Wednesday, September 26, 2012

PKFZ: Dr Mahathir beri keterangan bulan depan

Tun Dr Ling Liong Sik
Tun Dr Ling Liong Sik

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mendakwa bahawa tidak pernah menerima surat daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan terdapat kesilapan pada surat yang dihantarnya berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Liong Sik, 68, yang dipanggil membela diri atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia turut memberitahu bahawa beliau juga tidak menerima balasan surat menyatakan perkara yang sama (terdapat kesilapan) daripada Kementerian Kewangan.

Katanya, surat bertarikh 29 Jun 2002 yang mengandungi maklumat kadar nilaian pembelian tanah sebanyak RM25 sekaki persegi (skp) dan kadar faedah 7.5 peratus setahun itu disediakan oleh bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan Datuk Zaharah Shaari, Timbalan KSU Datuk Abdul Rahman Mohd Noor dan bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Maritim P. Chandrasekaran.

"Sehingga saya bersara pada 28 Mei 2003, tiada seorang pun yang memberitahu bahawa terdapat kesilapan pada surat tersebut," katanya ketika pemeriksaan semula oleh peguam Wong Kian Kheong.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada pegawai yang memberitahu bahawa kadar RM25skp dan faedah 7.5 peratus itu tidak mematuhi penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Beliau didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25skp iaitu RM1,088,456,000.

Liong Sik didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002.

Sementara itu, prosiding yang bermula pada 9 pagi ini terpaksa dihentikan lebih awal apabila Wong memohon penangguhan berikutan masalah kesihatan yang dialami Liong Sik.
Liong Sik hanya memberi keterangan selama sejam setengah sebelum Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan Jumaat untuk menyambung perbicaraan.

Dr Mahathir dijangka memberi keterangan pada bulan depan berhubung kes ini. - Bernama

Madonna: Obama 'Muslim kulit hitam'

 Presiden Barack Obama
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama

WASHINGTON - Bintang pop Madonna mencetuskan kontroversi apabila dengan tidak sengaja mengelar Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sebagai orang Islam kulit hitam ketika konsertnya di Washington kelmarin.
 
Kenyataan itu diperoleh melalui satu klip video yang disiarkan di YouTube oleh penonton ketika penyanyi berusia 54 tahun itu sedang menyampaikan ucapan mengenai demokrasi di AS.
“Ia menakjubkan dan luar biasa bahawa kita mempunyai seorang Afrika-Amerika di Rumah Putih, kami mempunyai seorang Muslim berkulit hitam di Rumah Putih. Ini bermakna negara ini masih mempunyai harapan dan Obama sedang memperjuangkan hak bagi gay, maka itu sokonglah beliau,” katanya.
Agensi berita Reuters melaporkan,  tindakan itu dilakukan sekadar berjenaka dan tidak disengajakan kerana sejak memegang tampuk Presiden AS pada tahun 2008, pelbagai spekulasi tercetus membabitkan Obama yang dikatakan beragama Islam dan bukan warganegara AS.
“Ya, saya tahu Obama bukan seorang Islam namun ramai rakyat negara ini beranggapan beliau seorang Muslim maka itu berilah sokongan kepadanya, “ katanya.
Sementara itu, ketika konsert Madona di New York, penyanyi itu telah menulis perkataan ‘OBAMA’ di punggungnya, manakala pada Ogos lalu ketika konsertnya berlangsung di Rusia, beliau juga telah menyuarakan hak-hak gay sekali gus menyokong tindakan kumpulan rock Pussy Riot yang kini berhadapan dengan hukuman penjara akibat melakukan protes terhadap kepentingan kaum songsang itu.

Subhanallah, hikmat duduk Iftirash dari segi kesihatan



http://detikislam.blogspot.com,25 Sep 2012

Kebanyakan kita tidak mengetahui hikmat duduk Iftirash dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambar rajah Refleksologi, bila dalam duduk Iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki & kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk Iftirash ini memberi 'tekanan refleksologi' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan refleksologi' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands etc. spt dalam gambar rajah).

Ini merugikan! Eloklah kita cuba duduk secara Iftirash yg sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah & juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology exercise' utk bahagian kritikal - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands etc brain, neck, throat etc.

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT. Dari Abu Hamid al-Sa`idi (r.a.) katanya: "Aku melihat Nabi Muhammad (s.a.w.).. Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yg kedua (Utk membaca Tahiyyat Awal), ia duduk di atas kaki kirinya & menegakkan kaki kanan (Duduk Iftirash)....." (Hadith shohih riwayat Bukhari)

Pengajaran Hadith

1. Disunatkan duduk Iftirash pada tahiyyat pertama.

2. Duduk Itirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud & ketika duduk Istirahah (iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yg kedua)

3. Amalan duduk Iftirash adalah sunnah Rasul (s.a.w.) & apabila kita mengamal & menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala & keberkatan dari Allah (s.w.t.)

4. Amalan-amalan Rasul (s.a.w.) adalah bercahaya & boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah (s.w.t.) sumber kbakti.multiply.com

Jet peribadi: Zahid Hamidi kantoi! hahaha!



ASK,25 Sep 2012


Anwar naik jet, kecoh 1Malaysia.. Zahid Hamidi naik jet peribadi ke Mekah ni kenapa diam?


Kerana ketandusan isu untuk menyerang DSAI, kebelakangan ini kita menyaksikan blogger-blogger UMNO menjadikan jet peribadi yang dinaikki oleh Ketua Pembangkang sebagai isu besar..

Lebih besar dari Skandal PERWAJA, lebih besar dari skandal PKFZ, lebih besar dari skandal BMF malah jauh lebih besar dari skandal NFC ataupun MRT.

Meskipun Anwar telah menjelaskan bahawa jet tersebut milik seorang rakan yang mahu membantu beliau di dalam program kempen memandangkan ketika itu beliau sangat memerlukannya.

Anwar turut menjelaskan bahawa pemilik jet peribadi jenis Dassault Falcon 7X tersebut boleh diperiksa kerana ia berpangkalan di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Jabatan Penerbangan Awam.

Menurut Anwar lagi beliau sengaja mengizinkan YB Tian Chua mengambil gambar mereka ketika berada di dalam jet tersebut dan disebarkan menerusi twitter supaya ia tidak menjadi suatu rahsia supaya ia “transparent”.

Anwar menyifatkan media arus perdana termasuk blogger dan facebooker Umno sengaja memainkan isu ini untuk menakut-nakut golongan korporat agar tidak berani untuk menghulurkan bantuan seperti ini.

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari akan apa yang tersirat dari peristiwa ini..

Ini sebenarnya membuktikan kepada kita semua bahawa golongan usahawan sudah mula yakin bahawa UMNO/BN akan tumbang pada PRU kali ini oleh itu mereka berani menghulurkan bantuan.

Menariknya dalam hal ini berlumba-lumba blogger-blogger UMNO melakukan pendedahan dari harga jet hinga kepada kos bahanapi diselidik mereka..


