Thursday, December 24, 2015

SUDAH LEBIH 1400 TAHUN, JASAD SAHABAT NABI MUHAMMAD DITEMUI MASIH BERDARAH

#BLOGSERIUS
Jenasah para sahabat dimakamkan kembali seperti semula tapi tidak lagi diberi nama-nama jenasah tersebut  kecuali jenasah Hamzah ra karena diketahui dari luka didadanya, badannya tinggi besar. Jenasahnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih memegang lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah beberapa ribu tahun.
Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz ra karena diketahui dari telinga dan hidungnya yang terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.
Berikut adalah sebagian isi dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang dari kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks makam syuhada Uhud yaitu sebuah kawasan pemakaman yang terkenal.
Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebagian ulama saat penguburan kembali jenasah sahabat yang gugur syahid di perang Uhud. Setelah 1400 tahun jenasah para sahabat tetap utuh, ini sebagai bukti nyata atas berita gembira tentang para syuhada.
Para ulama memang diundang saat pemakaman kembali jenasah para sahabat itu ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.
Sudah Lebih 1400 Tahun, Jasad Sahabat Nabi Muhammad Ditemui Masih Berdarah2
Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Alloh SWT menyampaikan kita semua ke derajat para syuhada.
Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” Subhanallah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Alloh. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.
Betapa utamanya, betapa mulianya, Alloh memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib ra. Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi Saw.
Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad Saw. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.
Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang nyaman membiarkan ayahku satu lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadits Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )
Petikan hadits di atas membuktikan di mana ayah Jabir ra terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.
Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh ditutupi larva.
Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman)
CATATAN – Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, yaitu jasad jasad mereka mengapung.
http://www.ommdotmy.com/2015/12/sudah-lebih-1400-tahun-jasad-sahabat-nabi-muhammad-ditemui-masih-berdarah/

M'sia kekal No 5 aliran keluar wang haram tertinggi


https://www.malaysiakini.com/news/324468
Malaysia sekali lagi tersenarai antara lima negara yang mencatatkan purata aliran kewangan haram tertinggi sepanjang dekad ini.
Menurut laporan tahunan terbaru Global Financial Integrity (GFI), yang beribupejabat di Washington, Malaysia telah kehilangan jumlah terkumpul sebanyak AS$418.542 bilion (RM1.8 trilion) sejak tahun 2004.
Pada tahun 2013 sahaja, Malaysia kehilangan sejumlah AS$48.25 bilion, kata pemerhati kewangan global itu.
Aliran keluar modal haram, kata laporan itu, berpunca daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti haram lain.
Malaysia juga kekal pada kedudukannya sebagai antara lima negara dengan aliran keluar kewangan haram tertinggi.
Selepas menduduki tempat kedua paling teruk pada tahun 2010, kedudukannya "bertambah baik" dengan berada di tempat keempat pada 2011 dan kekal di tempat kelima sejak 2012.
Bagi tahun 2013, Malaysia sekali lagi berada di kedudukan di belakang China, Russia, Mexico dan India.

Barangan dalam rumah disita

Ipoh: Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengesahkan tindakan Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menyita barangan dalam rumah miliknya selepas didapati gagal melunaskan bayaran ganti rugi sebanyak RM200,000 dalam satu kes saman fitnah membabitkan dirinya dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Hamidah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tindakan penyitaan barangan dalam rumahnya dan meminta sedikit masa untuk menenangkan diri.
"Betul (tindakan Mahkamah Tinggi menyita barangan rumah), saya mahu bertenang dahulu," katanya menerusia mesej di WhatsApp, hari ini.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 April lalu memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk ‘umat Islam perlu bersatu’ pada sekitar Januari 2010 di mana dalam artikel berkenaan, Hamidah didakwa memuatkan gambar’super imposed’ Ahli Parlimen itu.
Pernyataan tuntutan Khalid yang difail pada 23 Disember 2011 mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seolah-olah seperti paderi Kristian dan seorang yang murtad.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 10:51 PM


KAKITANGAN Mahkamah Tinggi Ipoh menyita barangan dalam rumah milik Hamidah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102138#sthash.0MpE80J0.dpuf

