Oleh Suara Keadilan |
Saya merujuk kepada laporan akhbar The Star yang memetik kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek mengenai skandal seks video yang didalangi oleh tokoh-tokoh Umno. Akhbar milik MCA itu memetik seruan Datuk Seri Chua Soi Lek supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Dato’ Seri Anwar) bukanlah si pelaku di dalam video. Saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba membuat komen mengenai moral dan integriti. Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Datuk Seri Chua Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam melakukannya. Perancangan UMNO untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti. Rabu lalu ramai rakyat Malaysia terketawa apabila Tan Sri Rahim Thamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral. Semalam, seorang lagi ahli politik Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Chua Soi Lek mula berani bercakap mengenai moral walaupun rekodnya penuh kotor dengan skandal seks. Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti. Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik. Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia. Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya: 1. Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas; dan 2. Tan Sri Rahim Thamby Chik meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda kerana penglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini. Jika Datuk Seri Chua Soi Lek tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi Umno ini kerana rekod moralnya sangat memualkan. CHUA TIAN CHANG NAIB PRESIDEN KEADILAN AHLI PARLIMEN BATU |
Monday, March 28, 2011
Soi Lek 'Pelakon Video Lucah' Cuba Pertahan Rahim 'Perogol Budak Bawah Umur'
Umno Jadi Dalang Paksa Hakim Ubah Keputusan Terima 3 Barang Bukti
Oleh Suara Keadilan |
Parti Keadilan Rakyat negeri Selangor memandang berat isu penerimaan semula tiga barang yang dikatakan mempunyai DNA Anwar Ibrahim oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Zabidin Mohd Diah. DNA yang dikutip daripada tiga barangan tuala, berus gigi dan botol air adalah diperolehi secara tidak sah. Selalunya penerbalikan keputusan hakim hanya akan berlaku sekiranya terdapat rayuan kepada mahkamah yang lebih tinggi, namun sikap tidak konsisten Hakim Mohd Zabidin ini menimbulkan tanda tanya sama ada benar dakwaan sesetengah pihak dalam bidang kehakiman sendiri, bahawa Umno telah mendesaknya untuk berubah fikiran. Ini kerana memandangkan keputusan awalnya untuk tidak menerima DNA daripada pemeriksaan haram, menghapuskan apa jua ruang untuk Umno dan si boneka Saiful, untuk memenangi kes tersebut. Parti Keadilan Rakyat juga teringin untuk bertanyakan mengapa Hakim tersebut tidak memberikan kutukan keras atau 'reprimand' kepada pihak Polis DiRaja Malaysia kerana melakukan perkara haram ketika menyiasat kes berkepentingan tinggi seperti ini? Parti Keadilan Rakyat Selangor juga ingin membantah keras sikap talibarut Umno yang sekarang ini lebih dikenali sebagai trio Datuk T yang tanpa segan silu mengkhianati perintah Allah SWT dan junjungan Rasulullah SAW kerana melakukan Qazaf dan melanggar undang-undang negara dengan menayangkan video lucah di Carcosa Seri Negara. Firman Allah SWT: مْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَآءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلاَتَقْبَلُو Ertinya: “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.” (Surah An-Nuur: 4) Maka jelas, nyata dan teranglah bahawa Allah SWT membenci golongan fasik yang menuduh Datuk Seri Anwa Ibrahim dengan tuduhan zina tanpa mendapatkan empat orang saksi. Islam memelihara kehormatan individu dan tidak membenarkan sesiapa sahaja menuduhkan mereka tidak suci tanpa saksi; itupun sekiranya terdapat aib maka adalah lebih baik bagi mereka untuk menyembunyikan aib tersebut “Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim). Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dengan jelas menyatakan bahawa Whoever- (a) sells, lets to hire, distributes, publicly exhibits or in any manner puts into circulation, or for purposes of sale, hire, distribution, public exhibition or circulation makes, produces or has in his possession any obscene book, pamphlet, paper, drawing, painting representation or figure or any other obscene object whatsoever… shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine, or with both. Namun, Polis bertindak seperti biasa, tanpa rasa malu dan segan silu menjadi agen Umno dengan membenarkan tayangan tersebut walaupun pihak Cawangan Khas telah mengetahui lebih awal berkenaan tayangan tersebut. Dengan mengambil kisah kekecohan ketika ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak yang didalangi oleh pihak Polis dan membandingkannya dengan sikap acuh tak acuh di Carcosa, saya ingin memberi amaran bahawa sikap lidah bercabang ini akan mengakibatkan moto pihak Polis dihumban ke tong sampah oleh rakyat sendiri. Rakyat kini hanya melihat Polis sebagai salah satu Bahagian Umno dan bukan sebagai sahabat dan pelindung mereka seumpama sikap polis dan tentera Muammar Gaddafi di Libya. Bertindaklah mengikut Keluhuran Undang-Undang yang menjadi Rukun Negara kepada semua rakyat Malaysia. Pelanggaran kepada syarat asas ini akan menjahanamkan negara kita yang tercinta secara lansung tidak di hormati dunia luar. Parti Keadilan Rakyat Selangor menuntut agar pihak Polis menghormati terlebih dahulu sistem Raja Berpelembagaan dan Perlembagaan Negara sebelum mereka bertindak sewenang wenangnya. Shuhaimi Shafiei Ketua Penerangan KEADILAN Selangor/ADUN Seri Muda |
Penyiasat fahaman Syiah perlu banyak ilmu
PENDANG – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Agama dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul meminta pihak bertanggungjawab menghantar penyiasat atau pegawai agama yang mempunyai ilmu tinggi dalam agama bagi menyiasat sama ada pengamal ajaran Syiah sesat atau tidak mengenai tanggapan segelintir pihak terhadap ajaran itu di Kampung Alor Berala Tobiar Pendang pada masa kini.
Menurutnya, pihak pejabat agama tidak perlu mengambil tindakan melulu terhadap pengikut fahaman itu, tetapi harus mengambil tindakan menyiasat dengan lebih teliti di pusat ajaran fahaman itu terhadap dakwaan segelintir pihak yang menyatakan ajaran Syiah di situ sesat.
“Mereka perlu menyiasat dan mengumpul bukti bagi mendakwa sama ada ajaran itu sesat atau tidak dan semua kuasa itu adalah dari pejabat agama dan mereka perlu bertindak kerana perkara ini menjadi tanda tanya pelbagai pihak.
“Penyiasat perlu hadir ke kuliah di tempat pembelajaran itu bagi melihat sendiri ilmu pembelajaran mereka dan dalam siasatan ini Jabatan Agama Islam perlu menghantar penyiasat yang mempunyai ilmu tinggi dalam hal ini dan pakar dalam mazhab,” katanya ketika diminta mengulas mengenai fahaman Syiah di Tobiar Pendang.
Sementara itu, Mohamed Taulan berkata, penyiasat yang dihantar itu perlu tahu dan mempunyai ilmu yang mendalam mengenai Syiah supaya keraguan pelbagai pihak mengenai ajaran itu terjawab.
“Saya berharap supaya pihak jabatan agama dapat mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah ini dan tidak perlu membiarkan penceramah terus menyebar kepada orang ramai mengenai Syiah jika perkara ini belum diputuskan lagi oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK),” katanya.
Sungai busuk loyakan penduduk
GEORGETOWN - Sukar dibayangkan apabila seorang nenek yang menetap di sebuah rumah berhampiran anak sungai di Kampung Lembah Ria, Jalan Air Itam, dekat sini, terpaksa menahan bau busuk berikutan sungai yang dicemari dengan sampah-sarap dan berkeladak.
Itulah yang terpaksa dihadapi Siti Zainab Mad Nor, 77, sejak beberapa tahun lalu apabila air sungai yang terletak kurang 20 meter dari rumahnya berbau busuk setiap hari sehingga menyebabkan seluruh isi rumahnya berasa kurang selesa.
Zainab yang tinggal bersama dua orang anak di kediaman miliknya itu berkata, air sungai biasanya akan berbau pada tengah hari dan petang namun akan lebih berbau busuk apabila musim hujan.
Katanya, air dari anak sungai yang mengalir itu datangnya daripada kawasan perumahan yang terdekat iaitu sekitar Paya Terubong, Jalan Air Itam dan Bandar Baru Farlim.
