Showing posts with label pelacur. Show all posts
Showing posts with label pelacur. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

Hidup mati sebagai pelacur



Ketagihan dadah membuatkan Asmah (bukan nama sebenar) terjebak dalam dunia pelacuran. - Gambar hiasan
SAYA bertemu Asmah (bukan nama sebenar), 44, ketika dia sedang menunggu untuk mendapatkan makanan dalam satu program anjuran Barisan Aksi Interaksi Kreativiti Mahasiswa/i Fakulti Perubatan di Pusat Perlindungan Sinar Alam, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menyarung skirt pendek paras lutut dan baju T ketat dengan raut wajah yang cengkung serta tubuh sedikit kurus, pandangan kosong wanita itu bagai menggamit hati saya untuk mendekatinya.
Ternyata sapaan saya dibalas mesra tanpa menunjukkan riak terkejut walaupun ketika itu ada beberapa orang gelandangan lain yang turut menunggu makanan diedarkan berserta sedikit sumbangan wang.
Berbual dengan wanita ini tentang kisah hidupnya, timbul rasa belas di hati kerana dalam usia sebegitu dia sepatutnya bukan menghabiskan masa di jalanan dan lorong-lorong gelap sebagai pelacur murahan dan bergelumang dengan najis dadah.
"Saya tahu ini salah, tapi inilah saja pekerjaan yang saya tahu buat dari dulu sampai sekarang. Kalau tak bekerja mana nak dapat duit.
"Biarlah apa orang lain nak kata, yang penting saya tak minta duit mereka," katanya yang juga hidup bergelandangan kerana tidak mempunyai tempat tinggal.
Pendapatan hasil melacur dihabiskan dengan membeli dadah. Jika ada lebih dia akan menyewa sebuah bilik murah berharga RM15 untuk satu malam.
Asmah mengakui pendapatannya sekarang tidak mewah seperti dulu ketika masih muda, malah ada harinya sekadar cukup untuk mendapatkan bekalan najis dadah bagi melepaskan gian.
"Kalau tengah gian, makan minum tolak tepi yang penting mesti ada barang (dadah) tu. Lagipun sekarang makanan senang dapat sebab banyak pihak yang tampil memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan di sekitar kawasan ini. Dapat juga mengurangkan bebanan kami di sini," katanya.
Seiring umurnya yang semakin meningkat, Asmah mengakui semakin memilih pelanggan yang ingin mendapatkan khidmatnya.
"Dalam seminggu hanya tiga atau empat kali saja saya keluar berkerja dan dalam semalam saya hanya hadkan 10 hingga 15 orang sahaja.
"Pelanggan yang datang akan dipilih dahulu sebelum mereka dilayan sekurangnya lima hingga 10 minit setiap seorang.
"Umur seperti saya dah tak bergetah lagi seperti muda-muda dahulu. Namun bayaran yang dikenakan tetap bergantung kepada kepuasan yang dinikmati oleh pelanggan. Selalunya bagi setiap layanan akan dikenakan sekitar RM50," katanya tanpa selindung.
Asmah mengakui terpaksa melakukan pekerjaan itu kerana tidak ada cara lain untuk mendapatkan wang bagi menyara hidup dan membeli bekalan dadah.
Dengan pendidikan setakat tingkatan tiga, tidak banyak peluang pekerjaan yang menanti untuknya.
Apatah lagi apabila dia terjerumus dalam kancah najis dadah sebagai penagih seawal usia 17 tahun.
"Kalau diikutkan logik akal mana ada wanita yang waras nak kerja jadi pelacur. Semua yang berlaku ke atas saya sekarang adalah angkara dadah.
"Memang saya akui zaman remaja saya agak liar. Ketika usia 15 tahun saya lari dari rumah kerana tidak tahan dikongkong oleh keluarga.
"Waktu itu saya berkawan dengan remaja-remaja yang nakal dan merekalah yang memperkenalkan saya dengan dadah.
"Mulanya sekadar untuk khayal dan berseronok tetapi lama-kelamaan semakin ketagih dan tak boleh hidup tanpanya," katanya.
Tambah Asmah, dia bukan sahaja mengambil dadah jenis heroin sebagai alat untuk melepaskan tekanan, malah kadang-kadang dia juga menjual bekalan dadah tersebut kepada kawan-kawannya.
Hasil jualan dadah tidak cukup untuknya untuk mendapatkan bekalan bagi diri sendiri.
Disebabkan ketiadaan wang dan rasa ketagihan yang tidak mampu dikawal, Asmah akhirnya 'menjual' tubuh bagi mendapatkan wang.
"Waktu itu memang tak pernah terfikir dosa atau pahala. Apa yang penting saya dapat bekalan dadah dan melepaskan rasa gian.
"Daripada sekadar untuk mendapatkan duit ketika terdesak, akhirnya ia menjadi pekerjaan tetap hingga ke hari ini," katanya.
Dalam pada itu Asmah sempat bertemu jodoh pada usia 21 tahun dan suaminya juga seorang penagih dadah yang dikenali ketika sama-sama asyik dalam dunia khayalan mereka.
"Jodoh kami tidak panjang. Hanya bertahan 10 tahun sahaja dan hasil perkahwinan tersebut kami dikurniakan empat orang anak.
"Saya mengambil keputusan untuk bercerai kerana tidak tahan dengan sikap panas barannya. Jika berlaku sebarang kesilapan pasti suami akan memukul dan menyeksa tubuh.
"Selepas berpisah kesemua anak saya hantar ke kampung untuk di jaga oleh kedua orang tua. Saya tidak mahu anak-anak mengetahui tentang pekerjaan saya. Sehingga kini pekerjaan saya sebagi pelacur dan penagih masih menjadi rahsia," katanya.
Ujarnya, bukan dia tidak tahu kesan dadah kepada diri, tetapi untuk berhenti dari ketagihan tersebut terlalu susah baginya.
"Saya hanya berharap suatu hari nanti jika anak-anak mengetahui tentang kisah hidup ini, mereka sudi memaafkan saya.
"Bagi remaja diluar sana, janganlah cuba mendekati najis dadah, kerana sekali mereka mencuba tidak mungkin dapat patah balik," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121120/ke_01/Hidup-mati-sebagai-pelacur#ixzz2CpdCbQsD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, January 17, 2011