Kaki terjuntai dari siling

Krasnoyarsk (Russia): Nasib malang menimpa seorang pencuri yang cuba memecah masuk sebuah kedai runcit di sini apabila dia terjatuh dan tersangkut di atas siling premis berkenaan.
Polis berkata, lelaki berusia 40 tahun itu cuba memecah masuk sebuah kedai dengan membuka atap premis berkenaan baru-baru ini.
Bagaimanapun, nasibnya malang apabila dia terjatuh di atas siling menyebabkan sebahagian badannya hingga ke paras pinggang tersangkut.
Keadaan itu menyebabkan penggera keselamatan di kedai berkenaan berbunyi.
Polis yang menerima panggilan dari pemilik kedai bergegas ke premis berkenaan dan terkejut melihat ada kaki tergantung dari siling.
Anggota polis kemudian membantu mengeluarkan lelaki itu sebelum menahannya.
Ketika disoal siasat lelaki itu mengaku dia cuba memecah masuk kedai berkenaan untuk mencuri.
Katanya, itu bukanlah kali pertama dia mencuri di kedai berkenaan, tetapi kali ini nasibnya malang apabila dia terjatuh.
Jurucakap polis memberitahu, lelaki itu bakal didakwa atas tuduhan memecah masuk dan mencuri. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 7:58 AM


KEADAAN kaki suspek yang tergantung selepas tersangkut di siling.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102171#sthash.itHVbEm6.dpuf

Tragedi lepas angin

Port St Lucie, Amerika Syarikat: Seorang wanita di bandar ini ditahan polis selepas dia membelasah suaminya kerana terlalu berang selepas lelaki itu sering kentut ketika tidur.
Kejadian berlaku pada jam 3 pagi ketika Dawn Meikle, 55, sedang tidur bersama suaminya, Donald di rumah mereka, di sini baru-baru ini.
Jurucakap polis berkata, ketika tidur Donald tiba-tiba kentut menyebabkan Dawn marah lalu terus menyiku dan menendang lelaki itu.
Donald yang terjaga terus bangun dari katil dan Dawn memberi amaran kepada suaminya supaya jangan kentut lagi.
Lelaki itu kemudian baring di tempat tidurnya, tetapi selepas beberapa minit dia kentut beberapa kali menyebabkan Dawn berang dan terus menyiku serta menendang suaminya beberapa kali.
Keadaan bertambah tegang apabila Donald melawan dan memegang isterinya supaya wanita itu berhenti memukulnya.
Bagaimanapun, Dawn terus memukul suaminya dan dia juga menyembur muka lelaki itu dengan penyembur lada.
Kerana tidak tahan dibelasah, Donald menghubungi polis untuk meminta bantuan.
Polis yang datang ke kediaman berkenaan terus menahan wanita itu dan Donald pula dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut polis, Dawn dibebaskan dengan ikat jamin dan bakal didakwa atas tuduhan menyerang dan berkelakuan ganas.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 8:04 AM


DAWN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102173#sthash.JXryCWkA.dpuf

Tiada Krismas di Brunei

Bandar Seri Begawan: Perayaan Krismas bakal disambut esok, tetapi tiada pokok dihiasi lampu berwarna-warni atau topi Santa Claus di Brunei selepas sambutan berkenaan diharamkan di negara itu.
Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun lalu menguatkuasakan Undang-Undang Islam dan mengharamkan perayaan agama lain di negara itu.
Pemimpin agama Islam di Brunei baru-baru ini memberi amaran perayaan Krismas diharamkan kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi orang Islam.
“Penggunaan simbol agama seperti salib, membakar lilin, hiasan pokok Krismas, nyanyian lagu keagamaan dan ucapan Krismas adalah bertentangan dengan ajaran Islam,” kata seorang pemimpin agama yang disiarkan di akhbar tempatan.
Mereka yang didapati bersalah melanggar larangan berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun.
Kerajaan juga memberi amaran, orang Islam boleh dikenakan tindakan jika didapati memakai pakaian atau topi seperti Santa Claus.
Walaupun orang Kristian boleh menyambut perayaan itu tetapi mereka tidak boleh melakukannya di tempat terbuka atau secara berlebihan.
Pasar raya, hotel dan premis perniagaan juga diberi amaran supaya tidak memasang hiasan Krismas di premis mereka. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Disember 2015 @ 8:08 AM


