Friday, June 5, 2015

Rakyat Saudi boleh saman raja


Jeddah: Rakyat Saudi boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap raja, putera mahkota atau anggota keluarga diraja lain, kata Raja Salman, semalam.

Bercakap kepada pegawai kanan yang bertanggungjawab memerangi rasuah di sektor awam dan swasta, Salman berkata, tidak seperti keluarga diraja negara lain, keluarga diraja Saudi tidak ada imuniti.

“Jika anda melihat ada kes yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat, individu atau kabilah, sila ambil tindakan, tidak kiralah jika ia membabitkan keluarga diraja, termasuk saya dan putera mahkota.

“Saya lebih utamakan hak rakyat daripada hak saya sendiri,” katanya.

Katanya, memerangi rasuah adalah satu tanggungjawab dan ia termaktub dalam al-Quran juga sunnah Rasulullah SAW. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 6:49 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55778#sthash.twwpO6zk.dpuf

Hosni dibicara semula

Kaherah: Sebuah mahkamah rayuan di sini semalam membatalkan keputusan menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas Presiden Hosni Mubarak.
Keputusan itu diambil selepas mahkamah menerima rayuan pendakwa raya yang mendesak keputusan oleh sebuah mahkamah lain sebelum ini, berkait dengan kematian ratusan penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat pada 2011, dibatalkan.
Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada keputusan itu turut membabitkan tujuh tertuduh lain, termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Habib Al-Adlyu yang dibebaskan November lalu.
“Mahkamah menerima rayuan pendakwa raya dan menetapkan tarikh 5 November untuk membicarakan semula kes itu,” kata Hakim Anwar El-Gabry.
Sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Hosni pada 2012 kerana dituduh bertanggungjawab ke atas kematian lebih 800 penunjuk perasaan pada 2011.
Bagaimanapun, sebuah mahkamah lain membatalkan keputusan itu atas alasan teknikal dan mengarahkan perbicaraan semula.
Mahkamah itu membatalkan tuduhan berkenaan pada November 2014.
Hosni memerintah Mesir selama 30 tahun sehingga digulingkan dalam kebangkitan demokrasi yang melanda negara Arab pada 2011.
Bekas presiden itu yang kini berusia 86 tahun dan sering sakit, ditahan di beberapa hospital selepas digulingkan.
Dia kini ditahan di sebuah hospital tentera di pinggir Kaherah.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 6:50 AM


PENYOKONG Hosni yang berada di mahkamah di Kaherah mengecam hakim mahkamah rayuan yang membatalkan keputusan menggugurkan tuduhan membunuh terhadap bekas Presiden Mesir itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55780#sthash.hJtJXFFW.dpuf

Mesin ATM guna pengimbas muka


Beijing: Penyelidik di China berjaya mencipta mesin pengeluaran wang automatik pertama di dunia yang menggunakan teknologi mengimbas muka.
Menurut sumber, mesin berkenaan direka dan dihasilkan penyelidik di Universiti Teknologi Tsinghua dan Tzekwan dan dipamerkan kepada orang ramai baru-baru ini.
Ia ATM pertama dibina dengan ciri pengecaman muka yang berada di pasaran ketika ini.
Mesin berkenaan dilengkapi kamera yang akan mengimbas imej wajah dan membandingkannya dengan gambar pengenalan diri serta dihubungkan dengan bank dan pejabat polis tempatan.
Pengimbas muka itu adalah langkah keselamatan tambahan di samping kata laluan atau nombor pengenalan peribadi yang diperlukan untuk mengakses akaun bank.
Penyelidik mendakwa mesin itu mampu mengesahkan pemegang kad walaupun riak wajah mereka berubah.
Sebahagian komponen ATM yang digunakan di China ketika ini diimport, tetapi mesin baru ini dibuat 100 peratus di negara itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 7:55 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55537#sthash.zViScJCo.dpuf

Polis halang Dr Mahathir bercakap, matikan mikrofon (Gambar)



Polis menghentikan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.
Polis naik ke atas pentas apabila bekas perdana menteri itu mula bercakap selama 5 minit dan menggesanya untuk berhenti.
Polis kemudiannya mematikan mikrofon dan membawa Dr Mahathir meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Terdahulu, Dr Mahathir kelihatan cuba berunding dengan pegawai polis itu dan memberitahu beliau dijemput dan sepatutnya dibenarkan bercakap.

Tetapi pegawai polis itu mematikan mikrofon dan memadamkan video.

Keadaan menjadi kecoh dan kira-kira 1,000 hadirin mula menjerit memarahi polis dan ada naik ke atas pentas.
Dr Mahathir kemudian mengadakan sidang akhbar sebelum turun dari pentas.

Beliau dibenarkan bercakap kepada pemberita dan selepas sidang media, sepasukan polis membawanya ke keretanya sambil orang ramai menjerit:"Hidup Tun! Hidup Tun! Hidup Tun!".

Keadaan di dalam Dewan Tun Hussein Onn di PWTC pagi ini pada awalnya tegang apabila hadirin berang dan mendesak Najib hadir di majlis itu.

Penganjur Dialog PM Bersama NGO, Suka Guam terlebih dulu mengumumkan program hari ini akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Najib.

Katanya, Najib tidak hadir selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.

Penganjur juga mengumumkan terdapat satu pergaduhan berlaku di luar dewan dan polis memaklumkan kepada mereka kekecohan akan berlaku dalam program hari ini.

Sebelum itu, SukaGuam memaklumkan pihaknya masih berunding dengan polis untuk membenarkan Najib menghadiri forum berkenaan.

Dr Mahathir tiba di PWTC seawal jam 8.50 pagi tadi untuk menghadiri dialog itu.
http://gigitankerengga.blogspot.com/

BNM perlu bongkar ‘kehilangan’ RM42 bilion

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

SHAH ALAM – PKR menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) supaya menyiasat serta membongkar ‘kehilangan’ dana RM42 bilion yang dilaburkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan perbelanjaan syarikat pelaburan nasional itu di Kepulauan Cayman masih menjadi misteri.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli mendakwa separuh daripada RM42 bilion itu telah dibelanjakan bagi tujaun yang diragui dan dikhuatiri bertentangan dengan kelulusan awal Bank Negara Malaysia.

“Saya menyeru supaya Bank Negara Malaysia menyiasat sehinggalah satu laporan dapat dibentangkan di Parlimen untuk menyenaraikan semua perbelanjaan secara terperinci yang melibatkan hutang RM42 bilion itu.

“Sejumlah RM15.4 bilion dalam syarikat-syarikat yang tidak dapat dipastikan aktiviti perniagaan atau asetnya iaitu Brazen Sky, Aabar dan 1MDB GIL mengesahkan bahawa 1MDB tidak boleh menerangkan ke mana RM15.4 bilion ini telah dibelanjakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu program khas bual bicara Dialog di TV1 semalam yang menafikan kehilangan dana RM42 bilion yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Ahmad Husni berkata, kerajaan sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan ekonomi negara dan 1MDB pula adalah milik Kementerian Kewangan malah segala pelaburannya dijamin oleh kerajaan dalam apa jua keadaan.

Mengulas lanjut, Rafizi selaku Naib Presiden PKR juga mendakwa 1MDB boleh didakwa jika dana yang dipinjam dan dilabur oleh syarikat itu digunakan bagi tujuan yang berlainan dari kelulusan awal yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia.

“Sebenarnya, pengumuman 1MDB itu mengesahkan kekhuatiran rakyat selama ini bahawa dana 1MDB yang dipinjam tidak dapat dipadankan dengan aset yang nyata; lalu timbul persoalan ke mana sebahagian besar dana ini telah dibelanjakan?” soalnya lagi.

Pemimpin Pas yang tewas kena sedar diri

Muktamar Pas

KUALA SELANGOR - Perwakilan Pas dari Sekijang, Shazni Munir Mohd Ithnin menggesa agar semua pimpinan yang tewas dalam pemilihan Pas kali ini sedar diri serta tidak menerima sebarang lantikan untuk menyertai kabinet pimpinan parti itu.

Menurutnya, gesaan itu penting supaya Abdul Hadi tidak lagi diganggu dalam membuat sebarang keputusan.

"Sebagai seorang yang berjiwa besar, kita yakin Tuan Guru Presiden akan melantik semula pasukan yang kalah untuk duduk dalam kabinet pimpinan selepas muktamar ini. Namun demikian, kita benar-benar mengharapkan agar pimpinan-pimpinan yang telah kalah ini 'sedar diri' dan tidak menerima pelantikan tersebut.

"Gesaan ini penting supaya Tuan Guru Presiden tidak lagi diganggu-gugat untuk membuat keputusan-keputusan besar dan penting selepas ini," katanya pada satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kemenangan geng ulama yang bersama-sama Abdul Hadi bukti perwakilan menolak perbezaan pandangan yang berlaku dalam parti itu.

"Kemenangan besar pasukan yang bersama-sama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membuktikan bahawa majoriti perwakilan 'tidak selesa' dengan stail perbezaan pandangan yang diamalkan Pas selama ini.

"Jelas lagi bersuluh bahawa majoriti perwakilan mahu kesemua pimpinan memberikan ketaatan sepenuhnya kepada Presiden parti tanpa mengatakan 'tidak' samada dalam hal pentadbiran dalaman mahupun politik," katanya.

Semalam, Abdul Hadi mengekalkan jawatannya dengan 928 undi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang hanya mendapat 233 undi.

Beliau yakin bahawa pemimpin yang menang itu akan mampu mentadbir Pas tanpa penglibatan barisan pimpinan yang tewas.

"Kita yakin dan percaya tokoh-tokoh yang menang ini mampu memimpin Pas tanpa keterlibatan pasukan yang kalah serta sering disinonimkan sebagai 'bermasalah'.

"Pasukan yang kalah ini sebaliknya harus bermuhasabah diri berhubung tindakan-tindakan mereka yang sering berlagak pandai mempersoal langkah politik yang diambil presiden," katanya.

390 kali derma darah tanpa kesal

Nik Ghazali Nik Abu Bakar
Nik Ghazali

KOTA BHARU - Selain kepuasan, penderma darah ke 390 kali, Nik Ghazali Nik Abu Bakar, 57, akui dirinya bertambah sihat malah tidak pernah demam apatah lagi berdepan sakit teruk.

Menurutnya, pengalaman itu dirasai setiap kali dia menderma biarpun sebelum ini pelbagai tanggapan negatif didengari sehingga ada kalanya melemahkan semangat mereka yang berhasrat untuk melakukannya.

“Saya tidak kaya dan berharta untuk menyumbangkan wang ringgit, hanya sumbangan darah mampu diberikan agar dapat dimanfaatkan mereka yang memerlukan, saya menderma kerana bersimpati tanpa mengambil kira agama dan bangsa.

“Biarpun belum pernah berdepan situasi itu (terdesak memerlukan darah), ia kepuasan yang tidak boleh dibeli, saya puas apabila dapat menderma, dan kalau boleh ingin selalu menderma,” katanya kepada Sinar Harian.

Bapa lima anak ini berkata, dia mengamalkan meminum sekurang-kurangnya tiga liter air kosong sehari bagi memastikan dia dapat menderma setiap dua minggu sekali dan membantu mengisi tabung darah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Seorang lagi menderma, Lee Hok Cheng, 51, berkata, sejak mula menderma pada usia 23 tahun sehingga semalam, dia sudah menderma kira-kira 100 kali dan akan terus menderma selagi berupaya berbuat demikian.

Menurutnya, walaupun pada awalnya mendapat tentang hebat ibunya, namun sikap ingin membantu yang sudah begitu sebati dengan dirinya menyebabkan dia terus menderma sehingga kini.

“Saya puas dapat tolong orang, walaupun dalam bentuk darah, tetapi saya yakin ia begitu diperlukan,” katanya yang turut giat merancang menjayakan program dan kempen derma darah bagi membantu mengisi tabung darah di HUSM dan HRPZ II.

Hok Cheng turut mengakui kesihatannya bertambah baik setiap kali menderma sebaliknya akan merasa tidak selesa disebabkan demam dan selesema sekiranya tidak menderma dalam waktu- waktu tertentu.

Gagal pertahan jawatan: Mat Sabu kata ‘pelik’

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

KUALA SELANGOR - Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menimbulkan tanda tanya apabila mendakwa kekalahannya itu pelik tanpa menyatakan sebab atas dakwaan itu.

Meskipun ditanya berkali-kali sebab beliau berkata demikian, Mohamad atau lebih dikenali dengan nama Mat Sabu hanya membisu dan meninggalkan pihak media masuk kembali ke persidangan.

"Kalah perkara biasa tapi saya rasa peliklah... rasa pelik...," katanya ringkas.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi mengumumkan jawatan Timbalan Presiden Pas beralih tangan apabila Mat Sabu hanya mendapat 279 undi sementara pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meraih 881 undi.

Sebentar tadi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa pemimpin lain meninggalkan persidangan seketika untuk berbincang berkaitan perjalanan muktamar sahaja tidak melibatkan keputusan pemilihan.

Perbincangan di sebuah bilik bersebelahan ruang persidangan itu berlangsung lebih kurang 15 minit sebelum Abdul Hadi dan pemimpin lain dilihat meninggalkan bilik tersebut dan kembali ke persidangan.

Perkara itu disahkan bekas Naib Presiden, Salahuddin Ayub yang turut mengikuti perbincangan itu.

"Hanya bincang tentang perjalanan muktamar sahaja. Tidak ada apa-apa.

"(Bincang berkaitan keputusan?) Tidak ada apa. Keputusan telahpun dibuat oleh perwakilan semalam. Itu seharusnya dihormati oleh semua pihak," katanya.

Jepun akan bina tandas dalam lif

Jepun akan bina tandas dalam lif

TOKYO - JEPUN. Setelah seringkali ‘diserang’ gempa bumi , kerajaan Jepun mengumumkan akan membuat tandas di dalam lif.

Memetik laporan Daily Mail, keputusan itu diambil setelah beratus orang terperangkap di pusat membeli belah ketika gempa bumi berlaku baru-baru ini.

“Ketika kejadian ada 14 lif tidak berfungsi dan membuatkan mangsa yang berada di dalamnya kehausan dan ingin membuang air.

"....malangnya mereka terpaksa menahan diri untuk beberapa jam,” menurut Kementerian Infrasturktur Jepun.

Setelah mengadakan pertemuan antara industri pembuat lif dan kementerian berkenaan, mereka setuju untuk membuat tandas darurat di dalam lif.

Syarikat penerbangan AS mohon maaf

Syarikat penerbangan AS mohon maaf
Tahera

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Syarikat penerbangan United Airlines. membuat permohonan maaf kepada seorang wanita Islam Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama ketika menaiki pesawat itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Tahera adalah pelanggan United Airlines dan pihaknya memohon maaf kepada beliau di atas apa yang berlaku ketika di dalam penerbangan.

Sementara itu menurut laporan Press TV, jurucakap syarikat  Charles Hobart memberitahu, selepas menyiasat perkara itu, syarikat telah memastikan bahawa pramugari dari Shuttle Amerika tidak akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan United.

"United tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi terhadap pelanggan atau kakitangan syarikat," katanya tanpa memberitahu sama ada pekerja terbabit dipecat atau tidak.

Minggu lalu, kisah Tahera Ahmad, 31, di media sosial Facebook menjadi viral selepas pembantu penerbangan enggan memberi minuman tin belum dibuka kepadanya kerana bimbang ia mungkin digunakan sebagai senjata.

Syarikat penerbangan AS mohon maaf

Syarikat penerbangan AS mohon maaf
Tahera

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Syarikat penerbangan United Airlines. membuat permohonan maaf kepada seorang wanita Islam Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama ketika menaiki pesawat itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Tahera adalah pelanggan United Airlines dan pihaknya memohon maaf kepada beliau di atas apa yang berlaku ketika di dalam penerbangan.

Sementara itu menurut laporan Press TV, jurucakap syarikat  Charles Hobart memberitahu, selepas menyiasat perkara itu, syarikat telah memastikan bahawa pramugari dari Shuttle Amerika tidak akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan United.

"United tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi terhadap pelanggan atau kakitangan syarikat," katanya tanpa memberitahu sama ada pekerja terbabit dipecat atau tidak.

Minggu lalu, kisah Tahera Ahmad, 31, di media sosial Facebook menjadi viral selepas pembantu penerbangan enggan memberi minuman tin belum dibuka kepadanya kerana bimbang ia mungkin digunakan sebagai senjata.

Syarikat penerbangan AS mohon maaf

Syarikat penerbangan AS mohon maaf
Tahera

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Syarikat penerbangan United Airlines. membuat permohonan maaf kepada seorang wanita Islam Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama ketika menaiki pesawat itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Tahera adalah pelanggan United Airlines dan pihaknya memohon maaf kepada beliau di atas apa yang berlaku ketika di dalam penerbangan.

Sementara itu menurut laporan Press TV, jurucakap syarikat  Charles Hobart memberitahu, selepas menyiasat perkara itu, syarikat telah memastikan bahawa pramugari dari Shuttle Amerika tidak akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan United.

"United tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku diskriminasi terhadap pelanggan atau kakitangan syarikat," katanya tanpa memberitahu sama ada pekerja terbabit dipecat atau tidak.

Minggu lalu, kisah Tahera Ahmad, 31, di media sosial Facebook menjadi viral selepas pembantu penerbangan enggan memberi minuman tin belum dibuka kepadanya kerana bimbang ia mungkin digunakan sebagai senjata.

Putus Hubungan PAS-DAP Hanya Untuk Ambil Hati Penyokong - MCA


Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 10:09 PM
Chua Tee Yong
Datuk Chua Tee Yong

JOHOR BAHARU: Keputusan PAS dan DAP untuk memutuskan hubungan antara satu sama lain hanya bertujuan untuk mengambil hati penyokong masing-masing, kata Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Beliau berkata tindak-tanduk parti Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) selama ini adalah tidak memeranjatkan yang menggambarkan hasrat mereka untuk berkuasa.

"Pakatan Rakyat jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka terikat dengan masalah untuk berkuasa. Setiap mereka mahu menjadi 'big boss'.

"Namun mereka mengatakan ia adalah baik untuk rakyat," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai usul Dewan Ulama PAS pada Muktamar Tahunan Ke-61 yang sedang berlangsung di Selangor, yang mahu PAS memutus kerjasama politik dengan DAP tetapi masih mahu PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.

"PAS berkata mereka mahu memutus hubungan dengan DAP tapi masih mahu bekerjasam dengan Pakatan. DAP juga berkata mereka mahu memutus hubungan dengan Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), tetapi akan tetap bekerjasama dengan PAS, saya tidak tahu apa semua ini.

"Tetapi ini sebenarnya putar belit politik. Mereka membuat tafsiran sendiri dengan harapan penyokong mereka akan terus menyokong mereka," kata Chua.

Beliau berkata ketiga-tiga pihak dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai persefahaman sejak sekian lama, seperti masing-masing PKR dan DAP berlumba-lumba membayangkan kabinet bayangan masing-masing.

Polis Tidak Melebihi Undang-Undang - KPN


Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 7:15 PM
Tan Sri Khalid Abu Bakar

PETALING JAYA: Polis tidak pernah menganggap diri mereka melebihi undang-undang, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara berkata, polis hanya sekadar penguatkuasa undang-undang, tetapi tertakluk kepada undang-undang yang sama.

"Kita tidak menafikan kewujudan segelintir kambing hitam yang melanggar undang-undang.

"Tetapi mereka hanya membentuk sebahagian kecil daripada pasukan polis. Ia tidak boleh dilabelkan mewakili institusi," katanya dalam satu kenyataan, Khamis.

Beliau mengulas ucapan yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, pada forum awam bertajuk "Rogue Cops: Workable Solutions - Police Accountability In Malaysia", minggu lepas.

Mohamed Dzaiddin berkata sikap pasukan polis yang tidak mengambil peduli konsep kedaulatan undang-undang merupakan antara sebab kematian dalam tahanan.

Khalid berkata  tidak semua dakwaan bekas ketua hakim negara itu adalah betul.

"Kita mahu Tun dan mereka yang berfikiran seperti itu mengetahui modul latihan kami menyediakan pemahaman asas dan dasar mengenai hak asasi sepertimana mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau juga menafikan kematian tahanan seperti didakwa bekas ketua hakim negara itu dengan menyatakan dari tempoh 2010 hingga 2014, kesemua 51 kes kematian menjalani siasatan.

"Ketika ada sesetengah pegawai polis yang menyalah gunakan kuasa mereka, majoritinya terdiri daripada polis yang baik.

"Bagi setiap anggota melakukan kesalahan dan melanggar kepercayaan rakyat awam namun ramai lagi tidak terkira bilangannya mengikuti undang-undang serta tidak meminta apa-apa selain melindungi, berkhidmat serta pulang dengan selamat apabila mengakhiri tugas mereka.

"Masih terdapat ramai pegawai polis yang baik di luar sana dan sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk negara," katanya.

Pro-Ulama Kuasai Naib Presiden PAS


Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 11:55 PM
Nik Amar, Iskandar dan Idris kini menduduki kerusi Naib Presiden PAS 2015-2017.

KUALA SELANGOR: Mengukuhkan penguasaan kumpulan pro-ulama, tiga kerusi Naib Presiden PAS turut menyaksikan calon profesional dalam parti itu 'disingkirkan' pada pemilihan kali ini.
Mendahului senarai pilihan untuk jawatan itu ialah Idris Ahmad yang memperoleh 896 undi, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (710) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672).
Idris dan Iskandar adalah pemimpin baharu yang mengetepikan dua penyandang jawatan iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa.
Salahuddin memperoleh 435 undi, manakala Husam mendapat 317 undi.
Sementara itu, seorang lagi calon yang tewas ialah Datuk Mahfuz Omar apabila memperoleh 378 undi.

Mat Sabu Kalah Teruk


Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 11:24 PM
Mat Sabu Tewas kepada Tuan Ibrahim dengan majoriti lebih 600.

KUALA SELANGOR: Kebangkitan sokongan terhadap kumpulan ulama dalam PAS semakin ketara apabila Mohamad Sabu kalah dengan perbezaan undi yang besar dalam usaha mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.
Mohamad Sabu yang lebih terkenal dengan panggilan 'Mat Sabu' mendapat 279 undi berbanding pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 881 undi.
Tuan Ibrahim yang turut berada dalam senarai 'cai' Dewan Ulama PAS Pusat bagi Timbalan Presiden PAS menang dengan majoriti 602 undi.
Ini adalah kali kedua Tuan Ibrahim bertanding bagi jawatan berkenaan selepas tewas dalam cubaan pertama pada 2011.
Ketika itu Tuan Ibrahim gagal merebut kerusi timbalan dalam pertandingan tiga penjuru menentang Mat Sabu, selain penyandang ketika itu Nasharudin Mat Isa.

Tun M Kemungkinan Besar Hadir Dialog Terbuka Bersama Najib


Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 5:53 PM
Tun Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA: Kemungkinan besar Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadiri sesi dialog terbuka 'Nothing2Hide' dengan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

"Terdapat kebarangkalian yang tinggi beliau akan berada di sana," kata seorang pembantu bekas Perdana Menteri itu ketika dihubungi The Star Online, Khamis.

Walau bagaimanapun dia tidak mengesahkan mengenai kehadiran Dr Mahathir dan berkata; "Anda perlu tunggu dan tengok kepada majlis itu sendiri".

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dilaporkan berkata Dr Mahathir dijemput secara peribadi untuk dialog itu, yang dijadualkan berlangsung pada dari pukul 9 pagi hingga tengahari Jumaat di di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra .

Khairul berkata beliau tidak mempunyai masalah jika Dr Mahathir menghadiri forum itu kerana ia terbuka kepada semua.

"Agensi agensi media cetak, dalam talian dan juga blogger dijemput memandangkan kita semua berkongsi misi yang sama untuk membawa kebenaran kepada rakyat," katanya.

Sesi dialog ini dijangka memberi peluang kepada peserta di kalangan badan bukan kerajaan (NGO), penulis blog dan media untuk mengemukakan soalan kepada Najib, termasuk isu kontroversi membabitkan syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib juga akan menjawab persoalan berhubung pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Sesi dialog 'town hall' belum pernah dilakukan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini.

"Anda akan mendengar perdana menteri memberi penjelasannya sendiri berhubung isu semasa dan penyertaan terbuka untuk bertanya apa sahaja soalan kepada beliau yang berkaitan perkara yang sedang berlaku ketika ini," kata Khairul.

Muhyiddin Jawab Soalan Mengenai 1MDB Dengan Senyuman


Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 9:27 PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Terus membisu berhubung perkara-perkara kontroversi melibatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Tan Sri Muhyiddin Yassin 'menjawab' soalan mengenai cabang pelaburan kerajaan itu hanya dengan senyuman.

Dalam satu majlis di sini awal Khamis, Timbalan Perdana Menteri hanya berjalan diiringi pengawal peribadi sambil senyum, tanpa memberikan sebarang ulasan kepada pemberita yang menunggu dan bertanyakan soalan mengenai 1MDB.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan memberi kata dua kepada menteri Kabinet pada mesyuarat Jumaat lepas untuk meletakkan jawatan jika mereka tidak bersetuju rancangan penstrukturan semula 1MDB.

Muhyiddin tidak hadir pada mesyuarat itu kerana telah bercuti di luar negara sejak 26 Mei.

Hadi Menang Besar


Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 10:36 PM
Hadi Awang

KUALA SELANGOR: Menepati ramalan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatan Presiden PAS dengan majorit besar, 695 undi.
Hadi yang mendapat 928 undi menewaskan Ahmad Awang yang meraih 233 undi.
Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 10.15 malam Khamis.
Menurut Asmuni keputusan bagi jawatan lain akan diumumkan secara berperingkat selepas proses pengiraan selesai.

'Tsunami' Ulama Membadai PAS


Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 10:04 PM
Kelihatan seorang perwakilan meneliti kertas undian sebelum mengundi Barisan Kepimpinan Tertinggi PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, Khamis.

KUALA SELANGOR: Keputusan pemilihan barisan kepimpinan tertinggi PAS dijangka menyaksikan kebangkitan kumpulan pro-ulama apabila majoriti jawatan yang dipertandingkan memihak kepada kelompok berkenaan.
Berdasarkan jangkaan, ‘cai’ atau senarai pilihan yang dikeluarkan Dewan Ulama PAS Pusat hampir menepati sasaran apabila kem yang dilihat selari dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyapu bersih jawatan yang dipertandingkan.
'Tsunami ulama' ini bermula dengan Hadi yang dilihat tidak berdepan masalah untuk mengetepikan pencabarnya yang juga bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang.
Sementara itu, Mohamad Sabu juga besar kemungkinan gagal mempertahankan kedudukan apabila kerusi Timbalan Presiden PAS itu diisi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Difahamkan Hadi dan Tuan Ibrahim bakal menang besar dalam pemilihan kali ini.
Bagi jawatan Naib Presiden PAS, tiga nama yang dicadangkan Dewan Ulama PAS juga dilihat bakal menang selesa, sekaligus menyaksikan dua penyandang jawatan itu iaitu Datuk Husam Musa dan Sallahuddin Ayob gagal dalam pemilihan kali ini.
Tiga nama yang dijangka menduduki jawatan Naib Presiden PAS ialah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Idris Ahmad.
Dipercayai kemenangan lima jawatan tertinggi oleh kumpulan ulama ini bakal mempengaruhi pola sokongan kepada calon dari aliran yang sama bagi jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Daripada 18 jawatan AJK PAS Pusat yang dipertandingkan, dipercayai sekitar lima hingga lapan sahaja akan dimenangi kumpulan profesional.
Nama-nama besar seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob serta Dr Siti Mariah Mahmud dijangka tewas susulan ‘tsunami ulama’ dalam PAS.
Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, proses pengiraan undi masih dijalankan dan keputusan penuh dijangka diumumkan tengah malam ini.

AJK PAS: Status YB Bukan Tiket Untuk Menang


Diterbitkan: Jumaat, 5 Jun 2015 12:48 AM
Dari kiri: Khalid Samad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Mohd Hatta Ramli.

KUALA SELANGOR: Keputusan pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat membuktikan  kedudukan wakil rakyat termasuk di peringkat Parlimen bukan tiket untuk mempengaruhi undi perwakilan.
Antara Ahli Parlimen yang tewas bagi jawatan AJK PAS Pusat ialah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad, Dr Siti Mariah Mahmud, Hanipa Maidin dan Dr Hatta Md Ramli.
Situasi ini sekali gus menyaksikan 'cai' atau senarai pilihan kem pro-ulama menang besar bagi mengetepikan pengaruh kumpulan profesional dalam parti Islam itu.
Berdasarkan 'cai' Dewan Ulama PAS Pusat, hanya Ketua Dewan Muslimat PAS yang baharu, Nuridah Salleh tercicir daripada senarai pemenang.
Sebaliknya, Mazlan Aliman yang berada dalam senarai kumpulan profesional berjaya menempatkan diri dalam AJK PAS Pusat bagi sesi 2015-2017.
Berikut adalah senarai 18 AJK Pusat bagi penggal 2015-2017:

1. Nasrudin Hasan Tantawi (782)

2. Dr. Riduan Mohamad Nor (782)

3. Datuk Mohd Nasruddin Daud (777)

4. Salehin Mukhyi (763)

5. Datuk Dr. Nik Zawawi Salleh (749)

6. Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali (736)

7. Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hasan (722)

8. Datuk Abdullah Hussin (679)

9. Razman Zakaria (674)

10. Dr. Mohd Zuhdi Marzuki (670)

11. Mokhtar Senik (656)

12. Zaharudin Muhammad (611)

13. Dr. Ali Akbar Gulasan (596)

14. Mazlan Aliman (593)

15. Dr. Rosni Adam (590)

16. Mohd Noor Mohamad (566)

17. Muhamad Sanusi Md Nor (556)

18. Nor Azli Musa (544)

Kem propakatan tumbang



Para perwakilan beratur untuk mengundi bagi pemilihan jawatan tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Dewan Tertutup Kuala Selangor semalam.


KUALA SELANGOR – Kumpulan propakatan menerima pukulan hebat apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang melengkapkan kemenangan kem proulama setelah beliau berjaya mengekalkan jawatan Presiden Pas dalam pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 di sini semalam dengan majoriti besar.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang terus menerima kepercayaan untuk menerajui kepimpinan parti yang telah dipegang sejak 13 tahun lalu berjaya menumpaskan pencabarnya, Ahmad Awang dengan majoriti 695 undi apabila memperoleh 928 undi.
Ahmad yang juga bekas Naib Presiden Pas yang sebelum ini digembar-gemburkan mendapat sokongan popular daripada masyarakat luar untuk menggantikan Abdul Hadi hanya mampu meraih 233 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi pada pukul 10.15 malam tadi di Stadium Tertutup Kuala Selangor malam tadi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3c8LKidEl 
Hakcipta terpelihara 

Dia masih isteri saya – Awie



SAAT-SAAT manis Awie (tiga dari kanan) dan Rozana (tiga dari kiri) bersama anak-anak mereka, Merrah (dua dari kiri), Rezzki (tengah) dan Qaseh (dua dari kanan) pada majlis cukur jambul Qaseh pada tahun 2010. Turut sama ialah Puteri Aleeya Antasha (kanan) dan Puteri Aleefa Antasha (kiri sekali) yang merupakan zuriat hasil perkahwinan Awie dengan bekas isterinya, Arni Nazira.


KUALA LUMPUR – Penyanyi rock terkenal tanah air, Awie mendakwa, Rozana Misbun, 36, masih lagi isterinya kerana dia tidak tahu menahu langsung mengenai dakwaan wanita itu yang berjaya mendapat fasakh secara taklik daripada Majlis Agama Islam Songkla, Thailand pada 1 November tahun lalu.
Awie atau nama sebenar­nya, Mohd. Azhar Othman, 47, berkata, dia sudah tidak percaya terhadap segala sandiwara yang sedang dimainkan oleh Rozana.
“Saya hairan apabila dia me­ngaku sudah bercerai dengan saya sedangkan sebelum ini dia sendiri mengeluarkan kenyataan tidak tahu di mana sepatutnya sijil perkahwinan kami dikeluarkan.
“Kalau dia memang mahu bercerai, kena ikut prosedur. Selesaikan apa yang patut dulu di mahkamah. Jangan sengaja mencari publisiti murahan untuk kepentingan sendiri. Saya tidak akan ceraikan dia selagi perbicaraan mahkamah kami masih belum selesai,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Semalam, Rozana mendakwa, permohonan mahu bercerai berjaya selepas pihak majlis agama Islam Thailand berpuas hati dengan keterangan serta bukti yang diberikannya ketika tragedi 2 Jun 2014, selepas di­belasah Awie.
Wanita itu turut meminta agar penyanyi itu mematuhi arahan mahkamah supaya menyerahkan anak sulung mereka, Putera Ahmad Merrah, 8, yang kini tinggal bersama penyanyi itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3c8LATP40 
Hakcipta terpelihara