Friday, July 5, 2013

Pasca Mursi Lengser, Salafi Jihadi Mesir Akan Mengobarkan Jihad

MESIR - Salah seorang tokoh pemimpin gerakan Salafi Jihadi Mesir, Syaikh Muhammad adz Dzowahiri, bersumpah untuk terlibat dalam perlawanan bersenjata melawan militer Mesir yang baru saja melakukan kudeta terhadap Presiden Muhammad Mursi.

Pada tanggal 2 Juli, adik kandung Amir Tandzim Al Qaeda itu memposting tantangannya itu di halaman akun FaceBook dan Twitternya. Sang adz Dzowahiry muda menyerukan kaum muslimin Mesir untuk "meninggalkan rasa takut dan ragu-ragu," menjanjikan bahwa "kita semua tidak akan kalah."

"Jika Amerika Serikat dan agen-agennya di negara Mesir mendorong ketegangan yang terjadi di Mesir hingga sampai ke titik konfrontasi, tentunya hal itu akan lebih menguntungkan kami karena kami tidak akan pernah kalah," tulis Syaikh Muhammad adz Dzowahiry.

“Pada akhirnya gerakan-gerakan jihad di Mesir akan memiliki ‘tangan di atas’, dan itulah yang terpenting. Tren Jihad akan kembali bangkit di seluruh wilayah Mesir, mengarahkan negara ini pada kebangkitan dan kemenangan Islam,” tambahnya.

Selama ini, Mujahidin, terutama Al Qaeda memang selalu memanfaatkan situasi chaos untuk membangkitkan kembali ajaran Jihad, sekaligus menyadarkan umat bahwa Jihad adalah solusi terbaik untuk menyelesaikan kekacauan yang tengah terjadi.

Sementara itu, kelompok Mujahidin yang aktif bergerak di Sinai langsung bergerak cepat pasca kudeta militer. Mereka turun ke perkotaan di daerah perbatasan Mesir-Israel, menyebabkan pihak keamanan Israel sangat ketakutan.

“Wahai kaum mukmin, perangilah kaum kafir yang memerangi kalian. Allah akan menghancurkan kekuatan mental kaum kafir dengan tangan-tangan kalian, menghinakan mereka, memenangkan kalian atas mereka, dan menyenangkan hati kaum yang beriman.“ (At Taubah 14)

(Daulah Khilafah Islamiyyah/shoutussalam)

Presiden Baru Mesir Adly Mansur Dilantik, Tetap Sekuler!

KAIRO-Sebagaimana sudah diduga, pengganti Mursi setali tiga uang, Adly Mansur, yakni seorang sekuler, yang pada Rabu malam (03/07/2013) ini dilantik. Ketua Mahkamah Konstitusi Mesir yang diambil sumpahnya sebagai presiden sementara setelah Mursi dikudeta tersebut berjanji akan tetap menjunjung sistem syirik demokrasi republik Mesir, serta menghormati konstitusi dan undang-undang kufur Mesir.Astaghfirullah!

Ketua Mahkamah Konstitusi Mesir Adly Mansur telah diambil sumpahnya sebagai presiden sementara setelah Mohammed Mersi digulingkan oleh militer pada Rabu malam (03/06/2013). Adly Mansour akan menjabat sebagai presiden sampai disusun UUD baru.

Pengambilan sumpah Adly Mansur diadakan di Mahkamah Konstitusi hari Kamis, (04/07/2013) dan disiarkan langsung di televisi pemerintah.

Dalam pidatonya, Mansur berjanji akan melayani rakyat Mesir.

“Saya bersumpah kepada Tuhan Maha Agung untuk menjunjung sistem repulik, menghormati konstitusi dan undang-undang, mengamankan kepentingan rakyat, dan mempertahankan kemerdekaan bangsa dan kesatuan wilayahnya,” kata Mansur.

Presiden interim Mesir juga memuji Angkatan Bersenjata dan rakyat negara itu. Ia mengatakan era “penyembahan kepada penguasa” harus diakhiri.

Syekh Muhammad Tawarkan Jihad

Ternyata, tidak ada beda antara Mursi dan Mansur, sama-sama menyembah berhala sistem syirik demokrasi. Solusi berbeda ditawarkan oleh Syekh Muhammad Az Zawahiri, adik dari amir Al Qaeda. Melalui halaman facebook-nya, beliau mendesak kaum Muslimin di Mesir untuk meninggalkan rasa takut dan rag-ragu dan mengatakan kita tidak akan kalah.

Beliau menggalang kekuatan kaum Muslimin dan Mujahidin di Mesir untuk berjihad dan mengatakan bahwa seharusnya jihad menjadi sebuah tren yang dibangun di Mesir. Karena menurut beliau, hal itu yang akan mengubah seluruh wilayah yang mengarah kepada kebangkitan dan kemenangan Islam. Allahu Akbar!

(Daulah Khilafah Islamiyyah/al-mustaqbal.org)

Penggulingan 2 Presiden di Mesir, Diwarnai Darah dan Air Mata

Jakarta - Dalam jangka waktu dua tahun, terjadi penggulingan dua presiden di Mesir. Tidak sedikit nyawa melayang, juga harta benda yang dikorbankan dalam proses ini. Ini detik demi detik proses demokrasi di negeri piramid .

Pada tahun 2011, jutaan rakyat Mesir turun ke jalan untuk menggulingkan Presiden Husni Mubarak. Setelah itu, diadakan pemilihan presiden yang membuat Mohamed Morsi terpilih. Namun baru setahun menjawat, Morsi pulak digulingkan.

Berikut perjalanan waktu penggulingan dua presiden di Mesir:

Tahun 2011

25 Januari

Munculnya protes dari warga Mesir yang berlangsung tak lama setelah jatuhnya pemerintahan diktator di Tunisia. Aksi protes berpusat di Tahrir Square, Kahirah, yang melibatkan jutaan warga di seluruh negeri pada tanggal 1 Februari.

