Friday, January 7, 2011

Kanak-kanak mangsa asid jalani pembedahan esok

SH
KUALA TERENGGANU -- Kanak-kanak mangsa simbahan asid oleh bapanya sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid dijadual menjalani pembedahan di bahagian muka esok.

Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, murid Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang, akan menjalani pembedahan itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu Dr Nordiyanah Hassan berkata pembedahan melibatkan kanak-kanak itu akan diketuai Pakar Perunding Pembedahan Plastik Dr Najiha Syarida Zakaria.

"Pihak hospital tidak mempunyai masalah untuk menjalankan pembedahan di bahagian muka kanak-kanak itu.

"Kami memang mempunyai kemudahan peralatan serta kepakaran yang lengkap bagi masalah seperti ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 15 Ogos lepas, Nurul Dahyatul Fazlinda terkena simbahan asid ekoran pertelingkahan keluarga yang turut mencederakan ibunya Che Ku Zaimah, 29, adiknya Muhammad Irfan Firdaus, 3, dan neneknya, Minah Omar, 56.

Akibat kejadian itu Nurul Dahyatul mengalami kecederaan parah di bahagian muka, manakala ibunya mengalami kecederaan di tangan dan belakang badan. Nenek dan adiknya pula terkena percikan asid dan hanya mengalami kecederaan kecil di bahagian muka dan badan. -- BERNAMA

Isteri kedua pengerusi Syabas perlu fail fasakh jika mahu cerai

SH

KUALA LUMPUR - Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail perlu memfailkan permohonan fasakh jika masih mengekalkan hasrat untuk bercerai.

Rozali dan Justynn Cassandra, 25,mendirikan rumah tangga di Perlis pada 2006 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia empat tahun dan setahun.

Justynn sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah dekat sini untuk bercerai secara baik dengan Rozali dengan kebenaran mahkamah.

Kes tersebut disebut untuk kali pertama pada 8 Disember lalu dan Hakim Syarie Ab Malik Awang menangguhkan kes bagi membenarkan pasangan itu berbincang secara baik selepas Rozali tidak bersetuju untuk bercerai.

Bagaimanapun, pada prosiding Selasa, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn memberitahu, perbincangan telah diadakan tetapi tidak dapat mencapai keputusan yang positif.

“Pihak kami memohon supaya dibenarkan untuk meminda permohonan asal kepada permohonan perceraian secara fasakh,” katanya.

Ab Malik bagaimanapun berpendapat permohonan baru harus difailkan kerana ianya akan lebih memudahkan prosiding, dan bukannya dengan cara meminda permohonan asal.

Amli ketika dihubungi pemberita mengesahkan bahawa Justynn akan memfailkan permohonan fasakh, bagaimanapun masih tidak mempunyai tarikh untuk berbuat demikian.

Pada prosiding itu, Rozali tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Wanita parah akibat ditetak madu

Kosmo! Online - Terkini: "
07/01/2011 8:31pm

JITRA — Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.

Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lepas.

Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu.

Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan. — Bernama"

Kes 'rogol' amah tutup demi jaga mangsa - Malaysiakini

Kes 'rogol' amah tutup demi jaga mangsa - Malaysiakini

Demi menghormati hak seorang amah Indonesia yang didakwa dirogol oleh seorang menteri Malaysia, NGO - Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta memutuskan untuk tidak akan membawa perkara berkenaan kepada mahkamah, lapor Kompas.com.


NONE"Kami berada pada posisi menghormati permintaan mangsa supaya kes ini tidak dihebahkan dan dibawa ke muka pengadilan,” kata penganalis dasar, Migrant Care, Wahyu Susilo, hari ini dalam sidang media di Warung Daun, Cikini, Jakarta.


Menurut Wahyu, Migrant Care berharap kejadian itu dijadikan teladan kepada kerajaan Indonesia supaya tidak mengabaikan nasib pekerjanya di luar negara.


"Pemerkosaan perlu dibuktikan dan harus ada laporan sebelum membolehkan tindakan lanjut diambil. Tetapi sehingga malam semalam, mangsa masih belum mahu membuat laporan, maka kami hanya menghormati.


"Saya kira dalam keadaan ini kami tidak boleh ke mahkamah tetapi hanya ingin menegakkan hak asasi manusia dan mahu kes tersebut dijadikan pelajaran kepada kedua-dua kerajaan untuk benar-benar serius soal perlindungan buruh asing,” katanya.


