Tuesday, April 24, 2012

Shafie nafi beri Zahida ‘wang begitu banyak’

Shafie nafi beri Zahida ‘wang begitu banyak’ - Nasional - Sinar Harian:

Shafie nafi beri Zahida ‘wang begitu banyak’
zahida rafik
SHAH ALAM - Datuk Seri Shafie Apdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.
Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.
Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.
Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.
Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.
Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:
“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

 
“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Laman sesawang presiden digodam

myMetro | Laman sesawang presiden digodam: "MANILA: Filipina berkata, sekumpulan penggodam China menyerang tiga laman sesawang dikendalikan pejabat Presiden Benigno Aquino, semalam.

Serangan itu berlaku sejurus selepas kerajaan berkata, mereka akan menyatakan kebimbangan kepada Amerika Syarikat ekoran peningkatan ketegangan berhubung isu sempadan dengan China. Pejabat presiden berkata, berlaku peningkatan ketara trafik dengan permintaan palsu untuk URL laman sesawang rasmi mereka.


Turut menjadi mangsa, dua laman sesawang lain yang dikendalikan pasukan komunikasi Aquino. “Maklumat diperoleh melalui analisis data menunjukkan, serangan itu datang dari alamat protokol Internet yang dihubungkan ke rangkaian China,” kata kenyataan itu. - AFP"

'via Blog this'

Ibu lari dihalang nikah

myMetro | Ibu lari dihalang nikah: "JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal yang menghilangkan diri dari rumahnya di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini, sejak 4 Mac lalu, dikatakan berbuat demikian kerana dihalang daripada berkahwin lagi oleh anaknya.

Anak wanita itu, V Sritharan, 17, berkata, ibunya, G Amirtham, 43, meluahkan hasrat berkahwin beberapa hari sebelum menghilangkan diri.
“Saya baru pulang dari pusat membeli-belah dan mendapati ibu tiada, manakala beberapa helai pakaiannya juga dibawa bersama.

“Saya berusaha mengesan ibu di kawasan sekitar selain mendapatkan bantuan daripada keluarga namun ibu gagal ditemui,” katanya, di sini, semalam.


Menurut Sritharan, bapa mereka, S Viswanathan, 40-an, meninggal dunia Ogos lalu dan beberapa bulan kemudian, Amirtham berkenalan dengan seorang lelaki.


Sritharan berkata, ibunya meluahkan hasrat berkahwin lagi namun mendapat tentangan keras. "

'via Blog this'

‘Ambillah nyawaku’

myMetro | ‘Ambillah nyawaku’:

SAKIT...Suraya menunjukkan kulit badan Noor Ashikin  yang melepuh dan berdarah.
SAKIT...Suraya menunjukkan kulit badan Noor Ashikin yang melepuh dan berdarah.
SUNGAI PETANI: “Saya sedih melihat keadaannya kerana setiap hari dia (Noor Ashikin) memohon kepada Tuhan agar ambil saja nyawanya kerana tidak tahan menanggung derita akibat kegatalan pada badannya yang dialami sejak Julai tahun lalu,” kata Suraya Maidin, 45, ibu kepada Noor Ashikin Mohd Irwan, 17, yang kulitnya melepuh dan berdarah tanpa diketahui puncanya.
Keadaan itu menyebabkan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ) di sini, tidak ke sekolah kerana sukar memakai pakaian berikutan kulit badannya tertanggal dan berdarah sehingga tidak mampu menahan kesakitan.

Suraya yang berniaga nasi lemak berkata, penyakit Noor Ashikin mula dikesan selepas dia mengadu gatal seluruh badan sepulang dari sekolah dan apabila membuka baju, mendapati seluruh kulit badannya menggelembung dan selepas itu pecah.
Menurutnya, sejak itu seluruh tubuh anaknya sentiasa berdarah dan Noor Ashikin tidak boleh terdedah kepada keadaan panas kerana kulitnya akan kembali menggelembung dan pecah serta berdarah menyebabkannya meraung kesakitan.

Noor Ashikin masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sejak awal bulan ini.

Suraya yang juga ibu tunggal dan tinggal di Flet Paya Nahu di sini berkata, sejak mengalami penyakit itu, Nor Ashikin sudah beberapa kali dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan HSAH bagi menerima rawatan, tetapi doktor pakar gagal mengenal pasti penyakit anaknya.
“Sebelum ini, dia pernah dirawat selama sebulan di HSB dan rawatan susulan di HSAH selepas penyakitnya didapati berkurangan. Bagaimanapun, selepas seminggu keluar hospital, penyakit itu datang kembali menyebabkan anak saya dimasukkan semula ke hospital.

“Terbaru, 8 April lalu apabila dia dimasukkan ke HSAH akibat kulitnya tertanggal dan seluruh badannya berdarah.
“Dia kini masih dirawat di HSAH dan keadaannya semakin beransur pulih, tetapi beberapa bahagian tubuh yang tertutup seperti ketiak, pinggang dan kedua-dua paha masih berdarah.

