Saturday, July 16, 2011

'Kapit jering' akibatkan kegagalan buah pinggang

KOTA BHARU 15 Julai - Amaran kepada penggemar buah jering! Memakan buah itu secara berlebihan boleh mengakibatkan kegagalan buah pinggang.

Ketua Unit Nefrologi, Jabatan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr. Sukeri Muhamad berkata, keadaan yang dikenali masyarakat tempatan sebagai 'kapit jering' itu berlaku apabila seseorang memakan buah jering mentah dalam kuantiti banyak.

Katanya, individu yang sihat mungkin mendapati buah pinggang mereka terpaksa dirawat menggunakan kaedah dialisis akibat daripada memakan buah jering secara berlebihan.

"Saya belum pernah tengok kes ia (buah jering) mengakibatkan buah pinggang menjadi rosak terus, tetapi biasanya buah pinggang individu yang terkena 'kapit jering' akan berhenti berfungsi sehingga seminggu lamanya.

"Jering boleh dimakan tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak, namun bagi pesakit buah pinggang kronik kita tidak galakkan langsung memakan jering," katanya ketika ditemui pada Forum Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Ke-9 di sini, hari ini.

Beliau berkata, individu yang tiba-tiba mengalami air kencing berdarah, tidak kencing langsung dan sakit perut berpanjangan mestilah memberitahu pihak hospital sekiranya mereka telah memakan jering bagi memastikan rawatan diberi adalah tepat.

"Jika tidak dimaklumkan, mungkin doktor akan tersilap membuat diagnosis seperti menjangka mereka mengalami masalah apendiks," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah NKF, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaherberkata, risiko 'kapit jering' berlaku kerana sejenis asid dipanggil djengkolic acid dalam buah jering.

Beliau yang merupakan pakar perunding buah pinggang terkemuka negara berkata, kandungan asid tersebut boleh dikurangkan melalui kaedah merebus buah jering sehingga masak.

"Asid inilah yang merosakkan buah pinggang buat sementara, kalau direbus betul-betul, risiko 'kapit jering' dapat dikurangkan," nasihatnya.

Lebih 300 hadirin terdiri daripada pesakit, keluarga dan pengusaha pusat dialisis hadir pada program itu yang julung kalinya diadakan di negeri ini.

Forum itu membincangkan peranan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memberi bantuan kewangan serta peluang pekerjaan kepada pesakit buah pinggang.

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

PATI ditahan ketika naiki pesawat


TAWAU 15 Julai - Hasrat tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk mencuba nasib di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila mereka termasuk tiga wanita ditahan ketika ingin berlepas menaiki kapal terbang di Lapangan Terbang Tawau di sini, malam tadi.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 42 tahun itu gagal memperdayakan kakitangan Jabatan Imigresen apabila pihak berkenaan berjaya mengesan perbezaan wajah mereka dengan gambar yang tertera dalam pasport masing-masing.

Ketua Jabatan Imigresen Daerah, Ibrahim Tamsil berkata, kesemua suspek ditahan di balai berlepas lapangan terbang itu ketika ingin menaiki pesawat syarikat tambang murah tempatan kira-kira pukul 9.30 malam.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek baru dua hari memasuki negeri ini secara haram menerusi laluan tikus di Kalabakan. Kegiatan mereka dipercayai didalangi satu sindiket yang masih diburu.

"Kesahihan pasport Indonesia yang digunakan mereka juga diragui, pihak kita akan berhubung dengan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah asli atau palsu," katanya.

Tambah Ibrahim, kes itu merupakan yang pertama melibatkan pintu keluar lapangan terbang yang direkodkan pihaknya sepanjang tahun ini.

Katanya, kesemua PATI itu ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, di bawah Seksyen 51 (5) (b), Akta Imigresen.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 12 (1) (b) Akta Imigresen 1966 (Akta 150), yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Pekerja mati diserang mandur


SANDAKAN 15 Julai - Gara-gara bertengkar masalah kerja, seorang buruh ladang warga Indonesia mati dipercayai diserang oleh dua lelaki termasuk mandurnya sendiri di sebuah ladang kelapa sawit di Memanjang Batu 36, Jalan Beluran dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa yang berusia 32 tahun dan belum dikenali identitinya meninggal dunia di Hospital Daerah Beluran kira-kira pukul 9 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa dikatakan bertengkar mengenai masalah kerja dengan mandurnya yang juga seorang warga Indonesia di rumah kongsi mereka.

"Mangsa dan isterinya tinggal bersama mandur berkenaan dan seorang lagi suspek yang juga adik kepada mandur itu di rumah kongsi yang sama," katanya di sini, hari ini.

Rowell berkata, lanjutan daripada pertengkaran itu, mangsa dikatakan diserang dengan menggunakan pisau dan botol.

Katanya, dua beradik berkenaan kemudian melarikan diri selepas menyerang mangsa manakala mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Daerah Beluran untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, pihaknya masih memburu dua beradik itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Pekerja mati diserang mandur


SANDAKAN 15 Julai - Gara-gara bertengkar masalah kerja, seorang buruh ladang warga Indonesia mati dipercayai diserang oleh dua lelaki termasuk mandurnya sendiri di sebuah ladang kelapa sawit di Memanjang Batu 36, Jalan Beluran dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, mangsa yang berusia 32 tahun dan belum dikenali identitinya meninggal dunia di Hospital Daerah Beluran kira-kira pukul 9 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa dikatakan bertengkar mengenai masalah kerja dengan mandurnya yang juga seorang warga Indonesia di rumah kongsi mereka.

"Mangsa dan isterinya tinggal bersama mandur berkenaan dan seorang lagi suspek yang juga adik kepada mandur itu di rumah kongsi yang sama," katanya di sini, hari ini.

Rowell berkata, lanjutan daripada pertengkaran itu, mangsa dikatakan diserang dengan menggunakan pisau dan botol.

Katanya, dua beradik berkenaan kemudian melarikan diri selepas menyerang mangsa manakala mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Daerah Beluran untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, pihaknya masih memburu dua beradik itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Dua ditahan terbabit kes rompakan berkumpulan


KOTA KINABALU 15 Julai - Polis menahan dua lelaki warga asing kerana dipercayai terlibat dalam lima kes rompakan berkumpulan sehingga mencecah RM480,000 di sekitar bandar raya ini sejak awal tahun ini.

Siasatan awal mendapati, kesemua suspek berusia antara 20 hingga lingkungan 30-an itu terbabit dalam beberapa kes kecurian, rompakan berkumpulan dan bersenjata.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, kedua-dua suspek ditahan di Luyang di sini pada 6 Julai lalu hasil maklumat daripada orang awam.

"Sebaik sahaja menerima maklumat, sepasukan polis dikerahkan ke kawasan itu untuk menjalankan pengawasan dan menangkap kedua-dua suspek berhampiran sebuah bank yang pernah dirompak oleh mereka," katanya di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Sofi, modus operandi mereka adalah mensasarkan lokasi bank dengan memerhatikan mangsa yang memasuki bank dan mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar.

"Mereka kemudian akan memancitkan tayar kenderaan mangsa sementara menunggu mereka keluar daripada bank. Semasa mangsa sibuk menukar tayar, suspek bertindak merompak mangsa," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Utusan Malaysia Online - Sabah & Sarawak

Rupert Murdoch tunduk kepada tekanan



Rupert Murdoch (kiri) bersama anak lekakinya, James.


LONDON 15 Julai - Jutawan media, Rupert Murdoch dan anak lelakinya, James tunduk kepada tekanan dan bersetuju untuk memberi keterangan kepada ahli Parlimen Britain, ketika siasatan mengenai skandal menggodam telefon merebak ke Amerika Syarikat (AS) dengan pembabitan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Murdoch dan anaknya, semalam mengubah keputusan mereka yang sebelum ini enggan memberi keterangan kepada sebuah jawatankuasa Parlimen pada Selasa ini.

Skandal itu telah memaksa Murdoch, pengasas syarikat media global, News Corp. menutup akhbar tabloid dalam kumpulan itu, News of the World dan merosakkan percubaan beliau untuk mengambil alih syarikat televisyen satelit, BSkyB.

Dalam pada itu, penyiasat AS berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan yang dibuat pada Isnin lalu oleh akhbar tabloid The Mirror bahawa kakitangan News Corp. mungkin telah menjadikan perbualan telefon mangsa serangan 11 September, 2001 sebagai sasaran.

Murdoch, 80, semalam cuba meredakan kebimbangan pemegang saham News Corp., dengan memberitahu akhbar Wall Street Journal bahawa krisis itu sedang ditangani 'dengan begitu baik menerusi segala langkah yang dapat diambil'.

