Wednesday, January 26, 2011

Kawal media Internet: Lebih ramai bantah



Salhan K Ahmad & Zaidatul Syreen Abdul Rashid
Jan 26, 11
12:37pm


Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
azlanKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garis panduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya Internet.
NONE"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.
"Sebaliknya NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebasan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN.
'Bantahan akan lebih meluas'
Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang sering berdepan dengan undang-undang PPPA pula memberi peringatan kepada kerajaan bahawa beliau menjangkakan bantahan yang lebih meluas akan timbul, susulan daripada langkah penguatkuasaan baru itu.
Ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menjelaskan, peruntukan PPPA sedia ada sudahpun cukup mengekang kepada pengusaha dan pengamal media tradisional.
djz convention 101205 ahmad lutfiSebaliknya, penguatkuasaan ke atas laman sosial seperti Facebook akan bersifat lebih meluas kerana ia melibatkan rakyat biasa yang tidak berkepentingan politik.
Katanya, golongan yang telah mengusahakan laman web juga akan berasa marah apabila terpaksa mendapatkan permit penerbitan untuk mengendalikan laman web.
"Orang di dunia siber mudah untuk beroperasi sendiri, tiba-tiba mereka disekat jadi saya rasa bantahan akan lebih meluas.
"Saya rasa kerajaan tidak akan dapat menduga sejauh mana bantahan ini. Saya optimis kalau kerajaan meneruskan tindakan ini, mereka akan terima bahana yang cukup teruk.
"Ini bukan lagi membabitkan sekelompok usahawan atau golongan yang ada kepentingan politik tertentu tapi membabitkan rakyat yang lebih luas," katanya lagi.
'Sikap bacul kerajaan'
Tambahnya, beliau juga akan bekerjasama dengan NGO yang mendukung kebebasan media, termasuk NUJ Malaysia untuk mendapatkan sokongan masyarakat bagi membantah tindakan kerajaan itu.

Beliau turut menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan peruntukan baru seperti itu sebagai "sikap bacul kerajaan" untuk berhadapan dengan realiti politik semasa.
harakah edisi julai 2009Jelasnya, pada waktu ini laman web dan blog dikendalikan oleh golongan yang umumnya mempunyai asas penulisan.
"Tapi laman sosial sepertiFacebook dan Twittersudah jadi proses pendemokrasian yang terbuka dan merakyatkan.
"Adakah kerajaan takut kepada suara rakyat yang kebanyakannya tidak ada motif politik untuk naikkan orang-orang tertentu?," katanya lagi.
Ahmad Lutfi juga menyifatkan pengenalan undang-undang dan garis panduan baru itu sebagai "langkah tergesa-gesa" BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Tambahnya, beliau melihat langkah itu "sarat dengan motif politik BN untuk mengekang pengaruh dan momentum Pakatan Rakyat."

BN sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka, sesuai dengan suasana dunia maya yang "cukup demokratik," katanya lagi.
"Siapa saja boleh hasilkan blog jadi sepatutnya BN sendiri boleh menampilkan media (Internet) yang lebih berwibawa dan berpengaruh, bukan dengan menghalang (media pro-Pakatan Rakyat)," tambahnya.
Janji Dr M
Sementara itu, seorang lagi pengamal media yang juga penulis blog popular Datuk Ahirudin Attan berkata, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan janji oleh bekas perdana menteri Tun DrMahathir Mohamad untuk tidak menapis media dalam talian.
bloggers conference 051007 rockyTambahnya, beliau memahami langkah kerajaan untuk memperketat kawalan ke atas media berkenaan disebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.
Namun, langkah memperluas definisi 'penerbitan' untuk merangkumi kandungan dalam talian itu merupakan satu tindakan yang "bercita-cita terlalu tinggi," kata penasihat Redberry Media Group itu lagi.
Sebagai seorang wartawan dan juga seorang pengarang, beliau turut menasihati ketua setiausaha KDN supaya bertindak lebih berhati-hati dalam menangani media.
Sementara itu, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula memerhatikan, kerajaan sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk "menyekat Internet," terutama selepas kemenangan besar Pakatan pada pilihan raya umum 2008.
Cadangan 'Green Dam', tahan penulis blog
Katanya, tindakan itu juga bertentangan dengan jaminan kerajaan untuk tidak menyekat Internet melalui Rang Jaminan MSC Malaysia.
nik nazmi nik ahmad book launch 210310 03"Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.
"Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia.
"Di sebalik manipulasi dan kempen kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.
ADUN Seri Setia itu juga berkata, kerajaan sebelum ini juga telah bertindak mengenakan tekanan ke atas pengamal media Internet.
"(Ini) termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atasMalaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today pada 2008," katanya lagi.
Kawal media Internet: Lebih ramai bantah - Malaysiakini