11 Februari

Presiden Husni Mubarak mengundurkan diri dan menyerahkan kekuasaannya di tangan tentera yang dipimpin oleh Marsekal Hussein Tantawi. Sekitar 850 orang meninggal dalam kerusuhan.

12 Februari
Tentera menjanjikan sebuah transisi perdamaian di dalam demokrasi. Lalu mereka mencabut perlembagaan dan membubarkan parlimen.

3 Mac

Tentera memecat perdana menteri Ahmed Shafiq dan menggantikannya dengan Essam Sharaf.

15 Mac

Tentera membubarkan polisi keselamatan Mubarak.

19 Mac

Warga Mesir menyetujui perlembagaan baru.

28-29 Jun 

Lebih dari 1,000 orang cedera ketika demonstran dan polis  bertempur di Tahrir Square.

19 November

Dalam seminggu pertempuran yang terjadi antara polis  dan demonstran anti-tentera 42 orang meninggal.

28 November

Mesir mengadakan tahap pertama pilihanraya umum setelah revolusi. Parti-parti Islam memenangi sekitar dua - pertiga kerusi parlimen, yang mana jumlah setengahnya dari Ikhwanul Muslimin.

2012

1 Februari

Terjadi kerusuhan pasca pertandingan bolasepak. Dipercayai ini masih berkaitan dengan politik di Mesir. Sebanyak 74 orang meninggal.

2 Jun 

Mubarak dan mantan menteri dalam negeri Habib al-Adly dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kematian demonstran selama pemberontakan.

30 Jun 

Mohammad Morsi memenangi pemilihan presiden dengan 51.7 persen suara dilantik menjadi penguasa sipil dan Islamis pertama di Mesir.

12 Ogos

Morsi menggunting dokumen perlembagaan yang menyerahkan kekuasaan kepada tentera dan Tantawi.

22 November

Morsi mengeluarkan keputusan tentang kekuasaan baru untuk dirinya. Dia membatalkan dekrit pada 8 Disember.

15 dan 22 Disember

Mesir masuk ke dalam krisis politik. Pembangkang merasa dikhianati. Mereka menuding Morsi lebih mementingkan kepentingan Ikhwanul Muslimin. Demonstrasi oleh pendukung dan penentang Morsi berubah menjadi rusuhan yang mematikan.

2013

24 Januari

Terjadi Kekerasan antara demonstran dan polis  pada malam perayaan kejatuhan Mubarak. Hampir 60 orang terbunuh dalam satu minggu aksi.

30 Jun 

Demonstrasi besar-besaran warga Mesir meminta penggulingan Morsi dimulai. Mereka turun ke jalan-jalan untuk menggulingkan presiden terpilih itu.

1 Julai

Pihak pembangkang  memberikan Morsi tempoh sehari untuk berhenti atau menghadapi pembangkangan sipil. Mereka didukung oleh pihak tentera. Bahkan tentera memberi ultimatum bahawa mereka akan melakukan intervensi jika tuntutan rakyat tidak dipenuhi dalam waktu 48 jam.

2 Julai

Sejumlah lelaki bersenjata membunuh 16 orang dan melukai 200 orang dalam satu rapat umum untuk mendukung Morsi di Kahirah.

3 Julai

Panglima Angkatan bersenjata, Abdel Fattah al-Sisi, memecat Morsi dan menyatakan bahawa hakim Mahkamah  Tinggi Mesir, Adly Mansour sebagai presiden sementara negeri itu. Sisi juga mengumumkan pembekuan penyusunan konstitusi Islam.asal

detikNews

Badan kehakiman dakwa Morsi Isnin ini

Mohamed Morsi
Mohamed Morsi
KAHERAH - MESIR. Sumber kehakiman mendakwa, pihak pendakwaan bakal menyoal siasat Presiden Mohamed Morsi dan puak-puaknya, Isnin ini di atas caj menghina badan kehakiman.

Antara pemimpin Ikhwan Muslimin lain yang bakal didakwa termasuklah Ketua Politik, Saad al- Katatni, Mohamed al- Beltagui, Gamal Gibril dan Taher Abdel Mohsen.

Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penyingkiran Morsi dari jawatan presiden, Rabu lalu selepas berlaku protes besar-besaran oleh kumpulan anti-Morsi yang mahu pemimpin itu digulingkan.

Selepas penyingkiran Morsi, Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour pula bakal menjadi presiden interim negara itu.

Morsi dan pemimpin kanan lain turut diharamkan daripada disiasat dalam penglibatan jenayah mereka semasa dipenjarakan pada tahun 2011.

Guling Morsi: Cita-cita AS tercapai?

krisis Mesir
MOHAMED Morsi, pemimpin berjiwa rakyat dan juga seorang hafiz, diangkat sebagai Presiden Mesir melalui pilihan raya bebas pertama dalam sejarah negara itu akhirnya digulingkan, dalam rampasan kuasa kedua di Mesir, kelmarin.

Tarikh itu genap setahun beliau dipilih sebagai presiden, 30 Jun tahun lalu, selepas protes besar-besaran rakyat menggulingkan Hosni Mubarak yang memimpin Mesir secara kuku besi selama 30 tahun pada Februari 2011.

Morsi menerima undi 13.2 juta, iaitu 51 peratus undian semasa pilihan raya tahun lalu, menewaskan pesaingnya, Ahmed Shafik yang juga perdana menteri era pemerintahan Mubarak.

Persoalannya, adakah rakyat dahulunya menyokong Morsi dan partinya Ikhwanul Muslimin berpaling tadah terhadap pemimpin mereka?

Atau adakah Morsi menjadi mangsa terbaru dalam percaturan politik kuasa luar di bawah pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang disalurkan melalui pemberontakan berterusan rakyat Mesir dengan sokongan tentera negara itu?

Arab Spring jadikan AS selesa

Tatkala pengumuman penahanan Morsi tersebar, pastinya AS dan sekutunya berasa lega dan memikirkan tindakan selanjutnya.

