Tuesday, December 23, 2014

Tuduhan berniat jahat lagi zalim terhadap Al-Qaradawi


DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | .
KENYATAAN MEDIA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT DALAM ISU DR YUSUF AL-QARADAWI

البيان الإعلامي لجناح العلماء المركزي للحزب الإسلامي بماليزيا

إدانةُ الإنتربول وضعَه الشيخ َالقرضاوي على قوائم الإرهابيين المطلوبين

إن جناحَ العلماء المركزي للحزب الإسلامي يدين بشدةٍ
محاولةً دوليةً لإرباك العلامة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي بوضعه على قوائم الإنتربول بتهمةٍ غامضةٍ ومغرضةٍ.

فالشيخ القرضاوى مِنْ كِبَارِ الْعُلَمَاءِ المجتهدين المعاصرين البارزين في نصرةِ قضايا الأمةِ الدوليةِ
حيث يُسمعُ كلامه، و هو عالمٌ محترمٌ  موثوق في شخصيته وفي علمه عند الجماهير المسلمة، ومما يدل علی سعةِ اطلاعه وثقةِ العالم الإسلامي بعلمه و ورضا علماء المسلمين واطمئنانهم بفتاواه واجتهاداته انتشارُ مؤلفاته الهائلةِ بما فيها المترجمات إلی لغات عدة، وحصولُه على كثير من الجوائز الدوليةِ من الحكومات و المؤسسات الرسميةِ من عدةِ دول.

فإن لمواقفه في قضية من قضايا الأمةِ أثرا كبيرا في الرأي العام الإسلامي ولدفاعه عن حقوق الناس المظلومين ونصرَتِه لهم أثرا في قمع الظالمين. فله موقف سياسي بارز منذ عهد بعيد في قضايا فلسطين المحتلة وجور الماسونيةِ واحتلال أمريكا لعراق، كما له مواقف مسموعة في حادثة انقلاب حكومة صحيحة ديمقراطيا بمصر،ومأساة سوريا وما إلی ذلك، مما يجعل الأعداء  َالحاسدين والظالمين من حكام العالم  يكيدون له المكائد  َ.

و الجناح مع ذلك يطالب الإنتربول بسرعة رفعَ اسم الشيخ من قوائم المطلوبين كما يطالب الأمةَ
َوخصوصا حكامهم بأن يكونوا صفا واحدا ويدا واحدة في إظهار الرسالة الاعتراضية بخصوص هذه التهمة المغرضة الظالمة والدفاع عن الشيخ ونصرته ورفع التهمة عنه.

كتبه
الدكتور محمد خيرالدين التاكري
رئيس الإعلام  لجناح العلماء المركزي بالحزب الإسلامي الماليزي
النائب البرلماني لدولة ماليزيا

الثلاثاء 1 ربيع الأول 1436 ه /23 كانون الأول 2014 م
..........................................................................................................

Kecaman Terhadap Interpol Meletakkan Syeikh Qaradawi Dalam Senarai Pengganas Yang Dikehendaki

1. Dewan Ulamak PAS Pusat mengecam sekeras-kerasnya percubaan antarabangsa bagi menimbulkan kekeliruan dunia terhadap Dr Yusuf Al-Qaradawi dengan meletakkan beliau dalam senarai dikehendaki oleh Interpol dengan tuduhan yang sangat kabur serta berniat jahat.

2. Dr Yusuf Al-Qaradawi merupakan antara tokoh ulamak kontemporari yang kedepan memperjuangkan isu masyarakat antarabangsa. Pandangan beliau didengari. Personaliti dan keilmuan beliau dihormati dan dipercayai oleh masyarakat Islam. Antara bukti keluasan ilmu dan keyakinan dunia Islam terhadap keilmuan beliau serta penerimaan cendekiawan Islam terhadap fatwa dan pandangan-pandangan kontemporari beliau ialah karya-karya agung beliau yang banyak tersebar luas termasuklah yang diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan anugerah antarabangsa yang diperolehi oleh beliau daripada kerajaan-kerajaan dan agensi rasmi pelbagai negara.

3. Pendirian beliau dalam setiap isu ummah benar-benar mempengaruhi pandangan umum dunia Islam. Sikap beliau dalam mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak masyarakat yang dizalimi memberi kesan yang besar dalam mengekang golongan yang melakukan kezaliman.