Pukulan maut untuk media online



Steven Gan
Jan 26, 11
5:08pm
Ramai yang menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan menggunakan pendekatan yang hampir sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengenakan kawalan ke atas media. Namun tidak ramai pula terfikir bahawa Najib sebenarnya akan bertindak lebih garang.

NONESemalam, Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Tidak dinafikan selama iniMalaysiakini dan beberapa portal berita lain mampu bertapak kerana 'jalan keluar'- berdasar ikrar Mahathir pada 1995 bahawa tiada penapisan akan dilakukan ke atas internet ketika melancarkan projek Korridor Raya Multimedia.
Tsunami politik

Sejak persaraannya pada 2004, Mahathir sendiri menjadi seorang penulis blog.

NONEBebas daripada tapisan, media di internet berjaya meletakkan asas kewartawanan sebenar sehingga berlakunya 'tsunami politik' pada tahun 2008 yang menyaksikan perdana menteri ketika itu, TunAbdullah Ahmad Badawi mengakui kerajaan telah “tewas dalam peperangan di internet”.

Meskipun media tradisional dan juga media internet dibelenggui oleh kira-kira 35 undang-undang yang menyekat kebebasan di Malaysia, namun terdapat satu faktor yang membezakan kedua-dua mereka.

azlanTidak seperti media cetak dan penyiaran, media di internet tidak memerlukan kebenaran daripada kerajaan untuk mencetak atau menerbitkan berita mereka.

Setiap tahun, media tradisional terpaksa memperbaharui permit penerbitan dan percetakkan. Undang-undang ini menghambat para editor dan wartawannya supaya terus patuh kehendak kerajaan.

Besar kemungkinan cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 jika diluluskan akan menyaksikan media online juga diheret sama dan diwajibkan memohon untuk mendapatkan lesen.
Paku terakhir

azlanJika menjadi kenyataan, ia ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur.

Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, menteri dalam negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Atas sebab itu, Najib dikatakan lebih teruk berbanding Mahathir berhubung operasi media.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 05Sebalik membebaskan media tradisional dengan membubarkan syarat perlesenan, Najib dan sepupunya, Menteri Dalam Negara, Datuk Seri Hishamuddin Hussein memilih tindakan regresif bagi mengekang kebebasan media di internet.

Pindaan akta itu dijangka akan dibentang di Parlimen menjelang Mac ini - keputusan dipercayai ada kaitan dengan cadangan mengadakan pilihan raya umum akan datang.

Cadangan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi meliputi media online mesti dibantah. Jika tidak, Malaysia akan kembali ke zaman dahulu apabila kerajaan mempunyai monopoli mutlak terhadap kebenaran. maut untuk media online - Malaysiakini

Projek tumbang Selangor



Hishamuddin Rais
Jan 17, 11
12:59pm
Krisis besar telah sampai ke Selangor. Sekali pandang ia datang secara tiba-tiba seperti banjir melanda kerana empangan pecah. Apakah betul bencana ini sampai dengan tiba-tiba? Apakah betul ia sampai kerana setiausaha kerajaan Selangor yang lama ingin bersara dan yang baru perlu dilantik? Tidak. Di belakang semua ini ada perancangan licik. Ada wayang pak dalang.

Umum mengetahui, sesiapa yang belum tahu, sesudah membaca tulisan ini akan tahu bahawa negeri Selangor adalah yang terkaya di Malaysia. Malah antara yang terkaya di Asia Tenggara, setaraf dengan Jerman, United Kingdom atau Korea Selatan. Belanjawan tahunan untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya sahaja lebih banyak daripada belanjawan tahunan kerajaan negeri Kedah. Ini fakta sahih.