Nasib Morsi dan penyokong Ikhwan Muslimin belum diketahui, kebangkitan rakyat sudah pasti tercetus, kematian akan berlaku malah bumi Mesir terus bergolak dan bermandikan darah.

Setiap hari pasti ada tragedi baru menimpa Mesir. Tetapi semua pergolakan bercirikan Arab Spring menjadikan AS negara paling selesa.

Seorang pegawai pemerhati di Pentagon menyatakan, hubungan AS dengan Mesir berdasarkan kerjasama keselamatan. Kedua-duanya dilihat berada dalam kancah bahaya.

Keutamaan tentera Mesir dalam hal ehwal dalaman masih dalam catuan. Sekiranya kebangkitan rakyat terus berlaku maka AS menjadikan ia sebagai peluang untuk campur tangan.

Drama Pentadbiran Obama mengikut skrip lama ketika pemerintahan Hosni. AS berusaha meletakkan dirinya sebagai orang tengah dalam pentadbiran Mesir dan kemudiannya meninggalkan negara itu kucar kacir.

Pergolakan di Mesir menarik perhatian banyak pihak kerana situasi berlaku mempunyai hubungan rapat dengan nasib dunia Islam.

Namun, adakah lawatan Obama ke Mesir dengan membawa misi dunia Barat sebagai sandiwara supaya dapat mengembalikan hubungan rapat antara Barat dengan Islam melalui kerajaan Mesir, iaitu teraju proksinya di Timur Tengah.

AS pernah cuba berbaik dengan masyarakat Islam dengan mahu berkhutbah di Universiti Kaherah namun hasrat itu tidak tercapai.

Jika diamati, sejarah hubungan Mesir dengan Barat, keadaannya tidak banyak berubah. Pertembungan antara dua tamadun berpunca daripada konflik dalaman negara berterusan.

Situasi yang wujud sebenarnya adalah permusuhan antara dua proksi berbeza budaya. Pergolakan dalaman negara Islam itu sendiri antara golongan pro-Barat dengan pro-Islam tidak akan ada titik noktahnya.

 Masing-masing menganggap fahaman, pendekatan, dan amalan politik yang mereka canangkan adalah paling hampir kepada amalan demokrasi tulen.

Obama dalam ucapan sulung sejurus penggulingan Morsi berazam membantu menyelamatkan negara-negara yang berada dalam keadaan huru-hara.

Beliau menggesa tentera Mesir melepaskan kuasa kepada kerajaan awam yang dipilih secara demokrasi dan menentang menangkap Morsi tetapi masih memberikan dana AS$1.5 bilion (RM4.7 bilion) bagi membantu ekonomi dan ketenteraan setiap tahun.

“Perkongsian AS dan Mesir adalah berdasarkan kepentingan bersama dan kami akan terus bekerjasama denganMesir untuk memastikan peralihan Mesir ke arah demokrasi,” katanya.

Campur tangan AS bermula ketika Obama menasihati Morsi mendengar suara rakyat ketika kali pertama protes tercetus di negara itu, tiga bulan selepas beliau menjadi Presiden.

Kongres AS menjadi sumber tuntutan penyaluran bantuan buat pembangkang rejim dan setiap kali protes rakyat tercetus Obama dengan mengkritik dasar pemimpin yang tidak mahu mendengar tuntutan rakyat. Walaupun beliau tidak menyatakan siapa atau di mana namun berulang kali ingatan itu disuarakan.

Buktinya, media Barat menyatakan pendirian Obama menyokong ‘kerajaan Mesir’. Namun, kerajaan terdahulu atau kerajaan sementara yang dibuat dengan tergesa-gesa, semalam?

“Kami mengambil kedudukan di belakang kerajaan ini dan akan membantu untuk bergerak ke hadapan. Kami bersedia menyalurkan bantuan ketenteraan jika mereka inginkan bantuan. Mungkin kumpulan individu yang ditahan akan bangkit bersama kuasa lain. Oleh itu kita perlu berhati-hati demi keselamatan rakyat ,” antara ucapan beliau di Washington, semalam.

Jika benar, sokongan Obama berpihak kepada 'kerajaan sementara Mesir' maka beliau layak digelar sebagai manusia bertopengkan syaitan atau talam dua muka kerana melakukan usaha berterusan untuk menjatuhkan umat Islam dan negara Islam sejagat.

Boneka AS bakal jadi presiden?

Jika dilihat semula perkembangan politik di negara itu, selepas kejatuhan Hosni, negara Barat menyokong pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei untuk diangkat sebagai Presiden.

Kini, khabar angin mula bertiup kencang mengenai kemungkinan El Baradei dilantik sebagai Presiden Mesir selepas kejatuhan Morsi.

Media melaporkan, Ketua Tentera Abdel Fattah al-Sissi bertemu dengan El Baradei, Ketua Ulama Masjid Al-Azhar dan Ketua Paderi negara untuk membincangkan perjalanan politik Mesir beberapa jam sebelum kata dua diberikan tentera kepada Morsi tamat, kelmarin.

El Baradei, pemenang Anugerah Nobel Keamanan pernah mengetuai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memang diketahui sebagai pilihan utama AS.

Malah, Timbalan Pengerusi Ikhwanul Muslimin, Khairat al-Shater awal tahun ini memaklumkan AS menggesa Morsi melantik El Baradei sebagai perdana menteri.
Beberapa persoalan perlu dijawab bagi merungkai faktor sebenar kejatuhan Mesir.

Bagaimanakah campur tangan AS selaku wakil dunia Barat dalam mengambil kesempatan pemberontakan rakyat di Mesir?

 Apakah kepentingan AS dengan kerajaan yang ada di Mesir? Benarkah tercetusnya pemberontakan disebabkan masalah ekonomi melanda Mesir sejak akhir-akhir ini?

 Apakah kebangkitan rakyat Mesir tiada kaitan sama sekali dengan kebangkitan kuasa Islam di Palestin yang begitu rapat dengan gerakan Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Islamiyah di Mesir?

