Tuesday, August 30, 2011

Bukit Kepong : Video Dan Teks Penuh Ucapan Mat Sabu







Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!! 

Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah. 

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong.... 

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih 
kepada ek-ele.net

Jet pejuang terhempas selepas bertembung di udara

VILNIUS: Dua juruterbang jet pejuang latihan yang keluar menggunakan tempat duduk selepas terhempas akibat pertembungan dengan jet NATO ditemui masih hidup.

Jurucakap angkatan tentera Lithuania, Skomantas Povilionis, berkata kedua-dua juruterbang berkenaan terselamat tetapi enggan mengulas lanjut keadaan mereka.
Kementerian Pertahanan berkata, kedua-dua juruterbang itu dari Unit L39 pesawat latihan perang keluar menggunakan kerusi selepas bertembung dengan pesawat pejuang Mirage buatan Perancis berdekatan pangkalan udara Zokniai di utara Lithuania.
Pesawat Perancis itu berjaya mendarat selepas pelanggaran berkenaan. - AP , bharian

ALLAHUAKHBAR3x: Operasi PEMBONGKARAN IDENTITI 'Sitt Al Wuzara' BERJAYA!!!


Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali Imran;

"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya" (Ayat:54)

Akhirnya, seperti yang telah dijanjikan oleh page 'PENDEDAHAN ESKLUSIF-SIAPA SEBENAR SITT AL WUZARA' di laman Facebook, wajah sebenar individu yang bertanggungjawab dalam membuat blog khas untuk menghina Allah, Rasulullah S.A.W dan Islam telah dibongkar.

Seperti yang ditunjukkan dalam page tersebut inilah orangnya,

*Menurut page tersebut, inilah individu yang yang dikenali sebagai Sitt Al Wuzara @ ADLIN BINTI ABDUL JALIL








Lihat kuku yang ada pada gambar di atas kemudia lihat wajah yang berambut perang di bawah.



Itulah hadiah dari mereka buat ummat Islam bersempena dengan Aidilfitri ini. Segala butiran terperinci ada di sini Pendedahan esklusif siapa sebenar 'sitt al wuzara'.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan operasi pembongkaran ini, kumpulan yang bergelar Gaysec, Anonymous dan KID-CSI TEAM merupakan hackers. Ucapan tahniah buat kumpulan ini atas kejayaan dan kemenangan mereka dalam mengalahkan golongan yang menghina Islam. May Allah bless us...
http://syabab-umar.blogspot.com/2011/08/allahu-akhbar3x-operasi-pembongkaran.html

Hajjah sitt al-wuzara yang sebenarnya






segala informasi disini diambil dari laman facebook gaysec dan 'pendedahan eksklusif siapa sebenarnya MHSAW'.. kepada yang tidak mengetahui mengenai MHSAW (makcik hajjah sitt al wuzara) ini, dia ini adalah rakyat malaysia yang telah murtad dan bukan itu saja, dia juga telah menghina dan mencaci kaw-kaw agama Islam.. berikut adalah cerita yang tubelawak rumuskan sepanjang sebulan
mengikuti #opsramadhan bersama gaysec dan group pendedahan..

pada mulanya, pihak gaysec telah tersalah target.. pada ketika ini ramai menyangka pihak gaysec tidak bersikap profesional dan hanya sekadar 'script kiddies' pada masa yang sama telah membuat fitnah melulu ke atas arlene tan.. anda sebenarnya telah tersalah.. disebabkan propaganda ini, pihak gaysec telah mengumpul bukti yang cukup untuk membongkar rahsia makcik hajjah serta kuncu-kuncunya dan juga group-group murtad lain di malaysia..

link : bukti arlene tan related dengan makcik hajjah
link : bukti arlene tan terlibat dengan group aethist 


kemudian apabila makcik hajjah berseronok kerana pihak gaysec telah tersalah target.. dia telah menulis surat cinta kepada gaysec.. hal ini juga telah mengantoi-kan dirinya kerana ada diantara rakan mereka (kuncu murtad) telah berkongsi rahsia makcik hajjah melalui email.. inilah rupa makcik seperti yang dikongsikan oleh kuncu-kuncu mereka sendiri


adlin abdul jalil 2011

kalau diperhatikan pada surat cinta untuk gaysec itu, memang sama warna kuku dia kan.. lagipun inilah rahsia yang telah dipecahkan oleh kuncu-kuncunya sendiri.. apa lagi bukti yang anda mahu? jadi siapakah gadis didalam gambar ini? berbalik kepada entry panas yang ditulis oleh 1peluru.. makcik hajjah ini sebenar-benarnya adalah adlin binti abdul jalil.. seorang rakyat malaysia beragama islam yang telah murtad juga telah menghina islam tahap kronik..


