Sunday, June 13, 2010

Dadah: Saiful Apek Ditahan



Saya petik:
[mSTAR] Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepadamStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini....

Siasatan Israel perlu adil, bebas



NEW YORK - Dalam pada rejim Israel terus bertegas tidak mahu membenarkan panel antarabangsa menyiasat insiden serangan tentera Zionis ke atas kapal-kapal misi bantuan ke Gaza pada 31 Mei, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mahukan siasatan yang adil. 

Penyiasat hak asasi manusia PBB, Philip Alston berkata, adalah mustahil untuk Israel melakukan siasatan yang adil dan telus memandangkan kredibilitinya dalam insiden itu sudah sedia diragui masyarakat antarabangsa. 

"Ada beberapa prasyarat yang tidak boleh diketepikan oleh panel yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden ini, dan PBB akan terus memantau siasatan yang mahu dilakukan oleh panel khas yang ditubuhkan Israel.: 

"Kita mahu pastikan panel itu benar-benar bebas dan tidak ada campur tangan kerajaan Israel. Laporan hasil siasatan juga tidak boleh diputuskan oleh kerajaan, sebaliknya mesti dimaklumkan kepada masyarakat antarabangsa," katanya. 

Menurut Alston, panel itu juga mestilah diberi kuasa perundangan sepenuhnya dan akses penuh kepada semua bahan bukti, termasuk kuasa memanggil saksi-saksi utama, semua rakaman video serta apa-apa bahan bukti berkaitan insiden serangan ke atas kapal :Mavi Marmara: pada 31 Mei lalu. 

"Sekiranya syarat-syarat ini dipatuhi, suruhanjaya siasatan itu mampu memberi sumbangan besar ke arah menyelesaikan isu yang timbul, khususnya soal hak kemanusiaan," katanya. 

Minggu lalu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengadakan diskusi melalui telefon dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung siasatan mengenai serangan tentera Israel terhadap aktivis pro-Palestin yang menyertai misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza. 

Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, rejim Zionis tentu tidak dapat berlaku adil dalam melakukan siasatan kes itu kerana secara terang-terangan menyokong serangan pada 31 Mei yang mengorbankan 9 nyawa.

Pas sengaja buat gimik



SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempersoalkan tindakan Pas mengajak beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk dirinya untuk menyertai parti itu. 

Jamil Khir berkata, cubaan mengaitkan namanya dengan parti itu hanya bertujuan sebagai gimik untuk menarik perhatian masyarakat kerana beliau tidak pernah terfikir untuk menyertai perjuangan Pas. 

“Saya tidak pasti betul atau tidak tentang hal ini kerana kita nak tahu apa matlamat sebenar mereka.Ini kerana ucapan gimik hebat seperti ini boleh dibuat siapa sahaja untuk menarik perhatian rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan dalam Muktamar Tahunan Pas menasihati beberapa pemimpin BN untuk menyertai dan kembali berjuang bersama parti dengan slogan ‘Jom Sertai Pas’. 

Selain Jamil Khir, antara nama yang disebut ialah Mennteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Chik dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi. 

Jamil Khir berkata, rakyat perlu menilai semula parti tersebut yang bersungguh-sungguh menjayakan pelan bersama DAP dan PKR semata-mata mahu ‘menguasai’ Putrajaya. 

“UMNO sentiasa bersikap pintu terbuka tetapi nampaknya terdapat sebahagian individu tertentu telah tanam kebencian terhadap kami,” katanya. 

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika dihubungi berkata, tiada sebab pemimpin BN akan menyertai Pas kerana tidak mempercayai perjuangan parti itu.: 

“Rakyat tetap memilih BN kerana hampir 72 peratus masih percaya dengan perjuangan kami untuk membangunkan negara demi kebaikan bersama. 

“Pas perlu mengajak pemimpin kalangan PKR untuk menyertai Pas kerana mereka sendiri tidak sensitif terhadap Melayu,” katanya.

HARAMI PUNYA MENTERI BELI RUMAH KAT HOLLAND PARK! SIAPA MENTERI TU YA?



Holland Park! Sorga Donia, Menteri mana beli rumah kat sini?

Makin lama aku tengok makin beserabut la dengan BN sekarang ni! Mereka ni beul macam tak berminat untuk memenangi Pru 13 la!Makin lama makin leka...

Kat bawah ini ada dua cerita yang sangat MENYAKITKAN HATI:

1. Kisah seorang Menteri beli rumah bernilai melebihi RM40 juta di England, Klik sini 

2. Ini lagi best sebab, ada manusia bijak yang mencadangkan supaya no plet kereta yang ada cip komputer, klik sini

Korang mesti baca kedua-dua artikel tersebut! Bukan apa, kita dok bising siang malam suruh berubah tapi ada gak Pak Menteri yang beli mahligai di London dan ada jugak manusia bijak yang mencadangkan supaya digunakan plat kereta berchip yang rakyat kena beli pada harga RM150 satu!

