Monday, January 4, 2016

Pancaroba

Page Liked · 2 hrs 
 

Terlalu banyak yang Hillary Clinton perlu belajar untuk memahirkan lagi diri dalam keberkesanan dapat derma..

RM230 juta tu terlalu sedikit kalau nak dibandingkan RM2.6 billion yang dah diperolehi oleh Najib Razak..

Beliau sepatutnya menuntut ilmu 'dapat derma' dari abam Jibby BUKANNYA kumpul derma.

SEKALI LAGI.. Laporan yg berkaitan dgn Najib Razak 'DIGHAIBKAN'

Page Liked · 3 hrs 
 

SEKALI LAGI.. Laporan yg berkaitan dgn Najib Razak 'DIGHAIBKAN'. Kali ini turn Astro AWANI pula ghaibkan laporan "FBI siasat kemungkinan kaitan filem The Wolf of Wall Street dengan 1MDB"..

'Berita Hairan' juga dah ghaibkan berita "PM beri jaminan isu 1mdb akan selesai sebelum akhir 2015"..

Sengal.. Astro AWANI & Berita Harian Online xder telor.

Anda boleh check di sini..http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fbi-siasat-kemungkinan-kaitan-filem-wolf-wall-street-dengan-1mdb-87857

Laporan Berita Harian yg dighaibkan:https://goo.gl/ljlFlq

Macamaner leh GHAIB ??

Page Liked · 12 hrs 
 

Macamaner leh GHAIB ??

#KANTOI !!! tiba2 artikel "PM beri jaminan isu 1mdb akan selesai sebelum akhir 2015" telah dighaibkan agar rakyat tak tahu janji munafik Najib itu..

Mana jaminan & janji Najib Razak isu #1MDB akan selesai sebelum akhir 2015 ??!!!

Adakah isu hutang 1MDB dah selesai ?
Adakah isu RM2.6 bilion seselai ??
Adakah PENIPUAN Najib selesai ???

Anda boleh check di sini..http://www.bharian.com.my/node/61277

Apa hak pertahan diri jika berlaku jenayah?


Tan Sri Lee Lam Thye

BANDARAYA MELAKA - Satu forum terbuka membabitkan kerajaan, pihak berkepentingan dalam bidang undang- undang serta orang ramai perlu diadakan bagi melerai kontroversi mengenai hak mempertahankan diri ketika berlakunya sesuatu kejadian jenayah.
Ketika mengusulkan cadangan ini, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, forum terbuka ini perlu
diadakan dalam masa terdekat ini berikutan kontroversi yang timbul ekoran kejadian di Terengganu di mana seorang lelaki ditahan reman berhubung dakwaan
membunuh perompak yang cuba masuk ke rumahnya.
Menurutnya, forum berkenaan perlu melibatkan semua pakar dalam bidang perundangan termasuk pihak kerajaan, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, orang ramai serta mana-mana pihak berkepentingan untuk membincangkan bagaimana seseorang boleh mempertahankan diri dan tidak sehingga dianggap sebagai satu tindakan keterlaluan dan tidak munasabah.
Menurutnya, menerusi forum ini, kerajaan boleh mendengar pandangan serta kebimbangan pelbagai pihak, termasuk orang ramai, selain memberi peluang kepada pihak berkuasa memperjelaskan undang-undang sedia ada kepada mereka.
"Mungkin menerusi forum ini, satu rumusan dapat dibuat dan sekiranya dianggap sesuai, mungkin boleh dibuat pindaan kepada undang-undang sedia ada bagi mententeramkan semua pihak supaya tidak akan ada mana-mana pihak yang menganggap ia tidak adil.
"Apa yang kita mahu adalah keadaan menang-menang untuk semua, di mana keselamatan rakyat diberi perhatian dan pada masa sama, memastikan tiada sesiapa yang bertindak melampaui undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Mesra Bersama Media anjuran MCPF Melaka, yang turut dihadiri Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye, di sini, hari ini.
Menurut Lam Thye, isu berkenaan telah menimbulkan banyak keraguan dan ketidakpastian dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi selepas ia dihebahkan menerusi media sosial.
Menurutnya, walaupun Seksyen 96 dan 97 Kanun Keseksaan memperuntukan hak mempertahankan diri, namun masyarakat perlu dimaklumkan sejauh mana hak mereka di bawah peruntukan ini supaya ia tidak dianggap sebagai menyalahi undang-undang.
"Dalam isu ini, mungkin ada yang merasa bahawa ia adalah susah untuk tentukan apa yang boleh disifatkan sebagai tindakan mempertahankan diri yang
munasabah dan apa pula yang dianggap keterlaluan sehingga boleh menjadi satu pembunuhan.
"Sebab itulah forum terbuka ini perlu diadakan dalam masa terdekat untuk menghentikan kontroversi ini," katanya.
 

