Thursday, February 19, 2015

Dakwaan Sirul: Najib kata mengarut, Hisham cakap hak Sirul untuk dedah

KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis, Sirul Azhar yang bertindak hanya mengikut arahan dianggap "mengarut" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sejurus selepas memberikan ucapan Tahun Baru Cina, wartawan mengajukan soalan tentang beberapa dakwaan Sirul termasuk “orang penting yang mempunyai motif” dalam kes itu masih bebas. Najib pada mulanya menggelengkan kepala berkali-kali dan mula beredar tetapi apabila diasak wartawan, beliau kemudiannya menjawab “mengarut” sambil tersenyum. Sementara itu pada Rabu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, Sirul berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu. "Itu hak dia. Saya tak tahu apa yang dia nak dedahkan, macam mana saya nak tahu ia baik atau buruk," katanya dalam satu sidang media. Sirul dalam satu temubual bersama Malaysiakini, Sirul yang kini berada di Australia mendakwa dia hanya mengikut arahan dan pihak yang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya masih bebas.

sumber

Alvin Tan, Vivian Lee bebas

Putrajaya: Penulis blog kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee bebas daripada tuduhan menimbulkan permusuhan antara penganut pelbagai agama melalui perbuatan mereka menaik muat gambar menghina umat Islam ketika Ramadan di Facebook.
Ini berikutan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan dengan alasan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes berkenaan.
Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan tuduhan terhadap Tan dan bekas teman wanitanya itu.
Hakim Tan Sri Abdull Hamid Embong, yang mempengerusikan panel itu, membenarkan bantahan awal peguam bela dua defenden itu, Chong Joo Tian, yang berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana perkara itu bermula di Mahkamah Sesyen, maka ia patut berakhir di Mahkamah Rayuan.
Tan dan Lee memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya menggugurkan tuduhan itu (menyebabkan timbul permusuhan agama) mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan kerana mereka mendakwa seksyen itu tidak terpakai kepada bukan Islam dan oleh itu, tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Dang Wangi pada 11 dan 12 Julai 2013.
Pasangan itu didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, tetapi berjaya dalam rayuan mereka kepada Mahkamah Rayuan pada 21 April agar tuduhan itu diketepikan.
Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Ketika membenarkan rayuan pasangan itu, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 298A (1) (a) tidak boleh dikuatkuasakan terhadap Tan dan Lee kerana ia tidak terpakai bagi bukan Islam.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya Manoj Kurup berhujah bahawa perkara itu boleh dirayu kepada Mahkamah Persekutuan.
Katanya Mahkamah Tinggi adalah mahkamah pertama yang perlu mendengar perkara berkaitan alasan perlembagaan dalam Seksyen 298A (1) (a).
Tan, nama penuhnya Tan Jye Yee, 27, dan Vivian, atau Lee May Ling, 26, bagaimanapun berdepan dengan dua lagi tuduhan di Mahkamah Sesyen.
Mereka menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan kerana menyiarkan gambar dengan kapsyen ‘Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising)’ di Facebook.
Satu lagi tuduhan ialah menyiarkan gambar pornografi dalam akaun Facebook mereka.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur antara 11 dan 12 Julai 2013 dan 6 dan 7 Julai 2013.
Dua tuduhan itu dijadual dibawa untuk pengurusan kes di Mahkamah Sesyen pada 6 Mac. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Februari 2015 @ 7:25 PM


ALVIN Tan (kanan) dan Vivian Lee.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31811#sthash.5Rz4Tn3g.dpuf