Bersungguh-sungguh benar mereka.. tetapi mengapa Zahid Hamidi yang pernah melakukan perkara yang sama dengan Anwar lakukan iaitu terbang menggunakan jet peribadi milik kawannya tidak dipersoalkan.

Anwar cuma meminjam jet peribadi milik rakannya untuk terbang di dalam Malaysia.. tetapi Zahid Hamidi terbang ke Arab Saudi untuk mengerjakan Haji..

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku beliau terbang ke Arab Saudi untuk haji dalam jet peribadi tetapi milik kawannya, katanya.

Menteri Pertahanan itu berkata demikian bagi menjawab dakwaan beliau memiliki pesawat tersebut.

Beberapa blogger telah menuduh beliau rasuah, mempersoalkan bagaimana dia mampu mempunyai jet dengan pendapatan kerajaan.


Ahmad Zahid adalah anggota kedua Kabinet di bawah pemerhatian awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini berikutan laporan Ketua Audit Negara bulan lalu.

Dalam mesej teks kepada The Malaysian Insider , Ahmad Zahid mengaku menaiki jet ke Mekah untuk haji baru -baru ini.

Anwar hanyalah seorang Ketua Pembangkang buat masa ini dan beliau sudah tentu tidak mampu memberikan sebarang imbuhan kepada rakan yang meminjamkan jet itu kepadanya.. tetapi Zahid Hamidi adalah seorang Menteri.

Anwar Ibrahim tidak merahsiakan penggunaan jet tersebut dengan membenarkan Tian Chua merakamkan gambarnya untuk disebar di dalam Tweeter..

Tetapi Zahid Hamidi merahsiakannya sehinggalah satu e-mail mendedahkan perkara itu..

E-mail yang disebar itu..
————————————————————————————-
By Touch Down

Saya mendapat tahu baru-baru ini bahawa Dato Sri Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia pergi menunaikan haji dengan menaiki jet peribadi. Isteri beliau datang dahulu ke Madinah dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian terus ke Jeddah untuk ke Mekah.

Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa di beri untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan didalam Kementerian Pertahanan? Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?

Untuk pengetahuan semua, tiap kali beliau ke Arab Saudi bersama keluarga dan sahabat beliau, kereta dari Tabung Haji di gunakan untuk kenderaan beliau semasa di sana, walhal beliau bukan lagi Menteri Haji!! Kadangkala beberapa kereta di gunakan untuk mengangkut barang dan pengangkutan bersama sahabat karib beliau semasa di sana.

Kenderaan yang digunakan adalah dari Tabung Haji yang mana mereka di gunakan untuk urusan peribadi. Kenderaan berkenaan adalah di beli dengan wang pendeposit Tabung Haji dan mereka menyalahkannya.

Beliau sering ke Arab Saudi pada tiap tahun terutama setiap bulan Ramadhan dengan rakan kongsi yang sama beliau iaitu Tuan Sheikh Rozi. Adakah lawatan atau Umrah beliau di tanggung oleh rakan kongsi ini?

Kalau beliau tidak mengaku Sheikh Rozi rakan beliau, kenapa semasa majlis penganugerahan darjah Datuk kepada Sheikh Rozi oleh Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ni, Dato Zahid berada sama di dalam Istana Kelantan?

Tahun ini juga beliau datang Umrah bulan Ramadhan dengan pesawat peribadi yang di punyai oleh peniaga dari Sarawak (seorang Tan Sri) bersama Tuan Sheikh Rozi juga.

Rakyat berharap supaya sesiapa di dalam kerajaan yang menyalah gunakan kuasa dan kepentingan untuk urusan peribadi supaya berhenti berbuat demikian.


——————————————————————————–

Semak  e-mail tersebut di (SINI)

Buat pencaca-pencacai UMNO tu.. dedahkanlah kalau berani berapa nilai jet yang Zahid Hamidi naik tu dan berapa pula kos bahanapi untuk jet itu..

Kalau tak silap aku.. Jamil Khir pun pernah terbang dengan jet peribadi untuk satu programnya di Kedah.

------------------------------

Source: http://mediaperak.com/2012/09/25/jet-peribadi-zahid-hamidi-kantoi-hahaha/

Nak tahu macam mana ‘Awang Hitam’ kelentong kita?



http://aiyangdisayang.blogspot.com,26 Sep 2012

Nak Tahu Macam Mana ‘Awang Hitam’ Kelentong Kita? PDRM Ada Jawapannya.


Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ada mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini.
Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.

Modus operandi
a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet
(chatting/ e-mail)
b. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.
c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.
d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.
e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain.
Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.
Nasihat :
Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook PDRM

Rakyat Sabah mohon isytihar perjanjian 1976 tak sah



Harakahdaily,26 Sep 2012

(R-Sabah...kembalikan hak Sabah)


KOTA KINABALU: Sekumpulan rakyat Sabah di sini menyifatkan tindakan kerajaan Persekutuan mengambil sebahagian besar hasil petroleum dari Sabah sebagai menyalahi undang-undang.

Malah perkara itu juga menyalahi persefahaman dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Jurucakap kumpulan terbabit, Zainnal Ajamain berkata, hasil petroleum tersebut sepatutnya menjadi milik sepenuhnya rakyat Sabah.

"Petroleum 100 peratus dimiliki rakyat di Sabah, ia harus diberikan kembali dan biarkan mereka membuat keputusan untuk berapa banyak harus diberikan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya pada satu kenyatan di sini.

Semalam Zainnal yang juga seorang ahli perniagaan bersama rakan-rakan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi mengisytiharkan perjanjian antara kerajaan Sabah dan Petronas sebagai tidak sah dan terbatal.

Kumpulan terbabit yang menggelarkan diri sebagai R Sabah terdiri Lahirul Latigu, Mohd Julpikar AbMijan, Joseph Wilfred, Duli @ Dullie Mari dan Michael Peter Govind @ Mick Goviind.

Zainnal berkata, tuntutan itu selaras dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Tuaran baru-baru ini yang menyebut haram memindahkan kekayaan sesebuah negeri kalau masih ada rakyat miskin.

Katanya juga langkah tersebut dilakukan terhadap kerajaan Persekutuan kerana menafikan negeri pengeluar minyak daripada menikmati kekayaan anugerah Tuhan.

Kata beliau juga perjanjian yang ditandatangani 37 tahun lalu disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan apabila hak negeri dinafikan.
Baru-baru ini Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa mengumumkan kerajaan negeri mahu merundingkan semula Perjanjian Petroleum yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1976.

Pada perjanjian tersebut kerajaan negeri diberikan 5 peratus daripada nilai minyak yang dijumpai di tepi dan pesisir pantai Sabah, manakala 95 peratus diambil kerajaan Persekutuan.

Sebelum itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan rakyat Sabah akan mendapat royalti minyak sebanyak 20 peratus sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menerajui Putrajaya.

