Sunday, January 2, 2011

'Arwah senyum lihat anak'

Berita Harian Online | 'Arwah senyum lihat anak'


Oleh Zul Husni Abdul Hamid
edisimingguan@bharian.com.my
2011/01/02


  • Foto
    PELAKON, Abby Abadi antara artis melawat keluarga arwah Faizal di PUSRAWI, semalam.
  • Foto
    GAMBAR kenangan Faizal bersama anaknya, Muhammad Rayyan.
  • Foto
Pelakon sempat jumpa bekas isteri sebelum meninggal

KUALA LUMPUR: Pelakon, Faizal Yusup, 33, begitu ceria ketika keluar menikmati ikan bakar bersama keluarganya selepas tamat penggambaran drama bersiri, Tiramisu, pada malam menjelang tahun baru, kelmarin.
Keceriaan itu bagaimanapun, berakhir pada jam 1.45 tengah hari semalam, apabila bekas suami penyanyi, Siti Nordiana Alias atau Nana itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, di sini kerana serangan jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira Rashid, 27, yang hamil lima bulan serta seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3, hasil perkahwinan dengan Nana.

Abang Faizal, Shaiful Yusup, 35, berkata Allahyarham mengadu sakit dada sekitar jam 9 pagi sebelum rebah di tandas rumahnya di Sentul dengan mulut berbuih.

“Saya bergegas membawanya ke hospital. Dalam perjalanan arwah nampak tenang dan sempat berpesan menghubungi bekas isterinya, Nana kerana mahu melihat Rayyan.

“Tetapi, selepas itu keadaan kesihatan Faizal makin lemah dan pada jam 1.45 tengah hari, dia menghembuskan nafas terakhirnya.
“Pemergian Faizal agak mengejutkan kerana arwah tidak pernah mengadu sakit. Malam tadi (kelmarin), arwah begitu gembira membawa kami sekeluarga makan ikan bakar,” katanya.

Jenazah pelakon yang popular dengan drama bersiri, Adamaya, Manjalara dan Tiramisu itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, jam 10 pagi ini.

Sementara itu, Nana yang turut berada di hospital berkata, dia merasai keanehan ketika arwah menghubungi anak mereka dua minggu lalu.

“Berulang kali dia berpesan kepada Rayyan supaya menjaga Nana dengan baik dan tidak menyusahkan hati Nana,” kata Nana yang berpisah dengan Faizal pada 14 September 2009.

Nana berkata, Faizal ada menghubunginya beberapa kali malam kelmarin kerana mahu berbual dengan Rayyan tetapi anaknya itu berada di kampungnya di Sendayan, Negeri Sembilan.

“Pagi tadi, adik Faizal menelefon meminta Nana membawa Rayyan ke hospital. Arwah cuma tersenyum melihat Rayyan dan Nana.

“Nana dalam perjalanan pulang apabila mendapat tahu Faizal semakin lemah sebelum meninggal dunia,” katanya.

amah CURI-CURI bawa masuk 'mata air' KE RUMAH




meruntuhkan kepercayaan majikanNYA: Amah Cik Freda dibawa ke hospital untuk dirawat selepas beliau cuba membunuh diri. - Foto TUKIMAN WARJI


