Wednesday, May 15, 2013

Keluarga Marcos menang besar

Keluarga Marcos menang besarImelda (kanan) dan Imee (kiri) gembira selepas diisytiharkan menang. Manila: Anggota keluarga bekas diktator Filipina, Ferdinand Marcos, meraikan kemenangan mudah dalam pilihan raya tempatan semalam dengan Imelda, balunya yang berusia 83 tahun mengetuai kebangkitan semula politik mereka.

Selain itu, bekas Presiden Joseph Estrada diisytiharkan Datuk Bandar baru Manila, jawatan awam pertamanya sejak digulingkan 12 tahun lalu atas dakwaan terbabit dalam rasuah.
Imelda Marcos memperoleh lebih 88 peratus daripada undian kelmarin untuk menang penggal kedua berturut-turut di Dewan Rakyat mewakili kubu kuat keluarga itu di utara, menurut kiraan rasmi.


Imelda menang

Pembantu bekas Wanita Pertama itu menjangka Imelda akan diisytihar pemenang hari ini. Anak perempuannya, Imee, menang tanpa bertanding pada pilihan raya pertengahan penggal sebagai gabenor wilayah Ilocos Norte.

Pencabar utama Marcos, peguam Ferdinand Ignacio, mengaku kalah selepas mendapat kira-kira 10 peratus undian.

“Saya akan mengucapkan tahniah kepadanya. Tiada sebab untuk bermasam muka. Inilah makna demokrasi sebenar,” katanya.
Sepupu Imee, Angelo Barba, melengkapkan kemenangan keluarga itu selepas menang tanpa bertanding untuk jawatan naib gabenor, menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya.

Separuh jalan

Sementara itu, anak lelaki bekas diktator itu, Ferdinand Marcos Jnr, sudah berada separuh jalan daripada sepenggal enam tahun dalam Senat dan dijangka bertanding merebut jawatan presiden pada 2016.

Keluarga berkenaan hidup dalam buangan di Amerika Syarikat apabila kebangkitan rakyat secara aman yang dibantu tentera menamatkan pemerintahan Marcos selama 20 tahun pada 1986.

Diktator itu, isteri dan kroni mereka dituduh mencuri berbilion dolar, membunuh atau memenjarakan beribu pengkritik dan menjalani gaya hidup mewah ketika majoriti rakyat negara itu dihimpit kemiskinan.

Koleksi kasut Imelda, gaya hidup mewah menjadi simbol pemerintahan keterlaluan suaminya. Kerajaan Filipina memperoleh semula kira-kira AS$4 bilion (RM12 bilion) daripada aset Marcos, tetapi Imelda sentiasa menegaskan keluarganya tidak bersalah dan mengatasi semua dakwaan rasuah terhadapnya.

Selepas Marcos meninggal di Hawaii pada 1989, Imelda dan anaknya kembali ke Filipina untuk membina semula jenama keluarga itu dari Ilocos Norte.

Ferdinand Marcos Jnr memperoleh sokongan seorang bagi setiap tiga pengundi pada pilihan raya 2010, memberikan harapan kepada cita-cita ibunya untuk kembali kepada istana presiden sebagai ‘Ibu Pertama’.

Sementara itu, Estrada, 76, menggunakan popularitinya sebagai bekas aktor yang disenangi khususnya golongan miskin dengan berjanji mengubah keadaan terutama di Teluk Manila.

Ibu negara itu pernah menjadi tempat pelancongan tetapi ramai penduduk mengadu jenayah kerap berlaku.

“Saya tiada matlamat lain kecuali menawarkan pengalaman saki baki hidup yang ada untuk berkhidmat, bersungguh-sungguh untuk membantu orang miskin,” katanya kepada penyokongnya.

AFP
http://bit.ly/102A7kp Tonton LIVE di sini
LIVE 505blackout suara rakyat suara keramat di Pahang. 

Kenapa ada perbezaan jumlah diantara kertas undi Parlimen dan Dun?

P094 Hulu Selangor

Kenapa ada perbezaan jumlah diantara kertas undi Parlimen dan Dun? Bukankah setiap pengundi diberikan 1 Kertas Undi Dun dan 1 Kertas Undi Parlimen....Kenapa ada perbezaan?

SPR tolong jawab....

Sindiket atau JPN yg beri..?????

