Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Anwar serah cabaran Papa Gomo kepada peguam

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara
 eksklusif di pejabatnya. -
Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
RUZY ADILA IDRIS

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin.
-Sinar Harian

Saturday, November 3, 2012

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di Sarawak,

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di Sarawak, semalam, 2hb Nov 2012, mengundang demam kepada para pemimpin Sarawak dan UMNO/BN.

Kawasan pendalaman yang terkenal sebagai fixed deposit dan kubu kuat Barisan Nasional sudah retak dan menunggu pecah berderai pada PRU 13 nanti.

Rumah panjang yang dulu terlalu sukar pemimpin PR nak membuat ceramah kini di rumah panjang Udam, K
anowit telah membuktikan yang warga Sarawak dari pendalaman sudah maukan satu perubahan besar berlaku dalam pemerintahan negara demi menjaga masa depan mereka.

Begitu juga sambutan di Kabong Saratok, Sarawak. Ribuan penduduk tempatan keluar beramai-ramai mendengar ceramah DSAI.

Kini rakyat disana sudah mula sedar, parti mana yang mampu membela nasib mereka.

TANYA SAMA NAJIB.. MENGAPA KAU GOYANG... NANTI JAWAB NAJIB.. SARAWAK NAK HILANGGGGGGGGGG.

UMNO REBAH.. RAKYAT MENDAPAT FAEDAH....UMNO TUMBANG RAKYAT SENANG...UMNO TIADA.. RAKYAT DIBELA.
Posted & copy by Rakyat Marhaen

Sunday, September 9, 2012

Anwar di Melaka

TU DIA Pekan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.....BUKAN NAK CITELAH.....TAPI INILAH REALITY DIAKAR UMBI...

Sunday, September 2, 2012

MARI KITA MENGENANG SEJARAH......2 SEPTEMBER



Ketika waktu ini 14 tahun dulu ramai yg terduduk berkerut dahi. Tertanya2 apa sebenar yg terjadi? Tiada FB, twitter. Info Internet terhad. harapkan rtm1,2 dan TV3 suku jer...

Tapi kini segala-galanya telah berubah....kalau berbohong pagi tghhari rakyat sudah tahu fakta sebenar.....

2 september 1998 - DSAI dipecat dan telah menyemarakkan semangat perubahan di Malaysia.... 

P/S ; Berdarah jugalah telinga wa zaman tu....kuikuikui

Bas Anwar tarik perhatian ramai



WARTAWAN SINAR HARIAN
2 September 2012
anwar ibrahim
Anwar ketika berucap di pentas segera bas tersebut sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat di Machang, malam kelmarin.
MACHANG - Bas dua tingkat yang memaparkan gambar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Pejabat PKR Cabang Machang, di sini malam kelmarin menarik perhatian ramai.

Masing-masing yang hadir pada majlis sambutan Aidlfitri meninjau bas khas sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelantan itu.

Tidak kurang juga mengambil kesempatan bergambar bersama bas tersebut sebagai kenang-kenangan.

Bas itu menjadi perhatian apabila ruang dalamannya diubahsuai dengan pelbagai kemudahan termasuk wifi, tempat mesyuarat, tandas, dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera.

Selain Anwar, program jelajah tersebut turut dijayakan Persiden Keadilan yang juga isteri Anwar, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak ketinggalan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah bagi sama-sama menjayakan ceramah umum di Padang Majlis Daerah Tanah Merah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata,  PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

Katanya, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.Ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis,” katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan Jelajah Bas  itu sempena Aidilfitri di Petaling Jaya, kelmarin manakala Penggunaan kemudahan bas diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 1 Syawal lalu.