Jangan hukum Najib kerana dosa pemimpin terdahulu


Fathul Bari

SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan tindakan berterusan pihak tertentu menggunakan sejarah kerjasama Umno dan Pas terdahulu untuk menghukum kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak tepat.
Beliau berkata, sekalipun tidak bersetuju dengan kerjasama itu, segelintir pemimpin Pas tidak sewajarnya menghalang usaha ke arah kebaikan itu demi kepentingan umat Islam di negara ini.
“Adakah yang memimpin hari ini terlibat dalam peristiwa satu ketika dahulu dengan Pas? Mereka ini tidak konsisten, kalau tak setuju juga, (kenapa) nak menghukum semua (kepimpinan Najib) dengan sejarah terdahulu, walaupun kita ambil iktibar dengan sejarah itu?
“Kecenderungan sebahagian orang untuk menghukum Umno kerana kes terdahulu, tetapi (dalam masa sama) mereka menjemput dan mempromosikan kerjasama dengan DAP, (kemudian) nak melupakan sejarah dengan DAP,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam posting terbaharu di akaun Facebooknya semalam melahirkan kebimbangan kerana hubungan baik antara Umno dan Pas didakwa akan memberi kesan kepada nasib orang Melayu pada masa akan datang.
Mengulas lanjut, Fathul Bari juga berkata dakwaan mengatakan kerjasama itu bakal mendatangkan bencana kepada orang Melayu hanyalah kerana ia dilihat dari perspektif dan bermotifkan politik semata-mata.
“Saya minta umat Islam melihat kerjasama ini atas kepentingan agama, sebab itu kita kena melangkaui politik.
“Imam Masjid An-Nabawi ke Malaysia (Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim) mengingatkan kita jangan menghukum saudara kita (kerana) kesalahan (sebelum itu), seolah-olah dia tak beri hak untuk mempertahan dan membela diri serta hak untuk berbaik dengan kita (Umno),” jelasnya.
Fathul Bari berkata lagi, hubungan Umno dan Pas yang semakin baik itu memberikan kebaikan begitu besar bukan sahaja kepada orang Melayu, bahkan memberikan rahmat kepada semua bangsa kerana inisiatif itu berasaskan Islam.
“(Walaupun) berasaskan Islam dan Melayu, tapi kita tak mengetepikan hak dan kepentingan bangsa lain kerana kedua-dua parti ini juga ada membuka (penyertaan) kepada bangsa dan agama lain.
“Jadi saya tak nampak perkara tidak baik bakal berlaku kepada rakyat negara ini, melainkan mereka hanya melihat dari perspektif kepentingan politik,” katanya lagi
.

“MEREKA SELALU TIDAK BERLAKU ADIL KEPADA DIRI SAYA INI” – AHMAD MASLAN

http://www.tv14.my/2015/12/31/mereka-selalu-tidak-berlaku-adil-kepada-diri-saya-ini-ahmad-maslan/