Selama lebih daripada 50 tahun warga Selangor merasa mereka telah ditipu. Pada 8 Mac 2008 dahulu warga Selangor tidak mahu lagi dibodohkan, justeru mereka telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat dan menghumbankan kerajaan BN yang dikepalai oleh United Malays National Organisation. Berdasar fakta sejarah, ini adalah kali kedua warga Selangor mengambil sikap sedemikian. Kali pertama pada tahun 1969 dahulu.

Sikap pintar dan kesedaran warga Selangor ini telah menjadikan United Malays National Organisation hilang punca. Sesudah 8 Mac yang lalu gerombolan yang selama ini merompak dan mengganas di Selangor, telah kehilangan peti emas. Penyamun yang memiliki nombor pin akaun bank tiba-tiba dapati angka pin ini berubah. Ini samalah seperti Raja Bersiong yang menjaga bank darah tiba-tiba dihalau ke hutan.

Untuk memahami apa yang berlaku di Selangor hari ini, kita wajib melihat kembali apa yang berlaku pada 8 Mac 2008 dahulu. Kini, sedikit demi sedikit, umum telah mula mengetahui bagaimana pada malam 8 Mac 2008 yang lalu Khir Toyo telah didakwa membuat beberapa panggilan telefon untuk bersubahat dengan beberapa anasir dalam PAS untuk mengagalkan terdirinya pentabiran kerajaan baru di Selangor. Ini bukan desas-desus. Ini fakta sejarah.

Kenapa ini berlaku? Ini berlaku kerana ada benggolan-benggolan yang telah hilang kuasa tidak mahu menerima hakikat yang mereka telah hilang kuasa. Dalam masa yang sama ada pula benggolan-benggolan yang bercita-cita untuk menjadi menteri bersar yang baru. Kepentingan kuasa ini telah mengikat dua anasir yang bermusuhan ini untuk bekerjasama. Kini babak sejarah malam 8 Mac 2008 itu telah tesebar untuk menjadi cerita-cerita rakyat yang boleh ditokohtambah dengan Ajinomoto.

Apa yang jelas, awal-awal lagi, pada malam 8 Mac itu lagi United Malays National Organisation sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa di Selangor. Bukan kerana gerombolan ini ingin meneruskan khidmat suci mereka. Tidak. Hilang Selangor daripada kawalan bermakna United Malays National Organisation akan hilanglah punca pencarian. Selama ini Selangor adalah tempat para gerombolan mencari makan. Selangor lombong emas mereka.

Taktik, perangkap

Ingatkan kembali kisah legenda seorang penjaga pintu laluan keretapi, seorang yang tidak ada pelajaran dan ilmu pengetahun telah menjadi kaya-raya kerana dipilih oleh United Malays National Organisation untuk menjadi ADUN dan ahli Majlis Perbandaran Klang. Ini satu contoh kecil. Bagaimana pula dengan projek mega pelabuhan Klang yang dananya dikatakan lesap berbilion-bilon ringgit? Malah amat banyak lombong emas Selangor kini di bawah pentabiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru apa yang jelas di sini ialah United Malays National Organisation akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali Selangor. Gerombolan ini sanggup bersekongkol dengan siapa sahaja asalkan Selangor kembali di bawah naungan mereka.

Bayangkan hari ini banyak program gerombolan terbengkalai kerana putus duit. Limpahan fulus yang biasanya datang dari kerajaan Selangor telah kering. Lubang-lubang kontrak telah tertutup. Duit komisyen sama ada jual projek atau melobi untuk mendapatkan projek kini tidak ada lagi. Kering dan kontang.

Ingat? Bagaimana heboh riuh gempita di pertengahan tahun lalu kerana pelancaran kempen “Tawan Selangor”. Diberitakan Mat Ezam, Noh Omar dan Khir Toyo gila berkempen ke hulu ke hilir dengan road show mereka. Lepas tiga empat ceramah, tayar pancit, semua 'potong stim'. Tak ada sesiapa berminat untuk datang mendengar kempen Mat Ezam atau Khir Toyo. Untuk menambah sedih dan pilu - ahli-ahli gerombolan kalau tak ada fulus tak akan mengalihkan punggung mereka ke mana-mana. Selesai.