info adlin sepenuhnya
jadi sekarang ni, pihak gaysec dan group pendedahan telah menjalankan tugas mereka dengan baik.. terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.. bagaimana dengan kita? mari kita sign e-petition ni beramai-ramai untuk menunjukkan sokongan kita agar mereka-mereka ini (murtadin) dibawa ke muka pengadilan dan diberi tindakan undang-undang..

petition : sokongan tindakan undang terhadap geng2 murtad

** sekiranya benar adlin abdul jalil bukanlah makcik hajjah sitt alwuzara kenapa sehingga sekarang masih belum ada laporan polis dari empunya badan ataupun wakil empunya badan?


checkmate!!


rujukan 1 : gaysec.net
rujukan 2 : group pendedahan eksklusif

copy artikal dari SINI

Polis akan panggil Mat Sabu - Khalid

PETALING JAYA 29 Ogos - Polis sudah membuka kertas siasatan untuk menyiasat Mohamad Sabu berhubung kenyataannya yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) adalah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, Mat Sabu akan disiasat di bawah Seksyen 505 B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat.
Beliau berkata, polis akan memanggil Timbalan Presiden Pas itu untuk diambil keterangan dalam tempoh terdekat.
"Kenyataan Mat Sabu itu dilihat menyakitkan hati anggota pasukan keselamatan selain mengguris perasaan keluarga 16 orang yang terkorban dalam tragedi itu," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi penugasan Ops Sikap Ke-24 di Kilometer 32, Merbau Sempak di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor hari ini.
Khalid dalam pada itu turut menempelak Mat Sabu sebagai orang yang kurang membaca buku sejarah.
Sehubungan itu, ujarnya secara sinis, Mat Sabu perlu membaca semula buku sejarah dan bertanya kepada orang yang arif mengenai sejarah itu, selain melawat sendiri Bukit Kepong.
"Saya rasa Mat Sabu perlu melawat sendiri Bukit Kepong, tengok dengan mata kepala sendiri bagaimana keadaannya di sana, bertanya dengan orang-orang kampung yang masih segar dalam ingatan mereka tragedi tahun 1950 itu," katanya.
Khalid berkata, sehingga semalam, sebanyak 49 laporan polis terhadap Mat Sabu telah diterima di seluruh negara.utusan

Teringin cium tangan ibu di pagi raya

KULIM: “Setiap kali mendengar lagu raya, perasaan saya bertukar hiba dan sayu mengenangkan nasib tinggal seorang diri tatkala melihat orang lain bergembira menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
“Saya teringin mencium tangan ibu memohon ampun pada pagi 1 Syawal sejak dua tahun lalu kerana sayangkan mereka (keluarga) walau apa pun dilakukan mereka sebelum ini.” Begitu luahan hati Azri Abdullah, 43, yang menderita apabila badannya disimbah asid dan dibuang ahli keluarga selepas berlaku perselisihan faham pada 2009 sebelum menetap bersama tiga sahabat baiknya di Taman Lagenda, Padang Serai, di sini.

Menurutnya, selepas keadaan dirinya pulih akibat kesan melecur disimbah asid, dia pernah pulang ke rumah keluarganya di Kampung Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, namun hatinya terluka apabila dihalau ibu sendiri.

Katanya, dia pulang dengan niat baik, namun terkejut dengan sikap ibunya dan tidak menyangka dihalau sedangkan keadaan kesihatannya masih belum pulih akibat kesan melecur.

“Saya tidak faham mengapa mereka membenci saya begitu sekali hingga bertindak kejam membuang saya,” katanya.