“Saya sedih melihat keadaannya yang menanggung penderitaan. Tidurnya juga tidak lena kerana sakit, malah tempat tidurnya perlu dilapik dengan plastik bagi mengelak kulitnya yang tertanggal, melekat,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin, yang memohon sesiapa saja membantu mencari cara menyembuhkan penyakit anaknya itu.

Remaja hilang 21 hari ditemui rentung terbakar

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


GUA MUSANG 24 April - Misteri kehilangan seorang remaja perempuan, Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi sejak 21 hari lalu terjawab apabila rangkanya ditemui bersama motosikal yang terbakar dalam ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh di sini kelmarin.
Tulang dan rangka remaja berusia 15 tahun itu ditemui seorang pemandu lori membawa muatan kelapa sawit dalam keadaan berselerak pada pukul 6 petang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, berikutan pembunuhan kejam itu, polis menahan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 30 tahun awal pagi semalam bagi membantu siasatan.
“Mereka yang ditahan dipercayai mengenali mangsa dan dikatakan bersama dengan remaja itu semasa dia menghilangkan diri dari rumah. Lima daripadanya termasuk seorang wanita didapati positif mengambil dadah," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

Diejek tidak pandai menoreh, lelaki ditikam dalam pergaduhan

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KENINGAU 23 April - Gara-gara dituduh tidak pandai menoreh getah, seorang lelaki warga Indonesia maut akibat ditikam rakan senegaranya dalam satu pergaduhan di Kampung Kebulu Sook, di sini semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Andi Jumadi Page, 31 (gambar), ditikam dengan senjata tajam di dada kiri dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Keningau memaklumkan terdapat seorang lelaki mati akibat ditikam.
"Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau bergegas ke hospital dan mendapati terdapat satu kesan tikaman sedalam dua sentimeter di dada kiri mangsa dipercayai menggunakan objek tajam," katanya di sini hari ini.
Menurut Zahari, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu berselisih faham dengan suspek yang berusia 38 tahun yang juga seorang penoreh getah.
"Mangsa tidak berpuas hati dengan suspek yang dikatakan memburukkan namanya kepada orang kampung dengan mengatakan dia tidak pandai menoreh getah.
"Pada hari kejadian, suspek berjumpa mangsa dan berlaku pergaduhan dan suspek menikam mangsa. Suspek kemudian melarikan diri selepas kejadian itu," katanya.
Zahari berkata, usaha mengesan suspek sedang dilakukan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Bunuh pensyarah: Pelajar dihantar ke Hospital Bahagia

Utusan Malaysia Online - Jenayah:


PETALING JAYA 23 April - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan salah seorang daripada empat pelajar kolej swasta yang dituduh membunuh pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC), Zara Eleena Omar Peter dan bapanya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak bagi menjalani pemeriksaan mental.
Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid mengeluarkan perintah itu terhadap Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, selepas peguamnya, Mohd. Rafik Rahem membuat permohonan tersebut bagi mengetahui status kesihatan mental tertuduh semasa kejadian.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan laporan bedah siasat yang masih belum diterima pihak pendakwaan beserta laporan pemeriksaan mental pelajar itu.
Mohamad Zul Shahril dan tiga lagi rakannya, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa membunuh Zara Eleena, 23, di rumah wanita itu di No.28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong di sini antara pukul 1.30 pagi dan 2.30 pagi, 9 Mac lalu.
Mereka juga didakwa membunuh Omar Peter Abdullah, 56, yang merupakan pesara sebuah syarikat elektronik di tempat sama antara pukul 11.30 malam, 8 Mac dan 1.30 pagi, 9 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd. Rawi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Mohamad Zul Shahril berasal dari Kuantan, Pahang; Mohamad Sharafe dari, Arau, Perlis; Azizi Aizat dari Muar, Johor; dan Muhamad Safwan dari Seremban, Negeri Sembilan.
Hanya Muhamad Safwan dari kolej berasingan manakala tiga yang lain merupakan rakan sekolej di tempat Zara Eleena bekerja.
Zara Eleena ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai biliknya manakala bapanya dalam keadaan tertiarap di atas katil bilik utama.
Bagaimanapun, tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada kedua-dua tubuh badan mangsa dan ia menimbulkan tanda tanya.
Siasatan awal polis mendapati, motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan masalah peribadi.

Shafie Apdal nafi bayar wang kepada Zahida

Kosmo! Online - Negara:


ZAHIDA




KUALA LUMPUR - Setelah menjadi sasaran di blog-blog hiburan tanah air, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal semalam tampil untuk menafikan dakwaan bahawa beliau telah membayar sejumlah wang yang banyak kepada seorang selebriti, Zahida Mohamed Rafik.
Shafie dalam satu kenyataan tiga perenggan semalam menegaskan, laporan polis mengenai perkara itu yang dibuat oleh Noor Azman Azemi yang mendakwa dirinya bekerja sebagai pemandu dengan menteri itu bertarikh 13 Mac 2012 adalah tidak benar.
Menurut beliau, semua yang tertera dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu lain yang menyebarkan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata Shafie.