Asas dan latar belakang semua ini ekoran kenyataan Ketua Perhubungan Umno Selangor Najib Razak yang telah berkata: Selangor wajib diambil kembali. Ini adalah satu arahan untuk melakukan apa sahaja demi memastikan kerajaan Pakatan di Selangor akan jatuh. Justeru Suruhanjaya Pencegah RasuahMalaysia (SPRM) dilihat seolah-olah menjalankan pelbagai bentuk operasi untuk menyusahkan ADUN atau ahli-ahli majlis Pakatan Rakyat.

Pelbagai taktik dikatakan telah dijalankan. Taktik perangkap dengan duit telah dijalankan. Seorang ADUN PKR telah tewas dan berpaling tadah. Perangkap lendir yang berjaya digunakan di Perak telah juga digunakan di Selangor. Tetapi gagal. Akhirnya perangkap siasat pembantu politik telah dijalankan. Semua ini adalah taktik dan strategi untuk menumbangkan kerajaan Selangor.

Selaras dengan operasi SPRM ini juga – kacau bilau kecil terus diadakan. Mengheret kepala lembu, membuat laporan polis kiri dan kanan, menyebar fitnah di sana-sini menjadi sebahagian dari perang saraf puak gerombolan. Sayangnya walau pun songkok yang gerombolan dipakai tinggi mengawan dan lilitan serban mereka tebal membuncit tetapi tidak banyak warga Selangor yang tertarik dengan puak gerombolan ini.

Musuh dalam selimut


Akhirnya penasihat yang digaji oleh Najib Razak telah mencadangkan satu taktik baru perlu dijalankan di Selangor. Politik dalaman Palestin menyaksikan Abbas dari Al-Fatah dipilih menjadi pemimpin, walhal yang menang dipilih oleh warga Palestin ialah parti Hamas. Taktik pecah dan perintah seperti inilah yang sedang dijalankan oleh Najib Razak terhadap kerajaan Pakatan di Selangor.

Kerajaan Pakatan secara rasmi telah menemuduga calon-calon baru untuk dijadikan setiausaha kerajaan. Nama calon yang dipilih telah dihantar ke pihak berwajib untuk disahkan. Tiba-tiba Sultan Selangor dikatakan telah membuat pilihan. Ini betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku di Palestin. Rejim Zionis tiba-tiba memilih Abbas dan mengenepikan Hamas yang dipilih rakyat.

Di sini umum wajib disedarkan bahawa Sultan dan Raja di Malaysia ini bukan Sultan dan Raja di zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Itu 600 tahun dahulu. Hari ini mereka hanyalah Raja Perlembagaan. Zaman apa sahaja Sultan dan Raja buat adalah betul telah lama berlangsung.

Umum juga perlu diingatkan bahawa United Malays National Organisation pada tahun 1993 telah meminda perlembagaan. Pindaan perlembagaan tahun 1993 ini membawa banyak perubahan dalam segi pemikiran orang Melayu terhadap sistem Raja Perlembagaan. Hari ini, 18 tahun selepas pindaan itu, rakyat Malaysia terutama orang Melayu sama seperti warga Selangor tidak mahu lagi di tipu oleh sesiapa pun.

Rancangan untuk menimbulkan perbalahan antara kerajaan Selangor dan Sultan ini akan berterusan. Kes Khusrin Muwani ini dilihat sedang dijadikan peluru untuk menimbulkan kacau-bilau. Ini adalah penerusan strategi untuk merampas kembali Selangor dan meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Warga Selangor wajib berhati-hati dan berwaspada. Harus dingatkan anasir–anasir yang pernah ditelefon oleh Khir Toyo pada malam 8 Mac 2008 dahulu pasti sedang mencari-cari peluang. Musuh-musuh dalam selimut sedang berkeliaran mencari peluang untuk mendapat pangkat dan kuasa. Gerombolan amat senang dikenali tetapi musuh dalam selimut ini tak tahu bila akan menikam kita.

Di mana akhirnya krisis ini? Semuanya terpulang kepada warga Selangor sendiri. Jika mereka ingin membawa perubahan maka mereka akan terus menyokong Pakatan. Jika mereka ingin terus ditipu dan diperbodohkan, tidak ada siapa yang dapat menolong. Hingga hari ini masih belum ditemui lagi satu suntikan yang mujarab untuk mencerdikan mereka yang suka dibodohkan dalam sekelip masa. tumbang S'gor - Malaysiakini