Ikhwan Muslimin anjur bantahan besar-besaran

 Mohamed Mursi
Mohamed Mursi
KAHERAH - MESIR - Ikhwan Muslimin bakal mengadakan bantahan secara besar-besaran sebagai tindak balas kepada rampasan kuasa yang dibuat pihak tentera yang membawa kejatuhan Presiden, Mohamed Morsi, semalam.

Gabungan itu menggesa orang ramai bagi menyertai bantahan yang bakal diadakan selepas solat Jumaat, hari ini.

Tentera Mesir semalam mengeluarkan kenyataan melalui Facebook mendakwa hak membantah secara aman tidak boleh disalah gunakan kerana ia boleh membawa kepada rusuhan.

“Protes secara aman dan kebebasan bersuara merupakan hak semua rakyat,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, Ikhwan Muslimin adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan mereka dijemput untuk mengambil bahagian dalam membina sebuah negara.

Siapa Dr Mohamed Morsi?

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
MOHAMED Morsi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Morsi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Morsi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Morsi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Morsi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Morsi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

" 10 KELEBIHAN ORANG YANG SELALU MELAKSANAKAN SHALAT "

1. Diberi Cahaya pada wajah..
2. Dikurniakan ALLAH Subhanahu Wata'ala akal yang cerdas & otak yang pintar..
3. Hati bercahaya & tenang jiwa..
4. Sejahtera keluarga (sakinah, mawaddah,warahmah)..
5. Di padang Masyhar tidak.. kepanasan malah sebaliknya..
6. Dapat rahmat & hidayah dari ALLAH Subhanahu Wata'ala..
7.Doanya sering di kabulkan..
8. Diberatkan timbangan amal & menerima buku catatan amal melalui tangan kanan di akhirat kelak (baik)..
9. Dipermudahkan jalan menuju ke syurga ALLAH..
10.Melintasi jembatan shiratal mustakim di permudah..

(Al-Imam Ibnu Hajar Al- Asqalani)

SYABAS Salahguna Wang Rakyat Beli Kereta

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menurunkan kadar air tanpa hasil (NRW) mendorong kerajaan negeri membekukan perbelanjaan modal kepada syarikat itu.

Menurutnya, kerajaan negeri menyediakan RM784 juta kepada SYABAS dalam tahun 2011 seperti termaktub dalam perjanjian konsesi bagi membantu mencapai sasaran mengurangkan NRW kepada 20 peratus.

Namun, sehingga kini kadar NRW SYABAS tetap kekal melebihi 33 peratus, dakwanya.

Menurutnya, SYABAS hanya menggunakan 32 peratus daripada wang tersebut untuk mengurangkan NRW.

"Yang lain, mengikut audit negara diguna untuk membeli kereta dan membaiki pejabat-pejabat yang tiada kena mengena dengan NRW itu," katanya di sidang DUN Selangor pagi ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Abdul Razak Sulaiman tentang kesan pembekuan perbelanjaan modal kepada SYABAS.

Geran guaman bantu saman SYABAS

Beliau sebelum itu menjelaskan bahawa kerajaan negeri menyediakan geran bantuan guaman agar rakyat Selangor boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap SYABAS.

"Pengguna diberi peluang itu (ambil tindakan undang-undang terhadap SYABAS). Kerajaan negeri tak campur hal itu tetapi hanya menyediakan peruntukan geran bantuan guaman

"Ini salah satu usaha reformasi kerajaan negeri dalam menggalakkan rakyat membangkitkan isu-isu penting bahawa mereka tidak mendapat keadilan daripada kerja-kerja yang dilakukan (SYABAS)," jelasnya.

Ini Kata-kata Dr. Najla Mahmud, Isteri Presiden Mesir...

Kata-kata Dr. Najla Mahmud, isteri kepada Presiden Mesir,
Dr. Muhammad Mursi berkaitan suaminya :

"Dihari-hari yang penuh dengan ujian, tatkala aku masuk ke dalam bilik, kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada ALLAH dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya.

Apabila dia hendak tidur, tangisan itu masih kedengaran walaupun beliau berada di atas katilnya, sehingga basahnya umpama mandi.

Demi ALLAH wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-NYA disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih. Maralah wahai Sang Presiden,

Demi ALLAH , jika DIA menggoncangkan Sungai Nil dan laut, nescaya digoncangkan mereka bersamamu!" (SPK)
sumber

Itali tolak permohonan suaka politik Snowden

ROM 5 Julai - Itali semalam menolak permohonan suaka politik oleh pembocor maklumat risikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden.
Menteri Luar Itali, Emma Bonino berkata, permohonan suaka politik perlu dilakukan di dalam penjara atau di sempadan negara.
"Snowden kini dipercayai berada di ruang menunggu lapangan terbang di Rusia.
"Oleh hal demikian, kerajaan Itali tidak dapat membantunya untuk memohon suaka politik," katanya. - REUTERS

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130705/lu_01/Itali-tolak-permohonan-suaka-politik-Snowden#ixzz2Y9m5cOR2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penasihat Tertinggi Ikhwan Muslimin ditahan

KAHERAH 5 Julai - Tentera Mesir semalam menahan Penasihat Tertinggi Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie ekoran penggulingan Presiden Mohammed Mursi.
Menurut pihak berkuasa, Badie ditahan di barat bandar Marsa Matrouh, yang terletak berhampiran sempadan Libya.
Beliau didakwa menghasut penunjuk perasaan menggunakan kekerasan dalam demonstrasi. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130705/lu_03/Penasihat-Tertinggi-Ikhwan-Muslimin-ditahan#ixzz2Y9jyyExL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kejatuhan Mursi merugikan Mesir

