Sunday, June 21, 2015

Kedutaan Tidak Terima Aduan Kapal TLDM Ceroboh Ambalat


Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 1:22 PM
Pantai Ambalat

JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia setakat ini tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sering memasuki kawasan perairan Ambalat sejak kebelakangan ini.
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, jika benar perkara itu berlaku, kebiasaannya pihak kedutaan akan dimaklumkan mengenainya.
"Jika benar terdapat pencerobohan kapal tentera Malaysia di perairan Indonesia, kita akan dimaklumkan dan kita akan selesaikan secara diplomasi tetapi setakat ini tiada sebarang aduan mengenai dakwaan itu kecuali hanya cakap-cakap sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih di kediaman rasmi Kedutaan Malaysia di sini Sabtu malam yang dihadiri kira-kira 100 rakyat Malaysia yang berada di Jakarta.
Sebuah akhbar berbahasa Indonesia baru-baru ini mendakwa kononnya beberapa kapal perang Malaysia didapati memasuki wilayah perairan Ambalat sejak kebelakangan ini.
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jen Moeldoko pula dipetik sebagai berkata jika benar ia berlaku, beliau akan memberi peringatan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia.
Moeldoko berkata pihak angkatan tentera kedua-dua negara sebelum ini telah bersetuju untuk menjaga keamanan dan tidak mahu menimbulkan sebarang konflik.

Sultan Perak Pula Tegur Najib Terlalu Bergantung Pada Hutang...



Ketika Negara mengalami masalah ekonomi dengan kejatuhan ringgit dan masalah hutang 1MDB, Sultan Perak memberi ucapan secara tidak langsung merujuk pentadbiran kerajaan yang banyak berhutang sehingga menimbulkan masalah ekonomi kepada negara dan rakyat.

Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kemapanan.

Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang bertajuk 'Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam dalam Perubahan Transformasi" pada Persidangan Meja Bulat SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, Oxfordshire.

Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.

Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah "Paras hutang tinggi boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi."

Ia juga "menghalang keupayaan isi rumah dan perusahaan kepada penggunaan dan pelaburan yang lancar dan kepada kerajaan untuk mengurangkan kejutan yang teruk," titah baginda.

Baginda bertitah kesan hutang memburukkan lagi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan ekonomi semasa tempoh kegawatan.

"Terlalu bergantung kepada hutang mungkin akan menyebabkan gangguan teruk kepada pasaran serta kepada kestabilan sosio-ekonomi dan justeru itu perlu ditangani sekiranya kita mahu mencapai kemapanan yang lebih baik dalam sistem kewangan.

"Kebimbangan berkenaan dengan hutang menyokong pandangan Islam bahawa hutang amat tidak digalakkan dan model atau kontrak berasaskan ekuiti adalah pilihan kerana ia selaras dengan Maqasid al Syariah atau objektif Syariah," titah baginda.

Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja bagi Insiatif Kewangan Islam Malaysia bertitah, kebencian Islam terhadap hutang adalah berasaskan, antara lainnya, kepada kemungkinan akses kepada hutang mendorong seseorang itu berbelanja melebihi kemampuannya.

"Dan apabila seseorang berbelanja mengikut tahap kekayaan atau pendapatannya, kemungkinan beliau berdepan masalah kewangan adalah tipis dan justeru itu beliau mampu mengekalkan gaya hidupnya.

"Sebagai tambahan, hujahan ini boleh diguna pakai kepada sistem kewangan yang lebih besar. Tambahan pula, elemen perkongsian risiko sesuatu kontrak berasaskan ekuiti menggalakkan hubungan lebih saksama antara pihak-pihak yang berkontrak yang secara kolektifnya menjadi perkiraan yang lebih mapan," titah baginda.

