Thursday, June 7, 2012

Ramai calon Pakatan Rakyat akan ditolak masa penamaan calon?

Ramai calon Pakatan Rakyat akan ditolak masa penamaan calon?

Aku penuh yakin yang PRU13 nanti akan jadi pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia dengan penipuan yang paling dahsyat terutama sekali yang ada bersangkut paut dengan daftar pemilih.

Bunga-bunga penipuan pun dah cukup jelas nampak terutama sekali kecelaruan daftar pemilih. Nama orang yang mati masih ada dalam daftar pemilih tapi nama orang yang hidup pulak dibuang kononnya dah mati.

Macam tu jugak nama-nama yang meragukan masih belum dikeluarkan dari daftar pemilih, jugak bilangan pengundi yang terlalu ramai dalam sebuah rumah termasuk dari berbagai kaum.

Income pasif!! Register & display. RM1.00 setiap referrer.
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201

Tapi yang paling teruk sekali dalam bab daftar pemilih ni bila Hj Mahfuz Omar dakwa ujud satu Task Force haram di pejabat Perdana Menteri yang bagi MyKad kepada warga asing semata-mata untuk didaftarkan sebagai pengundi. Satu aksi 'si anjing Umno' yang bukan setakat nak menipu dalam pilihanraya tapi dalam masa yang sama 'menjual' negara.

Harakahdaily melaporkan:
[Sumber: Hrkh]

SPR tak pernah bersungguh-sungguh untuk ujudkan keadaan yang telus dan adil termasuk pandang ringan dengan tuntutan Bersih tapi dalam masa yang sama sibuk dengan benda-benda remeh contohnya baru-baru ni nak larang penggunaan karikatur atau gambar kartun masa tenpoh kempen.

Macam tu jugak peraturan tak benarkan bendera parti yang tak bertanding dikibarkan masa kempen pilihanraya, peraturan yang sangat-sangat jelas nak bagi kelebihan kepada Umno BN dan merugikan Pakatan Rakyat.

Yang terbaru semalam Timbalan Pengerusi SPR yang katanya ada nombor keahlian Umno, umumkan untuk PRU13 takdak lagi proses semak dan bantah masa penamaan calon dan pegarai pengurus pilihanraya (RO) dibagi kuasa penuh menentukan sama ada seseorang tu bersih dan layak untuk bertanding atau tidak.

Sebelum ni, RO cuma akan buat semakan berdasarkan bantahan kalau ada. Dengan kuasa penuh kali ni tak mustahil kuasa tu akan digunakan untuk tolak pencalonan dari Pakatan Rakyat.

Harus diingat, keputusan yang RO buat untuk proses penamaan calon adalah muktamat yang cuma boleh dicabar dimahkamah selepas pilihanraya. Maknanya keputusan RO tu cuma boleh dicabar selepas kerajaan baru dibentuk.

Tak mustahil kuasa ni akan digunakan oleh 'si anjing Umno' dikalangan RO yang dilantik untuk pastikan Umno BN terus berkuasa selaras dengan ucapan Najib yang pernah kata akan lakukan apa saja untuk pastikan Umno BN mempertahankan kemenangan.

[Sumber: mStar]
Berkaitan

Ramai calon Pakatan Rakyat akan ditolak masa penamaan calon? - Harakahdaily


"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"

Cenangau Daunkari

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/ramai-calon-pakatan-rakyat-akan-ditolak.html#ixzz1wuf3ygzU
 —

Kerajaan Baru Impian Baru


SELAMAT JALAN UMNO


USTAZ MOKHTAR SENIK KANTOIKAN JAMIL KHIR

USTAZ MOKHTAR SENIK KANTOIKAN JAMIL KHIR

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0.

"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.


Roboh untuk buat yang baru

"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.

"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.

"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar (gambar).

Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.

"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.

"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar.

Semoga ramalan ini akan menjadi realiti..

Hanya di Malaysia..

Semalam diKedah

Sirnanya Sebutir Bintang

Sirnanya Sebutir Bintang 
________________________________________________________________

“Mak!..” tercetus perkataan itu dari mulutku, kerinduan pada ibu begitu terasa sejak akhir-akhir ini..Aku sentap dari lamunan apabila Cikgu Dazizi memanggil namaku..

“Syafikah!, pengetua panggil awak ke pejabat sekarang..” Kata cikgu Dazizi guru kelasku sebaik sahaja memasuki kelas selepas tamat waktu rehat. Aku Bungkam. Pelbagai persoalan bermain di benakku..

