Friday, March 1, 2013

Perkasa buat laporan polis



SHARIFUDDIN Abdul Hamid (tengah) bersama sekumpulan ahli Perkasa menunjukkan laporan polis terhadap P.Balasubramaniam di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat tiga laporan polis menuntut supaya polis menjalankan siasatan terhadap penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang tiba-tiba kembali semula ke tanah air selepas menghilangkan diri sejak beberapa tahun lalu.
Laporan itu dibuat pukul 2.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.
Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, punca Balasubramaniam keluar dari persembunyian perlu disiasat kerana dipercayai bertujuan membantu pakatan pembangkang menghasut orang ramai dalam kempen pilihan raya akan datang.
"Perkara ini jelas kerana dia dilaporkan telah menghadiri beberapa siri ceramah anjuran pembangkang.
"Dalam ceramahnya, dia dengan berani menimbulkan kembali isu kematian Altantuya Shariibu dan mengaitkan kematian itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.
Katanya, Balasubramaniam turut dituntut segera mengemukakan bukti kukuh terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri dan bukan hanya mencanang dakwaan berbentuk retorik semata-mata.
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Abdul Hamid berkata, Balasubramanian juga perlu disiasat punca kewangannya sepanjang tempoh bersembunyi di luar negara.
"Kita perlu tahu siapa yang telah menyalurkan bantuan kewangan kepada Balasubramaniam dan keluarganya ketika dia melarikan diri dan bersembunyi di luar negara," ujarnya.
Balasubramaniam yang sebelum ini bersembunyi di luar negara pernah dikaitkan dengan perancangan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang berhubung akuan bersumpah menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130301/je_01/Perkasa-buat-laporan-polis#ixzz2MIvMBGgs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kondisi masjid Dar Al Salam di tetangga Al-Qarabis, Homs.

syria

Ini adalah jepretan kamera pertama terhadap sniper Iran yang dibunuh mujahidin dalam pertempuran bukit Bunker, Tel Hamis.

Masya Allah......... lihatlah ekspresi di area pelipis dan sekitar matanya. Pucat seperti orang ketakutan. Allahu akbarrr !!!
 

Pengkhianatan Keluarga Assad dari Kakek Hingga Cucu

Pengkhianatan Keluarga Assad dari Kakek Hingga Cucu 

Sulaiman Al-Assad (kakek):
---> Menjual Syria ke Perancis untuk dijajah.
Hafez Al-Assad (ayah):
---> Menjual bukit Golan (dataran tinggi Golan) ke Israel.
Basyar Al-Assad (anak):
---> Menjual Syria ke Iran.
 —

Pertubuhan Islam desak bubar Densus 88



Jakarta: Pengerusi Pertubuhan pergerakan Muhammadiyah, Din Syamsuddin, semalam mendesak polis Indonesia membubarkan unit antipengganasnya, Detasement Khusus 88 atau Densus 88.

Din membuat desakan itu ketika mengunjungi Ketua Polis Indonesia, Timur Pradopo, di pejabatnya di Jakarta Selatan. Turut serta dalam pertemuan itu ialah wakil Nahdlatul Ulama, Majlis Ugama Islam Indonesia, Al-Irsyadh, Dewan dan Dewan Dakwah.


Menurut Din, Densus 88 bertindak keterlaluan dalam menangani suspek pengganas. Katanya, unit itu tidak memikirkan hal peri kemanusiaan dalam melaksanakan tugas mereka.

Pengerusi pertubuhan Islam kedua terbesar Indonesia itu berkata, semua pertubuhan Islam negara itu mahukan jabatan polis membubarkan unit berkenaan.


Untuk mengukuhkan desakannya, Din turut membawa video memaparkan keganasan anggota Densus 88 terhadap suspek pengganas. Video itu diserahkan kepada Timur untuk menimbangkan desakan itu.


“Dalam video itu ada menunjukkan tindakan melampau anggota Densus 88. Suspek diseksa dengan diikat, dipijak dan akhirnya ditembak mati.

“Sebelum mangsa ditembak mati, dia diminta beristighfar. Cuba bayangkan. Ajaran agama apa ini. Sudah disuruh bertaubat, kemudian dibunuh,” kata Din kepada wartawan selepas pertemuannya dengan Timur. - Republika

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PertubuhanIslamdesakbubarDensus88/Article/index_html#sthash.IHLGcOrp.dpuf

Penentang tawan Masjid Ummaiyad

Beirut: Pejuang antikerajaan menguasai kawalan Masjid Umayyad di Aleppo, semalam, selepas berlaku pertempuran sengit beberapa hari di situ.
Menurut badan Pemantau Hak Asasi Manusia Untuk Syria, tentera kerajaan terpaksa berundur ke beberapa lokasi di bangunan sekitar masjid terkenal itu.

