Wednesday, October 9, 2013

Usaha Senat pulihkan AS



Seorang pegawai polis berdiri di tengah-tengah lobi bangunan Capitol di Washington, kelmarin. Dewan Senat dikuasai Parti Demokrat merancang untuk meningkatkan hutang siling kerajaan, ketika negara ini semakin hampir terjerumus ke dalam bencana hutang. - REUTERS
WASHINGTON 8 Okt. - Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai oleh Parti Demokrat semalam merancang untuk memperkenalkan langkah satu pihak bagi meningkatkan hutang siling kerajaan, ketika negara ini semakin hampir terjerumus ke dalam bencana hutang.
Pakar ekonomi berkata, kegagalan AS untuk membayar hutang buat pertama kalinya akan mencetuskan krisis kewangan dan kemelesetan ekonomi seperti tahun 2008 atau lebih teruk lagi.
Jurucakap Dewan Senat berkata, Pemimpin Majoriti Senat, Harry Reid mungkin mendedahkan langkah itu seawal-awalnya hari ini dan menetapkan tarikh undian pada hujung minggu ini.
Langkah itu dijangka akan membenarkan hutang siling dinaikkan sebanyak AS$1 trilion (RM3.1 trilion) kepada AS$17.7 trilion (RM56.6 trilion) berbanding AS$16.7 trilion (RM53.3 trilion) yang perlu diputuskan sebelum 17 Oktober ini.
Kelulusan langkah itu tidak melibatkan Dewan Perwakilan yang dikuasai oleh Parti Republikan yang sebelum ini menolak untuk meluluskan satu bajet persekutuan khas ekoran perbalahan berhubung rang undang-undang penjagaan kesihatan sehingga menyebabkan kerajaan AS lumpuh.
Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada usaha Reid itu akan berhasil kerana Parti Republikan dijangka akan menentangnya jika tidak melibatkan pemotongan bajet untuk mengurangkan defisit persekutuan.
Persoalannya kini ialah sama ada anggota Parti Republikan di Senat akan menggunakan pendekatan perundangan yang dikenali sebagai penghalang untuk menyekat undian akhir kepada langkah tersebut.
Sementara itu di White House, hanya 450 daripada 1,701 kakitangan kini masih bertugas selepas kira-kira tiga perempat pekerja terpaksa diberikan cuti tanpa gaji selepas AS dilanda krisis bajet, menurut pejabat bajet Presiden.
Di satu pintu masuk ke West Wing, satu tembok yang biasanya memaparkan keratan harian akhbar, tidak lagi dikemaskini sejak seminggu lalu.
Sebanyak 90 kakitangan yang biasanya bertugas di kediaman Presiden pula dikurangkan kepada hanya 15 orang. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131009/lu_03/Usaha-Senat-pulihkan-AS#ixzz2hBjUOEuX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ancam cuba bunuh lagi

New York: Pengganas Taliban yang menembak Malala Yousaafzai mengancam untuk cuba membunuh pelajar itu lagi jika berpeluang berbuat demikian.

Malala, 16, terselamat selepas ditembak di atas bas sekolah tahun lalu di Lembah Swat selepas mencetuskan kemarahan kumpulan itu menerusi kempennya yang lantang dan berani agar kanak-kanak perempuan diberi pendidikan.


Namun, jurucakap Taliban Shahidullah Shahid kelmarin berkata, remaja terbabit masih menjadi sasaran selepas menerbitkan buku mengenai pengalaman pahit yang dilaluinya itu.

Menurut Shahidullah, Malala bukan remaja perempuan yang berani dan tiada ketabahan. “Dia masih menjadi sasaran kami dan jika berpeluang membunuhnya maka kami akan rasa berbangga kerana dia menyerang Islam.


“Islam melarang membunuh wanita kecuali mereka yang menyokong kekufuran dan mencetuskan perang terhadap agama kami,” katanya.


Malala ditembak di kepala berhampiran dengan mata kiri Oktober tahun lalu selepas dia menyeru agar kanak-kanak perempuan diberi pendidikan ekoran pengharaman Taliban yang melarang golongan itu pergi ke sekolah di tempat tinggal mereka di Pakistan.

Walaupun menerima ancaman serangan asid dan penderaan terhadap kanak-kanak perempuan yang ke sekolah, Malala tetap ingkar dan berazam untuk meneruskan persekolahannya. Dengan sokongan bapanya, Ziauddin, Malala menulis diari secara maya dan melakukan wawancara dengan wartawan bagi menggalakkan kanak-kanak perempuan mendapatkan pendidikan menyebabkan dia menjadi sasaran. Buku autobiografinya ‘I Am Malala’ mengisahkan lelaki bersenjata yang melepaskan tiga das tembakan ke arahnya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ancamcubabunuhlagi/Article/index_html#sthash.HHuQsuM3.dpuf

Kerajaan Turki mansuh larangan bertudung


2013/10/09
   
Ankara: Turki memansuhkan larangan ke atas wanita memakai tudung di kawasan bangunan kerajaan semalam, antara langkah pembaharuan bertujuan memperkuat demokrasi.

Larangan itu sudah wujud lebih 90 tahun lalu sejak pembentukan Republik Turki. Ia menyebabkan ramai wanita Turki tidak menyertai perkhidmatan kerajaan.
“Satu peraturan yang secara rasmi campur tangan ke atas kebebasan berpakaian dan gaya hidup hingga menjadi punca ketidaksamaan taraf, diskriminasi dan ketidakadilan terhadap rakyat, sudah menjadi sejarah," kata Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag di Twitter.

Bagaimanapun, golongan sekular masih percaya pemansuhan itu adalah bukti kerajaan masih meneruskan agenda agama.

Peraturan itu tidak membabitkan badan kehakiman dan tentera disiarkan oleh Pekeliling Rasmi dan berkuatkuasa serta- merta.

Cara kikis sekular

Perdebatan mengenai pemakaian tudung adalah punca utama ketegangan antara golongan agama dan sekular serta menjadi isu di kalangan penduduk.
Pengkritik terhadap Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan melihat Parti AK pimpinannya sebagai cuba mengikis asas sekular republik itu selepas era pemerintahan Uthmaniyah oleh Mustafa Kemal Ataturk pada 1923.

Bagi penyokong Erdogan, beliau hanya memulihkan kesimbangan dan kebebasan meluahkan soal agama kepada penduduk.

Pemansuhan larangan itu adalah berasaskan kepada perintah Kabinet pada 1925 apabila Ataturk memperkenal beberapa pembaharuan bertujuan menamatkan cara berpakaian menunjukkan simbol agama di kalangan pekerja kerajaan.

Ia disifatkan sebagai sebahagian daripada usaha pendemokrasian oleh Erdogan sejak minggu lalu.
REUTERS

White House terima tempias penutupan kerajaan AS



BANGUNAN White House menempatkan kediaman dan pejabat Presiden AS.


WASHINGTON - Penutupan kerajaan persekutuan kini menjejaskan operasi White House apabila tiga daripada setiap empat kakitangannya terpaksa bercuti tanpa gaji.
Pada hari biasa, White House yang menjadi kediaman dan pejabat Presiden Amerika Syarikat (AS) turut menempatkan seramai 1,701 kakitangan termasuk penasihat, pembantu, chef dan pekerja lain.
Kini, kurang daripada 470 petugas yang masih bekerja di bangunan tersebut. Ia berikutan sebahagian kakitangan berkenaan berada dalam kategori 'tidak perlu' selepas operasi kerajaan AS ditutup bermula 1 Okto- ber lalu.
Situasi tersebut berpunca daripada kegagalan Kongres menetapi tarikh akhir 30 September untuk meluluskan bajet baharu kerajaan persekutuan.
Perkembangan itu menyebabkan kerajaan AS tidak mempunyai dana untuk membayar gaji kakitangan awam dan membiayai projek persekutuan.
Malah, panggilan telefon ke White House dijawab mesin rakaman yang memberitahu pemanggil untuk menelefon selepas operasi kerajaan dibuka semula. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1009&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2hAo67epf 
Hakcipta terpelihara