Katanya, kerosakan ke atas News Corp. di Britain 'bukanlah sesuatu yang tidak dapat diatasi' dan sebuah jawatankuasa bebas akan ditubuhkan bagi 'menyiasat setiap dakwaan salah laku'.

Awal semalam, polis Britain menangkap bekas pengarang eksekutif News of the World, Neil Wallis tetapi kemudian terpaksa mengaku pasukan Scotland Yard sendiri pernah mengambil beliau sebagai penasihat, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai rasuah polis dalam kes itu.

Murdoch dan anaknya mengubah pendirian hanya lima jam selepas jawatankuasa khas Parlimen mengenai media secara rasmi memanggil mereka untuk memberi keterangan, setelah menerima surat daripada dua beranak itu yang menyatakan mereka tidak dapat hadir tanpa memberi sebarang sebab. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Helah Geng Macho terbongkar



ABD. Razak Elias (kiri) menunjukkan topeng yang digunakan olehGeng Macho untuk melakukan pecah rumah di Serdang di Balai Polis Seri Kembangan, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Julai - Empat lelaki yang dianugerahkan Tuhan memiliki tubuh yang tegap selain raut wajah yang kacak, menyalahgunakan kelebihan itu untuk terlibat dalam kegiatan jenayah pecah rumah dan samun di sekitar Serdang dekat sini, sejak beberapa bulan lalu.

Mereka yang dikenali sebagai Geng Macho memecah masuk beberapa rumah di sekitar kawasan itu ketika pemiliknya tiada di rumah.

Bagaimanapun, kegiatan kumpulan penjenayah yang berasal dari Kedah itu terbongkar apabila dua daripada mereka ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 10.20 pagi semalam.

Polis sebelum itu mendapat maklumat daripada seorang penduduk di kawasan itu bahawa dua lelaki berketerampilan kemas menaiki sebuah kereta jenis Peugeot 206 cuba memasuki rumah jirannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias, selepas dimaklumkan oleh penduduk itu, sepasukan anggota polis tiba di tempat kejadian dan berjaya menahan kedua-dua lelaki terbabit.

"Ketika ditahan, dua lelaki itu cuba mencungkil pintu rumah jirannya dengan pemutar skru yang diubah suai.

"Polis turut menemui pelbagai peralatan pecah rumah dan samun, termasuk topeng monyet di dalam kenderaan yang dinaiki oleh suspek berusia lingkungan 20-an itu," katanya pada majlis sambutan ulang tahun pertama penubuhan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di Balai Polis Seri Kembangan dekat sini, hari ini.

Kata beliau, hasil siasatan ke atas kedua-dua lelaki itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek tampan berusia lingkungan 20-an di sebuah kondominium Taman Segar Mewah, Cheras petang semalam.

"Polis turut menemui sepucuk pistol tiruan dalam beg galas, komputer, unit pemprosesan pusat (CPU) dan pelbagai barang berjenama di rumah suspek.

"Siasatan lanjut mendapati, sebahagian daripada barang itu dipercayai hasil pecah masuk sebuah pejabat di Bandar Baru Bangi pada 26 Jun lalu," katanya lagi.

Menurut Abd. Razak, Geng Macho yang dianggotai oleh sekumpulan lelaki berwajah seperti model dengan berpakaian kemas seperti untuk ke pejabat dan menaiki kereta berprestij itu adalah helah sebelum mereka memecah masuk rumah mangsa.

"Kumpulan penjenayah ini akan berlagak selamba seolah-olah rumah yang dimasuki mereka adalah rumah kenalan bagi mengaburi mata penduduk setempat.

"Kesemua mereka mempunyai rekod jenayah dan direman mengikut Seksyen 457/11 kerana cuba melakukan pecah masuk rumah," katanya.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

'Lesen terbang': Datuk antara 23 ditahan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ialah antara 23 lelaki yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pengeluaran 'lesen terbang' melibatkan beberapa buah sekolah memandu di Lembah Klang dan Selangor.

Lelaki lingkungan 60-an itu ditahan di pejabatnya di ibu negara pada 27 Jun lalu.

Datuk tersebut dipercayai bertindak sebagai 'runner' bagi sindiket itu yang berperanan mendapatkan calon untuk menduduki ujian Bahagian 1 Berkomputer.

Selain tangkapan itu, menurut sumber, dianggarkan 100 calon yang dikenal pasti memperoleh 'lesen terbang' diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Daripada 23 individu lelaki yang ditahan ada antaranya pengurus, pemilik pusat belajar memandu dan orang tengah.

"Kertas siasatan kes ini hampir lengkap, bagaimanapun kita mengesan individu terlibat dan calon-calon lain yang memperoleh lesen terbang," kata sumber itu.

SPRM baru-baru ini menahan 10 lelaki bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pengeluaran lesen terbang yang dipercayai turut melibatkan beberapa buah sekolah memandu di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Kesemua mereka bekerja di sekolah memandu dan terlibat sebagai ejen sindiket berusia antara 25 dan 40 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang.

Menurut sumber, sindiket itu dipercayai menerima suapan antara RM300 hingga RM400 daripada setiap calon yang bersetuju mendapatkan lesen terbang.

Utusan Malaysia Online - Jenayah

Kolonel ditahan akibat minta presiden diguling

MANILA 16 Julai - Ketua Tentera Laut Filipina mengarahkan seorang pegawainya berpangkat kolonel dikenakan tahanan dalam bilik selepas pegawai itu dilihat meminta kerajaan pimpinan Presiden, Benigno Aquino III digulingkan dalam satu rakaman video.

Naib Laksamana Alexandar Pama berkata, Kolonel Generoso Mariano yang berjawatan sebagai timbalan komander Pentadbiran Simpanan Tentera Lau akan ditahan di ibu pejabat tentera marin sehingga siasatan diadakan,

Beliau semalam berkata, tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan rasa tidak puas hati dalam pasukan tentera laut terhadap kerajaan. - Agensi

Utusan Malaysia Online - Terkini

‘Digelar gila kunyah kaca’


YAKIN...Johari menyuap serpihan kaca kepada isterinya, Halimatussadiah.
YAKIN...Johari menyuap serpihan kaca kepada isterinya, Halimatussadiah.


BATU teras gunung.
BATU teras gunung.

BUKIT BERUNTUNG: “Kami pernah digelar orang gila dan pengamal ilmu sesat kerana makan kaca,” katanya pemandu treler, Johari Mohamad yang boleh mengunyah serpihan kaca tanpa mencederakan diri.
Selain Johari, 37, isterinya, Halimatussadiah Ghazali, 32, dan beberapa rakannya berkemampuan mengunyah serpihan kaca sama ada daripada lampu kalimantang atau cermin dihancurkan umpama menikmati kacang.
Johari berkata, dia boleh mengunyah kaca apabila memegang batu dipanggil ‘teras gunung’ yang didakwanya mempunyai pelbagai manfaat dalam bidang perubatan.

“Tapi perkara ini berlaku kerana kuasa Allah, bukan dari keyakinan terhadap batu itu, namun perkara begini menjadikan saya dan rakan yang mempunyai ‘teras gunung’ dipandang pelik segelintir orang.

“Batu ini ada keindahan dan manfaat tersendiri kepada orang yang mengetahuinya tetapi keyakinan mengenai itu tetap datang daripada Allah,” katanya.myMetro | ‘Digelar gila kunyah kaca’

Pernikahan ala Titanic


SAMA CANTIK...Johan menyarungkan cincin di jari Farah selepas majlis akad nikah di atas Cruise Tasik, Putrajaya.
SAMA CANTIK...Johan menyarungkan cincin di jari Farah selepas majlis akad nikah di atas Cruise Tasik, Putrajaya.

PUTRAJAYA: Selepas enam tahun menyulam cinta, akhirnya bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) juga pengacara, Farah Diana Anuar atau Farah, 26, selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan hati Johan Johari, 26 tahun dalam majlis pernikahan ala Titanic, di sini semalam.
Pasangan itu dinikahkan pada kira-kira jam 4.35 petang oleh mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abd Aziz dengan disaksikan hampir 60 tetamu termasuk keluarga kedua-dua pihak di atas bot persiaran Cruise Putrajaya. Dalam majlis pernikahan yang pertama kali diadakan seumpamanya, Farah turut menerima mas kahwin berjumlah RM2,500 dan wang hantaran RM25,185, selain tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senashkah al-Quran serta barangan perhiasan peribadi dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Sewaktu majlis membatalkan air sembahyang, Johan menyarungkan seutas gelang tangan dan sebentuk cincin kepada Farah, sementara penyanyi mula mencipta nama menerusi lagu Antara Dua itu turut menyarungkan sebentuk cincin ke jari suaminya.
Ditemui sebaik majlis selesai, Farah berkata dia memang mengimpikan majlis pernikahan sedikit berbeza dan idea diberikan rakan agar diadakan di atas bot persiaran dirasakan cukup menarik.