Kita kira bodoh la, kata la rakyat Malaysia menggunakan 10 juta kenderaan pastu kita kali dengan RM150 setiap satu kenderaan bersama-sama plat kereta berchip tu, perghhh sayrikat yang dapat kontrak tu boleh dapat RM1.5 Billion weh! Bukan sikit-sikit tu! La ni kalau kroni nak sapu kontrak tak main la juta-juta terus main billion wooo..

Letih weh macam ni, cerita pasal Pak Menteri tu tadi, agak-agak korang la sapa la Pak Menteri yang boleh beli sebuah istana di Holland Park tu ek?

Itu tempat tinggal selebriti antarabangsa tau, siapa Menteri tu ya? Kalau korang tahu pasal cerita Menteri beli rumah di Holland Park ini kongsilah dengan kita, kita pun nak tahu jugak siapakah orangnya?

Kalau tak nak komen kat sini, sila email aku kat housepk@live.com

BILA NAK BERUBAH NI?

PAS sudah enam kali berdialog dengan gereja

KOTA BHARU, 13 Jun: PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional sudah berdialog dengan enam buah gereja di negara ini dan akan meneruskan lagi usaha ini untuk membolehkan persefahaman tercapai antara PAS dengan penganut Kristian.

Pengerusinya, Dr Mujahid Yusof (gambar) berkata, dialog dengan pelbagai pihak ini dibuat sebagai satu medan baru yang diambil oleh lajnah itu selepas selesai menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Selepas berjaya diselesaikan, kita serahkan pengawasannya kepada Lembaga Penasihat DHPP yang dipimpin oleh naib presiden Salahudin Ayub," kata Mujahid.

Melalui lembaga ini, kata Mujahid, badan baru dalam PAS ini akan dibimbing yang antara lain untuk memastikan mereka memahami budaya PAS dengan baik.

Semasa penubuhan DHPP Mei lalu, semua ahlinya telah berikrar untuk memastikan mereka sentiasa bersama PAS dan tidak menyusahkan PAS.

"Antara ikrar mereka, atau bai'ahlah bagi kita, adalah menjunjung dasar PAS, mentaati perintah pimpinan PAS, menjaga nama baik..ini janji mereka," kata Mujahid ketika menggulung perbahasan ucapan dasar PAS di hari ketiga muktamar.

Dalam ucapannya, Mujahid memaklumkan, lajnahnya melaksanakan  konsep untuk melibatkan sepenuhnya muslimat dalam organisasi PAS.

"Timbalan saya adalah muslimat iaitu Dr Halimah Ali (Exco kerajaan negeri Selangor), begitu juga setiausaha lajnah ini adalah muslimat," kata Mujahid.

Mujahid juga memaklumkan, kejayaan besar penubuhan DHPP adalah hasil pertolongan yang dibuat oleh Ustaz Hasan Shukri yang mengetuai jawatankuasa teknikal untuk mengkaji perlembagaan PAS bagi membolehkan orang bukan Islam mempunyai kedudukan yang jelas dalam parti Islam PAS ini.

"Draf perlembagaan yang disiapkan oleh Ustaz Hassan dan pasukannya telah diluluskan sebulat suara oleh pimpinan PAS dan kemudiannya oleh Majlis Syura Ulamak.

"Setahu saya PAS adalah parti Islam yang pertama mempunyai ahli bukan Islam dan ada hak-hak tertentu," kata Mujahid dalam ucapannya.

TIGA ADUN UMNO AKAN LOMPAT PARTI DI PERAK...?

   

TIGA ADUN UMNO AKAN LOMPAT PARTI DI PERAK...?


Oleh Rusnizam Mahat
SHAH ALAM 12 Jun - Percaturan politik yang bergolak sejak lebih setahun lalu akan bertambah rancak apabila timbul desas desus kuat yang bertiup kebelakangan ini bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Perak dikatakan akan melompat menyertai KEADILAN.

Sekiranya ia benar berlaku senario tersebut akan mengembalikan kepada keadaan sebelum rampasan kuasa haram yang didalangi Umno-BN pada Febuari 2009 apabila dua ADUN KEADILAN dan seorang wakil rakyat DAP melompat menjadi anggota Bebas dan menyokong BN.

Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?

Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim ketika dihubungi Suara keadilan berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di Ipoh esok.

"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.

Ketika ditanya jumlah mereka yang melompat, Zulkifly berkata setakat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno.

Menurut Zulkifly lagi, ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno itu juga mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu.