“Sebelum itu, keempat-empat mereka mempamerkan MyKad kemudian ditahan oleh pegawai JPN selepas didapati MyKad terbabit adalah palsu. Berkemungkinan dibeli dari sindiket tertentu,” katanya.

Hahahaha....Sindiket atau JPN yg beri..?????

http://www.sinarharian.com.my/jatuh-macam-nangka-buruk-1.160147

datang jangan tak datang...

ADAKAH ANDA TAHU BETAPA BEBASNYA MEDIA MASSA DI NEGARA KITA?


Susah sangat ker media massa di Malaysia nak jadi bebas? TV & radio milik UMNO-BN ker? Lihatlah sendiri saban tahun trend ranking negara kita utuk media massa semakin teruk setiap tahun... Bila nak berubah pun tidak tahu bila lagi? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi?

Kadang-kadang sedih saya melihat perkembangan dan penyebaran maklumat di Malaysia. Kalau yang tinggal di bandar. Tiada masalah. Bagaimana pula yang tinggal di ceruk kampung? Itu sahaja pilihan yang mereka ada... TV1, TV2, TV3, SURAT KHABAR LUCAH-PENIPU UTUSAN & etc.. Suka atau tidak, telan sahaja berita yang mereka terima. Maklumat daripada media massa di Malaysia tidak dapat diterima dengan tepat oleh masyarakat.

INFO:
2002: ke-110
2003: ke-105
2004: ke-122
2005: ke-113
2006: ke-113
2007: ke-124
2008: ke-132
2009: ke-131
2010: ke-141
2011,2012: ke-124
2013: ke-145 (wowwwwww !!!)

- Arabic -

jangan terkejut.. ada yg kita tak tahu siapa 'kawan2' UMNO-BN selama ni..

jgn terkezut.. ada yg kita tak tahu siapa 'kawan2' UMNO-BN selama ni... tu dia. semua nya nak 'conquer'... patutler kebebasan media massa negara kita ni TERUK !

Nasihat Kepada Kaum Muslimin: Ketahuilah, Cadar, Celana Ngatung dan Jenggot bukan Ciri-ciri Teroris!!!




Ketahuilah wahai kaum muslimin, memakai cadar bagi wanita muslimah, mengangkat celana hingga tidak menutupi mata kaki dan membiarkan jenggot tumbuh bagi seorang laki-laki muslim adalah bagian dari ajaran agama dan tidak ada hubungannya sama sekali dengan terorisme, sebagaimana yang akan kami jelaskan bukti-buktinya -insya Allah- dari Al-Qur’an dan As-Sunnah serta penjelasan para ulama umat.

Benar bahwa sebagian teroris juga mengamalkan ajaran-ajaran agama ini, namun apakah setiap yang mengamalkannya dituduh teroris? Kalau begitu, bersiaplah menjadi bangsa yang teramat dangkal pemahamannya. Maka inilah keterangan ringkas yang insya Allah dapat meluruskan kesalahpahaman.

Pertama: Dasar syari’at menggunakan cadar bagi wanita muslimah

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

“Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59)

Perhatikanlah, ayat ini memerintahkan para wanita untuk menutup seluruh tubuh mereka tanpa kecuali. Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah berkata, “Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajiban menutup kepala dan wajah bagi wanita.” (Lihat Hirasatul Fadhilah, hlm. 51 karya Asy-Syaikh Bakr bin Abdullah Abu Zaid rahimahullah)

Juga firman Allah Ta’ala:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung (sampai) ke dadanya.” (An-Nur: 31)

Ummul Mukminin Aisyah radhiyallahu’anha berkata, “Semoga Allah Ta’ala merahmati para wanita generasi awal kaum Anshar. Ketika Allah Ta’ala menurunkan ayat, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung (sampai) ke dadanya.” (An-Nur: 31), maka mereka langsung memotong-motong kain mereka dan berikhtimar (menutup wajah) dengannya.” (HR. Al-Bukhari, no. 4480)

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menerangkan makna berikhtimar dalam hadits di atas adalah, “Para wanita sahabat Anshar menutup wajah mereka.” (Fathul Bari, 8/490)

Kedua: Dasar kewajiban mengangkat celana hingga tidak menutupi mata kaki bagi laki-laki muslim

Banyak sekali dalil yang melarang isbal (memanjangkan pakaian sampai menutupi mata kaki bagi laki-laki). Diantaranya sabda Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam dalam hadits Abu Hurairah radhiyallahu’anhu:

ما أسفل من الكعبين من الإزار ففي النار

“Bagian kain sarung yang terletak di bawah kedua mata kaki maka tempatnya neraka.” (HR. Al-Bukhari, no. 5450)

Juga sabda Nabi shallallahu’alaihi wa sallam dalam hadits Abu Dzar radhiyallahu’anhu:

ثلاثة ٌ لا يكلمهم الله يوم القيامة ولا ينظر إليهم ولا يزكيهم ولهم عذابٌ أليم قال فقرأها رسول الله {صلى الله عليه وسلم} ثلاث مرار قال أبو ذر خابوا وخسروا من هم يا رسول الله قال المسبل والمنان والمنفق سلعته بالحلف الكاذب

“Ada tiga golongan yang tidak akan diajak bicara oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di hari kiamat. Tidak dilihat (dengan pandangan rahmat), tidak disucikan dan akan mendapatkan azab yang pedih (dikatakan sebanyak tiga kali). Berkata Abu Dzar, “Mereka telah celaka dan merugi, siapa mereka itu wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “Mereka adalah seorang yang memanjangkan pakaiannya sampai menutupi mata kaki, seorang pengungkit pemberian dan seorang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR. Muslim, no. 306)

Ketiga: Dasar kewajiban membiarkan jenggot tumbuh bagi laki-laki muslim

Dalam hadits Abdullah bin Umar radhiyallahu’anhuma, Nabi shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

خالفوا المشركين وفروا اللحى وأحفوا الشوارب

“Berbedalah dengan orang-orang musyrik; biarkan jenggot tumbuh lebat dan potonglah kumis.” (HR. Al-Bukhari, no. 5553)

Juga dalam hadits Abdullah bin Umar radhiyallahu’anhuma, Nabi shallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى

“Potonglah kumis dan biarkanlah jenggot.” (HR. Muslim, no. 623)

Dan masih banyak hadits lain yang menunjukkan perintah Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam untuk membiarkan jenggot tumbuh, sedangkan “perintah” hukum asalnya adalah “wajib” sepanjang tidak ada dalil yang “memalingkannya” dari hukum asal.

Demikianlah penjelasan ringkas dari kami, semoga setelah mengetahui ini kaum muslimin lebih berhati-hati lagi dalam menyikapi orang-orang yang mengamalkan sejumlah kewajiban di atas. Tentu sangat tidak bijaksana apabila kita mengeneralisir setiap orang yang tampak kesungguhannya dalam menjalankan agama sebagai teroris atau bagian dari jaringan teroris.

Peringatan: Ketahuilah wahai kaum muslimin, minimal ada dua resiko berbahaya apabila seorang mencela dan membenci satu kewajiban agama atau mencela dan membenci orang-orang yang mengamalkannya:

Pertama: Berbuat zalim kepada wali-wali Allah, sebab wali-wali Allah yang hakiki adalah orang-orang yang senantiasa menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, baik perintah itu wajib maupun sunnah.

Allah Ta’ala berfirman:

أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

“Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.” (Yunus: 62-63)

Jangan sampai kita berbuat dua kesalahan sekaligus; tidak mengamalkan kewajiban dari Allah Ta’ala, masih ditambah lagi dengan perbuatan zalim kepada orang-orang yang mengamalkan kewajiban tersebut.

Barangsiapa yang memusuhi wali Allah, dia akan mendapatkan kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Dalam hadits Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu‘alaihi wa sallam bersabda:

إن الله قال من عادى لي ولياً فقد آذنته بالحرب وما تقرب إلى عبدي بشئ أحب إلى مما افترضته عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها ولئن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman, “Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku maka Aku umumkan perang terhadapnya. Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih aku cintai daripada amal yang Aku wajibkan kepadanya. Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amal-amal sunnah sampai Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Akulah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah pandangannya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk berbuat, Akulah kakinya yang dia gunakan untuk melangkah. Kalau dia meminta kepada-Ku pasti akan Aku beri. Dan kalau dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti akan Aku lindungi”.” (HR. Bukhari, no. 6137)

Faidah: Para ulama menjelaskan bahwa makna, “Akulah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, Akulah pandangannya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk berbuat, Akulah kakinya yang dia gunakan untuk melangkah” adalah hidayah dari Allah Ta’ala kepada wali-Nya sehingga ia tidak mendengar kecuali yang diridhai Allah, tidak melihat kepada apa yang diharamkan Allah, dan tidak menggunakan kaki dan tangannya kecuali untuk melakukan kebaikan (lihat Syarhul Arba’in An-Nawawiyah, hadits ke-38 oleh Asy-Syaikh Al-’Utsaimin rahimahullah).