4. Beliau mempunyai pendirian politik yang jelas sejak dulu dalam isu-isu penjajahan bumi Palestin dan kezaliman zionis dan penjajahan Amerika terhadap bumi Iraq. Begitu juga pendirian beliau yang menjadi ikutan dalam krisis kudeta terhadap kerajaan yang dipilih secara sah mengikut lunas demokrasi di Mesir, tragedi di bumi Syria dan lain-lainnya.

5. Keadaan ini mendorong dan menekan musuh-musuh yang cemburu dan golongan yang zalim di kalangan pemerintah dunia berusaha merencanakan pelbagai rencana jahat terhadap beliau.

6. Dewan Ulamak PAS Pusat dalam masa yang sama menuntut Interpol segera membersihkan nama Dr Yusof Al-Qaradawi daripada senarai penjenayah yang dikehendaki. Begitu juga, umat Islam khususnya para pemerintah Islam dituntut berganding bahu sepakat meluahkan mesej bantahan terhadap tuduhan berniat jahat lagi zalim ini serta mempertahankan Syeikh Qaradawi dan membersihkan nama beliau dari tohmahan liar ini.

Sekian.

Disediakan oleh:

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Selasa 1 Rabiul Awal 1436H / 23 Disember 2014

Melayu khianati Melayu


MAHFUZ OMAR | .
1. Merujuk kepada kenyataan Mantan Perdana Menteri, Tun Doktor Mahathir pada Sabtu lepas di Program Kepimpinan Belia bahawa bangsa Melayu kini terpaksa mengemis kuasa daripada bangsa lain kerana perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu. PAS berpandangan bahawa kenyataan Tun Mahathir ini telah mengesahkan hakikatnya bahawa Umno lah sebagai punca kepada berlakunya masalah ini. Hal ini kerana semenjak Malaysia merdeka pada tahun 1957 dahulu sehinggalah kini, Kerajaan Persekutuan dikuasai oleh parti Umno sebagai tonggak utama di dalam Perikatan dan Barisan Nasional

2. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku sedangkan antara struktur penting institusi negara ini ialah sistem raja berpelembagaan, Sultan dan Raja-Raja Melayu, jawatan Eksekutif seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kabinet majoritinya berbangsa Melayu, jawatan kanan dalam sektor perkhidmatan awam ialah berbangsa Melayu, pegawai tinggi tentera dan polis yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan pertahanan negara juga adalah majoritinya orang-orang Melayu, majoriti dalam kalangan 1.42 juta orang penjawat awam ialah berbangsa Melayu sehinggalah ketua di peringkat JKKK di ceruk desa dan kampung ialah berbangsa Melayu. Dalam keadaan sedemikian rupa, bangsa Melayu masih dikatakan sebagai ‘pengemis kuasa’, maka adalah tidak salah untuk kita mengatakan atas sebab kegagalan Umno lah sebagai punca berlakunya masalah yang didakwa ini.

3. “Bagai menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri”, itulah peribahasa yang terbaik untuk dikaitkan dengan apa yang didakwa oleh Tun Mahathir. Yang beliau ceritakan itu tidak lebih kepada membuka aib dan kelemahan Umno yang memerintah selama ini. Bangsa Melayu yang dikatakan kian terpinggir ini dek angkara pengkhianatan, kebodohan dan penyelewengan amanah yang diberikan oleh rakyat kepada Umno selama 57 tahun!

4. Contoh yang paling mudah, lihatlah apa yang telah berlaku pada nasib Rizab Tanah Melayu.? Hanya tinggal 3.6 juta hektar atau 20 peratus daripada 12.8 juta hektar keseluruhan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung dimiliki penuh oleh orang Melayu. Lihatlah juga diskriminasi dan kegagalan semangat federalisme oleh kerajaan Pusat pimpinan Umno terhadap orang Melayu di Kelantan yang disekat pelbagai bantuan dan kemudahan asas seperti lebuh raya kerana mereka memilih PAS sebagai kerajaan negeri pada tahun 1990. PAS juga tidak pernah lupa bagaimana bayaran royalti ditarik balik ketika PAS menang sebagai kerajaan negeri Terengganu.

5. Begitu juga ketika persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003, negeri yang ramai orang Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak pula diberikan penambahan kerusi parlimen. Kegagalan Umno ini bukan sahaja melibatkan PAS sebagai musuh tradisi politik mereka menjadi mangsa yang teraniaya bahkan turut melibatkan sekalian rakyat jelata. Pelbagai rekod pengkhianatan, rasuah, seleweng, dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Umno itulah sebagai punca utama bangsa Melayu mengalami nasib sedemikian rupa.

