Wednesday, August 14, 2013

43 maut polis gempur kem penunjuk perasaan di Mesir

KAHERAH 14 Ogos - Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh apabila polis menggempur dua kem penunjuk perasaan utama penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi, di sini hari ini.
Menurut koresponden agensi berita AFP di Rabaa al-Adawiya, kebanyakan mangsa terbunuh akibat terkena tembakan.
Jumlah mangsa korban itu tidak melibatkan kanak-kanak dan wanita.
Pergerakan Ikhwanul Muslimin bagaimanapun mendakwa, lebih 250 penyokong Mursi terkorban dalam kejadian tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130814/lu_14/43-maut-polis-gempur-kem-penunjuk-perasaan-di-Mesir#ixzz2bxB0ch5t
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bumi Mesir kini dibasahi dengan darah para Syuhada(insya Allah) .

Bumi Mesir kini dibasahi dengan darah para Syuhada(insya Allah) . 


وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

“Dan barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, ia kekal di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan adzab yang besar baginya.” (QS. An-Nisa’: 93)

Inilah yang berlaku di Mesir pada hari ini!
Gambar sadis dari Medan Nahdhah hasil perbuatan Sisi dan sekutu-sekutunya. Demonstran tidak bersenjata ini hangus dibakar hingga meninggal!!

Dilaporkan, dua anak perempuan dari pimpinan Ikhwanul Muslimin juga terbunuh dalam serangan militer Mesir pagi ini.

Link video : https://www.youtube.com/watch?v=aMK7d52U78E&feature=youtube_gdata_player
 

Tentera Mesir bunuh demokrasi

myMetro | Tentera Mesir bunuh demokrasi:
Kaherah: Pemenang anugerah keamanan Nobel dari Yaman, Tawakul Abdel-Salam Karman berkata rampasan kuasa tentera di Mesir menandakan kematian gerakan demokrasi di rantau Arab.
Kata ibu kepada tiga anak itu, penggulingan Mohamed Mursi pada 3 Julai lalu “mengundurkan” perkembangan demokrasi yang dicapai sejak rakyat Mesir bangkit menolak kerajaan diktator Hosni Mubarak selama 30 tahun pada 2011. 
“Kemunculan pertama demokrasi dalam sejarah Mesir dan Timur Tengah sejak Arab Spring terus berkubur,” katanya.

Tawakul yang menjadi wanita Arab pertama - dan wanita dunia kedua - dianugerah pengiktirafan Nobel berkata kejatuhan Mohamed Mursi adalah sebahagian daripada langkah antirovolusi yang mengekang Timur Tengah.

“Saki-baki kerajaan yang digulingkan pada 2011 dan 2012 kini perlahan-lahan kembali berkuasa.

“Kemusnahan revolusi Arab bermakna matinya Arab Spring,” katanya.

Wartawan, ahli politik dan aktivis hak asasi manusia itu dilarang memasuki Mesir pada 4 Ogos lalu ketika cuba memberikan sokongan kepada Mohamed Mursi dan Ikhwanul Muslimin di Kaherah.

Kerajaan Mesir tidak menyatakan sebarang alasan di sebalik larangan itu.

Tawakul, 34, berkata Arab Spring itu bermaksud gerakan membina demokrasi tetapi ia dihalang melalui kudeta tentera.

“Rampasan kuasa itu merosakkan segala-galanya,” katanya.

Dikenali sebaagai Wanita Besi dan Ibu Revolusi Tawakul ditahan dalam satu daripada protes awal gerakan prodemokrasi Yaman pada 2011.

Kemarahan orang ramai insiden itu mendorong demonstrasi berhampiran Universiti Sanaa bertukar menjadi revolusi sebenar. - Reuters
'via Blog this'

Penyokong Jamaat-e-Islami, polis bertempur

myMetro | Penyokong Jamaat-e-Islami, polis bertempur: "Dhaka: Pasukan keselamatan bertempur dengan penunjuk perasaan semalam selepas beberapa bom diletupkan, jalan raya dihalang dan kenderaan dibakar.

Berpuluh-puluh orang dilaporkan cedera.
Parti Islam terbesar Bangladesh - Jamaat-e-Islami - mengadakan bantahan itu kerana mengutuk keputusan mahkamah yang memutuskan pendaftaran mereka dengan suruhanjaya pilihan raya negara berkenaan sebagai tidak sah.

Hakim Mahkamah Tinggi mendapati parti itu melanggar peruntukan perlembagaan sekular dengan menyatakan keinginan mereka mahu melaksanakan undang-undang Islam. - AP"

'via Blog this'

Arab Saudi didakwa taja kempen keganasan


Riyadh: Pakar Asia Barat yang berpangkalan di Eropah menegaskan bahawa Arab Saudi adalah penaja utama kempen keganasan besar-besaran yang dikaitkan dengan al-Qaeda di Iraq dan Syria, selain diketahui dengan jelas dan disokong AS.

Pakar hal ehwal Asia Barat dan penulis yang berpangkalan di Belfast, Saeb Shaath dalam wawancara dengan Press TV berkata, regim Arab Saudi menukar negara itu menjadi seolah-olah pangkalan tentera yang besar untuk AS menyerang jirannya. “Sejak dari awal penubuhan Arab Saudi, mereka membawa pertumpahan darah ke negara di sekitarnya dan mereka bersekutu sepenuhnya dengan Zionis dan Amerika serta beberapa kuasa Barat,” katanya.


Ketika wawancara itu, Saeb turut menyalahkan pemerintah diktator di Teluk Parsi itu kerana “memulakan perang saudara di Lubnan,” selain menyokong regim Zionis, membawa kekacauan di Iraq pada awal 1990-an dan memperdaya bekas pemimpin diktator Iraq Saddam Hussein untuk menyerang Iran dengan bantuan AS pada 1980-an. Dia juga menegaskan bahawa ketika Naib Presiden AS, Joe Biden menyuarakan simpati kepada Perdana Menteri Iraq pada awal Ogos kerana “terlalu banyak korban jiwa” ekoran beberapa insiden pengeboman di negara itu, bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pernah mengakui bahawa al-Qaeda diwujudkan AS, dibiayai Arab Saudi dan dianggotai pengganas Wahabi. - Agensi