Thursday, September 12, 2013

Kepala budak diacu pistol

London: Imej mengejutkan yang menunjukkan seorang wanita mengacu pistol ke kepala seorang kanak-kanak mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan mangsa.
Foto itu dikongsi di laman media sosial ratusan kali sejak ia mula dimuat turun baru-baru ini. Pengguna laman web terdesak untuk mengenal pasti wanita dan kanak-kanak itu bagi memaklumkan kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun, usaha mereka terhalang ekoran kurangnya maklumat mengenai asal usul gambar itu.

Foto terbabit menunjukkan seorang wanita muda tersenyum sambil mengacu pistol antara dua mata kanak-kanak yang berusia sekitar dua tahun.
Tiada maklumat mengenai bila dan di mana gambar itu diambil, tetapi kelihatannya berasal dari laman Facebook warga Argentina sebulan lalu.

Kemungkinan kedua-duanya adalah penduduk Amerika Latin. Imej itu mencetuskan panik hingga mendorong penulis blog berkempen menentang penderaan domestik.

Seorang bekas mangsa penderaan berkongsi foto itu mengatakan: “Jika ada sesiapa yang boleh membantu kami mencari kanak-kanak itu, tolonglah buat sesuatu. “Seorang bayi boleh mengalami trauma seperti mangsa penderaan yang lain - dan ini adalah satu bentuk penderaan.” Ramai pengguna Facebook menyuarakan kemarahan terhadap foto itu dengan sesetengahnya menyifatkannya “benar-benar jahat.” Tidak diketahui sama ada pistol dalam gambar itu senjata betul atau pistol mainan. - AFP
Foto
FOTO yang dikongsi di Facebook ini mengejutkan ramai pengguna laman sosial.

Bekas pemimpin kanan Taliban bebas

Bekas pemimpin kanan Taliban bebasMullah ketika ditahan pada 2010 di Islamabad.

ISLAMABAD - PAKISTAN 12 September 2013. Kerajaan Pakistan bersetuju membebaskan bekas timbalan Taliban Afghanistan, Mullah Abdul Ghani Baradar, semalam.

Penasihat kepada Perdana Menteri untuk Keselamatan Negara dan Hal Ehwal Luar Sartaj Aziz berkata, kerajaan Kabul sebelum ini menuntut Islamabad membebaskan Mullah selepas ditahan pada 2010 dalam cubaan melakukan sabotaj dalam usaha untuk memulihkan keamanan di Afghanistan.

“Pada dasarnya, Pakistan bersetuju membebaskan Mullah. Tetapi, beliau tidak dibebaskan sepenuhnya oleh kerajaan Kabul kerana masih menghadapi tuduhan mensabotaj,” katanya, dipetik dari laporan AFP.

Mullah dijangka dibebaskan pada bulan ini dan merupakan anggota pemberontak Taliban ke-34 dibebaskan pihak keselamatan Pakistan sejak tahun lalu.

Buku dedah 7 gadis Rapunzel 'pukau' dunia


Tujuh adik-beradik perempuan terdiri daripada Sarah, Victoria, Isabella, Grace, Naomi, Mary dan Dora yang memiliki rambut panjang sehingga buku lali, bergambar bersama bapa mereka, Fletcher Sutherland. - Agensi
NEW YORK 11 Sept. - Tujuh adik-beradik perempuan pada abad ke-19, berjaya memukau rakyat Amerika Syarikat (AS) ketika itu, bukan dengan berpakaian seksi tetapi hanya dengan gaya rambut panjang mereka yang kelihatan seperti kisah dongeng, Rapunzel.
Penulis buku keluarga itu, Brandon Stickney mendedahkan bagaimana adik-beradik itu muncul sebagai 'selebriti paling seksi' di AS serta kejayaan tonik rambut 'ajaib' jenama mereka yang mencecah jualan sehingga AS$3 juta (RM9.8 juta) pada ketika itu.
Menurut Stickney, adik-beradik perempuan Sutherland terdiri daripada Sarah, Victoria, Isabella, Grace, Naomi, Mary dan Dora, masing-masing mempunyai rambut panjang sehingga ke buku lali dengan ukuran panjang kira-kira 11.2 meter.
Kesemua gadis itu bersama adik lelaki tunggal mereka, Charles dilahirkan antara 1851 dan 1865 di komuniti perladangan di pedalaman Cambria, New York.
Dalam usaha keluarga itu keluar daripada belenggu kemiskinan, bapa mereka, Fletcher Sutherland mendesak adik-beradik tersebut menceburi bidang persembahan bagi menyerlahkan bakat nyanyian masing-masing.
Bagaimanapun, selepas mereka menyertai sebuah syarikat sarkas, Barnum & Bailey, Sutherland menyedari orang ramai sebenarnya lebih tertarik dengan rambut panjang mereka berbanding suara mereka, sehinggalah mereka digelar sebagai 'tujuh perkara paling menyenangkan hati di dunia'.
Terdapat khabar angin menyatakan bahawa ibu kepada adik-beradik perempuan Sutherland, Mary yang meninggal dunia pada 1867 menggunakan salap 'berbau kuat' pada rambut anak-anaknya bagi menggalakkan pertumbuhan rambut anak-anak gadisnya itu ketika mereka membesar.
Dalam usaha untuk mengambil kesempatan ke atas minat orang ramai terhadap anak-anak gadisnya, Sutherland mendapat idea untuk menjual tonik rambut yang menggunakan nama keluarga itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130912/lu_07/Buku-dedah-7-gadis-Rapunzel-pukau-dunia#ixzz2efBCqBwB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

UMNO YANG PUNYA

Dr. Mahathir nafi terlibat projek IC



DR. MAHATHIR (tengah) keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah selepas memberi keterangan kepada RCI semalam.