UMI HAFILDA PELACUR KATA AZIZ SAMSUDDIN



بسم الله الرحمن الرحيم

Sesi perbicaraan kes Liwat 1 sekitar tahun 2003 yang lalu

"Saya Pernah Lakukan Hubungan Seks Dengan Ummi"- BAGINDA (gambar kiri)

Saksi pembela dalam perbicaraan fitnah salah laku seks dan tuduhan liwat DSAI memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau telah mengadakan hubungan seks dengan saksi utama pendakwa iaitu Ummi Hafilda Ali.

Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda memberitahu bahawa hubungan seks antara beliau dan Ummi berlaku semasa mereka tinggal bersama di London.

Baginda, 40, juga memberitahu bahawa beliau sudah mengenali Ummi sejak 1992 tetapi hubungan itu menjadi akrab semasa mereka berada di London dalam bulan Jun 1998, bersama-sama ahli perniagaan yang dikenali sebagai MP S'ng Chee Hua dan seorang kawan yang lain.

Menurut Baginda lagi, Ummi memberitahunya, apabila kembali ke Malaysia bahawa dia akan membayar wang berjumlah RM200,000 kepada isteri Baginda supaya mereka boleh berkahwin secara sulit di London. Ummi juga berjanji akan memberikan saham sebanyak 25 peratus dalam projek iklan yang bernilai RM10 juta.

Ummi pernah membuat kejutan beberapa ketika lalu dengan mengistiharkan dirinya masih 'dara'. Beliau juga bersama-sama Azizan Abu Bakar menulis surat kepada PM Mahathir bahawa beliau mengetahui rekod salah laku seks bekas TPM, DSAI.

Baginda juga memberitahu mahkamah semalam, bahawa pada mulanya Ummi memberitahunya kes salah laku yang melibatkan bekas TPM DSAI itu adalah benar belaka. Tetapi selepas hubungan mereka (Ummi dan Baginda) akrab, Ummi mengakui bahawa 'kes salah laku DSAI' itu hanyalah diada-adakan (rekaan).

Baginda juga memberitahu mahkamah bahawa Ummi memberitahunya bahawa dia telah memaksa Azizan mengaku telah mengadakan hubungan seks (liwat) dengan DSAI. Ummi bagaimana pun tidak menjelaskan kepadanya bagaimana dia memaksa Azizan supaya mengaku diliwat, kata Baginda lagi. Ini semua dilakukan kerana dia (Ummi) bencikan DSAI dan abangnya Azmin Ali kerana tidak mahu membantunya dalam pemberian projek-projek perniagaan.

Ummi juga telah memberitahu Baginda bahawa apabila DSAI disingkirkan kelak beliau akan mendapat projek iklan bernilai RM10 juta di KLIA dari Tun Daim.

Semasa beliau dan Ummi berada di London, Ummi ada memberitahunya bahawa Mahathir adalah 'dalang' di sebalik Buku 50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri".

