Wednesday, February 20, 2013

syria juga saudaramu

he is trying to play with his dead father ,,, every time i will play "Peekaboo" with my son i will remember ,,,
a child played it in Syria with his dead father ,,,
I ran out of words
this is not fair
just not fair

' MASA UNTUK BERUBAH '


Makcik Chan Ah Moi,80 tahun, sebak apabila Pakatan Rakyat Kulaijaya mengotakan janji untuk menggantikan kayu dan bumbung rumahnya yg bocor di sana sini.

Seminggu lalu saya dan YDP PAS Kawasan Kulai serta sukarelawan PAS ziarah Tahun Baru Cina di Kg Baru Sedenak. Bila mengunjungi Makcik Chan, dia mengadu keadaan rumahnya. Daif dan menyedihkan. Dah minta tolong dengan MCA tetapi tiada tindakan apa2.

Alhamdulillah, kelmarin, 19 feb lalu, gotongroyong menggantikan kayu yg reput dan bumbung bocor dilakukan oleh hampir 20 orang sukarelawan dari PAS, PKR dan DAP. Dari jam 9.30 pagi gotongroyong dibuat, hampir 4 petang siap sepenuhnya.
Makcik Chan Ah Moi,80 tahun, sebak apabila Pakatan Rakyat Kulaijaya mengotakan janji untuk menggantikan kayu dan bumbung rumahnya yg bocor di sana sini.

Seminggu lalu saya dan YDP PAS Kawasan Kulai serta sukarelawan PAS ziarah Tahun Baru Cina di Kg Baru Sedenak. Bila mengunjungi Makcik Chan, dia mengadu keadaan rumahnya. Daif dan menyedihkan. Dah minta tolong dengan MCA tetapi tiada tindakan apa2.

Alhamdulillah, kelmarin, 19 feb lalu, gotongroyong menggantikan kayu yg reput dan bumbung bocor dilakukan oleh hampir 20 orang sukarelawan dari PAS, PKR dan DAP. Dari jam 9.30 pagi gotongroyong dibuat, hampir 4 petang siap sepenuhnya.

Makcik Chan sgt terharu dan asyik mengesat airmata kerana gembira yg amat sangat. Bertahun2 air masuk dlm rumahnya jika hujan. Tak siapa yg simpati....

' MASA UNTUK BERUBAH '

Syria perlukanmu

More than a year and a half passed since Anas Alyyan was arrested by Air Force Intelligence..
What wrong did he do? What was his guilt to be taken from his home and away from his daughter, his father died out of grief over his son..
What was his guilt? Where are the international organizations specialized in human rights?
Not only Anas, but also all the other Syrian detainees, we demand to know their destiny.
What a coward regime, a regime that can be intimidated by a free young man, and locks up all the free thinkers in prisons..depriving detainees from their simplest rights. Anas is deprived from seeing or talking to his daughter, mother or anyone else.
Anas is an ultra brave young Syrian guy, his eyes glow with will and determination..a determination of a whole generation dreaming of a better future, and a better Syria for all.
He was arrested during a raid by the Air Force Intelligence forces on June 11, 2011.
We demand the immediate release of Anas and other detainees.

SEBELUM NAK MEMANGKAH KERTAS UNDI PRU KE-13 NANTI,BACA INI DAHULU. - Dr. Maza kata:

SEBELUM NAK MEMANGKAH KERTAS UNDI PRU KE-13 NANTI,BACA INI DAHULU. - Dr. Maza kata:

Undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).


<><>
Blog> http://bit.ly/8TpQpX
Page> http://on.fb.me/wMKHMQ
Group> http://on.fb.me/RsrVao
Facebook> http://on.fb.me/SIhGtL

Bahaya makan mi segera

UMNO =LEMBU hang tau ka..?

UNDI UMNO ATOK TAK MAHU!

DR HARUN DIN AKAN BERTANDING OK....

UNDILAH PAS

DR HARUN DIN AKAN BERTANDING OK....

JANGAN MASA BERUBAT JA CARI DIA....MASA PRU PUN UNDILAH DIA....DIA ULAMAK..BUKAN UMNGOK TAMAK...

PAS FOR ALL...teman2 dalam UMNO pun boleh hijrah...

Gambar yang di upload oleh Sdra. Kumar Ayavoo. Kelab Penyokong PAS sedang menaikkan bendera parti di kawasan Indian Settlement, Kg Pandan (Parlimen Titiwangsa). 10-20 tahun lalu, kita tidak pernah fikirkan suasana begini akan berlaku. Marilah kita sama-sama jangan khianati perjuangan ini.

Yahudi sudah mula bebas dalam negara



Gambar menunjukkan pendakwah Yahudi sudah mula masuk dan berdakwah dalam negara kita.. Perkataan Mitzvah Tank Bermaksud Tangki Pemesanan.. dan Moshi adalah Pendeta.. betul ke tak aku pun kawan yang bagi Maklumat.. Kalau salah sila betulkan.. Yang pasti Yahudi sudah mula bebas dalam negara kita tanpa pantauan dari Pihak Berkuasa. Adakah mereka juga agen2 dari APCO dan Israel.. Malaysia Boleh ..!! ABCD = Asalkan Bukan Cap Dacing..!!

Maafkan saya, saya sudah bertaubat...

Sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham Haji Abdullah Umar bekas OCPD dan SB yang kembali ke rahmatullah pagi tadi. Takziah buat keluarga beliau.

Apa yang menyebabkan Islam seseorang menjadi batal?


Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan berlaku hukum-hukum Islam, iaitu beriman akan keadilan dan kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan sebahagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan dan yang diharamkan, sebagaimana erti (maksud) dari ayat di bawah ini:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ...” (Q.s. Al-Ahzab: 36) .