“Apabila perkara ini dirujuk kepada pihak pengurusan Cruise Putrajaya, mereka bersetuju dan berkata belum ada lagi orang mengadakan majlis pernikahan di atas bot dan saya yang pertama,” katanya.

Walaupun sudah berkahwin, Farah yang kini aktif dalam bidang pengacaraan berkata, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa, namun dia keberatan untuk aktif berlakon.
“Selepas berkahwin saya akan menetap bersama suami di Pulau Pinang kerana dia berasal dari sana dan mempunyai perniagaan perlu diuruskan. Bagaimanapun kami akan datang ke Kuala Lumpur jika ada urusan,” katanya.

Pada majlis itu Farah turut membuat kejutan kepada suami dengan mengumumkan dia menghadiahkan Johan, percutian ke Pulau Maldives seperti yang diidamkan suaminya sebagai bulan madu mereka.
Mereka akan ke sana minggu depan dan pulang sehari sebelum Ramadan.myMetro | Pernikahan ala Titanic

Dituduh bunuh, bakar Ayu


DIDAKWA...Kalaiselvan (kanan)dibawa  ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh. Gambar kecil, Nurrahayu.
DIDAKWA...Kalaiselvan (kanan)dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh. Gambar kecil, Nurrahayu.

JOHOR BAHRU: “Tolong selamatkan saya,” kata seorang pengawal keselamatan kepada isterinya selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang remaja, Nurrahayu Qomarodin (Ayu), 16, di sebuah ladang kelapa sawit di Masai.
Tertuduh, D Kalaiselvan, 46, yang kelihatan sugul bersuara selepas keluar dari kamar mahkamah ketika dihampiri isterinya.
Kalaiselvan didakwa melakukan perbuatan itu di ladang kelapa sawit di Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong di sini, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi, 18 Jun lalu.

Tertuduh yang memakai baju kemeja biru muda serta berseluar pendek paras lutut berwarna gelap mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam bela dan tidak diikat jamin.myMetro | Dituduh bunuh, bakar Ayu

Lagi tua lagi cinta

BALIK PULAU: Demi cinta, seorang lelaki warga emas yang ditahan kerana tuduhan berkhalwat sanggup meringkuk di dalam lokap selama lebih dua bulan kerana anaknya tidak mahu membayar wang ikat jamin kekasihnya.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Barat Daya di sini, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, lelaki itu 70-an yang bercucu dihadapkan ke mahkamah bersama teman wanitanya berusia 29 tahun atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan mereka, Mei lalu.

Pendakwa Syarie, Mohd Saifullah Hamzah berkata, pertuduhan kes dibacakan di hadapan Hakim Zaini Abdul Rahim dan kedua-duanya faham serta mengaku bersalah atas kesalahandilakukan.

Menurutnya, lelaki itu memohon kepada mahkamah agar dilepaskan dengan jaminan selepas mengaku bersalah dan selepas menimbangkan rayuan tertuduh, mahkamah membenarkan kedua-duanya diikat jamin RM500 setiap seorang.


“Empat anak lelaki itu yang hadir sepanjang perbicaraan bersedia menjamin bapa mereka. Pada mulanya keadaan agak tenang, namun bertukar tegang apabila tertuduh meminta anaknya turut menjamin teman wanitanya.

myMetro | Lagi tua lagi cinta

Lapan pelajar kita cedera di Melbourne

MELBOURNE: Lapan pelajar Malaysia cedera apabila van yang mereka naiki terbabas lalu terhumban ke dalam parit di Lebuhraya Bass, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang waktu tempatan itu, kesemua pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang selepas melawat Philip Island untuk melihat burung penguin.


Polis berkata van yang dinaiki pelajar Malaysia itu terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan lalu terhumban ke dalam parit.

Polis berkata sebahagian daripada kenderaan itu ditenggelami air dengan keadaan keempat-empat roda van ke atas.


Pengguna lebuh raya yang mengekori van itu membantu mangsa keluar dari van yang remuk itu sebelum anggota kecemasan tiba di lokasi kejadian.


Mangsa tercedera, Aisyah Fadhillah Mahmud Azmi, dibawa ke Alfred Hospital di sini manakala Syafiq Hilimi, Iffat Farain Abdul Halim dan Mohd Fitry Mahayuddin dimasukkan ke Pusat Perubatan Monash, Clayton.

Empat lagi mangsa, Muhammad Rashidul Amin, Helmi Mohd Samat Hani, Wan Hafizunazrin dan Aisyah Mardiah Mahmud Azmi diberi rawatan semalaman di Hospital Dandenong sebelum dibenarkan keluar pagi tadi.


Van berkenaan dipandu oleh Rashidul Amin.

Konsul Besar Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya yang memulakan tugas di Pejabat Konsulat Besar yang baru dibuka di sini, sibuk melawat mangsa di ketiga-ketiga hospital berkenaan.


“Kesemua pelajar berkenaan berada di bawah jagaan baik. Saya sudah bercakap dengan ibu bapa mereka di Malaysia dan memberi jaminan bahawa anak mereka dijaga dengan baik dan semua keadaan terkawal,” katanya.


Dalam kumpulan itu, empat pelajar jurusan perubatan dari Kolej Universiti di Dublin, Ireland, dua dari Monash Sunway dan masing-masing seorang dari Taylors College dan Monash University. - Bernama

myMetro | Lapan pelajar kita cedera di Melbourne

Ahli farmasi disamun rugi RM80,000

KUALA LUMPUR: Seorang ahli farmasi kerugian lebih RM80,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di Taman Manjalara, Kepong, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa baru keluar dari rumahnya untuk ke tempat kerja ditahan seorang daripada tiga lelaki sebelum diarahkan menyerahkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 40 tahun tidak dicederakan.

Katanya, mangsa dipercayai diugut untuk dicederakan jika enggan mematuhi arahan mereka menyebabkan mangsa terpaksa menyerahkan kunci kenderaannya kepada suspek.


“Suspek masuk ke dalam kenderaan mangsa dan melarikannya. Suspek tidak bersendirian kerana dua lagi rakannya menaiki Proton Waja. “Berikutan itu, mangsa ditinggalkan di tepi jalan mengalami kerugian lebih RM80,000,” katanya ketika dihubungi semalam.


Zakaria berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia lingkungan 20-an hingga 30-an dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan.

myMetro | Ahli farmasi disamun rugi RM80,000

CTOS diarah bayar RM200,000

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, memerintahkan Credit Tip Off Services Sdn Bhd (CTOS) membayar ganti rugi RM200,000 kepada seorang bekas eksekutif kanan Petronas kerana memberi maklumat kredit yang tidak tepat kepada dua bank sehingga menyebabkan plaintif mengalami kerugian dan difitnah.

Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid mengarahkan syarikat itu membayar ganti rugi tersebut dengan faedah sebanyak lapan peratus mulai hari ini (semalam) sehingga penyelesaian seluruh jumlah penghakiman kepada Shafie Abdul Rahman, 55 (plaintif).


Shafie memfailkan saman itu pada 2006 selepas CTOS menyalurkan maklumat rujukan kredit kepada Affin Bank Bhd dan Bumiputera Commerce Bhd bahawa Shafie adalah seorang muflis.

Berikutan maklumat itu, Shafie gagal mendapatkan pinjaman untuk membeli sebuah apartmen walaupun beberapa kali menegaskan dia bukan muflis seperti yang dinyatakan. Katanya, isu muflis itu timbul apabila RHB Bank secara tidak sengaja memohon perintah bankrap terhadapnya dan akibat daripada itu notis dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu serta disiarkan dalam akhbar pada 17 Januari 2003.


Bagaimanapun selepas menyedari kesilapannya, bank itu segera memohon maaf kepadanya dan menarik balik perintah bankrap itu.


Menurut Shafie dia tidak pernah diisytiharkan muflis tetapi CTOS mengutip maklumat daripada notis bankrap awal yang memberi gambaran seolah-olah dia tidak layak menjadi peminjam.

Sementara itu, dalam pembelaannya, CTOS berkata maklumat yang dibekalkan oleh syarikat itu kepada pelanggannya, yang kebanyakannya institusi kewangan, hanya sebagai bahan rujukan.


