Monday, December 26, 2011

Perlembagaan: ‘Pandangan paderi tidak salah, Perkasa jangan cabar’, kata Aziz Bari


December 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 Dis - Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertahankan seorang paderi yang didakwa mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan dalam rumah ibadat sambil menambah tiada sebarang unsur hasutan dalam ucapan sempena sambutan perayaan Krismas semalam.

Selain itu, menurut Abdul Aziz(gambar), tiada pihak termasuk Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) perlu mengeluarkan sebarang bantahan atau cabaran terhadap paderi itu Rev. Dr Eu Hong Eng, seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF).

Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya matang dalam mengemukakan hujah dan bukan membangkitkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

"Jadi ia agak tidak betul untuk Perkasa mengeluarkan cabaran dan membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana paderi itu tidak mempersoalkan dasar atau apa-apa yang berkaitan dengan Artikel 153, beliau hanya mengeluarkan pendapat tentang bagaimana artikel itu dilaksanakan. Ia boleh diterima, tiada unsur hasutan tentang perkara itu.

"Semasa kita memasuki kemerdekaan negara yang ke-55, kita seharusnya matang untuk berhujah dan mengemukakan pandangan-pandangan, malah segala apa yang berlaku dan isu seperti ini memberi kesan kepada negara. Kita mesti ingat bahawa dasar-dasar dan peruntukan di bawah Artikel 153 dibiayai , sesuatu yang memberikan kita semua hak untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Semalam Perkasa melalui Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menyelar tindakan Eu yang mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat sempena sambutan perayaan Krismas.

Syed Hassan berkata perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam mana-mana khutbah di masjid sama ada ketika sambutan perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha.

Beliau turut menegaskan peruntukan berkaitan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah disentuh oleh imam-imam semasa menyampaikan khutbah.

“Nampaknya serangan terhadap Perlembagaan 153 sudah ditahap kemuncak bila ketua agama lain juga mempersoalkannya,” tegasnya.

“Lebih menyedihkan, ia dipersoalkan di dalam gereja oleh ketua agama, Perkasa berpendapat paderi tersebut tidak faham Fasal 153 Perlembagaan Negara itu atau sengaja mahu timbul ketegangan,” tegasnya lagi.

Kata Abdul Aziz, Artikel 153 diwujudkan untuk menjaga hak rakyat negara ini dengan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab melindungi peruntukan-peruntukan itu.

"Seperti yang kita lihat bahawa istilah Artikel 153 (1) adalah bertujuan mencari perpaduan dan kesepakatan berdasarkan peruntukan Perlembagaan itu bahawa menjadi tanggungjawab Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

"Saya merasakan apabila Perlembagaan mengatakan bahawa Agong mempunyai kuasa untuk melindungi peruntukan itu, namun sila perhatikan Majlis Raja-raja yang mana mempunyai hak rundingan mengenai dasar yang diperbuat oleh kerajaan tentang Artikel 153 (1) seperti yang ditetapkan oleh Artikel 38(5) bahawa Raja juga perlu memastikan tidak ada mana-mana pihak yang memiliki kuasa secara mutlak," katanya
Main - Bahasa - Perlembagaan: ‘Pandangan paderi tidak salah, Perkasa jangan cabar’, kata Aziz Bari @ Mon Dec 26 2011:

'via Blog this'

PANAS!! Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece

Seorang lagi gay Melayu didakwa berkahwin dengan gay Mat Saleh, lebih dahulu sebelum seorang lelaki Melayu yang dilaporkan berkahwin sesama jantina di Dublin, baru-baru ini.

Kali ini, lelaki berkenaan dipercayai melangsungkan perkahwinan songsang dan terlarang itu di Greece.

Lebih ‘menarik’, lelaki terbabit juga mengenakan pakaian Melayu lengkap bersongkok dan bersamping (gambar) seperti gay Melayu yang berkahwin di Dublin – bertanjak dan bersamping.

Beberapa jam lalu, beberapa blog tempatan dikesan menyiarkan artikel dan gambar gay Melayu itu, juga dikatakan pelajar, berkahwin di Greece.


Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.

Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.

Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.

Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.

“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catatsozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.

Gambar berkenaan, menurutnya, diperolehi hasil carian di Google oleh pengendali blog yang menjadi sumber maklumat itu.

Sementara itu, seperti ditulis sozcyili.blogspot.com, Ar-rifke.com mencatatkan:

“Jika yang neh (ini) terbukti benar maka ternyata arif (gay pertama yang baru-baru ini dilaporkan berkahwin dengan lelaki Inggeris) adalah yang kedua, bukan yang pertama,” catat ar-rifke.com.

Ar-rifke.com memetik sumber berita berkenaan dari sozcyili.blogspot.com.