Wahyu juga mengakui memang tidak ada tindakan yang boleh diambil pihaknya dan kerajaan Indonesia.
Tak boleh buat apa-apa

"Mereka (Kerajaan Malaysia) juga tidak boleh berbuat apa-apa, kerana laporan kami sifatnya hanya untuk melindungi mangsa yang saat itu belum ada Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban," kata Wahyu.

azlanDitanya wartawan mengenai kemungkinan mangsa disogok wang untuk menutup kes berkenaan, Wahyu berkata mereka tidak dimaklumkan mengenainya.

"... hanya terima gajinya yang jadi haknya. Tidak ada masalah penggajian. Setelah laporan ini dibuat di tahun 2007, kami tidak pernah juga memberitahu atau berhubungan dengan menteri itu," kataya.

Menurut Wahyu, yang penting, mangsa sekarang berada di tempat yang aman dan sudah kembali ke Indonesia pada tahun 2007.

"Tapi lagi-lagi kami tidak boleh memberitahu keadaannya,” kata Wahyu.

PM: Kenapa baru bangkit kes 'rogol amah'? - Malaysiakini

PM: Kenapa baru bangkit kes 'rogol amah'? - Malaysiakini
PM: Kenapa baru bangkit kes 'rogol amah'?
Salhan K Ahmad
Jan 7, 11
3:04pm

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan mengapa dakwaan rogol ke atas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, baru dibangkitkan sekarang.


NONEBeliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan rogol melibatkan menteri penerangan itu dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.


"Apa pun, (kes yang didakwa itu) berlaku pada tahun 2007. Soalnya mengapa baru sekarang (dibangkitkan)?" soalnya.


"Dia dah buat kenyataan, dia pertahankan kenyataan dia, jadi biarlah proses itu berjalan.
Tak boleh hakimi

"Kita tak boleh hakimi dan kata sesuatu terhadap seseorang sebelum siasatan yang sepatutnya dijalankan," katanya lagi dalam satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Rabu lalu, Rais menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

rais yatim pc 070809 03"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," kata Rais dalam satu kenyataan.

Katanya, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

PANAZZZ: Lagi perkembangan TERBARU isu amah mengaku dirogol menteri!..(siri 2)

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::: PANAZZZ: Lagi perkembangan TERBARU isu amah mengaku dirogol menteri!..(siri 2)


Oleh: Pria Malaya

1. Entry ini adalah rentetan dari entry yang terdahulu berkaitan isu 'amah mengaku dirogol pak menteri'..sila rujuk pada tajuk, "Perkembangan TERBARU isu 'menteri rogol amah'...(video inside)"...

2. Hari ini, 7 Januari 2011, dikhabarkan rumah blogger yang membongkar isu 'menteri rogol amah', Rocky's bru telah dipecah masuk dan keretanya bernilai RM100,000 telah dilarikan penjenayah...

"Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky’s Bru dipecah masuk dan kereta Peugeot 407 miliknya dicuri awal pagi ini, di Taman Damai Utama, Puchong."
Baca laporan penuh berita BERNAMA hari ini di SINI..Apakah ini ada kaitannya dengan pendedahan isu Wikileaks yg mengaitkan seorang menteri Malaysia merogol amah oleh beliau di dalam blognya?..apakah ini sebahagian dari ugutan atau tekanan kpd beliau kerana mendedahkan isu panas ini?..wallahua'lam..





Penulis bukan seperti blogger umno (Papa Gomo) dan team 'Nadi Rakyat' yg telah menuduh ADUN Selising telah mengupah orang untuk membunuh saksi dalam kes kononnya ADUN Selising berzina..klik di SINI utk pemahaman lanjut...

3. Menurut Papa Gomo dan rakan2nya, pembangkang telah mengeluarkan gambar palsu "Robengah"..penulis nak jawab satu sahaja..ya, mungkin Sabahkini.net 'sengaja' mengeluarkan gambar itu untuk 'memancing' perhatian Rais Yatim supaya membuka mulut terhadap isu ini..so, jika Rais Yatim rasa tertekan, beliau boleh ambil tindakan terhadap Sabahkini..pilihan di tangan beliau..






Dan utk maklumat kalian blogger Umno, gambar2 sebenar Robengah dan dokumen penuh Migrant Care juga telah diperoleh oleh pihak2 tertentu di dalam PR..buktinya, sebelum blog2 kalian mendedahkan gambar sebenar Robengah awal hari ini (7 Januari 2011), penulis terdahulu telah mendedahkan gambar sebenar Robengah semalam (6 Januari 2011) di SINI..