Zainnal berkata, kerajaan negeri dan pembangkang tidak mempunyai hak untuk menentukan kuantum royalti kepada Sabah.

Difahamkan permohonan pengisytiharan serupa juga akan difailkan di Kelantan, Terengganu dan Sarawak.

Zainnal juga memberitahu beliau dan R Sabah akan menghadiri perhimpunan pada 2 Oktober ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan menyertai konvoi ke Istana Kehakiman di Putrajaya pada 3 Oktober.

Bagi Bob, hanya PAS harapan rakyat



Rizal Tahir,26 Sep 2012

(Bob Lokman bercakap dengan penduduk Jelawat baru-baru ini)

KOTA BHARU: Rakyat di negara ini memilih perjuangan PAS memandangkan hanya parti itu harapan untuk rakyat di negara ini berlindung.

Artis terkenal, Bob Lokman berkata sama ada golongan artis, para cendikiawan termasuk dirinya memilih parti itu kerana hanya PAS sebuah parti yang berlandaskan Islam.

“Malah ianya (PAS) kemuncak pada perjuangan Islam di negara kita. Hanya parti ini yang boleh diharapkan untuk kita berlindung serta membawa kita ke jalan yang benar,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di Dataran Ilmu, Cabang Empat Gunong, di sini, baru-baru ini.

Turut berucap pada majlis itu, Adun Jelawat Abdul Aziz Kader.

Bob Lokman adalah antara artis yang awal menyertai PAS. Ketika itu, para artis menganggap PAS akan menyekat segala kegiatan artis.

Namun Bob Lokman buktikan, terdapat tempat yang baik di dalam PAS iaitu melalui pendekatan yang dibenarkan Islam.

Selepas itu, berbondong-bondong golongan itu menyertai PAS.

Menurut Bob lagi, setiap hari ada bisikan menyusuk ke telinganya supaya kembali pada zaman kegemilangannya sebagai seorang artis sama ada sebagai penulis lirik atau seumpamanya.

Menurutnya, namun seboleh mungkin beliau menolak kerana tidak mahu lagi terpalit dengan dunia berkenaan.

“Siapa tidak mahu sebuah lirik lagu sampai berbelas ribu, ada peminat, tetapi demi Islam saya akan tetap bersama PAS," tegas beliau di majlis itu.
harakah

Israel serah sebahagian besar Tebing Barat?



Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya,26 Sep 2012

JERUSALEM: Menteri Pertahanan Israel mengemukakan idea untuk meninggalkan  sebahagian besar Tebing Barat jika usaha perdamaian dengan Palestin masih tidak menunjukkan progres.

Ehud Barak berkata Israel akan menumbangkan berpuluh-puluh penempatan tetapi akan menyimpan blok penempatan utama, yang kebanyakannya berhampiran sempadan Israel, dan mengekalkan kehadiran tentera di kawasan sepanjang sempadan dengan Jordan.

Komen beliau datang dalam satu temu bual yang disiarkan Isnin lalu dalam akhbar Israel, Hayom.

Beliau berkata adalah lebih baik untuk mencapai perjanjian damai dengan Palestin selepas empat tahun menemui jalan buntu, beliau berkata Israel mesti mengambil "langkah-langkah yang praktikal."

Palestin menolak cadangan Israel tersebut. Mereka menyatakan dalam rundingan berikutnya bahawa mereka mahukan kesemua Tebing Barat.

Cadangan Barak berkemungkinan besar menghadapi tentangan hebat dari pihak konservatif Israel.

Umno tidak boleh lagi manipulasi hukum hudud

Harakahdaily,26 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Hukum hudud bukan lagi menjadi suatu momokan dan modal politik murahan yang boleh dimanipulasi oleh Umno BN untuk menjauhkan kaum bukan Islam daripada PAS.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya baru-baru ini membuktikan bahawa Umno BN semakin tidak mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

“Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya  Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan bahawa terdapat peningkatan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan merosotnya sokongan terhadap Umno BN,” kata setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Ini, katanya sekaligus membuktikan bahawa rakyat kian hari kian hilang keyakinan terhadap kebolehan Umno BN memerintah negara.

Tambahnya, dengan pelbagai isu yang terpalit kepada pemimpin BN, rakyat semakin tidak sabar untuk melihat kejatuhan mereka.

“Kajian ini juga menunjukkan bahawa segala sogokan yang diberi oleh Umno BN seperti BR1M, TR1M dan sebagainya tidak memberikan kesan kepada rakyat Malaysia.

“Semakin banyak yang dilakukan, semakin meluat rakyat kepada Umno BN. Rakyat semakin teruja melihat kejatuhan Umno BN,” ujarnya.

Menurutnya lagi, setelah 56 tahun memerintah dan menjerut leher rakyat, kini masanya untuk rakyat Malaysia membuat pembaharuan dengan memilih Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, manifesto-manifesto Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga mampu menawan hati rakyat Malaysia sehinggakan Umno BN terpaksa mencedok idea daripada buku tersebut untuk disajikan kepada rakyat.

DPPWP juga, ujarnya tertarik dengan kajian UM yang menyatakan bahawa kaum Cina semakin yakin dengan undang-undang hudud.

Ini, tambah beliau sekaligus menafikan bahawa kaum Cina di Malaysia amat fobia dengan undang-undang hudud.

Katanya, undang-undang hudud untuk umat Islam ini sememangnya diketahui umum amat adil, apatah lagi ianya amat berkesan dilaksanakan di saat negara kini mengalami kadar jenayah yang tinggi.

“Kajian ini merupakan tamparan yang hebat kepada Umno BN khususnya MCA yang dilihat cuba untuk menakut-nakutkan kaum Cina dengan isu hudud.

“Inilah hasil perjuangan PAS dari dulu hingga kini. Rakyat kini sudah mula dapat menerima hukum hudud. Penerangan demi penerangan diberikan tanpa jemu walaupun diugut dan ditolak oleh orang yang mengaku Islam sendiri,” katanya.

Beliau berkata, Umno BN walaupun memerintah namun tidak pernah ada usaha untuk memberikan kefahaman hudud kepada rakyat yang berbeza dengan PAS yang tidak memerintah namun masih mampu memberikan kefahaman tersebut.

Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi dicatat

KUANTAN – Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.
Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).
Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.
"MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah. – BERNAMA

RM2 untuk seekor tikus hidup atau mati

KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan saguhati sebanyak RM2 bagi setiap tikus hidup atau mati yang dapat ditangkap penduduk tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu.
Beliau berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini.
"Kita buat kempen ini berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus.
"Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - BERNAMA

14 militan Mesir dihukum

14 ahli kumpulan militan
14 ahli kumpulan militan dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas
didapati bersalah kerana melancarkan serangan
di Sinai pada Jun tahun lalu. Foto:Reuters

KAHERAH - Mahkamah Mesir, kelmarin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas 14 ahli kumpulan militan Takfiris selepas didapati bersalah melancarkan serangan di Semenanjung Sinai pada tahun lalu.

