Monday, July 21, 2014

USD5,000 kepada keluarga setiap penumpang MH17


  • Pesawat penumpang Malaysia terhempas di UkrainePesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) menawarkan bantuan kewangan USD5,000 kepada keluarga setiap penumpang pesawat Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis lepas.
MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata dana tersebut ditawarkan sebagai tanda muhibah dan membantu keluarga terdekat penumpang meringankan keperluan ekonomi mereka.
"Dana telahpun disediakan untuk tujuan ini. Citibank telah membantu MAS dengan aturan logistik bagi pemindahan dana.
"Bantuan kewangan ini tidak akan diimbangi dalam bayaran ganti rugi muktamad atau menjejas hak tuntutan sah keluarga berkenaan," jelas kenyataan itu.
Ia menyatakan, fokus utama MAS ialah keprihatinan terhadap anggota keluarga yang terjejas akibat tragedi MH17. 
MAS akan membantu keluarga itu pada saat-saat penuh dugaan ini dan akan menyediakan mereka akomodasi hotel, makan dan bantuan pengangkutan, katanya.
"Pada masa sama, syarikat penerbangan itu telah menugaskan penjaga kebajikan (yang dilatih MAS) bagi setiap anggota keluarga untuk memberi sokongan emosi dan keperluan asas.  
"Hingga kini, 79 penjaga kebajikan dan kakitangan sokongan lain berada di Amsterdam, sementara 43 berpangkalan di Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.
MAS berterima kasih kerana dapat bekerjasama dengan KLM dalam usaha membantu anggota keluarga berkenaan dari permulaan lagi, katanya.
MAS akan juga menganjurkan sesi doa pelbagai agama untuk kakitangan dan orang ramai.
"Butir lanjut akan diberitahu kemudian," kata kenyataan itu.  
MAS, katanya, meminta kerjasama anggota media agar menghormati privasi keluarga yang bersedih. 
"Keutamaan MAS kekal untuk menyediakan kebajikan dan bantuan kepada keluarga penumpang serta kru dan sebarang maklumat berhubung keadaan peribadi mereka tidak akan diumumkan," kata kenyataan itu.  - Bernama

Pelajar didenda RM15,000 sembunyi wang curi


21 Julai 2014

KUALA LUMPUR - Pelajar warga Tanzania hari ini didenda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan membantu menyembunyikan harta curi iaitu wang berjumlah RM12,500, akhir bulan lepas.

Erick Andrew Mbwambo, 19, dituduh menyembunyikan wang tunai RM5,000 yang dicuri dengan memindahkannya ke akaun Public Bank miliknya melalui Hong Leong Bank cawangan Seri Petaling pada pukul 5.36 petang 27 Jun lepas.  

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memindahkan wang tunai RM5,000 yang dicuri ke dalam akaun Hong Leong Bank miliknya pada pukul 5.37 petang di hari dan tempat yang sama.

Tertuduh juga didakwa atas kesalahan sama melibatkan wang tunai RM2,500 dengan memindahkan wang berkenaan ke akaun Affin Bank miliknya melalui Affin Bank cawangan Seri Petaling pada pukul 10.06 pagi, 30 Jun lepas.

Mbwambo dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan itu mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 bulan jika gagal membayar denda. Rakan-rakan tertuduh yang hadir di mahkamah membayar denda itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon satu hukuman yang setimpal  sebagai pengajaran namun peguam, Vincent Chew Zi Xian yang mewakili tertuduh memohon supaya hukuman diringankan dengan alasan anak guamnya merupakan seorang pelajar di kolej swasta.

"Sebagai pelajar, dia telah dipergunakan oleh kawannya yang meminta untuk menggunakan akaun Erick (Mbwambo) dan telah menjanjikan ganjaran sebanyak RM50 hingga RM100 untuk setiap transaksi," katanya. - Bernama

Kita jumpa di Padang Mahsyar, kata akhir mangsa


  • MH17

KUALA LUMPUR - "Kalau kita tak jumpa dekat sini, kita jumpa di Padang Mahsyar," itulah kata terakhir Mohd Afif Tambi Jiee, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 sebelum meninggalkan rumah sewanya di Petaling Jaya untuk bercuti bersama keluarga di Kazakhstan.
Rakan serumahnya Khairil Azwan, 21, berkata beliau tidak menyangka itu adalah ungkapan terakhir Afif, 19, selepas peperiksaan akhir pengajian asasi di Taylor's University.
"Yang saya ingat sekali bila kali terakhir jumpa, dia nak keluar rumah dan kemas barang macam nak pergi lama padahal cuti asasi kejap sahaja dan bila saya tanya kenapa kemas banyak barang, dia diam saja," katanya kepada pemberita selapas majlis bacaan tahlil anjuran Taylor's University di sini hari ini.
Khairil berkata Afif seorang kawan yang baik dan banyak memberi nasihat kepadanya.
"Dia banyak nasihat saya tentang dunia dan akhirat, cara pemikirannya juga sangat matang, jadi dia bukan jenis kawan yang biasa, Afif seorang kawan yang sukar dicari," katanya dengan sebak.
Afif, anak sulung daripada empat beradik, menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di universiti swasta itu dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada Ogos ini.
Sementara itu, seorang lagi kawan Afif, Nadine Saedah Nasaruddin, 19, terkejut mendengar tragedi itu yang telah mengorbankan rakan sekelasnya dan amat sukar baginya menerima pemergian kawan yang dianggap sebagai seorang yang sangat periang.
"Beliau mempunyai penampilan yang menawan, dia pelawak dalam kumpulan kami, dia buat semua orang ketawa sepanjang masa, jika anda bersedih, dialah yang akan menceriakan anda dan dia selalu berfikiran positif.
"Saya akan merindui teks rambangnya, saya kehilangan seseorang yang sangat rapat walaupun saya mengenali beliau hanya setahun tetapi saya rasa seperti telah mengenalinya bertahun-tahun," katanya.
Dalam nahas itu, Mohd Afif bersama ayahnya Tambi Jiee, 49, ibunya, Ariza Ghazalee, 46, dan tiga lagi adik beliau - Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Mohd Afruz, 13, dalam perjalanan balik dari Kazakhstan.
  