Dan blogger 'edyesdotcom' dan SAMM telah awalnya mendedahkan gambar sebenar Robengah semasa membuat laporan polis 5 Januari 2011 yg lalu..boleh rujuk di SINI..

Dan hari ini (semalam), kalian telah memutuskan utk membongkar identiti Robengah..ya, kalian sebenarnya telah termakan umpan..penulis yakin, kalian tergerak utk menemuramah Sumati rentatan dari gambar palsu Robengah..






4. Hari ini juga, selain 'mendedahkan' gambar sebenar Robengah, blogger pro-Umno ini telah mengedarkan rakaman video mereka dengan rakan Robengah, Sumati, yang merupakan salah seorang dari 4 pembantu rumah Rais Yatim yg berasal dari Indonesia..

Saksikan video di bawah..






Apa yang penulis ingin komen tentang rakaman video ini ialah..


i. Rakaman video ini jelas membuktikan bahawasanya insan bernama "Robengah" benar2 wujud..ini bermakna, watak 'mangsa' dalam kes ini benar2 wujud dan bukan rekaan semata2..

ii. Video ini bukan bukti 'sahih' untuk melepaskan tanpa sebarang tindakan/siasatan terhadap yang tertuduh..rakaman ini hanya berbentuk penafian sebagaimana penafian oleh Rais Yatim..

iii. berdasarkan video ini juga, pihak polis boleh terus menyiasat lanjut kes ini..dan secara automatiknya, 'saksi' dalam kes ini bertambah...Sumati dan blogger2 Umno ini menjadi antara 'saksi' dalam kes ini..

Siapa blogger2 pro-Umno yg menemuramah rakan Robengah semalam??..lebih kurang 11 orang kesemuanya...penulis senaraikan nama2 mereka:

RBF, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR (GAP), Papa Gomo, Darul Ehsan Today (DET), Megat Pisau, Medan Info Kita, Sanggah Tok Janggut, Gelombang Rakyat, Cucu Tok Selampit dan juga Minaq Jinggo...
iv. Ingat, kes ini telah pun menjadi 'kes polis' apabila 3 laporan polis telah dibuat di Negeri Sembilan..maka, penulis tuntut isu ini diberi perhatian oleh pihak berkuasa, termasuk 'tragedi' rakaman video di atas..


Kemudian, persoalan penulis untuk blogger2 ini pula ialah:


i. Mengapa Rais Yatim lambat bertindak menafikan berita ini? kenapa Rais Yatim memerlukan masa yg begitu lama sehingga 14 hari lebih untuk tampil menjawab isu ini?..please, jangan beri alasan yang memungkinkan Rais Yatim termasuk kalian blogger Umno diketawakan...

ii. Bagaimana logik Rais Yatim membenarkan hanya blogger2 pro-Umno untuk menemuramah rakan Robengah sehari selepas Rais Yatim 'keluar dari persembunyian'?? apa rasional dan signifikannya 'menjemput' blogger? tidakkah mereka sedar, hal ini sebenarnya boleh meletakkan rakaman soal jawab ini berada dalam keadaan bias dan kesahihannya boleh dicabar?

iii. Mengapa Rais Yatim tidak menjemput sekali rakan2 media bebas untuk 'menemuramah' beliau dan isterinya termasuk Sumati? kenapa dipilih blogger2 tertentu utk membersihkan diri? kenapa beliau sebelum ini seolah2 tidak mengenal wartawan dan pemberita, tiba2 semalam hanya menerima kunjungan blogger fanatik Umno semata?

iv. Mengapa Rais Yatim tidak berani mengambil tindakan SAMAN terhadap pihak2 yg memulakan isu ini sebagai bukti beliau serius menafikan fitnah terkutuk ini?..antara pihak yang sewajarnya disaman oleh beliau adalah seperti Wikileaks, Migrant Care, Robengah dan Rockys bru...



Penulis soalkan ini kerana Rais Yatim sebelum ini, sekitar Oktober tahun 2010 telah bertindak pantas mengambil tindakan saman terhadap blogger Rocky' bru apabila blogger ini mendedahkan skandal rumah tangga beliau..(klik di SINI)..