Lelong sut kontroversi


New Delhi: Perdana Menteri Narendra Modi mengambil keputusan melelong sut kontroversi dengan namanya disulam dalam jalur emas selepas mendapat kecaman hebat.
Penentang politiknya menyindir dia tidak peka dengan keadaan rakyat India yang kebanyakannya hidup dalam kemiskinan apabila memakai sut itu ketika bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama selepas terpilih menjadi perdana menteri beberapa bulan lalu.
Sut ditempah khas itu dilelong di Gujarat bagi mengumpul dana untuk projek pembersihan sungai Ganges. Lelongan yang bermula hari ini akan berlangsung selama tiga hari.
Sut biru kelasi yang disulam dengan namanya berulang kali menjejaskan imej Modi yang pada pilihan raya lalu menggambarkan dirinya sebagai orang yang mulanya hidup susah dengan bekerja sebagai penjual teh dan pengorbanannya untuk kemajuan India.
Penentang politiknya, termasuk naib presiden Parti Kongres Rahul Gandhi mengecam perdana menteri itu kerana sut berkenaan dengan mendakwa ia bernilai lebih sejuta rupee (RM58,000).
Rahul berkata, Modi sepatutnya memberi tumpuan menunaikan janjinya kepada rakyat miskin negara itu.
Kira-kira sepertiga rakyat miskin terlampau dunia tinggal di India, menurut Bank Dunia.
Malah, negara itu jauh ketinggalan dari segi petunjuk sosial lain, termasuk kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak.
Untuk acara lelongan itu, Narendra turut mendermakan 450 cenderamata yang diterimanya sejak dilantik menjadi perdana menteri Mei tahun lalu selepas memenangi pilihan raya.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar, cenderamata, termasuk kancing perak, pasu seramik, permaidani dan kotak perak berisi batu berharga.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31895#sthash.o61QcPw8.dpuf

Canberra ‘ungkit’ jasa kepada Indonesia


Sydney: Perdana Menteri Tony Abbott menggesa Jakarta mengenang bantuan besar dihulur Canberra ketika Indonesia dilanda tsunami pada 2004 ketika terus bertegas mahu melaksanakan hukuman mati ke atas dua pesalah dadah warga Australia.
Australia menghantar bantuan bernilai A$1 bilion ketika sebahagian Indonesia berantakan dilanda tsunami yang mengorbankan hampir 170,000 orang di negara itu.
“Kami juga mengirim ramai pasukan tentera melaksanakan bantuan kemanusiaan.
“Kepada rakyat dan kerajaan Indonesia, kami di Australia sentiasa bersedia membantu anda dan kami berharap anda dapat membalas budi kami,” katanya,
Mahkamah menjatuhi hukuman mati ke atas Andrew Chan, 31, dan Myuran Sukumaran, 33, kerana cuba menyeludup heroin dari Bali ke Australia pada 2006.
Setakat ini pelbagai usaha menyelamatkan Chan dan Sukumaran masih gagal.
Hukuman tembak hingga mati itu dijangka dijalankan bulan ini, tetapi pihak berkuasa enggan mendedahkan butirannya.
Kata Abbott, kerajaan akan menghantar “wakil paling berpengaruh” bertemu Presiden Jokowi.
“Saya pasti amat kecewa jika permohonan mendapatkan pengampunan daripada Jokowi ditolak,” katanya. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31896#sthash.pHknWLcI.dpuf

Budi tergugur

Jakarta: Presiden Jokowi semalam menggugurkan nama Budi Gunawan sebagai calon Ketua Polis Indonesia selepas beberapa minggu orang ramai membantah kenaikan pangkat pegawai yang dikaitkan dengan rasuah itu.
“Hari ini (semalam) kerajaan mengemukakan calon baru ke parlimen untuk diluluskan,” katanya kepada media di Istana Presiden.
Kata Jokowi, calon itu ialah pemangku ketua polis negara terbabit, Badrodin Haiti.
Bulan lalu Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) menamakan Budi sebagai suspek dalam kes rasuah disiasat agensi berkenaan.
Penamaan itu dibuat selepas parlimen menyokong usul Jokowi melantik Budi sebagai Ketua Polis Indonesia.
Sebagai tindak balas, polis kemudian menangkap dan menyiasat beberapa pegawai atasan KPK atas pelbagai tuduhan.
Seorang daripadanya ialah Ketua KPK sendiri, Abraham Samad.
Dalam sidang media sama, Jokowi juga mengumumkan penggantungan tugas Abraham dan timbalannya, Bambang Widjojanto.
“Mereka akan digantikan supaya KPK dapat berfungsi seperti biasa,” katanya.
Terdahulu, KPK yang mendapat sokongan ramai memberi amaran, tindakan ‘balas dendam’ polis ke atas agensi antirasuah berkenaan akan gagal.
KPK mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dengan menyabitkan sejumlah ahli politik dan pihak atasan dalam pebagai kes rasuah.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Februari 2015 @ 5:11 AM


