Saturday, April 24, 2010

Said Zahari: Anwar Musuh Utama UMNO dan Perdana Menteri

TVSelangor.com
Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib Tun Razak akan menggunakan apa jua ruang yang ada untuk “menyerang” keperibadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau adalah musuh politik utama UMNO dan Perdana menteri .
Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu Said Zahari berkata, Umno tidak akan melepaskan peluang menggunakan seluruh kekuatan media dan institusi kawalannya untuk memburukan Anwar.
Malah UMNO menggunakan pilihanraya Hulu Selangor bukan untuk menangani isu-isu setempat tetapi untuk mencantas Anwar dalam apa cara sekali pun.
Anwar menjadi sasaran poster-poster dan risalah yang mengaibkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Hari ini Utusan Malaysia milik Umno melabelkan Anwar sebagai boneka Israel pula selepas beliau mendedahkan kerajaan UMNO-BN mengupah syarikat Zionis Apco serta polis menggunakan khidmat pakar-pakar Zionis untuk merombak sistem keselamatannya.
Akibat pendedahan itu yang dibuat lemgkap dengan dokumen, Umno membawa usul supaya Parlimen mengenakan tindakan displin terhadap Anwar.
Beliau boleh digantung dari Dewan Rakyat susulan daripada usul yang di bawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz.
“ Musuh politik yang pertama kepada pemerintahan Najib sekarang ini ialah Anwar. Biapun PKR sekarang ini menghadap macam-macam isu, dia punya MP cabut, letak jawatan, lompat dan sebagainya, tapi Anwar merupakan ahli politik nombor satu kepada pentadbiran Najib sekarang” kata Said.
“Pada pandangan saya, Barisan Nasional sekarang mencari apa juga alasan untuk memburu Anwar dan ini masanya untuk mereka kerana sekarang sedang berjalan kempen pilihanraya kecil” tambah beliau lagi.
Said, berkata usaha berterusan UMNO dan Najib membunuh kredibiliti Anwar berpaksi kepada keinginan UMNO untuk terus berpaut kepada kuasa.
“ Apa yang saya lihatlah, memang mereka punya target ialah Anwar sebab kerajaan sekarang, Najib melihat musuh politik yang besar kepada pemerintah kepada pentadbiran Najib ialah Anwar. Jadi apa-apa juga isu yang boleh mencemarkan Anwar sekarang ini, apa lagi kalau boleh menjatuhkan Anwar, mereka akan gunakan” tambahnya lagi.
Said berkata pengundi di Hulu Selangor tidak harus terperangkap dengan taktik umno menyerang anwar bagi menutup kegagalan parti itu untuk menunaikan janji-janji membangunkan kawasan itu
“Isu-isu setempat mereka tidak besar-besarkan, pembangunan di kawasan setempat, di konstitusi itu mereka tidak timbulkan. Tetapi timbulkan isu yang seperti ini, apa ertinya?
“Mereka menggunakan tempoh berkempen ini untuk kepentingan politik mereka, parti besar menentang Anwar. Sebab isu-isu dan pada masa-masa lain, susah hendak digunakan untuk menentang Anwar” ulas beliau lagi.

Usul Nazri gamatkan Dewan





KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat ‘panas’ dengan drama pertikaman lidah berhubung usul untuk merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan firma Apco Worldwide dan One Israel dengan konsep 1Malaysia.

Usul yang dikemukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu menyebut pada 17 Mac lepas ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Anwar telah mengeluarkan kenyataan bahawa “1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib 1Malaysia”.

Kenyataan itu disifat sebagai mengelirukan serta membuat dakwaan yang serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta satu penghinaan kepada Dewan.

Lapan pembahas mengutarakan hujah masing-masing iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) Datuk Nur Jazlan Mohamad (BN-Pulai), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Dat:uk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau).

:Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dalam perbahasannya menyifatkan usul yang dibawa Mohamed Nazri adalah satu tindakan untuk menutup kesilapan kerajaan dengan penglibatan Apco.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dalam ucapannya mempersoal campur tangan Kabinet untuk mengheret Anwar ke jawatankuasa berkenaan.

Keadaan Dewan bertambah gamat apabila Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mendakwa One Israel adalah gabungan tiga parti di Israel yang sama seperti gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Abdul Rahman menarik balik kenyataannya selepas ditegur Timbalan Speaker, Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam perbahasannya tetap berpendirian ucapan Anwar tidak mengandungi kenyataan yang mengelirukan Dewan dan mendesak Mohamed Nazri menarik balik dan meminda usul merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen itu.

sinarharian


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/04/usul-nazri-gamatkan-dewan.html#ixzz0lxn50800