DUNIA dikejutkan dengan penggulingan Presiden Mesir, Mohammed Mursi, awal semalam oleh tentera negara itu. Pengumuman tentang peristiwa itu dibuat oleh Panglima Tentera dan Menteri Pertahanan Mesir sendiri, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi melalui televisyen.
Rampasan kuasa itu berlaku setahun selepas Mursi dipilih sebagai Presiden Mesir setelah kejatuhan Presiden Hosni Mubarak dalam kebangkitan rakyat pada 2011.
Imam dari Palestin, SHEIKH WALID SALIM sempat ditemu bual bagi mengupas tentang kejatuhan Mursi itu dan masalah yang melanda dunia Arab hari ini.
Ikuti wawancara wartawan Utusan Malaysia, ZIININE ABDESSELAM bersama SHEIKH WALID SALIM ketika beliau melawat pejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
UTUSAN: Apa reaksi tuan berhubung rampasan kuasa tentera di Mesir?
SHEIKAH WALID: Saya berasa sedih dan terkejut atas apa yang berlaku di Mesir kerana ia memperlihatkan sebuah lagi negara Islam bergolak dan runtuh.
Rampasan kuasa tidak sepatutnya berlaku di negara itu kerana Mursi merupakan seorang pemimpin yang bagus dan saya percaya beliau mampu membawa Mesir maju ke hadapan.
Mesir mampu menjadi sebuah negara Islam yang boleh dicontohi di bawah Mursi, namun rakyat Mesir menolak Islam dan apa yang berlaku ini amat merugikan.
Mengapa rakyat Mesir menolak kepimpinan Mohammed Mursi?
Rakyat Mesir menolak kepemimpinan Mursi kerana mereka menganggap demokrasi Islam yang dibawa oleh beliau hanya memberi kelebihan buatnya, dan bukan untuk rakyat.
Situasi itu diburukkan lagi dengan pengaruh propaganda negatif oleh negara-negara Barat, media Barat yang sememangnya tidak mahu melihat Islam menguasai negara-negara Islam dan demokrasi subur di bumi Islam.
Barat takut kepada Islam dan demokrasi di negara Islam mampu memimpin dunia pada masa akan datang.
Apakah krisis di Mesir mempunyai pertalian dengan konflik di dunia Arab sekarang?
Pada pandangan saya, konflik di dunia Arab sedikit sebanyak mempengaruhi rakyat Mesir untuk menuntut revolusi yang lebih luas yang disangkakan mampu memajukan negara dan memberi mereka hak yang diingini.
Rakyat Mesir sebenarnya keliru tentang tujuan perjuangan sebenar mereka dan perkara itu jika tidak dibendung yang boleh meruntuhkan negara dan akhirnya bakal membawa kesengsaraan kepada rakyat.
Apakah pandangan tuan tentang masa depan Mesir?
Mesir perlu meneliti setiap aspek yang ada untuk membentuk semula negara itu kerana seperti yang saya katakan tadi, Mesir mampu menjadi negara contoh kepada negara-negara Islam yang lain.
Mesir mampu bangun semula jika rakyatnya bersatu-padu mengukuhkan pentadbiran, ekonomi dan sosial.
Mereka perlu membuka minda tentang masa depan yang terjamin berbanding terlampau terikut-ikut untuk menuntut revolusi seperti negara Arab yang lain.
Adakah Mursi gagal menggalas tanggungjawabnya sebagai Presiden Mesir?
Pada pandangan saya, Mursi tidak gagal dalam perjuangannya kerana beliau berani memperkenalkan konsep demokrasi Islam untuk kepentingan rakyatnya, tetapi majoriti rakyat Mesir menolak Mursi semata-mata kerana mereka menolak Islam.
Percaya atau tidak, negara-negara Barat sebenarnya ‘seronok’ apabila pentadbiran Mursi digulingkan kerana mereka tidak mahu melihat Mesir membangun sebagai sebuah negara Islam demokrasi.
Hal ini kerana, demokrasi Islam mampu memimpin dunia pada masa akan datang dan Barat tidak mahu perkara itu berlaku.
Jika Mursi diberi sekali lagi peluang untuk mentadbir Mesir, adakah beliau akan berjaya?
Ya, sudah tentu beliau akan berjaya kerana kejatuhan Mursi hari ini bukan disebabkan beliau seorang pemimpin yang teruk, namun disebabkan beliau tidak diberi peluang yang sepatutnya untuk berkhidmat kepada rakyat Mesir.
Rakyat Mesir semakin banyak dipengaruhi agenda negatif Barat yang sememangnya ingin melihat dunia Islam hancur satu demi satu.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130705/lu_08/Kejatuhan-Mursi-merugikan-Mesir#ixzz2Y9jUTpvW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera mesir maut, militan serang pos tentera di Sinai

KAHERAH 5 Julai - Seorang tentera Mesir maut awal hari ini apabila kumpulan militan yang menggunakan roket dan mesin gun menyerang pos tentera dan sebuah pangkalan polis di Sinai.
Menurut pegawai perubatan, anggota tentera itu maut dalam serangan ke atas pos tentera di perkampungan al-Gura, utara Sinai dengan dua lagi askar turut dilaporkan cedera.
Sebuah pangkalan polis dan ibu pejabat perisikan tentera di kawasan sempadan Rafa turut menjadi sasaran serangan roket, menurut sumber keselamatan.
Ekoran penggulingan Presiden Mohammed Mursi kelmarin, beberapa kumpulan militan secara terbuka mengancam melancarkan serangan balas. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130705/lu_13/Tentera-mesir-maut-militan-serang-pos-tentera-di-Sinai#ixzz2Y9imOgKR

Jumpa Petai Gergasi

Satu papan petai mungkin cukup untuk membuat sambal petai untuk satu mangkok, Tapi kalau satu papan petai gergasi ini, mungkin boleh membuat sambal petai untuk menjamu satu kampung. Apa taknya . . . petai ini mempunyai ukuran tersangatlah besar, panjangnya hingga satu setengah meter dengan berat buah mencapai 4 kilogram. Jom kita lihat gambar-gambar dan video penemuan petai gergasi ini

Tentera halang siaran langsung, tangkap pemberita

MESIR: Semua saluran media yang menyiarkan siaran langsung himpunan membantah rampasan kuasa dan menyokong Presiden Morsi diarah tutup dan diambil tindakan.