Sunday, July 29, 2012

TERKINI!!! Anwar disambut Lajim Ukin, gerakan baru merebak ke seluruh Sabah

TERKINI!!! Anwar disambut Lajim Ukin, gerakan baru merebak ke seluruh Sabah
PERKEMBANGAN MENARIK GERAKAN PERUBAHAN BARU AKAN MENGGEGARKAN PUTRA JAYA ....Berita Lanjut disini: http://pkrl.blogspot.com/2012/07/terkini-anwar-disambut-lajim-ukin.html
 

Tuesday, July 10, 2012

Anwar: Mahathir takut saya ‘rampas’ harta dia...



SELAYANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang mahu beliau segera bersara daripada politik.


Anwar berkata, kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya menunjukkan beliau bimbang kehilangan pegangan syarikat-syarikat miliknya dan kroni yang sekian lama menguasai ekonomi negara termasuk Esso Malaysia (kini Petron Malaysia) sekiranya Putrajaya ditadbir Pakatan Rakyat.


“Dia (Dr Mahathir) takut saya rampas harta dia dan anak-anak dia.


“Saya bukan benci, nak lawan sebab dia kaya tapi tak adil sebab rakyat lain ditindas.


“Ini negeri bapa Umno atau rakyat punya?” katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri padang Kampung Selayang Indah di sini malam tadi.


Katanya, Dr Mahathir tidak lagi perlu menghalangnya sekalipun beliau memegang jawatan Perdana Menteri kelak.


“Saya tak kacau dia…yang kena pukul saya, yang masuk penjara saya, yang kena bogel pun saya. Sudahlah, saya dah maafkan dia,” katanya.


Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata hasrat untuk bersara itu cuma retorik politik sahaja dan berpendapat Anwar perlu tidak perlu melengahkannya lagi.


Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri ‘terhormat’ selama lima hari untuk diisi Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.


Perdana Menteri ke 7


Disambut kehadirannya sebagai Perdana Menteri ke-7 di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat, Ketua Umum PKR itu juga berjanji tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat selama ini.


“(Kaum) Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban saya tak mahu khianati sebab saya tahu apa erti susah, saya tahu apa erti sakit, dihina.


“Kerana semasa saya jatuh di bawah rakyatlah yang tolong saya bangkit,” katanya.


Beliau turut mengulangi pendiriannya untuk menurunkan harga minyak petrol dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).


Katanya, perkara itu pasti membimbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sewenangnya membenarkan Petron, syarikat yang didakwa milik Datuk Mirzan Mahathir memonopoli bekalan bahan api kepada Malaysia Airlines System (MAS) selama enam bulan bermula 1 Julai lalu.


Selain itu, katanya janji untuk menanggung kos pendidikan percuma sebanyak RM5 bilion setahun serta pelaksanaan gaji minimum akan tetap dikotakan segera mulai tahun menangnya pilihan raya.


Turut berceramah Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Adun Teja Chang Lih Kang, serta Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin

Saturday, April 7, 2012

Umno kehabisan modal politik, kata Anwar



ROSLINDA HASHIM
7 April 2012
Umno kehabisan modal politik, kata Anwar
ALOR SETAR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno sudah kehabisan modal politik sehingga terdesak untuk terus memainkan isu mengaitkan beliau dengan Israel dan tidak boleh menerima "fitnah" itu lagi.

Ketua Pembangkang berkata, walaupun penjelasan mengenai perkara itu sudah banyak kali dibuat, namun parti teras Barisan Nasional (BN) itu masih menuduhnya dengan Zionis.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR mendakwa apa yang diperkatakan oleh BN khususnya Umno hanyalah fitnah semata-mata dan menegaskan tidak boleh menerima "fitnah sedemikian."

"Saya tidak boleh terima fitnah seperti itu. Kenyataan saya yang disalah lapor menjerumuskan saya dalam fitnah ini. Ini menunjukkan Umno tidak ada modal politik lain, asyik bangkitkan isu ini sampai sekarang,” katanya ketika merasmikan Ceramah Pelancaran Kempen Bersih 100 Peratus peringkat Kedah di Kompleks Hijau Kuning, malam tadi.