6. Bersempena dengan labuhnya tirai tahun 2014 adalah amat wajar untuk seluruh rakyat bermuhasabah khususnya orang Melayu atas apa yang telah berlaku selama ini. Sudah tiba masanya rakyat meninggalkan budaya politik rimba yang menggunakan kuasa sebagai ancaman untuk menakutkan orang ramai yang berani menyatakan pandangan dan teguran yang benar. Pada era globalisasi kini, taktik politik sedemikian sudah lapuk ditelan zaman dan orang sudah beralih kepada politik baru yang berasaskan nilai dan hujjah yang benar.

7. Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2015, PAS ingin menyeru seluruh rakyat-jelata agar berani membuat anjakan perubahan kepada satu lembaran baru politik Malaysia tanpa parti politik kuno Umno BN, lalu digantikan dengan Pakatan Rakyat yang menawarkan politik baru yang lebih inklusif dan merentasi sempadan etnik.

Selamat menyambut tahun baru 2015. – HARAKAHDAILY 23/12/2014

Istiqamah lawan BN


http://www.detikdaily.net/ | .
Oleh Zulkifli Yahaya
JIKA konfrontasi Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak berterusan maka ia akan menjadi sumbangan saham terbesar dalam menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 nanti. Ramai orang sudah dapat meramalkan situasi tersebut menjelang negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 pada tahun PRU14 dijangka diadakan.
Hampir tiada negara di dunia ini, di mana parti yang memerintah mampu bertahan lebih separuh abad tanpa kalah walaupun untuk satu tempoh waktu tertentu.
Hanya BN yang masih bertahan hingga kini.
Meskipun dengan ‘make up’ tebal oleh semua media utama negara yang dikuasai sepenuhnya, maka BN kelihatan masih kuat untuk mentadbir negara, hakikatnya parti pemerintah tua itu telah menghadapi kerosakan dalaman yang sangat teruk. Macam rumah usang yang dimakan anai-anai, tengok di luar mungkin masih kukuh namun boleh roboh dengan mudah.
Di saat getir bagi BN itu, apa yang perlu dibuat oleh mediamedia tunggangan mereka ialah menggambarkan pihak lawan kononnya yang bermasalah. Pakatan Rakyat yang digambarkan berpecah kerana tiada kesefahaman.
Maka kenyataan pemimpin utama Pakatan daripada KeADILan dan DAP pun dipetik dan diputar bagi menggambarkan bahawa Pakatan sudah tidak serasi.
Lebih buruk, membayangkan bahawa PRU14 akan berlangsung “Dan bahawanya tidak ada sesuatu yang dapat diperolehi oleh seseorang itu kecuali sekadar usahanya.” (Maksud ayat 39 Surah An-Najm) Istiqamah lawan BN tanpa kehadiran Pakatan yang mempunyai tiga tonggak utama – PAS, KeADILan dan DAP.
“PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” tegas Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali bagi menjawab segala manipulasi media untuk memecahkan Pakatan.
Mustafa berkata, untuk mencapai kemenangan setiap parti perlu bekerjasama dan tidak boleh bersendirian. “Memang PAS pernah bersendirian sebelum ini sejak dulu dan keadaan sekarang PAS bersama-sama Pakatan Rakyat.
“Dalam keadaan ini kita (PAS) tidak pernah berfikir untuk keluar daripada Pakatan Rakyat sebaliknya kita mahu memberi komitmen sepenuhnya memastikan kekuatan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang,” katanya. Setiap ungkapan yang keluar dari mulut Setiausaha Agung adalah cerminan sikap Presiden.
Maka tiada siapa harus gusar dengan masa depan Pakatan Rakyat.
Mustafa turut meminta agar rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan secara terbuka di mana-mana media kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi. Kenyataan yang boleh membuka ruang pihak media membuat spekulasi itu sebenarnya yang merisaukan.
Cabaran paling hebat bagi setiap parti politik mutakhir ini ialah bagaimana mahu mengawal kenyataan-kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan antara parti yang bekerjasama dalam era langit terbuka; khususnya bagi anggota parti peringkat pertengahan dan bawahan.
Demikian dalam PAS. Penyatuan fikrah, walak dan kerahsiaan jemaah tidak lagi boleh disandarkan untuk dijadikan asas kekuatan berjemaah. Semuanya dilanggar gara-gara ‘kebebasan bersuara’ dalam media maya yang dianggap seolah-olah platform teragung mengatasi semua disiplin jemaah. Menjelang PRU13 lalu, ramai sukarelawan alam maya Pakatan bekerja sepenuh masa untuk menyerang BN. Tumpuan yang diberikan menyerang dan mendedahkan segala kemungkaran BN hingga menyebabkan BN terpaksa menyediakan pahlawan maya berbayar yang ramai.
Agak malang apabila sebahagian sukarelawan maya Pakatan itu kini bertarung sesama sendiri secara sepenuh masa juga. Bahkan segelintir daripada mereka langsung tidak menyerang BN lagi, sebaliknya leka menyerang pemimpin dari parti sendiri atau pemimpin dalam parti politik komponen Pakatan. Kebanyakan serangan dibuat hanya berlandaskan nafsu amarah semata-mata, langsung tiada terpancar keikhlasan dalam menegur.
Ada yang mengambil ‘jalan selamat’ mewujudkan akaun maya menggunakan nama samaran dalam melancarkan serangan terhadap pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti sambil mengadu domba, yang boleh bawa perpecahan dalaman; seolah-olah Allah SWT tidak mengetahui mereka yang melakukan kerja onar itu dan seolah-olah mereka bebas daripada perhisaban di akhirat kerana menggunakan nama samaran.
Alangkah lebih baiknya jika kelompok ini menggunakan kelebihan mereka berinteraksi di alam maya untuk menyerang BN secara berterusan. Perbezaan dalaman jika wujud serahkan kepada kepimpinan parti. Tidak semua perkara yang berlegar dalam jemaah perlu diselesaikan oleh semua ahli. Biarkan pemimpin di atas melakukan kerja mereka dan orang bawahan menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Sudah berpuluh-puluh tahun PAS berperang dengan Umno-BN.
Di saat Umno kelemasan janganlah pula ada yang menghulur tangan untuk menyelamatkan mereka pula. Itu pesan Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menyelamatkan BN bukanlah bermaksud menjalinkan kerjasama politik dengan Umno-BN semata-mata. Menyerang para pemimpin sendiri dalam jemaah atau parti komponen Pakatan juga adalah tindakan ‘menghulurkan pelampung’ kepada Umno yang sedang kelemasan. Kerana memecahbelahkan jemaah atau Pakatan sama saja de-ngan dengan memberi kekuatan kepada Umno-BN.
BN yang kuat adalah BN yang tak akan pedulikan keluh segala kesah rakyat. Mereka tidak takut untuk melahap khazanah kekayaan negara melalui jalan tidak wajar lantaran sedar bahawa mereka akan terus disokong.
Atau sedar akan terus berkuasa kerana tahu Pakatan Rakyat sedang berpecah.
Takkanlah tergamak ahli PAS mahu memberi kekuatan kepada Umno secara sedar begini; dengan cara menghentikan serangan terhadap Umno sebaliknya asyik bertelagah sesama sendiri. Ayuh para pejuang maya PAS, hentikan ‘pertelagahan sesama sendiri’ sebaliknya bersatu menyusun strategi untuk menghadap musuh yang satu – Umno. Beristiqamahlah berlawan dengan Umno.

