Showing posts with label lim guan eng. Show all posts
Showing posts with label lim guan eng. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)



KUALA LUMPUR, — Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar mengambil tindakan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana pernah memijak potretnya satu ketika dahulu.

Lim dalam kenyataannya mengecam tindakan berat sebelah dan sikap memilih yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu beberapa anak muda memijak potret perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, sewaktu sambutan ambang Kemerdekaan anjuran Gabungan Janji pada malam Khamis lalu.

“Adakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, boleh berjanji pihak kementeriannya akan bertindak tegas dan mengikut lunas perundangan ke atas penyokong BN yang melakukan aksi sama ke atas pemimpin Pakatan Rakyat seperti individu yang memijak potret PM?” kata Lim dalam satu kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam insiden bulan Mei lalu, potret Lim telah dipijak oleh ahli Perkasa di Komtar dan melakukan upacara simbolik pengkebumian dihadapan rumahnya di Pulau Pinang akan tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil oleh pihak berkuasa ke atas tingkahlaku biadab tersebut.

Lim juga membangkitkan isu “tarian punggung” yang berlaku diluar rumah Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, dan mempertikaikan sikap parti komponen BN bukan Melayu yang berat sebelah kerana mengutuk tindakan memijak potret PM tetapi tidak mengambil tindakan sama apabila beliau yang berbangsa Cina diperlakukan dengan aksi sama.

“Presiden Gerakan dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengutuk tindakan potrait PM dipijak tetapi berdiam diri apabila gambar saya dipijak,” tambah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dalam “Himpunan Janji Bersih” anjuran Gabungan Janji yang merupakan gabungan 47 badan bukan kerajaan NGO dan aktivis Bersih pada Khamis lalu, beberapa laporan media menyelar tindakan peserta yang bertindak memijak gambar pemimpin negara, menunjukkan punggung dan mempamerkan bendera “Sang Saka Malaya” yang dikatakan bagi menggantikan Jalur Gemilang.

Himpunan tersebut yang tamat sejurus detik 12 malam telah berlangsung dengan kehadiran sekitar 5,000 penyokong mereka menunjukkan komitmen kepada demokrasi dengan sempena sambutan Kemerdekaan negara.

Mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut turut memakai kemeja T berwarna kuning sebagai menyuarakan sokongan mereka kepada matlamat dan perjuangan Gabungan Janji tersebut.

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said turut membacakan puisi bertajuk “Janji Demokrasi” sebelum perhimpunan tersebut tamat.

Ekoran laporan tersebut, polis telah membentuk pasukan khas bagi menyiasat laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka dan berhubung tindakan penganjur “Himpunan Janji Bersih” yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan.

Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan.

--The Malaysian Insider

Tuesday, October 19, 2010

Kaji semula projek mega, elaun JKKK





KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa kerajaan mengkaji semula pembinaan projek mega Warisan Merdeka dan kenaikan elaun kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) namun. tiada pemberian bonus kepada kakitangan awam. 


Setiausaha Agung DAP itu berkata, keputusan kerajaan menaikkan elaun JKKK tetapi tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam menimbulkan rasa tidak senang: dalam kalangan rakyat. 


“Kita mendapat maklum balas yang negatif daripada rakyat kerana mereka rasa kurang senang hati dengan Belanjawan 2011. 


“Saya tidak faham mengapa kerajaan boleh menaikkan elaun JKKK daripada RM450 kepada RM800 sedangkan mereka tidak mampu membayar bonus kepada kakitangan awam. 


“Bukan itu sahaja, kerajaan mahu membina bangunan Warisan Merdeka berharga RM5 bilion. Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan semula. Kalau elaun dinaikkan ia perlu diberikan kepada semua. Kalau tak ada tak perlu beri,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen semalam. 


Beliau berkata demikian mengulas pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kenaikan elaun bulanan Pengerusi (JKKK) dan Pengerusi Kampung Baru kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa in

Wednesday, September 1, 2010

KISAH LIM GUAN ENG


usinkata;..Ramai yg taw dan ramai juga yg xtaw..laa aku nk bgtaw ..sapa2 nak taw bole baca...xmau taw bole abaikan..huhuhuhu..ini bukan cerita yg mengghairahkan huhuhu..xbest pon..huhuhu


Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim."

"Cucu saya,telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994."

"Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya."

"Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995."
"Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen

Lim Guan Eng semasa ditangkap
Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen."
Lim dipenjara

"Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya."

"Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-"

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim."

"Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik."

"Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas."

"Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan."

"Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami."

"Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya."

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
RAKYAT MARHAEN: LIM GUAN ENG : Sebelum Internet Lahir Di Malaysia