Wednesday, November 2, 2011

Penyeleweng Agama Berlesen.

. JAIS Issues Warrant Of Arrest For Bob Lokman.


SHAH ALAM, Nov 1 (Bernama) - The Selangor Islamic Religious Department (Jais) has issued a warrant of arrest against actor Bob Lokman (real name Mohd Hakim Lokman) for failing to present himself to the department to assist investigations over his action in giving a religious talk without authorisation.

JAIS director Marzuki Hussin said the warrant was issued by the department on Friday."We are in the process of tracking him down," he said in an SMS here.




Marzuki added that the department was in the process of charging the actor in court and that he would be released on bail after a statement was recorded from him.

Bob had been detained by JAIS officers while giving a religious talk without authorisation before a congregation of about 70 at the Sungai Lui Mosque in Hulu Langat near here last month.

He is being investigated under Section 119 (1) of the JAIS Administration Enactment, where offenders can be fined up to RM3,000, or jailed two years, or both.-BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------------

Heh!!.... Heh!!

Nih berita best...
JAIS dah bukak lobang..
Menunjukkan kebangangan UMNO...

Pemuda PAS patut serang isu nih besar2an...
Walaupun risiko denda brader Bob cuma rm3000..
Tapi Pemuda PAS patut bongkar pada rakyat...
Bertapa JAIS hanyalah topeng UMNO...

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin tuh bukan ahli agama...
Dia sebelum nih Pegawai Daerah Sabak Bernam...
Khusrin pegarah JAIS lama pun, mcm tu gak....
Ini penyelewengan dlm agama....

Ramai lagi rakyat yg ingat Jabatan Agama nih betul2 penegak Islam..
Pada hal Jabatan Agama cuma salah satu perkakas umno...
Untuk terus terusan menipu rakyat, yg konon umno itu kerajaan Islam....

Boleh ker org yg mandi hadas pun belum tentu betul, jadik boss agama???
Sebab tu anak2 org islam hari nih jatuh ke lembah paling hina dlm sejarah melayu...

Nih antara video langkah pertama...
Yg brader Bob berani ambik utk bersihkan dirinya dari lembah kemaksiatan....




Semoga brader Bob di beri kekuatan & keselamatan.....


Sekian,

Selamat Sejahtera,
Asalamualaikum wbt.

-kandis-
RAKYAT MARHAEN: Penyeleweng Agama Berlesen.:

'via Blog this'

Gaji, elaun Guan Eng RM46,521

GEORGETOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam, dimaklumkan bahawa Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memperoleh gaji dan elaun bulanan RM46,521.27.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, Guan Eng menikmati bayaran gaji dan elaun yang tinggi, malah lebih banyak berbanding dengan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.


Menurutnya, pihaknya tidak mempertikaikan jumlah yang diterima Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih), tetapi meminta agar Setiausaha Agung DAP tidak bersandiwara apabila bertindak menolak cadangan kerajaan untuk menaikkan elaun bagi Ahli Parlimen di negara ini.

Katanya, Guan Eng perlu mengambil kira Ahli Parlimen lain yang hanya memperoleh gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen saja.

myMetro | Gaji, elaun Guan Eng RM46,521:

'via Blog this'

Nallakaruppan dilantik Senator esok

2011/11/01KUALA LUMPUR: Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di sini, esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan Parlimen Malaysia selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini.Berita Harian Online | Nallakaruppan dilantik Senator esok:

'via Blog this'

RM5.3b dikirim ke Indonesia dari Malaysia



2011/11/02

Angka itu mewakili lebih separuh jumlah dihantar seluruh Asia Pasifik

JAKARTA: Pekerja Indonesia di Malaysia mengirim pulang ke tanah air mereka wang berjumlah AS$1.7 bilion (RM5.3 bilion) pada suku ketiga tahun ini (2011), demikian menurut catatan bank pusat, Bank Indonesia (BI).
Angka itu mewakili lebih daripada separuh jumlah wang sebanyak AS$2.91 bilion (RM9.02 bilion) yang dikirim pulang oleh tenaga kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di kawasan Asia Pasifik.
Jurucakap BI, Difi Johansyah berkata, kiriman wang oleh pekerja Indonesia di luar negara ke tanah air mereka mencapai AS$5.05 bilion (RM15.7 bilion) atau kira-kira Rp43 trilion sepanjang suku ketiga tahun ini dan TKI bekerja di Asia mengirim pulang paling banyak wang.