Kedua: Perbuatan tersebut bisa menyebabkan kekafiran, sebab mencela dan mengolok-olok ajaran agama atau mengolok-olok orang-orang yang menjalankannya (karena mereka mengamalkan ajaran agama) termasuk kekafiran kepada Allah Ta’ala.

Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang mengolok-olok satu bagian dari ajaran Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam, atau mengolok-olok pahalanya maupun siksanya maka dia telah kafir.” (Nawaqidul Islam, ke-6)

Berdasarkan firman Allah Ta’ala:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman.” (At-Taubah: 65-66)

Demikian pula, membenci satu bagian dari syari’at Allah Jalla wa ‘Ala, baik yang wajib maupun yang sunnah, atau membenci pelakunya (disebabkan karena syari’at yang dia amalkan) merupakan kekafiran kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala.

Asy-Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah berkata, “Barangsiapa membenci suatu ajaran yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam walaupun dia mengamalkannya, maka dia telah kafir.” (Nawaqidul Islam, ke-5)

Berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ

“Demikianlah (mereka kafir) karena mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah, lalu Allah menghapuskan amalan-amalan mereka.” (Muhammad: 9)

Maka berhati-hatilah wahai kaum Muslimin dari kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla.

Kemudian kepada Ikhwan dan Akhwat yang telah diberikan hidayah oleh Allah Ta’ala untuk dapat menjalankan kewajiban-kewajiban di atas, hendaklah kalian bersabar dan tetap tsabat (kokoh) di atas sunnah, karena memang demikianlah konsekuensi keimanan, mesti ada ujian yang menyertainya.

Dan wajib bagi kalian untuk senantiasa menuntut ilmu agama dan menjelaskan kepada umat dengan hikmah dan lemah lembut disertai hujjah (argumen) yang kuat agar terbuka hati mereka -insya Allah- untuk menerima kebenaran berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan pemahaman salaful ummah, bukan pemahaman teroris.

Wallahul Musta’an.

http://nasihatonline.wordpress.com/2010/07/03/nasihat-kepada-kaum-muslimin-ketahuilah-cadar-celana-ngatung-dan-jenggot-bukan-ciri-ciri-teroris/
 —

Khalid KPN baharu, Bakri Timbalan KPN


15/05/2013 2:15am


KHALID (empat dari kanan) memberi taklimat isu pencerobohan pengganas Sulu di Semporna pada Mac lalu.


KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa Jumaat ini menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang bersara wajib.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (gambar kecil) dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada hari sama.
Khalid, 56, berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, memiliki ijazah Perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau menjalani latihan sebagai Inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Disember 1976 dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti Narkotik Kedah pada 1997
Beliau pernah menjadi Ketua Polis Selangor, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman sebelum menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada tahun 2011.
Dalam pada itu, Mohd. Bakri, 59, yang berasal dari Penampang, Sabah, memiliki Diploma Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan perkhidmatan dalam polis pada 6 November 1975 sebagai Inspektor Percubaan.
Beliau pernah berkhidmat di beberapa tempat sebagai Ketua Polis Daerah termasuk Kudat, Sandakan dan Lahad Datu di Sabah serta Cheras. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_09.htm#ixzz2TJ8jk8ly 
Hakcipta terpelihara 

Pasar jual daging beruang




SEORANG peniaga (kanan) memotong daging beruang yang dijual di Pasar Teresang, Kapit, Sarawak semalam.