Namun hari ini, kenapa beliau seolah2 tidak berani utk mengambil tindakan pantas sebagaimana kes terdahulu walhal beliau mengakui kes ini adalah paling panas dan besar berbanding kes terdahulu??..sila jawab..

5. Di bawah, adalah banner/gambar yang telah dihasilkan oleh team Nadi Rakyat (geng Papa Gomo)..






Ya, sepertimana yang penulis katakan sebelum ini, isu ini mulanya didedahkan oleh blogger pro-Umno..namun ada juga yg tak percaya, ada juga menuduh blogger ini talibarut PAS dan DAP, ada juga mengatakn isu ini dimulai oleh pembangkang..

Dibawah, penulis petik pengakuan blogger Umno sendiri siapakah blogger Rockybru ini..

"Gua tau dua blog ni (Rockybru.com dan bigdogdotcom.wordpress.com) memang pro kerajaan dari dulu, malah dorang ni memang selalu ikut setiap majlis kerajaan dan banyak menerima faedah yang diberikan oleh kerajaan. Setakat dinner dengan pemimpin tu, biasalah bagi group dorang ni.."
Rujuk seterusnya dlm blog, "mediapermatangpauh.blogspot.com"..Sekarang dah jelas...so, dlm isu 'menteri rogol amah' ini sepatnya blogger Umno VS blogger Umno..jangan konar spin menuduh pembangkng sengaja mereka2 cerita dan buat fitnah sedangkan blogger Umno yg bergelar Datuk yg memulakan dahulu..

6. Sepertimana yang dijelaskan dalam entry penulis sebelum ini, isu amah mengaku dirogol pak menteri ini telah heboh dlm media di Indonesia..seperti biasa, ada yg menafikan, ada yg membenarkan, ada yg rasional akan bertindak memulakan siasatan terperinci..

Dan berita dari akhbar Indonesia hari ini melaporkan, beberapa NGO di sana mengancam utk mengadakan demo sekiranya kes ini tidak disiasat dlm tempoh dua minggu..boleh rujuk dlm entry penulis, "Semakin PANAS: Akhbar Indonesia mula hangatkan isu 'menteri rogol Robengah'!!!"..



7. Dan TERBARU hari ini, NGO buruh Indonesia, Migrante CARE secara rasmi mengakui wujudnya laporan kes rogol amah..sila baca dibawah..ini bermakna, kes ini jelas dimana wujud mangsa, pemangsa, saksi, penuduh dan yang tertuduh..sekarang isunya terpulang kepada rais Yatim..

Kerana itu penulis bersetuju dgn apa yg dilontarkan oleh Mahfuz Omar di dalam Harakahdaily hari ini..beliau sebagaimana berkata:

"Kalau dia yakin dia bersih, dia perlu saman Rocky's Bru dan dakwa beliau kerana fitnah...Polis siasat, siasat juga, tapi kena saman kerana nama baik beliau telah tercemar,"
Akhir kalam..fikir2kan..berani kerana benar..takut kerana salah..penulis tunggu jawapan blogger Umno...wallahua'lam..

Migran CARE akui laporan kes rogol amah

KUALA LUMPUR, 7 Jan: NGO buruh Indonesia, Migrant CARE hari ini dalam satu sidang media di Jakarta hari ini mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia.

Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka.

"Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri.

"Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kula Lampur," kata mereka seperti kenyataan media yang diterima Harakahdaily.

Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan magsa, Rubingah.

Bagaimanapun kata mereka, dengan terungkapnya kes tersebut mereka berharap berharap agar pemerintah Indonesia mampu berbuat sesuatu untuk keadilan mangsa.

"Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran.

"Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan," kata kenyataan media mereka.

Veteran UMNO kutuk tuduhan liar blog terhadap RAIS

SH
PASIR PUTEH - Majlis Veteran Umno Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan liar yang disiarkan oleh sebuah blog di Internet yang mendakwa Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007.
Pengerusinya, Datuk Rozali Isohak berkata tuduhan melulu tanpa usul periksa dibuat dengan niat jahat dan berkepentingan untuk menjatuhkan nama baik seseorang menteri yang diamanahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Veteran Umno Kelantan mengesa polis menyiasat laporan itu hingga ke akar umbi dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang bertanggungjawab meleparkan tuduhan buruk itu," katanya.
Media hari ini melaporkan penafian Rais berhubung perkara itu dan meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang dianggapnya berniat jahat untuk menjatuhkan karier politiknya.