CTOS berkata pelanggan mereka dinasihatkan supaya menyemak maklumat itu dengan pihak berkuasa yang berkaitan

myMetro | CTOS diarah bayar RM200,000

Tolong selamatkan saya’

JOHOR BAHRU: “Tolong selamatkan saya,” kata seorang pengawal keselamatan kepada isterinya selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang remaja, Nurrahayu Qomarodin (Ayu), 16, di sebuah ladang kelapa sawit di Masai.

Tertuduh, D Kalaiselvan, 46, yang kelihatan sugul bersuara selepas keluar dari kamar mahkamah ketika dihampiri isterinya.

Kalaiselvan didakwa melakukan perbuatan itu di ladang kelapa sawit di Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong di sini, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi, 18 Jun lalu.

Tertuduh yang memakai baju kemeja biru muda serta berseluar pendek paras lutut berwarna gelap mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.


Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam bela dan tidak diikat jamin

myMetro | ‘Tolong selamatkan saya’

Bank tuntut RM90,000


IPOH: Seorang wanita terkejut apabila maklumat peribadi pada MyKad miliknya dicuri penjenayah untuk membuat pinjaman perumahan hampir RM280,000.
Tindakan itu menyebabkan mangsa kini diburu pihak bank yang memaksanya membuat pembayaran pinjaman yang tertunggak sejak hampir tiga tahun lalu.

Kok Choy Foong, 43, berkata, penjenayah menggunakan identitinya untuk membuat pinjaman itu menyebabkan dia kini disenarai hitamkan institusi kewangan.
“Saya hanya tahu berhubung penipuan itu selepas berhasrat membeli sebuah kereta baru dengan mendapatkan khidmat nasihat dari sebuah bank di sini.

“Bagaimanapun, kakitangan bank yang bertugas memaklumkan nama saya sudah disenarai hitamkan sebuah bank di Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, pegawai bank itu memberitahu saya tidak membayar tunggakan pinjaman perumahan selama 34 bulan membabitkan jumlah kira-kira RM90,000.
“Saya langsung tidak tahu menahu berhubung pembelian rumah di Pulau Pinang berikutan saya sekeluarga menetap sekian lama di Taiping, Perak.

“Saya yang terkejut dengan dakwaan itu berusaha menyiasat lebih mendalam, namun gagal mendapatkan kerjasama daripada pihak bank berhubung individu misteri yang melakukan penipuan itu,” katanya.
Menurutnya, dia membuat laporan di Balai Polis Pokok Assam, di sini, sebelum ke bank berkenaan untuk mendapatkan maklumat.

“Akhirnya, saya menerima satu salinan dokumen mengenai pinjaman perumahan itu yang menggunakan nama dan maklumat MyKad saya bagi membuat pinjaman RM279,800. Saya tidak pasti bagaimanapun MyKad saya boleh dipalsukan bagi membuat pinjaman bank itu.

“Saya sudah menghantar surat kepada bank berkenaan termasuk Bank Negara bagi menyiasat kes penipuan itu,” katanya pada sidang akhbar di pejabat MCA cawangan Pokok Assam, di sini.
myMetro | Bank tuntut RM90,000

Sarjan bebas tuduhan rasuah

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang dituduh terbabit rasuah lapan tahun lalu, lega selepas dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Pesuruhjaya Kehakiman, Teo Say Eng, memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad Izahari Ramli, 56, yang didakwa melakukan kesalahan itu di Teluk Intan sebelum ini.


Dalam penghakimannya, beliau berkata, terlalu banyak keterangan saksi tidak konsisten dan bercanggah sepanjang perbicaraan.

Keputusan dibacakan Teo di hadapan tertuduh kira-kira jam 9.30 pagi semalam.


Difahamkan, tertuduh pernah bertugas sebagai anggota polis berpangkat Sarjan di cawangan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.


Sebelum ini, dia dijatuhkan hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan.

myMetro | Sarjan bebas tuduhan rasuah

Gadis lari ikut tunang dirayu pulang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita merayu anak saudara perempuannya yang melarikan diri bersama tunang, dua bulan lalu, gara-gara lelaki itu gagal menyediakan wang hantaran majlis perkahwinan mereka, supaya pulang ke pangkuan keluarga.

Rokiah Syukur, 49, berkata, keluarganya bimbangkan keselamatan dan masa depan Julianasari Aa'far atau Sari, 18, yang dilarikan tunangnya, seorang mualaf ke Sabah.


Menurutnya, kali terakhir dia berbual dengan Sari akhir bulan lalu dan remaja itu mendakwa masih tinggal di kediaman keluarga tunangnya dikenali sebagai Zulkarnain, 22, namun enggan menyatakan alamat lengkap.

Katanya, Sari memaklumkan dia bimbang sekiranya keluarga tidak menerima semula kehadiran tunang kerana lelaki itu bukan saja gagal menyediakan wang hantaran, malah mengambil jalan mudah melarikannya.


"Sekiranya mereka ada jodoh, kami sanggup memaafkan Zulkarnain dan berjanji menganjurkan majlis perkahwinan mereka pada tarikh ditetapkan kelak.


"Ia bertujuan mengelak kejadian tidak diingini kerana kami bimbang ahli keluarga Zulkarnain yang bukan beragama Islam tidak memahami ajaran Islam. "Kami harap Sari dan Zulkarnain bersikap matang terutama dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri sah," katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, semalam. Rokiah meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka supaya menghubunginya di talian 012-7291574, 019-7884604 atau balai polis berhampiran. Pada 12 Mei lalu, akhbar ini melaporkan tindakan seorang lelaki dipercayai melarikan bakal isterinya, empat hari sebelum majlis perkahwinan gara-gara gagal menyediakan wang hantaran. Lelaki terbabit yang berjanji menyerahkan RM10,000 sebagai wang hantaran, dikatakan menangguhkan tarikh perkahwinan dari 1 Mei ke 8 Mei lalu dengan alasan tidak dapat datang dari Sabah.

myMetro | Gadis lari ikut tunang dirayu pulang

Baling bini kuali panas

KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur di tangan dan tengkuk selepas terkena kuali panas yang dibaling suaminya akibat perselisihan faham di rumah mereka di Taman Desa, di sini, Selasa lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun itu bertengkar dengan suaminya yang tidak membenarkannya keluar rumah.

Sumber polis berkata, berikutan itu, suami mangsa yang naik angin mula menyimbah air panas ke atas mangsa sebelum bertindak lebih kejam dengan menyimbah minyak panas, tetapi mangsa sempat mengelak.

Katanya, suami mangsa kemudian membaling kuali panas ke arah mangsa menyebabkan mangsa melecur di tangan dan tengkuk.


“Selepas kejadian itu, mangsa terus ke bilik air untuk mandi. Selepas mandi, mangsa terkejut apabila suaminya sudah bersiap dengan segelas air panas untuk disimbah ke arahnya,” katanya.

myMetro | Baling bini kuali panas

Baling bini kuali panas

KUALA LUMPUR: Seorang wanita melecur di tangan dan tengkuk selepas terkena kuali panas yang dibaling suaminya akibat perselisihan faham di rumah mereka di Taman Desa, di sini, Selasa lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun itu bertengkar dengan suaminya yang tidak membenarkannya keluar rumah.

Sumber polis berkata, berikutan itu, suami mangsa yang naik angin mula menyimbah air panas ke atas mangsa sebelum bertindak lebih kejam dengan menyimbah minyak panas, tetapi mangsa sempat mengelak.

Katanya, suami mangsa kemudian membaling kuali panas ke arah mangsa menyebabkan mangsa melecur di tangan dan tengkuk.


“Selepas kejadian itu, mangsa terus ke bilik air untuk mandi. Selepas mandi, mangsa terkejut apabila suaminya sudah bersiap dengan segelas air panas untuk disimbah ke arahnya,” katanya.

myMetro | Baling bini kuali panas

Parut makin besar

KUALA BERANG: “Lin bukan sengaja ingkar arahan tidak mahu memakai topeng, tetapi dia rimas dan gatal apabila mukanya tertutup rapat,” kata Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 29, mengulas anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, yang enggan memakai topeng sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, kesan lecuran di muka anaknya itu semakin ketara dan membesar terutama di bahagian hidung, pipi dan bawah mata selain di dada sejak menjadi mangsa simbahan asid bapanya, Mat Haizan Mat Yasin, 33, dalam kejadian 15 Ogos tahun lalu.