KAPIT – Pasar Teresang dekat sini dikesan menjadi lokasi penjualan daging beruang matahari yang merupakan haiwan dilindungi di negara ini.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, kira-kira lima peniaga menjalankan perniagaan menjual daging tersebut secara terbuka kepada para penggemar hidangan haiwan eksotik.
Daging haiwan tersebut yang sudah dilapah dijual pada harga RM25 sekilogram manakala hempedu (RM25) dan kaki (RM50).
Salah seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, dia memperoleh daging serta organ dalaman beruang itu selepas memburu haiwan tersebut di kawasan hutan di Ulu Kapit.
Katanya, dia meraih pendapatan lumayan kerana mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang mendakwa daging beruang itu boleh meningkatkan tenaga seks lelaki.
“Meskipun dijual pada harga yang tinggi, ia tetap mendapat sambutan daripada pelanggan.
“Bagi saya, walaupun terpaksa menyabung nyawa ketika memburu beruang, namun ia adalah perniagaan yang menguntungkan,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2TJ8JoB8B 
Hakcipta terpelihara 

PM Israel terima kecaman kerana gaya hidupnya



BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sekali lagi menerima kecaman kerana mengamalkan gaya hidup mewah dengan menggunakan wang pembayar cukai.
Media Israel semalam melaporkan bahawa perbelanjaan pejabat Netanyahu naik hampir 80 peratus sejak dia memegang jawatan itu pada tahun 2009.
Netanyahu dan keluarganya memiliki tiga rumah termasuk sebuah rumah rasmi.
Kos penyelenggaraan untuk semua kediaman tersebut secara kasarnya berjumlah AS$905,000 (RM2.7 juta) pada tahun lalu.
Maklumat tersebut didedahkan hanya selepas sebuah kumpulan kebebasan awam memfailkan permintaan kebebasan maklumat.
Pendedahan itu muncul beberapa hari selepas sebuah stesen televisyen melaporkan bahawa Netanyahu membelanjakan dana awam sebanyak AS$127,000 (RM379,412).
Dana berkenaan digunakan bagi membina kabin tidur untuknya dalam penerbangan selama lima jam ke London baru-baru ini. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2TJ76FTlN 
Hakcipta terpelihara 

Spekulasi Obama menangis


OBAMA (kanan) kelihatan mengalikan air mata (dalam bulatan) pada sidang media di White House, Washington kelmarin.- reuters


WASHINGTON - Akhbar New York Daily News kelmarin melaporkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelihatan menangis semasa membincangkan tentang serangan di Pejabat Konsulat AS di Benghazi di Libya pada 11 September tahun lalu.
Gambar yang menunjukkan Obama kelihatan menangis itu turut disiarkan oleh agensi berita Reuters.
Obama sebelum ini pernah menangis sebanyak dua kali sejak November tahun lalu.
Ketika itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan pasukan kempennya ekoran kemenangannya pada pilihan raya Presiden AS.
Obama turut menangis ketika membincangkan kejadian tembakan yang dilakukan oleh seorang pemuda, Adam Lanza yang membunuh 26 orang di Sekolah Rendah Sandy Hook in Newtown, Connecticut pada tahun lalu.
Lanza kemudian membunuh diri dalam kejadian itu.
Dalam serangan sekumpulan penduduk di Benghazi itu, Duta AS ke Libya, Chris Stevens dan tiga lagi rakyat negara ini terbunuh. Pada sidang media di White House di sini bersama Perdana Menteri Britain, David Cameron, Obama menafikan berlakunya kesan politik ekoran serangan ke atas duta AS itu.
Menurutnya, kempen parti Republikan berhubung komen tentang serangan tersebut bermotifkan politik.
Parti Republikan mendakwa, dakwaan Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice bahawa serangan tersebut dilakukan secara spontan kerana reaksi terhadap filem anti-Islam yang berjudul Innocence of Muslim menunjukkan pentadbiran Obama sebenarnya melakukan pembohongan.
Pihak parti tersebut mendakwa mempunyai bukti bahawa pentadbiran Obama menyembunyikan penglibatan kumpulan ekstremis dan sebuah kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda di Libya berhubung serangan tersebut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2TJ6MD7c0 
Hakcipta terpelihara 