Jakim Minta Interpol Tarik Balik Waran Tangkap Dr Yusuf Qardawi


Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 7:43 PM
Dr Yusuf Al-Qardawi

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa Polis Antarabangsa (Interpol) menarik balik Notis Merah atau waran tangkap terhadap tokoh ulama Islam Mesir, Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata terdapat pihak tertentu cuba mengenakan tindakan undang-undang terhadap Yusuf tanpa asas dan siasatan yang merupakan satu penganiayaan terhadap ulama.

Beliau berkata tindakan seumpama itu akan menyentuh sensitiviti umat Islam dan dikhuatiri akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana Yusuf adalah tokoh ulama rujukan semasa bagi masyarakat Islam.

"Kita juga berpandangan tuduhan yang melabelkan beliau sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas.

"Buktinya, pemimpin ulama sedunia berkenaan telah menyatakan pendirian beliau terhadap deklarasi kekhalifan Islam oleh ISIS pada 5 Julai 2014 yang lalu adalah melanggar Syariah malah setiap pandangan dan fatwa beliau mempunyai asas yang tidak boleh dipertikai," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut laman web Interpol pada 5 Dis lalu, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan terhadapnya selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir bagi pendakwaan dan sabitan hukuman kerana dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri dari penjara, aktiviti vandalisme dan kecurian.

