Wednesday, March 24, 2010

Punca UMNO dibenci

Oleh: Helm Dahl


Inilah orang yang melingkupkan UMNO. Pemerintahan kuku besi. Media dipergunakan untuk
kepentingan diri sendiri.Yahudi menguasai media dunia. Dia ni menguasai media Malaysia.
Mahkamah di malaysia juga dikuasainya, segala musuhnya atau yang menentangnya akan masuk
penjara. Kuasa hanya untuk dirinya , rakyat seperti tiada kuasa. Wawasan 2020 tiru yahudi
israel 2020. kiblatnya yahudi. Perangainya pun macam yahudi. kaya raya dengan menyalahgunakan
kuasa. kroni-kroni kaya raya. Anak-anak jadi billionair.
22 tahun perintah Malaysia pembangunannya dikalahkan oleh Pak Lah dalam masa 5 tahun saja.
Diwaktu pemerintahannya dia menyalahgunakan kuasa.Menggunakan akta zalim ISA sewenang-wenangnya.
Menyalahgunakan wang rakyat berbilion ringgit.Banyak pembaziran wang rakyat berlaku dizamannya.
Tapi dia mengutuk Pak Lah dari mula Pak Lah jadi perdana menteri hinggalah Pak Lah letak jawatan.
Seolah-olah Pak Lah tak berguna satu senpun baginya. Penggantinya-penggantinya menanggung akibat
dari perbuatannya.
Kokok berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahi. Boleh dikatakan dalam tiap -tiap negara mesti ada penjahat-penjahat terbesar yang menipu rakyat tapi mereka tidak sedar mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri. Mereka mengambil orang yahudi menjadi penasihat mereka dalam pentadbiran negara jadi mereka termasuk
golongan yahudi yang zalim dan sesungguhnya untuk orang yang zalim Allah tidak akan memberi petunjuk.
  Sesiapa yang disesatkan oleh Allah tiada siapa yang akan dapat menolongnya.Bila berada diakhirat kelak
orang zalim diazab oleh Allah dan meminta untuk kembali kedunia untuk beramal ibadat.bertaubatlah sebelum
nyawa sampai dikeronkong.kalau nyawa sudah sampai dikerongkong taubatmu tidak diterima lagi.

44. Dan siapa yang disesatkan Allah maka tidak ada baginya seorang PEMIMPIN pun sesudah itu. Dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim ketika mereka melihat azab berkata: Adakah kiranya jalan untuk kembali (ke dunia)? (QS. 42:44)


51. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan Nasrani menjadi PEMIMPIN-PEMIMPIN(mu); sebahagian mereka adalah PEMIMPIN bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi PEMIMPIN, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (QS. 5:51)


123. Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan TIPU DAYA dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperDAYAkan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (QS. 6:123)


28. (yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata); Kami sekali-kali tidak mengerjakan suatu keJAHATanpun.(Malaikat menjawab): Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan (QS. 16:28)


165. Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan JAHAT dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik. (QS. 7:165)



54. Dan kalau setiap diri yang zalim (musyrik) itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu, dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Dan telah diberi keputusan di antara mereka dengan ADIL, sedang mereka tidak dianiaya. (QS. 10:54)



Akhirnya Kemunafikan Zulkifli Noordin Terbongkar Juga





Itu berbohong namanya!..." Akhirnya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri, melihat kerenah Zulkifli Noordin sejak kebelakangan ini.

Malah, "imej Islam" Zulkifli Noordin menerima tamparan sengit daripada sahabatnya ini, apabila Saifuddin (gambar kiri) menekankan bahawa berbohong itu bukanlah perbuatan muslim yang baik, setelah menyangkal tuduhan Zulkifli terhadap PKR.

Saifuddin Nasution menyandang jawatan Setiausaha Agung PKR secara rasminya mulai 1 Februari 2010, menggantikan Salehuddin Hashim yang meletak jawatan dan melangkah keluar parti. Beliau berkata sedemikian ketika mengulas isu Zulkifli Noordin dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di ibu pejabat PKR, hari ini.

"Sungguh memalukan!"

Mengimbas kronologi kes ini, Saifuddin berkata, beliau selaku Setiausaha Agung telah menghantar surat kepada Zulkifli pada 1 Februari tahun ini, disusuli surat daripada Lembaga Disiplin PKR pada 8 Februari. Zulkifli diminta untuk menghadap Lembaga Disiplin pada 18 Februari, dan membalas surat ini dalam lima hari.

Dengan kata lain, Zulkifli Noordin perlu menjawab selewat-lewatnya pada 13 Februari, untuk memilih sama ada menghadap pada 18 atau 23 Februari, katanya.

"Dalam masa lima hari tak jawab surat. Tapi muncul pada 17 haribulan, sehari sebelum berlepas ke Korea. Kemudian, (Zulkifli berkata) 'saya pergi ke Korea kerana dihantar oleh parti. Parti tahu saya tak ada dalam negara tapi parti tetapkan tarikh'..."

Saifuddin bersambung, "Itu berbohong namanya! It's a great lie! Great lie bukannya seorang good muslim. Parti tidak menghantarnya ke Korea. Dia sendiri memilih untuk pergi ke Korea. Beza tu!"

Setiausaha Agung ini menjelaskan, seandainya Zulkifli menerima surat berbunyi "...'Saudara dengan ini dihantar oleh parti untuk menghadiri satu persidangan di Korea'. Tandatangan oleh Setiausaha Agung atau Presiden. Yes, anda boleh dakwa anda dihantar. Ini tidak. Pertubuhan Korea hantar email kepada semua ahli parlimen. Siapa nak pergi Korea, tambang pergi balik bayar sendiri; hotel, pengangkutan, makan minum di sana, organisasi itu akan bayar."

"Saya pun dapat (email itu). Saya memilih untuk tidak pergi. Kawan-kawan saya ada yang pergi. Zul (Zulkifli) memilih untuk pergi. Itu bukan dihantar oleh parti," katanya.

"Nampak? Kamu (Zulkifli) tak jawab dalam masa lima hari, satu bab. Kamu hanya hantar beberapa jam sebelum anda hendak berlepas. Kamu buat PC (sidang media), kamu kata 'parti tahu tapi parti hantar. Parti ada niat jahat untuk bertindak'..."

Lantas beliau bersambung, "Bohong! Dan kamu dakwa kamu berjuang untuk muslim dan Islam? It's a great shame! Saya beritahu kamu. Tetapi bolehkah saya dedahkan semua ni kepada media? Tidak, saya pilih untuk mendiam diri."

Bukan dihukum kerana berbeza pendapat

Saifuddin yang tercabar kesabarannya, dengan tegas menafikan bahawa tindakan diambil kerana ahli parlimen Kulim Bandar Baharu itu berbeza pendapat dengan pendirian rasmi PKR. Justeru itu, beliau menolak tuntutan Zulkifli untuk diadili anggota Lembaga Disiplin yang beragama Islam.

"Kita tak hukum dia kerana perbezaan pendapatnya dengan parti, tetapi the moment kamu (Zulkifli) buat laporan polis ke atas parti sahabat, itu menjejaskan kerjasama pakatan, then you already cross that red line, and we take action against you on that (kamu telah melewati batas dan kami mengambil tindakan terhadap kamu kerana itu). Itu saja." jelasnya.

Saifuddin Nasution, juga ahli parlimen Machang, Kelantan berkali-kali menegaskan bahawa isunya bukan pengunaan kalimah "Allah", tetapi laporan polis yang dibuat oleh Zulkifli terhadap Khalid Samadahli parlimen Shah Alam dari PAS. Khalid Samad adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling lantang untuk menyatakan pendirian bahawa kalimah "Allah" boleh digunakan oleh bukan Islam.

Disiplin parti: PKR diasak pelbagai pihak

Walau bagaimanapun, pertikaian penggunaan kalimah "Allah" ini bukanlah kontroversial pertama yang dicungkil oleh Zulkifli Noordin. Beliau menjadi tumpuan media kerana tindakannya "menceroboh" ke dalam satu forum agama anjuran Majlis Peguam Negara pada Ogos 2008, yang menurutnya, bersikap anti-Islam.

PKR telah didesak untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli Noordin, memandangkan tingkahlakunya itu telah melanggar fasal 5.4 dalam perlembagaan PKR sendiri, iaitu "menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua."

Ketika membincangkan isu disiplin, Saifuddin berkata, "Parti politik ini satu organisasi politik. Organisasi politik ini, bukan semua boleh kita selesai ikut buku. Bukan semua kita boleh selesai dengan perlembagaan. Dia ada proses timbang-taranya. Negotiation-nya (perundingannya). We don't simply take action without go into due process."

"Ada sesetengah kes yang berlaku, kita fikir bukan masa untuk kita impose disiplin yang dalam buku, misalnya. So, apa prosesnya?" Setiausaha Agung PKR ini menjelaskan bagaimana seseorang individu dipanggil, ditegur, dipujuk untuk mengubah pendekatan jika dianggap keterlaluan, dan berbincang melalui saluran dalam parti.

"Ini saya panggil proses, kerana kita mengendalikan satu organisasi politik." Setelah proses ini dilalui, sambil merujuk kepada kes Zulkifli Noordin, "...Sampai satu batas, enough is enough (cukuplah). Kamu telah melangkaui batas. Jadi kami panggil dia. Walaupun begitu, kita masih beri dia due process (proses rayuan mengikut saluran undang-undang)."

Buku bukan satu-satunya penyelesaian

Jelas, Saifuddin amat menyedari harga yang dibayar PKR untuk memberi laluan kepada proses ini. Setelah mengulas kes Zulkifli, beliau berkata, "Mengendalikan satu parti politik, buku (perlembagaan) sebagai panduan. Tetapi buku bukan satu-satunya penyelesaian. Sebab itu, proses berbincang, memberi nasihat itu berlaku. Kerana proses itu dilakukanlah, maka kita diasak di luar sana tak ada prinsip, berlengah-lengah...semua tu."

Beliau bersambung, "Sekarang kita ambil tindakan. Bukan kerana tekanan di luar, tidak. Kerana kita dah melalui semua proses tapi hasilnya tidak memuaskan, misalnya. Dan ini terus berjalan dan berlaku lagi (kesilapan yang sama diulangi)."

Dalam wawancara lebih daripada satu jam ini, Saifuddin menafikan bahawa pendirian rasmi PKR kesemuanya ditentukan oleh Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim secara berseorangan. Ruang perbincangan dibuka dan semua pendapat diambil kira. Untuk Saifuddin, seseorang anggota parti harus mengakur kepada pendirian parti setelah perbincangan dilalui.

"(Ini namanya)...Disiplin organisasi. Dalam PAS kita panggil disiplin jemaah. Disiplin harakah. Kalau kamu tidak bersedia untuk diikat dengan keputusan parti, lebih baik kamu buat keputusan untuk bersama kami, atau tidak lagi bersama kami," dengan cermat Saifuddin Nasution menyampaikan mesejnya. (Bahagian pertama, bersambung)

*Temuramah bersama Saifuddin Nasution Ismail ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Chen Shaua Fui dari MerdekaReview.

Zahrain mula terasa bahang dari dakwaannya



KUALA LUMPUR, 24 Mac: Usaha anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Ibrahim untuk menyusahkan pimpinan PKR nampaknya makan diri sendiri apabila beliau didakwa 'sudah kenyang baru melompat' dan beliau dikatakan membuat kenyataan 'bodo-bodo'.
Orang yang menyusahkan Zahrain di Parlimen tidak lain dari orang yang dituduhnya mahu melompat meninggalkan BN untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam projek 16 Septembernya.
Datuk Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) dalam ucapannya meminta Zahrain menarik balik dakwaannya yang beliau adalah salah seorang yang hendak melompat parti menyertai PKR. Dia juga mendesak media menyiarkan kenyataannya secara besar-besaran sebagaimana media menyiarkan kenyataan yang dibuat Zahrain sebelum ini terhadapnya.
Dalam ucapannya seminggu lalu, Zahrain menyebut 10 nama yang akan meninggalkan BN untuk menyertai Anwar bagi menubuhkan kerajaan baru. Salah saorang dari mereka adalah Ghafur.
"Kenyataan anggota parlimen Bayan Baru bodo-bodo...," kata Ghafur yang berucap dalam keadaan marah kepada Zahrain.
Beliau mempertikaikan kenapa Zahrain hanya menyebut beberapa orang sahaja yang mahu melompat sedangkan yang diperlukan Anwar adalah 30 orang..
"Hanya beberapa orang sahaja disebut mahu lompat...mana dia sekolah...mana cukup. Kenapa tidak disenarai mereka yang ke Taiwan itu, saya tidak ke sana," katanya.
Ghafur berkata, mungkin umpan yang diberikan kepada mereka yang mahu melompat tidak cukup sebab itu mereka tidak melompat.
"Umpan tak cukup, jadi tak lompat, umpan untuk Bayan Baru besar, sebab itu dia lompat..sekarang dia sudah kenyang," kata Ghafur diikutikan dengan tepukan gemuruh dalam Dewan Rakyat.
Ghafur juga menolak dakwaan Zahrain kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai komunis berkata, mungkin dia melompat kerana tidak mendapat apa yang dikehendaki dari kerajaan Pulau Pinang.
Beliau juga mempertikaikan Zahrain kenapa baru sekarang melompat bukan dua tahun lalu.
"Dua tahun baru lompat, kenapa tak lompat awal...sekarang dah jadi bebas...mungkin kerana kocek dah penuh," kata Ghafur.
Ghafur turut mencadangkan agar Umno tidak menerima orang semacam ini jika dia memohon untuk menyertai parti itu.
"Kalau dia boleh gigit tangan ketua dia, dia tentu boleh gigit ketua kita nanti," kata Ghafur.
Ghafur juga berkata, kalau orang macam ini masuk Umno, orang yang ada dalam umno akan keluar.
Ghafur juga berkata, dia tidak akan melompat parti hanya kerana duit yang diberikan tetapi akan melompat jika tidak bersetuju dengan ketuanya.
Menurutnya, pada tahun 1985, PBS (Parti Bersatu Sabah) cuba membelinya untuk keluar parti.
"Tetapi saya tidak terima kerana kalau saya hendak keluar parti kerana tak percaya kepada pucuk pimpinan bukan kerana dibeli," kata Ghafur.

Rumah pengarang buku 'Altantuya' diserang bom petrol



KUALA LUMPUR, 24 Mac: Rumah pengarang buku 'Di Sebalik Pembunuhan Altantuya', Badrul Hisham Shahrin di Seremban dibom dengan molotov cocktail kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
Akibat dibom menggunakan bom minyak itu, menurut Badrul, terdapat kesan kebakaran yang kecil di halaman rumahnya di Taman Chedang. Pun begitu, beliau yang dikenali Chegu Bad mengesahkan tidak ada sebarang kecederaan berlaku ke atas beliau, isterinya dan dua anaknya.
Ujarnya lagi, kedua-dua anaknya hanya mengalami kesesakan nafas akibat asap yang berkepul-kepul dalam rumahnya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, laporan polis telahpun dibuat di Balai Polis Seremban 2.
Dalam laporannya, beliau menjelaskan bahawa jirannya ternampak dua orang pemuda berkeliaran di sekitar kediamannya, sebelum melontar molotov cocktail ke halaman rumahnya.
Bagi Badrul sendiri, beliau tidak mengesaki sesiapa pun.

18 perwakilan Pulai sokong Soi Lek



JOHOR BAHRU 23 Mac - Sebanyak 18 perwakilan MCA Bahagian Pulai yakin bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan memenangi jawatan Presiden MCA pada pemilihan baru parti Ahad ini.
Pengerusi MCA Bahagian Pulai, Low Teh Hian yang digantung sejak lapan bulan lalu bersama 18 perwakilan bahagian itu secara terbuka menyatakan sokongan dan akan memberi undi kepada Soi Lek pada pemilihan itu.
"Bagi kami, Soi Lek paling berwibawa dalam menyelesaikan masalah parti dan beliau diterima baik oleh ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk memperkukuhkan lagi kedudukan MCA," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebelum itu, Teh Hian bersama 18 perwakilan berkenaan mengadakan sidang akhbar bagi menyatakan sokongan kepada Soi Lek yang juga bekas Pengerusi MCA Johor.
Teh Hian berkata, Soi Lek mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki seperti selalu turun padang menyelesaikan masalah ahli akar umbi dan isu tempatan selain mentadbir dengan cemerlang di peringkat parti dan kerajaan.
"Masalah moral yang pernah dilalui beliau tidak akan menjejaskan peluangnya untuk menang kerana para perwakilan memahami bahawa Soi Lek sebelum ini sudah menunjukkan beliau bertanggungjawab apabila meletak jawatan.
"Lagipun, orang ramai sudah tidak mahu lagi mengingati perkara-perkara seperti itu," katanya.
Dalam pada itu, Teh Hian berharap pemimpin MCA mencontohi bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak lagi mahu bertanding dalam jawatan utama parti jika sudah bersara atau melepaskan jawatan.

Israel terus angkuh



WASHINGTON 23 Mac - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam berkata, negara Yahudi itu tidak akan menyerahkan Baitulmaqdis kepada penduduk Palestin, sebaliknya akan menjadikan bandar suci itu sebagai ibu negaranya.
"Baitulmaqdis bukan kawasan penempatan (haram) Yahudi tetapi merupakan ibu negara Israel," kata beliau semasa berucap kepada pertubuhan pelobi pro-Israel, Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) di Washington, semalam.
Netanyahu dalam lawatan beliau ke sini tidak menunjukkan tanda mahu berkompromi dan merapatkan jurang perselisihan faham dengan Washington, menjelang pertemuan sukar dengan Presiden Barack Obama hari ini.
"Orang Yahudi membangunkan Baitulmaqdis 3,000 tahun lalu dan orang Yahudi membangunkan Baitulmaqdis hari ini. Baitulmaqdis bukan kawasan penempatan Yahudi tetapi ibu negara kami," ujar beliau lagi.
Perdana Menteri itu mendakwa beliau hanya meneruskan dasar-dasar semua kerajaan Yahudi sejak 1967, apabila Israel memenangi perang dengan jiran-jiran negara Arab lalu menawan timur Baitulmaqdis yang kemudian dijadikan sebagai sebahagian wilayahnya.
Kenyataan Netanyahu mendapat tepukan gemuruh daripada 7,500 anggota perwakilan pada persidangan tahunan AIPAC, tetapi dikecam oleh penunjuk perasaan yang turut hadir di Pusat Konvensyen Washington.
Pengumuman Israel pada 9 Mac lalu mengenai rancangan untuk membina 1,600 rumah baru di timur Baitulmaqdis yang majoriti penduduknya Arab mencetuskan kutukan AS.
Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton berkata, rancangan itu menjejaskan rundingan damai Israel-Palestin yang baru dipersetujui.
Palestin mengancam untuk menarik diri daripada rundingan tidak langsung yang diusahakan oleh Washington sejak berbulan-bulan lalu selepas Palestin menolak rundingan terus dengan Israel disebabkan kegiatan pembinaan penempatan Yahudi. - AFP