“Selamat Pagi Cikgu!,..”Kata ku seraya mengetuk pintu pejabat pengetua yg sedia terbuka.

“Ya, Selamat Pagi..Silakan duduk Syafikah..”Jemput Pengetua. Hatiku berdebar menunggu apakah bait-bait yang akan dilafazkan oleh pengetua selepas ini.

“Syafikah...kami dapat panggilan daripada kakak awak mengatakan ibu awak sakit tenat, sekarang ada di Unit Rawatan Rapi Hospital Law King How di Sibu” Kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut pengetua menyebabkan lututku terasa longgar, mukaku mula terasa panas.

“Cikgu berat hati melepaskan awak balik memandangkan Peperiksaan STPM tinggal hanya dua minggu sahaja lagi...” Kata-kata Pengetua terhenti seketika. 

“Tapi macam manapun awak kena balik juga, bimbang sesuatu berlaku pada ibu awak, nanti bersalah pula saya tak melepaskan awak pergi..”

***********************************

Perjalanan selama hampir tujuh jam dari bandar Miri ke Sibu melalui lebuh Raya Rentas Borneo yang masih belum bertar lagi, kurasakan seolah-olah dah berbulan-bulan aku duduk didalam bas. Bas berhenti berkali-kali memberi peluang kepada para penumpang untuk ke bilik air kerana perjalanan yang masih jauh. “Lambatnya lah...” aku mula mengeluh, terbayang-bayang wajah ibu, bagaimanakah keadaannya?, sempatkah aku bertemu dengannya...

“Ibu...pleaseeee..jangan pergi dulu sebelum aku bertemu denganmuu..” Bisik hatiku,.Terasa ada air jernih mengalir dipipiku.

“Dik..Adik sakitkah? “ Tanya penumpang disebelahku, pantas aku menyeka airmata dan memandangnya sambil menggelengkan kepala..

Sebaik sampai di Terminal bas, hari dah mula gelap sekejap lagi azan maghrib akan berkumandang. Tanpa berlengah lagi dengan langkah yang deras aku menuju ke hospital yang terletak agak jauh daripada Terminal Bas utama Bandar Sibu. Tak terlintas pula difikiran untuk mendapatkan khidmat teksi. Ketika Sampai di Pintu utama hospital berkenaan, azan pun berkumandang, aku harus segera mencari ibu, menunaikan solat maghrib dan menjamak solat yang tertinggal tadi....

“Encik, saya mencari seorang pesakit bernama Lanja anak Naga...” Tanya ku pada petugas di kaunter pertanyaan hospital berkenaan...

“Dik... ada beribu-ribu pesakit di hospital ini, manalah saya tahu mana satu yang adik cari..”

Kata petugas itu dengan agak kasar..

“Adik carilah sendiri...”

Bengkak rasa dalam hati dengan sikap petugas yang tidak mesra alam itu. Aku menyusuri blok demi blok, wad demi wad..mataku tiba-tiba tertacap pada perkataan “Wad Perempuan”Aku masuk ke wad berkenaan, nasibku agak baik kerana sekarang adalah waktu melawat, aku menyusuri dari katil ke katil di wad berkenaan namun tidak berjumpa..hatiku mula cemas kerana selepas tamat waktu melawat sekejap lagi aku dah tiada peluang lagi mencari,.di mana aku nak tidur malam ni jika tidak berjumpa ibu...sekali lagi aku menyusuri ke setiap katil namun hasilnya masih sama...aku terduduk bingung di salah sebuah katil kosong di wad berkenaan...dalam pada itu aku ternampak seorang mak cik melambai-lambai lemah ke arahku, aku memandang sekeliling, mungkin mak cik itu memanggil orang lain...tapi aku pasti dia melambai kepada ku. Tiada siapa disisinya mungkin dia perlukan bantuanku. Aku bingkas bangun menghampiri mak cik itu.. 

“Ya, Allah!!....Mak!!...”

Aku menjerit dan menangis memeluk ibuku, aku tak mengenali ibuku sendiri,..wajahnya yang cengkung, badan kurus, tinggal kulit dan tulang, kepalanya berbalut dengan serkup yang tak pernah dipakainya sebelum ini...hatiku pedih melihat keadaan ibu sebegitu rupa, hatiku bagai dihiris-hiris sembilu...

