Monday, October 18, 2010

Karim Ghani umum keluar UMNO


18/10/2010 9:58pm

KOTA KINABALU 18 Okt. - Seorang ahli politik veteran utama yang membawa UMNO masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu hari ini.
Karim adalah antara bekas pemimpin Usno (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa UMNO masuk ke Sabah pada 1990-an. Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO.
Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini.
"Saya telah keluar dari UMNO berkuatkuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar di sini. - Bernama

Kertas siasatan 10 polis curi 40kg syabu siap




2010/10/18

TEMERLOH: Kertas siasatan mengenai pembabitan 10 anggota, termasuk seorang inspektor mencuri kira-kira 40 kilogram (kg) syabu iaitu sebahagian daripada yang dirampas dalam serbuan di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin, Mei tahun lalu sudah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara. 

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata perkara itu berlaku kerana sifat tamak anggota terbabit sehingga lupa tanggungjawab sebagai polis.Bagaimanapun, katanya, kejadian itu kes terpencil dan tidak menggambarkan imej keseluruhan anggota polis negeri ini.“Kita ada arahan dan peraturan yang perlu diikuti semua anggota dan pegawai tetapi kes ini berlaku kerana sifat tamak,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Temerloh di sini, kelmarin. 

Sebelum ini, seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan daripada tuduhan mengedar 753,359 gram syabu bernilai lebih RM270 juta yang dipercayai terbesar dalam sejarah negara, apabila Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dirampas itu milik tertuduh selain tidak memanggil dua saksi penting berhubung kes itu. 

Akhtar menyifatkan perbicaraan kes itu penuh kontroversi selepas mahkamah dimaklumkan mengenai laporan palsu oleh pengadu dan salah laku beberapa anggota polis yang menjadi saksi kes. 

Beliau juga berpendapat anggota polis yang bersubahat menyediakan laporan palsu dan mereka yang melakukan kecurian dadah itu dikenakan hukuman berat dan meminta pendakwa raya mendakwa semua yang terbabit. 

Tengku Muhammad Fa-iz Petra pewaris Kesultanan Kelantan




2010/10/18

KOTA BHARU: Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta Kesultanan Kelantan, berkutkuasa serta merta. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang tadi.Mohd Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu. 

Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri. 

Tengku Muhammad Fa-iz yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Januari 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009. 

Mohd Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau pemangku raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan. 
Beliau juga berkata, mesyuarat MPN itu tidak membincangkan mengenai pelantikan Tengku Temenggong kerana mesyuarat hari ini adalah untuk menentukan pewaris yang bakal menjadi raja. 

"Pelantikan Tengku Temenggong hanya sebagai pelengkap sahaja dan tidak membabitkan pewaris yang bakal mewarisi takhta kesultanan Kelantan," katanya. 

Gelaran Tengku Temenggong sebelum ini adalah milik Tengku Muhammad Fakhry Petra namun ia ditarik balik oleh Sultan Muhammad ke-V baru-baru ini. - BERNAMA 

Borang pencalonan kerusi Batu Sapi mula dijual




2010/10/18

KOTA KINABALU: Borang pencalonan untuk pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi mula dijual hari ini, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, Datuk Mohd Idrus Ismail. 

Beliau berkata, setakat ini seorang individu telah membeli dua keping borang tersebut yang berharga RM20 sekeping."Dia datang sebagai bebas dan bukan dari mana-mana parti," katanya kepada pemberita di sini selepas menyerahkan writ pilihan raya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Batu Sapi, Mohamad Hamsan Awang Supain.Mengulas isu berkaitan, Mohd Idrus berkata jumlah pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen tersebut sehingga 9 Oktober lalu ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos. 

Beliau berkata, jumlah pengundi itu adalah berkurangan jika dibanding pada pilihan raya umum lalu iaitu 26,004 orang disebabkan faktor seperti kematian selain ada yang menukar kewarganegaraan. 

"Kali ini juga ada sedikit pengubahsuaian iaitu (kategori pengundi) adalah berdasarkan Bumiputera Islam (BI), Bumiputera Bukan Islam (BBI), Cina dan lain-lain. 

"Untuk Bumiputera Islam, jumlahnya adalah 15,099 orang mewakili 59.02 peratus, BBI seramai 689 orang (2.69 peratus), Cina seramai 9,737 orang (38.06 peratus), dan lain-lain seramai 57 orang (0.22 peratus)," katanya. 
Mohd Idrus berkata, Dewan Masyarakat Sandakan akan dijadikan pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi. 

Sebanyak 12 pusat mengundi iaitu enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan enam lagi di DUN Karamunting dibuka, dan sebuah bot akan disediakan untuk kegunaan petugas ke satu pusat mengundi yang terletak di sebuah pulau, iaitu Pulau Timbang. 

"Ia mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dengan bot dari bandar Sandakan. Pusat mengundi paling jauh ialah Sekolah Kebangsaan Segaliud yang mengambil masa perjalanan hampir sejam dari pusat bandar," katanya. 

Beliau juga meminta pengundi membuat semakan daftar pemilih sama ada datang sendiri ke pejabat SPR ataupun menerusi talian 088-484766/550 yang dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari. 

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lalu. 

SPR menetapkan penamaan calon pada 26 Oktober ini manakala pengundian pada 4 November. - BERNAMA 

'Abang datang cepat, saya takut'

HILANG...Sabariah  menunjukkan gambar anaknya, Rozaliya yang hilang  sejak 13 Oktober lalu. 
HILANG...Sabariah menunjukkan gambar anaknya, Rozaliya yang hilang sejak 13 Oktober lalu.
KEMAMAN: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.
Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.

Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.

Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.

Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.

Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.

Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.

Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.

“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.

Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan.
http://www.hmetro.com.my

Bajet 2011, RTM sengaja malukan Najib?

sumber

Ucapan Najib semasa pembentangan belanjawan Malaysia 2011 mencuri perhatian apabila Najib sempat berbuat lawak sengalnya seakan-akan berpantun membacakan pengurangan cukai terhadap barangan kegunaan harian untuk tahun 2011.

Selain mendapat sorakan dan gelak ketawa para hadirin di dalam dewan, kedengaran juga hadirin yang melaungkan nama Rosmah, kerana menyifatkan unjuran belanjawan tersebut adalah idea Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri.

"Beg tangan kasut sut, baju kanak kanak dompet, pewarna rambut bola golf, barang kemas tiruan, bedak telco, lampu syampu langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian dalam, seluar dan seluar dalam..." Kata Najib sambil tersenyum malu.

Apa yang lebih menarik, jurukamera RTM seolah-olah sengaja untuk memalukan Najib apabila menumpukan kamera kepada Rosmah Mansor yang dilihat sedang tersipu-sipu saat Najib sedang membentangkan 'bajet idea Rosmah' itu. saksikan sendiri rakaman video di bawah.
[Sila klik untuk memainkan video berikut]









ReJaM© "Pandai Melawak juga si Mat Monggol ni ye?!"

Source: Bajet 2011, RTM sengaja malukan Najib? | MiLo SuaM http://milosuam.blogspot.com/2010/10/bajet-2011-rtm-sengaja-malukan-najib.html#ixzz12goarNaC