SULTAN Brunei
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102175#sthash.6h6wDD5B.dpuf

Pencarian MH370 di dasar laut selesai Jun 2016



KUALA LUMPUR - Usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) hari ini.
JACC berkata daripada kawasan pencarian seluas 120,000km persegi, lebih  80,000km persegi kawasan di dasar laut berkenaan sudah diterokai dalam misi pencarian, setakat ini.
"Usaha mencari pesawat MH370 akan dijalankan walaupun semasa Krismas dan Tahun Baru," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Mengenai operasi terkini pencarian, JACC berkata kapal Fugro Discovery menjalankan misi pencarian menggunakan peralatan tunda jauh ke dasar laut serta kapal Havila Harmony yang menggunakan Kenderaan Bawah Air Autonomi (AUV).
[ARTIKEL BERKAITAN: Australia yakin MH370 akan ditemui
Kapal Fugro Equator telahpun tiba di pelabuhan Freemantle, Australia untuk menghantar bekalan dan menjalankan operasi penyelenggaraan enjin, kata JACC.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014 dengan membawa 239 penumpang dan krew.  - Bernam
a

Habiskan RM22,421.29 untuk otot palsu


Lee diperiksa doktor sebelum pembedahan kosmetik otot.

LEEDS - BRITAIN. Seorang lelaki Britain sanggup ke Istanbul dan membelanjakan lebih 3500 pound (RM22,421.29) untuk mendapatkan 'otot idaman'.

Laporan Mirror menyebut Lee Coupland, 31 sanggup menjalani pembedahan kosmetik untuk mendapatkan otot abdomen sempurna.

"Saya rasa ini adalah pilihan terbaik untuk lelaki, sama seperti perempuan menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan payudara atau mencantikkan hidung mereka," kata Lee.

Menurut Lee, dia bukanlah lelaki Britain pertama yang menjalani pembedahan kosmetik di sebuah hospital di Istanbul.

"Hospital itu memberitahu saya, saya adalah lelaki ke-8 yang mahu menjalani pembedahan kosmetik untuk tempoh enam bulan ini," jelas Lee.

Lee yang mempunyai dua orang anak bagaimanapun menegaskan pembedahan tersebut tidak boleh dilakukan sebarangan dan tidak sesuai untuk lelaki gemuk.

"Saya perlu menjalani operasi ultrasound yang akan mencairkan lebihan lemak di bahagian abdomen.

"Operasi seterusnya adalah 'laser lipo' iaitu doktor membuat parut yang akan memisahkan 'bentuk otot' di bahagian abdomen," kata Lee lagi.

Lee mengatakan dia tidak mempunyai keyakinan diri yang teruk sebelum menjalani pembedahan kosmetik tersebut.

"Sekarang saya betul-betul rasa gembira dan yakin," akhiri Lee
.

Pokok Krismas diharamkan di gereja Sri Lanka


Gambar hiasan

COLOMBO - SRI LANKA. Ketua paderi gereja Katolik melarang paderi-paderinya meletakkan hiasan pokok Krismas di dalam gereja sepanjang tempoh sambutan Hari Krismas.
Menurut laporan AFP, arahan tersebut dikeluarkan oleh ketua paderi, Malcolm Ranjith.
"Ia (pokok Krismas) tidak memberi sebarang simbolik kepada Krismas itu sendiri tetapi berkait rapat dengan sambutan masyarakat dan kekeluargaan," kata Malcolm.
Kata Malcolm, pokok Krismas juga menjadi simbolik sambutan Hari Krismas di pusat membeli belah dan taman-taman.
Walaupun penganut Buddha merupakan majoriti di Sri Lanka, seramai 1.2 juta dari 21 juta rakyatnya adalah penganut agama Kristian Katolik
.