Khaled Meshaal
Meshaal (dua,kiri) mengadakan pertemuan dengan Mursi di istana presiden di Kaherah, kelmarin. - EPA
KAHERAH - Presiden Mahmoud Abbas dan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal memulakan rundingan di Kaherah, kelmarin dalam usaha untuk menyatukan kepimpinan di Palestin.

Mesyuarat antara pemimpin Fatah dan Hamas itu bertujuan menjayakan pelan perdamaian antara mereka yang selama ini sering gagal berikutan percanggahan pendapat.

Difahamkan, kedua pemimpin tersebut juga akan mengadakan pertemuan secara berasingan bersama Presiden Mesir, Mohammed Mursi.

Ketua perunding Fatah, Azzam al-Ahmed berkata, Abbas bertemu dengan Mursi lebih awal bagi membincangkan berhubung penyatuan Palestin, sekatan haram Israel di Gaza dan cadangan untuk membantu menyelesaikan krisis kewangan di negara itu. - AFP