KOTA KINABALU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan yang beliau terlibat dalam projek kad pengenalan (IC) seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Beliau yang merupakan saksi ke-209 berkata demikian dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Dalam keterangan yang diberikan, Dr. Mahathir menegaskan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya kad pengenalan diberikan kepada PATI.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2ecyWFrTK 
Hakcipta terpelihara 

Tiga angkasawan ISS mendarat di Kazakhstan



KAKITANGAN Agensi Angkasa Lepas Rusia mengangkat angkasawan negara itu, Pavel Vinogradov sebaik sahaja dia mendarat di Zhezkazgan, Kazakhstan semalam.


MOSCOW - Tiga angkasawan selamat kembali ke Bumi dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) semalam apabila kapsul angkasa lepas Rusia yang membawa mereka mendarat di padang rumput step- pe, Kazakhstan.
Beberapa pasukan penyelamat kemudian bergegas menuju ke kapsul Soyuz yang membawa angkasawan Amerika Syarikat, Chris Cassidy serta dua angkasawan Rusia, Pavel Vinogradov dan Alexander Misurkin.
Mereka sebelum ini berada di ISS yang berharga AS$100 bilion (RM326 bilion) selama 166 hari sejak 29 Mac lalu.
Ketiga-tiga angkasawan itu mendarat dalam cuaca cerah pada pukul 8.58 pagi (waktu tempatan) di tenggara bandar Zhezkazgan.
Rakaman siaran langsung oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) menunjukkan tiga lelaki keluar dari kapsul tersebut.
Mereka kemudian diletakkan di atas kerusi berbaring bagi membantu menyesuaikan diri dengan graviti Bumi. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2ecwbY1hc 
Hakcipta terpelihara 

Letupan gegar kompleks Kementerian Luar Libya



ORANG ramai melihat bangunan Kementerian Luar Libya yang rosak akibat letupan di Benghazi semalam.


TRIPOLI - Satu letupan kuat menyebabkan bangunan Kementerian Luar Libya di bandar persisir pantai Benghazi rosak teruk, kata beberapa pegawai.
Kejadian awal pagi semalam turut merosakkan bangunan sebelah yang menempatkan cawangan Bank Pusat Libya.
Menurut beberapa pegawai yang enggan nama mereka didedahkan, beberapa orang yang melalui kawasan itu cedera akibat terkena serpihan kaca tingkap di bangunan berhampiran.
Letupan tersebut hadir seta- hun selepas kumpulan militan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda menyerang konsulat Amerika Syarikat di Benghazi.
Serangan berkenaan meng- akibatkan duta AS, Chris Stevens dan tiga rakyat Amerika terbunuh. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2ecwHcMdr 
Hakcipta terpelihara 

Pemisah MNLF jadikan penduduk sebagai perisai


SEKUMPULAN penduduk kampung yang dipercayai dijadikan tebusan oleh kumpulan pemisah MNLF mengibarkan kain putih sebagai tanda merayu anggota tentera agar tidak menembak mereka di Zamboanga, Filipina semalam.


ZAMBOANGA - Kumpulan pemisah Islam semalam menjadikan sejumlah penduduk di sini sebagai tebusan yang membentuk perisai manusia ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan di selatan Filipina memasuki hari ketiga.
Ada di antara kalangan berpuluh-puluh tebusan terbabit mengibarkan bendera putih dan merayu supaya mereka tidak ditembak oleh tentera.
Rayuan itu dibuat selepas penembak tepat yang disyaki anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melepaskan tembakan dari penempatan tersebut ke arah pasukan keselamatan yang berada sekitar 500 meter di daerah Santa Barbara di sini.
Di bahagian lain di Zamboanga, tiga anggota MNLF ditahan selepas berbalas tembakan dengan pihak polis yang menyekat kemaraan puak pemisah daripada mencero- boh daerah-daerah lain di sini.
"Tentera kami hanya membalas tembakan. Kami tidak melancarkan serangan. Misi kami adalah untuk mengepung mereka, bukan menyelamatkan tebusan," kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala.
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 24 yang lain cedera selepas kira- kira 300 anggota MNLF bertempur dengan tentera Filipina sejak Isnin lalu.
Kumpulan lelaki bersenjata yang merupakan pengikut pengasas MNLF, Nur Misuari dikatakan mahu menggagalkan rundingan damai di antara Manila dengan puak pemisah di selatan negara itu.
Pertempuran tersebut menyebabkan bandar pelabuhan yang mempunyai hampir sejuta penduduk itu lumpuh dan lebih 170 orang awam dipercayai terperangkap di lokasi persembunyian kumpulan pemisah.
Sejumlah sekolah, premis perniagaan dan bangunan kerajaan ditutup sejak tiga hari lalu. Perkhidmatan penerbangan dan feri turut tergendala.
Dalam perkembangan berkaitan, sekitar 13,000 orang di lima daerah di Zamboanga meninggalkan rumah masing-masing untuk mencari lokasi selamat di pusat bandar ini.
Zamboanga merupakan pusat komersial, pendidikan selain menempatkan kompleks ke- rajaan utama di selatan Filipina.
Datuk Bandar Zamboanga, Maria Isabelle Climaco merayu kumpulan pemisah membebaskan tebusan dan membincangkan rasa tidak puas hati mereka dengan Manila.
Climaco juga mencadangkan campur tangan pihak ketiga dalam pergolakan terbaharu itu.
"Ini bukan lagi masalah dalam negara. Ini merupakan masalah antarabangsa," katanya dalam satu wawancara televisyen. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2ecvvecs2 
Hakcipta terpelihara