Perlu diketahui bahawa ada diantara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajipan-kewajipan, atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan oleh para ulama:

"Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui."

Misalnya, kewajipan salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal itu termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan, misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan sebagainya.

Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum pernikahan, talak, waris dan qisas, semua itu termasuk perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya.

Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan menjadi ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke generasi. Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini, bererti mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur, kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin.

Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum baginya.

Fitnah: Mazlan saman Presiden MBFM



Khairil Abdul Rahim, 20 Feb 2013



TEMERLOH: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, hari ini memfailkan saman terhadap Anuar Abdul Manap dan Wan Zawawi Wan Zain berikutan mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3.





Menurut peguam Harris Abdullah, kenyataan fitnah itu telah diucapkan oleh Anuar yang merupakan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Wan Zawawi (Ketua Penerangan MBFM Kelantan) ketika berucap di Wisma Felda, Jalan Semarak pada 28 Disember tahun lalu.



Harris berkata, saman pemula hari ini sebenarnya difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi dibuat dibuat secara e-filing melalui Mahkamah Tinggi Temerloh.



Dalam kenyataan tuntutannya, Mazlan selaku plaintif mendakwa kedua-dua defendan (Anuar dan Wan Zawawi) dalam ucapannya telah menuduh Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000.



“Mazlan selaku plaintif, melalui notis peguam pada 7 Februari lalu telah menuntut permintaan maaf umum daripada kedua-dua defendan namun sehingga kini masih belum mematuhi permintaan tersebut.



“Selepas prosedur mahkamah, dalam tempoh dua minggu lagi saya jangka tindakan akan akan diambil iaitu menyampaikan writ saman ini ke tangan defendan,” katanya.



Kes Felda Kemahang 3, Tanah Merah ialah 354 peneroka menyaman Felda Palm Industries Sdn. Bhd. kerana menipu bawah (KPG) dalam urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.



Tuntutan saman itu difailkan oleh kesemua peneroka itu pada 22 September 2002 melalui peguam Wan Rohimi Wan Daud.



Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 14 Januari 2008 telah memerintahkan anak syarikat Felda itu membayar ganti rugi am sebanyak RM7.1 juta dan ganti rugi teladan sebanyak 10 peratus daripada jumlah itu iaitu RM710,000 serta kos, berkuat kuasa serta merta.



Sementara itu Mazlan yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata, beliau telah lama mendengar fitnah tersebut seperti yang yang dikutip oleh bloger-bloger Umno daripada pemimpin tertentu.



Namun, katanya, beliau mengambil pendirian awal untuk mendiamkan diri kerana tidak mahu lebarkan pertelingkahan sesama warga Felda kerana kita sedang berhadapan dengan petualang penghisap darah.



“Tetapi apabila saya diamkan diri mereka terus buat fitnah. Semasa Himpunan Oren isu ini dibangkitkan oleh kedua-duanya sehingga telah dispin oleh bloger-bloger Umno.



“Maka setelah berbincang dengan peguam, saya merasa bukan saja perlu bersihkan nama saya tetapi juga NGO yang saya pimpin.



“Bagi saya kalau nak kritik, kalau nak hentam saya tak kisah tapi apabila buat fitnah sehingga menjatuhkan maruah dan perjuangan, itu tidak boleh dibiarkan,” katanya.



Mazlan berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan bukti-bukti bersama peguam Wan Rohimi bagi memfailkan saman terhadap Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan.



Turut hadir di mahkamah ialah Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pahang Md Jusoh Darus serta para penyokong.

Bila mau habislah...

Serangan puak pemakan rumput nampaknya terus tak berhenti..
ok gua buat edisi pencerahan... baca dan faham..

See more : http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/02/isu-tol-antara-pemakan-bangkai-dan.html

Al-Kuncu UMNO



La.. Wow pendekar ketuanan melayu.. nak bunuh Tok Guru.. tapi bernafsu porno.. komen dalam Fbook cerita bab Islam lah.. PAS sesatlah.. ha sekarang siapa yang sesat nih..? Munafik.. Al-Kuncu UMNO

UMNO parti rasuah

Imej UMNO sememangnya semakin buruk walaupun mereka baru saja menganjurkan Perhimpunan 24tahun yang di tipu menjadi 66 tahun. Ini bukan kata pembangkang ini adalah kata2 orang UMNO sendiri.. Adakah selama ini UMNO berjaya menyatupadukan rakyat berbilang bangsa sejak kekalahan 2008..? Jawapannya TIDAK.. UMNO semakin jauh dari semangat muafakat antara kaum dan UMNO menjadi Juara Perkauman sehingga dibenci kaum2 lain didalam Malaysia.. Perbuatan UMNO ini menyusahkan bangsa melayu sendiri apabila orang2 melayu yang tak bersalah dan tidak menyokong UMNO pula terpaksa menerima pandangan serong kaum2 lain yang semakin membenci UMNO hanya disebabkan sikap perkauman UMNO yang malampaui batas... Sudahlah kes2 Rasuah mereka tidak ada kesudahan ditambah pula sikap perkauman.. !! —

Jihad cara UMNO

UMNO selalu mempergunakan agama untuk kepentingan dan survival politik mereka. Walaupun perkara2 Bida'ah yang mereka buat, dikatakannya atas nama Islam. Tetapi mereka marah dan memaki hamun serta nak cabut perkataan Islam yang digunakan PAS sedangkan PAS menggunakan Agama untuk mendidik masyarakat ke arah hidup yang mendapat keredhaan Allah swt. Lihatlah siapa yang mempergunakan perkataan Jihad sedangkan apa yang dibuat bukan ke arah Jihad sebaliknya ke arah zaman Jahilliyah. 