Menurut media tempatan, enam lagi tertuduh dikenakan hukuman penjara seumur hidup manakala empat lagi tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Keputusan tersebut diumumkan selepas diluluskan oleh ulama tertinggi dan ia diisytihar sah untuk dilaksanakan di bawah sistem undang-undang Mesir.

Kesemua tertuduh didakwa terlibat dengan serangan yang dilancarkan balai polis utama el-Arish dan bank berhampiran sehingga menyebabkan beberapa anggota keselamatan termasuk orang awam terbunuh pada Jun tahun lalu.

Mereka juga bertindak menggempur balai polis tersebut dan memusnahkan patung bekas Presiden Anwar Sadat yang dibunuh selepas menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1981.-AP

Lebih 2,000 askar Syria paling tadah

askar Syria
Ribuan askar Syria yang berpaling tadah dibawa ke tempat
perlindungan khas dan disediakan kawalan keselamatan. Foto: AP
AMMAN - Lebih 2,000 askar rejim Presiden Syria Bashar al-Assad berpaling tadah dan melarikan diri ke Jordan sejak konflik tercetus di negara itu pada tahun lalu, menurut komander pengawal sempadan, kelmarin.

Menerusi wawancara bersama akhbar al-Dustour, Jeneral Hussein al-Ziyud memaklumkan bilangan pelarian Syria yang merentasi sempadan sehingga Rabu lalu telah mencecah 74,000 orang dan 2,053 daripada mereka adalah askar.

"Kumpulan anggota tentera itu dibawa ke tempat perlindungan khas yang turut disediakan kawalan keselamatan. Kebanyakan daripada  mereka cedera ditembak semasa cuba untuk memasuki Jordan.

Keadaan itu telah mendorong pihak berkuasa kami untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Awal bulan lalu, Menteri Luar Nasser Judeh memberitahu lebih 200,000 pelarian Syria telah mendapatkan perlindungan di negara itu berikutan konflik yang semakin meruncing di negara tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Riad Hijab yang berpaling tadah daripada rejim Assad pada awal bulan lalu juga dilaporkan berada di Jordan.

Sementara itu, bekas anggota angkatan bersenjata Syria turut mendapatkan perlindungan di sebuah kem khas di Turki

Menurut laporan terbaru, angka korban di Syria kini mencecah 20,000 orang.-AFP

Pengiriman wang pulang ke India dijangka melepasi US$75 bilion


NEW DELHI - Penurunan mendadak nilai rupee sejak setahun lepas telah menyebabkan lonjakan pengiriman wang ke India oleh rakyat bukan residen negara itu (NRI) dan dijangka melepasi US$75 bilion (RM230 bilion) pada 2012-2013.

India menerima US$66 bilion (RM202 bilion) pada tahun kewangan 2011-2012 dari pengiriman wang oleh rakyatnya di seberang laut, yang menunjukkan lonjakan 19 peratus berbanding aliran masuk pada 2010-2011 sebanyak US$56 bilion (RM171 bilion) dan US$54 bilion (RM165 bilion) pada tahun fiskal 2009-2010.

“Walau pun rupee tidak merosot sebanyak 12 bulan lepas, pengiriman pulang wang dijangka kekal kukuh dan dijangka melepasi US$75 bilion pada 2012-2013,” demikian menurut satu kajian Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri India (ASSOCHAM).

Mata wang itu mencatatkan paras paling rendah Rs57.16 berbanding satu dolar US pada 22 Jun.

Penurunan nilai rupee sehingga kira-kira 25 peratus sejak setahun lepas, telah memberi kesan positif pada pengiriman pulang wang oleh NRI, yang memberikan kesan positif disebabkan kemelesetan teruk di dalam ekonomi Barat, kata kajian itu.

"NRI akan terus menghantar pulang dana kerana dolar yang lebih mahal memberikan pulangan lebih baik bagi mereka selepas ditukar kepada mata wang India dan satu lagi kecairan di pasaran Barat dijangka meningkat."

"Ini, sebaliknya akan turut mengalir ke India, juga melalui pengiriman pulang wang bersama-sama para pelabur institusi asing," katanya.

Presiden ASSOCHAM Rajkumar N Dhoot berkata pengiriman pulang wang yang aktif memberi sokongan terhadap masalah defisit akaun semasa India berikutan kebimbangan kerana kemerosotan eksport barangan niaga."

Defisit akaun semasa pada tahun fiskal 2012-2013 diunjurkan 3.6 peratus hingga 3.7 peratus daripada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK).

Menurut data Reserve Bank of India, Utara Amerika, Negara-negara Teluk dan Eropah adalah sumber utama pengiriman pulang wang dari rakyat India di seberang laut. - Bernama

Bapa sakit saraf rayu bantu bawa pulang anak dari Lampung

Aishah Baharom
Mohd Noor dan Aishah menunjukkan gambar Hamidah.

ALOR SETAR- “Saya sebak apabila mendengar tangisannya setiap kali dia menghubungi saya dan meminta mencari jalan untuk membantunya pulang ke tanah air,” demikian luahan Aishah Baharom, 67, yang menanti kepulangan anaknya.
Aishah buntu memikirkan cara untuk membawa pulang anaknya Hamidah Mohd Noor, 46, yang dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Taufik ke Indonesia sewaktu  bekerja di kilang di Pulau Pinang.
Aishah berkata, berdasarkan kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dihantar anak keempat dari enam beradik itu, dia kini tinggal di Kampung Adi Mulyo, Lampung, Indonesia setelah pergi ke sana sejak 11 tahun lalu.
Menurutnya, Hamidah sering bertanyakan khabar dan menghubungi dia dan suami, Mohd Noor Shaari, 75, yang kini mengalami penyakit saraf.
“Setiap kali dia (Hamidah) menghubungi saya, dia pasti akan menangis merayu kepada saya untuk mencari jalan supaya dia dapat pulang ke pangkuan keluarga selain dia amat merindui kami.
“Dia juga ada memaklumkan mahu pulang untuk melihat bapanya yang tidak sihat namun katanya tidak mendapat keizinan daripada suami,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Wira, Mergong.
Aishah mendapat tahu Hamidah berada di Indonesia setelah menerima surat daripada anaknya yang memaklumkan dia berkahwin dan mempunyai seorang anak yang kini berusia lapan tahun.
Menurutnya, Hamidah ada memaklumkan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mengikut Taufik ke Indonesia dan hanya tersedar berada di sana setelah melahirkan anak tunggalnya.
Sebelum bekerja di Pulau Pinang, Hamidah pernah berkahwin selama lapan tahun namun, bercerai.
Menurutnya, ketika Hamidah bekerja di Pulau Pinang, dia langsung tidak pernah meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan Taufik atau mahu ke Indonesia walaupun pernah membawa Taufik ke rumah.
“Hamidah anak yang mendengar kata, saya juga terkejut bagaimana dia boleh mengikut lelaki pergi ke Indonesia.
“Saya amat berharap anak saya dapat pulang ke Malaysia kerana setiap hari saya membayangkan keadaannya di sana, apatah lagi setelah dimaklumkan mengenai kehidupannya sekarang yang serba kekurangan,” katanya.
Bapa Hamidah, Mohd Noor yang terlalu merindui anaknya tidak putus-putus memanjatkan doa supaya  ada pihak yang dapat membantu membawa Hamidah pulang.
Dia yang tidak mampu untuk berjalan terlalu lama, setiap hari akan menunggu panggilan daripada Hamidah untuk melepaskan rindu.
“Saya rindu sangat dengan anak saya dan merayu supaya ada pihak yang dapat membantu kami membawa pulang Hamidah agar kami dapat bertemu dan berkumpul seperti dahulu,” katanya.