“TKI di kawasan Asia Pasifik mengirim wang ke Indonesia mencapai AS$2.91 bilion. Terbesar dibandingkan kawasan lain,” kata Difi yang dipetik detikfinance melalui portal berita detik.com di sini, semalam.

Beliau berkata, TKI yang bekerja di kawasan Asia Barat dan Afrika mengirim pulang wang berjumlah AS$2.01 bilion (RM6.23 bilion) dan daripada jumlah itu mereka yang bekerja di Arab Saudi menyumbang jumlah paling besar iaitu sebanyak AS$1.68 bilion RM5.21 bilion). – BERNAMA
Berita Harian Online | RM5.3b dikirim ke Indonesia dari Malaysia:

'via Blog this'

Waran tangkap Bob Lokman


Oleh Noor Syahidatool Aqma Mohd Noor
bhnews@bharian.com.my
2011/11/02

Bob Lokman
Bob Lokman
JAIS sedang kesan lokasi pelakon

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Bob Lokman, Jumaat lalu berikutan kegagalannya hadir memberi keterangan di pejabat pihak berkuasa agama itu kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah.
Pengarahnya, Marzuki Hussin, berkata pihaknya sedang berusaha mengesan lokasi penulis lirik, pelakon dan pengacara yang nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, dan hanya menunggu masa untuk menahannya.
“Kita masih mengesan lokasi sebenar beliau dan sekiranya berada di Selangor, kita akan menahannya serta-merta kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah tanpa tauliah,” katanya ketika ditemui pada Seminar Hukuman Alternatif: Pelaksanaan dan Keberkesanan di sini, semalam.

Bob Lokman sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, 10 Oktober lalu. Dia kemudian dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis.

Bob Lokman ketika dihubungi beberapa kali sebelum ini enggan mengulas.

Dia boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Sementara itu, kira-kira 500 peserta menghadiri seminar yang membentangkan empat kertas kerja oleh Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Syariah dan Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Siti Zubaidah Ismail; Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Asmadi Hussin; Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa dan Penolong Ketua Sesyen Parol Jabatan Penjara Malaysia, PKP Norwati Isa.
Berita Harian Online | Waran tangkap Bob Lokman:

'via Blog this'

Najib nafi salah guna RM250j


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn. Bhd.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata, pinjaman itu telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional.

Beliau menjelaskan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Pusat Fidlot Nasional, menjemput enam syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan pembangunan industri daging tempatan dan sekali gus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan.

“Jawatankuasa pemilihan syarikat peneraju yang ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan terbaik dan berpandu kepada kriteria dikehendaki, telah memilih Agroscience Sdn. Bhd.,” katanya.

Menurut Najib, sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.

“Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang meminta penjelasan Menteri Kewangan sama ada berlakunya penyalahgunaan pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada Agroscience Sdn. Bhd. pada 2003.

NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara.

Najib berkata, syarikat NFC telahpun membangunkan Pusat Fidlot Nasional dan kini mengeluarkan produk daging tempatan yang berkualiti tinggi pada tahap komersil.

“Produk pengeluaran NFC dijual di pasar raya seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, pasar segar, kilang pemprosesan daging, restoran dan pasar runcit di seluruh negara.

“NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun depan,” katanya. – BERNAMA

Utusan Malaysia Online - Parlimen:

'via Blog this'

Pendakwaan tutup kes Khir Toyo


SHAH ALAM 1 Nov. - Pihak pendakwaan menutup kes terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang didakwa atas tuduhan membeli hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu.

Peguam M. Athimulan memaklumkan demikian selepas saksi pembelaan Mohamad Tajuddin Mohamad Ali, 46, seorang pegawai Maybank, selesai memberi keterangan.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki kemudian menetapkan 19 Disember depan untuk mendengar hujahan sebelum membuat keputusan pada 23 Disember.