ahmad-maslan
DATUK Ahmad Maslan mengakui bahawa kenyataannya mengenai #2kerja telah diputarbelit kearah negatif oleh beberapa pemberita yang membuat laporan berita berkenaan.
“Jadi mereka selalu tidak berlaku adil kepada diri saya ini” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Ahmad berkata, tindakannya memberi penjelasan mengenai #2kerja itu adalah sebagai salah satu usaha untuk menyerap isu kos sara hidup yang menjadi bahan mulut netizen sekarang.
#2kerja yang dimaksudkan Ahmad adalah merujuk kepada perniagaan online yang diusahakan oleh para penjawat awam atau yang telah ‘makan gaji’.
Namun perniagaan online ini haruslah dilakukan pada sebelah malam atau hujung minggu dengan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Beliau juga menambah, disamping mengeluarkan kenyataan di media massa, beliau juga turut menggunakan medium twitter dirinya untuk membuat penjelasan terhadap isu ini.
Terdapat lebih sepuluh posting mengenai isu ini telah disiarkan dalam laman twitternya, namun katanya hanya satu twit sahaja yang sesetengah media ambil dan highlightkan.
“Di Malaysia dia (komen kepada pandangan yang berbeza) lebih suka dispin kearah yang negatif. Itu antara sifat kita yang patut di ubah” tambah Ahmad lagi ketika ditanya oleh pemberita.

RAFIZI DAKWA ASET NEGARA DIJUAL UNTUK KAMBUS HUTANG 1MDB

rafizi mp pandan parlimen

by ARIANNA2015-12-31Perjanjian jual beli antara 1MDB dan syarikat asing dalam pembangunan Bandar Malaysia mengesahkan lebih banyak aset dan projek negara akan jatuh ke syarikat asing, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli. – Gambar FMT
Beliau mengulas tindakan 1MDB menjual kepentingan 60 peratus miliknya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.
“CREC akan mempunyai 40 peratus dari 60 peratus pegangan di dalam Bandar Malaysia (pegangan 24 peratus di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik,”
“Perjanjian hari ini hanya mengesahkan amaran saya sebelum ini bahawa kemelut kewangan 1MDB akan mengheret negara sehingga banyak aset-aset penting negara akan dijual demi untuk mengambus hutang besar 1MDB,” katanya dalam kenyataan media.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau percaya pegangan itu akan memberi kelebihan kepada CREC untuk membida dan memenangi projek lebih besar yang berkait rapat dengan Bandar Malaysia iaitu pembinaan sistem keretapi laju Kuala Lumpur–Singapura.
Projek itu dijangka menelan belanja USD11 bilion atau bersamaan RM47 bilion jika mengikut kadar tukaran semasa, kata Rafizi.
“Saya berani meneka bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak juga sedang berkira-kira untuk menganugerahkan projek itu juga kepada syarikat-syarikat berkait dengan kerajaan China.
“Jika ini berlaku, Malaysia akan memasuki era baru yang lebih sulit apabila banyak kepentingan negara berhubung kait dengan pemilikan oleh syarikat-syarikat kerajaan China yang sudah tentu merumitkan pendirian negara dalam isu-isu serantau seperti tuntutan bertindih ke atas Kepulauan Spratly,” katanya.
Terdahulu, majlis menandatangani perjanjian antara 1MDB dengan dua rakan kongsi baru mereka diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, kepentingan 60 peratus saham syarikat itu dijual kepada konsortium berkenaan pada nilai RM7.41 bilion manakala penilaian semasa Bandar Malaysia diletakkan pada RM12.35 bilion. – Mkini

Kebangkitan rakyat cetus penyesalan


04 Januari 2016 12:32 AM



Faida Hamdy sedih mengenangkan tindakannya merampas sebuah gerai menjual sayur milik Mohammed Bouazizi di Tunisia yang akhirnya mencetuskan Arab Springs. AGENSI

