Tuesday, August 13, 2013

Penduduk Kristian, Islam bergaduh

KAHERAH 12 Ogos - Seramai 15 orang cedera dalam pertempuran antara penganut Kristian dan Islam yang menyaksikan rumah-rumah kediaman dan gereja dibakar di selatan negara ini, kata Pegawai Keselamatan Mesir.
Pegawai itu berkata, pertempuran berlaku semalam, apabila seorang penduduk Islam cuba menghalang jirannya yang beragama Kristian membina bonggol di hadapan rumahnya.
Jelasnya, kedua-dua keluarga itu mula bergaduh dan menyerang satu sama lain dengan melemparkan bom petrol ke atas empat buah rumah penduduk Kristian dan sebuah gereja.
Ketegangan antara penduduk Islam dan Kristian di Mesir semakin menjadi-jadi selepas berlakunya rampasan kuasa ke atas Presiden Mohammed Mursi pada 3 Julai lalu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130813/lu_07/Penduduk-Kristian-Islam-bergaduh#ixzz2brdTSxnI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mesir mula ambil tindakan


Ribuan penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi memegang potret beliau ketika berarak bagi menunjukkan sokongan mereka kepadanya di Kaherah, semalam. - AFP
KAHERAH 12 Ogos - Pasukan keselamatan Mesir dijangka mula mengambil tindakan ke atas penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi, awal hari ini dengan menggempur khemah-khemah yang didirikan oleh kumpulan itu di ibu negara ini, kata sumber keselamatan.
Menurut Associated Press, pegawai polis akan mengepung kedudukan penyokong Mursi yang melakukan mogok duduk dalam tempoh 24 jam.
Kumpulan itu berkhemah di Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di sini, yang menyaksikan pertempuran antara pihak tentera yang menggulingkan Mursi pada bulan lalu dan penyokong bekas Presiden Mesir itu, yang mendesak jawatannya dikembalikan.
‘‘Pasukan keselamatan akan ditempatkan di sekitar kawasan penunjuk perasaan melancarkan mogok duduksejak Subuh hari ini sebagai permulaan kepada prosedur bagi menyuraikan mereka,’’ kata seorang sumber keselamatan kanan kepada Reuters.
Katanya, langkah pertama pihak keselamatan adalah dengan mengepung kawasan itu.
Seorang lagi sumber keselamatan berkata, keputusan untuk mengambil tindakan itu selepas sambutan Aidilfitri, dibuat selepas satu mesyuarat antara Menteri Dalam Negeri dan pembantunya.
Pihak berkuasa Mesir digesa oleh beberapa negara pengantara Barat dan Arab supaya tidak mengambil tindakan kekerasan bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang dianggarkan berjumlah puluhan ribu.
Sementara itu, seorang pegawai keselamatan kanan memberitahu AFP bahawa proses menyuraikan penyokong Mursi akan dilakukan secara beransur-ansur dengan mereka akan diberikan ‘beberapa amaran’ sebelum polis bertindak.
‘‘Beberapa siri langkah akan diambil iaitu kami akan mengumumkan setiap pergerakan sepanjang ‘operasi’ itu,’’ kata sumber Kementerian Dalam Negeri.
Katanya, bila operasi itu bermula, penunjuk perasaan akan ‘dikepung’ dengan mereka tidak dibenarkan lagi duduk dan akan diberikan beberapa amaran supaya beredar.
‘‘Proses ini dijangka mengambil masa selama dua hingga tiga hari,’’ katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130813/lu_03/Mesir-mula-ambil-tindakan#ixzz2brbf0BMp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lagi kes letupan bom di Narathiwat




NARATHIWAT - THAILAND. Seorang pegawai skuad pemusnah bom terkorban dan berbelas yang lain cedera dalam dua kejadian letupan bom di selatan Thailand hari ini dan malam tadi.
 
Pegawai unit pemusnah bom itu maut dalam kejadian 9 pagi ini apabila apabila sebutir bom diletupkan puak pemisah semasa beliau dan anggota keselamatan lain menyiasat kawasan Ketua Pejabat Daerah Sungai Padi Sayang Chanachaiwong ditembak pada 9 malam tadi.
 
Letupan bom itu turut menyebabkan lapan pegawai yang sedang bertugas serta seorang awam yang berada di tempat kejadian cedera.
 
Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Pol Vichai Kasemwong berkata bom buatan sendiri seberat tujuh kilogram diletak di sebatang pokok di Kampung Air Batu, Sungai Padi, Narathiwat dan diletupkan menggunakan telefon bimbit.
 
Sementara itu dalam kejadian di Pattani, seorang anggota Rela dan lima orang awam termasuk seorang remaja 13 tahun cedera apabila sebutir bom meletup di Kampung Muangtia, daerah Maelan, pada 9.21 malam tadi.
 
Letupan yang diaktifkan dengan telefon bimbit itu berlaku ketika kesemua  mereka sedang memadam api tayar yang dibakar di jalan raya, kata Ketua Polis Daerah Maelan Kol Pol Phitak Uthaitham. - Bernama

Masjid jadi sasaran keganasan ditutup


Masjid jadi sasaran keganasan ditutup
Masjid jadi sasaran keganasan ditutup
Masjid jadi sasaran keganasan ditutup - Global - Sinar Harian: "COLOMBO - Masjid baru di Grandpass yang menjadi sasaran keganasan etnik ditutup, semalam sebagai langkah untuk meredakan ketegangan di bandar itu.

Presiden Majlis Islam Sri Lanka, N M Ameen memaklumkan kepada AFP, mereka bersetuju menggunakan masjid lama di tapak yang akan dirobohkan untuk melaksanakan projek pembangunan.

"Kerajaan akan membatalkan arahan untuk merobohkan masjid lama tersebut dan mereka bakal memberikan lebih banyak ruang untuk kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan struktur itu," katanya."

Tahanan Guantanamo



Kesemua mereka adalah muslim. Tidak pernah melakukan jenayah. Tidak pernah membunuh, merompak. Kebanyakan mereka adalah mujahiddin yang ditangkap antaranya di Afghanistan, Iraq, negara-negara timur tengah dan negara-negara Sahara. Kerajaan sekular celaka ini menyerahkan mereka kepada United Snakes of America untuk disumbat di dalam Guantanolamo atas kesalahan menjadi pengganas,militant dan extremist atau kelihatan seperti pengganas atau dilihat duduk bersama-sama pengganas. Itu sahaja.

Tidak ramai muslim seluruh dunia yang berasa sedih dan menangis memikirkan mereka, mendoakan mereka dan berusaha untuk membebaskan mereka.

Yang hanya bersedih tidak tidur malam memikirkan keadaan mereka, mendoakan mereka dan berusaha untuk membebaskan mereka kebanyakannya adalah dari kalangan mujahiddin juga.