BN Terengganu seperti sudah disumpah

BN Terengganu seperti sudah disumpah. Cakap sombong dan takbur menghina Islam. Stadium runtuh yang sedang diperbaiki runtuh lagi hari ini dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan hari ini .Laporan The Star Online menyebut, struktur besi untuk bumbung stadium tersebut runtuh dalam kejadian pada kira-kira jam 11.30 pagi ini. Itulah buat lagi banyak-banyak banner kutuk PAS Parti Ajaran Sesat. Gantung lah seluruh Terengganu Kan dah kena sumpah fitnah orang. 

Ahli Geng Tong Gas dipenjara 13 tahun



KUANTAN – Belumpun tamat menjalani hukuman penjara, salah seorang ahli Geng Tong Gas, terpaksa menerima hukuman 13 tahun penjara dan dua sebatan kerana kesalahan melakukan rompakan berkumpulan.

Alam Shah Mohamad dari Batam Indonesia mengaku melakukan kesalahan rompakan berkumpulan bersama empat lagi yang masih bebas di sebuah rumah milik bekas Pegawai Daerah Kuantan di Pasdec Makmur, Bandar Indera Mahkota.

Hakim Mahkamah Sesyen, Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwaraya, Noor Svetlana Datuk Mohd Noor Nordin.

Dalan hujahnya, Svetlana berkata, tertuduh menggunakan identiti berbeza untuk melakukan kesalahan itu selain mempunyai kesalahan lampau sejak 2005.

“Tertuduh menggunakan tiga identiti berbeza tanpa ada niat baik selain tidak mempunyai pasport,” katanya.

Tertuduh menggunakan nama Shamsu Yahya, Firman Shah dan Alam Shah untuk melakukan jenayah.

Melalui kertas pertuduhan, Alam Shah, melakukan kesalahan itu pada 26 April 2010 kira-kira jam 3.30 pagi di sebuah rumah sehingga menyebabkan kerugian keseluruhan bernilai  Tertuduh melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

syria


He shells our children, crushes their bodies, steals their dreams, and ends their lives.
As if he hates children and childhood,, and all that is for what? To be called a “president” , to have power and money? Is it worth all this destruction and bloodshed??? Bashar Assad and his gang are soulless, heartless, emotionless, and most important, conscienceless. 

Do you know what’s the worst part?? We had to blur the child’s head so that it won’t break facebook’s regulations and people can see what is happening. News agencies and regulations are bothered with the massacres’ pictures, but these children suffered for real, they were in pain and they died, they deserve to be seen, at least in their death.


PR dakwa temui bukti penipuan dalam daftar pemilih



Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh
PETALING JAYA – Pembangkang mendakwa menemui bukti berlaku penipuan dalam daftar pemilih bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), penggal ini.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan di sebalik peningkatan pemilih baru begitu mendadak yang dikatakan SPR sebelum ini, sebenarnya melibatkan kesalahan jenayah yang termaktub di bawah  Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Akta 5).

Dakwanya, penolong pendaftar dipercayai membuat daftar pemilih tanpa pengetahuan penama itu sendiri atau dalam erti kata lain membuat kenyataan permohonan pendaftaran pemilih secara palsu.

“Kami terima beratus-ratus aduan berhubung perkara ini. Ia melibatkan pelajar di luar negara, pemilih cukup umur tetapi didaftarkan tanpa pengetahuan mereka, kumpulan dewasa yang tidak pernah mendaftar dan beberapa ahli Puteri Umno yang juga didaftarkan tanpa pengetahuan mereka.

“Paling ramai melibatkan penuntut universiti manakala kira–kira 10 kes melibatkan ahli Puteri

Sehubungan itu katanya, pembangkang meminta SPR menjelaskan kepada rakyat berhubung penemuan ini. Pada masa sama menggesa semua mereka yang terlibat di dalam kategori tersebut dengan segera memeriksa status pemilih mereka di laman web SPR atau melalui wakil pembangkang.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar  sekali lagi menegaskan, mana-mana parti politik perlu membuat aduan kepada agensi itu jika mendapati penipuan dilakukan oleh mana-mana penolong pendaftar.

"Jika ada mana-mana parti politik mendapati wujud salah laku penolong pendaftar, mereka seharusnya memaklumkan kepada SPR. Gunakan saluran betul, bukan kepada media atau pihak lain. Itu barulah tindakan yang tepat.

“Jika benar laporan itu, mereka akan ditamatkan perkhidmatan dan nama-nama pengundi baru juga akan diteliti supaya tidak berlaku perkara tidak diingini seperti penganiayaan atau sebagainya,” katanya.

Katanya, dengan jumlah hampir 7,000 penolong pendaftar, sudah pasti akan wujud perkara salah laku atau tidak mengikut syarat.

“Setakat ini, SPR sudah mengambil tindakan ke atas lebih 300 penolong pendaftar daripada pelbagai parti.

“Penolong pendaftar ini adalah wakil parti yang dilantik oleh parti politik sendiri, bukan SPR. Tugas mereka mencari pengundi baru dan setiap pendaftaran akan dibayar RM1 kepada satu nama,” katanya.

Katanya, perkara itu sudah dijelaskan kepada semua parti sejak sistem penolong pendaftar diwujudkan pada tahun 2007.

“SPR tidak akan bersekongkol dengan mana-mana parti seperti dakwaan sesetengah pihak dan kami berharap akan mendapat kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

baik konon....