Jolie jalani pembedahan

WAJAH Jolie pada 11 April lalu.
LOS ANGELES - Pelakon jelita Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan, dia telah menjalani pembedahan mastektomi pada kedua-dua payudaranya pada awal Februari hingga April lalu.
Jolie berkata, dia menjalani pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payudara.
Bagaimanapun, Jolie menyembunyikan pembedahan itu daripada pengetahuan orang ramai sehingga dia mendedahkan berita itu menerusi artikelnya yang berjudul My Medical Choice di akhbar New York Times semalam.
Bintang filem berusia 37 tahun itu menyatakan bahawa antara awal Februari hingga akhir April lepas, dia menjalani pembedahan ke atas kedua-dua payudaranya.
Menurutnya, dia menjalani pembedahan itu adalah kerana memikirkan kepentingan anak-anaknya selepas melihat ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama ketika berusia 56 tahun.
"Ibu saya berjuang menentang kanser selama hampir sedekad dan meninggal dunia semasa berumur 56 tahun," katanya.
"Risiko saya mendapat kanser payudara telah menurun daripada 87 peratus kepada lima peratus sahaja," kata Jolie yang mempunyai tiga anak kandung dan tiga anak angkat dalam artikel tersebut.
Menurutnya, selepas menjalani ujian genetik, dia didapati membawa gen BRCA1 dan mempunyai 87 peratus untuk menghidap kanser payudara.
Tunang kepada aktor Brad Pitt itu berkata, pengalaman pembedahan membuang tisu payudara tersebut yang dihadapinya itu mirip seperti satu adegan dalam sebuah filem sains fiksyen.
"Saya mahu menulis artikel itu untuk memberitahu wanita lain bahawa keputusan untuk menjalani pembedahan mastektomi itu bukan sesuatu yang mudah untuk dibuat.
"Namun, saya berasa gembira dengan apa yang saya telah lakukan," kata aktres tersebut.
Menurut kajian, gen penyebab kanser payudara pada kebiasaannya ditemui pada wanita-wanita Eropah Timur berketurunan Yahudi.
Kumpulan etnik lain yang turut dikesan mempunyai gen itu adalah dari Norway, Belanda dan penduduk di Iceland.
Proses pembuangan payudaranya itu bermula pada 2 Februari lalu.
Menurutnya, dua minggu kemudian, dia membuang tisu payudaranya.
Jolie berkata, sembilan bulan kemudian, dia menjalani pembedahan ketiga untuk membentuk semula payudara dan memasukkan implan.
"Saya tidak berasa sebarang kekurangan sifat kewanitaan. Ia (pembedahan itu) merupakan pilihan yang paling tepat," katanya.
Jolie yang merupakan anak perempuan pelakon Jon Voight pernah berlakon dalam beberapa buah filem antaranya The Tourist, Salt dan Tom Raider. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2TJ5lvQgK 
Hakcipta terpelihara 

Mister T tunjuk kekuatan di Panama




SEJUMLAH orang menyaksikan Mister T menarik sebuah kereta dengan tali yang diletakkan di celah giginya.- AFP


RIO ALEJANDRO, Panama - Seorang penduduk berusia 64 tahun, Andres Gardin yang turut dikenali sebagai Mister T menunjukkan kekuatannya di sini pada 10 Mei lalu.
Dia menunjukkan kemahirannya dengan menggunakan giginya untuk mengupas buah kelapa di hadapan orang ramai.
Gardin juga menarik dua buah kereta dengan menggunakan tali yang diletakkan di celah giginya itu.
"Anda perlu mempunyai rahang yang kuat untuk mengupas buah kepala. Anda perlu mempunyai kuasa gigi," katanya yang menjadi pemandu teksi.
Gardin berkata, dia boleh mengupas 500 biji kelapa dalam masa enam jam dengan menggunakan gigi dan tangannya.
Menurutnya, dia telah mengasah bakatnya itu sejak menjadi juara mengupas buah kelapa semasa berumur 11 tahun.
Dia mengambil masa lebih lima dekad untuk melakukan latihan dengan menggunakan lebih 100,000 buah kelapa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2TJ5Rc47v 
Hakcipta terpelihara 

Estrada menang Datuk Bandar Manila



ESTRADA dikerumuni pemberita selepas kemenangannya di Manila semalam.


MANILA - Bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada diisytiharkan sebagai pemenang dalam pilihan raya Datuk Bandar Manila semalam.
Kemenangan dalam pilihan raya itu merupakan yang pertama diperoleh beliau selepas penyingkirannya sebagai Presiden Filipina dalam tunjuk perasaan antirasuah pada 2001.
Estrada merupakan antara calon yang cukup dikenali selain bekas wanita pertama Filipina, Imelda Marcos.
Imelda merupakan isteri bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos.
Beliau memenangi kerusi untuk dewan rendah bagi mewakili kawasan utara negara ini.
Seorang anak perempuannya, Imee, telah dipilih sebagai Gabenor Ilocos Norte buat penggal kedua. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2TJ4temEY 
Hakcipta terpelihara