Terdahulu, saksi pembelaan kelima dan terakhir, pengarah urusan syarikat penilai hartanah profesional, Rahim & Co., Choy Yue Kwong turut memberi keterangannya berhubung penilaian terhadap hartanah tersebut.

Yue Kwong mendakwa, dia tidak dipengaruhi oleh Mohamad Khir dalam membuat penilaian terhadap dua lot tanah termasuk sebuah rumah banglo milik tertuduh di Jalan Suasa 7/1L di sini pada Mei 2007.

Menurutnya, nilai RM3.5 juta yang ditaksirkan oleh syarikatnya adalah berdasarkan kaedah perbandingan dengan mengambil kira harga hartanah di kawasan setempat.

Yue Kwong juga mendakwa Norman Chua, pegawai bank dari HSBC Bhd. hanya memberitahunya bahawa Mohamad Khir adalah kliennya sebelum mereka pergi ke kediaman rasmi menteri besar di sini pada tarikh 14 Mei 2007.

Jurunilai itu juga menafikan mengetahui jumlah pinjaman bank yang dibuat oleh Mohamad Khir dan mendakwa tidak berpakat dengan tertuduh mahupun HSBC dalam menentukan nilai pasaran hartanah terbabit.

Dia juga menolak sama sekali cadangan Mohd. Dusuki bahawa jika nilai hartanah yang dibuatnya lebih tinggi daripada jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh bank, penilaian itu akan ditolak oleh pihak bank.

Yue Kwong sebaliknya menyatakan, jumlah pinjaman bank yang dibuat oleh klien tiada kena mengena dengan penilaiannya ketika disoal oleh Hakim Mohtarudin.

Mohamad Khir, 45, membela diri atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zaharah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7 di sini daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta.

Sedangkan hartanah tersebut dibeli oleh syarikat terbabit pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Beliau yang memegang jawatan berkenaan sejak 2002 hingga 2008 didakwa melakukan perbuatan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Selain Athimulan, Mohamad Khir turut diwakili oleh peguam bela Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Dusuki Mokhtar.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

Nilai tanah tak dipengaruhi Khir



RUMAH banglo di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, Shah Alam yang mencetuskan kontroversi selepas dibeli oleh Mohamad Khir pada Mei 2007.


SHAH ALAM - Seorang jurunilai profesional berkata, Dr. Mohamad Khir Toyo tidak mempengaruhi proses penilaian yang dibuat syarikatnya terhadap dua lot tanah termasuk sebuah rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor itu di Jalan Suasa 7/1L di sini pada Mei 2007.

Choy Yue Kwong, pengarah urusan syarikat penilai profesional Rahim & Co., memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa penilaiannya pada 14 Mei 2007 mendapati hartanah itu bernilai RM3.5 juta sebagaimana yang ditaksirkan berdasarkan kaedah perbandingan dengan mengambil kira harga hartanah di kawasan setempat.

Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar, beliau berkata, Mohamad Khir tidak membayangkan apa-apa mengenai nilai harga RM3.5 juta ketika pertemuannya dengan tertuduh di kediaman rasminya di Seksyen 7 di sini sebelum penilaian dilakukan pada hari berkenaan (14 Mei 2007).

Mohd. Dusuki: Semasa pertemuan itu, adakah tertuduh berkata, beliau mahu membeli hartanah RM3.5 juta. Adakah tertuduh membayangkan harganya kepada anda?

Yue Kwong: Tiada.

Yue Kwong memberitahu demikian ketika menyambung keterangan pada perbicaraan kes melibatkan Mohamad Khir yang dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, daripada Pengarah Ditamas Sdn. Bhd. Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi dia sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu.

Mohamad Khir, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini pada 29 Mei 2007.

Mengulas lanjut, Yue Kwong berkata, beliau tidak mengetahui jumlah pinjaman yang dipohon oleh Mohamad Khir bagi hartanah terbabit dalam pertemuan itu yang turut dihadiri seorang pegawai dari HSBC Bank.

Yue Kwong kelmarin berkata, syarikatnya membuat penilaian ke atas hartanah itu atas permohonan HSBC Bank bagi tujuan pinjaman yang dikemukakan oleh Mohamad Khir.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki. - Bernama

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'