“Ya, allah ringankanlah penderitaan ibuku,,,” 

Bisik hatiku sambil menangis semahu-mahunya..Kali terakhir aku bertemu dengan ibu ketika cuti sekolah penghujung tahun lepas. Ketika itu ibu memang telah sakit. Seminggu sebelum sesi persekolahan tahun ini bermula aku telah bertolak dari kampung ke rumah Kak Masinah keluarga angkatku di Bandar Miri, untuk mempersiapkan diri menghadapi sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi. Sejak itu aku tidak bertemu ibu. 

“Apa kau buat kat sini..?” Jerkah Ayah, memeranjatkanku. Aku tidak menyedari akan kemunculan ayah dan kakak yang datang melawat ibu.

“Sapa suruh kau datang?..”Soal Ayah marah, Kakak cuba memberi penjelasan. Rupanya ayah tak tahu kakak menghubungi sekolahku atas permintaan ibu.

“Aku tak peduli, esok kau kena balik juga ke sekolah, naik bas paling awal 6.30 pagi” Perintah Ayah,

aku hanya mengangguk lemah. Berat hatiku meninggalkan ibu yang sedang nazak. Ayah tak nak pelajaranku terganggu lantaran akan menduduki peperiksaan yang tinggal beberapa hari saja lagi. Kakak faham maksud ayah untuk merahsiakan keadaan ibu daripadaku, cuma tak sampai hati menolak permintaan ibu untuk berjumpa denganku.

Tamat waktu melawat, ayah menyuruhku balik bersama dengan kakak untuk tumpang bermalam di rumah emak saudara, sementara ayah menunggu ibu di hospital. Aku berkeras tidak mahu mengikut kakak balik, sebaliknya menyuruh ayah yang balik berehat, akhirnya ayah mengalah. Ibu tak berdaya hendak berbual denganku sebaliknya hanya mengosok-gosok lemah tanganku. Ku tahu ibu sangat merinduiku, aku pun begitu. Setahun hanya sekali sahaja boleh bersama mereka. Sejak aku melangkahkan kaki ke sekolah menengah aku terpaksa berjauhan dari mereka kerana sekolah terdekat di kampungku hanya sampai tingkatan tiga sahaja. Sementara jika naik ke tingkatan empat kena bersekolah ke bandar yang jaraknya dua jam perjalanan dari kampungku. Aku berpindah sekolah selepas Kak Masinah mengambilku menjadi anak angkat kepada mereka suami isteri yang belum dikurniakan anak sejak beberapa tahun berkahwin. Kak Masinah merupakan guru matapelajaran Perdagangan di sekolahku. Aku memang agak rapat dengan Cikguku itu daripada sebelum beliau berkahwin lagi..Kak Masinah terpaksa berpindah mengajar ke Bandar Miri mengikut suaminya dan membawa aku sekali. Pada mulanya pihak sekolah tidak mahu melepaskanku kerana aku murid dari kelas Sains yang menjadi harapan kepada sekolah untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Murid dari kelas ku tak ramai hanya belasan orang sahaja. Kak Masinah dan Abang Mokhtar terpaksa menggunakan khidmat peguam untuk membawaku secara rasmi. Pengetua melepaskanku dalam keadaan marah. Aku berpindah dari SMK Luar Bandar Sibu ke SMK Dato Permaisuri, Miri, sekolah tempat Kak Masinah mengajar. Di situlah aku mengucap dua kalimah syahadah dan belajar agama semasa tingkatan lima, melalui ustaz dan ustazah di sekolah. Banyak juga cabaran yang terpaksa aku tempuhi kerana bertukar agama kerana sebelum ini aku merupakan presiden persatuan pelajar-pelajar kristian di sekolahku..banyak kisah suka dan duka yang terpaksa ku tempuhi sejak bertukar agama..

“Dik,adik tidak boleh tidur di sini, ini wad sakit puan, ahli keluarga tidak dibenarkan menunggu pesakit di dalam sini...” Kata Jururawat yang bertugas ketika itu.

“Tapi saya nak pergi mana? Sekarang dah pukul 10.30 malam, saya tak ada saudara mara di sini, jika ada pun jauh,..” Pintaku merayu dengan harapan jururawat itu membenarkan aku bermalam di situ.

“Adik tak boleh hubungi mereka ke?”