Rozali berkata Veteran Umno Kelantan akan membuat laporan polis berhubung laporan itu dan meminta siasatan rapi dan menyeluruh dibuat bagi memastikan pihak yang terlibat dihadapkan di mahkamah.
"Perbuatan yang merupakan tuduhan hina itu sengaja diadakan untuk membunuh karier menteri berkenaan adalah amat jijik dilakukan oleh kumpulan yang bermotif jahat, kita akan buat laporan polis hari ini," katanya.
Rais dalam kenyataanya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun lepas atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik.

Belum selesai


TAK CERIA: Khalid (kiri) kelihatan serius sebelum Khusrin mengangkat Sumpah Taat Setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, semalam. - Foto Rosdan Wahid
TAK CERIA: Khalid (kiri) kelihatan serius sebelum Khusrin mengangkat Sumpah Taat Setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, semalam. - Foto Rosdan Wahid



Kehadiran kami tak bermakna kerajaan negeri rela dengan tindakan SPA: Khalid

SHAH ALAM: Isu berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) belum berakhir, meskipun Datuk Mohd Khusrin Munawi semalam mengangkat Sumpah Taat Setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan di sini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut menyaksikan istiadat angkat sumpah itu bersama barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), menegaskan isu pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK yang baru belum muktamad dan masih memerlukan penyelesaian.

“Kehadiran kami di sini tidak bermakna kerajaan negeri rela dengan tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terhadap pentadbiran Selangor.
“Kehadiran seluruh EXCO ini sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita di luar Bilik Singgahsana ketika istiadat mengangkat sumpah itu sedang berlangsung.

Dalam kenyataan itu, Abdul Khalid menegaskan pihaknya sudah menghantar surat kepada SPA bagi menyuarakan rasa terkilan kerajaan negeri berhubung perkara berkenaan.

“Kerajaan negeri memohon untuk mengadakan proses perbincangan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai. Pentadbiran negeri juga sudah memaklumkan kepada Sultan Selangor beberapa perkara termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA,” katanya.

Beliau berkata, baginda sudah dimaklumkan mengenai cadangan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif di Selangor kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, petang semalam pula, Abdul Khalid mengakui pelantikan Mohd Khusrin sah di sisi undang-undang.

“Jika mengikut undang-undang, pelantikan beliau (Khusrin) adalah sah kerana ia membenarkan. Bagaimanapun, kita tetap tidak akan memanggil beliau untuk mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar kerana kita mahu mendapat keputusan daripada dewan terlebih dulu.

“Saya pada tengah hari tadi (semalam) sudah menulis surat kepada Speaker DUN untuk mengadakan sidang dewan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara terbabit,” katanya.

Abdul Khalid berkata, tindakan memanggil sidang DUN diadakan bertujuan memperbetulkan apa yang sudah dipinda pada 1993 oleh kerajaan terdahulu dan Kerajaan Pusat bagi mengembalikan semula kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar untuk melantik tiga jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Memang kita sudah bagi kerjasama, malah tindakan menghadiri majlis angkat sumpah pagi tadi (semalam) juga adalah kerjasama. Tetapi ini membabitkan soal pengurusan dan saya juga hendak memberitahu kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), jika beliau membuat perkara ini dengan betul, perkara ini tidak akan terjadi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khusrin, 54, yang ditemui media selepas istiadat mengangkat sumpah enggan mengulas lanjut mengenai pelantikannya termasuk pendirian kerajaan negeri yang menganggap isu itu belum muktamad.

Bekas SUK, Datuk Ramli Mahmud pula meminta semua pihak memberi Mohd Khusrin peluang untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya.

“Saya minta semua pihak beri beliau peluang kerana saya yakin Mohd Khusrin mampu memikul tugas yang diberikan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, Abdul Khalid kelihatan bersalaman dengan Mohd Khusrin, 54, sebelum istiadat mengangkat sumpah bermula pada jam 10.30 pagi.

Pada istiadat berkenaan, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) (Kelas Pertama) yang membawa gelaran Datuk Setia kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Turut mengangkat Sumpah Taat Setia ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang baru, Marzuki Hussin.

Bekas Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ramli Mahmud pula dilantik sebagai Ahli Dewan Diraja manakala bekas Ahli Dewan Diraja Selangor yang juga bekas Orang Besar Daerah Petaling Datuk Seri Indah Dijaja, Abu Bakar Abdul Hamid, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Raja Muda Selangor, Puan Sri Thamayanthi Dewi Ampikaipakan menerima Jaksa Pendamai (JP).