SINGAPURA

Majikan terperanjat ketika pulang, pembantu rumah pula berlari ambil pisau cuba bunuh diri
MADU yang diberi, tuba pula yang dibalas.
Itulah yang dialami Cik Freda Hassan, seorang deejay sambilan radio, berhubung seorang pembantu rumahnya baru-baru ini.Sepanjang setahun bekerja di flat keluarganya, Cik Freda sekeluarga memberi sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada pembantu rumah mereka itu.Tetapi, malangnya tanpa diduga, pembantu yang kini dilihat seperti musang berbulu ayam itu telah meruntuhkan kepercayaan mereka dengan membawa seorang lelaki, yang dipercayai adalah pekerja asing, masuk ke rumah keluarga Cik Freda ketika bapanya yang sudah uzur dan tidak berdaya, tidur di bilik.Kejadian itu berlaku pada 14 Disember lalu semasa Cik Freda keluar bertemu beberapa rakannya, dan keluarga abangnya pula yang menetap di rumah yang sama, sedang bercuti di luar negara.'Ketika itu hanya bapa saya yang tidak sihat berada di rumah, selain amah itu yang ditugaskan menjaganya.'Kebetulan pada malam tersebut, amah itu menghubungi saya minta kebenaran untuk masuk tidur awal.'Saya kata tiada masalah dan mengingatkannya supaya matikan suis elektrik dan gas sebelum tidur.'Tetapi, saya rasa hairan kerana beliau minta saya hubunginya dahulu sebelum pulang, padahal amalan tersebut belum pernah dilakukan kami sekeluarga kerana kami semua ada kunci rumah,' kata Cik Freda.Sekitar sejam kemudian, Cik Freda, yang berusia lewat 30-an tahun, tiba di pintu flatnya yang terletak di Tampines Street 72.Tetapi, semasa beliau hendak membuka pintu menggunakan kunci rumah, beliau dapati pintu flat itu dikunci dari dalam.'Saya pun hubungi amah saya. Tak lama kemudian, pintu rumah saya dibukanya, tetapi saya perasan beliau agak cemas sedikit.'Saya tak syak apa-apa, cuma apabila ke dapur saya perasan ada dua gelas air yang belum dicuci diletak dalam singki.'Kemudian, saya perasan pula lantai ruang utama flat itu agak basah dan saya tanya kenapa.'Jawabnya, bapa saya baru keluar tandas, tapi saya rasa tak sedap hati,' cerita Cik Freda.Beliau kemudian menuju ke bilik bapanya yang ketika itu gelap.'Selepas saya hidupkan lampu, saya perasan bapa saya sedang tidur, dan ketika itulah tiba-tiba saya tergerak hati untuk melihat belakang pintu bilik tersebut.'Jantung saya berdegup pantas kerana ketika itu saya terlihat seorang lelaki yang saya fikir mungkin warga asing sedang bersembunyi di belakang pintu itu!' jelasnya.MOHON MAAF DAN MERAYUMenurutnya lagi, amah dan lelaki itu kemudian mula meminta maaf dan merayu agar Cik Freda tidak menghubungi polis.Sedang Cik Freda bercakap dengan amahnya itu, dakwa beliau, lelaki itu membuka secara paksa jeriji tingkapnya sebelum melarikan diri.'Ini kerana sebelum itu saya telah mengunci pintu dan jeriji pintu, jadi dalam kelam-kabut, lelaki itu pecahkan jeriji aluminium tingkap saya untuk melarikan diri,' katanya.Sementara itu, menurut Cik Freda, amahnya meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu mengacukannya ke arahnya sebelum mengacukannya ke pergelangan tangan kirinya sendiri.'Saya melangkah setapak ke belakang lalu menasihatkannya supaya tidak melakukan perkara bodoh.'Saya nasihatkannya agar meletakkan pisau dan fikirkan suami dan anaknya di Indonesia.'Tetapi, kemudian beliau berlari masuk ke bilik bapa saya lalu menguncinya dari dalam.'Mujur ketika itu bapa saya telah bangun dan berdiri menyaksikan semua kejadian itu,' kata Cik Freda lagi. Menurutnya, selain lemah, bapanya juga tidak dapat bertutur kerana penyakitnya.Pada masa itulah Cik Freda mengambil kesempatan untuk menghubungi polis. Tidak lama kemudian, pihak polis disertai Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) dan ambulans tiba di tempat kejadian.'Selepas dinasihatkan, amah saya itu mula membuka pintu dan ketika itu terdapat titisan darah di lantai bilik tersebut akibat kecederaan di pergelangan tangannya,' ujarnya. Amah itu kemudian diberkas polis.Cik Freda mendakwa sehari selepas itu beliau dan kakaknya menemui sebuah telefon bimbit milik amah itu yang disembunyikan di kerusi roda bapanya.Telefon tersebut mengandungi imej lelaki warga asing yang berada di dalam rumahnya itu. Selain itu, terdapat juga beberapa video lucah.Telefon bimbit itu telah beliau serahkan kepada pihak polis.Bukan itu sahaja yang ditemui Cik Freda. Beliau juga menemui perkakas ujian kehamilan yang disembunyikan di atas almari bapanya.Semasa dihubungi, pihak polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat mengenai kes tersebut.'Kami menerima panggilan sekitar 9 malam pada 14 Disember daripada seorang wanita yang meminta bantuan di tempat kejadian.'Setibanya kami di sana, seorang wanita dalam usia 20-an tahun telah diberkas atas tuduhan cuba membunuh diri.'Wanita itu telah dihantar ke Hospital Besar Changi untuk dirawat dan beliau sedang membantu dalam siasatan yang masih dijalankan,' kata jurucakap polis itu lagi.Menurut seorang jurucakap kedutaan Indonesia di sini, terdapat sekitar 86,000 pekerja pembantu rumah warga Indonesia di sini.Meskipun menyedari akan kes- kes pembantu rumah yang membawa pulang lelaki asing ke rumah majikan, kedutaan itu tidak dapat mendedahkan bilangan kes sedemikian.'Namun kes-kes begini jarang berlaku, atau sekiranya dilaporkan pada kedutaan, jumlahnya hanya segelintir,' katanya.