Pengasas bersama Apple mahu jadi warga Australia

Steve Wozniak
Steve Wozniak

SYDNEY - Pengasas bersama syarikat multinasional Apple, Steve Wozniak, semalam mendedahkan beliau berharap untuk menjadi warga Australia.

Menerusi wawancara bersama akhbar Australian Financial Review, Wozniak, 62, menyatakan beliau teruja untuk menjadi warga negara itu kerana kagum dengan rancangan kerajaan yang mahu melancarkan rangkaian jalur lebar ke seluruh negara.

Jurutera komputer Amerika Syarikat tersebut menamatkan kerjaya sepenuh masanya bersama Apple pada 1987, iaitu selepas 12 tahun mengasaskan syarikat yang kini menghasilkan pelbagai peralatan termasuk telefon pintar terlaris pada abad ini.

Difahamkan, Rangkaian Jalur Lebar Kebangsaan (NBN) yang berjaya menarik minat beliau itu menelan kos AS$37.4 bilion (RM115 bilion) dan ia bertujuan untuk memberi akses internet  dengan kelajuan lebih tinggi kepada pengguna menjelang 2021.-AFP

Mohon semak semula keputusan

Mohon semak semula keputusan
Kamarudin menunjukkan MyKid anaknya, Rusmadi
yang tidak layak menerima bantuan.
ROMPIN - Sebahagian ibu bapa murid Orang Asli sebuah sekolah rendah, di sini, meluahkan rasa kesal berikutan anak mereka tercicir daripada menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang mula diagihkan sejak semalam.

Difahamkan, kira-kira 30 murid tidak terpilih menerima bantuan sebanyak RM450 setahun itu walaupun ibu bapa mendakwa anak mereka layak menerimanya.

Mohon semak semula keputusan
Derma yang terpaksa berjalan kaki menghantar anak ke 
sekolah merayu supaya anaknya disenaraikan sebagai penerima bantuan.
Rata-rata ibu bapa mempersoalkan ketulusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) berhubung perkara itu memandangkan kesemua mereka tersenarai dalam e-Damak yang melayakkan mereka menerima bantuan terbabit.


Penuhi syarat

Seorang penduduk Kampung Kerpal, Sima a/p Raya, 31, berkata, kedua anaknya tidak memperoleh bantuan itu walaupun mereka kerap hadir ke sekolah dan memenuhi syarat yang ditetapkan pihak Kementerian Pelajaran.

Menurutnya, mengikut syarat KWAPM, ibu bapa yang tersenarai dalam e-Kasih atau e-Damak layak menerima bantuan melainkan jika anak mereka tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut tanpa sebarang alasan.

“Dua anak saya tidak dapat bantuan itu sedangkan tahun lalu mereka dapat. Dengan duit itulah saya boleh beli pakaian dan kelengkapan sekolah mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Sima berkata, dia terpaksa menempuh perjalanan sejauh kira-kira 20 kilometer untuk menghantar anaknya, Tan Beng Wen, 10, dan Tweeni, 8, ke sekolah menaiki motosikal dan sudah tentu memerlukan banyak perbelanjaan.

"Sehari RM6 perlu dibelanjakan untuk isi minyak motosikal. Suami pula hanya kerja kampung dan pendapatannya pula tidak sampai RM500 sebulan. Saya harap Jakoa dapat membantu menyelesaikan masalah kami,” katanya.

Adiknya, Rasyidah Raya, 26, berkata, dia hampa kerana segala borang dan maklumat yang diperlukan sudah lengkap dihantar kepada pihak berkenaan, namun terkejut apabila nama anaknya tidak tersenarai.

Menurutnya, dia berhasrat membeli pakaian sekolah baru untuk anaknya, Norasyikin a/p Rosli, 8, sekiranya mereka memperoleh bantuan itu.

“Sudah lebih setahun anak saya guna baju lama. Saya memang bercadang nak beli baju dan kasut sekolah untuknya supaya dia bersemangat ke sekolah, tapi malangnya namanya tidak terpilih," katanya.


Hidup susah

Seorang ibu tunggal, Derma a/p Sugai, 33, berkata, setiap hari, dia tidak pernah jemu berjalan kaki sejauh 15 kilometer menghantar anaknya, Lee Chun Siang, 8, ke sekolah memandangkan tidak mempunyai kenderaan.

Bagaimanapun katanya, pilu hatinya apabila anaknya tidak tersenarai sebagai penerima bantuan, apatah lagi dia kini terpaksa menyara tiga anak yang masih kecil sendirian selepas bercerai dengan suami kira-kira setahun lalu.

“Dahulu saya dan bekas suami tinggal di Kampung Mikang dan anak-anak bersekolah di SK Kampung Aur, namun setelah berpisah saya pulang ke kampung dan tinggal bersama ibu bapa di Kampung Tanam,” katanya.

Menurutnya, akibat kesempitan hidup, seorang anak perempuannya tidak mahu ke sekolah kerana penat berulang-alik ke sekolah yang terletak jauh dari rumah.

“Saya sangat berharap kerajaan simpati dengan nasib saya sekeluarga. Saya hanya menoreh getah untuk menyara kehidupan. Jika ada bantuan itu, sedikit sebanyak dapat meringankan beban,” katanya.

Kamarudin a/l Pak Bayan, 37, berkata, tiga anaknya bersekolah, namun hanya dua yang menerima bantuan itu.

“Saya hanya dapat RM900, sedangkan saya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah.

"Sepatutnya saya layak menerima RM1,350 kerana setiap seorang murid Orang Asli layak mendapat RM450 setahun,” katanya.

Chak a/l Julang, 35, berkata, seorang daripada dua anaknya juga tidak tersenarai sebagai penerima, sedangkan pada tahun lalu, kedua mereka menerimanya.

Chak yang hanya bekerja mengambil upah menangkap burung berkata, dengan adanya bantuan itu, dapat menampung perbelanjaan mereka sekeluarga berikutan pendapatannya hanya RM400 sebulan.

“Kalau saya ada pendapatan lebih, mungkin saya tak kisah, tapi dengan pendapatan rendah seperti ini, ia sangat memberi tekanan kepada saya sekeluarga,” katanya.