Khusrin, Marzuki, Ramli dan tiga penerima JP menandatangani watikah pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtaruddin Baki selepas mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Mohd Khusrin turut dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah, manakala Norhuda Roslan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah negeri.

Ratib sampai pagi




Aktiviti keagamaan di sebuah rumah di Kampung Sungai Kap, Lubuk Merbok dikaitkan dengan ajaran sesat. - Foto Mohd Rifaat Abdul Hamid
Aktiviti keagamaan di sebuah rumah di Kampung Sungai Kap, Lubuk Merbok dikaitkan dengan ajaran sesat. - Foto Mohd Rifaat Abdul Hamid

Penduduk Sungai Kab bimbang ajaran di rumah terpencil

KUALA NERANG: Penduduk Kampung Sungai Kab, Lubuk Merbau dekat sini, mahu pihak berkuasa menyiasat kegiatan kumpulan tertentu yang dipercayai menjalankan aktiviti keagamaan mencurigakan di sebuah rumah terpencil di kampung itu.

Penduduk mendakwa, tindakan pemilik rumah itu yang mengajak sebahagian pengikut ke rumahnya dua kali setahun menimbulkan tanda tanya apabila mereka memberi alasan hanya untuk mendalami ilmu agama.
Tinjauan Berita Harian di sekitar rumah itu baru-baru ini mendapati premis itu kosong, manakala tingkapnya dipasang langsir kuning.
Selain itu, tinjauan mendapati terdapat banyak pinggan mangkuk dan peralatan perabot di dalam rumah berkenaan dan ia dipercayai digunakan ketika ketua dan pengikutnya berkumpul.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sopiah, berkata pada mulanya dia tidak syak apa-apa dan menyangka mereka melakukan perjumpaan tahunan, tetapi apabila memerhatikan gelagat mereka yang datang, termasuk golongan kenamaan yang berkereta mewah dan berada di situ sehingga 10 hari, dia mula tidak sedap hati.

"Ketika berkumpul kami ada mendengar mereka beratib dengan kuat, selain bersolat sehingga awal pagi selepas Isyak.

"Mereka turut mengadakan jamuan ketika berkumpul dua kali setahun dan kami berharap Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menyiasat kerana bimbang ia dijadikan markas ajaran sesat," katanya kepada Berita Harian. 
Sopiah berkata, ada antara mereka yang datang itu membawa ahli keluarga dan anak kecil dan berdasarkan maklumat yang diperolehnya, pengikut kumpulan berkenaan akan diasingkan antara lelaki dan perempuan walaupun mereka suami isteri atau adik beradik.

Katanya, pengasingan itu akan berlangsung selama mereka berkumpul di situ.

"Ruangan antara lelaki dan wanita dipisahkan dengan memasang dinding zink yang tinggi supaya mereka tidak dapat melihat pengikut berlainan jantina sepanjang tempoh berkumpul.

"Ia adalah antara amalan yang pelik diamalkan kumpulan itu dan kami mengesyaki ada yang tidak kena dengan kumpulan terbabit," katanya.

Sopiah berkata, jika kumpulan itu tidak mengamalkan ajaran pelik mereka sudah tentu berjemaah di surau atau masjid bersama penduduk kampung dan bukannya mengasingkan diri.

Difahamkan aktiviti kumpulan itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Padang Terap, Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajudin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung dakwaan itu dan siasatan sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad juga berkata pihaknya ada menerima aduan berhubung mengenainya daripada seorang waris yang mendakwa anak mereka turut terbabit dalam aktiviti keagamaan yang mencurigakan, tahun lalu.

"Anggota kita sudah membuat pemeriksaan dan menyerahkan kepada JAIK untuk mengambil tindakan," katanya. 

Penipuan RM5.2j

SHAH ALAM: Seorang bekas eksekutif akaun sebuah bank di Seksyen 14 di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas lapan pertuduhan memalsukan dokumen bagi memindahkan wang menerusi transaksi Internet membabitkan nilai RM5.2 juta, dua tahun lalu.
Bagaimanapun, Yusma Norul Yusob, 31, dari Taman Sri Mentari, Petaling Jaya yang menangis teresak-esak sejak dibawa masuk ke kandang pesalah, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan pertama, wanita yang sudah berkahwin itu didakwa menggunakan cek CIMB Bank Berhad palsu bernilai RM30,000 bertarikh 31 Mac 2009 pada 1 April 2009.