Dilaporkan semua 17 saluran islamik yang menyiarkan suasana bantahan terutama himpunan di Rabaah Abawiyyah sejak beberapa hari lalu ditutup hari ini.

Facebook Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), melaporkan sekatan turut dibuat terhadap agensi berita yang mahu membuat liputan langsung termasuk Al-Jazeera.

"Menyekat siaran langsung al jazeera di Rabaah. Menangkap ketua pejabat siaran langsung al jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal," laporan itu dipetik.
Al-Jazeera turut mengesahkan pihak tentera telah mengarahkan siaran langsung stesen itu dihentikan dan beberapa wakil media itu di Mesir ditangkap termasuk seorang penerbit. [Di Sini]

Selain itu, pihak tentera juga didakwa telah menyekat penerbitan ahkbar FJP serta menutup siaran saluran Misr 25 yang menjadi sumber rujukan perkembangan Mesir oleh masyarakat antarabangsa.

Sementara itu, pihak tentera juga didakwa bertindak merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah.

Mereka juga turut menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr.Muhammad Mursi di kawasan terbabit.

PMRAM juga melaporkan pihak tentera turut menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang syahid./~harakahdaily

Ketua Ikhwan ditangkap

Kaherah: Pegawai keselamatan Mesir berkata, pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin ditangkap di bandar Marsa Matrouh di pesisir Laut Mediterranean di barat Kaherah, semalam.

Jurucakap tentera berkata, Mohammed Badie ditangkap di sebuah kawasan peranginan tidak jauh dari sempadan Libya.

“Mohammed Badie menginap di sebuah vila milik ahli perniagaan yang ada kaitan dengan Ikhwanul Muslimin,” katanya.

Tokoh itu berada dalam senarai 200 pegawai dan pemimpin Ikhwanul Muslimin serta kumpulan Islam yang diburu pihak berkuasa Mesir ketika ini. - AP

Tentera Filipina tembak mati lapan komunis

Manila: Tentera Filipina bertempur dengan pemberontak komunis awal pagi semalam dan membunuh lapan gerila selepas penduduk kampung mengadu didera oleh mereka.

Jurucakap tentera, Leftenan Kol Ramon Zagala berkata, anggotanya menemui senjata api, bahan letupan dan pelancar bom tangan selepas pertempuran dengan anggota Tentera Rakyat Baru di wilayah Sorsogon. Menurut Zagala, penduduk di bandar Juban sebelum itu mengadu kepada tentera bahawa anggota komunis berkenaan memeras wang dan mengancam mereka.

“Aduan itu membawa kepada pertempuran pagi ini (semalam),” kata Zagala.

Rundingan untuk menamatkan pemberontakan komunis di Filipina menemui jalan buntu dua tahun lalu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat berhubung pembebasan pemimpin komunis yang dipenjara. - AFP

Ketua Hakim ganti Mursi

Kaherah: Ketua Hakim Mesir, Adly Mansour, mengangkat sumpah sebagai presiden sementara negara itu semalam, sehari selepas tentera menyingkir dan menahan tokoh yang dipilih rakyat melalui pilihan raya, Mohamed Mursi.

Melalui majlis itu, Adly berikrar untuk mempertahankan sistem republik dan menghormati perlembagaan serta undang-undang, selain menjaga kepentingan rakyat. Majlis itu diadakan di Mahkamah Perlembagaan Agung dan ia disambut dengan tepukan gemuruh. Pada acara itu, Adly turut memuji rakyat Mesir, media, tentera dan polis. “Penghormatan untuk rakyat Mesir kerana memperbetulkan jalan gemilang revolusi ini pada 30 Jun,” katanya merujuk kepada protes yang menyaksikan jutaan orang awam turun ke jalan raya pada hari ulang tahun pertama Mohamed Mursi menjadi presiden. Kata Adly, protes di seluruh dunia “membuktikan kepada dunia” bagaimana kesungguhan rakyat Mesir berdepan dengan kepelbagaian. Ketua hakim berusia 67 tahun itu kemudian memuji tentera kerana “sentiasa menjadi hati nurani rakyat” dan “tidak teragak-agak sedikit pun untuk memenuhi kehendak negara dan orang ramai.” Mengenai media, Adly menganggap ia memiliki “keberanian memimpin rakyat serta membongkar salah laku rejim lama.” Sementara itu, seorang pegawai kanan tentera berkata, pasukan itu sedang menahan Mohamed Mursi. - AFP

Tentera tahan Mursi

Kaherah: Tentera Mesir semalam menahan presiden pertama negara itu yang dilantik secara demokratik, beberapa jam selepas memaksanya berundur daripada jawatan itu.

Seorang pegawai kanan tentera berkata, penahanan itu dibuat sebagai “langkah pencegahan” dan dibuat selepas tempoh 48 jam diberikan kepada beliau berakhir.

Pengumuman penyingkiran tokoh Islam itu dibuat Menteri Pertahanan Mesir yang juga panglima tentera negara itu, Jen Abdel Fattah al-Sisi, melalui siaran televisyen ke seluruh negara.

Pada masa sama, polis mengepung sejumlah pembantu utama Mohamed Mursi dan beberapa pemimpin Ikhwanul Muslimin.

Waran tangkap juga dikeluarkan untuk kira-kira 300 pemimpin dan pegawai pertubuhan gerakan Islam berpengaruh itu.

Ketua Parti Kebebasan Dan Keadilan, Saad al-Katatni, serta Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Rashad Bayoumi, adalah antara tokoh yang ditahan dan dipindahkan ke penjara. Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya di Kaherah bersorak sepanjang malam meraikan penyingkiran Mohamed Mursi.