Isu ceroboh: Malaysia masih mahu selesai dengan cara baik

19 Februari 2013
Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melihat senjata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengawal kawasan Kampung Tandou di Lahad Datu hari ini. - Foto Bernama
LAHAD DATU - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan Malaysia masih memberi ruang bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan insiden pencerobohan sekumpulan rakyat Filipina ke negara ini melalui Kampung Tanduo, dekat sini sejak 12 Februari lalu.
"Saya boleh mengesahkan bahawa ruang masih diberi kepada pihak berkenaan dan juga pihak lain yang boleh membantu dalam pendekatan kita mencari penyelesaian terbaik," katanya.
Beliau berkata, ruang yang diberikan itu tidak bermakna kerajaan tunduk kepada sesiapa tetapi bagi memastikan insiden pencerobohan itu tidak menjurus kepada sesuatu yang tidak diingini seperti pertumpahan darah dan kehilangan nyawa.
"Dalam apa juga keadaan fokus utama kita ialah untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang  terbaik. Ini modus operandi kita... cara kita ialah untuk menyelamatkan nyawa.
"Sekiranya ada pihak tertentu atau pihak lain yang boleh membantu mereka yang berkenaan, rasional, dan bekerjasama dengan kita, lebih cepat perkara ini dapat diselesikan. Saya menasihatkan semua pihak agar membenarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka," katanya sambil menasihatkan supaya menghentikan spekulasi dan khabar angin mengenai isu pencerobohan itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diberi taklimat terkini berhubung insiden pencerobohan itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu di Tungku di sini hari ini. Turuh hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam  Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Selasa lepas, pasukan keselamatan menemui sekumpulan warga asing bersenjata berpakaian tentera mendarat di pesisir Lahad Datu dan polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo itu sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
Hishammuddin berkata, pendekatan pihak berkuasa Malaysia dengan membuka pilihan yang ada dalam menangani masalah berkenaan ialah bagi mengelak insiden itu daripada dipolemik atau dipolitikkan pihak tidak bertanggungjawab di dalam negara dan antarabangsa.
"Saya harap pihak yang terlibat jangan desak pihak berkuasa ke tahap itu. Tetapi kalau pihak berkuasa terpaksa melakukannya, demi kepentingan kedaulatan, marwah kita, saya rasa kita tak ada masalah...," katanya.
"Kita dah kata lebih awal lagi bahawa kedaulatan dan keselamatan Sabah tidak akan dikompromi. Kalau itu tidak dapat diterima pihak berkenaan, kita yang mengawal sekarang apabila tiba masanya, saya terpaksa melakukan apa yang patut," katanya.
Beliau menegaskan insiden itu bukanlah suatu mainan dan meminta media massa dan media sosial supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan operasi pihak berkuasa untuk menyelesaikan  masalah itu.
Menteri itu turut mengulangi kenyataannya di Kota Kinabalu semalam bahawa kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah tetap diutamakan dan tidak akan dikompromi serta meminta semua pihak supaya memberi sedikit masa kepada  pihak berkuasa untuk menyelesaikan masalah itu.
Hishammuddin menjelaskan jumlah sebenar anggota kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo tidak lebih daripada 150 orang dan bukannya 1,000 orang seperti diuar-uarkan beberapa pihak.
Beliau berkata Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
"Pencerobohan itu juga tidak melibatkan orang kampung dan tiada rakyat Malaysia ditahan atau diculik dan apa yang pihak berkuasa kepung sejak hari pertama tidak melibatkan dan tiada risiko kepada rakyat kita...saya harap spekulasi dan khabar angin dapat dihentikan."
Beliau berharap menerusi perkembangan terkini dan rasmi yang dikhabarkannya dalam lawatannya pada hari ini dapat menghentikan segala khabar angin dan spekulasi sama ada dari dalam negara dan luar negara.
Hishammuddin berkata, lawatannya itu juga bagi memperjelaskan beberapa perkara yang dihebahkan di media massa dan laman sosial sebagai tidak berasas selain meninjau kedudukan anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas sepanjang operasi itu.
Beliau menegaskan semua pihak harus memberi ruang kepada agensi keselamatan negara yang telah dilatih serta bertindak profesional dalam menjalankan tugas-tugas menangani kejadian pencerobohan itu.
Sementara itu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim  Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk Angkatan Tugas Bersama 2, sentiasa bersiap siaga dalam  mengawal sempadan negara terutama di kawasan pantai timur Sabah bagi menyekat penyusupan baharu.
Kerajaan melalui Wisma Putra dan agensi risikan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerjasama baik dan berhubung rapat berhubung isu berkenaan. - Bernama 

Kah kah kah kepala hotak hang!


Haron Din perlu tinggalkan Pas
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
20 Februari 2013
Zulkifli Noordin
Zulkifli Noordin
SHAH ALAM - Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang latang bersuara menentangnya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.

Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.

"Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.

"Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.

Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.

Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.

Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.

"Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan," katanya.

Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, "Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang".

“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.

“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.

Kah kah kah ayaq jampi pulakdah

 KPDNKK temui Jakim bincang isu air jampi

19 Februari 2013
Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna.
"Kami akan bincang dulu dengan Jakim supaya kita boleh kawal air jampi yang menggunakan iklan yang boleh mengelirukan pengguna sekaligus menipu mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 8,531 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.
Beliau berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.
"Kami telah keluarkan peraturan bahawa tidak boleh mengeluarkan iklan yang mengelirukan semata-mata untuk menarik pengguna membeli sesuatu produk dan garis panduan itu hendaklah dipatuhi oleh mereka," katanya.
Beliau berkata kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan kerana cuba menipu orang ramai.
Ismail Sabri berkata tindakan juga boleh dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan testimoni tidak tepat setelah menggunakan sesuatu produk kerana ia mengundang kekeliruan orang ramai terhadap produk itu.
"Testimoni pengguna kena tepat iaitu mereka mesti buktikan sesuatu produk yang diambil itu berkesan atau tidak ke atas mereka, sekiranya didapati testimoni tidak tepat, dia boleh diambil tindakan kerana menipu," katanya.
Sementara itu, beliau mengingatkan para penuntut supaya tidak menyalah guna BB1M dengan menukarkannya dalam bentuk wang tunai dengan pihak ketiga.
Tindakan itu boleh membantut hasrat kerajaan yang mahu meringankan bebanan penuntut ketika membeli bahan bacaan yang diperlukan untuk pembelajaran, katanya sambil menggalakkan mahasiswa membeli buku di koperasi universiti masing-masing. - Bernama

