Sunday, February 22, 2015

Obama lantik pengarah Perisikan Rahsia


Obama lantik pengarah Perisikan Rahsia
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT.  Rumah Putih semalam memaklumkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melantik Joseph Clancy sebagai pengarah tetap Perkhidmatan Rahsia negara itu yang ditugaskan melindungi presiden.

Kelmarin, Obama memilih Clancy, veteran yang telah berkhidmat selama 27 tahun dalam Perisikan Rahsia, meskipun sebuah panel bebas mencadangkan jawatan itu diisi oleh calon daripada agensi luar.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih Josh Earnest berkata, Clancy mempunyai banyak kredibiliti yang dibina ketika berada di dalam agensi rahsia itu.

"Clancy menunjukkan daya kepimpinan terbaik sekali gus membuktikan beliau layak memegang jawatan itu," katanya.

Clancy, 68, menggantikan Julia Pierson yang meletak jawatan pada Oktober lalu. - Press TV

Poroshenko minta bantuan pasukan pengaman PBB


Poroshenko minta bantuan pasukan pengaman PBB
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, kelmarin menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar pasukan pengaman untuk memantau gencatan senjata yang berada dalam keadaan goyah selepas ia dikuatkuasakan di wilayah timur negara itu.

Poroshenko memberitahu beliau berpendapat cadangan tersebut adalah langkah paling efektif selain memberi jaminan keselamatan kepada usaha tersebut.

Difahamkan, tuntutan itu dibuat selepas pertempuran kembali tercetus antara tentera kerajaan dan kumpulan pemisah pro-Rusia di bandar Debaltseve.

Sementara itu, penganalisis di Amerika Syarikat (AS), Scott Rickard menyifatkan Poroshenko sebagai boneka infrastruktur politik berhaluan kiri yang dikawal oleh Zionis. - AFP