Menurutnya, dia tinggal di rumah milik rakannya, Mohd Shahrel Mohd Ali, 29, bersama dua rakan lain, Mat Dori Osman, 34, dan Shahrul Kamel Jamaluddin, 42, dengan menjalani kehidupan secara sederhana.hmetro

Ingin cium tangan ayah

MARANG: “Dia (Nurul Dahyatul Fazlinda) hendak sangat bersalaman dan mencium tangan ayahnya pada pagi Aidilfitri. Walaupun payah untuk ke sana (Penjara Marang) kerana masalah kenderaan, saya akan berusaha membawanya bertemu ayahnya itu kerana peluang berkenaan hanya terbuka pada hari raya kedua dan ketiga saja,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, ibu Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, mangsa simbahan asid bapa sendiri, Mat Haizan Mat Yasin, 33, pada 15 Ogos tahun lalu.
Che Ku Zaimah berkata, dia akan berusaha menunaikan permintaan anaknya yang dipanggil Lin itu kerana selain bersalaman dan mencium tangan ayahnya, dia juga bercadang beraya bersama lelaki berkenaan dalam suasana penuh kegembiraan dan sudah menempah sepasang baju Melayu hijau untuknya.

“Kami akan memakai pakaian sedondon hijau pada pagi raya. Walaupun sedih kerana hanya dapat beraya seketika dengan bekas suami namun raya tahun ini bakal menjadi kenangan manis buat kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek insuran Takaful Ikhlas kepada pewaris ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang meninggal dunia dan terbabit dalam kecelakaan di Pejabat Rela Daerah Marang, di sini.

Che Ku Zaimah dari Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, yang turut mengalami kecederaan dalam kejadian itu menyertai Rela sejak empat tahun lalu menerima wang insuran RM2,800 yang disampaikan Pegawai Rela Hulu Terengganu, Leftenan Kolonel (Rela) Abd Razak Ishak.

Dalam majlis ringkas dihadiri Pengarah Rela Terengganu, Kolonel (Rela) Mohamad Abu Bakar dan Pegawai Rela Marang, Leftenan Kolonel (Rela) Siti Fatimah Aziz, seramai lima penerima termasuk Che Ku Zaimah menerima wang insuran berkenaan berjumlah antara RM1,000 hingga RM22,000.hmetro

Bayi pelajar sekolah agama masih di ICU

KOTA BHARU: Keadaan bayi lelaki yang dilahirkan seorang pelajar sebuah sekolah agama di Tumpat, baru-baru ini dilaporkan sihat tetapi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital.
Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Zaid Ahmad berkata, bayi lelaki dilahirkan cukup bulan seberat tiga kilogram dalam keadaan stabil.

“Bayi berkenaan stabil namun masih memerlukan pemerhatian lanjut daripada pihak hospital.

“Bayi itu kemungkinan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secepat mungkin untuk tindakan seterusnya,” katanya, semalam.

Ditanya mengenai keadaan ibu kepada bayi terbabit, Zaid berkata, pelajar berkenaan sudah dibenarkan keluar dari hospital sejak minggu lalu selepas pemeriksaan mendapati dia tidak menghadapi masalah kesihatan.

Mengenai tindakan selanjutnya ke atas ibu muda terbabit yang juga pelajar sebuah sekolah agama, Zaid menegaskan ia terpulang kepada pihak jabatan agama untuk melakukan siasatan.


Difahamkan, minggu lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Tumpat bertindak membuka kertas siasatan kes seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di Tumpat yang melahirkan seorang bayi di tandas asrama itu.

Pegawai Agama Tumpat, Mohd Naim Ghazali, dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada pelajar berusia 18 tahun itu.hmetro

Sudah ada orang baru...

JIMMY...minta hidayah
JIMMY...minta hidayah

NURSUHAILA...mahu cerai
NURSUHAILA...mahu cerai
KUALA LUMPUR: Hiba apabila impian untuk meraikan Aidilfitri sebagai ‘orang berkeluarga’ tidak kesampaian, pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh berkelana membawa diri menunaikan umrah di Makkah, sekali gus menyambut 1 Syawal bersendirian di Tanah Suci itu.
Jimmy, 31 yang yatim piatu menggemparkan dunia hiburan tanah air selepas pernikahannya pada Oktober tahun lalu, bergolak selepas 20 hari apabila isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meninggalkannya ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand.