Yusuf yang kini menetap di Qatar dituduh mempunyai kaitan dengan insiden kekecohan ahli kumpulan Ikhwan Muslimin di dalam penjara dan penentangan terhadap pemimpin diktator Mesir Hosni Mubarak.

Othman menyeru semua pihak mempertimbangkan ketokohan ilmu Yusuf kerana sumbangannya dalam dunia perundangan Islam, penulisan dan kefatwaan beliau yang bersifat kontemporari.

Katanya Malaysia pernah menobatkan Yusof sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009 berdasarkan antaranya keilmuan beliau, keserderhanaan yang diamalkan beliau, dan termasuklah menghormati sistem demokrasi yang harmoni.

MH370 ditembak jatuh oleh tentera AS - bekas pengarah syarikat penerbangan


KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.
Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang serangan seperti 11 September di pangkalan tentera di Lautan Hindi.
Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas berhampiran lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.
"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.
Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti. - The Telegraph


Sandra akhirnya 'bebas'


Sandra bakal mendiami habitat semula jadi yang lebih selesa.
Sandra bakal mendiami habitat semula jadi yang lebih selesa.
BUENOS AIRES - Seekor orang utan betina berusia 29 tahun akhirnya dibenarkan meninggalkan zoo Buenos Aires yang didiami selama dua dekad selepas mahkamah memutuskan ia berhak mendapat tempat tinggal lebih sesuai.

Peguam hak asasi haiwan sebelum ini membuat tuntutan itu bagi membolehkan Sandra bebas dalam habitat yang lebih selesa lapor AFP.

"Walaupun biologi Sandra tidak sama dengan manusia, tetapi emosinya sama seperti manusia dan ia semestinya mahu berada dalam habitat separa liar sebenar," menurutnya.

Isu perkauman kembali memuncak


Isu perkauman kembali memuncakSEJAK  terhapusnya dasar Apartheid di Afrika Selatan, tidak ada lagi dasar perkauman yang menjadi perhatian dunia. Begitu juga halnya dengan situasi di Amerika Syarikat (AS). Isu perkauman kulit putih dan kulit hitam semakin jarang diperkatakan.

Bagaimanapun, isu perkauman di AS kembali memuncak sejak Ogos lalu, apabila seorang anggota polis kulit putih menembak mati seorang remaja kulit hitam yang tidak bersenjata di Ferguson, Missouri.

Kematian Micheal Brown, 18, mencetuskan rasa tidak puas hati masyarakat kulit hitam apabila juri memutuskan anggota polis yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut sebagai tidak bersalah.

Selain kematian Brown, kemarahan masyarakat kulit hitam ditambah dengan kematian Eric Garner di pulau Staten.

Anggota polis yang terlibat mencekik mangsa sehingga mati didapati tidak bersalah oleh barisan juri.

Ia diburukkan lagi dengan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang ditembak mati oleh polis di Ohio ketika dia sedang bermain dengan pistol mainan.

Susulan keputusan itu, protes terus merebak ke Los Angeles dan New York menuntut keadilan ke atas mangsa.

Akibatnya, berbelasbelas bangunan dibakar, berpuluh-puluh kenderaan hangus dan berpuluh aktivis ditangkap.

Ribuan penduduk Islam terperangkap


Kebanyakan penduduk Islam yang melarikan diri ke wilayah barat terpaksa hidup dalam keadaan serba daif.
Kebanyakan penduduk Islam yang melarikan diri ke wilayah barat terpaksa hidup dalam keadaan serba daif.
BANGUI - AFRIKA. Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) mendakwa pasukan pengaman PBB bersekongkol dengan kerajaan sementara Republik Afrika Tengah untuk menghalang ribuan penduduk Islam daripada meninggalkan negara bergolak itu.

Menurut laporan HRW itu, kira-kira 1,750 penduduk etnik Peuhl terperangkap di Yaloke, Carnot dan Boda sejak akhir tahun lalu selepas mereka melarikan diri daripada keganasan dicetuskan kumpulan militia Kristian.

"Penduduk Islam tersebut juga terpaksa hidup menderita kerana kebanyakan mereka kini diancam kebuluran dan wabak penyakit," kata penyelidik Afrika, Lewis Mudge.

Menurutnya lagi, beberapa bukti menunjukkan anggota pengaman menggunakan kekerasan untuk menghalang mana-mana penduduk Islam yang cuba untuk meninggalkan wilayah barat negara tersebut.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 20 dilaporkan terbunuh dalam insiden keganasan terbaharu selepas kumpulan anti-Balaka melancarkan serangan ke atas penduduk Islam di Bambri. - Press TV