Antara penceramah lain yang turut memeriahkan program ialah Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Sasterawan Negara, A Samad Said yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.

Pada sebelah petang semalam, kehadiran Anwar di Pusat Komuniti PKR di Jalan Putra kecoh apabila lebih 100 penyokong Perkasa dan lebih 200 penyokong PKR ‘bertembung’, menyebabkan berlaku provokasi dan perang mulut selama 15 minit.

Himpunan aman membantah kehadiran Anwar yang turut dikaitkan dengan isu Israel itu berarak dari Masjid Zahir ke Plaza Sentosa, bersebelahan dengan Pusat Komuniti PKR. Mereka bersurai selepas kehadiran anggota polis sebelum Anwar tiba untuk meramikan pusat itu.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata, kempen Bersih 3.0 Duduk Bantah pada 28 April ini di Dataran Merdeka di ibu negara adalah untuk menunjukkan kuasa rakyat secara teratur.

“Ia landasan untuk rakyat tentukan masa depan mereka. Dulu saya juga sebahagian daripada Umno, tetapi sekarang saya mahu ubah corak pemerintahan negara supaya lebih bersih dalam semua aspek,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mahu melenyapkan gejala rasuah dan penyelewengan yang didakwa berleluasa dalam kerajaan kerana ia bagaikan ancaman menyebabkan negara bankrap jika tidak dibendung.

“Mereka tuduh kita akan bankrapkan negara jika ambil alih kerajaan. Macam mana boleh bankrap sebab kita banyak hasil tetapi pada masa sama tiada rasuah dan penyelewengan. Takkan jika kita bantu rakyat dengan hasil negara, boleh jatuh bankrap pula,” katanya.

Tuesday, January 31, 2012

Israel: Penjelasan Anwar


Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.
Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.
Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Wednesday, January 18, 2012

Halal homoseksual: Anwar mahu saman Utusan Malaysia RM50 juta


KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.
Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.
Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan  Anwar kerana  kegiatan tidak bermoral  itu jika  dihalalkan  boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan  dalam masyarakat serta kekacauan  dalam negara.
Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran (gambar), laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.
Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguanUtusan Malaysia baru-baru ini mendakwa  Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.
“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.
Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”
“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.
Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.
Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Tuesday, December 13, 2011

Jelaskan hubungan Saiful-Farah

ANWAR

KUALA LUMPUR - Pihak pembelaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon Mahkamah Tinggi di sini ditangguh bagi membolehkan pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dipanggil menjelaskan hubungan mereka.
Peguam Karpal Singh ketika berhujah di akhir kes pembelaan semalam menolak kenyataan Jabatan Peguam Negara sebelum ini mengatakan tiada hubungan istimewa antara mereka.
Farah Azlina merupakan salah seorang pegawai Pendakwa Raya dalam kes liwat tersebut namun telah digugurkan ekoran isu itu.
Terdahulu, Karpal berhujah bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan terhadap tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.Kosmo! Online - Negara:

Monday, December 5, 2011

Anwar tuduh ucapan Najib ada unsur perkauman





KOTA KINABALU: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berakhir kelmarin, bersifat perkauman.

Beliau mendakwa, pemimpin dan perwakilan UMNO dalam perhimpunan itu dari satu aspek melaungkan perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan negara tetapi dalam masa sama bersifat pelampau apabila menjadikan DAP sebagai bahan kecaman.
“Berdasarkan ucapan pembukaan dan penggulungan Presiden UMNO itu... seolah-olah kami ini jadi alat DAP, " katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, di sebuah hotel terkemuka, di sini semalam.
Sehubungan itu, katanya, pembangkang sudah bersedia mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah serta kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikuasainya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.