EU setuju sekatan baru ke atas Korea Utara



EU setuju sekatan baru ke atas Korea Utara
Sebuah lokasi(dalam kotak) di Punggye-ri di Kilju didakwa menjadi tapak pelancaran ujian nuklear ketiga, minggu lalu. Foto: Getty
BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU), kelmarin bersetuju untuk mengenakan sekatan baru ke atas Korea Utara sebagai 'hukuman' kerana melancarkan ujian nuklear pada 12 Februari lalu.

Sekatan pada kali ini akan melibatkan aspek kewangan, pembekuan aset individu dan larangan ke luar negara.

Awal bulan lalu, Ketua Dasar Luar EU, Catherina Ashton turut mengecam tindakan Pyongyang yang tetap melancarkan ujian nuklear ketiga mereka walaupun menerima bantahan banyak negara antarabangsa.

Pada 22 Januari lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengarahkan sekatan lebih tegas dikenakan ke atas agensi angkasa, bank tempatan dan empat individu yang terlibat dengan projek nuklear di Pyongyang. - AFP

Tampar kanak-kanak menangis di pesawat eksekutif dipecat

MINNEAPOLIS - Seorang eksekutif didakwa menampar seorang kanak-kanak berusia 19 bulan yang sedang menangis sambil mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.
Satu kenyataan AGC Aerospace & Defense menyebut bahawa Joe Rickey Hundley didakwa menyerang kanak-kanak itu semasa insiden 8 Februari lalu yang ketika itu dalam penerbangan Delta Air Lines.

Hundley dari Hayden, Idaho pada mulanya hanya digantung kerja tetapi syarikat tempat lelaki itu bekerja berkata, dia telah dipecat secara rasmi kelmarin.

“Laporan mengenai tingkah lakunya semasa dalam pesawat baru-baru ini amat memalukan.

“Kami telah menyiasat perkara ini dengan serius dan bermula Ahad lalu dan Hundley tidak lagi bekerja di sini,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, peguam Hundley, Marcia Shein berkata, anak guamnya dilayan secara tidak adil dan mendakwa mempunyai unsur-unsur perkauman.

“Saya yakin anak guam saya tidak bersifat sedemikian,” kata Shein.
Dalam pada itu, peguam kanak-kanak malang itu, John Thomson berkata, pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan dakwaan atau tidak.
Bagaimanapun, ahli keluarga kanak-kanak itu berkata, Hundley harus dihukum dan dipenjara setahun.
“Kami mahu Hundley dan sesiapa saja sepertinya tidak lagi melakukan perkara itu lagi,” katanya kepada CNN.
Beliau juga mendakwa yang Hundley mabuk dan dipengaruhi alkohol ketika kejadian dan mendakwa menyaksikan sendiri Hundley mengambil minuman keras ketika duduk di pesawat
Ketika pesawat menghampiri Atlanta, anaknya mula menangis kerana perubahan altitud dan segera memujuk anaknya sebelum Hundley yang duduk di sebelah kanak-kanak itu kemudian menyuruhnya diam.

Hundley kemudian berpaling dan menampar kanak-kanak itu menyebabkannya menangis lebih kuat.
Kanak-kanak itu mengalami calar di bahagian bawah mata kanannya.
“Saya seperti tidak percaya yang dia sanggup keluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada kanak-kanak yang masih kecil seperti anak saya dan kemudian memukulnya. Saya amat terkejut ketika kejadian berlaku,” kata Bennet kepada BBC.
Hundley akan dihadapkan di mahkamah dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara satu tahun kerana menyerang kanak-kanak bawah 16 tahun.
Pada tahun 2007, Hundley mengaku bersalah kerana melakukan perbuatan menyerang di Virginia.

Ramai calon Pas digugurkan



Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
SHAH ALAM – Majlis Syura Ulama Pas terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, antara sebab utama ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.

“Setelah dicadangkan di peringkat kawasan dan negeri, tapisan yang paling mustahak ialah di peringkat Majlis Syura Ulama. Pada peringkat ini, kita akan menentukan calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.

"Selain itu, banyak lagi perkara-perkara lain yang kita fokuskan," katanya.

Apa yang paling diutamakan, kata Nik Muhammad Zawawi ialah setiap calon dipilih mampu mempertahankan dasar dan imej parti, sama ada mereka kalah ataupun menang dalam pilihan raya.

Ditanya pada peringkat manakah proses pemilihan akhir itu sekarang, katanya, pihaknya sudah menyelesaikan 95 peratus proses tapisan dan ia akan diumumkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

"Calon yang kita gugurkan dalam proses di peringkat Majlis Syura Ulama kerana syaratnya tidak mencukupi dan nama ini dikembalikan semula kepada Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat dengan senarai yang bersih," katanya.

Mereka yang disenaraikan sebagai calon, katanya, mempunyai ciri-ciri yang diyakini untuk mempertahankan dasar parti serta boleh menjaga keperibadian supaya tidak menjejaskan imej  parti.

“Ciri-ciri ini kita yakin, dia boleh mempertahankan dasar parti dan boleh jaga keperibadian supaya tidak keluar parti...

"Alhamdulillah, setakat ini tiada calon yang melompat dalam Pas," katanya.

Bekas tahanan ISA, rakan mengaku tidak salah galak keganasan


KUALA LUMPUR - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria, tahun lepas.
 