“ Saya tiada nombor telefon mereka Misi”

“Macam manapun adik tak boleh tidur di sini, nanti doktor marah, kalau tidak adik boleh tidur di Troli di luar sana sementara menunggu hari esok..”

Jururawat itu menunjukkan sebuah troli yang diletakkan di tepi lorong di luar wad berkenaan. Mataku memandang keadaan sekeliling lorong yang gelap, di kelilingi pokok-pokok besar di sekeliling, dengan tiba-tiba perasaan seram menyelinap ke benakku membayangkan para jururawat disitu menyorong mayat menggunakan troli itu..

“Adik tak ada saudara mara yang boleh dihubungi ke untuk menjemput adik?” Tanya jururawat itu seolah-olah dapat membaca fikiranku.

“Tak ada Misi...”Aku menjawab sedih.

“Maaflah dik saya tak dapat membantu adik” 

Jururawat tu berlalu pergi menyambung tugasnya. Aku termanggu.

“Dik, adik ni anak Pak Cik Ajong ke?” 

Seorang mak cik yang sedari tadi memerhatikanku bertanya. Aku tak terus menjawab sebaliknya memandang mak cik itu dengan penuh tanda tanya.

“Tadi mak cik nampak adik menziarahi mak adik, mak cik pun dari kampung yang sama cuma rumah panjang kita yang berlainan” 

Jelas mak cik itu seperti dapat menyelami hatiku.

“Marilah ikut mak cik tidur kat 'Wad Patah', Kat sana ahli keluarga dibolehkan menunggu dalam wad” 

Jelas mak cik tu lagi. Aku mengikut makcik tu tanpa banyak soal.

“Inilah anak mak cik, dia patah pinggang akibat kemalangan motor bersama rakan ketika balik dari kerja di Kuala Lumpur, badannya terpelanting terkena tiang elektrik itu yang jadi lumpur separuh badan tu” mak cik itu bercerita tanpa di minta.

Alangkah terkejutnya aku, rupanya budak remaja yang sedang nyenyak tidur dengan wayar yang berselirat di badannya itu adalah adik kepada teman sekelasku semasa di sekolah rendah di kampung dahulu..terbit rasa simpati yang amat sangat di hatiku pada nasib yang menimpa budak itu. Terdetik dihati, mengingatkan: - 'Apabila Allah nak menarik balik nikmat yang telah diberikan kepada kita tak kira tua mahupun muda, cepat atau lambat.;-

'La hau la Wala Quata illa Billah' tiada daya upaya melainkan tuhan Yang Maha Esa. 

Semua nya adalah hak allah. Budak ini telah hilang nikmat untuk bergerak bebas kerana telah lumpuh separuh badan. Timbul rasa keinsafan yang tidak terhingga..disudut hati,Syukur...Alhamdulillah kita masih memiliki segalanya...

“Dik, Jomlah kita tidur,..” 

Ajak mak cik tu sebaik siap membentangkan tikar dibawah katil anaknya...aku mengangguk dan membaringkan badan berbantalkan beg, dicelah-celah wayar yang berselirat dan juga beg air kencing yang bergayutan di tepi katil. Oleh kerana terlalu penat sepanjang hari, aku telah tidur dengan lena tanpa mempedulikan keadaan sekeliling yang riuh rendah dengan teriakan dan erangan para pesakit di”Wad Patah”(menurut bahasa orang sini)

“Dik, bangun dah subuh...”

Aku bingkas bangun sambil menggosok mata.

“Mak Cik ada surau ke dekat-dekat sini” aku bertanya pada mak cik itu.

“Entahlah nak..”
Lupa pula aku yang makcik itu bukan muslim, sama seperti ahli keluargaku termasuk ayah dan ibu, hanya aku seorang sahaja yang mengucap dua Kalimah Syahadah. 

Sebaik menunaikan solat subuh di celah-celah katil pesakit, aku minta diri daripada mak cik itu dan anaknya. Untuk berjumpa ibuku kerana nak meminta izin untuk pergi, linangan airmata ibu, meruntun perasaanku dan membuat kakiku begitu berat untuk melangkah pergi..

”Sabarlah bu, tinggal beberapa hari saja lagi untuk aku menamatkan sesi persekolahanku, tolong tunggu kepulangan Fikah ya bu..”aku merintih memujuk ibu. Ada anggukan lemah daripada ibu..
Ayah menghantarku ke Terminal Bas.