Zainab juga mendakwa kurang pasti nama sebenar anak sungai itu dan hanya dikenali sebagai Sungai Lembah Ria sejak sekian lama.
“Bau busuk air sungai itu boleh dihidu dari jarak 50 meter pada hari biasa dan 100 meter jika pada hari hujan. Bagi keluarga kami, perkara itu memang sudah biasa tetapi malu juga pada tetamu yang bertandang ke rumah apabila air sungai itu tiba-tiba berbau busuk.
“Lihat saja air sungai yang berwarna hitam dan sampah sarap yang terapung di dalamnya. Juga terdapat plastik yang menakung air, tin, bangkai haiwan dan lain-lain lagi. Bukankah barangan berkenaan boleh menyebabkan penyebaran penyakit bawaan air dan pembiakan nyamuk Aedes?” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Zainab juga mendakwa, sikap penduduk yang tidak menjaga kebersihan persekitaran dan membuang sampah ke dalam sungai juga menyebabkan masalah itu berlaku.
“Penduduk tidak sedar bahawa sikap mereka akan menyebabkan kami sekeluarga dan beberapa keluarga lain yang menetap di sepanjang anak sungai ini menjadi mangsa dan terpaksa menghidu bau busuk walaupun ketika sedang menjamu selera.
“Mungkin mereka tidak berada di tempat kami. Dahulu, sebelum perumahan didirikan di kawasan berhampiran, sungai ini sangat bersih dan bebas daripada pencemaran. Namun kini, hanya tinggal kenangan,” katanya.
Zainab juga berharap agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berkunjung ke anak sungai terbabit bagi melihat sendiri masalah yang sudah lama ditanggung mereka demi mewujudkan negeri Pulau Pinang sebagai negeri hijau.
Tinjauan Sinar Harian mendapati dakwaan Zainab itu benar apabila air anak sungai itu memang berbau busuk pada waktu tertentu dan tidak menyenangkan.
Manakala sampah-sarap juga kelihatan terapung dalam air sungai berkenaan serta airnya berwarna hitam akibat daripada pencemaran sekali gus mendatangkan kesan bau kepada kurang daripada 10 keluarga yang menetap di sepanjang sungai.
Mek Wok rindu anak bongsu
KOTA BHARU - Seorang ibu yang menghidap penyakit lelah kronik merayu anak bongsunya yang menghilangkan diri sejak 13 tahun lalu, agar pulang ke pangkuan keluarga.
Mek Wok Mohamed, 79, berharap untuk menatap wajah anak ke-10 itu, Siti Norbaya Harun, sebelum memejamkan mata buat kali terakhir.
“Makcik tak tahu di mana Norbaya berada. Apa pun pulanglah Norbaya. Emak rindu pada kamu dan sebelum berlaku apa-apa pada emak, pulanglah.
“Emak sudah melupakan apa pun yang berlaku dan dapat menerima Norbayah seadanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Puteh di sini.
Mek Wok berkata anaknya itu yang kini berusia 28 tahun keluar dari rumah sehelai sepinggang dengan alasan mahu keluar ke bandar.
“Anak makcik tu pinjam basikal jiran ketika itu dan tidak pulang-pulang sehingga kami buat laporan polis pada sebelah petang,” katanya.
Beliau berkata, basikal tersebut ditemui semula di pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II, tiga hari selepas itu.
Mek Wok berkata, Siti Norbaya ada menghubungi rakannya beberapa hari selepas menghilangkan diri tetapi tidak menyatakan lokasinya ketika itu.
“Kali terakhir Norbaya telefon adalah 10 tahun lalu dan hanya memberitahu berada di Negeri Sembilan, tetapi tidak menyatakan alamatnya dan beritahu dia selamat. Selepas itu kami tidak lagi mengetahui di mana dia berada,” katanya.
Abang Siti Norbaya, Rozali, 43, juga turut merayu adiknya agar melupakan sengketa lama dan pulang ke rumah.
“Kalau ada (sengketa) kami sudah lama lupa dan kalau dia sudah berkahwin kami juga akan menerima suami dan anak-anaknya itu,” katanya.
