim, kedua-dua digerakkan untuk membantu masalah rakyat bukan sahaja di kawasan mereka sahaja tetapi menjadi wakil rakyat di seluruh negeri Johor untuk disalurkan ke dalam DUN Johor.

PAS Johor dipimpin oleh mereka yang berkelayakan daripada pelbagai sudut. Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad adalah merupakan mantan Dekan Fakulti Pengajian Islam UM dan merupakan tokoh ulama’ yang disegani. Haji Aminul Huda Hassan, Timbalan Pesuruh Jaya 1 adalah merupakan seorang golongan profesional dalam bidang pendidikan, Timbalan Pesuruh jaya 2 iaitu Haji Dzulkefli Ahmad merupakan profesional dalam bidang perunding harta dan Mazlan Aliman, Pesuruh Jaya 3 adalah merupakan seorang aktivis masyarakat dan merupakan Presiden ANAK yang memperjuangkan isu berkaitan dengan peneroka dan FELDA.

Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor adalah merupakan mantan pensyarah UTM, Haji Roslan Nikmat (Bendahari PAS Johor) adalah merupakan mantan guru dan pernah dipilih sebagai Guru Inovasi Kebangsaan. Malah, pimpinan PAS yang mengetuai jentera d peringkat negeri turut dipimpin oleh mereka yang berupaya menjana kekuatan dan kemenangan PAS.

Empat daripada PAS kawasan di Johor dipimpin oleh kepimpinan muda iaitu Haji Firdaus Masod (Segamat/Peguam), Ustaz Khairul Muntanazar (Tebrau/Lulusan Al-Azhar), Ustaz Rozali Jamil (Sekijang/Al-Hafiz) dan Khairul Faizi Ahmad Kami (Kluang/Ahli Politik)

Begitu juga dengan kesediaan YB Haji Salahudin Ayub untuk pulang ke gagang bagi merancakkan gerakerja PAS di Johor telah menimbulkan polemik baru sehingga di sebut sebagai bakal Menteri Besar Johor jika PR berjaya menawan Nusajaya.

          Bermakna, PAS Johor semakin maju ke hadapan pada ketika ini dengan melahirkan banyak tokoh politik dan kepimpinan yang berwibawa. Kepimpinan yang beretika, berlatar belakangkan pendidikan yang tinggi di pelbagai peringkat pasti mampu mentadbir negeri Johor jauh lebih baik daripada apa yang telah Umno lakukan selama ini.

Kesimpulan

Melihat kepada sejarah PAS bermula di Johor pada tahun 1954 sehingga kemampuan PAS berdiri bersama PR di persada politik Johor yang dikenali sebagai ‘kubu kuat UMNO di dunia’ telah memberikan satu harapan baru kepada perubahan politik di Johor.

PAS gagal menyertai PRU pada tahun 1955 kerana ketidakmampuan untuk menanggung kos yang tinggi. Tahun 1959 PAS hanya mampu meraih sokongan sebanyak 2.6% di kerusi Dun yang telah PAS tandingi. Tetapi, pencapaian PAS terus meningkat dengan lebih baik dan sebagai buktinya pada PRU ke 12, PAS berjaya meraih sokongan sebanyak 31.63% di peringkat Dun yang PAS tandingi.

Sokongan yang diterima oleh PAS dan rakan-rakan PR yang lain sudah tentu menggerunkan UMNO dan BN lebih-lebih lagi PAS sudah tidak lagi ditakuti oleh pengundi bukan Melayu/Islam. PAS yakin mampu untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu pada PRU ke 13 yang bakal menjadi penentu kepada kemenangan PAS nanti.

Pesuruh Jaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz telah melahirkan keyakinan bahawa PAS akan berjaya untuk menang di 15 DUN yang ditandinginya pada PRU yang akan datang. Dengan gabungan kemenangan PAS, PKR dan DAP di peringkat DUN nanti akan membolehkan PR membentuk kerajaan baru yang akan menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan beramanah daripada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum daripada ini.

Siapa bakal MB? Itu tidak menjadi persoalan utama pada ketika ini kerana PAS dan PR dibarisi oleh ramai kepimpinan dan calon berwibawa.Apa yang penting ketika ini adalah usaha dan gerakerja perlu dipertingkatkan dengan semaksimum mungkin.

Sekian.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
23 Jun 2012, 3.37 pagi
www.khairulfaizi.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kajian ini telah disediakan oleh sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil tentang  sejarah ringkas perjuangan PAS di Johor. Ia adalah sebahagian daripada usaha beliau untuk mengumpulkan maklumat dan info sejarah PAS negeri Johor dan sebagai rangka awal untuk membuat penyelidikan di peringkat Sarjana. Penulis adalah merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang dan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (2005-2011).