Akhbar yang dikawal kerajaan pula semalam memuji rampasan kuasa tentera itu dan menganggap penyingkiran Mohamed Mursi sebagai revolusi yang “sah.” - AFP

Negara Teluk iktiraf kerajaan baru

Dubai: Negara Teluk yang tidak sehaluan dengan Ikhwanul Muslimin Mesir semalam mengiktiraf kerajaan baru yang dipimpin tentera selepas penyingkiran Presiden Mohamed Mursi.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara pengkritik utama Ikhwan menyuarakan rasa puas hati dengan perkembangan di Mesir, menurut agensi berita rasmi WAM.

Qatar yang sebelum ini menjadi penyokong kuat kerajaan Mursi, turut menghantar ucapan tahniah kepada presiden sementara Mesir, Adly Mansour.

UAE mendakwa kumpulan Islam yang disokong Ikhwan berusaha menggulingkan sistem pemerintahan mereka yang disokong Barat. Di Arab Saudi, Raja Abdullah turut menghantar ucapan tahniah. - Reuters

12 lagi mangsa gempa dicari

Blang Mancung (Aceh): Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda wilayah ini Selasa lalu mencapai 30 orang.

Menurut pegawai, polis dan anggota tentera masih mencari 12 lagi mangsa yang dilapor hilang di celah runtuhan bangunan.
Sutopo Purwo Nugroho dari Agensi Bantuan Bencana Kebangsaan berkata, tumpuan utama semalam ialah mencari lebih banyak mangsa, membantu mereka yang cedera dan menyediakan bekalan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Sutopo Purwo, seramai 275 penduduk cedera dan lebih 4,300 rumah dan bangunan ranap dalam gempa bumi 6.1 magnitud itu.

Indonesia sering dilanda gegaran kerana kedudukannya yang berada di Lingkaran Api Pasifik, iaitu arca gunung berapi dan garisan tidak menentu yang mengelilingi Lautan Pasifik.

Pada 2004, gempa 9.1 magnitud yang berlaku di luar pantai Aceh menyebabkan tsunami yang meragut 230,000 nyawa di 14 negara. - AP

Mula berbeza, akhir bersama

Jakarta: Seperti tahun lalu, umat Islam Indonesia tahun ini dijangka memulakan puasa pada hari berlainan tetapi beraya pada hari yang sama.

Keadaan itu itu berlaku kerana kiraan awal yang berbeza untuk menentukan awal bulan takwim Hijriah iaitu terbentuknya anak bulan dan terlihatnya anak bulan.
Pengikut Muhammadiyah, pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia akan mula berpuasa Selasa ini, kata Pengerusi kumpulan itu, Din Syamsuddin.

“Sesuai dengan pendekatan yang diambil Muhammadiyah dari dulu lagi, maka kita akan mula berpuasa pada 9 Julai,” katanya,

Menurut Din, kumpulan itu menentukan awal Ramadan dengan mengguna pendekatan hisab hakiki peredaran bulan, bumi dan matahari dan hasil musyawarah Majlis Tarjih dan Tajdid Pimpinan Pusatnya.

Berdasarkan ahli falak, katanya, anak bulan Ramadan sudah ada kerana matahari, bumi dan bulan berada pada garis lurus kira-kira jam 2 petang pada 8 Julai.

“Itu tanda menunjukkan bulan Syaaban sudah berakhir. Pada ketika itu, anak bulan sudah wujud ketika matahari terbenam. Maka kita tidak perlu melihat lagi anak bulan,” katanya.

Din juga berkata, Ramadan tahun ini akan berlangsung selama 30 hari. Ini bermakna hari raya puasa akan disambut pada Khamis 8 Ogos.

Sementara itu, Pengerusi Nahdlatul Ulama (NU) Said Aqil Siradj berkata, pertubuhan Islam terbesar di Indonesia itu akan tetap menggunakan cara rukyah, iaitu melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh 1 Ramadan.

Bercakap kepada wartawan mengenai perkara itu, beliau turut menyangkal anggapan cara rukyah sudah ketinggalan zaman.

Pegawai NU akan melihat anak bulan pada 8 Julai ini dan jika ia tidak kelihatan, pengikutnya akan berpuasa pada Rabu, 10 Julai.

NU menjangka Ramadan kali ini hanya 29 hari, bermakna Aidilfitri jatuh pada 8 Ogos, hari yang sama ditetapkan oleh Muhammadiyah. - Agensi

PERKONGSIAN DARI SAHABAT

Semalam saya menyaksikan perhimpunan pro Mursi (Tajarrud) di hadapan rumah saya. (Rumah saya tingkat 6, jadi tengok dari rooftop).

Hati saya tersentuh melihat ahli Ikhwanul Muslimin. Ramai ikhwah-ikhwah (lelaki) yang berjubah berjanggut, berjumpa, bersalaman dan bertemu pipi. Pandangan yang melihat boleh merasa kekuatan tarbiyyah yang mengalir pada mereka. Terharu dan terkesima. Akhowat-akhowat (perempuan) pula berpakaian labuh. Boleh kata sangat berbeza penampilan mereka dengan kumpulan anti-Mursi (Tamarrud). Laungan mereka, jelas ingin mendaulahkan Islam di tempatnya. Bila tiba waktu solat mereka terus mengemaskan saf di atas jalan raya tanpa sejadah pun. Di akhir rakaat mereka membaca doa Qunut Nazilah. Betapa kuatnya tarbiyyah mereka, Allah swt datangkan ujian yang berat ini bagi mereka.

Sebelah malamnya sejurus lepas mereka hendak bersurai dari perhimpunan yang aman, datang kumpulan upahan menyerang. Kalaulah anda berada di sini dan melihat sendiri betapa susahnya Dr Mursi menghapuskan tinggalan Mubarak, hasutan sepanjang tahun yang tidak berhenti, kekacauan yang berbagai ditimbulkan dalam negara, tentangan dari Israel dan pihak luar, penyiksaan dan pembunuhan yang dilakukan ke atas orang Ikhwan, anda pasti menyesal dengan fitnah yang anda taburkan terhadap pentadbirannya.