BADRODIN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31899#sthash.HcmzkMt0.dpuf

Rumahku reban ayamku

Pattallassang, Sulawesi Selatan: Seorang lelaki warga emas terpaksa tinggal dalam reban ayam bersama dua ekor kambing peliharaannya selepas dia “dibuang keluarga” sendiri.
Untuk memenuhi keperluan harian, Daeng Bollo, 75, menternak ayam sejak 10 tahun lalu apabila bantuan kerajaan tidak lagi diperolehnya.
Media tempatan melaporkan, setiap hari reban ayam seluas 2 x 3 meter itulah menjadi tempat Daeng Bollo berteduh.
Pada malam hari, kata media, Daeng Bollo tidur bersama ayam serta kambing peliharaannya.
Kata Daeng Bollo, reban ayam itu milik Awaluddin Rewa Daeng Siala.
“Sejak saya dibuang keluarga 30 tahun lalu, saya menumpang teduh di sini,” katanya.
Menurut penduduk setempat, mereka pernah beberapa kali menasihati Daeng Bollo supaya berpindah ke tempat lain.
Namun, cadangan itu ditolaknya.
Alasan Daeng Bollo - dia malu dan tidak mahu menyusahkan orang lain.
Ramai menawarkan diri menyediakan kediaman lain untuknya.
Dia juga tertanya-tanya mengapa bantuan bulanan daripada kerajaan terhenti sejak 2005.
“Entahlah. Jika mengikut syarat, semuanya sudah dipenuhi, tetapi masih belum nampak perubahan,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Februari 2015 @ 5:24 AM


BEKAS reban ayam yang menjadi ‘rumah’ Daeng Bollo di Kampung Patani, di Takalar, Sulawesi Selatan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31943#sthash.db7fCCwr.dpuf

Wan Azizah patut tanding Permatang Pauh


Wan Azizah patut tanding Permatang Pauh
TIDAK sampai seminggu lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disahkan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, juga jawatan ketua pembangkang mengikut Perkara 48 (4) Perlembagaan Persekutuan setelah disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Persekutuan 10 Februari lalu.

Pakatan setakat ini bagaimanapun belum membuat apa-apa keputusan mengenai siapa yang akan mengambil alih tempat Anwar sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Partinya, PKR juga belum membuat keputusan mengenai siapa calon yang akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagi pemerhati, keputusan untuk memilih ketua pembangkang kali ini tidak semudah dahulu. Ini kerana hubungan antara parti dalam pakatan pembangkang pada masa ini diketahui tidak begitu bahagia.

Dalam keadaan ini, sudah pasti tidak mudah untuk dibuat keputusan siapa yang paling layak dalam kalangan pemuka parti untuk mengetuai wakil mereka di Parlimen, yang boleh diterima baik oleh semua pihak.

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini ada membuat kenyataan mengenai kesediaan beliau untuk dipertimbangkan sebagai ketua pembangkang.

Memanglah tidak salah bagi Azmin untuk membuat kenyataan seperti itu namun bagi pemerhati, kenyataannya itu sedikit sebanyak boleh mengundang perdebatan.

Ini kerana beliau sudah sedia memikul tanggungjawab berat sebagai menteri besar yang memerlukan sepenuh komitmen dan tumpuan.

Robot kendali hotel di Jepun

Robot kendali hotel di Jepun

NAGASAKI - JEPUN. Sebuah hotel yang menggunakan khidmat robot akan di buka pada Julai tahun ini di Huis Ten Bosch, di sini.

Penggunaan robot itu adalah termasuk mendaftar masuk tetamu, membawa beg, membuat kopi, membersihkan bilik dan perkhidmatan lain.

Memetik laporan The Washington Post, Hotel Henn na ini akan dilengkapi oleh robot yang berupaya untuk bertindak balas kepada bahasa badan, fasih bercakap bahasa Mandarin, Jepun, Korea dan Inggeris.