Bapanya bekerja dengan syarikat Shell di negara itu sejak tiga tahun lepas dan baru mendapat kebenaran untuk bertugas di Kuala Lumpur. - Bernama

Putin janji bantu dapatkan mayat, kotak hitam


  • Vladimir Putin

AMSTERDAM - BELANDA. Presiden Rusia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mendapatkan semula mayat dan kotak hitam dari lokasi nahas MH17 yang dikawal pemberontak, lapor AFP.

Sehingga semalam, lebih 196 mayat dikeluarkan dari lokasi nahas, sebelum ditempatkan dalam gerabak dingin beku sebuah keretapi yang disediakan Kerajaan Ukraine.

Bagaimananapun, keretapi itu dilaporkan bergerak ke lokasi tidak dinyatakan, namun dipercayai berada di Torez berhampiran lokasi nahas di Grabovo yang dikuasai pemberontak.

Putin membuat janji dengan Rutte dalam satu perbualan kali ketiga sejak kemalangan MH17, Khamis lalu.

“Selain membolehkan akses yang tidak terhad kepada lokasi kemalangan, perbualan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang praktikal antaranya tentang kereta api yang membawa mayat dan penyerahan kotak hitam.

“Putin janjikan kerjasama penuh untuk kedua-dua perkara itu,” kata salah seorang jurucakap media kerajaan.

PM Ukraine arah tentera henti aktiviti


  • Pesawat penumpang Malaysia terhempas di UkrainePesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

KIEV - UKRAINE. Kerajaan Ukraine telah mengarahkan tenteranya menghentikan sebarang aktiviti ketenteraan dalam lingkungan 40 km dari kawasan MH17 terhempas, kata Presiden Ukraine Petro Poroshenko.
Arahan itu, katanya, berkuat kuasa serta-merta dalam usaha untuk meredakan ketegangan antara tenteranya dan kumpulan pemberontak pro-Rusia.   

Ia sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempercepatkan usaha pasukan penyiasatan bersama antarabangsa mendapat laluan yang selamat ke tempat kejadian, katanya.
Sambil melahirkan rasa kesal atas kelewatan untuk memindahkan mayat-mayat ke dalam pesawat, yang menghalang penyiasatan, beliau berkata kerajaan Ukraine telah melakukan sedaya upaya termasuk mengundang Moscow untuk menyertai pasukan penyiasat antarabangsa.
"Saya menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan terhadap kumpulan pengganas kerana menghalang usaha mencari mayat penumpang MH17 dan gagal menjamin keselamatan pasukan penyiasatan antarabangsa disebabkan keadaan," kata beliau dalam bahasa Ukraine pada sidang media semasa melawat Kedutaan Malaysia di sini, Isnin.
Teks ucapannya diterjemahkan seorang pegawai Kedutaan Malaysia.
Pesawat MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, di bahagian timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.   

Laporan media asing menyebut bahawa pesawat itu ditembak jatuh tetapi sehingga sekarang tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap insiden.
Terdahulu, Poroshenko merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa pesawat MH17 yang terhempas di bahagian timur Ukraine pada Khamis, semasa mengunjungi Kedutaan Malaysia di sini, Isnin.
  
Poroshenko meletakkan sejambak bunga mawar putih di hadapan tembok kedutaan bersama Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan duta-duta asing yang lain.
Sejak tragedi itu, masyarakat Ukraine meletakkan deretan bunga seperti tulip, mawar dan orkid serta mainan mewah seperti teddy bear, patung harimau dan lilin di tembok kedutaan.
Mereka juga meninggalkan kad yang tertera mesej "hentikan keganasan, kami berkabung, anda adalah bidadari", "mangsa keganasan Rusia" dan "berdoa dan berkabung bersama anda".
Poroshenko bertafakur sebentar sebelum memasuki pejabat kedutaan untuk menandatangani buku takziah.
Susulan tragedi itu, Malaysia menghantar pasukan khas 133 pegawai dan pakar terdiri daripada anggota mencari dan mengumpul bukti, pakar forensik serta pakar-pakar teknikal dan perubatan yang tiba di Kiev pada Sabtu.
Memasuki hari keempat sejak tragedi, pasukan Malaysia termasuk pasukan penyiasatan antarabangsa yang lain belum memperoleh jaminan bagi laluan selamat untuk ke tempat kejadian kerana kawasan itu dikuasai kumpulan pemberontak yang pro-Rusia.
Malah kerajaan Rusia melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan pasukan penyiasatan bersama antarabangsa.
Disebabkan perlu menyegerakan usaha mengutip mayat mangsa-mangsa MH17 dan penyiasatan terhadap punca tragedi, Liow dan Anifah terus datang ke Kiev masing-masing pada pada Ahad dan Isnin. - Bernama

277 mayat ditemui, 251 ke gerabak sejukbeku


  • Pesawat penumpang Malaysia terhempas di UkrainePesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