“Sedih rasanya apabila hasrat untuk berhari raya bersama isteri dan anak tidak kesampaian. Ingatkan selepas berkahwin saya boleh menumpang keluarga isteri dan mentua, tapi itu semua tidak kesampaian. “Apapun, saya pasrah kerana sedar kita merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya dan pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini,” katanya melalui SMS kepada Harian Metro.

Mengimbas rentetan kontroversi rumah tangganya, selepas pergolakan Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat diikuti nusyuz terhadap Nursuhaila di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 3 dan 27 Januari lalu.

Perhubungan suami isteri itu tampak menerbitkan riak-riak positif apabila Nursuhaila selamat melahirkan cahaya mata mereka yang diberi nama Zahrah pada 24 Jun lalu dan Jimmy mengeluarkan kenyataan mahu menarik kembali tuntutan mahkamah yang difailkannya.

Bagaimanapun, kedamaian rupa-rupanya terus menjauhi mereka apabila Nursuhaila mengadakan sidang media pada 25 Julai lalu mendakwa Jimmy sering memukulnya termasuk pada malam sebelum majlis akad nikah dan ketika mereka berbulan madu di Koh Samui.


Malah, keadaan menjadi semakin ‘panas’ apabila Nursuhaila mendakwa suaminya turut berbohong kepada media memberitahu majlis cukup jambul anak mereka yang diaturkan bapanya, Datuk Suhaimy Othman pada 27 Julai lalu dibatalkan tanpa memaklumkan kepada keluarganya.

Berang dengan tindakan Jimmy, Nursuhaila memberitahu dia mahu meneruskan perceraian dan akan menuntut hak penjagaan anak mereka biarpun di pihak Jimmy, sebutan kes permohonan kembali taat dan nusyuz yang dibuat ke atas isterinya akan didengar pada 29 September depan.

Berikutan kemelut memeningkan itu, Jimmy memutuskan untuk mengerjakan umrah dan bertolak ke Makkah pada 21 Ogos lalu diiringi harapan mudah-mudahan mendapat hidayah Ilahi bagi menunjukkan jalan keluar terbaik kepada segala permasalahan yang membelenggu dirinya.

“Ini kali pertama saya berhari raya di perantauan, terus terang perasaan sedih memang kuat membelenggu perasaan saya. Ada isteri dan anak, tetapi disebabkan sedikit masalah kami tak dapat bersama di hari mulia ini...semuanya tidak menjadi,” katanya.

Bagaimanapun, kata Jimmy, sejak berada di Makkah dia tidak pernah putus berdoa kepada Allah supaya dikurniakan kesejahteraan kepada isteri dan anak perempuannya, Zahrah.

“Insya-Allah, semua ini akan berakhir dengan kebahagiaan tidak lama lagi. Lebih penting sekarang saya mahu menumpukan amal ibadat di sini dan tahun hadapan saya akan berhari raya dengan orang baru,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut apa maksud kata-katanya itu.

Jimmy berkata, kesempatan berhari raya di Makkah juga digunakannya untuk menziarahi pusara ibunya yang meninggal dunia di Hospital Makkah kerana sakit paru-paru ketika mengerjakan haji pada 8 Mac 2002. Menurutnya, tarikh itu kuat terpahat dalam ingatannya kerana pada tarikh itu dia menjadi anak yatim piatu berikutan ayahnya yang bekerja sebagai petugas mesin melombong bijih timah meninggal dunia lebih awal dalam tragedi kapal korek terbalik di Puchong pada 8 Ogos 1984. “Biarpun saya ditimpa banyak musibah dan berhari raya tanpa anak, isteri dan keluarga, saya tetap menerimanya dengan hati terbuka kerana saya sedar masih ramai insan lain nasib mereka lebih teruk daripada saya,” katanya yang akan kembali ke tanah air pada Sabtu ini.hmetro

Lelaki Palestin serang pegawai Zionis

BAITULMAQDIS: Tujuh warga Israel cedera apabila seorang lelaki Palestin merempuh sebuah teksi curi pada sekumpulan pengawal sempadan di luar kelab malam Tel Aviv, semalam, sebelum menyerang mereka dengan pisau.
Empat pengawal sempadan dan dua pengunjung kelab cedera dalam serangan itu.

Jurucakap polis rejim Zionis, Luba Samri berkata, seorang mangsa kritikal dan dua lagi parah sementara yang lain cedera ringan.