Selain Mahathir nama-nama yang disebut Ummi terlibat dalam penyediaan buku fitnah itu ialah Tun Daim, Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka) dan Setiausaha Eksekutif UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut Baginda, beliau diberitahu oleh Ummi bahawa penulis buku itu ialah Khalid Jeffri sementara ianya dibiayai oleh Tengku Razaliegh Hamzah, Tun Daim dan Tengku Adnan.

Baginda menambah, Ummi memberitahunya pada suatu malam dalam bulan Ogos 1998 bahawa bapanya Haji Ali tidak mengakuinya sebagai anak kerana membantu menyediakan kandungan dan maklumat yang tidak benar dalam penulisan buku fitnah tersebut.

Ummi menjelaskan kepada Baginda bahawa beliau tidak dapat tidur kerana bapanya (bapa Ummi) telah menghalaunya dari rumah.

Azmin Ali sebelum ini pernah memberikan keterangannya bahawa Ummi bukanlah seseorang sebagaimana yang didakwanya dan beliau telah tidak diakui anak oleh bapa mereka lewat 1998 kerana melarikan diri bersama lelaki yang sudah bernikah ke luar negara.

Baginda memberitahu mahkamah semalam, bahawa Ummi Hafilda telah memberitahunya dia sudah menulis surat kepada Mahathir tentang salah laku seks DSAI tetapi kandungan surat itu akan ditapis dan dipinda oleh Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politik Mahathir.


"Ummi Hafilda adalah seorang pelacur," kata Aziz Shamsuddin.

Hari ketiga perbicaraan rayuan Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur menyaksikan pendedahan yang besar dibuat, iaitu apabila Christopher Rizal Fernando Abdullah (kini telah meninggal dunia - semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya - Al-Fatihah) membacakan transkrip dari perbicaraan sebelumnya, yang memetik Aziz Samsuddin sebagai berkata bahawa Ummi Hafilda Ali adalah seorang pelacur.

Fernando bermula dengan mengikhtisarkan prosiding hari sebelumnya, yang mana dia memberitahu mahkamah bahawa ayah Ummi tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya selepas dia mengaku menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam rangka menuduh Anwar meliwat Azizan Abu Bakar, iaitu pemandu isteri Anwar, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi yang merupakan seorang guru agamamenulis surat terbuka kepada Harakah. Dalam surat itu, dia menjelaskan sebab dia tidak lagi mengaku Ummi sebagai anaknya, malah mengatakan dengan tegas bahawa Ummi adalah dalang utama di sebalik (dakwaan liwat oleh) Azizan.

"Ayah Ummi meninggal dalam keadaan patah hati tanpa pernah mengampunkan anaknya itu atas peranan yang dimainkannya dalam memerangkap Anwar dalam tuduhan liwat," kata Fernando.

Sebelum itu, Fernando membacakan keterangan Azmin Ali (abang Ummi) di mahkamah yang membuktikan bahawa dia (Ummi) memainkanhttp://rubbertapperz.blogspot.com/
[+/-] Read More...

Thursday, January 6, 2011

menjadikan pekerja seks dan tukang urut Thailand sebagai isteri


menjadikan pekerja seks dan tukang urut Thailand sebagai isteri - Isu Semasa - CARI Malay Forums

 THAILAND: Segelintir lelaki Malaysia yang kemaruk beristeri lebih, dikesan menjadikan pekerja seks dan tukang urut Thailand sebagai sasaran untuk dijadikan isteri mereka sejak dua tahun lalu.
Difahamkan, kebanyakan lelaki terbabit berkunjung ke sini untuk berfoya-foya di pusat hiburan yang banyak di sini dan berlagak sebagai orang kaya sebelum mengajak pekerja tempat berkenaan berkahwin. Imam Masjid Fathuislami yang juga Jurunikah Bertauliah selatan Thailand, di sini, Sufian Ismail, berkata kebanyakan wanita terbabit berkahwin semata-mata kerana mahukan kemewahan dan tidak pernah memeluk Islam sepenuh hati. Bagaimanapun, katanya, apabila menyedari suami mereka itu bukanlah orang kaya dan tidak mampu menampung kos sara hidup mereka, ramai dikalangan wanita terbabit kembali kepada pekerjaan dan agama asal selepas bercerai.
Apabila bercerai, wanita itu kembali kepada agama asal mereka atau murtad serta bekerja semula sebagai pekerja seks. Bekas suami itu juga hanya membiarkan bekas isteri mereka itu murtad, katanya ketika ditemui, di sini.
Beliau berkata, sepanjang dua tahun lalu 10 wanita Thailand bercerai dan kembali agama asal mereka selepas kecewa dengan perkahwinan mereka membabitkan lelaki Malaysia. "