Tertuduh didakwa menggunakan dua lagi cek palsu bank sama bertarikh 1 dan 2 April 2009, masing-masing bernilai RM10,000 dan RM18,5000 pada keesokan harinya.


Bagi lima pertuduhan lain, dia didakwa menggunakan borang permohonan kiriman wang pada 1, 7, 15, 21 dan 24 April 2009.


Wanita itu didakwa melakukan semua perbuatan itu tempatnya bertugas di CIMB Bank Berhad cawangan Menara MRCB di Seksyen 14.

Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, S Lavainyamalar menawarkan ikat jamin RM1 juta terhadapnya memandangkan kesalahan itu serius dan jawatan dipegang tertuduh ketika di bank ketika melakukan kesalahan itu.

Bagaimanapun, peguam bela mewakili tertuduh, Saleh Ahmad, memohon ikat jamin itu dikurangkan memandangkan anak guamnya langsung tidak mendapat faedah daripada nilai RM5.2 juta itu.

“Pertuduhan adalah transaksi Internet tetapi wang itu tidak pernah diperoleh tertuduh,” katanya.

Beliau berkata, jumlah RM1 juta adalah terlalu besar memandangkan wanita itu tidak berkerja manakala ibu bapanya melakukan kerja kampung sebagai sumber pendapatan.

Wan Mohd Norisham membenarkan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin dan memerintahkan tertuduh melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 19 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan penyerahan dokumen.

'Kami tuntut Ariel digantung'

myMetro | 'Kami tuntut Ariel digantung'
BANDUNG: Perbicaraan Ariel terganggu dengan jerit pekik penunjuk perasaan yang menuntut vokalis Peterpan itu dihukum mati ketika pendakwa memohon hakim memenjarakannya selama lima tahun, semalam.
Menurut kumpulan penunjuk perasaan itu, hukuman dicadang pendakwa tidak memadai bagi menghukum Ariel yang dituduh melakukan hubungan seks luar nikah dengan dua personaliti televisyen Indonesia.

Jurucakap penunjuk perasaan, Martadinata, berkata Ariel adalah individu yang berpengaruh dan mampu merosakkan moral peminatnya.

“Justeru, jika Ariel tidak dihukum mati, dia mesti dikenakan hukuman paling berat,” katanya.

Sebelum itu, pendakwa mencadangkan hakim menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda lebih RM85,000 ke atas Ariel.


Terkenal dengan lagu Ada Apa Denganmu, Ariel didakwa kerana terbabit menyebarkan klip video hubungan seks luar nikahnya dengan Luna Maya serta Cut Tari.

Berang dengan permohonan pendakwa semalam, penunjuk perasaan turut melaungkan kata-kata “Gantung Ariel!” di luar mahkamah.

Sebahagian daripada puluhan penunjuk perasaan itu juga cuba memasuki kamar mahkamah tetapi dihalang polis.

Apabila prosiding ditangguhkan, Ariel kelihatan tenang dan melemparkan senyuman kepada orang ramai yang berada di luar mahkamah.

Dia kemudian diiring memasuki kenderaan untuk dibawa ke penjara. - Agensi

Dr M: Tak perlu p'raya umum awal - Malaysiakini

Dr M: Tak perlu p'raya umum awal - Malaysiakini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pilihan Raya Umum ke-13 tidak perlu diadakan dalam masa terdekat, meskipun wujud pelbagai isu politik yang hangat pada tahun lepas.


"Sama ada pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa terdekat, ataupun tidak, masalah seperti ini (isu politik panas) akan tetap timbul juga.


"Adakah kerajaan bersedia mengadakan pilihan raya umum lebih awal (dalam senario politik sekarang)," katanya ketika ditanya sama ada pelbagai isu hangat yang melanda negara tahun lepas dan awal tahun ini menjadi petunjuk bagi pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam hari ini.


Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptama, Dr Mahathir berkata semangat perpaduan Melayu menentang Malayan Union pada 1940-an perlu dibangkitkan semula dalam senario politik semasa.


Beliau berkata pada ketika itu, semua orang Melayu, tanpa mengira kedudukan dan ideologi politik, telah bersatu menentang gagasan tersebut yang akhirnya menjadi perintis kepada kemerdekaan Tanah Melayu.