KUALA LUMPUR - Sejumlah 277 mayat mangsa pesawat MH17 telah dijumpai, kata Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk hari ini.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 251 mayat dipindahkan ke dalam empat gerabak sejukbeku dan bersedia untuk berlepas ke Amsterdam tetapi kumpulan bersenjata Rusia tidak membenarkan mereka meninggalkan Torez.
"Keutamaan kami adalah mengumpul dan membawa semua mayat dan mengutip semua kemungkinan bukti berkaitan pesawat yang terhempas," kata beliau pada sidang media di Kiev, Ukraine.
Yatsenyuk berkata Ukraine bersedia membenarkan rakannya dari Barat mengetuai penyiasatan selain bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak Belanda untuk menjalankan siasatan terhadap jenayah antarabangsa ini.
"Kami akan membawa ke muka pengadilan setiap mereka yang bertanggungjawab terhadap MH17 termasuk negara yang menyokongnya. Ukraine melancarkan penyiasatan menyeluruh dan telus, membabitkan semua agensi penguatkuasaan undang-undang Ukraine dan agensi penguatkuasaan Barat," kata beliau.
Beliau berkata 31 orang pakar antarabangsa telah tiba di Kharkiv untuk menjalankan penyiasatan di tempat kejadian.
"Ukraine bersedia untuk memberi peranan utama kepada Belanda dalam penyiasatan dan Ukraine bersedia membenarkan penyiasat antarabangsa memeriksa peralatan persenjataannya untuk membuktikan ia tidak ada kena-mengena dengan MH17," kata beliau.
Yatsenyuk berkata, kerajaan juga menggesa Rusia mematuhi undang-undang antarabangsa dan bekerjasama dalam penyiasatan.
  
"Ada banyak bukti yang menunjukkan campurtangan Rusia termasuk media digital, rakaman audio, laporan dan banyak lagi. Saya menggesa kerajaan Rusia memberi jawapan kepada semua persoalan yang dibangkitkan," kata beliau. - Bernama

Kereta api bawa mayat mangsa MH17 ditahan


TOREZ, Ukraine 21 Julai- Kereta api yang membawa 200 mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 disyaki ditahan oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di sini, menurut kenyataan kerajaan Ukraine hari ini.
Kereta api berkenaan disekat daripada meneruskan perjalanan walaupun Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi jaminan keselamatan dan pelindungan kepada pemerhati dan pasukan yang ditugaskan di lokasi kemalangan pesawat MAS itu.
Destinasi terakhir kereta api berkenaan masih belum dikenal pasti, menurut laman web, ibtimes.co.uk.
Dalam pada itu, pertempuran dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Torez yang memaklumkan, empat kereta kebal kerajaan dan dua kereta kebal kumpulan pemisah sedang menghala ke stesen kereta api.
Pasukan penyelamat telah menemui 251 mayat mangsa di sekitar lokasi tragedi yang terletak berhampiran sempadan Ukraine dan Rusia.-UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140721/dn_46/Kereta-api-bawa-mayat-mangsa-MH17-ditahan#ixzz386ftOGzJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pasukan penyelamat temukan 251 mayat di kawasan nahas


KIEV 21 Julai - Pasukan penyelamat menemukan sebanyak 251 mayat dan 86 cebisan anggota badan penumpang pesawat Malaysia Airlines, MH17 di kawasan nahas, di timur negara ini semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa kerajaan Ukraine, sebuah lagi kereta api yang dilengkapi dengan alat pendingin hawa dipercayai digunakan untuk membawa lebihan mayat dilaporkan sudah tiba berhampiran kawasan nahas.
Selain itu, jawatankuasa pasukan penyiasat menyatakan bahawa kereta api yang membawa hampir 200 mayat penumpang MH17 sebelum ini dilaporkan terkandas di sebuah stesen di bandar Torez ekoran ‘dikepung oleh kumpulan pengganas’. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140721/lu_15/Pasukan-penyelamat-temukan-251-mayat-di-kawasan-nahas#ixzz386JMFvjo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MH17: Rusia kantoi ubah maklumat Wikipedia


  • Rekod kemaskini di laman mikro 'Twitter Bot' RuGovEdits - Sumber TwitterRekod kemaskini di laman mikro 'Twitter Bot' RuGovEdits - Sumber Twitter

KERAJAAN Rusia dikatakan telah mengubah beberapa maklumat di Wikipedia mengenai kejadian nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang berlaku di timur Ukraine pada Khamis.

'Twitter Bot' yang tugasnya untuk memantau sebarang suntingan yang melibatkan alamat IP kerajaan telah merekod perubahan maklumat di bahagian 'Kemalangan Udara Awam', lapor The Telegraph.

Maklumat asli yang dikatakan telah diubah adalah "pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh pengganas yang menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang diperolehi dari kerajaan Rusia" kepada "pesawat tersebut ditembak jatuh oleh askar Ukraine".

Rekod kemaskini tersebut kemudian disiar di laman mikro Twitter https://twitter.com/RuGovEdits

Khamis lepas, pesawat malang yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dikatakan ditembak dengan menggunakan sistem peluru berpandu anti-pesawat jenis BUK sebelum terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Sehingga kini belum dapat dipastikan kesahihan maklumat yang mengatakan ia ditembak jatuh namun kerajaan Ukraine mendakwa, insiden didalangi puak pemisah pro-Rusia.

4 bom gegar Narathiwat


Narathiwat: Empat bom buatan sendiri meletup serentak berhampiran sebuah stesen kereta api di daerah Rangae di wilayah ini, semalam.

Bagaimanapun, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan, kata polis.


Jurucakap polis Manoj Plodkhanngern berkata, letupan berlaku jam 12.10 (waktu tempatan).