Yazid Sufaat, 49, menganggukkan kepala tanda dia faham pertuduhan yang dihadapinya dan meminta kepada mahkamah agar dibicarakan terhadap pertuduhan itu.
 
Rakannya Halimah Hussein, 52, turut meminta dibicarakan terhadap pertuduhan bersubahat dengan Yazid dalam melakukan kesalahan itu.
 
Pada Februari 8 lalu, Yazid yang merupakan pengusaha kantin di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang, Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012.
 
Halimah, seorang suri rumah didakwa bersubahat dengan Yazid bagi melakukan kesalahan sama di tempat dan pada waktu yang sama.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30  tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
 
Mereka merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Kanun Keseksaan atas kesalahan membabitkan diri dalam aktiviti keganasan selepas ISA dimansuhkan pada 31 Julai 2012 selepas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) bagi menggantikan ISA dikuatkuasakan.
 
Sementara itu, Hakim Kamardin Hashim menetapkan tarikh perbicaraan kes berkenaan selama empat hari bermula 20 Mei dan membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria agar kedua-dua tertuduh dibicarakan bersama.
 
Peguam yang mewakili Yazid, Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah beliau dan rakannya Edmund Bon yang mewakili Halimah akan memfailkan satu permohonan dalam tempoh yang singkat untuk menggugurkan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh.
 
Halimah turut diwakili bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.
 
Di mahkamah yang sama, Hakim Kamardin menetapkan 25 Februari untuk mendengar permohonan habeas corpus pembantu kantin yang ditahan bersama Yazid.
 
Pada 18 Februari, Muhammad Hilmi, 33, memfailkan permohonan tersebut menerusi ibu angkatnya Rahamah Abdul Majid, 58, agar dia dibebaskan daripada tahanan polis.
 
Pemohon menamakan Warden Pusat Tahanan Reman di Jinjang dan Ketua Polis Negara sebagai responden.
 
Menerusi afidavit sokongan, Muhammad Hilmi mendakwa dia ditahan secara salah dan haknya di bawah Fasal 5(3) Perlembagaan Persekutuan telah dicabuli.
 
Muhammad Hilmi juga mendakwa dia ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tetapi tidak dituduh di mahkamah sepertimana dua lagi tahanan iaitu Yazid dan Halimah. - Bernama

Dari minda hasan Ali kah kah kah

 Tolak ulama popular cari faedah singkat, kata Hasan Ali

20 Februari 2013
Hasan Ali
Hasan
KUALA LUMPUR - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengingatkan umat Islam tidak menyokong ulama popular yang menceburi dunia politik semata-mata untuk meraih keuntungan terdekat.
  
"Begitu juga sekiranya kehadiran mereka hanya untuk dijadikan alat oleh sesetengah pimpinan parti politik untuk mengaburi mata rakyat dengan tujuan membersihkan imej pemimpin yang sudah tercalar moral dan akhlak mereka," katanya dalam satu kenyataan.
  
Hasan, yang juga presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), sebuah badan bukan kerajaan, berharap para ulama popular ini tidak dengan begitu mudah mengkhianati ilmu dan amalan mereka sebagai ulama.
  
"Mereka perlu menghindarkan diri daripada fitnah yang mungkin dilontarkan kepada mereka sebagai ulama, yang sudah tentu pada analisa akhirnya menatijahkan sesuatu yang negatif terhadap Islam itu sendiri," katanya.
  
Mengenai dirinya, Hasan berkata beliau menyertai Pas atas dorongan untuk mendaulatkan Islam, melaksanakan negara Islam dan hudud serta membantu masyarakat berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas.
  
"Buat seketika jalan ke arah itu kelihatan terbuka luas sehinggalah Pas menyertai Pakatan Rakyat yang telah mengubah hala tuju dan rangka kerja parti Islam itu.
  
"Parti itu tidak lagi menjulang Negara Islam, sebaliknya atas desakan DAP dan PKR diganti dengan Negara Berkebajikan," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu.
   
Hasan berharap para ulama popular ini, tidak kira parti yang mereka pilih, akan menggunakan seluruh kekuatan minda, intelek, spiritual dan fizikal mereka untuk mengagungkan ALLAH SWT, dan tidak ada tujuan lain selain tujuan murni ini. - Bernama

Umno dipersalah hapus tulisan jawi


hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersalahkan Umno sebagai bertanggungjawab merosakkan tulisan jawi yang sinonim dengan masyarakat Melayu di negara ini suatu ketika dahulu.

Beliau yang turut kesal dengan sikap Umno seolah-olah juara rakyat kononnya dalam isu kalimah ALLAH berkata, kesalahan Umno itu menyebabkan masyarakat masa kini semakin jauh dengan Islam sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.

Jelasnya, dengan tulisan yang jawi yang diubah kepada sistem rumi telah menyebabkan beberapa perkataan berubah maksud sebenar dan boleh dipersoalkan seperti ‘nikmat’ dalam tulisan rumi yang difahami sebagai perkara  yang baik dan menyeronokkan membawa maksud celaka.

“Ketika baru-baru lepas merdeka, tulisan jawi ada lagi. Surat Perjanjian Pangkor digunakan tulisan jawi, orang putih buat perjanjian Singapura guna tulisan jawi, tiba-tiba Umno hapus tulisan jawi, masa Umno (memerintah). Kita orang Melayu kena sedar kesilapan Umno ini.

“Siapa yang memudahkan agama kefahaman orang Islam. Kita tengoklah akibatnya di tiap-tiap kampung ada kes dadah dan tiap-tiap keluarga ada kes dadah macam banjir yang tidak boleh disekat,” katanya ketika mengadakan ceramah di Pulau Bahagia, di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Khairudin Aman Razali dan Adun Sura, Wan Hasan Mohd Ramli.   