Seorang lagi bapa, Azman Boh Suan, 48, berkata, hasrat kerajaan melihat anak-anak Orang Asli berjaya dalam pelajaran mungkin tidak menjadi kenyataan sekiranya keperluan pendidikan masyarakat itu tidak dipandang serius.

“Jakoa perlu menyemak semula senarai nama pelajar yang tidak menerima bantuan ini dan perlu kemukakan nama-nama mereka ini kepada pihak Kementerian Pelajaran supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang layak,” katanya.


Rujuk Jakoa daerah

Pengarah Jakoa Negeri, Isa Ab Hamid berkata, ibu bapa yang tidak menerima bantuan itu boleh berhubung terus dengan Jakoa Daerah Rompin di pejabat cawangannya di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kedaik untuk tindakan susulan.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan permohonan mereka tidak diluluskan. "Kemungkinan maklumat yang diisi ibu bapa tidak lengkap atau borang dihantar lewat,” katanya.

Tidak puas hati air berkeladak

Tidak puas hati air berkeladak
Azmi menunjukkan bekalan air paip diterima di rumahnya
di PAKR Pekan Ajil, pagi kelmarin.

KUALA BERANG - Penduduk di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Pekan Ajil di sini tidak puas hati dengan kualiti air yang dibekalkan di kawasan itu kerana air akan bertukar kehitaman dan berkeladak pada waktu pagi hingga tengah hari.

Menurut seorang penduduk, Azmi Salleh, 50, setiap pagi dia terpaksa mandi air hitam yang berkeladak kerana tidak mempunyai pilihan lain.

"Keadaan ini sudah berlarutan selama dua bulan, kadang-kadang air yang keluar bukan sahaja berkeladak tetapi berwarna kehitaman sehingga boleh menyebabkan badan gatal-gatal.

"Selain berdepan dengan risiko penyakit kulit kami juga khuatir dengan makanan yang disediakan dengan menggunakan air yang tidak bersih ini yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan," katanya.

Kata Azmi, sebanyak 15 keluarga dari blok yang sama berhadapan dengan masalah ini setiap hari.

“Sejak 14 tahun saya tinggal di sini, ini kejadian pertama yang dialami.

"Keadaan ini hanya berlaku awal pagi hingga ke tengah hari sahaja dan akan kembali pulih  seperti biasa selepas itu," katanya.

Lebih menyedihkan katanya, anak-anak terpaksa ke sekolah dalam keadaan tidak selesa kerana menggunakan air yang tidak bersih untuk mandi.

Disebabkan tidak sanggup menggunakan air kotor itu, Azmi kadang-kadang terpaksa mandi di surau berdekatan  rumahnya.

"Kami terpaksa membasuh kain pada sebelah petang untuk mengelakkan kekotoran pada air melekat pada pakaian terutama pada kain yang berwarna putih.

"Keadaan ini menyukarkan isteri yang bekerja kerana hanya boleh membasuh pakaian setelah balik dari kerja," katanya.

Sehubungan itu kata Azmi, dia berharap pihak berkaitan dapat menyiasat punca penurunan kualiti air ini dan mengambil langkah segera untuk mengatasinya kerana biarpun air yang dibekalkan tidak berkualiti tetapi pengguna tetap perlu membayar bil bulanan.

"Saya sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berkenaan tetapi keadaan masih tidak berubah,” katanya.

Tak sempat terima bantuan

Siti Suniza
Gambar ini dirakam ketika Sinar Harian melawat arwah Siti Suniza
bersama anak perempuannya pada 9 September lalu.
SUNGAI KARANGAN - Seorang ibu tunggal yang menderita akibat barah pipi tidak sempat menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila dia menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Manggis kira-kira jam 1 pagi, 22 September lalu.
Sebelum ini, penderitaan Siti Suniza Suid, 21, mendapat perhatian daripada JKM apabila dia diberikan bantuan sebanyak RM300 seperti yang dilaporkan akhbar ini 10 September lalu.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Merbau Pulas yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Serai, Halim Hassan ketika melawat jenazah berkata, sebelum ini keadaan Siti Suniza tidak membimbangkan tetapi selepas menjalani pembedahan di bahagian muka beberapa bulan lalu, pipinya semakin membengkak sehingga mengakibatkan mata kanannya tertutup.
Siti Suniza Suid
Halim (dua, kanan) ketika membaca doa sebelum
jenazah dibawa ke tanah perkuburan. 
Menurutnya, Siti Suniza sudah menjalani empat pembedahan di bahagian muka termasuk rawatan kimoterapi. Doktor berusaha membuang ketumbuhan di bahagian dalam muka dan mulut mangsa tetapi keadaan bengkak di pipinya masih tidak menampakkan sebarang perubahan.
"Arwah tenat sejak seminggu lalu tetapi masih sedarkan diri. Warisnya memaklumkan kepada saya, arwah muntah darah beberapa kali sebelum tidak sedarkan diri.
"Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karangan. Ini merupakan kes barah kedua yang mengakibatkan kematian. Sebelum ini seorang pelajar perempuan turun mengalami nasib sama setelah mengalami barah tulang.
"Saya minta Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Majlis Ketua Kampung (MKK) untuk memaklumkan kepada saya lebih awal sekiranya ada kes seumpama ini. Kita akan berusaha menghantar mangsa terlibat untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kubang Kerian, Kelantan,” katanya.

Rita Rudaini syukur, mahkamah batal permohonan Aidil

Rita Rudaini
Rita Rudaini

SHAH ALAM – "Saya bersyukur kepada ALLAH kerana kebenaran telah terbukti.”

Demikian kata pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar dengan nada gembira selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan permohonan suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) ke atas dua anak mereka.

Rita mengakui tidak pernah melakukan kesalahan dan tidak pernah berasa takut dengan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan.

"Saya benarkan Aidil Zafuan jumpa anak. Selepas tiga bulan beliau menghilangkan diri, Aidil Zafuan pernah bertemu dengan anak sebanyak empat kali.

"Bukan saya yang keluar rumah bawa anak. Jika dia (Aidil Zafuan)  maklumkan kepada saya untuk jumpa anak, saya akan benarkan jika saya dan anak ada di rumah," katanya.

Sebelum itu, Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar menerima bantahan awal Rita berhubung status permaustautin pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Menurutnya, Aidil Zafuan gagal membuktikan yang dia tinggal di USJ Subang Jaya kerana tidak mengemukakan alamat tempat tinggal secara kursus kepada mahkamah.

"Justeru, mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan plantif," katanya.

Mohamed Fouzi juga memerintahkan Aidil Zafuan membayar kos RM3,000 kepada Rita.

Rita, 36, berbaju kurung moden biru tiba di mahkamah jam 9.25 pagi manakala suaminya tidak hadir dan diwakili peguam Norasyada Osman.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain ketika ditemui di luar mahkamah  berkata, bantahan awal berkenaan difailkan anak guamnya terhadap  Aidil Zafuan membabitkan isu tempat tinggal.