Bagaimanapun, kata pemantau itu, bangunan bersejarah berkenaan mengalami kerosakan akibat pertempuran kedua-dua pihak. Pegawai badan itu berkata, muzium masjid berkenaan terbakar ketika pejuang antikerajaan dan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad berbalas tembakan.
“Ia menyebabkan siling masjid runtuh, memburukkan lagi kerosakan yang berlaku pada Oktober tahun lalu apabila pelbagai perabot antik dan satu daripada tiang berukir di situ musnah. Masjid Umayyad menjadi tempat umat Islam beribadah sejak abad kelapan, tetapi bangunan asalnya dimusnahkan tentera pada abad ke-13. Sementara itu, Badar Purba di Aleppo menyaksikan pertempuran sengit berlaku berhampiran Istana Keadilan dan Medan Sabaa Baharat.

Pengarah badan pemantau itu, Rami Abdel Rahman, berkata jika pejuang antikerajaan menguasai istana berkenaan, mereka mampu memutuskan laluan tentera tambahan ke Aleppo. Kubu itu - pernah dijadikan tempat pertahanan untuk 10,000 orang pada zaman silam - kini dikawal tentera yang setia kepada Bashar.

Pejuang berkata, tentera terbabit hanya mendapat bantuan dan bekalan melalui satu laluan yang belum mereka kuasai. - AFP
Foto
PEJUANG Tentera Pembebasan Syria dari Briged Pahlawan Utara meninggalkan satu daripada gua mereka untuk bertempur dengan tentera kerajaan di al-Karmid di Jabal al-Zaweya, Idlib, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/PenentangtawanMasjidUmmaiyad/Article#sthash.CmSVLISx.dpuf

Karzai beri masa 3 bulan



 
Kabul: Presiden Hamid Karzai semalam memberi tempoh tiga bulan kepada tentera asing, yang diketuai Amerika Syarikat untuk memindahkan kawalan militia bersenjata kepada kerajaannya, selepas dakwaan penderaan oleh anggota militia.

Tindakan itu jelas tanda keyakinan Kabul untuk mengambil alih kawalan perang 11 tahun ke atas Taliban, terutama militia yang dilaporkan dilatih Amerika dan beroperasi tanpa kawalan Kabul. – AFP

Sayedee dihukum mati

Belia Bangladesh berarak di jalan raya bagi meraikan hukuman mati terhadap Sayedee (gambar kecil) di Dhaka, semalam. - Foto AP
Belia Bangladesh berarak di jalan raya bagi meraikan hukuman mati terhadap Sayedee (gambar kecil) di Dhaka, semalam. - Foto AP Pemimpin Jamaat-e-Islami didapati bersalah lakukan jenayah perang 

Dhaka: Tribunal jenayah khas perang Bangladesh semalam menjatuhkan mati ke atas pemimpin Jamaat-e-Islami, Delwar Hossain Sayedee 73, yang didapati bersalah melakukan jenayah ketika peperangan menuntut kemerdekaan dari Pakistan pada 1971.
Hakim Fazle Kabir berkata, Sayedee didapati bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai, rogol, membakar, mencuri dan memaksa penduduk minoriti Hindu memeluk Islam.

Penyokong Sayedee bertempur dengan polis di daerah Sirajganj membantah keputusan, menyebabkan 15 maut," Laporan Ekattar TV

Penyokong bantah

Hukuman ke atas Sayeede, mencetuskan tunjuk perasaan penyokongnya di seluruh negara, menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang termasuk tiga anggota polis terbunuh, manakala 300 lagi cedera. Jamaat-e-Islami mengutuk perbicaraan itu dan menuntut Sayedee dibebaskan.

“Penyokong Sayedee bertempur dengan polis di daerah Sirajganj ketika membantah keputusan, menyebabkan 15 maut,” kata saluran televisyen swasta, Ekattar TV.

Peguam bela Sayedee, Abdur Razzak memulaukan tribunal ketika keputusan dibacakan dan menyifatkan ia bermotif politik, tetapi berkata pihaknya akan membuat rayuan.
Sayedee adalah defendan ketiga disabitkan dengan jenayah kemanusiaan sejak kerajaan Perdana Menteri Sheikh Hasina mewujudkan tribunal itu pada 2010.

Dalam keputusan pertama Januari lalu, tribunal menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas pemimpin Jamaat, Abul Kalam Azad atas tuduhan sama.

Seorang lagi pemimpin Jamaat, Abdul Quader Mollah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup bulan ini kerana melakukan kekejaman ketika perang.

Seramai tujuh orang pemimpin kanan Jamaat sedang menunggu perbicaraan atas dakwaan melakukan kekejaman ketika perang.

Jamaat-e-Islami, parti Islam terbesar di Bangladesh berkempen menentang perang kemerdekaan 1971, namun menafikan melakukan kekejaman.

Jamaat, sekutu utama pembangkang terbesar negara, Parti Nasionalis Bangladesh diketuai bekas perdana menteri, Khaleda Zia, adalah rakan kongsi kerajaannya dari 2001 hingga 2006.