Lelaki berusia 20-an itu ditangkap dan dibawa ke hospital kerana cedera, sebelum disoal siasat. - AFP

Keluarga terkejut terima salah mayat

RIYADH: Kedutaan Filipina semalam mengesahkan mayat seorang lelaki yang mati dalam kemalangan industri dihantar ke keluarga yang salah.
Mayat Danielly T Ubungen sepatutnya diserahkan kepada keluarganya di selatan Filipina. Tetapi, apabila membuka keranda, keluarga itu terkejut kerana mayat itu bukan mayat Ubungen.

“Selepas dimaklumkan mengenai kesilapan itu, pihak kedutaan serta-merta menghubungi majikan mangsa dan pengendali penghantaran mayat untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata pegawai kedutaan.

Ubungen adalah seorang daripada empat mangsa yang terbunuh selepas terperangkap dalam letupan tangki kimia di tempat dia bekerja di Riyadh. Tiga yang lain ialah warga India.

Seorang pegawai yang menyelaraskan kerja penghantaran itu berkata, kesilapan berlaku kerana mangsa rentung dan tidak boleh dikenali.

Dua mayat mangsa warga India sudah dihantar pulang ke negara asal mereka sementara yang ketiga, masih ada di rumah mayat sebuah hospital di Riyadh. - SG, bharian

Lelaki tua letup diri dalam masjid, 28 terbunuh

BAGHDAD: Seorang lelaki tua yang menyamar sebagai peminta sedekah dan solat di masjid terbesar penganut Sunni sejak seminggu lalu, meletupkan dirinya semalam, menyebabkan seorang anggota Parlimen dan 27 yang lain terbunuh.
Serangan itu adalah satu sebahagian keganasan yang mengorbankan 35 orang kelmarin, dua hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

Anggota Parlimen yang terbunuh ialah Khaled al-Fahdawi yang mewakili wilayah Anbar. Pegawai Iraq menuduh al-Qaeda bertanggungjawab. - AP, bharian

Ameril ikrar terus berjuang

DATU UNSAY: Pemerintah tentera pemberontak Selatan Filipina, Ameril Umbrakato berikrar untuk memusnahkan usaha damai terbaru di selatan Filipina.
Beliau memberi amaran mengenai kesediaannya untuk membunuh dan mati dalam usaha mendapatkan sebuah negara Islam merdeka di selatan Filipina yang kaya dengan sumber asli.

“Kami tidak akan menyerah. Kami akan meneruskan perjuangan untuk mendapatkan pembebasan,” kata Ameril kepada sekumpulan kecil wartawan di Kem Omar, pangkalan kumpulan yang baru ditubuhkannya, Barisam Pembebasan Islam Bangsamoro.

Ameril awal bulan ini mengumumkan dia berpecah daripada Barisan Islam Pembebasan Moro (MILF), kumpulan Islam terbesar negara itu kerana membantah rundingan damai dan menggugurkan impian untuk mendapatkan kemerdekaan.

Pemimpin MILF dan kerajaan menyuarakan harapan untuk menandatangani perjanjian damai bagi mengakhiri pertelingkahan bersenjata yang meragut kira-kira 150,000 nyawa sejak 1970-an.

Ameril memberitahu wartawan, sudah kehendak Tuhan untuk menjadikan sepertiga wilayah selatan Filipina yang majoriti penduduknya beragama Katolik menjadi sebuah negara Islam yang merdeka.


Beliau turut mengecam MILF kerana kesediaan mereka menerima pemerintahan autonomi saja.

“Rundingan damai itu hanya membazirkan masa, wang dan usaha,” kata Ameril, disambut dengan laungan takbir daripada penyokongnya. Kem Umar terletak di kawasan pergunungan di pinggir bandar Datu Unsay di wilayah Maguindanao hanya boleh dijejaki dengan perjalanan empat jam. - Reuters, hmetro

Kerajaan Indonesia tetapkan Aidilfitri 31Ogos

JAKARTA: Kerajaan indonesia, melalui Menteri Agama, Suryadharma Ali, semalam menetapkan 1 Syawal 1432 Hijriah jatuh pada hari Rabu, 31 Ogos.
Ketetapan itu berdasarkan hisab dan rukyah yang melibatkan Kementerian Agama, pertubuhan Islam, institusi terkenal, dan tokoh masyarakat yang melakukan pemantauan hilal.