Rozali juga meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai Siti Norbaya agar menghubunginya 019-9896196. - Bernama
MAIS tarik balik tiga sijil halal
2011/03/28
SIBU: Majlis Agama Islam Sarawak (MAIS) menarik balik tiga sijil halal daripada tiga syarikat di Kuching awal tahun ini kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan. Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman, berkata mereka didapati gagal mematuhi standard dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS)."Salah satu sebab paling serius sijil halal itu ditarik balik kerana menggunakan bahan beralkohol dalam masakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pengesahan halal MAIS di sini hari ini.
Daud berkata, dua daripada pemegang sijil yang digantung itu kini dalam proses untuk membuat permohonan baru.
Kini terdapat sebanyak 320 pemegang sijil halal di negeri ini.
"Sijil halal akan dikembalikan semula kepada syarikat atau premis makanan yang digantung sijilnya jika mereka dapat mematuhi syarat yang ditetapkan setelah diperiksa dan diaudit semula oleh pegawai JAIS," katanya.
Daud berkata, semua pengusaha premis makanan atau pengeluar produk yang telah mendapatkan sijil halal diingatkan supaya sentiasa mematuhi standard dan prosedur termasuk soal kebersihan seperti sanitasi, sistem pengaliran dan kumbahan, kebersihan persekitaran dan sebagainya.
Beliau berkata, penggunaan logo halal dibenarkan dalam tempoh dua tahun tetapi ia tidak diperbaharui secara automatik.
"Pegawai JAIS Sarawak dan agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Penguasa Veterinar Negeri Sarawak dan Jabatan Kimia Malaysia, Pejabat Mufti Negeri Sarawak akan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
"Sekiranya pemegang sijil halal gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan, maka amaran pertama akan diberi dan sekiranya mereka masih berdegil, sijil halal itu akan ditarik balik," katanya. - BERNAMA
Lagi gempa kuat landa Jepun
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5-magnitud berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada pukul 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah.
Honshu telah dilanda dengan beberapa gempa bumi kuat bulan ini.
Pusat gempa itu terletak 370km timur laut dari Tokyo dan 4,337km timur laut Kudat, Sabah.
Honshu telah dilanda dengan beberapa gempa bumi kuat bulan ini.
Ramai pelajar bakal kembali ke sekolah sebagai yatim ekoran tsunami
YATIM ANGKARA TSUNAMI: Naho Tsuchiya, 15 tahun (kanan), dan adiknya, Takashi Tsuchiya, 13 tahun, di rumah guru tari mereka di bandar Rikuzentakata, yang dilanda tsunami pada 11 Mac lalu. -- Foto AFP |
RIKUZENTAKATA (Jepun): Ibu bapa seorang remaja, Naho Tsuchiya, tidak akan ada bersama untuk mengucapkan selamat kepadanya apabila dia memulakan sekolah tinggi minggu depan.
Dia dan adiknya, Takashi, kini anak yatim selepas tsunami 11 Mac lalu di Jepun meragut nyawa ibu bapa mereka.'Pada hari itu, Takashi ada bersama saya di sekolah, jadi kami selamat. Ibu bapa saya cuba berlindung di sebuah dewan sukan tetapi bangunan itu hanyut,' kata Naho.Naho, 15 tahun, dan Takashi, 13 tahun, adalah antara ramai lagi pelajar dan kanak-kanak, yang belum diketahui bilangannya, yang menjadi yatim ekoran tsunami yang meranapkan bandar-bandar di pantai timur laut Jepun pada 11 Mac lalu.Mungkin terdapat hingga ribuan kanak-kanak yang kehilangan ibu, bapa atau kedua-duanya sekali.Di seluruh negara, lebih 25,000 orang mati atau hilang setelah lebih dua minggu berlakunya bencana paling dahsyat di Jepun dalam lebih sekurun.Naho pasti ibu bapanya itu sudah meninggal dunia.'Kami mendapat tahu tentang ibu pada 12 Mac dan mengenai ayah pada 14 Mac,' katanya.Dengan rumah mereka tinggal serpihan dan barang milik mereka hilang entah ke mana, anjing kesayangan mereka, Chako, satu-satunya yang tinggal bagi remaja itu.Haiwan itu diselamatkan oleh bapa mereka sebelum beliau memandu semula ke dewan sukan tempat ibu mereka berlindung kerana menyangka ia selamat.Namun, benteng tsunami di Rikuzentakata tidak dapat melawan saiz dan kederasan ombak besar itu yang menyebabkan sekitar 2,300 orang di bandar itu atau 10 peratus penduduknya hilang atau mati.Selepas kejadian itu, Naho and Takahashi terpaksa tidur dalam kesejukan di lantai sekolah mereka bersama ratusan orang lain yang telah dipindahkan.Di situlah kedua-dua beradik itu ditemui guru tari mereka, yang membawa mereka pulang ke rumahnya.'Saya pernah mengajar ayah mereka menari juga, jadi saya sudah lama kenal kededua beradik ini,' kata guru tari itu, Cik Shimizu Kiwako, 74 tahun, sambil menambah beliau akan menjaga mereka selama perlu. -- AFP.
