Wednesday, November 20, 2013

Itupun khabarnya "dipenjarakan" di ruang menunggu mahkamah.

Selangorku...

Apa yang pelik tentang gambar ini?

Inilah muka2 4 sekawan yg menghina islam

Singa-singa muda Mujahideen Afghanistan.

Kunar, Afghanistan ~ Ogos 1985
Singa-singa muda Mujahideen Afghanistan. 

Berbagai cara dilakukan pemerintah Thailand untuk menutup tempat ini.

SUBHANALLAH

Inilah Mahad Al Bithath Al Diniyah. Sebuah Mahad terbesar yang ada di Wilayah Yala, Selatan Thailand. Dari Mahad inilah lahir para da'i dan pejuang yang setia mendakwahkan Islam di bumi Patani Darussalam.

Berbagai cara dilakukan pemerintah Thailand untuk menutup tempat ini. Dari mulai menyerang Mahad hingga membunuh para da'i dengan dalih usang - terlibat terorisme. 

Hingga kini, 40 guru menjadi korban tentera. Tidak sedikit pula para pelajar yang hilang dan belum dijumpai sehingga kini. "Mereka diculik tentera ketika ingin ke sekolah," kata Abdullah, seorang pengajar.

Wallahu A'lam

Sumber: Muhammad Pizaro (Penulis dan ahli NGO)
 —

Susilo bertelagah dengan Abbott

GAMBAR fail pada 30 September lalu menunjukkan Susilo (kanan) berbual dengan Abbott selepas mereka mengeluarkan kenyataan bersama di Istana Presiden di Jakarta, Indonesia.


JAKARTA - Pemimpin Indonesia dan Australia bertikam lidah semalam mengenai dakwaan pengintipan yang dilakukan oleh Canberra yang menyebabkan ketegangan antara kedua-dua negara kian meningkat.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menggunakan laman Twitter untuk menyelar Perdana Menteri Australia, Tony Abbott kerana mengabaikan aduan Indonesia.
Kecaman Susilo dibuat selepas Indonesia bertindak memanggil pulang dutanya di Australia, Nadjib Riphat Kesoema kelmarin.
Abbot yang mentadbir negara sejak September lalu pula enggan memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
Beliau sebaliknya menyifatkan perbuatan mengintip oleh kerajaan Australia sebagai 'operasi perisikan yang munasabah'.
Pertelingkahan terbaharu itu menyusul selepas media Australia menyiarkan maklumat dokumen sulit yang dibocorkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan, Edward Snowden.
Menurut laporan itu, agensi perisikan Australia cuba mengintip perbualan telefon bimbit Susilo, isterinya dan beberapa pegawai kanan lain.
"Saya kesal Perdana Menteri Australia memandang ringan isu ini tanpa sebarang rasa bersalah," kata Susilo di akaun Twitternya.
Indonesia, kata Susilo, menuntut penjelasan rasmi yang boleh diterima oleh rakyat negara berkenaan.
Namun, permintaan tersebut ditolak bulat-bulat oleh Abbott.
"Saya tidak boleh menerima bahawa Australia perlu memohon maaf untuk operasi mengumpul maklumat risikan yang munasabah," katanya kepada Parlimen.
Australia dan Indonesia mempunyai sejarah hubungan yang panjang dan tidak terlepas daripada pergolakan.
Pada tahun 2009, seorang pegawai Indonesia mengakui tentera negara berkenaan membunuh lima wartawan asing termasuk dua warga Australia.
Perbuatan itu untuk menutup pencerobohan awal Indonesia ke atas Timor Timur.
Jakarta pernah memanggil pulang dutanya di Canberra pada tahun 2006 kerana membantah keputusan memberikan visa sementara kepada 42 pencari suaka dari Papua Barat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2l8EENWZh 
Hakcipta terpelihara