Mat Haizan yang berang dengan permohonan Che Ku Zaimah mahu bercerai menyimbah asid kepada wanita berkenaan, namun tempiasnya turut terkena Nurul, adiknya Muhammad Irfan Firdaus, 3, dan nenek, Minah Omar, 57.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 27 Mei lalu.


“Mengikut arahan doktor, Lin perlu memakai topeng berkenaan selama 23 jam sehari namun kerana tidak tahan panas dan gatal, dia keberatan memakainya menyebabkan parut di wajah semakin membesar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, kelmarin.


Begitupun, Che Ku Zaimah yang badannya turut melecur akibat kejadian itu berkata, dia dan Nurul masih menjalani rawatan susulan serta kaunseling setiap bulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Katanya, walaupun masih trauma dengan tragedi berkenaan, namun dia bersyukur kerana anaknya tetap bersemangat meneruskan pelajaran di tahun tiga Sekolah Kebangsaan Padang Setar, di sini.


Menurutnya, selepas hampir 10 bulan tinggal di rumah ibunya, dia berpindah kembali ke rumah lama untuk memulakan hidup baru bersama anaknya kira-kira dua bulan lalu selain mahu mengelak daripada teringat peristiwa hitam yang berlaku di rumah ibunya itu.Peristiwa tragis itu akan kekal dalam ingatan kami, tetapi saya harap dengan berpindah semula ke rumah lama akan memberi semangat baru.


“Walaupun tidak bekerja tetap dan hanya membantu ibu menjual sayur di Pasar Kuala Berang, namun saya akan cuba untuk membesarkan anak dengan usaha sendiri di rumah ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya selepas menerima kunjungan kumpulan Hijjaz dan ahli Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad, kelmarin.


Nurul yang pada mulanya ‘berkurung’ dalam bilik ketika menerima kunjungan itu akhirnya mengalah apabila mendapat tahu kehadiran kumpulan nasyid yang diminatinya ke rumah.


Dia menerima beberapa keping cakera padat yang disampaikan ketua kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam selain dibawa membeli barang keperluan di kedai runcit berhampiran rumahnya.


Sementara itu, Isman berkata, sejak tragedi itu disiarkan di muka depan Harian Metro pada 16 Ogos tahun lalu, dia sentiasa mengikuti perkembangan kanak-kanak berkenaan serta berhasrat menemui mereka.


“Apabila dipelawa Harian Metro berkunjung ke rumah Nurul petang semalam (kelmarin), saya tidak berfikir panjang dan sanggup pulang lewat ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bertemu mereka sekeluarga.


“Walaupun terpaksa menunggu hampir sejam sebelum kanak-kanak itu keluar bilik, namun saya tidak kisah dan bersyukur kerana dia akhirnya keluar dan saya dapat bercakap dengannya.


“Saya harap penderitaan mereka sekeluarga tidak dilupakan masyarakat dan pelbagai pihak perlu terus memberi sokongan dan membantu mereka dalam apa saja bentuk,” katanya.

myMetro | Parut makin besar

Pekerja asing ‘ghaib’

IPOH: Seorang pengurus kilang kebingungan apabila 20 pekerjanya yang terdiri daripada warga asing ‘ghaib’ pada waktu subuh iaitu sehari sebelum pegawai Jabatan Imigresen Perak membuat pemeriksaan di premis itu.

Kumpulan pekerja asing itu yang seolah-olah mendapat maklumat awal dikesan mengemas semua pakaian sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah van putih yang mengambil mereka.


Pengarah Eksekutif E-Wood, Goh Jin Keat, berkata kehilangan semua pekerja itu hanya disedari selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kilangnya itu yang terletak di Kawasan Perindustrian Pengkalan II di Pusing, di sini.

Dia percaya semua pekerja warga asing itu melarikan diri bagi mengelak didaftar dalam Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.


“Mereka (pekerja asing) bimbang langkah itu akan membuatkan mereka terikat dengan satu majikan saja, sekali gus tidak boleh bekerja di tempat lain yang menawarkan gaji lebih tinggi.


“Perkara itu sudah tersebar luas di kalangan pekerja asing dengan dipercayai ada pihak tertentu yang sanggup menawarkan diri bagi ‘melarikan’ mereka,” katanya.

Dia berkata, syarikat itu yang menjadi pengeksport bingkai gambar kayu ke Eropah, Australia dan Timur Tengah menggaji lebih 200 pekerja asing dari Bangladesh, Nepal dan Myanmar.


Difahamkan Jabatan Imigresen Perak sudah menubuhkan unit bergerak khusus untuk mendaftarkan lebih 100,000 pekerja asing sah di negeri ini bagi Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang sah, bermula kelmarin sehingga akhir bulan ini.

Pengarahnya, Mohamad Shukri Nawi berkata, setakat ini pihaknya menubuhkan tiga unit pasukan dianggotai lima kakitangan setiap unit bagi melaksanakan program itu di premis perniagaan yang dikenal pasti menggaji ramai pekerja asing.


Menurutnya, langkah itu memberi kelebihan kepada majikan terbabit kerana setiap pekerja yang sudah mendaftar dengan mereka tidak boleh mendaftar dengan majikan lain tanpa kebenaran.


“Di Perak, sebahagian besar pekerja asing bekerja di sektor perkhidmatan dan perkilangan manakala selebihnya dalam sektor perladangan. Syarikat United Plantations menggaji pekerja ladang asing teramai iaitu lebih 4,000 orang terutama sekitar daerah Manjung dan Hilir Perak,” katanya. Beliau ditemui ketika meninjau pelaksanaan program berkenaan di Kilang E-Wood Moulding (Malaysia) Sdn Bhd (E-Wood) di Kawasan Perindustrian Pengkalan II di Pusing, dekat sini, semalam.


Program berkenaan adalah sebahagian daripada Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program (6P) iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pendatang asing tanpa izin yang diumumkan kerajaan, baru-baru ini.

myMetro | Pekerja asing ‘ghaib’

Lagak wakil madrasah

KUALA LUMPUR: Ketika ahli keluarga dan masyarakat masih lagi bersedih di atas tragedi tanah runtuh di Madrasah dan Rumah Anak Yatim Al-Taqwa 21 Mei lalu, ada pihak lain dikesan cuba mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai wakil pusat penempatan itu mengutip derma.

Menjadikan beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya sekitar Lembah Klang sebagai lokasi aktiviti mereka, kumpulan berkenaan dipercayai menggunakan nama dan logo madrasah itu untuk memohon simpati orang ramai menghulurkan sumbangan kononnya akan disalurkan kepada mangsa dan ahli keluarga.


Perkara itu didedahkan Yang Dipertua Persatuan Anak Yatim Malaysia (PAYM), Dr Idris Musa selepas menerima beberapa aduan berhubung perkara itu sejak berlakunya tragedi meragut 16 nyawa pelajar yang menyayat hati itu.

Katanya, taktik itu disedari selepas dia sendiri dihubungi orang ramai yang inginkan kepastian mengenai tindakan individu atau kumpulan tertentu mengutip derma mewakili persatuan dan rumah anak yatim terbabit.


“Kita menerima aduan dan rungutan orang ramai yang keliru dengan kemunculan beberapa tabung kutipan dana untuk disumbangkan kepada mangsa di beberapa kawasan rehat terutamanya Rawang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan.


“Ada yang hanya menyediakan peti menggunakan nama Madrasah Al Taqwa tanpa surat kebenaran mana-mana pihak. Ini jelas satu tindakan mengaut keuntungan mudah kerana pada waktu ini, masyarakat masih lagi bersedih dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Dr Idris berkata, pihaknya tidak pernah melantik pihak tertentu bagi mewakili persatuan kerana sebarang bentuk bantuan diserahkan secara terus ke pejabat urusetia yang terletak di penempatan sementara mangsa di Pusat Latihan Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Hulu Langat.


Selain itu katanya, PAYM turut menerima maklum balas daripada orang ramai yang ingin tahu status bantuan disalurkan bagi membantu meringankan beban pengurusan selain sumbangan terbabit digunakan untuk menampung perbelanjaan harian.

“Itu yang kita kesalkan. Apabila ada pihak mengambil kesempatan, akan wujud kekeliruan mengenai tabung yang diwujudkan bagi membantu anak yatim terbabit. Kita masih memerlukan sumbangan, dan jika ini berlaku, masyarakat akan jadi takut untuk menderma,” katanya.


Menurutnya, Madrasah dan Rumah Anak Yatim Al Taqwa, yang menerima penghuni pertama pada 2005 sebuah asrama di bawah PAYM dan ia diurus sepenuhnya jawatankuasa tertinggi persatuan sejak ia ditubuhkan sembilan tahun lalu.