Mereka mempersoalkan mengapa kerajaan belum bertindak berhubung perkara itu.





inimajalah.com.my

Anak Sungai Derhaka: PANAS!! Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece:

'via Blog this'

Hostler masih bekerja

hostler
LONDON - Wanita berumur 94 tahun, Ada Hostler dipercayai pekerja wanita tertua di Britain yang masih bekerja secara tetap.

Wanita bergelar moyang itu mengejutkan keluarganya selepas menegaskan ingin terus bekerja selama 45 jam seminggu, walaupun baru sahaja dirawat selepas tulang pinggangnya patah, tahun lalu.

Hostler telah bertugas lebih 19 tahun sebagai pegawai pentadbir di Pusat Jagaan Kanak-Kanak milik anak perempuannya, Janet Storey.

Wanita itu enggan bersara, walaupun dia dinasihati doktor supaya berbuat demikian akibat kecederaan dihadapinya.

“Saya tidak mahu berhenti bekerja. Dengan bekerja, saya dapat memastikan otak saya sentiasa aktif dan ia membuatkan saya berasa lebih muda. Saya juga gembira dikelilingi kanak-kanak ini,” katanya. Hostler masih bekerja - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Pas anggap kerja tumbangkan Umno ibadat

Wan Azhar Wan Ahmad
ALOR LINTAH - Pas Kawasan Besut menyifatkan bekerja untuk tumbangkan Umno adalah satu ibadat dan perlu dilakukan bersungguh-sungguh oleh ahli dan masyarakat.

Yang dipertuannya, Wan Azhar Wan Ahmad menggesa seluruh jentera dan anggota parti menjadikan sasaran Mac 2012 sebagai tarikh keramat untuk menumbangkan kerajaan BN di negeri Terengganu.

Dakwanya, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah medan terbaik rakyat untuk menyekat penguasaan Barisan Nasional (BN) di Wisma Darul Iman berasaskan pelbagai kepinca­ngan dan kelemahan tadbir urus sepanjang pemerintahan dua menteri besar yang terakhir ini.

Menurutnya, Pas berjanji akan menyenaraikan seluruh kepincangan dan kelemahan tadbir urus tersebut kemudian mendedahkannya dalam kempen PRU akan datang.

“Pendedahan pelbagai skandal yang melibatkan kepimpinan negara juga pastinya akan mempercepatkan proses Pakatan Rakyat (PR) mengambialih pentadbiran Puterajaya.

Misalnya isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang menggemparkan negara dengan melibatkan sejumlah RM250 juta pastinya sukar diterima oleh rakyat,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas negeri.

Wan Azhar berkata, kerajaan dikatakan cuba menggula-gulakan rakyat dengan pemberian RM100 kepada ibu bapa pelajar serta RM500 di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi menutup isu NFC yang kian terdedah.
“Saya yakin akan tiba masanya gelombang kebangkitan rakyat berlaku tanpa mampu dihalang oleh Umno dan BN,” katanya. Pas anggap kerja tumbangkan Umno ibadat - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Gambar Perkahwinan Anak DS Anwar Ibrahim.. Tahniah!! Moga Bahagia Hingga Akhir Hayat..


Tahniah Buat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah yang telah menerima Menantu Ke 4 secara rasminya semalam 24 Disember 2011 dan Selamat Pengantin Baru buat Nurul Ilham Binti Anwar dan pasangannya Mohd Reza Bin Mohd Rafie semoga kekal hingga akhir hayat. Majilis perkahwinan mereka di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim di No.11 , Jalan Bukit Segambut, Segambut Dalam, Kuala Lumpur.
Gambar Perkahwinan Anak DS Anwar Ibrahim.. Tahniah!! Moga Bahagia Hingga Akhir Hayat.. ~ SEDAKA SEJAHTERA:

'via Blog this'

8 tahun tunggu rumah PPRT

8 tahun tunggu rumah PPRT
MUAR – “Lapan tahun saya mohon bantuan rumah PPRT, tetapi masih belum berjaya,” demikian luahan Shahrul Azwan Mohd Shah, 31, yang seakan sudah putus harapan untuk memohon semula rumah berkenaan.

Menurutnya, kekangan sumber kewangan untuk membina rumah sendiri mendorongnya membuat permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperkenalkan oleh kerajaan.

“Sejak 2003, saya sentiasa berusaha membuat permohonan ini dengan harapan terpilih dan boleh menyediakan rumah yang selesa untuk keluarga.

“Tetapi mungkin belum ada rezeki dan hingga kini masih lagi tidak terpilih untuk perolehi rumah ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Shahrul berkata, isterinya mempunyai tanah di Kam­pung Raja Sari dan sesuai dijadikan sebagai tapak untuk membina rumah PPRT.