Pada penggulungan perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin, Najib memberi suntikan baru kepada pemimpin dan ahli UMNO apabila beliau membakar semangat mereka untuk berjuang habis-habisan menghadapi cabaran getir PRU Ke-13.
Berita Harian Online | Anwar tuduh ucapan Najib ada unsur perkauman:

Monday, August 8, 2011

Mahkamah benarkan permohonan Anwar temu bual 15 saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri, sebelum beliau memberikan keterangan membela diri dalam kes liwatnya.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas memutuskan apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepasa pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah. Mohamad Zabidin berkata, pihak pembelaan ada hak untuk temu ramah saksi berdasarkan syarat saksi itu, yang bersetuju untuk ditemu ramah.bharian

Sunday, May 8, 2011

Anwar nasihat Najib: Jangan bongkak, anda akan jadi ketua pembangkang



MARANG, 7 Mei — Sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden UMNO itu jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.
Sebaliknya Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak mengamalkan “politik rampas” semata-mata untuk memerintah negara.
“Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini.
“Najib jangan bongkak... insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.
Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan UMNO-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.
“Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen, di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi... Pulau Pinang tambah lagi satu... Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor kita boleh tambah dua kerusi lagi.
“Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa itu pun sebab undi pos... 14,000 undi pos paling banyak dalam sejarah.
“Di Sarawak, melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh.
Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”
Presiden UMNO itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga UMNO Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.
Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran Pas.
Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.
“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.
“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” kata Najib yang juga pengerusi UMNO Selangor.
Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor UMNO-BN.
“Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya UMNO akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.
“Mereka (UMNO-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang... cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan,” katanya.
Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan Pakatan Rakyat, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti perikatan akan dilaksanakan jika berjaya menawan Putrajaya.
“Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program kita yang akan kita laksanakan jika kita berjaya tawan Putrajaya, yang penting kita perlu tawan Putarajaya.
“Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam, saya akan buat pengumuman, minyak akan turun... dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus,” katanya.
Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.
“Jangan main-main, ini bukan janji-janji politik... saya bukan main-main.
“Apa yang kita nak buat akan kita lakukan, minyak kita akan turunkan, royalti kita akan pulang dan banyak lagi kita akan lakukan,” katanya.
Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu. 

Syed Mu’az Syed Putra



Dipetik daripada blog Rakyat Marhaen

Tuesday, April 26, 2011

Keputusan panggil Anwar bela diri 16 Mei



KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 16 Mei ini untuk mengumumkan keputusannya sama ada untuk memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atau membebaskannya berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menyatakan demikian di akhir kes pendakwaan hari ini.
Semalam pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa profil DNA milik seseorang dikenali “lelaki Y” yang ditemui di dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, adalah kepunyaan Anwar.
Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang, dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu beliau, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansar di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. - Bernama

Monday, April 25, 2011

Siasat la sampai masuk lokap


Profil DNA 'lelaki Y' milik Anwar: Pendakwa


2011/04/25

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwa dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa profil DNA "lelaki Y" yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pemimpin pembangkang itu.

Dalam hujahnya pada akhir kes pendakwaan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, berkata kesimpulan itu dibuat berdasarkan analisis DNA yang dilakukan ahli kimia, Nor Aidora Saedon terhadap sampel DNA yang diambil dari bilik lokap yang digunakan oleh Anwar dan oleh Dr Seah Lay Hong terhadap sampel yang diambil daripada Mohd Saiful."DNA itu sepadan dengan kajian profil yang dibuat terhadap semua sampel oleh dua ahli kimia berkenaan dan ia selari dengan keterangan yang diberi oleh Mohd Saiful," katanya.
Mohamed Yusof berkata, Dr Seah mengesahkan bahawa air mani yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful berasal daripada satu sumber sahaja yang pada awalnya dirujuk sebagai "lelaki Y". 

Katanya, profil DNA (lelaki Y) itu kemudiannya didapati sepadan dengan profil DNA yang diperoleh daripada tiga barang bukti (tuala good morning, botol air mineral dan berus gigi) dan berasal daripada benda yang sama serta daripada sumber yang sama.

Mohamed Yusof berkata, berdasarkan padanan yang serupa itu, pihak pendakwa telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa wujud kes prima facie terhadap tertuduh dan oleh itu beliau perlu membela diri.