Bagaimanapun, kumpulan Muhammadiyah sudah menetapkan hari ini sebagai hari raya dan akan mengadakan solat Aidilfitri.

Pengikut tarikat Naqsyabandiah negara itu menyambutnya semalam. - Agensi, hmetro

Beyonce hamil

LOS ANGELES: Diva pop, Beyonce semalam mengumumkan dia dan suaminya kini menanti kelahiran bayi pertama mereka.
"Saya ada sesuatu yang mengejutkan!" kata penyanyi berusia 29 tahun itu di acara sembang permaidani merah majlis Anugerah Muzik Video, sambil memegang perutnya yang jelas semakin membesar.

Beyonce tidak mengulas secara lanjut tetapi kehamilannya itu disahkan oleh jurucakapnya tidak lama kemudian.

Ini adalah anak sulung Beyonce dan suaminya, Jay-Z, 41.

Mereka berkahwin tiga tahun lalu.bharian

Kehamilan itu bagaimanapun tidak menghalang Beyonce daripada melakukan persembahan bertenaga di majlis terbabit.


Dia bersorak ketika Jay-Z membuat persembahan single terbarunya dengan Kanye West sebelum muncul di atas pentas untuk membuat persembahannya sendiri. - Agensi

Paksa pekerja tanda tangan ikrar berkelakuan baik

MUMBAI: Pengeluaran di kilang Maruti Suzuki di sini terhenti selepas syarikat pembuat kereta terbesar India itu melarang pekerja memasuki kilang selagi mereka tidak menandatangani surat ikrar berkelakuan baik.
Langkah itu dibuat selepas beberapa kejadian sabotaj.

Syarikat yang dikawal syarikat Jepun itu berkata, ia meminta semua pekerja menandatangani apa yang dipanggil ‘perjanjian berkelakuan baik.’ Perjanjian itu antara lain menghendaki pekerja berjanji untuk tidak mensabotaj pengeluaran, tidak mengambil langkah melengahkan kerja yang boleh menyebabkan pengeluaran terjejas di kilangnya di Manesar itu.

“Pengeluaran sudah terhenti ketika ini,” kata jurucakap syarikat yang enggan mendedahkan namanya.

Ia pertelingkahan ketiga yang menjejaskan pengeluaran di Maruti Suzuki dalam masa tiga bulan.

Kira-kira 2,000 pekerjanya tidak dibenarkan kembali ke kilang berkenaan, satu daripada dua yang dikendalikan Maruti di Haryana, negeri di utara India, sehingga mereka menandatangani surat berkenaan. -AFP

Misi bantuan tiba di Mogadishu


  SEBAHAGIAN pekerja memunggah kotak   bantuan   dari pesawat C130  TUDM  di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle, semalam.
SEBAHAGIAN pekerja memunggah kotak bantuan dari pesawat C130 TUDM di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle, semalam.

Menteri Perikanan Somalia sambut sukarelawan Malaysia

MOGADISHU: Selepas 24 jam menempuh penerbangan, pesawat Tentera Utara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rombongan misi kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aden Abdulle sini, pada jam 10 pagi waktu tempatan, semalam.
Ketibaan rombongan seramai 55 orang terdiri daripada 18 doktor perubatan, 17 pengamal media dan sukarelawan diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim disambut Menteri Perikanan, Resort dan Persekitaran, Ahmad Hassan Adam serta empat Ahli Parlimen Kerajaan Persekutuan Transisi (FTG).
Presiden Wilayah Udubland, Ibrahim Abdullah Addo turut mengiringi rombongan bersama empat sukarelawan Somalia yang belajar dan bekerja di Malaysia.

Pesawat TUDM C-103 dipandu Leftenan Kolonel Zahani Zainal Abidin bersama 25 kru berlepas dari Lapangan Terbang TUDM, kelmarin, membawa lapan tan ubat dan pakaian untuk diagihkan kepada penghuni di beberapa kem perlindungan sekitar Mogadihsu.

Sebanyak 250 tan makanan akan dibeli di sini untuk diagihkan di kem terbabit termasuk kem terbesar di Badbadoo 25 kilometer dari Mogadishu yang menempatkan lebih 26,000 pelarian yang berlindung akibat kebuluran.

