Thursday, December 1, 2011

‘Saya dah nak kahwin’

SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.


“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

myMetro | ‘Saya dah nak kahwin’
:

Bekas MB Terengganu undur diri tanding PRU


Bekas MB Terengganu

Oleh : SH NASIONAL/NOOR AZURA SAHRIL
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh telah menyatakan kesanggupannya untuk mengundur diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 akan datang.
Katanya, beliau telah dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh Idris mengatakan bersedia untuk tidak menawarkan diri pada pilihan raya akan datang.
“Tindakan beliau sebagai suatu contoh yang baik kepada ahli-ahli Umno selain dapat memudahkan kerja Presiden dan mengelakkan berlaku insiden “retak hati”.
"Lebih ramai lagi yang harus bersifat demikian dan harus munasabah diri untuk melihat jika kita bukan calon yang boleh beri kemenangan," katanya pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak disini semalam.
Bekas MB Terengganu undur diri tanding PRU - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tunggu masa sembah bumi


Tunggu masa sembah bumi

Oleh : Wartawan Sinar Harian
KARANGAN - Siapa sangka dalam rumah usang yang semakin reput akibat dimakan anai-anai, seorang warga emas, Aminah Saad, 88, masih mendiami rumah peninggalan arwah suaminya yang meninggal dunia sejak 1973 di Kampung Paya Kelubi.
Walaupun terpaksa menghabiskan masa tuanya berseorangan di rumah itu, tetapi dia masih bersyukur kerana memiliki rumah sendiri dan tidak tinggal menumpang.
Ketika Sinar Harian membuat lawatan ke rumahnya bersama Majlis Ketua Kampung (MKK), Aminah hanya terbaring kerana tidak sihat tetapi masih mampu mempelawa tetamu masuk ke rumahnya.
Apa yang menyedihkan rumah Aminah rosak hampir 90 peratus di mana kebanyakan lantai di rumahnya reput dan atapnya bocor.
“Rumah ini dibina suami makcik. Makcik dan empat anak tinggal di rumah ini sejak dulu lagi. Apabila suami meninggal dunia, makcik terpaksa menoreh getah untuk menampung keperluan harian. Anak bongsu dulu tinggal di sini tetapi dia kemudiannya meninggal dunia pada Ogos 2007.
“Memandangkan makcik tinggal berseorangan, anak sulung pula tinggal di rumah ini. Dia banyak membantu menguruskan rumah ini tetapi makcik redha apabila dia juga meninggal dunia Januari 2011 lalu. Sekarang makcik tinggal berseorangan dan menantu makcik, Hasnah sering datang untuk menghantar makanan. Makcik faham dia mempunyai keluarga sendiri dan terpaksa membahagikan masa untuk keluarganya dan makcik,” katanya.
Hasnah Endut, 59, berkata, sehingga kini Aminah hanya menerima bantuan daripada Pusat Zakat yang memberikan bantuan setahun sekali.
Menurutnya, permasalahan Aminah tidak pernah mendapat perhatian mana-mana pihak termasuk ahli politik dari mana-mana parti di Padang Serai.
Katanya, memandangkan keadaan rumah ibu mertuanya semakin uzur, dia meminta mana-mana individu, badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membantu membaik pulih rumah Aminah.
“Sehingga hari ini permasalahan dihadapi mak saya langsung tidak diketengahkan oleh mana-mana pihak atau mendapat perhatian dari sesiapa. Rumah ini merupakan rumah pusaka dan keadaannya sangat membimbangkan kerana keseluruhan rumah ini sudah reput dan rumah ini menunggu masa untuk runtuh.
“Tiga bulan lalu MKK ada membuat lawatan ke rumah ini tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang khabar berita di mana ada pihak yang mahu membantu membaik pulih rumah kami ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mana-mana NGO untuk membaik pulih rumah Aminah.
Katanya, Kerajaan Persekutuan menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu rakyat yang berhadapan dengan kemiskinan.
“Saya hairan masalah di depan mata kita masih menafikan. Takkan kita nak tunggu rumah ini runtuh barulah bantuan dapat disalurkan. Ini merupakan kes kedua sepanjang tempoh sebulan yang diketengahkan Sinar Harian di mana ia melibatkan permasalahan penempatan penduduk kampung. Sebelum ini, kes tiga beranak tinggal dalam rumah berlantaikan tanah di Kilang Sago diketengahkan. Di manakah wakil parti politik di kawasan ini.
“Kita boleh memberikan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Aminah. Memadai dengan membina rumah yang hanya memiliki dua bilik kerana dia tinggal berseorangan dan tanah ini miliknya,” katanya.
Mohd Zailan berkata, pihaknya juga berusaha untuk mendapatkan bantuan barang binaan dan meminta penduduk kampung untuk melakukan gotong-royong untuk membaik pulih rumah Aminah.
Tunggu masa sembah bumi - Utara - Sinar Harian:

Nama lelaki, jantina perempuan


daftar2

Oleh : M. JEFFRI RAZALI
AYER KEROH - Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasratnya mendaftar sebagai pengundi buat sementara waktu apabila mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai seorang pengundi dengan menggunakan nama individu lain.

Walaupun lelaki berusia 38 tahun itu menetap di Petaling Jaya, Selangor, namun sema­kan menggunakan laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati nombor kad pengenalannya telah didaftarkan sebagai pengundi di Kuala Krai, Kelantan.

Lebih aneh, apabila nama individu yang tertera dalam senarai berkenaan iaitu Zulkifly Mohamed Yusof dikategorikan sebagai berjantina perempuan.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata, ia hanya disedari apabila lelaki terbabit ke DAP Melaka untuk mendaftar sebagai pe­ngundi baru.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa tidak pernah menetap di Kelantan.

“Apabila mendapati nombor kad pengenalan barunya telah didaftarkan, kami memeriksa nombor kad pengenalan lamanya pula kerana memikirkan ia mungkin satu kesilapan.

“Bagaimanapun, nombor kad pengenalan lamanya turut didaftarkan atas nama orang berkenaan,” katanya kepada media selepas membawa perkara itu untuk perhatian SPR Melaka di Menara Persekutuan, di sini, semalam.

Poay Tiong berkata, aduan rasmi telah dibuat semasa pertemuannya dengan pegawai SPR Melaka bagi membolehkan SPR menyiasat perkara berkenaan.

Sementara itu, seorang jurucakap SPR ketika mengesahkan laporan itu berkata, siasatan akan dijalankan sebelum tindakan susulan diambil.
icdaftar
Nama lelaki, jantina perempuan - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'