Mengenai isu kelewatan Mohd Saiful membuat laporan polis, beliau berkata seperti yang diketahui, Anwar dan Mohd Saiful mempunyai hubungan majikan-pekerja dan mangsa juga menjadikan Anwar sebagai idolanya sejak kecil lagi. 
"Mohd Saiful diberi layanan istimewa dengan diperuntukkan sebuah bilik di pejabat baru Anwar, berbanding rakan sekerjanya yang lebih senior," katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Yusof, berkata perkara itu tidak menjejaskan kredibiliti Mohd Saiful dalam memberi keterangan tentang kejadian yang berlaku di unit kondominium berkenaan pada 26 Jun 2008.

Beliau berkata, sebelum itu, mereka berjumpa di pejabat Ibrahim Yaacob (ketua staf Anwar) pada kira-kira 10.30 pagi pada hari berkenaan dan pada tengah hari, Mohd Saiful diminta menghantar satu sampul surat kepada Anwar di Kondominium Damansara pada kira-kira 1.45 tengah hari.

Mohamed Yusof berkata, semasa perbicaraan tertutup, Mohd Saiful menerangkan secara terperinci bagaimana aksi itu berlaku dan Anwarlah yang memintanya membawa bersama jeli KY.

"Itulah sebabnya tidak berlaku kecederaan pada bahagian dubur Mohd Saiful, tidak kiralah sama ada aksi seks itu berlaku dengan keizinan atau tanpa keizinan," katanya.

Beliau berkata, semua itu terkandung dalam laporan proforma (sejarah perubatan) yang dicatat oleh Dr Ruzain Rahimi, di mana mangsa (Mohd Saiful) memberitahu doktor berkenaan bahawa bahan pelincir telah digunakan, dadanya diramas dan berlaku penetrasi serta ejakulasi.

Mengenai isu tiga orang doktor yang pada mulanya membuat kesimpulan tidak berlaku penetrasi, Mohamed Yusof berkata ia hanyalah berdasarkan pemeriksaan klinikal, walaupun mereka telah mendapat laporan daripada ahli kimia Dr Seah dua hari sebelumnya.

Beliau berkata, ketika itu, tiga doktor berkenaan tidak mengetahui mengenai tempat palitan berkenaan diambil, sehinggalah mereka ditunjukkan laporan oleh ahli kimia semasa pemeriksaan utama.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Dalam hujahnya, peguam bela utama, Karpal Singh berkata pihak pendakwa gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya, saksi utama, Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008, bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

"Dia bukan saksi yang bercakap benar dan berwibawa dan oleh itu, keterangannya perlu ditolak tanpa memerlukan sebarang penjelasan," katanya.

Malah, Karpal berkata, berdasarkan turutan kejadian, Mohd Saiful telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 195 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu dan berbohong, walaupun telah mengangkat sumpah.

Karpal berkata, mahkamah perlu memerintahkan pendakwa raya supaya mengenakan pertuduhan terhadap Mohd Saiful untuk menunjukkan dengan jelas bahawa badan kehakiman tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan menyalahgunakan prosesnya hingga mengakibatkan seorang yang tidak bersalah, disabitkan kesalahan.

Peguam itu juga berkata, mangsa mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri daripada seseorang yang didakwa menjadi penyerangnya atau mengadu dengan segera kepada pemilik unit kondominium berkenaan atau kepada pengawal keselamatan di premis itu.

Di samping itu, katanya, mangsa juga telah menghadiri satu majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari berikutnya di Tropicana dan menyertai mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di kediaman tertuduh.

"Tindakan PW1 (Mohd Saiful) itu bercanggah dengan kejadian hubungan seks di luar tabie tanpa kerelaan. Kredibiliti mangsa semakin terhakis," katanya.

Karpal berkata, penjelasan yang boleh diterima juga tidak didapati tentang kenapa berlakunya kelewatan dalam membuat laporan polis apabila ia hanya dibuat dua hari selepas kejadian itu didakwa berlaku.

Karpal juga membangkitkan isu kegagalan pihak pendakwa memanggil saksi penting, Dr Mohd Osman Abdul Hamid, dari Hospital Pusrawi, iaitu pegawai perubatan pertama yang membuat pemeriksaan terhadap mangsa.

Sementara itu, dalam hujahnya, seorang lagi peguam bela, SN Nair berkata pihak pendakwa banyak bergantung pada jeli KY untuk memberi alasan tidak berlakunya kecederaan pada dubur Mohd Saiful.

Katanya, tiadanya ujian dilakukan terhadap gel yang didakwa digunakan semasa aksi hubungan seks itu mungkin menunjukkan gel berkenaan tidak wujud.

"Cerita gel ini adalah sesuatu yang direka kemudiannya iaitu setelah laporan perubatan oleh doktor dari HKL (Hospital Kuala Lumpurl) menunjukkan tidak terdapat sebarang penemuan tentang berlakunya penetrasi pada dubur/rektum dan tidak ada kecederaan akibat mempertahankan diri pada tubuh pengadu," katanya.

Nair berkata, satu soalan penting yang perlu dijawab ialah kenapa gel itu tidak dihantar kepada jabatan Kimia untuk dibuat analisis.

Nair juga membangkitkan isu penyahgredan sampel yang diambil daripada Mohd Saiful di HKL pada 28 Jun, 2008, iaitu dua hari selepas berlakunya kejadian yang didakwa berlaku itu.

Katanya, hanya selepas hampir 97 jam dikatakan berlakunya kejadian itu, barulah sampel berkenaan diserahkan kepada ahli kimia Dr Seah, iaitu pada 7.55 malam, 30 Jun, 2008.

Peguam bela, Ram Karpal Singh pula berkata penemuan oleh ahli kimia, Dr Seah dan Nor Aidora Saedon, mengenai profil DNA, termasuk profil bagi "lelaki Y", perlu ditolak kerana ia gagal mematuhi sepenuhnya protokol makmal antarabangsa.

Katanya, penemuan mereka penuh dengan keraguan dan butiran saintifik yang tidak boleh dijelaskan.

"Ketiadaan bukti yang boleh dipercayai berhubung sampel DNA yang dikemukakan oleh pihak pendakwa untuk dipadankan dengan keterangan pengadu kononnya berlaku kejadian itu, dengan sendirinya menambahkan lagi keraguan tentang kredibiliti pengadu," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok. - BERNAMA 

Tuesday, March 29, 2011

Komik lucah Anwar mula diedarkan




Belum pun reda isu skandal seks, timbul pula isu baru apabila komik lucah yang menggambarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan aksi-aksi yang kurang sopan turut diedarkan dikalangan pengundi muda.

Komik tersebut dikatakan mula diterima oleh pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai melalui pos sejak semalam.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semasa  sidang media di lobi Parlimen hari ini.

 Pada jam 3.38 petang tadi, satu laporan polis tentang komik lucah tersebut telah dibuat oleh Nurul Izzah di Balai Polis Dang Wangi dalam usaha  menolak politik lucah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Wednesday, March 23, 2011

Tiga orang disebalik pendedahan video seks Anwar



PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim mengakui bahawa mereka adalah tiga orang di sebalik pendedahan video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Dalam satu sidang akhbar di sini bagi menjelaskan persoalan berkenaan "Datuk T" dan rakaman video yang didedahkan kelmarin.
Beliau berkata, "Datuk T" adalah nama samaran bagi mereka bertiga. Serentak itu, beliau mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang turut dianggotai oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan wakil media.

Diminta mengulas lebih lanjut lelaki dalam rakaman video itu, beliau enggan menyebut nama tetapi memberi bayangan bahawa "lelaki itu mungkin menjadi PM"
SH