Tindakan itu mengakibatkan krisis politik yang berlarutan menyaksikan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya umum tumbang.

"Berdasarkan pengalaman dari kes Nasaruddin Hashim (ADUN Bota), kes kali ini hampir serupa. Dalam kes Nasaruddin dia keluar Umno kerana tak puas hati kepimpinan Umno, jadi kita bawa jumpa Anwar. Tetapi kemudian dia telah menerima pelbagai ugutan sehingga memaksanya menyertai semula Umno," jelas beliau lagi.

Ditanya sekiranya desas desus terbaru ini cuma mainan politik Umno, dan sekiranya situasi yang sama berulang sepertimana kes Nasaruddin, beliau berkata ia berlaku di luar kawalan KEADILAN.

"Perkara itu di luar kawalan, hal macam itu kalau nak lompat balik, mereka mesti ada alasan yang kuat. Ini kerana budaya dalam Umno ada ugutan, mereka akan ugut dengan buka fail yang lama dan sebagainya seperti mana yang berlaku terhadap Nasarudin.

"Tapi apa yang saya ingin tegaskan sudah wujud tak puas hati di kalangan senior yang tak selesa dengan layanan pimpinan negeri, di samping tak puas hati dengan kepimpinan Najib berhubung isu judi, soal Yahudi, mereka (Umno) kata mempertahankan hak melayu tetapi, Umno yang banyak gadaikan hak Melayu. Mereka sudah mula bercakap, biasanya orang Umno tak berani nak sebut terang-terang," ujarnya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menghalang penyertaan ADUN berkenaan ke dalam KEADILAN memandangkan BN tidak memiliki majoriti dan hanya disokong oleh tiga ADUN Bebas.

Namun katanya, beliau tidak pasti sekiranya perkara akan menyebabkan berlakunya pembubaran DUN kerana ia perlu dilihat dari aspek perundangan dan Perlembagaan terlebih dahulu disebabkan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum kini sudah memasuki tiga tahun.

"Namun apa yang pasti kes ini sekali lagi akan mewujudkan ketidakstabilan politik diPerak," ujarnya


Dicatat oleh YB Anuar Sudin                                                                                                                                                                   

Masyarakat minoriti Siam adalah Bumiputera




TUMPAT - Masyarakat Siam Kelantan dan beberapa negeri di Semenanjung yang semuanya dianggarkan kira-kira 60,000 orang adalah Bumiputera di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, masyarakat minoriti itu mempunyai hak sama dengan warga peribumi lain di samping menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Siam Malaysia berkata, semua pihak disaran agar memahami status kewarganegaraan yang dinikmati masyarakat itu di negara ini sebagaimana diperoleh kaum Bumiputera lain.

Mengenai kedudukan kira-kira 100 orang masyarakat itu di Kelantan mempunyai kad pengenalan merah sedangkan mereka tinggal sejak awal lagi dan boleh membeli tanah sendiri di negeri itu, beliau berkata, perkara itu akan disiasat sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita harap ketua masyarakat Siam dapat menyenaraikan nama mereka dan beri kepada saya bagi tindakan susulan... kalau betul tidak salah dia mempunyai kad pengenalan biru," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Wanita Siam Dalam Era Globalisasi di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar di sini, hari ini.

Majlis sehari itu dihadiri kira-kira 400 wanita masyarakat Siam yang tinggal di Tumpat dan Pasir Mas dalam usaha meningkatkan kefahaman golongan terbabit sebagai warga negara ini. - Bernama


Nik Aziz disaran sebagai Mursyidul Am Pakatan Rakyat



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi disarankan untuk menjadi peneraju Pakatan Rakyat kerana kejayaannya menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dan penerimaan baik rakyat daripada pelbagai kaum terhadap pimpinannya.

Tuntutan itu dibuat perwakilan Perlis, Wan Kharizal Wan Hazim yang menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu seharusnya dilantik sebagai Mursyidul Am pakatan pembangkang.

“Saya merasakan beliau patut menjadi Mursyidul Am kepada Pakatan Rakyat,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Pas ke-56 di sini, hari ini.

Dalam hierarki Pas, Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dalam parti yang bertindak sebagai penasihat dengan diikuti Timbalan Mursyidul Am dan Presiden.

Pengakuan Putri Anis sedia dikaji



RAJA TENGKU PUTRI ANIS ketika dimasyhurkan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong di Kota Bharu Selasa lalu.