Tribunal dipersoal

Parti Zia mempersoalkan perjalanan tribunal dan menegaskan perbicaraan itu mempunyai matlamat memusnahkan pembangkang.

Organisasi hak asasi manusia antarabangsa juga mempersoalkan keadilan perbicaraan, merujuk kehilangan saksi untuk Sayedee.

Bangladesh berkata, perang 1971 menyebabkan tiga juta rakyat maut, 200,000 wanita dirogol dan memaksa jutaan penduduk berlindung di negara jiran, India. - AP

The oldest person in the world is from Setiawangsa,KL,Malaysia!

Pendatang asing diutamakan....Rakyat Malaysia di ketepikan!

Barisan Nasional......Pilihan pendatang asing!.

"Tarikh Luput"

Country sold to foreigners? Check your IC has "Tarikh Luput" or not.......so obvious-loh.BN Issued more than 2,000,000 IC's for foreigners under Selangor address.
This is a proof of unhealthy election going to take place on GE 13.
This guy is a Myanmarian/Burmese.. The joke is this IC got 'Tarikh Luput'.. Very interesting

rahsia kekuatan Khilafah Uthmaniyyah

FIQH AL DAULAH : Antara rahsia kekuatan Khilafah Uthmaniyyah yang bertahan selama lebih 700 tahun ialah gabungan kekuatan dua institusi penting kenegaraan iaitu umarak dan ulama. Umarak iaitu Khalifah amat menghormati nasihat ulama, dan ulama pula tiada takut untuk menyatakan yang benar. Sheikh Edebali menjadi ulama kepada Ertoghrul dan Osman Ghazi,pendiri Khilafah Uthmaniyyah, Emir Sultan membimbing Bayezid Yildirim, Haji Bayram Veli,ulama kepada Murad II dan Akshemseddin pula menjadi pembimbing utama kepada Sultan Muhammad al-Fatih, pembuka kota Constantinople (Istanbul). Para ulama ini hanya takut pada ALlah, dan menasihati Sultan secara benar adalah amanah yang tidak boleh diambil mudah walaupun terpaksa menanggung risiko 'murka' Sultan. Murka ALlah yang lebih di takuti.

Al-Kisah: Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Kerajaan Rakyat: Al-Kisah: Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary:










Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary


  

Saya nak makan nasi lemak, 
beras dibeli dari siapa? - BERNAS!!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0. 
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli  air dari Aliran Ihsas Resources, 
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula! 
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. 
MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya! 

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! 

Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary !


Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. 
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la... naik motor! 

Motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton. 

Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. 

Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat. 

Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kereta kena ada insurans coverage. 

Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance! 
Uni Asia Insurance milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM. 

Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang! 

Landasan keretapi siapa buat? = MMC. 
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor! 

Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. 

Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas. 
Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port. 

Johor Port milik siapa? = MMC. 
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok la... I orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC. 

MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! 

Duduk rumah, hantar surat sahaja! 
Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! 
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tahniah Tan Sri, You earn this all, on your own!! 

Malaysia is not Malaysians anymore, its YOURS!! Entirely yours!

Kerajaan Rakyat mula berkenalan dengan Syed Mokhtar sekitar 1989 di Johor Bahru semasa beliau baru-baru berusaha untuk merapatkan dirinya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu adalah Menteri Besar Johor dengan tujuan untuk mengambil-alih Johore Port. 

InsyaAllah, Kerajaan Rakyat akan titipkan kisah pertemuan pertama saya sekitar akhir July 1989 di Johor Bahru dengan insan bernama Syed Mokhtar Al Bukhary yang hari ini bergelar Tan Sri, bertarafmulti billionaire ! Kali terakhir saya bersembang dengan Syed Mokhtar sekitar bulan Ramadhan 2007 bersama Syed Omar Abdullahsahur di restoran Mamak  di Bangsar! - Mohd Sofi Yassin.

Orang suruh pegang banner, Ikut je.. Seronok sebab dapat masuk TV3. Orang demo, mereka nak demo tapi tak faham apa-apa...

Orang suruh pegang banner, Ikut je.. Seronok sebab dapat masuk TV3. Orang demo, mereka nak demo tapi tak faham apa-apa...

Kalau dah nama Caruman Takaful, takkan tak faham-faham lagi.. pakcik-pakcik dan makcik-makcik .. Kalau nak dapat RM2500, kena mati dulu, baru boleh Kerajaan Selangor bayar. Itupun yang dapat waris pakcik-pakcik dan makcik-makcik .. makcik-makcik dan pakcik-pakcik faham ke tidak nie?

Mak Siti, apa pasal dari dulu tak mau cerita?



Mak Siti, apa pasal dari dulu tak mau cerita? - Apala Mak Siti ni... dah 24 tahun berlalu, baru nak citer... nyampah aku...


Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini. - http://bit.ly/15l4cfz