Katanya, masyarakat masih lagi keliru dengan kewujudan pertubuhan mirip PAYM seperti Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) agama yang turut membela nasib anak yatim di sekitar Lembah Klang.


“Disebabkan itu, wujudnya peluang kepada individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mengutip derma daripada orang ramai. Apa yang pasti, kita tidak pernah melantik ejen sebagai wakil PAYM bagi memohon sumbangan,” katanya.


Sementara itu, ditanya mengenai jumlah kutipan semasa, beliau berkata, setakat ini keseluruhan dana yang dikumpul daripada sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM500,000 dan pihaknya mengalu-alukan bantuan masyarakat untuk membina kembali penempatan kekal di sekitar kawasan Hulu Langat.


“Kami juga menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika dikunjungi individu yang meminta sumbangan bagi pihak madrasah atau persatuan bagi mengelakkan ditipu.


“Sebarang sumbangan boleh disalurkan terus kepada pusat penempatan sementara di Hulu Langat menerusi akaun bernombor 564137300901 (Maybank),” katanya.

myMetro | Lagak wakil madrasah

Pelajar lalok dalam kelas

YAN: Ketika guru sedang sibuk mengajar, seorang pelajar lelaki dengan selamba mengambil pil khayal di belakang kelas dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, pelajar tingkatan dua itu akhirnya ‘kantoi’ apabila guru terbabit dapat mengesan sikap peliknya yang ketika itu sedang khayal dalam kelas itu.


Hasil pemeriksaan, guru itu menjumpai beberapa biji pil khayal jenis Nospan di dalam beg sekolah pelajar terbabit sebelum memaklumkan kepada pengurusan sekolah yang melaporkannya kepada polis. Jurucakap polis ketika dihubungi, berkata, pelajar itu dipercayai mendapatkan bekalan pil khayal itu daripada beberapa pengedar yang bergiat cergas di bandar ini.

“Siasatan mendapati guru terbabit menemui beberapa biji pil khayal jenis Nospan dalam beg sekolah pelajar itu, yang dikatakan antara pelajar bermasalah dan sering mengambil pil khayal ketika dalam kelas.


“Sejurus menerima laporan itu, anggota polis bergegas ke sekolah itu dan membawa pelajar itu untuk menjalani ujian air kencing,” katanya.


Beliau berkata, pelajar itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

Katanya, pelajar itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian air kencing.


“Difahamkan, pil khayal itu dijual dengan harga antara RM1 hingga RM2 sebiji sehingga menjadi alternatif kepada golongan muda terutama pelajar sekolah,” katanya.

myMetro | Pelajar lalok dalam kelas

Bukan bunuh diri

KUALA LUMPUR: Penolong Pengarah Kastam, Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, April lalu bukan membunuh diri atau dibunuh.

“Sebaliknya arwah melompat dari bilik pantri aras 3 ke bumbung konkrit, tetapi terjatuh di gelanggang badminton,” kata Deputi Superintendan Sharul Othman Mansor, 49, dari Makmal Forensik, Bukit Aman di Mahkamah Koroner di sini, semalam.

Menurutnya, kemungkinan arwah Ahmad Sarbaini cuba keluar dari bangunan berkenaan kerana sesuatu perkara yang dilakukannya.

Katanya, ini berikutan kedudukan ketika berdiri di pantri aras 3, bumbung konkrit kelihatan dekat, sebaliknya selepas ukuran dibuat dari bucu tingkat, jarak sebenarnya adalah kira-kira 302 sentimeter (sm).


Dia bersetuju dengan cadangan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Safee Abdullah yang mewakili SPRM bahawa ia hanyalah ilusi optik walhal kedudukan dari tingkap pantri ke bumbung konkrit agak jauh.

myMetro | Bukan bunuh diri

Askar tak mengaku rogol anak saudara

MELAKA: Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan merogol anak saudaranya dalam sebuah kereta pada Ogos tahun lalu.

Tertuduh berusia 37 tahun dari Taman Cempaka 2, Durian Tunggal, dekat sini, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.


Dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun 11 bulan di dalam kereta Proton Exora, di tempat letak kereta Pasaraya Family Store Batu Berendam, dekat sini, kira-kira jam 9.30 malam, Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika disabitkan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan.


Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff kemudian menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh merayu jumlah itu dikurangkan kerana mempunyai tanggungan ramai dan tidak mampu.


Sementara itu, pada prosiding berasingan selepas itu seorang penjual ubat, Safuan Salleh, 37, turut tidak mengaku bersalah merogol mangsa sama dalam kereta Proton Iswara di kebun getah, di Durian Tunggal pada 24 Jun lalu, kira-kira jam 7 malam.

Mahmoodah menawarkan jaminan RM15,000, namun tertuduh melalui peguamnya, Andrew Lourdes merayu dikurangkan dan dibenarkan mahkamah yang menetapkan jumlah jaminan sama iaitu RM10,000 bagi kedua-dua tertuduh.


Kedua-dua kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 16 September depan.

myMetro | Askar tak mengaku rogol anak saudara

Polis boleh tembak jika munasabah

SHAH ALAM: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaan Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Razali Basri memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, semalam, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibenarkan melepaskan tembakan dalam keadaan munasabah.

Saksi pembelaan ketiga perbicaraan kes kematian Aminulrasyid Amzah itu berkata, keadaan itu berdasarkan kepada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGPSO) yang menjadi panduan berhubung penggunaan senjata api di kalangan anggota polis.


Menurutnya, tindakan polis melepaskan tembakan dalam keadaan munasabah juga dilindungi undang-undang.

“Perenggan keempat IGPSO menyatakan tindakan yang boleh diambil seseorang anggota polis dalam keadaan yang dinyatakan mestilah munasabah. Setiap anggota polis tidak perlu bimbang terhadap tindakan undang-undang dalam perkara ini.


“Asalkan mereka tidak sengaja atau sebab-sebab munasabah, membunuh seseorang dalam keadaan mereka percayai tidak dapat menangkap orang itu hidup-hidup tanpa risiko kematian atau cedera parah terhadap diri sendiri atau orang lain,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam bela, M Athimulan pada perbicaraan kes Koperal Jenain Subi, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, di Seksyen 11, di sini, tahun lalu. Bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Aminulrasyid disahkan maut akibat luka tembakan di kepala.


Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani dan Adilla Ahmad.

Selain Athimulan, tertuduh turut diwakili Salim Bashir. Terdahulu, mengulas keadaan yang dikatakan munasabah, Razali berkata, ia bergantung kepada anggota polis berkenaan.


Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani, Razali berkata, tindakan anggota unit kereta peronda (MPV) melepaskan tembakan terhadap kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas adalah tidak wajar. Bagaimanapun, katanya, anggota MPV boleh menggunakan senjata api dalam keadaan tertentu yang memerlukan mereka berbuat demikian. “Pada pendapat saya, jika kenderaan itu melanggar lampu merah, menghala ke arah orang ramai atau lintasan pejalan kaki. Polis kena menghentikan kenderaan itu dengan apa cara sekali pun (termasuk melepaskan tembakan),” katanya. Saksi sama juga bersetuju dengan cadangan Idham bahawa mengadakan sekatan jalan untuk menahan sesebuah kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya adalah lebih selamat berbanding melepaskan tembakan. Bagaimanapun, katanya, satu MPV tidak mencukupi untuk mengadakan sekatan jalan. Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar bersambung Jumaat depan.

myMetro | Polis boleh tembak jika munasabah

Tepukan RM1.6j

SHAH ALAM: Tepuk bahu, berpura-pura tanya soalan dan tukar beg berisi rambut palsu sebelum melarikan diri.

Itu taktik licik sekumpulan penjenayah warga Amerika Latin yang memperdaya mangsa sebelum melarikan beg berisi barang kemas dan berlian bernilai RM1.66 juta dalam dua kes berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Isnin lalu.

Namun hasil kecekapan polis, lima daripada anggota kumpulan penjenayah berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditahan di Amcorp Mall, Petaling Jaya serta Subang masing-masing sehari dan dua hari selepas kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata dua mangsa adalah wakil syarikat perniagaan emas dari Hong Kong yang menyertai pameran barangan kemas dan berlian di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur selama tiga hari mulai 7 Julai lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi Isnin lalu, mangsa yang juga warga Hong Kong sedang menunggu rakannya memesan makanan di restoran makanan segera terletak berhampiran dengan balai berlepas.

myMetro | Tepukan RM1.6j

Warga emas bantu kanak-kanak dakwa diculik diminta tampil

KUALA LUMPUR: Warga emas yang dikatakan membantu kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lapan lelaki dalam kejadian di Taman Dato Senu, di sini, Rabu lalu diminta tampil membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Difahamkan, polis memerlukan keterangan warga emas terbabit bagi mengenal pasti identiti sebenar kumpulan itu sekali gus mengesan dan menahan mereka.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu mendakwa diselamatkan seorang warga emas yang kebetulan lalu di kawasan itu sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

“Jadi, polis memerlukan keterangan warga emas itu bagi mendapat maklumat dan gambaran lebih terperinci insiden serta identiti kumpulan itu.