Sepanjang dalam perjalanan aku tak dapat melelapkan mata,..pandangan sayu ibu mengiringi pemergianku pulang hingga kelibat ku sudah tidak kelihatan lagi terasa terbayang-bayang di mata. Ibu dah tak berdaya bangun, bahkan bercakap pun menggunakan bahasa isyarat...airmata bercucuran dipipiku,..mampukah ibu bertahan melawan penyakitnya untuk menunggu kepulanganku...

“Ya Allah, Janganlah engkau menjemput ibuku pergi sebelum aku sempat berbakti kepadanya..” Tangis hati kecilku..


Tiba-tiba perut ku memulas,...aduh sakitnya, aku mengetap bibir menahan kesakitan, badanku terasa menggigil, tanganku menekan perutku yang sakit teramat sangat.

“Kenapa nak? Anak sakit ya?..” Seorang penumpang warga Indonesia yang duduk di sebelahku bertanya setelah perasaan akan keadaanku.

“Ya mak cik, ada minyak angin ke? Perut saya sakit sangat”
“Tak adalah nak,..nantilah mak cik carikan dari penumpang yang lain” Mak cik tu telah bertanya kepada semua penumpang bas dan mendapatkan minyak angin bagi ku, tetapi malang nya sakit perutku seolah menjadi-jadi..

“Mak cik minta tolong pemandu bas tu berhenti, saya dah tak tahan sangat ni..” Pintaku, 

Bas berhenti di tengah belantara menurunkan ku, tanpa mempedulikan keadaan sekeliling aku lari ke dalam semak untuk melepaskan hajat..

“Nak,...anak tak apa-apa ke?..” Mak cik Indon yang risaukan keadaanku cuba mencariku ke dalam semak sambil di tangannya membawakan kertas tisu.

“Mak cik tak payah datang sini mak cik saya tak apa-apa...”Pintaku yang takut mak cik tu mengesan kedudukanku kerana aku sedang melepaskan hajat, sempat juga tanganku mencapai botol air mineral yang dibeli di terminal tadi sebelum turun daripada bas untuk bersuci.

Aku tersipu-sipu malu sebaik keluar daripada semak, selepas menyedari semua mata para penumpang yang cemas menunggu ku di tepi belantara itu..memandang pada ku. Ada siulan-siulan nakal para penumpang yang membuat aku rasa seperti nak mati menahan malu. Memang sejak semalam aku tidak menjamah nasi, sebelum naik bas semalam aku hanya sempat makan sebiji roti kacang merah dan sekotak air soya. Tambahan pagi ni pun tidak sempat bersarapan lagi kerana mengejar. takut ketinggalan bas. Perutku telah masuk angin. Sebaik bas bergerak pergi, berkumandang lagu IBU nyanyian mamat kumpulan Exist, yang cukup meresap dihatiku....

@@@@@@@@@@@@@

Selepas STPM aku mendapat tawaran menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah di Kampungku, Iaitu sekolah tempat aku belajar sehingga tingkatan tiga dahulu. Guru-guruku dulu ramai lagi yang masih ada di sana..Aku membawa ibuku bersama denganku tinggal di Kuarters Guru. Kerana cuti sekolah selama seminggu aku membawa ibuku pergi mendapatkan rawatan ke “Selesa Medical Centre” yang terkenal di Bandar Miri kepunyaan YB Dr Judson(yang kini telah meninggal dunia kemalangan Kapal terbang di sarawak suatu masa dulu)

“Dik, adik ni anak kepada pesakit bernama Lanja ke?..”Tanya jururawat di Medical Centre tersebut.
“Yea, saya..”kata ku gugup.
“Doktor Judson nak jumpa..”aku mengekori jururawat itu hingga ke bilik Doktor Judson,
“Awak tahu ke mak awak sakit apa?” Tanya Doktor Judson memandang tepat ke mukaku dengan wajah yang serius.