Menurut Presiden Syarikat Huis Ten Bosch, Hideo Sawada, kakitangan robot akan di sokong dengan kakitangan manusia namun pada masa akan datang syarikatnya akan memastikan lebih daripada 90 peratus daripada perkhidmatan hotel dikendalikan oleh robot.

"Hotel ini juga akan menggunakan sistem pengecam muka dan bukannya kunci bilik biasa, selaras dengan perkembangan teknologi.

"Kami akan membuat hotel yang paling cekap di dunia", katanya dipetik The Japan Times.

Caj sebuah bilik adalah diantara 7,000 yen (RM213) ke 9000 yen (RM 274) semalam.

Bangunan pertama kompleks yang akan dibuka pada Julai dengan 72 bilik, diikuti oleh satu lagi bangunan 72 bilik pada tahun depan.

AS tetapkan polisi eksport pesawat bersenjata


19 Februari 2015


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Amerika Syarikat mewujudkan satu polisi untuk eksport ketenteraan termasuk pesawat komersial bersenjata, dan merancang kerjasama dengan negara lain bagi membentuk piawaian global terhadap penggunaan sistem senjata.

Menurut Jabatan Negara AS, ia akan membolehkan eksport pesawat tentera dilakukan di bawah syarat yang ketat, termasuk jualan hendaklah dibuat melalui program kerajaan dan negara penerima mesti bersetuju untuk jaminan kegunaan akhir.

Difahamkan, polisi dibuat selepas kajian selama dua tahun susulan permintaan yang semakin meningkat daripada sekutu AS terhadap jenis senjata baharu yang memainkan peranan penting dalam operasi ketenteraan AS di Afghanistan, Iraq dan Yaman.

Polisi ini juga dilihat dapat membantu syarikat AS meningkatkan jualan ketenteraan dan pesawat komersial dalam pasaran global yang semakin kompetitif. - Reuters

Kanada kenakan lebih sekatan


19 Februari 2015


OTTAWA - KANADA. Kerajaan Kanada mengenakan sekatan baharu ke atas lebih 50 individu dan entiti Rusia serta pro Rusia, selain menuduh negara itu mencemarkan kedaulatan Ukraine.

Perdana Menteri Kanada Stephen Harper berkata, larangan menyasarkan 37 individu dan 17 entiti, termasuk syarikat minyak gergasi Rusia, NK Rosneft OAO, serta ketua konglomerat Rostec Sergei Chemezov.

"Dalam penyelarasan dengan Kesatuan Eropah (EU) dan rakan kongsi Amerika Syarikat, Kanada sekali lagi memberi tindak balas situasi yang berlaku sekarang dengan mengumumkan sekatan seterusnya terhadap individu dan entiti Rusia serta Ukraine," katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersedia mengambil tindakan tambahan terhadap Moscow dan pro Rusia jika krisis di Ukraine tidak diselesaikan.

Terdahulu, Presiden Ukraine Petro Poroshenko menyatakan Barat bakal melalui laluan sukar di Moscow berikutan pencabulan tentera pro Rusia terhadap gencatan senjata baharu di kawasan bergolak di timur negara berkenaan. - Press TV

Tersilap siar gambar Obama sebagai suspek rogol

Tersilap siar gambar Obama sebagai suspek rogol

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah stesen televisyen di Amerika Syarikat (AS) memohon maaf atas kesilapan mereka menyiarkan gambar Presiden negara itu, Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol.

Penyampai berita, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita mengenai kes jenayah rogol dan dalam masa yang sama visual gambar Obama tersiar sebagai suspek jenayah tersebut yang didapati tidak bersalah.

Paparan tersebut tersiar selama 5 saat sebelum disedari stesyen televisyen berkenaan.

Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan.

"Kesilapan ini adalah tidak disengajakan", katanya dipetik Al Arabiya News.

Bagaimanapun, stesyen televisyen telah memohon maaf diatas kesilapan tersebut.

"Kami secara tidak sengaja telah menggunakan gambar Obama semasa melaporkan berita tersebut dan kami memohon maaf dan menyesali kesilapan tersebut".