Dua bom pertama dimasukkan dalam tong minyak pelincir yang kemudian diletakkan berhampiran tong sampah di belakang stesen kereta api Tanyongmat.


Bom ketiga diletakkan pada tiang elektrik di depan sebuah bank sementara yang keempat diletakkan di menara jam di depan stesen kereta api itu.


Bom itu diletupkan serentak, tetapi tidak menyebabkan kerosakan atau kemalangan jiwa. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21

Jokowi menang 23 wilayah


Jakarta: Pasangan pilihan raya presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo dan Jusuf Kalla (JK) dijangka diumumkan sebagai pemenang dalam pilihan raya berkenaan, esok.

Menurut laporan Britasatu.com. selepas pengiraan undi yang hampir berakhir semalam, pasangan itu meraih suara terbanyak berbanding pasangan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa.


Hasil daripada data yang dikumpulnya menunjukkan Jokowi-JK meraih 70,675,237 undi (53.18 peratus sen) sementara Prabowo-Hatta hanya meraih 62,230,557 undi atau 46.82 peratus.

Jokowi dikatakan menang di 23 wilayah iaitu Sumatera Utara, Jambi, Bengkulu, Lampung, Bangka Belitung, Kepulauan Riau, Jakarta, Jawa Tengah, Yogyakarta, Jawa Timur, Bali, Nusa Tenggara Timur, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Timur, Sulawesi Utara, Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Sulawesi Tenggara, Sulawesi Barat, Maluku, Papua dan Papua Barat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21

Umum presiden esok

Jakarta: Gabenor Jakarta Joko ‘Jokowi’ Widodo dijangka diisytiharkan memenangi pilihan raya presiden Indonesia minggu ini, namun saingannya bekas jeneral Prabowo Subianto mungkin mencabar keputusan itu yang dilihat akan memanjangkan lagi kemelut politik negara itu.

Kedua-dua calon mendakwa memenangi pilihan raya 9 Julai lalu selepas kempen yang sengit di negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu namun ramalan rata-rata mengatakan Jokowi bakal diisytihar pemenang apabila proses pengiraan selesai. 
Pilihan raya itu dilihat paling sengit di Indonesia sejak kejatuhan presiden Suharto pada 1998. Ia juga ‘ujian’ terbesar buat negara itu yang dianggap masih baru merasai proses demokrasi. 

“Proses pilihan raya kali ini banyak melihat polarisasi sengit - itu sesuatu yang baru bagi kami di negara ini,” kata penganalisis veteran Indonesia, Kevin Evans.
Foto
SUSILO (tengah) diapit Jokowi (kanan) dan Prabowo menunaikan solat Maghrib di Istana Presiden selepas berbuka bersama, semalam.

Keputusan bakal diumumkan esok selepas kira-kira 130 juta kertas undi dikira satu persatu di seluruh Indonesia yang terdiri daripada lebih 17,000 pulau.

Keadaan semakin tegang dalam tempoh dua minggu lalu apabila kedua-dua pihak saling menuding jari menuduh saingannya berniat mengganggu proses pengiraan. 

Sehubungan itu, pihak polis bakal bertugas di seluruh negara apabila keputusan diumumkan. 

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut menggesa kedua-dua calon memastikan penyokong masing-masing tidak turun ke jalanan kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini - peringatan terhadap kejadian 16 tahun lalu yang melihat ratusan orang mati pada penghujung pemerintahan tiga dekad yang disifatkan autokratik. 

Menurut pemerhati, Prabowo hanya boleh menang jika pihaknya mengganggu proses kiraan undi, namun bekas jeneral itu menegaskan dia masih menjadi pilihan utama sebaliknya mendakwa Jokowi yang cuba melakukan penipuan untuk menjamin kemenangannya. 

Semalam, pasukan Prabowo sekali lagi mendakwa penipuan dalam proses kiraan undi dan menggesa supaya keputusan tidak diumumkan sehingga dakwaan mereka disiasat. 

“Saya menganggap kesahihan proses kiraan undi ini tidak telus,” kata Prabowo. 

Kempen itu dilihat sebagai yang paling kotor dalam sejarah demokrasi singkat Indonesia, dan melihat sokongan terhadap Jokowi merosot selepas beberapa siri serangan politik terhadapnya. 

Bagaimanapun, pada hari pemilihan, hasil tinjauan penganalisis yang dianggap mampu membuat jangkaan tepat menganggap Jokowi mampu mendahului antara dua hingga tujuh peratus. 

Beberapa institut tinjauan lain yang kurang dikenali sebaliknya mendakwa Prabowo bakal menang, namun kesahihan pandangan itu banyak dipertikaikan. 

Dua daripada badan itu disingkirkan selepas enggan melalui audit.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21

Biarlah mati ‘bertanda’


Sambil mengalirkan air mata, Noriah Daud, 57, berkata, dia tidak menyangka akan kehilangan anak lelaki tunggal dari empat beradik itu lebih awal dan pemergiannya amat dirasai kerana Ahmad Hakimi paling rapat dengannya berbanding adik beradik lain.
“Kalau kuburnya ada di sini bolehlah kami menziarahi setiap kali merinduinya kerana Hakimi tidak akan kembali lagi.

“Sekurang-kurangnya biarlah kematiannya ‘bertanda’ supaya cucu saya dapat melihat di mana ayahnya berada apabila besar kelak,” katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di rumahnya semalam.
Foto
NORIAH ibu kepada pembantu juruterbang pesawat MH17, Ahmad Hakimi sebak melihat gambar anaknya.
Foto
AMRAN Daud, 50, bapa saudara Ahmad Hakimi menunjukkan gambar terkini anak saudara kesayanagnnya di telefon bimbit.

Sepanjang ditemu bual Noriah gagal menahan sebak dan menangis, terutama ketika melihat gambar anaknya yang terpampang di muka depan sebuah akhbar.

Ahmad Hakimi adalah seorang daripada 15 anak kapal yang maut dalam kejadian itu dan meninggalkan isteri serta anak kecil berumur sembilan bulan.


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/21

'Buk' tak dapat lari


Beberapa imej dan video yang muncul di laman sosial dikatakan menunjukkan sistem peluru berpandu ini berada di wilayah Donetsk di timur Ukraine sebelum pesawat terhempas.
Laman web Storyful mengumpul maklumat daripada laman sosial dan wartawan serta pakar media sosial berusaha mengesahkan kesahihan maklumat daripada media sosial itu.

Maklumat yang disahkan dilampirkan ke dalam satu laporan dan Storyful menentukan bahawa ahli kumpulan pemberontak Donetsk People’s Republic sekurang-kurangnya mempunyai akses kepada sistem pembinasa kapal terbang seperti yang digunakan ke atas MH17.
Foto
RAKAMAN video oleh Kementerian Dalam Negeri Ukraine mendakwa lori membawa 'Buk' tanpa satu peluru berpandunya. FOTO AP

Laporan Storyful itu juga menjelaskan, walaupun angkatan tentera Ukraine juga mempunyai kemampuan yang serupa, peluru berpandu ditembak dari kawasan dikawal pemberontak pro-Russia.

Laporan dari lokasi nahas di beberapa laman media sosial memberi pandangan awal mengenai kejadian itu serta lokasi sistem peluru berpandu ‘Buk’ di kawasan yang dikawal kumpulan pemberontak pro-Russia sebelum berlakunya nahas itu.

Maklumat ini muncul seawal 29 Jun daripada akaun Twitter yang berkaitan dengan Donetsk People’s Republic (DPR), @DNRpress yang menunjukkan sistem 'Buk' serta penjelasan “ia berada di kawasan rejimen A1402.”


Tweet yang mengesahkan pemberontak pro-Russia memiliki 'Buk'


Rejimen A1402 bergerak ke kawasan Donetsk pada 2007 dari Odessa dan berpangkalan berhampiran lapangan terbang Donetsk.

Sementara itu, sejurus selepas pesawat MH17 dilaporkan terhempas, satu akaun media sosial yang dikaitkan dengan komander DPR Igor Strelkov menyatakan sebuah pesawat tentera An-26 ditemkbak jatuh berhampiran Torez yang dikawal kumpulan pemberontak.

Kawasan nahas terletak tidak jauh di utara Torez.



Komen Strelkov selepas menganggap pesawat yang ditembak adalah pesawat tentera An-26


ITAR-TASS juga melaporkan berita sama sebelum laporan pesawat MH17 terhempas mula muncul.

Tweet itu dihantar pada 10.14 malam (waktu Malaysia) manakala Malaysia Airlines melaporkan telah terputus hubungan dengan MH17 kira-kira seminit selepas itu.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine juga melepaskan satu rakaman video menunjukkan ‘Buk’ dibawa ke timur Ukraine. Menterinya, Arsen Avakov mendakwa ia dirakam di Krasnodon yang berhampiran sempadan Russia.

Satu lagi video pada 17 Julai menunjukkan ‘Buk’ dipindahkan dekat Snizhne yang terletak di tenggara lokasi nahas MH17 manakala satu gambar yang dimuat naik selepas kejadian juga menunjukkan ‘Buk’ ber ada di Snizhne.



Video ‘BUK’ dimuat naik semula selepas video asal dibawa turun


Namun, lokasi sebenar gambar tersebut dapat dikenalpasti di Torez dan bukan Snizhne oleh pengguna Twitter @AricToler.



Lokasi sebenar ‘Buk’ dapat dikenalpasti oleh pengguna Twitter


Walaupun Tweet dan rakaman video telah dipadamkan oleh pemilik, salinannya masih boleh dijumpai di Internet.

Selain itu, beberapa rakaman video daripada lokasi kejadian cuba disahkan oleh Storyful termasuk satu yang menunjukkan serpihan pesawat yang jatuh.

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) juga mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemberontak pro-Russia yang mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku, namun ia belum disahkan betul oleh Storyful.

Dalam satu sesi media pada 18 Julai, Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Babngsa Bersatu (PBB) Samantha Power mendakwa bukti MH17 ”kemungkinan besar” ditembak oleh peluru berpandu SA-11” dari kawasan pemberontak pro-Russia di timur Ukraine.

Sistem peluru berpandu lain pula diketepikan kerana pesawat terbang pada ketinggian 10,000 meter.

Power juga menyatakan peluru berpandu Buk dilihat di Snizhne oleh beberapa wartawan yang juga dilaporkan oleh agensi berita AP.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

Pemberontak ambil 196 mayat


Jurucakap Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OCSE) berkata, mayat tersebut dimasukkan ke atas kereta api bergerabak dingin di Torez, kira-kira 15 kilometer daripada kawasan pesawat MH17 terhempas.
Agensi berita Russia melaporkan kereta api itu menuju ke Donetsk, bandar yang dikuasai mereka.

Wartawan Associated Press (AP) sendiri menyaksikan tentera pemberontak memasukkan mayat mangsa yang dibungkus dengan plastik ke dalam lori sebelum membawa keluar dari kawasan nahas.
Foto
SEORANG tentera pemberontak pro-Russia berdiri brehampiran mayat mangsa. FOTO Reuters

Pada pagi Ahad, wartawan AP mendapati tiada mayat di kawasan nahas dan pasukan perkhidmatan kecemasan dilihat menyelusuri padang gandum untuk mencari anggota badan dan tentera pemberontak yang bersenjata juga gagal dikesan di kawasan berkenaan.

Jurucakap Menteri Kecemasan Ukraine, Nataliya Bystro berkata, pekerja sukarela di wilayah yang dikawal tentera pemberontak itu dipaksa untuk menyerahkan semua mayat yang ditemui kepada pemberontak bersenjata.

"Kami tidak tahu ke mana mereka membawa mayat itu," kata Bystro.

Seorang pekerja perkhidmatan kecemasan, Alexander Pilyushny, berkata, tentera pemberontak itu mengambil masa beberapa jam untuk membawa semua mayat itu keluar dari kawasan nahas.

Katanya, dia bersama rakan kerja yang lain tiada pilihan selain akur pada arahan kumpulan pemberontak untuk menyerahkan mayat kepada mereka.

"Mereka bersenjata dan kami tidak. Mereka (tentera pemberontak) datang, memasukkan mayat ke dalam lori dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui," katanya. - AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/20

‘Tolong bawa balik mayat segera’



JAMILAH NORIAH menunjukkan gambar kenangan hari raya ahli keluarga Ariza yang merupakan antara penumpang MH17 yang terkorban apabila pesawat dinaiki terhempas di Ukraine Khamis lalu.


PUTRAJAYA – “Tolonglah bawa balik mayat dalam apa jua keadaan sekalipun supaya kami dapat kebumikannya di sini.”
Itulah harapan Syuhada Daud, 29, sepupu kepada salah seorang mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Ariza Ghazalee, 46.
Menurut Syuhada, kesemua ahli keluarga Ariza terutama ibunya, Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, berharap kerajaan dapat membawa pulang jenazah mangsa ke negara ini secepat mungkin.
Katanya, langkah tersebut bagi membolehkan mereka menyempurnakan pengebumian jenazah mangsa.
“Kami memahami kerajaan sedang berusaha sedaya upaya tetapi kalau boleh mayat dibawa pulang secepat mungkin.
“Itu yang kami sekeluarga mahukan ketika ini,” katanya ketika ditemui di Hotel Marriot di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz383OK7BR0 
Hakcipta terpelihara 

Kotak hitam bahan bukti penting


KAMARUL


KUALA LUMPUR – Data yang terdapat dalam kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dapat mengesahkan bahawa pesawat itu telah ditembak dengan peluru berpandu dalam kejadian di ruang udara Ukraine, 17 Julai lalu.
Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Kamarul Arifin Ahmad berkata, kotak hitam itu boleh mengesahkan berlaku impak yang kuat pada pesawat itu hingga menyebabkan ia jatuh.
“Impak yang kuat pada sesebuah pesawat dalam penerbangan cuma boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu akibat pelanggaran dengan pesawat lain atau ditembak peluru berpandu. Oleh itu, data kotak hitam MH17 dapat mengesahkan pesawat itu terkena peluru berpandu.
“Bagaimanapun, saya percaya data perbualan di kokpit yang dirakam kotak hitam tidak dapat memberi sebarang bukti penting kerana juruterbang pasti tidak sempat membuat panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz383NcLxIr 
Hakcipta terpelihara 

Mayat tiba sebelum Aidilfitri



NAJIB bersalaman dengan penerima bantuan raya pada majlis Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kesemua mayat warga Malaysia, mangsa tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang telah dikenal pasti dibawa pulang dan disemadikan di tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Justeru Najib mengesa semua urusan membawa keluar mayat mangsa-mangsa tragedi dari lokasi kejadian di Ukraine perlu disegerakan.
Najib memberitahu, kerajaan komited dan sedang berusaha mengenal pasti identiti kesemua mangsa tragedi MH17 dan sejak kejadian tersebut kerajaan sedang melakukan pelbagai usaha bagi membawa pulang mayat mangsa-mangsa itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz383NU25wf 
Hakcipta terpelihara 

SIA tak patut persoal laluan MAS



GAMBAR rajah Flightradar24 menunjukkan kekerapan penerbangan awam di ruang udara Ukraine seminggu sebelum MH17 ditembak jatuh.


KUALA LUMPUR – Pakar-pakar penerbangan menyelar status Facebook syarikat Singapore Airlines (SIA) yang seolah-olah mempersoalkan laluan udara yang digunakan Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine akibat ditembak peluru berpandu pada Khamis lalu.
Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Leftenan Kolonel Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, isu mengenai laluan udara mana yang perlu dipilih pesawat MAS tidak boleh dikritik oleh syarikat-syarikat penerbangan negara lain.
“Setiap syarikat penerbangan mana-mana negara mempunyai Sistem Pengurusan Keselamatan (AVSEC) masing-masing yang ditugaskan mengenal pasti laluan udara yang boleh dilalui dan tidak boleh dilalui.
“Jika AVSEC negara tersebut berasa laluan itu selamat, terpulang kepada negara terbabit membuat keputusan sama ada ingin meneruskan perjalanan melalui ruang udara tersebut atau menukar kepada laluan lain,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz383NL02lA 
Hakcipta terpelihara 

Mayat mangsa MH17 terbiar


PARA pekerja Kementerian Kecemasan Ukraine mengumpul mayat para penumpang dan kru pesawat MH17 di Grabovo, timur Ukraine semalam.


KIEV – Mayat-mayat di tapak nahas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, timur Ukraine pada Khamis lalu dibiarkan mereput semalam.
Usaha-usaha untuk mengalihkan mayat mangsa di lokasi kejadian yang dilakukan para pekerja Kementerian Kecemasan Ukraine berjalan dengan perlahan.
Setakat ini, sebanyak 196 mayat telah diletakkan di dalam beg plastik dan dikumpulkan di tepi sebatang jalan raya selepas pesawat itu dipercayai ditembak dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari pelancar Buk pada Khamis lalu.
Seorang wartawan agensi berita AFP melaporkan, 196 mayat itu telah dipindahkan menaiki kereta api yang dilengkapi peti sejuk menuju ke bandar Donetsk.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz383Mze1PU 
Hakcipta terpelihara 

Gambar asap selepas pesawat MH17 ditembak jatuh



GAMBAR menunjukkan asap putih (dalam bulatan) kelihatan beberapa saat selepas sebuah peluru berpandu menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia di Grabovo, Ukraine kelmarin.


GRABOVO - Sekeping gambar menunjukkan jejak asap putih di langit beberapa saat selepas sebuah peluru berpandu menembak jatuh sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dekat sini pada Khamis lalu.
Peluru berpandu buatan Rusia itu dipercayai ditembak dari pinggir bandar Snizhne yang dikawal kumpulan pemisah pro-Rusia.
Ia mengambil masa selama 12 saat untuk mencapai sasaran pesawat tersebut yang terbang pada ketinggian 10,000 meter.
Kira-kira dua saat selepas gambar ini diambil pesawat tersebut meletup dan berkecai di udara.
Ketika kejadian pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.
Seramai 298 penumpang dan kru pesawat tersebut terbunuh dalam nahas itu.
Pesawat itu terhempas di Torez dekat Shakhtersk dalam wilayah Ukraine.
Buat masa ini pejuang pemisah pro-Rusia dan kerajaan Ukraine saling tuduh menuduh dalam isu pihak yang mana menembak pesawat tersebut.
"Ini adalah jejak asap peluru berpandu yang menembak jatuh MH17," kata Ketua Perisikan Ukraine, Vitaliy Naida.
Dua hari sebelum kejadian pemberontak mendakwa sebuah pesawat tentera Ukraine membedil bandar Snizhne dengan peluru berpandu menyebabkan 11 orang terbunuh.
Ramai pihak percaya peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat MAS itu dilancarkan dari pelancar Buk yang merupakan sistem peluru permukaan ke udara canggih dan memerlukan latihan selama beberapa bulan untuk mengendalikannya.
Seorang pakar keselamatan dan pertahanan dari Institut Perkhidmatan Diraja Bersatu di London, Jonathan Eyal berkata, pejuang pemisah tidak mungkin mampu mengendalikan sistem itu tanpa penglibatan tentera Rusia.
Eyal berkata, gambar asap itu konsisten dengan jejak asap yang dihasilkan oleh peluru berpandu 10 saat atau kurang selepas dilancarkan dari Buk.
Kelmarin kerajaan Ukraine mendakwa mereka mempunyai bukti Rusia membekalkan pelancar peluru berpandu itu kepada pejuang pemisah.
Katanya, tiga pelancar itu melintasi sempadan Rusia pada Jumaat lalu, kurang 10 jam sebelum pesawat MH17 ditembak.
Dua jam sebelum pesawat MH17 ditembak, pelancar Buk dirakamkan berada di bandar Torez.
Dalam pada itu, Perancis memberi amaran Rusia akan menerima padah jika negara itu tidak memberi tekanan kepada golongan pemisah Ukraine untuk membenarkan para penyelamat dan penyiasat memasuki tapak nahas.
"Jika Rusia tidak mengambil beberapa langkah yang diperlukan, padah akan diambil oleh Kesatuan Eropah pada Majlis Hubungan Hal Ehwal Asing yang bakal berlangsung esok," kata Perancis menerusi satu kenyataan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0721&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz383MV6ZrW 
Hakcipta terpelihara 

Ukraine dakwa Rusia jadi dalang



BEBERAPA anggota kumpulan pemisah pro-Rusia mengawal lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia dekat Grobovo, Ukraine semalam.


KIEV - Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk menuduh bahawa Rusia mendalangi perbuatan menembak jatuh pesawat Malaysia MH17 kerana operasi tersebut memerlukan anggota profesional dan bukan gorila mabuk (pemisah pro-Rusia).
Beliau membuat dakwaan tersebut dalam satu komen yang disiarkan semalam.
"Kru amat profesional diperlukan untuk mencari sasaran dan melepaskan peluru berpandu Buk ini," katanya kepada sebuah akhbar Jerman mengenai insiden pesawat MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh di timur Ukraine sekali gus meragut kesemua 298 nyawa penumpang dan anak kapal.
"Adalah dipercayai anggota-anggota profesional ini datang dari Rusia," beliau dipetik sebagai berkata oleh akhbar berkenaan.
Yatsenyuk memberitahu bahawa tidak mungkin kumpulan pemisah dapat menembak peluru berpandu itu secara bersendirian.
"Kita semua tahu bahawa gorila mabuk (pemberontak) tidak tahu bagaimana untuk menggunakan sistem peluru berpandu canggih itu," katanya kepada akhbar Allgemeine Sonntagszeitung.
Beliau merujuk kumpulan pemisah itu sebagai haiwan gorila yang mabuk.
Perdana Menteri itu juga menyatakan bahawa tentera Ukraine tidak pernah menggunakan peluru berpandu dalam konflik dengan kumpulan pemisah pro-Rusia itu manakala semua peluru berpandu jenis darat ke udara Ukraine pula ditempatkan di kawasan lain.
"Kami bersedia untuk mendedahkan semua bukti dan lokasi," ujarnya.
Menurut Yatsenyuk, konflik di Ukraine bukan perang saudara tetapi merupakan 'campur tangan yang diketuai Rusia.'
"Konflik ini diketuai oleh Rusia, disokong Rusia, dibiayai Rusia dan diselia Rusia," jelasnya.
Tambah Yatsenyuk, masanya sudah tiba untuk menghentikan pencerobohan Rusia.
Menteri Luar Jerman Frank-Walter Steinmeier meminta supaya pasukan penyiasat antarabangsa diberikan akses tanpa gangguan di lokasi pesawat MH17 terhempas di timur Ukraine.
"Sesiapa yang mengganggu siasatan MH17 sama ada menyembunyikan sesuatu atau tidak berhati perut," kata Steinmeier seperti yang dilaporkan akhbar Jerman, Bild. - AFP

Pemisah dakwa temui kotak hitam MH17


SEORANG pekerja menyelamat itu menunjukkan kotak hitam yang ditemuinya kepada rakan-rakannya.


DONETSK - Seorang ketua pemisah menyatakan semalam bahawa pihaknya telah menemui objek dipercayai kotak hitam sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh dekat Grabovo, timur Ukraine.
Namun, mereka memerlukan pakar-pakar untuk mengesahkan objek tersebut ialah kotak hitam dan perakam pesawat.
"Beberapa barangan yang dipercayai kotak hitam telah ditemui dan dihantar ke Donetsk. Barang-barang ini berada dalam simpanan kami," kata ketua pemisah berkenaan, Aleksander Borodai yang melantik dirinya sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk.
"Tiada pakar-pakar dalam kalangan kami yang boleh menunjukkan kotak hitam pesawat tetapi kami membawa bersama beberapa barangan teknikal ke Donetsk yang mungkin merupakan kotak hitam itu," katanya.
Seorang pegawai kumpulan pemisah lain, Sergei Kavtaradze berkata, dia percaya dua barangan itu adalah kotak hitam yang dicari.
Dalam pada itu, Borodai memberitahu, pihaknya telah bersetuju untuk menyerahkan kedua-dua barang itu kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.
Ukraine dan kumpulan pemisah pro-Rusia saling menuduh dalam isu pesawat tersebut ditembak jatuh pada Khamis lalu.
Ketika kejadian, pesawat itu dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter di timur Ukraine.
Ukraine dan Rusia menafikan menembak jatuh pesawat tersebut.
Semua 298 penumpang dan anak kapal pesawat itu terkorban. - Agensi

Kumpulan pemberontak ambil semua mayat penumpang MH17


KIEV 20 Julai - Pemberontak Ukraine mengambil semua mayat 196 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditemui pasukan penyelamat di kawasan kejadian dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_13/Kumpulan-pemberontak-ambil-semua-mayat-penumpang-MH17#ixzz383J3J6af
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kemarahan terhadap Rusia memuncak ekoran nahas MH17


GRABOVE, Ukraine 20 Julai - Kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap Rusia memuncak hari ini selepas kumpulan pemberontak Ukraine menafikan akses penuh kepada pegawai penyiasat.
Kumpulan itu turut didakwa merosakkan bukti di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines, MH17 di timur Ukraine.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengetuai bantahan global dengan memberitahu Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dalam satu panggilan telefon bahawa Washington `amat bimbang’ bahawa penyiasat dinafikan `akses sepatutnya’ ke lokasi nahas buat hari kedua berturut-turut.
``AS juga amat bimbang tentang laporan mayat beberapa mangsa dan serpihan daripada lokasi nahas dirosakkan atau secara tidak sepatutnya dipindahkan dari kawasan tragedi itu,’’ kata kenyataan Jabatan Negara AS. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_10/Kemarahan-terhadap-Rusia-memuncak-ekoran-nahas-MH17#ixzz383IVN85I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Abbott sifatkan lokasi nahas MH17 huru-hara


SYDNEY 20 Julai - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott hari ini menyifatkan lokasi nahas pesawat penumpang Malaysia Airlines, MH17 di Ukraine agak `huru-hara’ dan beliau bimbang campur tangan terhadap barang bukti akan berterusan.
Sebanyak 28 rakyat Australia dilaporkan berada di dalam pesawat malang itu yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine, Khamis lalu dan Abbott menegaskan usaha mencari mayat mangsa nahas adalah satu keutamaan.
``Kesukaran adalah bahawa lokasi nahas agak huru-hara, ia amat kelam-kabut. Keadaan yang sepatutnya berlaku di lokasi nahas kapal terbang, tidak berlaku,’’ katanya kepada Australian Broadcasting Corporation. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140720/lu_09/Abbott-sifatkan-lokasi-nahas-MH17-huru-hara#ixzz383IFyFUR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kotak hitam MH17 tiada pada Ukraine


KIEV 20 Julai - Majlis Keselamatan Ukraine menyatakan, kotak hitam pesawat penumpang Malaysia Airlines MH17 yang di tembak jatuh pada Khamis kerana memasuki ruang udara kawasan konflik di timur Ukraine tidak diserahkan kepada kerajaan Ukraine.
Jurucakap negara itu, Andriy Lysenko berkata, setakat ini dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kotak hitam tersebut.
"Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kotak hitam. Tiada salah seorang daripada mereka telah menyerahkan kotak hitam itu kepada Ukraine," katanya yang mengulangi pendirian Kiev bahawa pihaknya bersetuju mengadakan gencatan senjata jika pemberontak meletakkan senjata, menyerahkan kawalan sempadan dan membenarkan pemantau antarabangsa untuk menyiasat tempat kejadian. - REUTERS