“Malah, keselamatan warga emas itu akan dijamin selain identitinya tidak akan didedahkan,” katanya.


Beliau diminta mengulas laporan sebuah akhbar kes itu ada kaitan ‘lelaki kucing’ terbabit dalam beberapa kes penculikan dan pembunuhan kejam kanak-kanak, Zakaria berkata, polis yakin kes itu tiada kaitan sama sekali.

myMetro | Warga emas bantu kanak-kanak dakwa diculik diminta tampil

Ditetak berulang kali

BACHOK: Seorang warga emas berusia 75 tahun menjadi mangsa amuk seorang lelaki kurang siuman apabila dia ditetak berulang kali sebelum mayatnya ditemui berhampiran rumahnya di Kampung Kemasin, Perupok, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Fatimah Salleh, 75, ditemui mati di dalam semak oleh penduduk kampung selepas dipercayai dibunuh dengan senjata tajam ketika dia dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Superintendan Mohd Azman Mohd Sapri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba, suspek berusia 53 tahun dipercayai sakit mental ditangkap penduduk kampung.


“Mayat mangsa ditemui terbaring di kawasan semak kira-kira 30 meter dari rumah suspek dan 80 meter dari rumahnya.


“Siasatan mendapati, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum Fatimah ditetak berulang kali dengan senjata tajam dipercayai parang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

myMetro | Ditetak berulang kali

Pemuda leka sembang di telefon maut jatuh

SENTUL: Seorang lelaki yang asyik bersembang menggunakan telefon bimbitnya mati selepas terjatuh dari tingkat empat Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh, di sini, malam kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, mangsa berusia 18 tahun dipercayai terlalu asyik berbual menggunakan telefon bimbitnya sebelum tergelincir lalu terjatuh.


“Mangsa yang tinggal bersama keluarganya di blok lain pangsapuri berkenaan dikatakan berbual bersama rakannya dalam telefon dan duduk di beranda tingkat empat.

“Sedang seronok berbual, mangsa dipercayai gagal mengimbang badan dan terjatuh,” katanya. Orang ramai yang menyaksikan kejadian memanggil ibu bapa mangsa yang kemudian mengenal pasti mangsa sebelum polis tiba.


“Mangsa mati di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala serta anggota badan yang lain.


“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Menurut seorang saksi enggan dikenali, kejadian ini adalah kali kedua selepas seorang lelaki turut terjatuh dari tingkat enam pangsapuri sama kira-kira dua tahun lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

myMetro | Pemuda leka sembang di telefon maut jatuh

Kereta buruk jadi Bugatti Veyron



pix_middle
MIAMI: Ia kelihatan seperti Bugatti Veyron bernilai AS$1.6 juta (RM4.8 juta) - tetapi kereta sport mewah ini boleh menjadi milik anda hanya pada harga $89,000 (RM267,000).
Peminat model Super Sport itu menukar kereta Ford buruk bernilai 1,000 pound (RM5,000) miliknya kepada Bugatti Veyron - yang kini dijual pada harga RM267,000.
Foto
MODEL Ford Cougar yang diubah suai Duke.

Ketua stesen minyak, Mike Duke dari Florida menghabiskan masa sembilan bulan mengubah Ford Cougarnya kepada kereta merah hitam seperti kereta mewah itu.
Foto
BUGATTI Veyron yang dijual pada harga RM7.5 juta.

Badan kereta yang direka khas menjadikan ia sukar dibezakan dengan Bugatti Veyron yang berharga satu juta pound (RM5 juta) dan ruang dalamannya sudah diubah dan dibalut dengan kulit.
Namun enjinnya adalah enjin Ford Cougar model V6 2.5 liter, bermakna kuasa yang jauh lebih rendah berbanding enjin Bugatti Veyron yang mempunyai enjin 1,000 kuasa kuda dengan 8 liter.

Ini bermakna kelajuan 0-62 batu sejam dalam tempoh 8.2 saat dan kelajuan tertinggi 140 batu sejam - ketinggalan daripada kelajuan 253 batu sejam dalam 2.5 saat pemanduan oleh Bugatti Veyron.
Duke berkata: “Saya mahu wajah jutaan dolar tanpa bil pembaikan, insurans dan kos tinggi lain.

“Pemanduannya lancar tanpa masalah dan jika ada masalah pembaikan pun pastinya ia tidak memerlukan kos tinggi.
“Saya sangat gembira dengan hasil usaha saya dan sudah tentu lebih banyak komen daripada yang dijangkakan saya terima ketika memandu kereta itu.

“Saya mahu berhati-hati untuk tidak menggelar kereta ini Bugatti - ia Ford Cougar yang diubah suai.

“Namun, ia kelihatan lebih baik berbanding Cougar dan kerana ia bukan Veyron, ia masih cukup laju.

Duke tidak mahu mendedahkan kos pengubahsuian itu tetapi ia dijangka melebihi 20,000 pound (RM100,000) untuk kerja kerasnya selama sembilan bulan.
myMetro | Kereta buruk jadi Bugatti Veyron

Inkues Ahmad Sarbaini: 'Tidak dibunuh atau bunuh diri’ atau '

Sarbaini jatuh ketika lompat keluar dari tingkap bilik pantri aras 3: Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner di sini, semalam, diberitahu Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbaini Mohamed, tidak membunuh diri atau dibunuh, sebaliknya mangsa cuba melompat keluar ke bumbung konkrit dari tingkap bilik pantri aras 3 bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan Cochrane, sebelum terjatuh dan ditemui mati di gelanggang badminton bangunan berkenaan.
Pegawai forensik Bukit Aman yang menyiasat tempat kejadian, Deputi Superintendan Sharul Othman Mansor, 49, berkata ia berdasarkan tiada kesan pergelutan ditemui di lokasi kejadian yang boleh mengaitkan kematian akibat dibunuh. Sebaliknya, hanya kecederaan serius pada kaki dan pendarahan di muka mangsa, termasuk pada hidung dan mulutnya.
Sharul Othman yang dipanggil semula sebagai saksi inkues kedua berkata, jika berlaku pergelutan tentu kesan kotoran seperti tapak kasut dan cap jari ditemui malah pemeriksaan badan si mati tidak menunjukkan tanda baju terkoyak atau butang bajunya tercabut.

Menjawab soalan peguam SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, adakah kecederaan itu konsisten dengan akibat seseorang terjatuh dari tingkat tinggi berdasarkan penemuan mayatnya yang disyaki melompat dari bangunan itu, saksi berkata, “Ya.”

Katanya, ketika berdiri di tingkap bilik pantri aras tiga bangunan itu, beliau nampak jarak antara lokasi itu dan bumbung konkrit mengelilingi gelanggang badminton di sebelah kiri adalah dekat. Bagaimanapun apabila diukur jarak sebenarnya 3.02 meter.

Beliau yang berpengalaman mengendalikan kes orang jatuh itu turut bersetuju cadangan Muhammad Shafee bahawa pandangan ilusi optik berlaku kepada mangsa yang melihat keadaan bumbung selari dengan tingkap bilik pantri.
Katanya, berdasarkan keadaan mayat si mati, ia berpadanan saiz Ahmad Sarbaini duduk bertenggek di atas sinki terletak bersebelahan tingkap berkenaan sebelum terjun ke arah bumbung itu.

“Saya berpendapat Allahyarham keluar dari tingkap itu perlahan-lahan dan senyap, bukan tergesa-gesa selepas ditinggalkan berseorangan di bilik itu. Lagipun dia pernah hadir ke pejabat SPRM sekali gus sudah biasa dengan semua bilik di aras 3,” katanya.

Menjawab soalan peguam Awtar Singh yang mewakili keluarga si mati, Sharul Othman berkata, berdasarkan keadaan mayat berkemungkinan kaki kiri mangsa jatuh dulu (tergelincir) sebelum terhempap ke gelanggang badminton. Beliau memberi keterangan di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani dalam prosiding inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbaini yang ditemui mati di gelanggang badminton bangunan SPRM, jam 10.40 pagi, 6 April 2011.