PASIR MAS - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersedia untuk mengkaji kebenaran pengakuan Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali bahawa beliau adalah pewaris keturunan Puteri Saadong dengan syarat wanita itu perlu mengemukakan bukti-bukti berkaitan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, syarat lain ialah melibatkan aspek penerimaan masyarakat kerana jika masyarakat tidak dapat menerima pengakuan wanita itu, pengiktirafan tidak boleh diberikan.
"Kalau masyarakat telah menerima perkara ini, kita bersedia untuk membuat kajian kebenarannya dan perlulah mengemukakan bukti-bukti berkaitan," katanya selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Pesta Dikir Barat di sini malam semalam.
Baru-baru ini, Raja Tengku Putri Anis, 24, muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong yang terkenal dalam mitos sejarah Kesultanan Kelantan dan Selasa lalu beliau telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong ketujuh.
Pemasyhuran Raja Tengku Putri Anis dilakukan oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia.

6,600 seberang masuk Gaza melalui Rafah




DUA wanita Palestin menunggu barangan bantuan di pintu sempadan Rafah dari Mesir untuk memasuki Gaza.


KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir menganggarkan lebih 6,600 rakyat Palestin telah menyeberangi sempadan darat negara itu untuk ke wilayah Gaza menerusi lintasan Rafah sejak dibuka semula 1 Jun lalu, lapor akhbar Arab News semalam.
Sumber kerajaan Mesir berkata, pintu tunggal untuk penduduk keluar masuk ke Palestin itu juga telah dimanfaatkan oleh konvoi sukarelawan misi kemanusiaan antarabangsa dari beberapa buah negara termasuk Mesir, Greece dan Algeria.
Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengarahkan pembukaan semula pintu sempadan itu sejurus serangan berdarah pasukan komando tentera rejim Israel terhadap konvoi beberapa buah kapal laut misi bantuan antarabangsa pada 31 Mei lalu.
Langkah drastik itu dibuat setelah Mesir dikecam keras masyarakat antarabangsa sebagai bersekongkol dengan rejim Yahudi menutup lintasan Rafah sejak 2007 menyebabkan penduduk Gaza menderita dikepung di tanah air sendiri. - Agensi

Hidup sengsara 15 tahun



KADIR menunjukkan jeriji besi yang telah patah dan diletakkan sekeping papan di Flat Taman Teluk Kumbar, George Town semalam.



GEORGE TOWN – Lima flat kos rendah di Sungai Batu di sini sudah berusia 15 tahun dan kini didiami dua generasi penduduk melibatkan kira-kira 4,000 orang.
Bagaimanapun, dalam tempoh itu, penduduk sering ditimpa masalah ekoran bangunan itu tidak diselenggara dengan baik seperti tiada tong sampah yang sempurna, jeriji penghadang patah, litar elektrik rosak dan alat pemadam api yang tidak berfungsi.
Penduduk menyalahkan pemaju dan mendakwa masalah mereka tidak dipedulikan sehingga mereka pernah mengadakan bantahan aman bagi meluahkan rasa tidak puas hati.
Pengerusi persatuan penduduk Taman Teluk Kumbar, Kadir Mohd. Pitchay, 61, berkata, masalah paling besar dihadapi penduduk ialah hak milik strata yang masih belum diserah kepada mereka sejak lebih satu dekad.
“Sudah berkali-kali kami menuntutnya tetapi pihak pemaju hanya mendiamkan diri. Lebih teruk lagi, mereka mengunci bekalan air jika penduduk tidak bayar yuran penyelenggaraan,” katanya ketika ditemui semalam.
Jirannya, Kamal Basha Ismail, 50, berkata, kawasan perumahan tersebut langsung tidak dijaga sedangkan penduduk membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan.

Akur titah Sultan walau terkilan



Sharifah Mazlina (gambar kecil) ketika ekspedisi di Kutub Utara beberapa tahun lalu.



KUALA LUMPUR - "Sedikit terkilan tapi saya akur titah Sultan".
Demikian kata wanita Asia pertama menakluki Kutub Utara dan Kutub Selatan, Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (gambar) berikutan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Johor.
Pensyarah Psikologi Sukan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara itu berkata, dia berhak untuk berasa sedih berhubung penarikan itu dan menyifatkannya sebagai takdir.
"Mungkin itu sudah ketentuan Allah yang telah menetapkan rezeki saya hanya sampai di sini," katanya ketika dihubungi Kosmo!semalam.
Tanpa mahu mengulas panjang, Sharifah Mazlina berkata, penarikan balik anugerah itu tidak diketahui sebabnya dan hanya diberitahu agar memulangkan semula anugerah itu melalui surat yang dikeluarkan Jumaah Majlis Diraja Johor.
Semalam Kosmo! melaporkan Sharifah Mazlina merupakan antara tiga lagi individu yang ditarik balik darjah kebesaran oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Dua orang yang turut dikenakan tindakan sama ialah Komander Shaftdean Lufty Rusland dan Hassan Yunos.