New York Daily News melaporkan, dalam segmen Mean Tweets itu, Obama membaca beberapa kritikan antaranya: “Adakah sebarang cara untuk menghantar Obama ke sebuah padang golf di hujung dunia dan tinggalkan beliau di sana?”.
Presiden itu yang merupakan penggemar sukan golf dalam nada berseloroh berkata, idea tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya di pulau berkenaan ada seorang gadis jelita.
Obama membaca lima status Twitter dalam segmen ber­kenaan.
Tweet terakhir yang dibaca oleh beliau adalah berkaitan seluar jeans biru ‘sehingga paras pusat’ yang dipakainya dalam satu gambar ketika sedang bercakap dengan Presiden, Vladimir Putin tahun lalu dan mengundang kritikan ramai pihak.
Pakar fesyen sebelum ini pernah mengkritik jeans yang dipakai Obama dalam kempen pemilihan Presiden pada tahun 2008.
“Saya tidak kisah jika Presiden memakai jeans. Tetapi saya tidak suka jika Presiden memakai seluar jeans ITU,” kata pengguna laman sosial @TPPratt.
Di akhir rancangan Obama berharap, beliau diberi peluang untuk membaca komen anggota Senat tentang dirinya.