Saya melihat sendiri, yang mereka serang itu, tentera agama Allah swt tanpa mereka sedari.

Qunut Nazilah -

- Ahmad Adam Waqie
https://www.facebook.com/adamwaqie?hc_location=stream

Benarlah musuh Islam adalah dikalangan yg mengaku Islam itu sendiri..

TAKBIR!!!

Benarlah musuh Islam adalah dikalangan yg mengaku Islam itu sendiri..

Ucapan Dr Morsi : Sesungguhnya, Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat, Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini, Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,Keberada aanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga, Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala, Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata, Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama, Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,Kaffah menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa. Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,Segala macam korupsi yang ada, Apakah dianjurkan islam? Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar, Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan,semakin ramai yang menganggur,jena yah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan, Apakah itu yang islam anjurkan? Itulah yang mahu aku baiki, Untuk semua rakyat di negara ini,Kita ada agama yang memimpin hidup kita, Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita, Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. Aku memohon ampun atas kelewatanku,Untuk mengurus negeri ini, Aku mengetahui batasan aku, Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara, Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku, Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,Jika tidak ada sokongan kamu, Aku tidak akan berada di sini, Ku hanya memohonkan sabarmu, Ku hanya memohonkan komitmenmu, Ku hanya memohonkan bantuanmu, Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama, Kerana ianya bukan hak mutlak diriku, Dia adalah milik kita bersama, Tetapi keadaannya tidak demikian,Kau malah menuduh aku bermacam-macam, Sikapmu yang tidak sabar, Ianya hanya merugikan kita. Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,Untuk membantu perjuanganku ini, Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,Allahumma, bantulah aku Ya Allah,kerana aku membawa agamaMu, Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini, Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!

Belajar dari sejarah.

Kieta Tadasora
Dunia pernah menyaksikan rampasan kuasa oleh tentera kali terakhir ke atas presiden yang dipilih rakyat pada bulan April tahun 2002. Presiden Hugo Chavez digulingkan dan selepas penahannya setengah juta rakyat turun jalanraya bagi dan mempertahankan beliau. Selepas 48 jam ditangkap, askar melepaskan Chavez dan beliau kembali keistananya meneruskan pemerintahan sehingga akhir hayat.

Persoalan di sini kenapa rakyat turun mempertahan Presiden?

Jutaan rakyat turun mempertahankan kedaulatan undang-undang dan hak demokrasi, sekiranya presiden yang dipilih rakyat digulingkan, maka tidak akan kekal lagi presiden yang dipilih oleh rakyat selepas itu. Kerana setiap tahun akan berlaku rampasan kuasa, maka yang seronok adalah musuh-musuh dan perosak negara.

Yang hendak dipertahankan bukan Presiden yang bernama Mursi semata-mata, tetapi mempertahankan hak rakyat dan kedaulatan perlembagaan negara. Mursi akan mati, presiden silih berganti, adapun keadilan dan kebenaran sentiasa hidup.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=569028339807127&set=a.535676919808936.1073741828.530825190294109&type=1&ref=nf

biar gambar berbicara ! ribuan rakyat yg masih menyokong Dr Muhammad Morsi di 20 muhafazoh yg berbeza.

biar gambar berbicara ! ribuan rakyat yg masih menyokong Dr Muhammad Morsi di 20 muhafazoh yg berbeza.

# media2 tali barut yahudi tak akan tunjuk yg ini.
biar gambar berbicara ! ribuan rakyat yg masih menyokong Dr Muhammad Morsi di 20 muhafazoh yg berbeza.

# media2 tali barut yahudi tak akan tunjuk yg ini.

LIDAH RASMI MUSUH

Apabila mengulas berkenaan presiden Mesir, Dr Morsy yang merupakan seorang pemimpin Islam yang banyak membantu dunia Islam khususnya di Syria, TV3 menggelar beliau sebagai diktator.

Apabila melaporkan berkenaan Basyar pula, TV3 mengatakan bahawa Basyar merupakan pemimpin pilihan rakyat. Walaupun sudah jelas bahawa Basyar merupakan pemimpin yang telah membunuh ribuan rakyat Syria.

'Tahniah' TV3 kerana menjadi lidah rasmi musuh Islam!

Kebenaran perlu diperkatakan, Dr Muhammad Morsi adalah

Kebenaran perlu diperkatakan, Dr Muhammad Morsi adalah

1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik .

2) Presiden awam yang pertama.

3) Presiden arab pertama yang menghafal seluruh juzuk Al-Quran.

4) Presiden arab pertama dari pihak parti islam.

5) Presiden arab pertama yang membenarkan orang ramai untuk mengkritik beliau, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.

6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.

7) Presiden arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.

8 ) Presiden arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lain.

9) Presiden arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti atas kos sendiri.Kebenaran perlu diperkatakan, Dr Muhammad Morsi adalah

1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik .

2) Presiden awam yang pertama.

3) Presiden arab pertama yang menghafal seluruh juzuk Al-Quran.

4) Presiden arab pertama dari pihak parti islam.

5) Presiden arab pertama yang membenarkan orang ramai untuk mengkritik beliau, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.

6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.

7) Presiden arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.

8 ) Presiden arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lain.

9) Presiden arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti atas kos sendiri.

JOM KITA KENALI SIAPA DIA PRESIDEN DR MOHAMED MORSI AL HAFIZ YANG DIGELAR TV3 SEBAGAI DIKTATOR!!!!

JOM KITA KENALI SIAPA DIA PRESIDEN DR MOHAMED MORSI AL HAFIZ YANG DIGELAR TV3 SEBAGAI DIKTATOR!!!!

MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat  lahir pada 20 Ogos 1951 di  al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau  pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Siapa Dr Mohamed Mursi?

Siapa Dr Mohamed Mursi?

5 Julai 2013

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.5 Julai 2013