Video lucah dan dosa politik
Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik. Dalam Islam, perbuatan dedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan dilarang Allah dan rasul-Nya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama yang menyangka itu suruhan syarak. Malangnya praktik ini diamalkan ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita. Sama ada Pas, UMNO dan PKR; ramai individu dalam parti-parti itu terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka hina rupa ciptaan Allah yang ada musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar dan mamak. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. Sedangkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).
Aib peribadi
Islam larang didedahkan aib peribadi yang tidak babitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan dedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang tuduh tanpa empat saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi – sekalipun mungkin benar- adalah berat di sisi agama. Firman Allah (maksudnya): “Dan orang-orang yang lemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak bawa empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).
Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah lakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi SAW tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu hapuskan kejahatan. Perintah Allah yang demikian adalah peringatan bagi orang yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.
Bukan Bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah, bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran: “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh intipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk pastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis; “Barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya�.” Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran daripada orang lain. Ini kerana Islam tidak jatuhkan hukuman kepada orang yang buat kemungkaran secara bersembunyi. Diserahkan hanya kepada Allah untuk hisab pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia lakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih: (bermaksud): ”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk jatuhkan hukuman terhadap kemungkaran dilakukan secara sembunyi. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).
Berbeza dengan kes kezaliman
Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa dan rasuah. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam izinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang boleh mudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa. Itupun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Juga boleh dedahkan kepada pihak berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.
Tidak perlu suruhanjaya
Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila ia nyata dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu lakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus kita intip. Allah Taala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah panjat rumah seorang lelaki dan dapatinya dalam keadaan tidak wajar. Lelaki tersebut membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu intip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah lakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu minta izin serta beri salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak beri salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya� Maka ketahuilah sesiapa yang kunci pintu rumahnya dan sembunyi di sebalik dindingnya, tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut... ”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).
Ingatan
Muslim hendaklah elak diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam UMNO, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa; dan janganlah kamu intip mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).
Bangkit generasi baru!
Marilah kita bermufaraqah atau tinggal pelakon atau watak selekeh dan rela halalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa kira parti! Mereka mesti diusir dari permainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka selak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan relakan apa saja watak mereka lakonkan. Politik kita perlu nafas baru dan dibersihkan dari golongan jijik dan kotok ini! Kita perlu politik idea, bagaimana dan cara bangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!
Hukuman mati terus merosot
LONDON: Pelaksanaan hukuman mati terus menurun walaupun China, Iran, Korea Utara, Yaman, Amerika Syarikat dan Arab Saudi masih mengenakan hukuman itu ke atas ribuan orang setiap tahun, kata Amnesty International, Isnin lalu.
Menurut anggaran dilaporkan kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di London itu, China mengenakan hukuman mati ke atas beribu-ribu orang tahun lalu, manakala Iran (252), Korea Utara (60), Yaman (53), AS (46) dan Arab Saudi (27). Namun, pelaksanaan hukuman mati secara global kian berkurangan dengan angka rasmi - tidak termasuk China yang merahsiakan jumlahnya - menurun sekurang-kurangnya 714 pada 2009 kepada 527 tahun lalu, menurut laporan tahunan Amnesty berkaitan isu itu. - AFP
Anak hilang ditemui mati dalam gaung tinggal rangka
Oleh Jaafar Mulup
bhnews@bharian.com.my
2011/03/28
MAYAT Mohd Zaki diusung anggota polis untuk dibawa ke bilik mayat Hospital Tampin yang ditemui dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.