Katanya, Aidil Zafuan menggunakan alamat rumah yang didiami Rita  di Damansara ketika permohonan hak penjagaan anak difailkan sedangkan beliau mengakui sudah meninggalkan rumah berkenaan sejak Januari tahun ini.

Beliau berkata, alamat penyampaian yang digunakan peguam Aidil Zafuan  juga adalah alamat di Negeri Sembilan.

“Beliau kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau sudah berpindah ke USJ 1, tetapi tidak pernah pada bila-bila masa, dalam dokumen yang digunakan dalam prosiding itu," katanya.

Permohonan hak penjagaan anak  difailkan Aidil Zafuan pada 20 Jun lalu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan diserahkan kepada isterinya pada 27 Jun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Media sebelum ini melaporkan rumah tangga pasangan suami isteri itu tegang apabila Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara.

'Saya tidak dapat memaafkan pembunuh suami saya'

Zanariah Mat Ramli
Zanariah Mat Ramli

KAMUNTING – "Saya tidak dapat memaafkan pembunuh yang telah menembak suami saya. Saya mahu pihak berkuasa mengenakan hukuman yang sewajarnya ke atas suspek yang telah menembak suami saya," luahan isteri mangsa tembak pegawai keselamatan, Hasnol Hafiz Saad, 28.
Zanariah Mat Ramli, 27, berkata, beliau tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa arwah suaminya.
“Kini saya perlu terima ketentuanNya dengan tabah dan meneruskan hidup seperti biasa walaupun arwah telah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Kampung Sungai Relong, di sini semalam.
Beliau berkata, walaupun kini telah mengetahui enam suspek yang terlibat dalam kejadian itu berjaya ditahan pihak polis, namun hatinya masih tidak tenang kerana suspek utama masih belum dikesan.
“Saya memang harap sangat individu yang terlibat dan bertanggungjawab di atas kematian arwah segera diberkas supaya hukuman yang sepatutnya dijatuhkan kepadanya,” katanya.
Tambah beliau lagi, sejak kejadian itu berlaku, beliau banyak mendapat sokongan dan nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan termasuk ibu mertua.
“Saya juga bersyukur kerana walaupun setelah ketiadaan arwah, ahli keluarga dan orang sekeliling sentiasa ada memberikan dorongan dan semangat supaya saya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Malah ibu mertua juga sentiasa memberikan nasihat supaya selepas ini dapat menjaga diri dengan baik,” katanya.
Sementara itu, bapa beliau, Mat Ramli Abd Hamid, 60, berkata, beliau bersyukur kerana telah ada suspek yang berjaya ditahan.
“Terima kasih kepada pihak polis kerana cepat menjalankan siasatan sehingga berjaya menahan enam suspek yang terlibat dalam kes tembakan Hasnol,” katanya.
Walaupun enam suspek yang terlibat telah ditahan, namun beliau tetap mahu suspek utama yang terlibat dalam kes tembakan menantunya 18 September lalu dihadapkan kemuka pengadilan.
“Saya rasa sangat tidak berpuas hati disebabkan kejadian itu kami sekeluarga telah kehilangan arwah buat selama-lamanya.
“Arwah juga adalah menantu lelaki pertama dalam keluarga dan kehilangannya memang begitu terasa,” katanya.
Mat Ramli berkata, beliau sekeluarga amat berharap agar pihak polis dapat meneruskan usaha mengesan suspek.

Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi

Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi
Satu lagi karikatur dibawa akhbar Al-Watan.
KAHERAH - Akhbar Mesir mula melancarkan kempen membalas karikatur majalah Perancis, Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW minggu lalu.
Laporan BBC menyebut Al-Watan menerbitkan 13 karikatur kelmarin di bawah slogan "Lawan karikatur dengan karikatur".
Salah satunya menunjukkan pemandangan Menara Pusat Dagangan Dunia (WTC) terbakar dengan kapsyen berbunyi "Kaca mata Barat bagi dunia Islam".
Majalah Charlie Hebdo menyiarkan karikatur susulan klip video yang dimuat naik menerusi YouTube awal  bulan ini.
Akhbar Mesir terbit karikatur ‘lawan’ majalah Perancis hina Nabi
Salah satu daripada 13 karikatur dibawa oleh akhbar Mesir, Al-Watan. – Foto ihsan BBC
Hampir 60 orang dilaporkan terbunuh dalam protes ganas membantah filem Innocence of Muslims dan karikatur majalah itu.
Protes membantah filem itu tercetus di Mesir dan Libya pada 11 September lalu.
Al-Watan dilaporkan memperuntukkan 12 muka surat untuk membalas kandungan dibawa Charlie Hebdo. Karikatur-karikatur dimuatkan dalam dua halaman penuh.
Seksyen itu juga menyertakan artikel ditulis oleh penulis-penulis sekular popular, antaranya Pengarah Penyelidikan Carnegie Middle East Centre, Amr Hamzawi dan Mufti Besar Mesir, Ali Gomaa.
Laporan BBC juga menyebut bahawa pembaca-pembaca Al-Watan, yang kritikal ke atas Presiden Mesir, Mohammed Mursi, memberi reaksi positif dengan memuji idea tersebut.

Britain siap ekstradisi Abu Hamza ke AS

LONDON: Britain bersedia untuk menyerahkan penceramah radikal Islam, Abu Hamza kepada Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan keganasan setelah Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menolak rayuan terakhirnya.

Mahkamah berkenaan semalam mengekalkan keputusan 10 April lalu untuk mengekstradisi suspek pengganas kelahiran Mesir itu dan empat yang lain.
Jurucakap Jabatan Keadilan AS, Dean Boyd berkata, negaranya ‘berpuas hati’ dengan keputusan itu dan berikrar akan bekerjasama dengan Britain untuk proses mengekstradisi Abu Hamza.

Kerajaan Britain juga mengalu-alukan keputsan itu.


Semua suspek sebelum ini membantah keputusan mengekstradisi mereka kerana bimbang menerima layanan buruk jika dihantar ke AS.


Abu Hamza, bekas imam Masjid Finsbury Park di utara London, dikehendaki di Amerika Syarikat atas tuduhan menubuhkan kem latihan ala al-Qaeda untuk melatih militan di Oregon, barat laut AS.

Dia juga dituduh mengirim wang dan mengambil rekrut bagi membantu Taliban dan al-Qaeda di Afghanistan di samping menolong penculik di Yaman menculik 16 pelancong pada 1998.

Hamza yang berusia 50-an tahun, buta sebelah mata dan mengguna cangkuk pada sebelah tangannya, menjalani hukuman penjara tujuh tahun di Britain pada 2006 atas tuduhan menghasut penduduk Islam membunuh penganut agama lain. - AFP

Baju Merah, Kuning tegang

BANGKOK: Penyokong kumpulan Baju Merah dan Baju Kuning saling mengutuk antara satu sama lain di luar pejabat Bahagian Pencegahan Jenayah, semalam.