Sejurus tiba, pasukan perubatan diketuai Datuk Dr Alwi Abdul Rahman berlepas ke tiga hospital iaitu Pusat Kesihatan SAACID, Hospital Pakar Dar Al-Shifa dan Pusat Mata Kebangsaan untuk menyerahkan vaksin yang dibawa dari Malaysia.
“Kebanyakan hospital ini kekurangan bekalan ubat-ubatan dan sebahagian besar penduduk khususnya kanak-kanak mengalami masalah kesihatan akibat kebuluran.

“Esok (hari ini) kita mula mengagihkan makanan di kem Badbadoo selain membuka kem perubatan di situ,” kata Abdul Azeez.

Pasukan perubatan juga akan mendirikan khemah pemeriksaan kesihatan untuk penghuni kem.

Sempena Aidilfitri pasukan misi bantuan mengagihkan pakaian sebelum menyertai penduduk tempatan bersolat sunat hari raya di Masjid Isbahasyiga di sini.

Bantuan kemanusiaan ke Somalia ini dianggap antara misi amat berbahaya terutama jika rombongan ini ingin ke kem perlindungan di Merkat yang dikuasai kumpulan pengganas Al-Shabab yang mendalangi perang saudara sejak 1991.
bharian

Ikat perut demi empat cucu



GUAR CHEMPEDAK – Di usia emas sepasang suami isteri dari Kampung Banggol Lalang terpaksa mengikat perut demi menjaga empat cucunya yang ditinggalkan menantu.

Awang Said, 82, berkata, setelah anak lelakinya meninggal dunia pada 2005, keempat-empat cucu dan menantu menetap bersama.

“Keadaan ini bertambah rumit apabila ibu mereka menghilangkan diri dan mereka berada dalam jagaan saya sepenuhnya. Kadang-kadang saya sanggup tidak makan, asalkan cucu-cucu dapat makan.

“Saya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan yang tidak seberapa,” katanya.

Menurutnya, dia sedih kerana tidak mampu membiayai kos pengajian cucu perempuannya yang berhasrat melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) pada awal September nanti.

“Cucunya saya, Norhafiza Zainol Abidin, 18, dikehendaki menyediakan RM1,000 sebagai wang pendaftaran, saya tidak mampu menyediakan wang itu tambahan lagi perlu menanggung keperluan harian keluarga.

“Saya hendak buat kerja yang berat-berat pun sudah tidak mampu, jadi saya hanya mampu menoreh sahaja. Sekiranya pergi menoreh bersama isteri, A’ah Pin, kami boleh dapat RM15 sehari, namun kalau hari hujan kami tidak boleh menoreh,” katanya.

Awang berkata, dia mempunyai tujuh anak tetapi empat sudah meninggal dunia manakala tiga lagi turut berhadapan dengan kesempitan hidup kerana masing-masing mempunyai tanggungan.

Sementara itu, Norhafiza berkata, walaupun datuk dan neneknya memintanya menolak tawaran belajar, dia bertekad ingin menyambung pelajaran kerana menganggap bahawa pelajaran mampu mengubah kehidupan mereka sekeluarga ke arah yang lebih baik.

“Saya berazam ingin terus belajar dan berharap ada pihak yang prihatin menghulurkan bantuan. Saya percaya, pelajaran sahaja yang mampu mengubah nasib,” katanya.

Orang ramai yang prihatin boleh menghulurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Giro atas nama Norhafiza Zainol Abidin (02103-29-00011682-7) atau menghubunginya menerusi 013-4305146.