“Tidak Doktor...”Jawabku jujur, 

Memang kami sekeluarga tidak tahu ibu sakit apa, kata ayah, bomoh mengatakan ibuku terkena sihir dan ilmu hitam oleh orang-orang yang dengki melihat kerajinan ibuku mengusahakan sawah padi yang cukup berhasil setiap tahun, kebun sayurnya yang mengeluarkan hasil lumayan, ternakan ayam itik ibu memang menjadi, hingga telur boleh dijual dan boleh dibuat telur masin. Bila orang kampung membuat kenduri, pasti mereka akan membeli ayam, itik dan khinzir daripada ibu. Oleh itu meskipun keluarga kami bukan kaya; tapi serba serbi cukup kerana ibu memang sangat rajin. Hatta duit belanja persekolahanku juga dibiayai hasil dari titik peluh ibu. Semenjak daripada aku kecil-kecil dahulu, ayah tidak mempunyai sebarang pekerjaan selepas kemalangan dihempap kayu balak yang hampir meragut nyawanya, Dua minggu ayah terlantar koma, doktor meminta ibu supaya bersiap sedia kerana doktor hendak mencabut mesin penyambung hayat ayah. Kata doktor, ayah memang sudah tiada harapan untuk hidup. Namun Allah swt itu Maha Agung, ayah sedar sebelum sempat doktor bertindak. Ibulah yang menyara kami sekeluarga selepas ayah tidak lagi mampu melakukan sebarang pekerjaan kerana masalah kesihatan. Sebab itu apabila ibu sakit, ayahlah orang yang paling terasa.

“Dik, saya harap adik bersabar ye, ibu adik mengidap penyakit Kanser Serviks Tahap 4...” 

Seperti Sebiji Bom Meledak di atas kepala...airmata terus berderai di pipi. Lututku terasa menggigil dan badan terasa longlai. Dunia kurasakan menjadi gelap – gelita dan sunyi sepi...

“Dik...”Aku membuka mata dan bingkas bangun mencari ibu...

“Adik sabar,..ibu awak ada kat luar, awak pengsan tadi...”Kata Doktor Judson memujukku.

@@@@@@@@@@@

“Dah tahu orang tua tu tunggu masa nak mati, yang awak macam anjing mengonggong dia ke sana kemari kenapa?,..” 

Marah mak saudaraku yang juga isteri kepada tok ketua. Kubiarkan saja soalannya tanpa jawapan. Hatiku masih terasa panas dengan sikap menantunya yang enggan menumpangkan aku dan ibu naik perahu panjang milik tok ketua, untuk balik ke rumah panjang kami tadi, katanya dia takut ibuku meninggal di atas perahunya, kemarahan itu masih belum hilang lagi. 

“Engkau pun bukan akan menjadi batu, suatu hari nanti kau pun akan mati juga entah-entah lebih dulu daripada ibuku,..” 

Sumpah hatiku dengan penuh rasa geram.

Menantunya hanya sanggup membawa pesananku meminta ayah saudara ku Pak Cik Chang untuk menjemput aku dan ibu di Jeti. Jika kami menumpang di perahunya tadi tak adalah ibuku yang terbaring di ruang bot itu basah kuyup terkena hujan yang begitu lebat petang itu. Aku menangis melihat ibuku seperti mayat hidup yang dibungkus dalam plastik kanvas menggeletar kesejukkan akibat hujan..

“Ya Allah,..kau panjangkanlah hayat ibuku dan ringankanlah penderitaannya ya Allah...”

Bisik hatiku bersama airmata yang meluncur laju bersama lebatnya hujan dipetang itu. Perjalanan naik perahu panjang dari Jeti menuju ke rumah panjangku mengambil masa hampir satu jam.

“Degil!,..tak dengar cakap orang, jika orang tua tu mati kat Rumah Guru sana macam mana?..kan menyusahkan orang nanti”

Marah mak saudaraku tak habis lagi bahkan tambah menjadi-jadi melihat aku seolah-olah tidak melayan cakapnya. Kerana marah dengan perbuatanku membawa ibuku ke sana kemari untuk mendapat rawatan, mak saudaraku itu seolah-olah berkempen supaya memulaukan kami sekeluarga meskipun ketika itu ibu terlantar tak sedarkan diri, namun tiada siapa yang datang menjenguk. Setiap malam hanya ayah dan aku sahaja yang menemani ibu yang sedang koma...

Aku terasa seolah-olah ada orang mengusap rambutku, aku bingkas bangun dari lena..

“Ibu dah sedarkah?..ibu nak minum air, mari Fikah ambilkan, Ke ibu nak makan nasi?..”Tanyaku bertalu-talu,..Ibu memandangku, ada senyuman di wajah pucat lesinya..sudah beberapa hari ibu tak sedarkan diri.