Tulisan jawi dimansuhkan penggunaannya oleh mantan Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari sekitar tahun 1960an.

Abdul Hadi berkata, keadaan itu juga menyebabkan orang Melayu semakin menjauhkan diri daripada syariat Islam.

Berhubung isu kalimah ALLAH, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan beliau tiada khilaf dengan Majlis Syura Ulama Pas dan Dewan Ulama Pas, sebaliknya Umno dikatakan sengaja mengheret isu tersebut untuk memancing undi pilihan raya.

Jelasnya, penggunaan kalimah ALLAH sebagaimana yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk dibenarkan dalam Kitab Injil berbahasa Melayu itu perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan bukannya Pas.

Abdul Hadi menjelaskan, isu kalimah ALLAH telah selesai pada 2010 apabila beliau diajak oleh Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan perbincangan dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), mufti dan menteri berkaitan.

“Itu adalah bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukan kita (Pas). KDN bawah dia  (Kerajaan Barisan Nasional), Jakim pun bawah dia dan dia (Kerajaan BN) perlu ambil tanggungjawab ini tahun 2010 lagi,” katanya.

Demonstrasi sokong tahanan Palestin



20 Februari 2013
Demonstrasi sokong tahanan Palestin
Protes besar-besaran menuntut pembebasan tahanan Palestin yang nekad mogok lapar bermula sejak minggu lalu. Foto: Getty
NABLUS - Ribuan penunjuk perasaan berarak di dua bandar utama di Tebing Barat, kelmarin sebagai menyatakan sokongan terhadap empat tahanan Palestin yang nekad melancarkan mogok lapar.

Lebih seribu orang menyertai protes itu di Nablus manakala kira-kira 1,500 lagi berhimpun di tengah Hebron untuk menuntut pembebasan Samer Issawi, Tareq Qadan, Jafar Ezzedine dan Ayman Sharawna yang ditahan di penjara Israel.

Sehari sebelum demonstrasi itu, Perunding Palestin, Saeb Erakat turut bertindak menghantar surat kepada Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) berikutan keadaan kesihatan keempat-empat tahanan tersebut dilaporkan berada pada tahap semakin membimbangkan.

"Israel akan bertanggungjawab sepenuhnya jika tahanan itu meninggal dunia," menurut sebahagian daripada kandungan surat itu.

Pada April tahun lalu, ribuan tahanan Palestin melancarkan mogok lapar besar-besaran sebagai menuntut kebebasan dan protes terhadap ketidakadilan rejim Zionis. - Middle East Online

Penakut nak mampos..!!

 

Askar Syria, pemberontak lakukan jenayah



BEIRUT 19 Feb. - Kerajaan Syria dan pemberontak yang terbabit dalam perang saudara di negara itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan kerana melakukan kekejaman dan keganasan, kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.
Suruhanjaya Inkuiri terhadap Syria dalam laporannya, kelmarin mendedahkan kira-kira 70,000 orang telah terbunuh sejak meletus konflik di Syria pada Mac 2011.
Laporan setebal 131 muka surat itu menghuraikan dengan terperinci tindakan-tindakan radikal dan keganasan oleh kedua-dua pihak untuk mencapai matlamat masing-masing, hingga mencetuskan ketakutan dan kesukaran kepada penduduk awam.
Suruhanjaya itu berkata, ia akan menyerahkan senarai sulit baru nama penduduk Syria yang disyaki terlibat melakukan jenayah keganasan terhadap kemanusiaan kepada ketua Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay pada bulan depan.
Seorang anggota suruhanjaya itu, Carla del Ponte berkata, keadilan perlu dilaksanakan memandangkan jenayah masih berterusan di Syria dan angka kematian meningkat setiap hari.
Ketika bercakap kepada media di Geneva, Switzerland, del Ponte mengkritik kuasa dunia kerana tidak melakukan sesuatu bagi menamatkan perang dan mendesak Majlis Keselamatan PBB merujuk kes tersebut kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Sementara itu, Menteri-Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) pula menangguhkan lagi proses penghantaran senjata ke Syria, dalam usaha mengehadkan kemampuan kedua-dua pihak untuk bertempur.
Pengumuman itu, bagaimanapun, hanya memberi sedikit kesan kepada keadaan semasa di Syria, ketika pemberontak sedang berusaha menawan pangkalan udara di utara negara itu, manakala tentera Presiden Syria, Bashar al-Assad, berterusan menggempur kubu pemberontak di seluruh negara.
Pegawai-pegawai EU berkata demikian sebelum mengadakan mesyuarat di Brussels, Belgium, bagi memutuskan perkara tersebut memandangkan Britain mendesak untuk meneruskan pembekalan senjata ke Syria.
Bagaimanapun, tujuh menteri luar dari negara lain membangkang tindakan itu.
Dalam situasi lain di Syria semalam, pemberontak menawan pusat kawalan kerajaan di sebatang jalan menuju lapangan terbang kedua terbesar Syria yang menghubungkan pangkalan tentera udara Nairab, termasuk stesen minyak di situ, kata Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia.
Pertubuhan itu berkata, kerajaan Syria berjaya memasuki bandar Safira di tenggara Aleppo, namun tentangan hebat pemberontak menghalang mereka menuju ke bandar terbesar di utara Syria itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130220/lu_05/Askar-Syria-pemberontak-lakukan-jenayah#ixzz2LOoPpNmQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Serangan roket bunuh 20 aktivis di Syria



AP 
FOTO yang disediakan oleh Pusat Media Aleppo (AMC) ini menunjukkan orang ramai mencari mangsa yang terselamat di sebalik runtuhan bangunan akibat bedilan roket di Jabal Badro, Aleppo, Syria semalam.