Yoshihiko Noda PM baru Jepun



Yoshihiko Noda


TOKYO 29 Ogos – Menteri Kewangan, Yoshihiko Noda dipilih sebagai pemimpin parti pemerintah, Parti Demokratik yang baru, sekali gus menjadi Perdana Menteri Jepun keenam dalam satu pemilihan parti itu, hari ini.
Noda, 54, yang menewaskan Menteri Perdagangan dan Industri, Banri Kaieda dalam pusingan kedua pemilihan tersebut, kini perlu menghadapi cabaran peningkatan semula mata wang yen yang mengancam eksport, membentuk polisi bekalan tenaga baru dan pada masa sama menyelesaikan krisis nuklear ekoran bencana tsunami dan gempa bumi pada Mac lalu.
Menteri Kewangan tersebut menerima 215 undi berbanding Kaieda yang memperoleh 177 undi daripada 392 ahli Parlimen parti itu.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai parti selepas kertas undi dimasukkan ke dalam mesin mengira.
Noda dijangka mengangkat sumpah untuk menjawat jawatan berkenaan di Parlimen esok.
Pemilihan itu berlaku selepas penyandang Perdana Menteri, Naoto Kan pada Jumaat lalu, mengumumkan pengundurannya selepas 15 bulan menjawat jawatan itu.
Sebanyak lima calon termasuk Noda bertanding bagi merebut jawatan tersebut dalam pemilihan yang kira-kira pukul 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) ini.
Antara calon yang bertanding adalah bekas Menteri Luar, Seiji Maehara sehingga minggu lalu dilihat sebagai pilihan rakyat dan dijangka menewaskan pesaing terdekat, Noda.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila pemimpin berpengaruh, Ichiro Ozawa menyatakan beliau akan menyokong Kaieda, menjadikannya pesaing terbaru Maehara.
Bagaimanapun, Kaieda dan Noda menerima undian paling tinggi dalam pusingan pertama pemilihan tersebut hari ini. - Agensi

Masjid Baghdad dibom, 29 maut



BAGHDAD 29 Ogos – Seramai 29 jemaah puak Sunnah terbunuh setelah seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya ketika mereka sedang menunaikan solat di sebuah masjid di sini, semalam.
Jurucakap operasi ketenteraan Iraq, Mejar Jeneral Qassim Al-Moussawi mengesahkan letupan tersebut berlaku di dalam Masjid Um al-Qura ketika penduduk puak Sunnah sedang menunaikan solat di barat Baghdad.
Pegawai perubatan dan pihak berkuasa mengesahkan angka korban seramai 29 orang dan 38 cedera.
Dalam pada itu, ahli Parlimen Khalid al-Fahdawi yang juga merupakan anggota puak Sunnah disahkan turut terkorban dalam letupan tersebut.
Insiden terbaru itu dilihat sebagai pengulangan serangan yang berlaku pada 2006 terhadap tempat suci puak Sunnah di bandar Samarra yang hampir mencetuskan perang saudara di seluruh negara.
Berikutan serangan itu, Perdana Menteri Nouri al-Maliki menyeru warga Iraq untuk terus menentang keganasan.
“Saling bersatu padu dan menyokong pasukan keselamatan negara, kita mampu membendung masalah ini (keganasan),” katanya.
Sementara itu, Al-Moussawi berkata, serangan tersebut dipercayai berlaku kerana mendapat bantuan dari orang dalam.
“Pasti ada orang dalam yang terlibat ke atas serangan tersebut,” katanya. – APBAGHDAD 29 Ogos – Seramai 29 jemaah puak Sunnah terbunuh setelah seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya ketika mereka sedang menunaikan solat di sebuah masjid di sini, semalam.
Jurucakap operasi ketenteraan Iraq, Mejar Jeneral Qassim Al-Moussawi mengesahkan letupan tersebut berlaku di dalam Masjid Um al-Qura ketika penduduk puak Sunnah sedang menunaikan solat di barat Baghdad.
Pegawai perubatan dan pihak berkuasa mengesahkan angka korban seramai 29 orang dan 38 cedera.
Dalam pada itu, ahli Parlimen Khalid al-Fahdawi yang juga merupakan anggota puak Sunnah disahkan turut terkorban dalam letupan tersebut.
Insiden terbaru itu dilihat sebagai pengulangan serangan yang berlaku pada 2006 terhadap tempat suci puak Sunnah di bandar Samarra yang hampir mencetuskan perang saudara di seluruh negara.
Berikutan serangan itu, Perdana Menteri Nouri al-Maliki menyeru warga Iraq untuk terus menentang keganasan.
“Saling bersatu padu dan menyokong pasukan keselamatan negara, kita mampu membendung masalah ini (keganasan),” katanya.
Sementara itu, Al-Moussawi berkata, serangan tersebut dipercayai berlaku kerana mendapat bantuan dari orang dalam.
“Pasti ada orang dalam yang terlibat ke atas serangan tersebut,” katanya. – Agensi