Ucapan Sultan Perak ini penuh maksud atau sindiran terhadap kerajaan pimpinan Najib yang suka berhutang.
http://suarakami-letakjawatan.blogspot.com/2015/06/sultan-perak-pula-tegur-najib-terlalu.html

Mat Sabu nafi kenyataan Hadi


SHAH ALAM 20 Jun – Pakatan pembangkang tetap telah berpecah walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menyatakan kerjasama di antara parti itu, DAP dan PKR masih wujud serta belum berkubur.
MOHAMAD SABU
Demikian dinyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sekali gus menegaskan bahawa pakatan pembangkang ketika ini sudah tidak lagi mempunyai kerjasama yang baik dalam gabungan itu.
“Pakatan dah berpecah sekarang, sama ada ia mati kah, ia sedang berpecah. Kalau nak tanya panjang mengenai pakatan masih wujud, itu kena minta beliau (Abdul Hadi) untuk beri penjelasan.
“Hakikatnya, pakatan sedang berpecah,” katanya ketika ditemui dalam program solat tarawih dan tazkirah ‘Salam Perjuangan Baharu Bermula’ di Seksyen 18 di sini, malam tadi.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam yang menegaskan bahawa pakatan pembangkang masih wujud dan belum berkubur biarpun rakan sekutunya, DAP sudah mengisytiharkan pakatan pembangkang tidak lagi wujud.
Menurut Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, DAP tidak berhak mengumumkan pakatan pembangkang dibubarkan selain beliau dengan sinis menyatakan parti itu tidak memahami maksud ‘pakatan rakyat’ sehingga terburu-buru bertindak sedemikian.
Malah, Abdul Hadi turut menyatakan pihaknya ketika ini masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung tindakan DAP membubarkan pakatan pembangkang termasuklah kenyataan daripada PKR.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai desas-desus bahawa wujud pihak tertentu termasuk beliau sendiri akan menubuhkan parti baharu bagi menggantikan Pas, Mohamad mengakui ada mendengar pandangan daripada pelbagai pihak mengenai usaha tersebut.
“Saya dengar banyak pihak nak tubuh parti (baharu). Namun saya sedang lihat dan teliti selain akan bertemu dengan rakan-rakan untuk mengambil sikap bersama pada masa hadapan.
“Namun, untuk mengatakan menubuhkan parti lain dan mewujudkan pakatan baharu, terserah kepada parti-parti yang sedia ada (PKR dan DAP) untuk terima atau tidak,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/mat-sabu-nafi-kenyataan-hadi-1.105224#sthash.YEsFsSPF.dpuf

Anak Osama minta 
sijil kematian bapa


Abdullah bin Laden
Abdullah bin Laden
RIYADH 20 Jun – Seorang anak lelaki Osama bin Laden, meminta Amerika Syarikat (AS) menyerahkan sijil kematian ayahnya selepas anggota komando elit negara tersebut membunuhnya, menurut sepucuk surat yang didedahkan oleh laman web WikiLeaks, kelmarin.
Surat itu yang didakwa dikeluarkan Kedutaan AS di Riyadh, merupakan antara 70,000 dokumen bocor yang digelar ‘Saudi Cables’, lapor laman web antikerahsiaan, WikiLeaks.
Dokumen itu adalah antara lebih setengah juta dokumen yang diperolehi dari Kementerian Luar Arab Saudi dan institusi-institsui lain di negara ini yang menurut laman web berkenaan akan didedahkan dalam masa terdekat.
Surat itu ditandatangani oleh Konsul Jeneral AS di Riyadh, Glen Keiser, dan dialamatkan kepada Abdullah bin Laden pada 9 September 2011, kira-kira empat bulan selepas AS menyerbu kediaman bapanya di Pakistan.
“Saya menerima permintaan anda yang mahu melihat sijil kematian ayah anda, Osama bin Laden,’’ tulis Keiser.
Katanya, pakar perundangan di Jabatan Negara AS menasihatkan supaya dokumen seperti itu tidak dikeluarkan.
“Perkara ini selari dengan amalan kebiasaan bagi individu yang dibunuh dalam operasi tentera,’’ katanya.
Sebaliknya Keiser menyediakan Abdullah bin Laden dengan rekod mahkamah AS yang mengesahkan kematian bapanya, sekali gus menggugurkan kes jenayah terhadapnya.
“Saya berharap bahawa dokumen kerajaan AS ini membantu anda dan keluarga anda,’’ kata Keiser. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/anak-osama-minta-8232-sijil-kematian-bapa-1.105164#sthash.xu7KlimG.dpuf