Laporan: Dera banduan 'rutin' di penjara Indon

Cyberita Online Luar Negara



JAKARTA: Pegawai polis dan pegawai penjara didakwa mendera suspek jenayah dan banduan secara rutin bagi mendapatkan pengakuan atau maklumat.
Menurut satu laporan Yayasan Bantuan Undang-Undang yang diedarkan minggu ini, tindakan mendera, menakut-nakutkan, membakar dan merogol tahanan merupakan satu perkara biasa dan mangsa penderaan jarang membuat pengaduan.Laporan itu disiapkan hasil wawancara dengan 1,154 suspek jenayah dan banduan yang ditahan di ibu kota Jakarta dan empat bandar utama lain, antara 2009 dengan 2010.Seramai 419 pegawai polis, pendakwa raya, hakim, warden penjara dan aktivis hak asasi kemanusian yang menemani suspek semasa proses undang-undang, diberikan borang soal selidik.'Kami mendapati penderaan dilakukan secara sistematik. Ia merupakan satu cara biasa bagi mendapatkan maklumat atau pengakuan,' kata jurucakap Yayasan Bantuan Undang-undang, Encik Restaria Hutabarat.Indonesia, yang mempunyai 237 juta penduduk telah memulakan proses demokrasi pada 1998.Ia antara lain telah membubarkan beberapa undang-undang yang dianggap menindas rakyatnya, menggalakkan pembebasan media dan membenarkan rakyatnya keluar mengundi.Namun, sistem undang-undang negara yang lemah, masih membelenggu negara itu.Diminta mengulas, jurucakap polis negara, Kolonel Boy Rafli Amar, berkata beliau akan mengkaji laporan itu.'Jika para pegawai didapati menganiaya orang awam, mereka harus dikenakan tindakan. Ini tidak boleh diterima,' kata beliau.Menurut para penyelidikan yayasan tersebut, apa yang menjadi masalah ialah penderaan yang dilakukan tidak dianggap satu jenayah di bawah undang-undang Indonesia.Berbeza dengan negara-negara demokratik lain, bukti yang diperolehi melalui penderaan boleh diterima di mahkamah.'Ini harus diubah,' kata Encik Hutabarat.Seorang bekas penagih dadah, Suliyanti, yang pernah ditahan selama lima tahun di penjara atas kesalahan berkaitan dadah, bersetuju dengan dapatan laporan itu.Menurut Suliyanti, 48 tahun, dia telah didera sejak ditahan sehingga dia dibebaskan pada 2007.'Saya ditendang dan dipukul, malah dibogelkan dan diraba. Saya tahu ramai lagi suspek dan banduan wanita yang telah turut dirogol,' kata beliau. -- AP.

Dr Asri: Ustaz jangan lupa 'kerakusan' atasan - Malaysiakini

Dr Asri: Ustaz jangan lupa 'kerakusan' atasan - Malaysiakini
Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang.

"Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan.

"Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang.

"Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ulama muda yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengingatkan golongan peniaga supaya beretika dalam perniagaan.

"Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang.

Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan.

"Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini."

Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya:

  • Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan.
  • Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.
  • Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya.

PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?

PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?

PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?PDFPrintE-mail
Written by Admin   
Saturday, 01 January 2011 02:27
Share
Oleh: MALAYSIALEAKS
TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.
Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.
Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.
Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.
Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.
Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.
Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.
Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.
Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.
Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.
Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.
Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani Watikah Perlantikan Shahihan atas sebab kebejatan moral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.
Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'
Tanpa mempedulikan Skandal Seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.
Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi Skandal Seks pemimpin UMNO Sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.
Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.
Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa ‘Rogol’ bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.
Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.
Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Sulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.

Anak bimbang ayah sering sakit



AHMAD menatap akhbar Kosmo! yang memaparkan kisah dirinya menggunakan kanta pembesar di rumahnya di Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Keluarga seorang warga emas berusia 110 tahun, Ahmad Md. Isa bimbang masalah kesihatan yang dihadapinya boleh menimbulkan kesukaran kepada bakal wanita yang mahu mengahwininya.
Anak perempuannya, Fatimah, 64, memberitahu, sejak kebelakangan ini bapanya sering diserang lelah dan batuk.
Katanya, keadaan kesihatan bapa yang tidak menentu dikhuatiri boleh menimbulkan masalah kepada bakal isteri barunya.
“Sejak tiga hari lalu ayah kerap batuk dan lelah. Anak-anak bimbang boleh jadi masalah kepada bakal keluarga baru pula nanti,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Ahmad gembira 'lamaran' Sanah Ahmad