AMMAN, Jordan - Serangan roket yang dilancarkan ke kubu kuat pemberontak di bandar Aleppo, Syria semalam membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dan menyebabkan 25 yang lain hilang, jelas kumpulan aktivis.
Enam orang kanak-kanak dikatakan antara mangsa yang terbunuh dalam serangan terbaharu regim Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
"Roket itu mengakibatkan tiga buah bangunan di daerah Jabal Badro runtuh. Mayat-mayat mangsa mula dikeluarkan secara satu persatu. Ada mangsa termasuklah kanak-kanak meninggal dunia di hospital," kata seorang aktivis, Mohammad Nour menerusi satu panggilan telefon.
Menurut mereka yang terselamat, dianggarkan 25 orang lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Roket itu kemudian dikenal pasti sebagai Scud yang digunakan secara meluas oleh tentera kerajaan ke atas kumpulan pemberontak di Aleppo dan wilayah Deir a-Zor. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2LOfuRsMo 
Hakcipta terpelihara 

Pesawat tentera terhempas, 12 maut




Reuters 
SAYAP pesawat tentera yang terhempas di sebuah kawasan perumahan di Sanaa, Yemen dikeluarkan oleh kenderaan polis semalam.


SANAA - Sebuah pesawat tentera udara Yemen semalam terhempas di sini, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 11 yang lain cedera.
Agensi berita negeri, Saba melaporkan tiga orang wanita dan dua orang kanak-kanak terkorban apabila pesawat yang sedang menjalani latihan itu terhempas di sebuah kawasan perumahan.
Foto yang diambil daripada media sosial menunjukkan satu mayat berada berhampiran serpihan pesawat tersebut. Beberapa buah kereta juga terbakar dan jalan dipenuhi runtuhan bangunan.
Seorang pegawai keselamatan memberitahu, juruterbang berjaya keluar daripada pesawat sebelum ia terhempas. Namun, keadaannya masih belum dapat dipastikan.
"Orang ramai sangat takut dan ambulan lambat datang," kata seorang penduduk, Abdulsattar Mohammed yang memberitahu, dia nampak pesawat dan rumah yang dirempuhnya terbakar.
Seorang pegawai tentera menyatakan ia merupakan pesawat pejuang SU-22 buatan Rusia. Tentera udara Yemen dilaporkan memiliki 30 unit pesawat SU-22 dan empat buah SU-22UM3.
- Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2LOfIWiLD 
Hakcipta terpelihara 

Kenapa Thailand boleh Malaysia tak boleh?

Makin ramai dari Indonesia jadi warga Singapura



Singapura: Semakin ramai rakyat Indonesia menjadi warga Singapura sejak dua tahun lalu, menurut rekod di kedutaan Indonesia di Singapura.

Bilangannya meningkat dari 630 orang pada 2010 kepada 740 orang pada 2011 dan meningkat sekali lagi kepada 870 tahun lalu.
Bagaimanapun bilangan itu disifatkan masih rendah berbanding angka tertinggi sebelum ini. Pada 2009, seramai 960 warga Indonesia bertukar kerakyatan menjadi warga Singapura, manakala 1,180 berbuat demikian pada 2008.

Kahwin rakyat Singapura

“Kebanyakan warga Indonesia yang melepaskan kerakyatan asal mereka kerana berkahwin dengan rakyat Singapura,” kata jurucakap kedutaan.

Walaupun kedutaan tidak menyimpan rekod mengenai keturunan atau agama tetapi nama menunjukkan merekaadalah daripada pelbagai kumpulan etnik, dari keturunan Cina hingga Jawa dan Sunda.

“Penurunan pada 2010 mungkin disebabkan Singapura memperketatkan dasar imigresen menjelang pilihan raya umum pada 2011,” kata Profesor Hoon Chang Yau dari Universiti Pengurusan Singapura yang membuat penyelidikan dalam sejarah dan budaya penduduk Cina di Indonesia.
Elak kebanjiran rakyat asing

Kerajaan Singapura pada 2009 memperketatkan kriteria kewarganegaraan dan penduduk tetap untuk mengelak kebimbangan kebanjiran rakyat asing.

“Sebilangan rakyat Indonesia berpendapat mereka perlu mendapatkan kerakyatan segera atau u ia mungkin akan menjadi lebih sukar di masa depan.

Pemimpin masyarakat Indonesia di negara itu berkata, Singapura adalah destinasi utama kerana ia menawarkan peluang kerja yang baik, keselamatan dan pendidikan terbaik untuk anak mereka.

Presiden Forum Komuniti Indonesia di Singapura, Yoga Dirga Cahya, berkata kebanyakannya tidak mengubah kerakyatan mereka kerana hubungan kuat dengan keluarga di tempat asal.

Forum berkenaan adalah penaung bagi 10 persatuan rakyat Indonesia di Singapura dan menganjurkan majlis kepada 200,000 rakyat Indonesia, yang tinggal di Singapura. Selain itu, Yoga juga meramalkan tidak akan berlaku penghijrahan besar-besaran rakyat Indonesia ke Singapura kerana ekonomi negara itu semakin berkembang maju. - AGENSI

Peluru berpandu ragut 31 nyawa di Syria



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh dalam serangan peuluru berpandu di bandar Aleppo, Syria, kata pemerhati hari ini. 

"Ia seperti serangan peluru berpandu permukaan ke permukaan melanda Jabal Badro, di utara pinggir bandar, lewat malam tadi,” kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria. 
Seramai 14 kanak-kanak dan lima wanita antara yang terkorban, dan angka kematian mungkin meningkat berikutan misi mencari mangsa masih lagi dilakukan di celah-celah runtuhan bangunan. 

Bagaimanapun, tiada pesawat kelihatan ketika peluru berpandu dilancarkan, kata penduduk. - AFP