"Orang Melayu tanpa mengira fahaman politik, perlu kembali berpegang kepada semangat perpaduan tulen seperti mana berlaku sewaktu menentang gagasan Malayan Union tajaan British pada tahun 1940-an," katanya.


Mengulas cadangan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, Dr Mahathir berkata walaupun ia membenarkan orang Melayu menjadi perdana menteri dan kaum lain dilantik sebagai timbalannya, namun orang Melayu akan tetap terpinggir.


Beliau berkata ini kerana mereka akan memberi keutamaan kepada merit dan sudah pasti kaum lain akan muncul sebagai yang terbaik, dan akhirnya orang Melayu akan menjadi seperti di Singapura iaitu terpinggir serta ditindas.


"Bukan mahu mengatakan orang Melayu ini tidak berkeupayaan, tetapi kalau nak lihat orang Melayu kita jadi macam di Singapura, undilah parti lawan," katanya sinis.


- Bernama

Dakwaan amah dirogol: Mana SKMM, tanya Rocky - Malaysiakini

Dakwaan amah dirogol: Mana SKMM, tanya Rocky - Malaysiakini
Dakwaan amah dirogol: Mana SKMM, tanya Rocky
Salhan K Ahmad
Jan 6, 11
4:26pm
Kongsi 101
Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.


Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuatlaporan polis ke atasnya sebelum ini.
NONE"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin(foto, kiri) ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.
Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.
Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.
rais yatim pc 020709 01Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais (foto, kanan) mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.
"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.
Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.

"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

PAS dakwa BN cuba rampas S'gor cara tak tamadun

Pencabulan konsep federalisma berhubung pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) sekarang akan mengakibatkan kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional, kata presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kerajaan Umno-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

NONE“Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respons di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat,” kata Abdul Hadi (kiri sekali) dalam satu kenyataan hari ini.
Tidak hormati pilihan rakyat

Katanya, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan, tidak akan menjamin BN akan terus kekal sebagai pemerintah kerana dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno-BN.

Sehubungan itu, menurut Abdul Hadi, krisis pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

NONE"Dalam pilihan raya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor.

"Di atas asas yang sama, agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut," katanya.

Abdul Hadi berkata sikap BN melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma.
Politik sempit BN

“Kita semua menyedari bahawa Umno-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka,” katanya lagi.

NONEIsu timbul berikutan pelantikan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Muhd Khusrin Munawi sebagai SUK berkuatkuasa 1 Januari ini.

Sebelum ini, perlantikan Khusrin dilingkari beberapa 'kontroversi' dan ia dilihat pelbagai pihak sebagai tindakan yang seolah-olah ingin sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat.

Antaranya, Khusrin pernah melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lalu serta engkar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau juga didakwa menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

Khusrin juga 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

Dari seri rekod pula, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A.

3,007 pegawai, anggota polis kawal PRK DUN Tenang

Utusan Malaysia Online - Politik


JOHOR BAHRU 6 Jan. - Seramai 3,007 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan proses Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang berjalan lancar.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, selain itu, pihaknya turut menyediakan 40 kenderaan pelbagai guna (MPV), enam balai bergerak, sebuah helikopter dan beberapa kemudahan logistik lain.
"Pegawai dan anggota kita akan mula ditempatkan di DUN Tenang bermula 13 Januari ini dengan 939 orang sebelum ditingkatkan sehingga 2,380 orang sepanjang tempoh berkempen.
"Jumlah itu akan bertambah sehingga 3,007 pegawai dan anggota pada hari pembuangan undi demi memastikan kelancaran proses pilihan raya berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.
Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan selepas wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lalu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari ini sebagai hari penamaan calon manakala pembuangan undi pada 30 Januari.
Sementara itu, Mokhtar berkata, empat permit ceramah yang dipohon Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini sempena pilihan raya kecil berkenaan ditolak polis.
Beliau berkata, permit itu tidak diluluskan selepas meneliti dan mengambil kira banyak faktor terutamanya aspek keselamatan.
"Sehingga kini kita hanya menerima empat permohonan iaitu tiga daripada Pas dan satu lagi PKR," katanya
Mokhtar pada masa sama memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan pada kempen pilihan raya tersebut.
"Saya minta semua pihak jangan melanggar peraturan kerana kami tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak atau parti yang cuba buat kecoh," katanya.