Tunjuk perasaan dan protes rakyat terhadap kerajaan yang memerintah, paling bersejarah di era mo­den, dilihat bermula di Sidi Bouzid, Tunisia pada 14 Januari 2011, sebelum ia merebak ke beberapa negara Arab lain seperti Mesir, Libya, Ye­men dan beberapa buah negara lain di Asia Barat.
Gelombang kebangkitan rakyat itu kemudian dikenali sebagai Arab Springs.
Namun, fenomena kebangkitan rakyat di Asia Barat dan dunia Arab itu yang dilihat bermula dengan ‘niat baik’ dan ingin melihat ‘kemunculan dunia baharu di negara mereka’, tidak berakhir dengan keindahan.
Kebanyakan negara Arab terbabit dan penduduknya kemudian terjebak dalam perebutan kuasa, balas dendam, pembunuhan, kesengasaraan, perang saudara, kemelesetan ekonomi, rampasan kuasa dan berjuta-juta lagi menjadi pelarian.
Pergolakan yang berlaku di negara-negara terbabit menyebabkan saban hari banyak nyawa yang terkorban, ramai kehilangan tempat tinggal, kemusnahan harta benda dan kejatuhan kerajaan, kemusnahan ekonomi dan sistem sosial dan paling ketara ialah negara-negara terbabit menajdi lemah dan hilang kedaulatan.
Kajian terbaharu yang dilakukan di Tunisia mendapati lebih 15 peratus daripada kes kematian akibat melecur di negara itu berpunca da­ripada tindakan membakar diri ketika mengadakan tunjuk perasaan.
Keluarga peniaga jalanan Tunisia, Mohammed Bouazizi, pula menjadi selebriti dalam sekelip mata beberapa minggu selepas kematiannya.
Pegawai Majlis Perbandaran Tunisia, Faida Hamdy yang merampas gerai sayur Mohammed Bouazizi ditangkap apabila protes bermula.
Apabila wanita itu dibebaskan daripada semua tuduhan, semua­nya seakan-akan sudah terlambat. Presiden Zine el-Abedine Ben Ali telah digulingkan dan melarikan diri ke Arab Saudi dan perhatian media mula tertumpu kepada revolusi kebangkitan rakyat di Mesir, Libya dan Syria.
Keluarga Mohammed Bouazizi yang memperolehi kemasyhuran turut tidak mampu lagi bertahan dengan permusuhan dalam komuniti mereka sehingga menyebabkan ibunya dan seorang saudara perempuannya berpindah ke Kanada.
Menurut adik perempuan Mohammed Bouazizi, Samia, walaupun kematian lelaki malang itu pada mulanya dilihat untuk me­nuntut maruahnya dan mengutuk amalan rasuah serta ketidakadilan dalam kerajaan di negaranya, namun akhirnya telah diselubungi oleh ideologi politik dan suara kebebasan tanpa hala tuju yang betul.
“Kematian abang adalah takdir dan saya menerimanya, Tetapi jika dia berada di sini pasti dia akan menjadi orang yang pertama di jalanan untuk meminta keadilan yang lebih bermaruah.
“Abang saya mencipta sesuatu yang orang tamak cuba untuk musnahkan di rantau ini. Saya percaya pasti dia akan menolak kedua-dua ahli politik kejam dan kumpulan ekstrimis yang menyebabkan ba­nyak kematian yang berlaku ketika ini,” kata Samia kepada akbar The Telegraphs baru-baru ini.
Sama ada dunia Arab mampu bertahan dengan pergolakan berterusan, itu menjadi persoalan berbeza tetapi apa yang pasti, nama Mohammed Bouazizi dan Faida Hamdy akan terus diingati oleh penduduk di rantau Asia Barat dan dunia Arab, malah mungkin juga seluruh dunia sebagai pencetus ‘Arab Spring’.
Kedua-dua mereka berada di pihak bertentangan, tetapi mereka tercatat dalam sejarah revolusi kebangkitan rakyat di dunia Arab, yang akhirnya menjadi sesat ke arah kemusnahan dan jauh me­nyimpang daripada harapan yang diinginkan.
“Mohammed Bouazizi dan saya adalah mangsa. Dia kehilangan hidupnya dan hidup saya pula tidak sama lagi seperti dulu.
“Apabila saya melihat rantau ini dan negara saya, saya merasa amat menyesal. Melihat kematian di mana-mana dan ekstrimisme telah membunuh banyak jiwa yang tidak berdosa,” kata Faida.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kebangkitan-rakyat-cetus-penyesalan-1.176078#sthash.j0JsOgBP.dpuf

Wanita tidak mampu beri persembahan terbaik – kajian


Satu kajian oleh pakar ekonomi Itali mendapati wanita tidak mampu memberikan hasil pekerjaan terbaik apabila bekerja di bawah tekanan masa. Agensi
NEW YORK 3 Jan. – Seringkali ramai akan tertanya-tanya mengapa wanita selalu mengambil masa terlalu lama untuk bersiap apabila mahu pergi ke mana-mana.
Satu kajian terbaharu oleh pakar-pakar ekonomi dari Itali seakan-seakan menjawab persoalan itu yang sering bermain di fikiran lelaki terutama para suami.
Mail Online melaporkan, kajian itu mendapati wanita tidak mampu memberi persembahan terbaik apabila satu masa ditetapkan untuk melengkapkan sesuatu pekerjaan.
Dalam kajian tersebut yang dilaporkan dalam Journal of Economic Psychology, mendapati wanita yang mengambil peperiksaan tanpa ditetapkan masa menyaksikan mereka mendapat keputusan lebih baik daripada lelaki tetapi apabila ditetapkan satu tempoh waktu, kelebihan itu tidak berlaku.
Pakar ekonomi yang menjalankan kajian tersebut berkata, keadaan itu mungkin menjadi satu punca mengapa tidak banyak wanita memegang jawatan kanan dalam sesuatu pekerjaan.
Penyelidik itu berkata, mereka mendapati jurang antara jantina dalam pasaran buruh dan jumlah kecil wanita memenuhi pekerjaan yang berkelayakan tinggi mendedahkan wanita menghadapi kesukaran untuk menangani tekanan masa.
“Keputusan kajian kami mencadangkan wanita mungkin mengelak persekitaran yang memerlukan mereka melakukan kerja di bawah tekanan masa kerana mereka tidak mempunyai keupayaan mencukupi untuk menangani tekanan itu,’’ kata para penyelidik terbabit.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/wanita-tidak-mampu-beri-persembahan-terbaik-8211-kajian-1.176013#sthash.9cuk4QcN.dpuf

Arab Springs satu kesilapan


DAN NAWWAR ABDUL RAHIM  |  04 Januari 2016 12:25 AM



KEMATIAN seorang peniaga jalanan di Tunisia, Moha­med Bouazizi yang membakar di­rinya lima tahun lalu di sebuah ba­ngunan kerajaan di negara itu kerana tidak berpuas hati dengan amalan rasuah di negara itu mencetuskan satu gelombang yang tidak pernah dijangka dalam peradaban manusia pada abad ke-21.
Gelombang yang dikenali de­ngan ‘kebangkitan rakyat’ atau Arab Springs pada Januari 2011 itu, telah membuka mata banyak pihak terutamanya rakyat di negara-negara yang kerajaannya mengamalkan pemerintahan kuku besi, rasuah atau kerajaan autokrat yang memerintah selama berdekad-dekad, selain pengaruh media sosial.
Kerajaan Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen tumbang di tangan rakyatnya sendiri, ekoran demonstrasi meluas yang diadakan rakyat bagi membantah pemerintahan autokrat, kuku besi dan amalan rasuah yang mereka dakwa menyebabkan pentadbiran negara menjadi tidak telus dan rakyat hidup menderita.
Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali dijatuhkan oleh rakyatnya pada Januari 2011 diikuti Pre­siden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan pada Februari 2011, manakala Presiden Libya, Muammar Gaddafi mati dibunuh di ta­ngan rakyatnya pada Ogos 2011.
Namun, beberapa negara Arab lain ‘terselamat’ daripada digulingkan rakyatnya sendiri selepas kerajaan yang ada, bersedia dibubarkan atau bersedia membuat perubahan termasuk Bahrain, Jordan, Oman, Kuwait dan Lebanon.
Bagaimanapun, tidak semua kebangkitan rakyat itu berakhir dengan ‘mimpi indah’ seperti yang berlaku di Syria ketika ini selepas negara berkenaan dibelenggu de­ngan perang saudara yang belum menampakkan tanda bila akan berakhir.
Usaha penduduk Syria untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad yang berkuasa sejak tahun 2000 bukan sahaja tidak berjaya malah menyebabkan rakyat berdepan ‘mimpi ngeri’ apabila kebangkitan rakyat sejak Januari 2011 mengakibatkan rakyat berdepan krisis kemanusiaan paling buruk.
Perang saudara di Syria yang memasuki tahun kelima menyaksikan lebih 200,000 rakyat terkorban, manakala lebih empat juta lagi terpaksa menjadi pelarian de­ngan keadaan diburukkan ekoran campur tangan tentera asing yang mengebom negara itu saban hari.
Lebih memburukkan keadaan, kumpulan militan Negara Islam (IS) dilihat mengambil kesempatan daripada ‘kelemahan’ kerajaan Damsyik yang terpaksa berperang dengan rakyatnya sendiri apabila mengumumkan penubuhan kerajaan Kha­lifah di Syria dan Iraq pada Jun 2014.
Kehadiran kumpulan militan IS yang mewujudkan pusat pemerintahan di Raqqa, Syria menimbulkan fenomena yang sama sekali sukar digambarkan apabila kumpulan militan itu melakukan kekejaman bukan sahaja ke atas penduduk bukan Islam, malah kepada penduduk Islam, membunuh warga asing yang dijadikan tebusan, membunuh kanak-kanak dan menjadikan wanita sebagai hamba seks.
Menurut kumpulan pemantau hak asasi Syria, sejak menubuhkan kerajaan Khalifah, kumpulan militan IS telah membunuh sebanyak 2,001 orang awam termasuk 420 anggota mereka sendiri di Syria.
Kumpulan itu turut menarik kaum lelaki dari negara Asia Barat dan Eropah menyertai kumpulan berkenaan dengan Tunisia dilapor mempunyai kira-kira 2,400 rak­yatnya terlibat dengan militan IS di Syria sejak 2011.
Selain menimbulkan krisis kemanusiaan, sistem politik pasca Arab Springs dilihat menjadi agak bercelaru dan tidak menarik.
Di Libya misalnya, meskipun parti Kongres Agung Kebangsaan (GNC) dan Dewan Perwakilan Libya bersetuju membentuk sebuah kerajaan perpaduan di negara itu pada bulan lalu, namun mereka gagal mencapai kata sepakat bagaimana untuk membentuk kerajaan perikatan tersebut.
Pengarah Institut Sadeq, Anas El Gomati yang merupakan pakar pemikir Libya berkata, bukan mudah untuk mencapai kata sepakat dalam perjanjian itu kerana ia memakan masa yang sangat lama.
Mesir pula selepas Presiden Muhamad Morsi digulingkan oleh tentera dan mengharamkan pergerakan Ikhwanul Muslimin pada 2013, pilihan raya negara itu yang diadakan sebanyak dua pusingan pada 18 dan 19 Oktober serta 22 dan 23 November lalu dilihat hambar, berbeza sama sekali dengan keadaan pada pilihan raya 2011-2012.
Ini kerana, golongan muda yang mewakili majoriti penduduk Mesir menjauhi pilihan raya berkenaan dengan ramai yang menganggap­nya sebagai penipuan kerajaan dan menurut suruhanjaya pilihan raya Mesir, hanya 28 peratus atau 15 juta pengundi berdaftar yang melaksa­nakan kewajipan mereka.
Berdasarkan satu laporan oleh Bank HSBC pada 2013, mereka meng­anggarkan kerugian akibat gelombang Arab Springs di tujuh negara paling terjejas iaitu Mesir, Tunisia, Libya, Syria, Jordan, Lebanon dan Bahrain mencecah sehingga AS$800 bilion (RM3.4 tri­lion) pada 2014.
Malah menurut HSBC, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara-negara tersebut menjadi 35 peratus lebih rendah pada akhir 2014 berbanding sebelum gelombang Arab Springs.
Financial Times pula melaporkan, kerosakan akibat Arab Springs bukan sahaja ke atas KDNK tetapi juga kadar pengangguran pasca peristiwa berkenaan melambung dan tadbir urus serta kedaulatan undang-undang menurun sejak 2010.
Malah pengangguran di rantau Asia Barat kini merupakan antara yang tertinggi di dunia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/arab-springs-satu-kesilapan-1.176002#sthash.vgKFAk6s.dpuf