Kedua-dua kumpulan terbabit berkumpul di situ selepas polis memanggil seorang wanita bekas guru yang membuat tuduhan terbuka terhadap penyokong kuat Baju Merah, Darunee Kritbunyalai.


Bekas guru itu mendakwa Darunee memfitnah institusi raja Thailand bulan lalu.

Saksi berkata, hampir 200 orang penyokong Baju Merah dan 50 dari Baju Kuning berkumpul di depan bangunan berkenaan.


“Kebanyakan mereka berusia lebih daripada 40 tahun,” katanya. Menurut saksi, ketika kumpulan Baju Merah mengibarkan bendera, menunjuk isyarat lucah dan melaungkan kecaman, kumpulan Baju Kuning kelihatan gementar dan gelisah. Pada ketika tertentu, penyokong Baju Merah cuba melintas jalan menuju ke arah kumpulan bertentangan tetapi membatalkan niat mereka sejurus kemudian. Tiada sebarang senjata digunakan kedua-dua pihak, sebaliknya membaling botol minuman plastik ke arah pihak lawan. - BP

Pengganas kian bahaya

JAKARTA: Rangkaian pengganas menggelar diri mereka al-Qaeda Indonesia memasang bom dengan kekuatan amat besar berbanding bom sebelum ini tetapi tidak sempat digunakan apabila diserbu pihak berkuasa.

Jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli Amar, berkata bom berkenaan berbeza antara satu sama lain kerana dibuat bergantung kepada sasaran dikenal pasti.


Menurut Boy Rafli, bom itu sepatutnya disembunyikan dalam periuk elektrik atau periuk automatik. “Mereka menyiapkan bom paip dan bom botol yang memberi kesan berbeza antara satu sama lain,” katanya kepada media, semalam.

Boy Rafli berkata, polis menemui bom itu ketika menggeledah rumah lapan suspek pengganas diketuai Badri Hatono yang juga dikenali sebagai Toni, 45. Mereka ditangkap di Solo, Jawa Tengah dalam operasi khas skuad elit antipengganas pada Sabtu lalu.


Kata Boy Rafli, di rumah Badri, polis menemui 11 suis peledak, baja urea, belerang serta pelbagai bahan untuk membuat bom.


“Di lokasi lain, polis merampas bom cecair nitroglycerin, empat bom paip aktif, serbuk hitam dan bahan peledak lain,” katanya. Berdasarkan penemuan itu, kata Boy Rafli, polis percaya pengganas kini membuat bom bukan hanya dengan bahan kimia pepejal, sebaliknya mengembangkan kebolehan itu menggunakan cecair nitroglycerin.

“Campuran bahan kimia itu memberi kesan bakar yang lebih dahsyat berbanding bom sebelum ini.


“Selain itu, kesan kerosakan juga boleh mencapai keluasan ukur lilit 100 meter,” katanya. Bagaimanapun, polis berkata, sasaran sebenar bom itu belum diketahui setakat ini. - Kompas

Tolak campur tangan asing

NEW YORK: Presiden Mesir, Mohamed Mursi semalam berkata, beliau menentang segala bentuk campur tangan ketenteraan di Syria.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau percaya Presiden Bashar al-Assad perlu meletak jawatan bagi menyelesaikan konflik di negara itu.
Dalam satu wawancara dengan pengacara Charlie Rose dari stesen televisyen PBS sebelum Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sini, Mursi berkata kuartet negara Arab, Mesir, Iran, Arab Saudi dan Turki dapat membantu menghentikan konflik yang berlarutan selama 18 bulan itu.

“Saya menentang campur tangan tentera asing di Syria. Saya tidak menerimanya dan saya rasa ia satu kesilapan besar sekiranya dibiarkan berlaku dan Mesir tidak setuju dengan cara ini,” katanya melalui penterjemah.


Mursi berkata, negara Arab perlu menyokong penduduk Syria ke arah pembebasan.


“Bashar tiada pilihan lain kecuali meletak jawatan,” katanya. - AFP

Amaran AS kepada Iran

NEW YORK: Presiden Barack Obama semalam memberi amaran kepada Iran, Amerika Syarikat (AS) ‘akan lakukan apa yang perlu’ untuk menghalang Republik Islam itu memiliki senjata nuklear.

Berucap di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Obama berkata, Iran masih mempunyai masa untuk menuruti gesaan masyarakat antarabangsa bagi menghentikan program nuklearnya.
Bagaimanapun, katanya, masa itu semakin terhad.

Amaran itu dilihat sebagai usaha untuk mengurangkan kebimbangan Israel mengenai cara AS mengekang impian Iran untuk memiliki senjata nuklear.


Ia juga dianggap sebagai jawapan kepada kritikan pencabarnya dalam pilihan Presiden AS, Mitt Romney yang menuduhnya gagal menangani Kebangkitan Arab, merosakkan hubungan dengan Israel dan tidak bertindak secukupnya ke atas Iran.


Obama memberitahu sidang berkenaan, beliau tidak akan memberi Iran peluang untuk memperoleh senjata itu dan seterusnya akan berusaha menangani isu program nuklear berkenaan.

“Ia bukanlah cabaran mudah sekiranya Iran mempunyai senjata nuklear. Ia akan mengancam kewujudan Israel, keselamatan di rantau Teluk dan kestabilan global,” katanya.

AS dan Israel yakin Iran berhasrat menghasilkan senjata atom menerusi program nuklearnya.

Dalam ucapannya itu, Obama turut merayu pemimpin dunia untuk bersatu bagi menghalang serangan seterusnya terhadap misi diplomatik negara itu. - AFP

Jumlah warga Malaysia, Singapura berhibur di Batam meningkat sejak pusat perjudian dibuka

BATAM: Semakin ramai warga Malaysia dan Singapura menghabiskan masa hujung minggu di Batam sejak beberapa bulan lalu ekoran pembukaan pusat rekreasi berkaitan perjudian di pulau berkenaan.

Walaupun pihak berkuasa menafikan mereka membenarkan semula aktiviti perjudian di situ, rekod menunjukkan sebanyak 14 lesen “kemudahan rekreasi dan perjudian” diberi untuk merangsang sektor pelancongan di situ.


Ia juga dibuat bagi menyediakan kemudahan pusat hiburan kepada pelabur asing di Pulau Batam. Ketua Unit Pelancongan Batam, Yusfa Hendri, berkata jumlah pelancong asing meningkat ketara di situ, sekali gus merancakkan bisnes sektor perhotelan, restoran dan pengangkutan.

“Secara tidak langsung, ia menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di Batam,” katanya. Menurut Yusfa, pihaknya menerima 30 permohonan membuka pusat rekreasi dan perjudian dan tiada satu pun ditolak. Polis pernah menutup pusat perjudian di Batam pada November tahun lalu ekoran bantahan komuniti Islam setempat. - Kompas