Sharul Othman turut memaklumkan beliau melakukan empat terjunan masing-masing dua terjunan daripada tingkat dua dan tiga.

Sharul Othman berkata, pakaian Allahyarham yang ada serpihan cat putih di kepala tali pinggang dan hadapan seluarnya berpadanan goresan sepanjang empat sentimeter ditemui di dinding putih di bilik pantri aras 3 berkenaan.

Sementara itu, ahli kimia yang juga saksi ke-26 inkues, Dr Mohd Sukri Hassan, 49, ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid, memberitahu hasil analisis dua sampel darah, air kencing dan kandungan perut Ahmad Sarbaini, menunjukkan tiada kesan dadah, racun, alkohol dan makhluk perosak.

Sementara itu, Saiful Fazamil Mohd Ali, 36, yang juga ahli kimia bertanggungjawab menganalisis serpihan cat putih pada kepala tali pinggang dan hadapan seluar Allahyarham, berkata ia menunjukkan kedua-dua cat putih berkenaan serupa. Prosiding ditangguhkan sehingga 2 Ogos ini.
Berita Harian Online | Inkues Ahmad Sarbaini: 'Tidak dibunuh atau bunuh diri’ atau '

Kargo bantuan tiba di Gaza

Dua kereta perisai Mesir iringi treler angkut paip UPVC ke Palestin

KUALA LUMPUR: Kargo bantuan kemanusiaan tajaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) yang terkandas di Pelabuhan Al Arish, Mesir, sejak Mei lalu akhirnya selamat tiba di Gaza, Selasa lalu.
PGPF dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan merangkumi paip UPVC seberat 32 tan itu dibawa keluar dari kapal bantuan kemanusiaan MV Finch, juga dikenali sebagai Spirit of Rachel Corrie sebelum dipindahkan ke atas sembilan treler pada 6 Julai lalu.
Katanya, kesemua treler yang membawa bantuan kemanusiaan itu kemudian bergerak meninggalkan Pelabuhan Al Arish, Ahad lalu, dengan diiringi dua kereta perisai milik tentera Mesir menuju ke El Ouja, sempadan Israel.

“Kargo itu kemudian dipindahkan ke treler lain yang ditaja oleh pihak berkuasa Palestin yang kemudiannya diiringi oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin ke Gaza melalui Karem Shalom,” katanya.

Spirit of Rachel Corrie meninggalkan Pelabuhan Piraeus di Greece pada 11 Mei lalu dengan membawa paip pembetungan UPVC dan komponen penyambung untuk memulihkan sistem pembetungan sepanjang 7.5 kilometer di Gaza yang musnah dibedil rejim Israel di Gaza pada 2008.

Kapal kargo itu kemudian dibenarkan berlabuh di Pelabuhan El Arish pada 5 Julai lalu selepas Presiden PGPF, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri, mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf di Kaherah pada 29 Jun lalu.
Kenyataan itu berkata, PGPF amat menghargai bantuan dan inisiatif yang dilakukan oleh Perdana Menteri Mesir dalam membolehkan bantuan kemanusiaan tiba di Gaza.

“PGPF juga melahirkan penghargaannya kepada semua pihak termasuk Kementerian Luar serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir dan Jordan untuk bantuan serta kerjasama yang dihulurkan sepanjang insiden itu,” katanya. Berita Harian Online | Kargo bantuan tiba di Gaza

Farah-Johan nikah atas bot pesiaran



FARAH bersama Johan bergambar di sebelah bot pesiaran Cruise Tasik Putrajaya selepas diijabkabulkan semalam.


PUTRAJAYA - Impian penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar, 26, untuk bernikah di atas kapal menjadi kenyataan apabila dia dan pasangannya, Johan Johari, 26, selamat diijabkabulkan di atas bot Cruise Tasik Putrajaya, petang semalam.

Farah yang berwalikan bapanya, Anuar Ali dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Finalis Akademi Fantasia kedua (AF2) itu mengenali Johan, seorang ahli perniagaan pada tahun 2005. "Johan adalah cinta pandang pertama saya. Apa yang membuatkan saya menerima dia adalah kerana kesabarannya selain selalu mengutamakan saya dalam setiap perkara,'' ujar Farah yang ditemui selepas majlis akad nikah.

Farah menerima mas kahwin sebanyak RM2,500 dan wang hantaran berjumlah RM25,185, simbolik kepada tarikh lahir penyanyi itu beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang. Pasangan itu yang akan berbulan madu di Maldives sebelum Ramadan mengadakan majlis resepsi di Putrajaya hari ini.

Kosmo! Online - Negara

Mila Kunis sahkan akan keluar dengan askar AS

MILA KUNIS


LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Mila Kunis mengesahkan dia akan keluar dengan seorang askar marin Amerika Syarikat yang mengajaknya menari dalam satu majlis ketenteraan pada November depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa dia yang merupakan kekasih penyanyi dan aktor Justin Timberlake tidak akan memenuhi undangan askar tersebut. Askar itu, Sarjan Scott Moore yang bertugas di Afghanistan mengajak Kunis menghadiri majlis tarian itu menerusi laman YouTube pada minggu lalu. Kunis memberi jawapan menerima pelawaan itu semasa dia ditanya berhubung pelawaan tersebut di stesen FOX411.com. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Pelakon Harry Potter dulu gemuk, kini jadi kacak

KETAMPANAN Matthew Lewis kini menyebabkan para peminat filem Harry Potter berasa terkejut.
(gambar kecil) WAJAH Matthew Lewis semasa dia berlakon dalam filem Harry Potter.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Aktor Matthew Lewis yang popular menerusi watak seorang pelajar gemuk dalam filem pertama Harry Potter mengejutkan ramai peminatnya apabila menjadi seorang pemuda kacak setelah dewasa, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam filem Harry Potter and the Sorcerer's Stone yang ditayangkan pada 2001, Lewis melakonkan watak pelajar sekolah sihir Hogwarts, Neville Longbottom ketika dia berusia 11 tahun.

Perubahan fizikal yang dialami Lewis menyebabkan para peminat filem itu terkejut dengan penampilan aktor tersebut semasa dia menghadiri tayangan perdana filem terakhir Harry Potter: Harry Potter And The Deathly Hallows (Bahagian Kedua) di sini pada minggu lalu. Susuk tubuh dan wajah pelakon tersebut banyak berubah selepas sedekad dia berlakon dalam siri filem berkenaan yang mengisahkan pengembaraan seorang ahli sihir remaja, Harry Potter yang dilakonkan oleh Daniel Radcliffe menentang kuasa jahat Lord Voldemort lakonan Ralph Fiennes.

Semasa melakonkan watak Neville dalam lapan filem Harry Potter, Lewis memakai gigi palsu berwarna kuning, kasut besar dan telinga palsu supaya organ tersebut kelihatan lebih panjang. Dalam satu wawancara baru-baru ini, Lewis secara berjenaka mengaku bahawa wanita lebih menakutkan berbanding ahli sihir jahat Lord Voldermordt yang menjadi musuh ketat Harry Potter. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

Pengasas Playboy tak sangka putus tunang

GAMBAR fail Hugh Hefner dengan bekastunangnya, Crystal Harris.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner yang berusia 85 tahun mengaku dia tidak menyedar Crystal Harris yang berusia 25 tahun tidak gembira semasa mereka bertunang walaupun dia berpengalaman luas dalam soal memikat wanita, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam satu program bual bicara AS, Hefner memberitahu hos program televisyen berkenaan, Piers Morgan bahawa dia tidak menyangka Crystal yang juga model Playboy akan meninggalkannya lima hari sebelum mereka dijadualkan berkahwin.

"Ketika hari perkahwinan kami kian menjelang, saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena tetapi saya langsung tidak menyangka hubungan kami akan berakhir," kata Hefner.

Perpisahan tersebut menyebabkan satu program televisyen terbitan Hefner dinamakan semula sebagai Runaway Bride atau 'pengantin yang lari' manakala slogan sama turut digunakan untuk satu edisi majalah Playboy.

Hefner yang terkenal sebagai seorang kasanova pernah menjalin hubungan cinta dengan ramai wanita termasuk selebriti Bridget Marquardt, Holly Madison dan Kendra Wilkinson tetapi tiada satu pun hubungan tersebut dapat bertahan lama.

Dia yang dianggarkan memiliki kekayaan berjumlah AS$43 juta (RM129 juta), mengasaskan majalah bogel Playboy di bandar Chicago pada tahun 1953.- Agensi

Kosmo! Online - Dunia