Monday, March 7, 2011

Askar Gaddafi lancar serangan berdarah baru

SH


TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan serangan ketenteraan baru selepas gagal mengawal sebahagian besar kawasan negaranya, yang kini memasuki hari ke-18 sejak demonstrasi negara itu bermula bulan lalu, semalam.

Menurut sumber, askar Gaddafi berjaya menembusi benteng pertahanan pemberontak di bandar Az Zawiyah selepas melancarkan serangan terhadap pemberontak menggunakan senjata api.

"Kami mengharapkan bantuan dari dunia luar untuk campur tangan krisis politik negara ini tetapi mereka telah mengecewakan kami," kata seorang warga Az Zawiyah, Ahmed.

Menurutnya, bukan minyak dan gas yang dibawa keluar menjadi masalah kepada Libya tetapi jumlah nyawa manusia yang terkorban dan campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab amat diperlukan untuk membantu melindungi rakyat negara ini.

Sekurang-kurangnya 30orang terkorban dalam serangan berdarah di Libya, kelmarin, di mana kedua penyokong pro-Gaddafi dan penunjuk perasaan antikerajaan bertempur untuk merebut mengawal kawasan ini dan angka kematian semakin meningkat.

Gantimurova rangkul Miss Russia

Berita Harian Online




2011/03/07

Natalia Gantimurova
Natalia Gantimurova
MOSCOW: Jelitawan ibu kota Russia, Natalia Gantimurova, diisytiharkan sebagai pemenang dalam pertandingan ‘Miss Russia 2011’, kelmarin.

Selain gelaran dan mahkota kemenangan, Gantimurova turut memenangi hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM300,000) serta satu geran untuk belajar di mana-mana universiti pilihannya tidak kira di mana saja lokasi universiti berkenaan.
Selain itu, sebagai ratu, Gantimurova juga perlu terbabit dalam pelbagai majlis kebajikan, sosial dan budaya bagi mempromosikan budaya dan kesenian Russia selain memperkenalkan gaya hidup sihat dan berjaya kepada masyarakat Russia selain menunjukkan sikap positif setiap masa serta menggalakkan pendidikan.
Pertandingan akhir ‘Miss Russia 2011’ itu diadakan di dewan konsert Barvikha Luxury Village di pinggir Moscow kelmarin.

Pusingan kelayakan diadakan di 86 wilayah di seluruh Russia pada bulan November hingga Disember tahun lalu.

Pertandingan ratu cantik yang diadakan setiap tahun itu terbuka ia terbuka kepada sesiapa saja yang berminat untuk bertanding dan memenuhi semua syarat pertandingan terbabit.

Antaranya, peserta mestilah berusia 17 hingga 23 tahun, mempunyai ketinggian melebihi 175 meter, warga negara Russia dan tidak ada sebarang masalah peribadi.
Seramai 50 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan akhir itu mengambil masa sebulan untuk bersedia mulai 12 Februari sehingga final berlangsung, 5 Mac.

Selain itu, semua peserta disyaratkan mengamalkan diet tertentu selain bersenam sekurang-kurangnya enam jam sehari. – Agensi

Saudi didesak benar wanita memandu

myMetro
JEDDAH: Segelintir anak muda Arab Saudi membentuk kumpulan khas dalam Facebook bagi mendesak pemimpin negara itu membenarkan wanita memandu.
Pengasas kumpulan itu, Hilal al-Harithy, berkata mereka bercadang mengemukakan petisyen kepada kerajaan diketuai Raja Abdullah untuk memberi hak memandu kepada wanita negara itu.

“Kami berharap dapat melihat wanita dibenarkan memandu tiga tahun lagi,” katanya kepada media, semalam.

Menurut Hilal, untuk sementara, gerakan itu belum dianggap sebagai satu kempen kerana ia hanya petisyen dalam talian.

Katanya, ia dimulakan kerana anak muda Arab Saudi menganggap wanita negara itu mempunyai hak sama seperti wanita negara lain dalam dunia.


“Kedudukan wanita Arab Saudi setaraf dengan wanita lain dan tiada sebab mengapa mereka dilayan sebegini,” katanya.

Selain itu, kata Hilal, mereka memahami majoriti wanita Arab Saudi berdepan masalah pengangkutan.

Justeru, katanya, penyelesaian boleh dicapai jika kerajaan membenarkan wanita memandu sendiri.

Ahli kumpulan itu, Maha Tahir, berkata Islam sendiri tidak menafikan hak wanita.

“Justeru, gerakan ini mahu menggalakkan orang ramai berbincang mengenai masalah wanita dan cara menyelesaikannya,” katanya.


Sehingga semalam, kumpulan itu disertai 1,694 pemilik akaun Facebook dan sambutannya sangat menggalakkan kerana ia semakin popular dari sehari ke sehari.


Mereka mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 15,000 tandatangan sebelum petisyen itu diserah kepada Abdullah.


Selain penduduk Arab Saudi, gerakan itu turut berusaha mendapatkan sebanyak mungkin sokongan di kalangan warga negara berkenaan yang menetap atau bekerja di luar. - SG