“Saya bercadang untuk bina rumah PPRT di situ jika terpilih menerima bantuan rumah PPRT,” katanya yang kini tinggal menyewa di rumah milik abang iparnya di Kampung Baru, Batu 6 Bakri dekat sini bersama isteri dan dua anaknya.

Katanya, dia sudah menyewa di rumah tersebut sejak lapan tahun lalu dan keadaan rumah itu juga semakin uzur, papan pada dinding rumah juga kian mereput dimakan anai-anai.

Menurutnya, pendapatannya sebagai pekerja kilang elektronik di Ledang sekadar mencukupi untuk menyara keluarga dan persekolahan anak-anaknya.

“Kadang-kadang yuran sekolah anak tertunggak kerana perlu dijelaskan ketika saya belum terima gaji.

“Tambahan pula, perbelanjaan sara hidup ketika ini agak tinggi dan sebahagian besar wang gaji banyak diperuntukkan untuk perbelanjaan keluarga,” katanya.

Shahrul berkata, kadang-kadang anak perempuannya yang berusia tujuh tahun merungut dengan keadaan rumah itu dan tidak sabar untuk pindah ke rumah baru.

“Saya hanya mampu memujuknya dan mintanya bersabar sehingga berkemampuan membina rumah baru,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Bakri, Ishak Khalil ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut.

“Saya telah menyemak nama Shahrul dalam sistem e-Kasih, tetapi tidak tersenarai untuk melayakkannya mendapat bantuan rumah PPRT.

“Berdasarkan pendapatannya sebagai pekerja kilang, keluarga Shahrul sudah melepasi paras garis kemiskinan,” katanya.

Oleh yang demikian katanya, Shahrul layak membuat permohonan rumah menerusi projek Rumah Mesra Rakyat. 8 tahun tunggu rumah PPRT - Johor - Sinar Harian:

'via Blog this'

Kepulangan Askar AS Disambut Dengan Tembakan

CALIFORNIA: Seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang terselamat dalam pengeboman bunuh diri semasa berkhidmat di Afghanistan berada dalam keadaan kritikal, Sabtu selepas ditembak ketika pulang ke tempatnya.
Ahli-ahli keluarga memberitahu akhbar San Bernardino Sun akhbar bahawa Christopher Sullivan yang berusia 22 tahun telah ditembak pada malam Jumaat ketika rakan-rakan mengadakan parti meraikan kepulangannya.
"Anak saya tidak sepatutnya jadi begini. Beliau telah berkhidmat untuk negaranya," kata ibunya, Suzanne Sullivan, memberitahu akhbar itu.
Beliau berkata anak lelakinya telah ditembak dua kali di bahagian belakang, yang menyebabkan tulang belakangnya hancur dan dia lumpuh.
Pihak polis berkata berlaku pertengkaran melibatkan abang Sullivan dan rakan-rakannya di parti tersebut.
Apabila Sullivan cuba meleraikan pertengkaran, seorang lelaki mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan pada Sullivan.
Lelaki bersenjata itu sempat melarikan diri dari tempat kejadian sebelum polis tiba.
Sullivan pernah cedera dalam serangan pengeboman bunuh diri tahun lepas di Kandahar semasa berkhidmat dengan Angkatan Tentera.
Beliau mengalami kerosakan otak dalam serangan itu dan telah pulih ketika ditempatkan di Kentucky. - AP
mStar Online : Kepulangan Askar AS Disambut Dengan Tembakan:

'via Blog this'

JAIP beri notis kepada Bob Lokman

KUANTAN 25 Dis. - Setelah ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberi ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di negeri itu 11 Oktober lalu, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman atau Mohd. Hakim Lokman, 47, diberi pula notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) juga atas kesalahan yang sama.
Bob Lokman disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat maghrib malam semalam.
Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah.
Beliau berkata, siasatan bukan sahaja melibatkan Bob Lokman tetapi turut merangkumi tindakan jawatankuasa masjid dan penganjur yang membenarkan individu tanpa tauliah menyampaikan ceramah di masjid.
"Kita nak tahu siapa yang menjemput, justeru, siasatan ini bukan ke atas Bob Lokman sahaja.
"Pada JAIP, kita mahu pihak yang diamanahkan untuk menjaga masjid menjaga tanggungjawab tersebut sebaik-baiknya. Kalau nak bawa orang luar sekalipun, minta permohonan JAIP dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Di bawah Seksyen 161 enakmen tersebut, hukuman yang diperuntukkan ialah denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.
Mengenai dakwaan bahawa tindakan itu bermotifkan politik Ghazali berkata, tindakan JAIP tersebut tiada kena mengena dengan politik sebaliknya ia dibuat untuk menjaga keharmonian seluruh umat Islam.
Lagi pun, katanya, negeri ini sudah mempunyai ustaz, guru takmir dan penceramah agama yang mencukupi untuk menyampaikan kuliah agama di masjid atau surau.
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:

'via Blog this'