Lebih menyayat hati, tubuh anak lelakinya yang berusia 27 tahun itu, Mohd Zaki Ahmudhi, sudah tinggal rangka ketika ditemui selepas terbenam selama 21 hari dalam sebuah lopak air dalam gaung di Kilometer 10 Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Felda Sungai Kelamah.Mayatnya disedari berada dalam gaung itu pada jam 1.35 petang kelmarin, apabila orang awam melaporkan menemui mayat lelaki dengan sebuah motosikal tidak jauh dari tubuhnya.
Kemalangan dipercayai berlaku pada 5 Mac kerana Mohd Zaki yang bertugas di Kem Tuanku Syed Sirajuddin dikatakan tidak melaporkan diri untuk bertugas pada tarikh berkenaan.
Ibu mangsa yang enggan namanya disiarkan, berkata Mohd Zaki menghubunginya beberapa hari sebelum kehilangannya pada 5 Mac lalu bagi memaklumkan akan pulang berjumpanya dalam masa terdekat.
“Sejak itu, saya yang sudah lama tidak bertemunya menanti penuh harapan kerana merindui dia yang sudah lama tidak pulang ke kampung di Kluang, Johor.
“Bagaimanapun, beberapa hari kemudian pihak kem menghubungi saya memaklumkan Mohd Zaki tidak melapor diri sejak 5 Mac lalu. Saya menghubungi semua saudara mara dan rakannya, namun semua tidak tahu apa-apa mengenai dia," katanya sebak ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tampin, di sini semalam.
Walaupun tiada berita mengenainya, beliau tetap menaruh harapan dan berharap anaknya pulang dengan selamat. Namun, penantiannya berakhir kelmarin, apabila diminta ke Hospital Tampin untuk pengecaman mayat.
"Sedih hati bukan kepalang apabila mendapati mayat itu adalah anak saya. Lebih menyedihkan melihat keadaannya yang sudah tinggal rangka. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana saat dia menghembuskan nafas terakhirnya berseorangan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang, berkata kawasan yang sunyi serta dikelilingi hutan menyebabkan kejadian itu tidak disedari.
Ibu, anak antara pengemis ditahan
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
suhana.yusop@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun 10 bulan bersama ibunya yang merupakan warga asing antara 13 orang yang ditahan dalam serbuan Ops Pengemis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan di sini semalam.
Biarpun ada di kalangan mereka yang meronta-ronta untuk cuba melarikan diri dan merayu minta dilepaskan namun lima warga asing dan tujuh warga tempatan itu berjaya dikawal dan ditahan atas kesalahan mengemis.
Ops yang diketuai oleh Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hanaf dibantu 18 penguat kuasa dijalankan di beberapa kawasan ‘panas’ di sekitar ibu negara bermula pukul 10.30 pagi dan berakhir kira-kira pukul 2.30 petang.
Lelaki 100 tahun kahwin kekasih berusia 93 tahun
DANA POINT, California - Seorang lelaki berusia 100 tahun, Forrest Lunsway melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Rose Pollard berumur 93 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka mendirikan rumah tangga selepas berkenalan buat kali pertama pada 18 Disember 1983 dalam satu majlis tari-menari untuk warga emas.
Majlis perkahwinan itu diadakan pada sambulan ulang tahun kelahiran Forrest yang ke-100 di Pusat Komuniti Dana Point pada 19 Mac lalu di hadapan rakan-rakan dan anggota keluarga.
Paderi yang mengahwinkan mereka, Sam Lewis berkata, perkahwinan tersebut merupakan sesuatu yang mengagumkan orang ramai.
"Tema perkahwinan ini adalah kehidupan anda masih belum tamat selagi anda belum lagi meninggal dunia," katanya.
Sebelum berkenalan, kedua-dua mereka pernah berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Gabungan umur mereka, iaitu 193 tahun, telah menjadikan mereka pasangan tertua di dunia yang berkahwin selepas rekod 183 tahun yang dipegang pasangan Harry Carton dan Edna Holford dari Barnley, England.
Seorang jurucakap Guinness Book of World Records menyatakan pihaknya akan mengesahkan perkahwinan itu sebagai rekod dunia. - Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)