ALOR SETAR 1 Jan. - "Suka... mahu (kahwin) jika ada yang berkenan."
Demikian kata warga emas Ahmad Md. Isa yang berusia lebih 100 tahun ekoran kesudian seorang wanita dari Kuala Lumpur untuk menjadi calon isterinya.
Malah Ahmad turut melahirkan rasa gembira dan terkejut apabila mengetahui masih ada wanita yang bersedia untuk menjadi teman hidupnya.
"Tak kisahlah siapa dia, asal boleh tanak nasi, masak gulai untuk saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Mengkudu di sini hari ini.
Akhbar ini hari ini melaporkan Sanah Ahmad , 82, dari Kuala Lumpur melahirkan hasratnya untuk menjadi isteri kepada Ahmad setelah terbaca kisahnya yang ingin mencari teman hidup baru-baru ini.
Sanah yang hidup sendirian sejak kematian suami 30 tahun lalu itu juga menyatakan keinginannya untuk bertemu Ahmad di sini.
Dalam pada itu Ahmad memberitahu, selepas mendirikan rumah tangga beliau berhajat untuk terus menetap di rumahnya di sini.
"Sekali-sekala mungkin boleh pergi ke rumah perempuan," katanya.
Sementara itu menurut anak perempuan Ahmad, Fatimah, 64, keluarganya sangat terkejut dan berbesar hati dengan hasrat Sanah.
"Namun kami bimbang masalah kesihatan yang dihadapi bapa boleh menimbulkan kesukaran kepada bakal wanita yang mahu mengahwininya itu nanti.
"Sejak kebelakangan ini bapa sering diserang lelah dan batuk," katanya.
Bagaimanapun kata Fatimah, sekiranya keluarga wanita itu benar-benar serius, perbincangan lanjut mengenai perkara itu boleh dilakukan dengan cara baik.
"Apa pun kedua-dua belah keluarga perlu berbincang supaya tidak timbul masalah di kemudian hari," katanya.
Menurut Fatimah, keluarga menyerahkan kepada takdir dan ketentuan Tuhan jika masih ada jodoh bapanya untuk berkahwin lagi.
"Jodoh pertemuan di tangan Tuhan, saya menyerahkannya kepada ketentuan takdir," katanya.

Kegiatan gay dilindungi VIP?


KUALA LUMPUR 1 Jan. - Pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan malah dipercayai 'dilindungi' golongan orang kenamaan (VIP).
Seperti 'tidak boleh disentuh', agensi penguat kuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang.
Selain berselindung di sebalik premis urut, pusat hiburan, kelab gay telah lama wujud tetapi menggunakan nama persatuan atau pertubuhan yang sah.
Difahamkan, kebanyakan golongan gay terbabit terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi, profesional, tokoh korporat dan selebriti.
Jika dilihat blog-blog dan laman sosial popular Facebook turut mendedahkan 'keberanian' golongan gay itu berkongsi pengalaman peribadi dan kehidupan mereka sebagai pengamal seks songsang.
Menurut sumber, VIP terbabit dikatakan pernah menghubungi dan memberi amaran keras kepada pihak penguat kuasa sekiranya premis-premis kelab gay terbabit diserbu.
"Maklumat peribadi seperti nombor telefon penguat kuasa dengan mudah dia perolehi, sedangkan kita pula gagal menghubungi kembali talian digunakannya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, polis mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara.
Katanya, ia berdasarkan penemuan gambar-gambar lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju diletakkan dalam premis selain penemuan kondom-kondom telah digunakan.
Tambahnya, selain itu, terdapat juga iklan urutan batin B2B (badan ke badan) yang menawarkan khidmat seks songsang.
"Siasatan mendapati terdapat lelaki warga asing juga bekerja sebagai 'tukang urut' di premis berkenaan.
"Polis berjaya menahan 28 lelaki warga asing dari Pakistan, Iran dan Myanmar daripada 100 lelaki yang diperiksa di premis-premis tersebut tahun ini," katanya.
Menurut Razali, selain rumah urut, pihaknya turut mendapat maklumat pusat kecergasan diri sering dikunjungi golongan gay kerana mereka menjaga penampilan diri selain teliti dalam aspek kebersihan.
"Golongan gay tidak segan silu mempamerkan kemesraan mereka di khalayak ramai malah pernah menggoda pegawai-pegawai polis ketika serbuan dibuat.
"Sifat tidak malu itu juga jelas dilihat ketika mereka menari bersama-sama dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dibuat di premis urut berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai bagi menyalurkan maklumat dan bersama membendung budaya gay daripada terus menular dalam masyarakat.