“Ibu mengucap buuu...”, aku mengajar ibuku mengucap dua kalimah Syahadah.., ibu menurutiku dengan suara yang cukup perlahan namun aku dapat mendengarnya. Aku menghela nafas lega, Syukur Alhamdulillah...bisik hatiku...lalu menadah tangan,

“Ya, Allah jika benar engkau lebih menyayangi ibuku, ambillah nyawanya jika benar telah sampai ajalnya, aku redha ya Allah..Dan jika belum sampai ajalnya, kau ringankanlah penderitaannya ya Allah..” 

Aku menangis semahu-mahunya..Memang ibu pernah menyuarakan hasrat akan mengikutku bertukar agama suatu ketika dahulu ketika aku menyuarakan hasrat untuk berbuat demikian. Kata ibu dia tidak menghalang asalkan aku tidak membuang keluarga, bahkan katanya dia ingin mengikutku suatu masa nanti, Alhamdulillah... ternyata niatnya telah dimakbulkan tuhan...

Ibu membisik ke telingaku katanya ada orang telah membawanya pergi...tetapi dia mendengar suaraku sedang membaca ayat – ayat suci, dan dia memohon untuk berpatah balik...Mendengar kata-kata ibu aku lantas tidak berhenti-henti membaca ayat – ayat pendek daripada Juzuk Amma setakat yang aku termampu sambil menangis...

Esok harinya, ibu boleh bangun dan boleh duduk, 

“Subhannallah!!!...Allahu Akbar” 

Aku menangis melihat perubahan ibu, selepas terjaga dari koma. dan setelah mengucap Kalimah Syahadah, ibu boleh bangun...selepas berbulan-bulan terlantar dan hampir seminggu koma...

Ibu meminta untuk dimasakkan biji buah cempedak, kerana katanya dia teringin sangat makan 
biji cempedak rebus. Sepupuku yang tidak pedulikan larangan untuk melawat ibu oleh mak saudaraku telah bergegas mengutip biji cempedak lerai di kebun belakang rumah, dan menghidangkan pada ibu sebaik siap. Ku lihat ibu makan dengan begitu lahap sekali. Memang dah lama ibu tak makan apa- apa melainkan susu dan bubur cair. Ayahku pula pergi menjala ikan, kerana ibu kata teringin nak makan ikan sungai...Sambil menemani ibu makan mulutku sentiasa kumat-kamit membaca ayat suci..dengan air jernih tak pernah lekang di mata.

“Fikah...” Kata ibu perlahan sambil melabuhkan belakangnya untuk berbaring selepas selesai makan.

“Ya, bu..”Jawabku berdebar hendak mendengar apakah yang ingin ibu sampaikan.

“Jika ibu pergi....” 

Suara ibu terhenti, aku mula teresak-esak.

“Fikah jangan biarkan orang lain menguruskan mayat ibu ya...”Aku mengangguk lemah,

“Buat seperti mana orang islam meninggal, jangan dedahkan aurat ibu...”

“Baik Bu, Fikah berjanji...”Jawabku, dalam esak tangis yang makin menjadi...

“Ayah mana Fikah?..” Tanya ibu perlahan

“Ayah tidur bu, penat selepas balik menjala” 

Tiba-tiba ribut melanda dengan guruh dan petir,... hujan di tengah terik mentari. 

Hujan Panas...membawa petanda atau alamat buruk dalam kepercayaan suku kaumku...

Aku cemas,...

Nafas ibu mula turun naik, 

“Ibu, jangan takutkan fikah buu...”Aku mula merintih kerana merasakan sesuatu akan berlaku seraya mengangkat kepala ibu di atas pangkuanku. 

“Ibu memandangku sambil tersenyum...lalu melelapkan mata...”

“Ya Allah, betulkah engkau telah menjemput ibuku???...aku redha ya allah, tempatkan lah roh ibuku bersama orang-orang yang engkau kasihi ya Allahhhh......”Aku menangis semahu-mahunya... 

“Apa lagi yang kau tunggu, orang tua tu dah mati,..”Jerkah Ibu saudaraku sambil menolakku yang masih memeluk jenazah ibu...

Aku tidak membenarkan sesiapa mengusik jenazah ibu, dan menuruti semua pesanannya. 

Ibu yang merupakan bintang hati kami sekeluarga, telah pergi buat selamanya...

Semoga Roh Ibuku Bahagia disisinya...amin, amin ya rabbul al aminnnn.....

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nurlatifah Ajong

Sumbangan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai

Sumbangan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai boleh disalurkan ke:

No Akaun : 0303 6010 0030 31
Bank : Bank Islam (BIMB)
Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah(Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK.