Monday, August 12, 2013

IKHWAN MUSLIMIN TOLAK RENCANA DAMAI AL-AZHAR



Ikhwan Muslimin semalam (10/8/2013) menolak seruan dialog yang disampaikan oleh Al-Azhar untuk menyelesaikan krisis politik yang tercetus sejak penggulingan Presiden Dr.Mursi.

Pihak berkuasa Islam berkata sebelum ini bahawa mereka akan mula menghubungi tokoh-tokoh penting untuk mengemukakan inisiatif dalam mencari jalan keluar krisis Mesir pada hari Isnin.

Namun, para pemimpin Ikhwan Muslimin menyebut kepada pejabat berita Anadolu Turki pada hari Sabtu bahawa mereka menolak inisiatif yang diseru oleh Al-Azhar agar terlibat dalam dialog & ikut ambil bahagian dalam pemilihan presiden yang akan datang di negara itu.

Para pemimpin Ikhwan juga mendakwa Syeikhul Azhar, Syeikh Ahmed Toyyib menyokong rampasan kuasa tentera terhadap Mursi.

Ikhwan Muslimin menyatakan syarat mutlak untuk bergabung dengan pembicaraan ialah mengembalikan Dr.Mursi.

Syeikhul Azhar mengumumkan sebelum ini bahawa beliau akan mengundang tokoh-tokoh untuk pertemuan besar dengan tujuan untuk merumuskan inisiatif bersatu dalam menyelesaikan kebuntuan politik yang melanda Mesir menyusul penggulingan Dr.Mursi pada 3 Julai lalu.

Al-Azhar menyatakan optimis mereka akan kejayaan pertemuan tersebut & menunjukkan bahawa beberapa inisiatif boleh dibina untuk memulakan perdamaian nasional.

Beberapa inisiatif telah dicadangkan oleh parti dan tokoh masyarakat, termasuk bekas Perdana Menteri Mursi Dr.Hesyam Qandil, cendekiawan Islam Muhammad Salim Al-Awa, dan tokoh Mesir yang lain.

Majoriti inisiatif menetapkan penguatkuasaan kembali perlembagaan 2012 & pilihan raya dalam masa 90 hari.

via Islampos
 

Yaman Antara bukti kezaliman tentera united snakes of america yang menyerang penduduk selatan Yaman dengan menggunakan drone.